Docstoc

Kisah para sahabat NABI

Document Sample
Kisah para sahabat NABI Powered By Docstoc
					                 KISAH PARA SAHABAT

Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke Taif

Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad
s.a.w sebagai Pesuruh Allah s.w.t., Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan
dakwah dikalangan kaumnya sendiri disekitar kota Mekah untuk memimpin dan
memperbaiki keadaan hidup mereka.Segelintir manusia sahaja yang telah
memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda s.a.w., yang
lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan
menghalang Baginda s.a.w dan pengikut-pengikutnya. Diantara mereka yang
bersimpati dengan perjuangan Baginda s.a.w termasuk Abu Talib bapa
saudara Baginda s.a.w sendiri. Sungguhpun begitu Abu Talib tidak memeluk
agama Islam.

                Berikutan dengan kematian Abu Talib, pihak Khuraish berasa bebas
untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda
s.a.w. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu
puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad
s.a.w. berlepas keTaif dengan harapan ia dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq
untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi
pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Khuraish. Baginda s.a.w juga
bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda
s.a.w. Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w tiba disana, Baginda s.a.w telah
mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan dan
menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka tidak
mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang
dikemukakan oleh Baginda s.a.w kepada mereka. Baginda s.a.w telah dilayani
secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka sungguh
bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati yang telah menjadi
sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka
mengatakan yang mereka tidak sukaBaginda s.a.w. tinggal ditempat
mereka. Baginda s.a.w. berharap yang kedatangan Baginda s.a.w akan disambut
dengan sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut.
Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.
               Kata seorang daripada pemuka-pemuka tadi dengan penuh ejekan:
"Hoi,benarkah yang Allah s.w.t. telah melantik kamu menjadi PesuruhNya?"Kata
seorang lagi sambil ketawa: "Tidak bolehkah Allah memilih manusia selain dari
engkau untuk menjadi PesuruhNya?"Yang ketiga pula melempar kata-kata hina
yang bunyinya demikian: "Kalau engkau benar-benar seorang Nabi, aku tidak
ingin bercakap-cakap dengan engkau kerana perbuatan yang demikian akan
mendatangkan bencana kepada diriku.Sebaliknya jika kamu seorang
pendusta,tidak guna aku bercakap-cakap dengan engkau."

               Dalam menghadapi penentangan yang sebegini hebat, ketabahan
dan kecekalan hati yang merupakan sifat-sifat semulajadi Nabi Muhammad
s.a.w. tidak menyebabkanBaginda s.a.w. berasa hampa dan gagal barang sedikit
jua pun. Selepas meninggalkan pemuka-pemuka Banu Thafiq tadi, Baginda
s.a.w cuba menghampiri rakyat biasa Disini jugaBaginda s.a.w menemui
kegagalan. Mereka menyuruh Baginda s.a.w keluar dalam Taif. Apabila Baginda
s.a.w menyedari yang usahaBaginda s.a.w tidak mendatangkan hasil yang
diingini, Baginda s.a.w pun membuat keputusan hendak menginggalkan kota itu.
Tetapi mereka tidak membiarkan Baginda s.a.w keluar dari Taif secara aman.
Mereka melepaskan kacang-kacang hantu mereka supaya
mengusik,mengejek,mengacau dan melemparinya dengan batu. Pelemparan batu
yang dilakukan keatas Baginda s.a.w itu sedemikian rupa hingga badan Baginda
s.a.w berdarah akibat luka-luka. Apabila Baginda s.a.w berada agak jauh dari kota
Taif, Baginda s.a.w pun berdoa kepada Baginda s.a.w. yang bermaksud:

               " Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku
dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang
Maha Rahim kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku?Kepada musuh yang
akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya
uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredzaanMu. Dalam
pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang
mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan
atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas
diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah
aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak ada daya dan upaya melainkan
dengan Engkau"

                Demikianlah sedihnya doa yang dihadapi kepada Allah
s.w.t. oleh Baginda s.a.w sehingga Allah s.w.t. mengutuskan Malaikat Jibrail buat
menemui Baginda s.a.w. Setibanya dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. diapun
memberi salam seraya berkata:" Allah s.w.t.. mengetahui apa yang telah berlaku
diantara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t.telah menyediakan malaikat
digunung ganang disini khas untuk menjalankan sebarang perintah kamu."
             Sambil berkata demikian Jibrail menghadapkan malaikat itu
dimuka Baginda s.a.w Kata Malaikat ini:"Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia
untuk menjalankan perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup
menyebabkan gunung-gunung disebelah menyebelah kota ini berlanggaran
sehingga penduduk-penduduk dikedua-dua belah mati tertindih. Kalau tidak, Tuan
cadangkan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini."

              Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad s.a.w. yang
penuh dengan sifat rahim dan belas kasihan pun berkata:"Walaupun orang-orang
ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-
anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti
kepadaNya."

              Sekarang perhatikanlah tauladan mulia dan suci murni yang telah
dipertunjukkan oleh Baginda s.a.w. Kita semua mengakui yang kita menjadi
pengikut-pengikutNya, tetapi dalam urusan hidup kita sehari-sehari,apabila
cadangan kita ditolak atau tidak dipersetujui maka kita dengan lekasnya
melemparkan maki hamun dan terkadang-kadang bercita-cita hendak membalas
dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan kita.Sebagai pengikut-
pengikutnya kita hendahlah mencontohi Baginda s.a.w. Selepas menerima
penghinaa ditangan penduduk-penduduk Kota Taif, Baginda s.a.w hanya
berdoa. Baginda s.a.w. tidak memarahi mereka,tidak mengutuk mereka dan tidak
mengambil sebarang tindakan balas walaupun diberi kesempatan sebaik-baiknya
untuk membuat demikian.

KESYAHIDAN ANAS BIN NADHR

Anas bin Nadhr ialah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad
s.a.w. yang tidak mengambil bahagian dalam peperangan Badar. Dia berasa kesal
kerana tidak menyertai peperangan tersebut. Oleh hal yang demikian dia
senantiasa menanti-nanti peluang untuk menyertai peperangan untuk menebuskan
apa yang dianggapnya suatu kerugian bagi dirinya. Kesempatan yang dinanti-
nantinya itupun tibalah apabila berlaku perang Uhud pada tahun yang berikutnya.
Anas pun dengan serta merta menyertai tentera Muslimin dengan semangat
kejihadan yang tulin maju kemedan pertempuran. Sungguhpun bala tentera yang
dihadapi mereka berkali-kali ganda banyaknya namun tentera Muslimin sedang
mengatasi pihak musuh. Tiba-tiba berlaku suatu kesilapan.

              Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar sepasukan pemanah-
pemanah yang terdiri daripada 50 orang untuk menguasai tentera berkuda pihak
musuh yang mungkin menyerang tentera Muslimin dari belakang. Mereka
diperintahkan supaya menetap diatas sebuah bukit dibelakang tentera Muslimin
selagi mereka tidak menerima arahan daripada Nabi Muhammad s.a.w. sendiri
menyuruh mereka berundur dari situ. Tetapi mereka ini telah mengingkari
arahan Baginda s.a.w. Apabila mereka lihat askar-askar musuh lari lintang
pikang, diburu oleh Mujahid-Mujahid Islam, mereka menyangka yang
kemenangan telah pun tercapai lantas meninggalkan tempat mereka sambil
berkejar-kejaran untuk mendapatkan harta rampasan. Yang tinggal diatas bukit itu
hanyalah ketua mereka dan beberapa orang yang masih taat. Apabila dilihat oleh
pemimpin tentera mushrikin yang bukit itu telah terdedah, dia pun mengerah
pasukannya menyebu dan membunuh tentera panah Muslimin yang masih
bertahan diatasnya dan melancarkan serangan balas terhadap tentera muslimin
dari belakang ketika mereka sedang asyik mengumpulkan tentera rampasan.Dalam
keadaan kelam kabut inilah Anas terpandang kepada Saad bin Maaz yang sedang
melalui hadapannya. Dia memekik mengatakan:"Ya Saad! Kemana engkau?
Demi Allah! Aku mencium bau Syurga yang datangnya dari Jabal Uhud".

               Dengan berkata demikian dia pun menerkam musuh lalu menentang
mereka habis-habisan sehingga dia gugur sebagai Syahid dimedan peperangan.
Apabila badannya yang berlumuran darah itu diperiksa terdapat tidak kurang dari
80 liang luka semuanya.Tidak ada siapa yang dapat mengenalinya melainkan
saudara perempuannya sahaja. Orang yang berjihad dijalan Allah s.w.t.. dengan
penuh keikhlasan dan kejujuran akan mengecap nikmat syurga didunia ini dan
diakirat. Demikianlah hal keadaannya dengan sahabat Anas bin Nadhr.

PERDAMAIAN HUDAIBIYAH DAN KISAH ABU JANDAL DAN ABU BASIR

Pada tahun Hijrah yang ke enam, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya telah
bertolak keMekah untuk mengerjakan Umrah. Berita mengenai Baginda
s.a.w. telah sampai kepengetahuan puak Khuraish, mereka pun bersiap sedia untuk
menghalang kemasukan Nabi Muhammad s.a.w Sahabat-sahabat Nabi
Muhammad s.a.w yang berjumlah 1400 orang semuanya dengan semangat
keislaman yang berkobar-kobar berazam hendak merempuh masuk keMekah
walaupun perbuatan ini akan melibatkan pertempuran secara terbuka tetapiNabi
Muhammad s.a.w. tidak bersependapat dengan mereka. Selepas berfikir sedalam-
dalamnya, Baginda s.a.w. memutuskan hendak membuat perjanjian dengan pihak
Khuraish serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh mereka seluruhnya.

               Perjanjian yang berat sebelah ini menghampakan perasaan sabahat-
sahabat Baginda s.a.w. tetapi kepatuhan dan taat setia mereka kepada Baginda
s.a.w. tidak membenarkan mereka menyuarakan bantahan mereka terhadap
perjanjian yang tidak adil ini. Pahlawan Islam yang seberani-beraninya seperti
Umar pun terpaksa tunduk kepada keputusan yang telah dibuat oleh Nabi
Muhammad s.a.w Mengikut salah satu daripada syarat-syarat perjanjian ini orang-
orang Khuraish yang menyerah diri kepada pihak orang Muslimin mesti
dikembalikan kepada Khuraish sedangkan orang-orang Islam yang menyerah diri
kepada pihak Khuraish tidak akan dikembalikan kepada kaum Muslimin.

               Abu Jandal, seorang pemeluk agama Islam sedang menerima
penyiksaan yang dahsyat ditangan Khuraish. Apabila ia mendengar yang Nabi
Muhammad s.a.w sedang berkhemah diHudaibiah, dia pun melepaskan dirinya
lalu lari ketempat perkhemahan Nabi Muhammad s.a.w pada masa Perdamaian
Hudaibiah hendak ditantangai. Ayah Abu Jandal,Suhail, yang ketika itu belum lagi
memeluk Islam menjadi jurucakap bagi pihak Khuraish dalam perundingan
mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w untuk merangka butir-butir Perdamaian
Hudaibiah. Dia menempeleng anaknya Abu Jandal serta memaksanya balik
keMekah. Oleh kerana peristiwa ini berlaku ketika Perdamaian Hudaibiah belum
berkuatkuasa lagi, Nabi Muhammad s.a.w berpendapat yang perkara perlarian
Abu Jandal kepihak Muslimin tidak tertakluk dibawah perjanjian itu, tetapi ayah
Abu Jandal menolak hujah-hujah yang dikemukakan oleh Nabi Muhammad s.a.w

              Penderitaan Abu Jandal ini menyayatkan hati para sahabat, tetapi
apakan daya oleh kerana inginkan perdamaian Nabi Muhammad s.a.w terpaksa
menyerahkannya kembali kepada pihak Khuraish sambil menyampaikan kata-kata
penawar yang berikut:"Janganlah hendaknya kamu bermuram durja, wahai Abu
Jandal. Allah s.w.t. sudah tentu akan membuka jalan buat kamu."

              Selepas Perdamaian Hudaibiah ditandatangai dan selepas
kepulangan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah, seorang lagi penduduk Mekah
yang beragama Islam telah melepaskan dirinya ke Madinah untuk mendapat
perlindungan Nabi Muhammad s.a.w. Orang ini bernama Abu Basir. Permintaan
orang yang kedua ini pun terpaksa ditolak oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana
menghormati Perdamaian Hudaibiah itu.Apabila tiba dua orang wakil puak
Khuraish untuk membawanya pulang, ia pun diserahkan kepada orang-orang itu,
tetapi sempat juga Nabi Muhammad s.a.w menasihatinya supaya bersabar dan
mengharapkan pertolongan Allah s.w.t.

              Dalam perjalanan ke Mekah, Abu Basir telah menggunakan helah
untuk melepaskan diri. Kata Abu Basir kepada salah seorang daripada pengawal-
pengawal itu:"Kawan, bagus sungguh pedang kamu itu."Setelah pedangnya dipuji
demikian rupa, orang itu pun berasa bangga lalu menghunuskan pedangnya
sambil berkata:"Betul kata kau. Pedang ini bagus dan aku telah mencubanya
keatas beberapa orang manusia. Nah, tengoklah kalau awak hendak."

              Sebaik sahaja pedang tiba ketangannya, Abu Basir pun membunuh
orang itu. Melihat apa yang telah berlaku, pengawal yang seorang lagi cabut lari
ke Madinah untuk melapurkan kejadian tadi kepada Nabi Muhammad
s.a.w Sementara itu Abu Basir sendiri telah tiba dihadapan Nabi Muhammad
s.a.w Katanya kepada Nabi Muhammad s.a.w"YaRasulullah, tuan telah
kembalikan saya untuk menunaikan janji-janji tuan kepada kafir-kafir Khuraish
itu, tetapi saya sendiri tidak ada apa-apa yang hendak ditunaikan. Saya tidak
berjanji, Saya melepaskan diri kerana takut kalau-kalau mereka merosakkan
keimanan saya"

               Sahut Nabi Muhammad s.a.w"Kamu dengan secara tidak sedar
sedang menyalakan apa peperangan. Tentu aku berasa suka kalau engkau dapat
diberi pertolongan."

               Dari kata-kata Nabi Muhammad s.a.wAbu Basir berpendapat yang
dia akan diserahkan kepada kafir Mushrikin sekiranya mereka membuat rayuan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh yang demikian dia pun meninggalkan
Madinah lalu menuju ke sebuah tempat dipadang pasir berdekatan dengan pantai.
Tidak lama kemudian Abu Jandal pun menyertainya setelah melepaskan dirinya
dari puak Khuraish. Bilangan mereka telah meningkat apabila lebih banyak orang
perlarian Islam yang terlepas dari puak Khuraish menyertai mereka. Ditempat
persembunyian mereka ini, mereka telah menghadapi penderitaan hidup yang
maha hebat tetapi oleh kerana tidak tertakluk kepada Perjanjian Hudaibiah,
mereka telah mengganggu khalifah-khalifah Khuraish yang berlalu lalang
berdekatan dengan tempat persembunyian mereka. Demikianlah hebatnya
gangguan-gangguan yang mereka jalankan sehinggan puak Khuraish terpaksa
menemui Nabi Muhammad s.a.w dan merayu kepada Nabi Muhammad
s.a.w. supaya berusaha memberhentikan gangguan-gangguan itu.

               Mengikut cerita Abu Basir sedang menghadapi maut ditempat
tidurnya apabila surat kiriman Nabi Muhammad s.a.wsampai ketangannya. Dalam
surat itu Nabi Muhammad s.a.w telah membenarkan ia kembali ke Madinah. Dia
meninggal sambil memegang surat yang dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

               Demikianlah kisah yang menunjukkan kekuatan iman seorang
hamba Allah s.w.t. Tidak ada suatu kuasa pun dipermukaan bumi ini yang dapat
merosakkan keimanan seseorang asal saja keimanan itu merupakan keimanan
yang sejati. Allah s.w.t. tetap akan menolong orang yang benar-benar beriman
denganNya.

BILAL DAN PENDERITAANNYA

Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad
s.a.w. yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi.
Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah.
Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan didalam hati
pemiliknya. Dia pun diazabkan tanpa perikemanusiaan. Umayyah bin Khalaf,
pemusuh ISLAM yang terkemuka yang memiliki Bilal akan membaringkannya atas
pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar diatas dadanya sehingga
ia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan kerat. Kemudian berkatalah
Umayyah kepada Bilal:"Tinggalkanlah agamamu. Kalau tidak matilah kamu
dalam kepanasan matahari yang tegak."

Bilal menjawab dengan berkata:"Ahad"-(Tuhan Yang Esa)-"Ahad-(Tuhan Yang
Esa)."

               Pada waktu malam ia didera dengan cemeti sehingga badannya
luka. Pada waktu siang pula, dia dibaringkan diatas pasir yang panas. Tuannya
berharap yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka
dibadannya. Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh.
Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-
gilir. Akhirnya Abu Bakar telah menebuskannya dan dari sejak itu hiduplah ia
sebagai seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa
berdampingan dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Bilal pun meninggalkan Kota
Madinah.

             Pada suatu ketika dia telah melihat Nabi Muhammad s.a.w. dalam
mimpinya. Berkata Nabi Muhammad s.a.w. kepada Bilal: "Wahai Bilal,
mengapakah kamu tidak melawatku?"

               Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap
untuk berangkat ke Madinah. Setibanya dia dikota itu dia telah berjumpa
dengan Hassan dan Hussain, cucunda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menyuruh
dia berazan.Permintaan orang yang dicintainya itu tidak dapat ditolak. Apabila
suara Bilal berkumandang diruang angkasa Kota Madinah, penduduk-
penduduknya pun tanpa segan dan silu menghamburkan air mata mereka kerana
teringat zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih
merekaNabi Muhammad s.a.w. Sekali lagi Bilal telah meninggalkan Kota Madinah
dan akhirnya meninggal dunia di Damsyik pada tahun Hijiriah yang ke dua puluh.

ISLAMNYA ABUZAR GHIFARI

            Abuzar Ghifari merupakan seorang sahabat c yang terkenal dengan
perbendaharaan ilmu pengetahuan dan kesalehannya.Kata Ali r.a.hu.: "Abuzar
ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tak dapat diperolehi oleh orang
lain"

               Apabila ia mula-mula mendengar khabar tentang kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w., dia telah menghantar saudara laki-lakinya untuk menyiasat
dengan lebih mendalam mengenai orang yang mendakwa menerima berita dari
langit.Setelah puas menyiasat, saudaranya pun melapurkan kepada Abuzar
yang Nabi Muhammad s.a.w. itu seorang yang bersopan-santun dan baik budi
pekertinya. Ayat-ayat yang dibaca kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula
kata-kata ahli syair. Lapuran yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati
Abuzar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataaan. Setibanya di Mekah, dia
terus ke Baitul Haram. Pada masa itu dia tidak kenalNabi Muhammad s.a.w. dan
memandangkan keadaaan pada masa itu dia berasa takut hendak bertanya
darihal Nabi Muhammad s.a.w.Apabila menjelang waktu malam, dia dilihat oleh
Ali r.a.hu. Oleh kerana dia seorang musafir Ali r.a.hu terpaksa membawa Abuzar
kerumahnya dan melayani Abuzar sebaik-baiknya sebagai tetamu. Ali r.a.hu tidak
bertanya sesuatu apa pun dan Abuzar bagi pihak dirinya pun tidak
memberitahukan Alitentang maksud kedatangannya ke Mekah. Pada keesokan
harinya Abuzar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa
diaMuhammad. Sekali lagi Abuzar gagal menemui Nabi Muhammad s.a.w. kerana
pada masa itu orang-orang ISLAM sedang diganggu hebat oleh kafir-kafir
musrikin. Bagi malam yang keduanya Ali r.a.hu membawa Abuzar kerumahnya.
Pada malam yang kedua ini pun Ali r.a.hu tidak bertanya hal Abuzar, tetapi pada
malam ketiga Ali r.a.hu bertanya:"Saudara, apakah sebabnya saudara datang ke
kota ini?"

Sebelum menjawab, Abuzar meminta Ali r.a.hu berjanji supaya bercakap benar.
Kemudian ia pun bertanya kepada Ali r.a.hu tentang Nabi Muhammad s.a.w. Ali
r.a.hu berkata sebagai menjawab soalan Abuzar:"Dia sesungguhnya PESURUH
ALLAH. Esok engkau ikut saja aku dan aku akan membawa kamu menjumpainya.
Tetapi awas bencana yang buruk akan menimpai kamu kalau perhubungan kita
ditahui orang. Semasa berjalan esok kalau aku dapati bahaya mengancam kita aku
akan berpisah agak jauh sedikit daripada kamu dan berpura-pura membetulkan
kasutku, tetapi engkau terus berjalan supaya orang tidak mensyaki perhubungan
kita."

             Pada esoknya itu Ali r.a.hu pun membawa Abuzar bertemu
dengan Nabi Muhammad s.a.w. Tanpa banyak soal-jawab, dia telah memeluk
agama ISLAM. O;eh kerana takut kalau-kalau dia diapa-apakan oleh pihak
musuh, Nabi Muhammad s.a.w. pun menasihatinya supaya lekas balik dan supaya
jangan mengistiharkan pengislaman di khalayak ramai, tetapi Abuzar dengan
berani menjawab:"Ya Rasulullah, aku bersumpah dengan Allah yang jiwaku
ditanganNya bahawa aku akan mengucap KALIMAH SYAHADAH dihadapan
kafir-kafir musyirikin itu."

             Janjinya pada Nabi Muhammad s.a.w. ditepatinya. Selepas ia
meninggalkan Bagimda dia mengarahkan langkahnya ke Baitul Haram dimana
dihadapan kaum musyrikin dan dengan suara yang lantang dia telah
mengucapkan DUA KALIMAT SYAHADAH

"AKU MENYAKSIKAN YANG TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN AKU
MENYAKSIKAN YANG MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH."

              Apatah lagi, demi didengarinya ucapan Abuzar itu, orang-oarang
kafir pun menyerbuinya lalu memukulnya. Kalau tidaklah kerana Abbas, (ayah
saudara Nabi Muhammad s.a.w. yang ketika itu belum memeluk agama ISLAM )
Abuzar sudah tentu menemui ajalnya.Kata Abbas kepada kafir-kafir musyirikin
yang menyerang Abuzar:"Tahukah kamu siapa orang ini? Dia ialah dari puak
Ghifar. Khalifah-khalifah kita yang berulang alik ke Sham terpaksa melalui
perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, mereka sudah tentu akan
menghalang perniagaan kita dengan Sham."

              Pada hari yang berikutnya Abuzar sekali lagi mengucap DUA
KALIMAT SYAHADAH dihadapan kafir-kafir Quraish dan pada kali ini juga ia
telah diselamatkan oleh Abbas.Keghairahan Abuzar mengucap DUA KALIMAH
SYAHADAH dihadapan kafir-kafir Khuraish sungguh-sungguh luar biasa kalau
dikaji dalam kontek larangan Nabi Muhammad s.a.w. kepadanya. Apakah dia
boleh dituduh sebagai telah mengingkari perintah Nabi Muhammad s.a.w.

Jawabnya-TIDAK. Dia tahu yang Nabi Muhammad s.a.w. sedang mengalami
penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya kearah menyibarkan
agama Islam. Dia hanya hendak mencontohi Nabi Muhammad s.a.w. walaupun dia
mengetahui dengan berbuat demikian dia mendedahkan dirinya kepada bahaya.
Semangat keislaman yang sebeginilah yang telah membolehkan para sahabat
mencapai puncak kejayaan dalam alam lahiriah serta batiniah. Keberanian Abuzar
ini sudah selayaknya dicontohi oleh umat Islam dewasa ini didalam rangka usaha
mereka menjalankan dakwah Islamiah. Kekejaman, penganiayaan serta
penindasan tidak semestinya melemahkan semangat mereka yang telah
mengucapkan Dua Khalimah Syahadah.

PENDERITAAN KHABBAB BIN ALARAT

Khabbab ialah seorang manusia yang telah banyak berkorban kerana agama yang
telah dianutinya. Dia awal-awal lagi telah memeluk agama Islam dan oleh yang
demikian penderitaan yang ditanggungnya pun agak lama juga. Dia telah
dipaksakan memakai baju besi dan disuruh berbaring dipasir, mendedahkan
badannya pada panas matahari yang terik hingga kulitnye mengelupas. Khabbab
adalah seorang hamba abdi kepada seorang perempuan. Apabila diketahui oleh si
perempuan tadi yang dia sering melawat Nabi Muhammad s.a.wkepalanya diselar
dengan panas yang merah membara.

               Umar r.a.hu semasa beliau menjadi Khalifah telah bertanya kepaha
Khabbab tentang penderitaannya dikala mula-mula menganuti agama Islam
dahulu. Sebagai menjawab dia menunjukkan parut-parut luka dibelakang
badannya. Kata Umar,"Aku tidak pernah melihat belakang badan yang sedimikian
rupa." Melanjutkan ceritanya dia mengatakan yang dia telah diheret diatas suatu
timbunan bara api sehingga lemak-lemak dan darah yang mengalir dari badannya
memadamkan bara-bara api itu. Apabila agama Islam telah merebak ke merata-
rata tempat, Khabbab sering duduk menangis sambil berkata:"Nampaknya Allah
s.w.t. sedang memberi ganjaran bagi segala penderitaan yang kita alami. Mungkin
di akhirat nanti tidak ada ganjaran yang bakal kita terima."

             Khabbab bercerita:

             "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah mengimami kami dalam
sembahyang. Rasulullah s.a.w telah memanjangkan suatu rakaat. Diakhir
sembahyang itu kami bertanya tentang rakaat yang panjang tadi. Rasulullah
s.a.wmenjawab:"Saya telah membuat tiga permintaan kepada Allah s.w.t.. Saya
berdoa:"Ya Allah, janganlah hendaknya ummatku mati kerana kebuluran,
janganlah hendaknya ummatku dihapuskan oleh musuh dan janganlah hendaknya
mereka berkelahi sesama mereka"."Allah s.w.t.. telah menunaikan hanya dua
permintaanku yang pertama."

               Khabbab telah meninggal dunia apabila usianya meningkat tiga
puluh tujuh tahun. Dia merupakan sahabat yang pertama sekali dikebumikan di
Kufah. Pada suatu ketika apabila Ali r.a.hu melalui pusaranya beliau pun
berkata:"Moga-moga Allah s.w.t. memberkhati dan melimpahkan
rahmatNya keatas Khabbab. Dia telah memeluki Islam dengan segala senang hati
dan telah menumpukan segala tenaganya semasa ia hidup untuk berusaha
dijalan Allah, walaupun dengan berbuat demikian dia menderita kesusahan.
Berbahagialah orang yang sentiasa mengingati hari Kiamat, yang sentiasa bersiap
sedia untuk menghadapi perhitungan diAkhirat nanti, yang berpuas hati dengan
hidup berdikit-dikit didunia ini dan yang perbuatannya mendatangkan keridhaan
tuhan."
              Keridhaan Allah s.w.t.lah yang menjadi matlamat tunggal
perjuangan hidup para sahabat semuanya. Semoga kita semua juga akan mendapat
keridhaan Allah s.w.t.

AMMAR DAN IBUBAPANYA

Ammar dan kedua-dua orang tuanya termasuk dalam golongan kaum Muslimin
yang disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam kerana menerima ajaran Nabi
Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan diatas batu-batu dan tanah yang panas
membakar. Apabila Rasullullah s.a.w. lalu berdekatan mereka Nabi Muhammad
s.a.w. akan menggesa mereka supaya bersabar sambil memberi khabar gembira
mengenai syurga. Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal dunia setelah
menerima penyiksaan yang berpanjangan. Ibunya yang telah tua pula ditikam mati
dengan dengan lembing oleh Abu Jahal. Dia enggan meninggalkan agamanya
walaupun disiksa dengan pedihnya. Dia merupakan wanita pertama yang sahid
kerana mempertahankan agama.

              Apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah,
Ammar telah menawarkan hendak membuat sebuah binaan dimana Nabi
Muhammad s.a.w. boleh duduk, berehat diwaktu petang dan mengerjakan solat.
Binaan ini didirikan dengan batu-batu yang dipungutkan oleh dirinya sendiri. Dia
menentang musuh-musuh Islam dengan penuh keghairahan dan keberanian.
Dalam suatu pertempuran dia telah berkata dengan gembiranya: "Aku akan
menemui kawan-kawan aku tak lama lagi. Aku akan berjumpa dengan Nabi
Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya."

               Kemudian ia meminta air untuk diminum tetapi dia diberi susu.
Sambil mengambil susu itu dia berkata: "Aku mendengar Nabi Muhammad
s.a.w.. berkata padaku:"susu inilah minuman kau yang terakhir didunia!"

              Dia bangun lalu meneruskan perjuangannya menentang musuh
sehingga ia gugur. Pada masa itu dia berusia sembilan puluh empat tahun.

ISLAMNYA SOHAIB

              Sohaib dan Ammar memeluk Islam pada waktu yang sama. Pada
masa itu Nabi Muhammad s.a.w. tinggal ditempat kediaman Arqam. Mereka
datang secara berasingan untuk memeluk agama Islam dan telah bertemu dipintu
rumah Arqam. Sohaib seperti Ammar telah menderita akibat penyiksaan yang
diterima ditangan pemusuh-pemusuh Islam. Akhirnya dia memutuskan hendak
berhijrah ke Madinah.Kafir-kafir Quraish tidak mahu dia berbuat demikian lantas
menghantar suatu gerombolan untuk memaksanya balik ke Mekah.Sebaik-baik
sahaja kafir-kafir musyrikin itu mendekatinya, dia memekik kepada
mereka:"Kamu semua tahu yang aku ini pemanah yang lebih handal daripada
kamu. Selagi ada anak panah pada ku selama itulah kamu tidak dapat
menghampiri aku. Apabila habis anak panah ku aku akan menggunakan pedang
aku pula. Kalau kamu suka pergilah ambil wangku yang kutinggalkan di Mekah
dan dua orang sahaya perempuanku sebagai penebusan diriku."

              Mereka bersetuju. Dia pun memberitahu tempat dimana wangnya
disimpan. Selepas itu dia meneruskan perjalanannya ke Madinah. Berkenaan
dengan perbuatan Sohaib ini Allah s.w.t. telah menurunkan ayat yang berikut
kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Dan dari antara manusia ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari
keridhaan Allah dan Allah itu amat penyayang kepada hamba-hambaNya."

             Pada ketika menerima ayat ini Nabi Muhammad s.a.w.. berada di
Qubo. Apabila dilihatnya Sohaib, Baginda s.a.w. pun berkata: "Penjualan yang
baik sungguh, Sohaib."

ISLAMNYA UMAR

             Umar r.a.hu selepas ia memeluk agama Islam, menjadi kebanggaan
orang-orang Islam dan musuh ketat kafir-kafir musyrikin tetapi sebelum itu dia
menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan mengganggu orang-orang yang
menganuti Islam. Dalam suatu mesyuarat orang-orang Quraish, pada suatu hari
mereka telah memutuskan hendak meminta salah seorang daripada mereka supaya
membunuh Nabi Muhammad s.a.w.

              Umar telah tampil kehadapan sebagai sukarelawan yang ingin
mengusahakan pembunuhan itu. Tiap-tiap Quraish yang menghadiri mesyuarat itu
berkata serentak"Ya, engkaulah yang dapat melakukannya,Umar!"

             Dengan pedang yang bergantungan dilehernya, Umar pun
mengarahkan langkah menuju ketempat kediamanNabi Muhammad s.a.w. Dalam
perjalanannya ia telah menemui Saad bin Abi Waqqas. Saad berkata: "Kemana
kau, Umar?"Umar menjawab: "Aku hendak pergi menamatkan riwayat
hidup Nabi Muhammad " Saad: "Kalau begitu Banu Hashim, Banu Zuhrah dan
Banu Abdi Manaf akan membunuh kamu sebagai tindakan balas."Umar(gelisah
dengan amaran itu) berkata: "Nampaknya kau juga telah meninggalkan agama
nenek moyang kau. Biar aku kerjakan kau dahulu."
             Umar dengan serta merta menghunus pedangnya. Sambil
mengistiharkan pengislamannya Saad juga berbuat demikian. Sebelum bertarung
dengan Umar sempat juga berkata:"Lebih baik kau menguruskan rumahtangga
kau dahulu. Saudara perempuan kau dan iparkau, kedua-duanya telah memeluk
agama Islam"

                Kemarahan Umar ketika mendapat cerita itu tak dapat diceritakan
lagi. meninggalkan Saad, dia menggerakkan langkahnya kearah rumah saudara
perempuannya. Setibanya dirumah itu dia dapati rumah itu telah berkunci dari
dalam. Sambil mengetuk-ngetuk pintu itu dia menjerit dengan sekuat tenaga
kepada saudaranya supaya pintu itu dibuka. Mendengar suara Umar, Khabbab
telah lari bersembunyi meninggalkan masyaf-masyaf Quran yang sedang mereka
baca. Apabila pintu dibuka Umar dengan cepat menempeleng saudaranya sambil
berkata:"Hai pengkhianat dirimu sendiri, engkau juga telah meninggalkan
agamamu."

              Tanpa menghiraukan kepala saudaranya yang berdarah, dia masuk
kedalam sambil bertanya: "Apakah kelian sedang buat tadi dan siapa dia orang
yang suaranya aku dengar dari luar?" Iparnya menjawab:"Kami hanya berbual-
bual." Umar bertanya kepada iparnya "Adakah kamu juga telah meninggalkan
agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru?" Ipar Umar menjawab:"
Bagaimana pula agama baru itu lebih baik dari agama kita yang lama itu?"
Jawapan itu menyebabkan Umar memukul dengan kejam dan menarik-narik
janggutnya. Saudaranya yang datang hendak melerai mereka juga dipukul
sehingga mukanya berlumuran dengan darah. Sambil menangis saudara
perempuannya berkata:"Umar! kami dipukul hanya kerana kami memeluk agama
Islam. Kami berazam hendak mati sebagai orang-orang Islam Kau bebas
melakukan apa saja yang kau suka atas diri kami."

              Apabila hatinya sejuk sedikit dia berasa malu atas perbuatannya
terhadap saudara perempuannya itu. Tiba-tiba ia terpandang akan masyaf-masyaf
yang ditinggalkan oleh Khabbab tadi. Katanya:"Baiklah, tunjukkan masyaf-masyaf
ini." "Tidak," kata saudaranya.: "Badan kau tak bersih dan orang yang tak bersih
tak seharusnya memegang masyaf-masyaf ini." Umar akhirnya membersihkan
badannya dan mula membca masyaf-masyaf tadi. Surah yang dibacanya
ialah SURAH TAHA.Dia membaca dari permulaan surah itu.Seluruh sikap dan
pandangannya berubah apabila ia sampai ke ayat yang bermaksud:

"Akulah Allah. Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu sembahlah Aku dan
dirikanlah sembahyang buat mengingati Aku."

Kata Umar: "Baiklah, bawa aku bertemu dengan Muhammad "
                Mendengar kata-kata Umar itu Khabbab pun keluarlah dari tempat
persembunyiannya sambil berkata:"Ya Umar, ada berita baik untuk kamu.
semalam (iaitu malam Juma'at)Nabi Muhammad s.a.w. telah berdoa kepada Allah
s.w.t..: "Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Umar atau Abu Jahal, siapa
yang Engkau suka.".Nampaknya Allah s.w.t. telah memilih engkau sebagai
menunaikan permintaan Nabi Muhammad s.a.w.

               Umar telah menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan pada pagi Juma'at
dia telah memeluk agama Islam Pengislaman Umar merupakan merupakan suatu
pukulan yang hebat kepada puak musyrikin. Sungguh pun begitu bilangan orang
Islam terlalu kecil kalau dibandingkan dengan bilangan puak musuh. Kafir-kafir
musyrikin telah memperhebatkan usaha-usaha mereka untuk menghapuskan
orang-orang Islam serta agama mereka. Dengan Islamnya Umar, kaum Muslimin
telah bertambah berani dan sekarang mereka mendirikan sembahyang di Baitul
Haram. Kata Abdullah bin Masud: "Pengislaman Umar merupakan suatu
kejayaan besar kepada kaum Muslimin, perpindahannya menguatkan kami dan
perlantikannya sebagai Khalifah merupakan suatu keberkatan kepada kami.:"

PERPINDAHAN KE HABSHAH DAN PEMULAUAN DILEMBAH IBNU ABI
TALIB

Kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh kaum Muslimin semakin
bertambah-tambah. Baginda s.a.w akhirnya membenarkan mereka meninggalkan
Mekah. Negeri Habshah pada masa itu diperintahkan oleh seorang raja Kristian
(kemudiannya telah memeluk Islam) yang masyhur dengan belas-rahim dan
keadilannya. Dalam bulan Rejab, selepas selepas lima tahun Nabi Muhammad
s.a.w. menjalankan dakwahnya, kumpulan orang-orang pelarian yang pertama
telah berlepas ke Habshah. Kumpulan ini terdiri daripada lima belas orang lelaki
dan lima orang perempuan. Puak Quraish yang mengejar mereka tiba dipelabuhan
selepas kapal mereka bertolak. Setibanya mereka diHabshah , mereka mendengar
khabar angin yang mengatakan bahawa kesemua puak Quraish telah beriman dan
menerima ajaran Islam. Kegembiraan mereka bukan kepalang. Mereka pun
memutuskan hendak kembali ketanah air mereka, tetapi apabila hampir-hampir
tiba keMekah mereka dapati yang berita angin yang mereka dengar semasa
diHabshah tidak benar sama sekali. Kempen mengganggu orang-orangIslam tidak
sedikit pun berkurangan. Oleh hal yang demikian setengah daripada mereka
terpaksa belayar kembali keHabshah sedangkan yang lainnya memasuki kota
Mekah dengan perlindungan orang-orang yang berpengaruh. Peristiwa ini dikenali
dengan 'PERPINDAHAN KEHABSHAH YANG PERTAMA'. Tidak lama
kemudian satu rombongan yang lebih besar terdiri daripada lapan puluh orang
lelaki dan lapan belas perempuan telah berlepas keHabshah. Pemergian yang
kedua ini disebut sebagai 'PERPINDAHAN KEHABSHAH YANG KEDUA'. Ahli-
ahli rombongan yang kedua ini termasuk juga sebilangan kecil para sahabat Nabi
Muhammad s.a.w.

              Pemergian orang-orang Islam keHabshah menimbulkan kemarahan
kafir-kafir Quraish. Suatu rombongan puak Quraish lengkap dengan hadiah-
hadiah yang akan diberi kepada Raja Habshah, pembesar-pembesar istananya dan
paderi-paderi Kristian telah berlepas kesana. Setelah pembesar-pembesar istana
disogok mereka dengan senang masuk keistana penghadapan untuk menemui
Raja. Mereka disujudkan dihadapan Raja sambil meletakkan hadiah-hadiah
didepannya.

              Mereka pun berbicara: "Tuanku, sebilangan kecil orang-orang kami
telah meninggalkan agama mereka yang turun termurun dan telah memeluk
agama baru yang bertentangan dengan agama kami dengan agama kamu. Merka
telah datang untuk tinggal disini. Pembesar-pembesar Mekah, ibu bapa dan kaum
kerabat mereka telah menghantar kami untuk membewa mereka balik. Kami
memohon Tuanku supaya mereka diserahkan kepada kami."

               Jawab Raja Habshah:" Kami tidak dapat menyerah orang yang
telah diminta perlindungan kami tanpa usul periksa. Biarlah mereka dibawa
kehadapan kami supaya dapat kami mengkaji hujah-hujah mereka. Kalau tuduhan
kemurtadan yang telah kamu melemparkan terdapat mereka itu benar kami akan
serahkan mereka kepada kamu."

              Oleh Raja Habshah disuruhnya pegawai-pegawainya membawa
orang Islam kebalai penghadapan.Orang-orang Islam itu berasa gelisah kerana
tidak tahu apa yang mesti diperbuat tetapi Allah s.w.t. telah memberikan
peransang. Sebaik-baik sahaja mereka sampai sampai dihadapan Raja mereka
menyampaikan salam kepadanya. Seorang pegawai istana telah membantah
mengatakan yang mereka tidak bersujud dihadapan raja. Mengikut adat kebiasaan
orang-orang Habshi mereka menerangkan:"Nabi kami telah melangkan kami
supaya bersujud kepada sesiapa melainkan Allah s.w.t."

               Kemudian Raja Habshah telah menyuruh mereka membentangkan
hujah-hujah mereka sebagai mempertahankan diri dari pertuduhan puak Quraish.
Jaafar r.a.hu bangun lalu berucap:"Tuanku! Kami ini manusia yang jahil. Kami
tidak mengenal Allah s.w.t. dan Pesuruh-pesuruhNya.Kami menyembah batu-batu,
memakan bangkai serta mengerjakan segala jenis kejahatan.Kami tidak
menunaikan kewajipan kami terhadfap kaum kerabat kami. Yang kuat diantara
kami akan menindas yang lemah. Akhirnya bangunlah seorang Nabi yang
membawa pembaharuan didalam penghidupan kami. Keturunan yang mulia,
perangainya yang lurus dan kehidupannya yang suci bersih diketahui umum.Dia
menyeru kami supaya kami menyembah Allah s.w.t. dan meninggalkan perbuatan-
perbuatan syirik.Dia mengajar kami melakukan perbuatan yang Ma'ruf dan
meninggalkan yang Mungkar. Dia mengajarkan kami supaya bercakap benar,
menunaikan amanah, menghormati kaum-kaum kerabat dan berbuat baik dengan
jiran tetangga. Daripadanya kami belajar sembahyang, berpuasa, berzakat dan
berkelakuan baik. Kami diajar supaya menjauhi perbuatan-perbuatan jahat dan
pertumpahan darah. Dia melarang perzinaan, perbuatan-perbuatan lucah,
bercakap bohong, memakan harta-harta anak yatim dengan secara haram,
mengada-adakan fitnah dan sebagainya. Dia mengajar
kami Quran dan Kitabullah yang mengkagumkan. Jadi kami percayakan
kepadanya, kami mengikuti jejak langkahnya dan menerima ajaran yang
dibawanya.Oleh kerana inilah maka kami telah menggangui dan disiksa dengan
harapan kami akan kembali kepada keadaan sediakala.Apabila kejaman orang-
orang kami melampui batas-batas perikemanusiaan, kami pun dengan doa restu
Nabi kami telah datang kemari untuk berlindung ditempat Tuanku."

              Kata Raja Habshab:"Perdengarkan sedikit kuma Quran yang telah
kamu pelajari daripida Nabi kamu." Jaafar pun membacalah ayat-ayat pada
permulaan 'Surah Mariam'. Ayat-ayat yang dibaca begitu mengharukan hati
nurani para pendengar sehingga pipi mereka dibasahi air mata."Demi Allah!"
kata Raji Habshah."Perkatan-perkataan ini dari perkataan-perkataan yang
diturunkan kepada Musa merupakan cahaya dari suatu sumber sinaran yang
sama."

                Menoleh kepada perwakilan puak Quraish, Dia berkata yang dia
enggan menyerahkan orang-orang pelarian itu kepada mereka.Sungguhpun
orang-orang Quraish telah berasa malu dan hampa namun mereka tidak mahu
mengaku kalah. Mereka mengadakan mesyuarat dimasa salah seorang daripada
mereka telah berkata,:"Aku ada satu rancangan yang sudah tentu akan
menimbulkan kemarahan baginda terhadap mereka."Rancangan ini tidak
dipersetujui oleh rombongan-rombongan Quraish yang lain. Mereka berpendapat
bahawa jiwa orang-orang Islam akan terancam jika ianya berhasil. Mereka tidak
ingin membahayakan orang yang sedarah sedaging dengan mereka. Tetapi orang
mencadangkan itu tiddak mahu membatalkannya. Pada esoknya, dipengaruhi pleh
orang lain, perwakilan Quraish telah menghasut Raja Habshah dengan menatakan
yang orang perlarian Islam tidak percaya yang Nabi Musa itu anak Allah
s.w.t. Sekali lagi orang-orang Islam dibawa menghadap raja. Meraka gementar
kerana ketakutan apabila ditanya mengenai pendirian mereka tentang Nabi Musa
a.s mereka dengan tegas menjawab: "Kami percaya kepada kata-kata Allah yang
telah diturunkan kepada Nabi kami mengenai Isa iaitu dia hanya seorang hamba
dan Pesuruh Allah Kami juga percaya dengan kata-kata Allah s.w.t. yang telah
disampaikanNya kepada Maryam"

              Negus (Raja Habshah) berkata:"Demikian juga dakwah Isa
mengenai dirinya."Paderi-paderi yang mendengar kata-kata Negus bersungut-
sunut sebagai membantah tetapi dia tidak menghiraukan mereka. Dia
mengembalikan hadiah-hadiah yang telah diberikan oleh perwakilan Quraish.
Berpaling kepada pelarian-pelarian Islam, dia berkata:"Pergilah hidup dengan
aman. Orang-orang yang menganiayai kamu akan menerima hukuman yang
berat."Satu pengistiharan diraja telah dirasmikan mengenai perkara ini.
Rombongan Quraish telah balik dengan perasaan sedih dan memalukan.

               Kegagalan perwakilan Quraish dan kemenangan orang-orang Islam
telah menyebabkan pihak mushrikin Mekah bertambah berang..Api merahan
mereka telah bersemarak lagi apabila Umar telah memeluk agama Islam. Akibat
kemarahan yang berleluasa ini, suatu persidangan yang dihadiri oleh pemuka-
pemuka puak Quraish telah diadakan. Tujuan utama mesyuarat ini ialah hendak
merancang pembunuhan Baginda s.a.w. Mereka hendak mengatasi masalah Nabi
Muhammad s.a.w. dengan sekali gus tetapi pembunuhan ini bukan satu perkara
yang senang diselenggarakan. Banu Hashim, puak Nabi Muhammad s.a.w. sangat
banyak bilangan ahli-ahlinya dan sangat kuat pengaruhnya dikalangan bangsa
Quraish. Sungguhpun banyak diantara mereka tidak menganuti agama Islam
mereka sudah tentu tak akan berdiam diri kalau salah seorang daripada mereka
dibunuh. Oleh hal yang demikian pemuka-pemuka Quraish telah memutuskan
hendak menjalankan pemulauan sosial keatas Banu Hashim. Mereka telah
menyusun satu dokumen dalam mana dinyatakan puak-puak Quraish lainnya tidak
akan bergaul dan berjual-beli dengan puak Banu Hashim selagi mereka tidak
menyerahkan Nabi Muhammad s.a.w.untuk dibunuh. Dokumen yang ditandatangi
oleh pemuka-pemuka Quraish itu digantung di Kaabah. Pemulauan itu berjalan
dan berkuatkauasa selama tiga tahun dan selama itu pula Nabi Muhammad
s.a.w. dan puak Banu Hashim terkepung didalam satu lembah diluar Kota
Mekah. Mereka tidak dibenarkan keluar dari lembah itu dan tidak boleh berjual-
beli dengan puak-puak Quraish yang lain hatta dengan pedagang-pedagang asing
sekalipun. Mereka yang melewati batas 'penjara' mereka ataupun yang cuba
membeli barang-barang makanan dipukul dengan sekejam-kejamnya. Pemulauan
ini sudah tentu mengakubatkan puak Bani Hashim menghadapi kebuluran. Mujur
juga ada sedikit makanan yang telah diseludup oleh lelaki puak Quraish yang lain
yang telah berkahwin dengan wanita-wanita Banu Hashim. Penderitaan yang
dialami oleh mereka tidak dapat dibayangkan. Walau bagaimanapun Nabi
Muhammad s.a.w dan para sahabatnya tetap teguh dengan keimanan mereka dan
dalam keadaan yang tidak menyenangkan ini sempat juga mereka menyaampaikan
ajaran Ilahi kepada manusia yang senasib dengan mereka.

              Akhirnya selepas tiga tahun dengan khudrat dan iradat Allah
s.w.t. dokumen yang digantung diKaabah telah hancur dimakan oleh anai-anai dan
pemulauan yang dikenakan keatas Banu Hashim dengan sendirinya terbatal.

               Demikianlah dengan serba ringkasnya gambaran penderitaan yang
telah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya. Kita yang
mendakwa kita sebagai pengikut-pengikut mereka patut bertanya kepada diri kita
sendiri menegenai usaha-usaha yang telah kita jalankan untuk
menegakkan Syariat-syariat Islam. Apakah pengorbanan yang telah kita lakukan
dijalan Allah s.w.t.? Kita ingin majukan duniawi dan nikmat hidup ukhrawi tetapi
kita lupa yang ini semua tidak mungkin diperolehi tanpa pengorbanan dijalanAllah
s.w.t.

KETAKUTAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEWAKTU BERLAKU RIBUT

Telah berkata Aishah r.a.hu apabila angin ribut yang membawa awan hitam
bertiup,wajah Nabi Muhammad s.a.w. kelihatan pucat kerana takutkan Allah
s.w.t.. Baginda s.a.w. keluar masuk dalam keadaan gelisah sambil membaca doa
berikut yang maksud: "Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebajikan angin
ini dan kebajikan yang ada didalamnya dan kebajikan apa yang Engkau kirim
dengannya dan aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan
yang Engkau kirimkan dengannya."

             Kata Aishah lagi: "Apabila hujan mulai turun terbayang tanda-
tanda kesukaan diwajah Nabi Muhammad s.a.w. Aku bertanya kepadanya:
"Ya Rasulullah, apabila kelihatan semua orang merasa suka kerana yang
demikian menandakan hujan akan turun tetapi mengapa aku melihat kamu pula
berasa cemas?" Baginda s.a.w.menjawab. "Ya Aishah, bagaimana aku dapat
menentukan bahawa angin yang bakal mendatang itu tidak menandakan
kemurkaan Allah s.w.t.? Kaum A'ad telah dihapus oleh angin. Mereka berasa
gembira apabila melihat awan-awan hitam tetapi bukannya hujan yang dibawa
bahkan pembinasaan mereka sendiri."

              "Maka takkala mereka melihat (ancaman) itu sebagai awan
menghadap kelembah-lembah mereka, mereka berkata"Ini awan yang akan
menurunkan hujan keatas kita." "Bukan! bahkan ialah ancaman yang kamu
mintaya disegerakan iaitu angin yang didalamnya azab yang pedih- yang
binasakan tiap-tiap suatu dengan perintahnya, sehingga jadilah mereka tidak
kelihatan melainkan tempat-tempat mereka. Demikianlah kami balas kaum yang
derhaka."

               Tuhan telah berjanji melalui sepotong ayat dalam SURAH AN-
ANFAL yang Dia tidak akan mengazabkan manusia selagi Nabi Muhammad
s.a.w. ada bersama-sama mereka. Dalam pada itu pun tiap-tiap kali angin kencang
bertiup Nabi Muhammad s.a.w. tetap merasa takut. Bandingkan pula
perasaan Baginda s.a.w. dengan perasaan kita apabila kilat memancar ataupun
banjir berlaku. Yang takut segelintir sahaja. Merekalah yang
mengucap Istighfar. Yang lain sibuk dengan keseronokkan hidup masing-masing.

AMAL PERBUATAN ANAS SEWAKTU RIBUT BERLAKU

Diceritakan oleh Nadhr bin Abdullah.

"Pada suatu hari ketika Anas masih hidup cuaca telah menjadi kelam. Saya pergi
berjumpa dengannya sambil bertanya: "Pernah kau lihat perkara yang seperti ini
berlaku semasa hayatRasullullah s.a.w.?" Dia menjawab:"Aku berlindung
dengan Allah s.w.t.. Pada masa itu kalau berlaku angin ribut kami akan bersegera
kemasjid takut kalau-kalau berlaku hari kiamat."Abu Darda bercerita: "Apabila
angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. akan berasa cemas. Baginda
s.a.w. akan pergi kemasjid."

              Amalan seperti ini jarang sekali diperbuat oleh umat Islam sekarang
sama ada dari golongan orang kebanyakan ataupun ulama. Mungkin mereka tidak
ketahui yang amalan ini merupakan satu sunnah Baginda Rasullullah s.a.w.

RASULULLAH S.A.W. PADA MASA GERHANA MATAHARI

Matahari telah gerhana pada suatu hari. Para sahabat telah meninggalkan
pekerjaan mereka masing-masing. Kanak-kanak kecil yang sedang berlatih
memanah berlari-lari menuju kemasjid untuk mengetahui apa yang akan
dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

               Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sembahyang dua rakaat
yang sangat panjang sehingga ada orang yang jatuh pengsan. Dalam sembahyang
itu Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis sambil berkata:"Ya Tuhanku, engkau
telah berkata yang engkau tidak akan menyiksa (umatnya) selagi aku berada
bersama mereka dan selagi mereka meminta keampunan engkau."

             Disini terjelaslah yang Nabi Muhammad s.a.w.. merujuk kepada
ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Tetapi Allah tidak akan mengazabkan mereka selagi engkau ( Nabi Muhammad
s.a.w.) bersama mereka dan DIA tidak akan mengazabkan, mereka meminta
keampunan." - (surah AL-ANFAL-33)

             Kemudian dia mengucap kepada para jemaah:

"Kamu hendaklah bersegera melakukan solat apabila berlaku gerhana bulan atau
matahari. Kalau kamu tahu tanda-tanda hari Kiamat sebagaimana aku ketahui
tentu kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. Peristiwa-peristiwa seperti ini
memerlukan kita bersembahyang, berdoa kepada Allah s.w.t. dan bersedekah
kepada fakir-miskin."

TANGISAN NABI MUHAMMAD S.A.W. SEMALAMAN

Sekali, Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis semalam-malaman sambil
mambaca berkali-kali dalam sembahyang Tahajjudnya ayat yang bermaksud:

"Jika Engkau siksa mereka maka sesungguhnya mereka itu adalah hamba-
hambaMu dan jika Engkau ampunkan mereka maka sesungguhnya Engkaulah
yang maha kuasa dan bijaksana"

          Tangisan seperti ini pernah sekali dilakukan oleh IMAM ABU
HANIFA (RAHMATULLAH ALAIHI) sambil membaca ayat ini yang bermaksud:

"Dan berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa"

              Ayat ini membawa makna yang orang-orang yang
mendurhakai Allah s.w.t. akan disuruh berpisah daripada mereka yang berbakti
kepadaNya dan tidak dibenarkan bergaul dengan para salehin sebagaimana yang
diperbuat oleh mereka didunia. Mengenangkan peristiwa yang bakal berlaku ini,
maka mereka yang bertakwa sering menangis lantaran takut dimasukkan kedalam
golongan yang mengengkari Allah s.w.t. pada hari Perhitungan kelak.

CONTOH TAKWA YANG DIPERTUNJUKKAN OLEH ABU BAKAR

               Tidak syak lagi bahawa Abu Bakar r.a.hu merupakan manusia yang
paling tinggi mertabatnya dikalangan para sahabat. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri
pernah menyampaikan berita gembira mengenai kedudukannya yang utama
diantara penguni-penghuni syurga yang maha mulia.
              Kata Nabi Muhammad s.a.w.:"Nama Abu Bakar akan diseru
daripada segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan
memasukinya."

              Namun demikian perasaan takutnya kepada Allah s.w.t. tetap
bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata: "Alangkah baiknya kalau aku menjadi
sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api" Kadang-kadang dia
berkata: "Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya
akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan."

             Pada suatu hari dia telah pergi kesebuah taman dimana ia lihat
seekor burung sedang berciap-ciap. Katanya: "Wahai burung! Sungguh bertuah
kamu. Kau makan minum dan bertebangan dibawah naungan pokok-pokok kayu
tanpa sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan Aku ingin menjadi seperti
engkau,wahai burung."

             Rabi'ah Aslami r.a.hu telah bercerita:

              "Pada suatu hari saya telah bertentangan dengan Abu Bakar.
Semasa pertengkaran itu berjalan, dia telah mengeluarkan sepatah perkataan kesat
terhadap saya. Dengan serta-merta itu juga, dia telah menyedari akan
kesalahannya itu lalu berkata: "Wahai saudara, gunakanlah perkataan itu
terhadap saya sebagai tindakan balas."

               Saya enggan berbuat demikian. Dia menggesa-gesakan saya supaya
menggunakan perkataan kesat tadi dan berkata hendak merujukkan perkara itu
kepada Nabi Muhammad s.a.w. Saya tidak juga mahu mengalah. Dia lalu bangun
lalu meninggalkan saya. Beberapa orang ahli dari puak saya yang menyaksikan
peristiwa tadi mencemuh: "Ganjil betul orangnya, dia yang melakukan kesalahan
dan dia pula mengancam hendak mengadu kepada Nabi Muhammad s.a.w.

              Saya dengan segera menyampuk: " Kamu tahukah siapa dia? Dia
adalah Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi Muhammad
s.a.w. dan menyinggungNabi Muhammad s.a.w. bererti menyinggung Allah s.w.t.,
kalau perbuatan aku menyinggung Allah s.w.t., siapakah gerangannya yang akan
menyelamatkan aku?"

              Saya pun bangun lantas pergi menghadap Nabi Muhammad
s.a.w. kepada Nabi Muhammad s.a.w. saya bercerita apa yang telah berlaku.
Kata Nabi Muhammad s.a.w.:"Keengganan kamu mengeluarkan kata-kata kesat
itu sudah kena pada tempatnya, tetapi untuk mengeluarkan penderitaan batinnya,
kamu sekurang-kurangnya dapat berkata: "Semoga Allah s.w.t mengampuni kamu
wahai Abu Bakar."

              Begitulah takwa yang telah dipertunjukkan oleh Abu Bakar.
Keengganannya menerima pembalasan dialam akhirat menyebabkan dia memaksa
Rabiah Aslami supaya mengambil tindakan balas terhadapnya. Kekesalannya dan
penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu sedemikian rupa sehingga dia
sanggup menceritakan segala-galanya kepadaNabi Muhammad s.a.w. dengan
harapan Nabi Muhammad s.a.w. dapat menolong. Bagaimanakah pula perasaan
kita, ummat Islam kini selepas melakukan kesalahan yang seperti diatas? Kita
seringkali melakukan kesalahan tanpa perasaan takut akan pembalasan sama ada
didunia atau pun diakhirat nanti.

CONTOH TAKWA YANG DITUNJUKKAN OLEH UMAR

Umar r.a.hu kerap memegang sehelai jerami sambil berkata: "Alangkah baiknya
kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini." Kadang-kala dia berkata: "Alangkah
baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh ibuku!"

              Pada suatu ketika Umar sedang sibuk dengan urusan yang penting.
Tiba-tiba datang satu hamba Allah dengan satu pengaduan yang berkehendakkan
pembetulan. Oleh Umar dicemetinya orang itu dibahagian bahunya. Umar berkata:
"Bila aku duduk hendak menerima pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku
sibuk dengan urusan penting engkau datang menggangui aku."

              Tanpa berkata apa-apa orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus
kemudian ia dibawa kehadapan Umar sekali lagi. Sambil mengunjukkan cemeti
tadi padanya Umar berkata: "Pukullah aku sebagai membalas perbuatan tadi."
"Kata orang itu: "Saya mengampuni awak kerana Allah s.w.t."

                Kekesalan Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali
kerumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Dia mengkritik
dirinya sendiri seperti berikut: "Wahai Umar, dahulu kedudukanmu rendah tetapi
kini telah ditinggikan oleh Allah s.w.t.. Dahulu kamu sesat tetapi kini telah
dipimpin oleh Allah s.w.t. dan Dia telah memberi kamu kuasa keatas hamba-
hambaNya. Apabila salah seorang daripada mereka datang untuk mendapat
keadilan ia dipukul dan disakiti. Apakah alasan yang hendak kamu berikan
dihadapan Allah s.w.t.?"

              Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan sekali malah beberapa
kali. Pada suatu malam Umar sedang meronda disuatu tempat dipersekitaran kota
Madinah dengan hambanya Aslam. Tiba-tiba kelihatan cahaya api tidak jauh dari
tempat mereka berada. Dia berkata: "Nun ditengah-tengah padang pasir
nampaknya ada khemah, mungkin kepunyaan suatu khalifah yang tidak dapat
memasuki kota kerana kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan
mereka."

             Setibanya mereka ditempat perkhemahan itu, yang kelihatan
hanyalah seorang perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu tadi sedang
menjerang secerek air, sambil memberi salam dia meminta izin untuk
mendekatinya.

Umar: "Mengapa kanak-kanak ini menangis"

Perempuan: Kerana mereka lapar"

Umar: "Apa yang ada didalam cerek itu?"

Perempuan: "Hanya air untuk memperdayakan mereka supaya mereka tidur
dengan sangkaan yang makanan sedang disediakan untuk mereka. Ah, Allah
s.w.t. akan mengadili pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana
membiarkan aku didalam keadaan begini."

Umar:(Menangis)"Semoga Allah s.w.t. mengampuni kamu tetapi bagaimanakah
Umar hendak mengetahui tentang penderitaan kamu!"

Perempuan:"Orang yang menjadi Amir patut tahu akan keadaan setiap
rakyatnya."

               Umar balik kekota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah
karung dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia mengeluarkan juga
sedikit wang. Apabila karung tadi telah penuh Umar pun berkata kepada Aslam:
"Letakkan karung ini keatas belakangku Aslam"

Aslam: "Tidak, tidak, ya Amirul Mu'minin! Biar saya yang memikulnya"

Umar: "Apa! Adakah engkau yang akan memikuli dosaku dihari kiamat kelak?
Aku terpaksa memikulinya kerana akulah yang akan dipersoalkan nanti mengenai
perempuan ini"

            Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan karung itu diatas
belakang Umar. Dengan diikuti oleh Aslam dia telah berjalan dengan pantas
menuju khemah perempuan itu. Dia memasukkan sedikit tepung, buah tamar dan
minyak kedalam cerek tadi lalu mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk
menyalakan api. Kata Aslam: "Saya melihat asap mengenai janggutnya"

              Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar sendiri
menghidangkan kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut kanak-kanak
itu, mereka pun bermainlah dengan gembiranya. Melihat keadaan anak-anaknya,
perempuan itu pun berkata:"Semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran kepada kamu
kerana kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak memegang jawatan
khalifah daripada Umar." Umar melipurkan hati perempuan itu lalu berkata: "
Apabila kamu datang berjumpa dengan khalifah, kamu akan menjumpai aku
disana."

             Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Umar
pun beredar dari situ. Dalam perjalanan pulang Umar telah bertanya kepada
Aslam:"Kamu tahu tak mengapa aku duduk disitu beberapa ketika?"Aku ingin
melihat mereka bermain-main dan gelak ketawa kerana kesukaan setelah melihat
mereka menangis kelaparan."

              Mengikut riwayat ketika mengerjakan solat fajar Umar sering
membaca SURAH "KAHF, TAHA" dan lain-lain surah yang hampir-hampir sama
dengan surah-surah itu. Waktu inilah dia kerap menangis sehingga tangisannya
jelas kedengaran beberpa saf kebelakang. Pada suatu subuh ketika membaca
ayat SURAH "YUSUF" yang bermaksud:

    Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah.

                             (SURAH YUSUF-86)

Dia telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat meneruskan pembacaannya.

              Wahai kaum muslimin, kisah-kisah Umar yang baru saja diceritakan
sepatutnya dijadikan bahan rujukan oleh kita bersama. Umar diketahui umum
merupakan kesatriaan Islam yang terkenal kerana gagah beraninya. Namanya saja
sudah dapat mengecutkan perut pemusuh-pemusuh Islam. Namun demikian
dihadapan Allah s.w.t. dia menangis ketakutan. Dimanakah seorang Raja atau
Pemimpin negara yang bersedia menunjukkan belas rahimnya kepada seorang
hamba rakyatnya yang hina seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Umar?
Demikianlah kesucian, kemurnian dan ketinggian sopan santun yang dikehendaki
oleh Islam, Agama yang kita semua akui sebagai penganut-penganutnya.

TEGURAN OLEH ABDULLAH BIN ABBAS
Diceritakan oleh Wahab bin Munabbah:

              "Abdullah bin Abbas telah kehilangan penglihatannya semasa ia
telah tua. Pada suatu hari aku telah memimpininya ke Masjidil Haram. Disana ia
telah menedengar beberapa orang sedang bertengkar dengan suara yang lantang.
Dia meminta supaya aku membawanya kehadapan mereka. Dia pun memberi
salam kepada mereka, selepas membalas salamnya mereka mempersilakan ia
duduk sambil melahirkan keengganannya berbuat demiakian, dia pun berkata:

"Izinkan aku menceritakan darihal hamba-hamba Allah s.w.t. yang sebenar-
benarnya. Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana
takutkan Allah s.w.t... Sungguhpun mereka tidak bisu dan sebaliknya dapat
menggunakan bahasa dengan fasihnya tetapi oleh kerana selalu memuji-
muji Allah s.w.t.. maka mereka tidak dapat memperkatakan sesuatu yang sia-sia.
Apabila mereka tiba keperingkat keimanan yang demikian rupa maka mereka
segera kearah kebaikan. Mengapakah kamu sekelian telah menyeleweng dari jalan
ini? Selepas peristiwa ini aku tidak melihat manusia berkumpul di Masjidil
Haram."

              Kisah Abdullah bin Abbas ini menunjukkan kepada kita suatu jalan
yang sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan. Caranya ialah dengan memikirkan
tentang kebesaranAllah s.w.t. Kalau ini dapat dilakukan maka lain-lain perbuatan
yang baik dapat dilakukan juga dengan senang dan penuh kejujuran.

GERAKAN BALA TENTERA MUSLIMIN KE TABUK

Sampai pula berita kepada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa tentera Rumawi sedang
berkumpul hendak datang menyerang. Tanpa membuang masa Nabi Muhammad
s.a.w. telah mengerahkan kaum Muslimin untuk menyiapkan segala alat
kelengkapan berperang. Kebetulan pada masa itu orang sedang menghadapi
musim kemarau yang dahsyat. Oleh kerana tentera musuh yang bakal dihadapi itu
besar dan kemungkinan mengalami berjenis-jenis kesukaran itu banyak. Orang-
orang mewah dan agak berada serta senang hidupnya, Nabi Muhammad
s.a.w.. galakkan menghulurkan pertolongan membekalkan mereka yang susah

             Pada masa itu Abu Bakat r.a.hu telah mendermakan segala
hartanya. Apabila ditanya apa yang tinggal kepada keluarganya, ia
menjawab:"Aku tinggalkan Allah s.w.t. danRasulNya kepada mereka."

               Umar r.a.hu telah mendermakan separuh dari harta kekayaannya
sedangkan Usman r.a.hu telah membekalkan alat kelengkapan perperangan untuk
sepertiga daripada semua tentera Muslimin. Tiap-tiap sepuluh orang askar
dibekalkan dengan seekor unta sahaja disebabkan kekurangan binatang ini. Oleh
sebab inilah maka gerakan ketenteraan ini dinamakan "KEMPEN KEPICIKAN".

               Tentera-tentera Muslimin terpaksa berjalan jauh dalam cuaca panas
terik membakar ketempat yang ditujui. Kebetulan pada masa itu kebun-kebun
mereka penuh dengan buah-buah tamar yang telah masak. Ini merupakan
ujian Allah s.w.t. terhadap mereka. Tiba-tiba mereka diseru untuk menghadapi
musuh yang paling gagah sebagai menguji keimanan mereka. Natijah keimanan
mereka yang teguh inilah maka mereka tidak ingin ditinggalkan diMadinah
kecuali kaum wanita, kanak-kanak, orang-orang munafik dan mereka yang tidak
ada kenderaan. Ada diantara mereka yang menangis-nangis kerana tidak dapat
menyertai Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Muslimin yang lain.
Mengenai orang-orang iniAllah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"MEREKA BERPALING SEDANG MATA MEREKA MENGALIR AIRMATA
KERANA SEDIH YANG MEREKA TIDAK ADA KEMAMPUAN YANG BOLEH
MEREKA BELANJAKAN"

Diantara mereka-mereka yang beriman hanya tiga orang sahaja yang tidak
menyertai tentera Muslimin tanpa sebarang alasan.(Kisah mereka akan
dibentangkan sekejap lagi).

              Sementara itu dalam perjalan para tentera Muslimin keTabuk,
tentera Muslimin telah sampai ke perkampungan Thamud. Disini Nabi
Muhammad s.a.w. telah menutupi wajahnya sambil mempercepatkan
perjalanannya. Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan supaya para sahabatnya
berbuat demikian juga. Nabi Muhammad s.a.w. menasihatikan mereka supaya
menangis dan takutkan penyiksaan Allah s.w.t. agar Allah s.w.t. tidak mengenakan
siksaan keatas mereka seperti mana yang dikenakan keatas Thamud.

                Lihatlah sikap yang dipertunjukkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. dan para sahabatnya ketika melalui perkampungan Thamud yang telah
dibinasakan oleh Allah s.w.t.Beginilah pula sikap yang seharusnya dimiliki oleh
kita, tetapi kebanyakkan kita tidak merasa sedih atau takut apabila menghadapi
sesuatu malapetaka atau bencana alam. Sebaliknya kita mengadakan pesta
keramaian ditempat berlakunya sesuatu kecelakaan itu

KISAH TIGA ORANG MUKMIN YANG TIDAK MENYERTAI NABI KE TABUK

Diantara puak munafikin jumlah yang tidak menyertai gerakan keTabuk boleh
dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi
Muhammad s.a.w. malah mereka cuba mempengaruhi orang-orang lain supaya
berbuat demikian.

Kata mereka: "Janganlah berpergian dalam keadaan panas" (SURAH AT-
TAUBAH ayat 81)

Allah s.w.t. menjawab: "API NERAKA LEBIH PANAS LAGI"

               Diantara orang-orang yang beriman pula seperti mana yang telah
dikatakan tadi, hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin.
Mereka ini ialah Murarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik.
Murarah tidak bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabatnya kerana
buah-buah tamar dikebunnya telah masak dan terpaksa dikutip. Dia menyangka
yang penyertaannya dalam lain-lain peperangan terdahulu daripada ini dapat
melepaskan dirinya daripada peperangan yang sedang dihadapi. Disini dia telah
melakukan kesalahan mementingkan hartanya daripada Allah s.w.t.. Apabila dia
menyedari kesalahannya dia mendermakan kebunnya kepada orang. Akan Hilal
pula dia sibuk mendampingi kaum keluarganya yang pulang ke Madinah selepas
meninggalkan kota itu beberapa ketika lamanya. Seperti Murarah, dia juga telah
menyertai beberapa peperangan yang terdahulu.Ternyata yang Hilal telah
melakukan kesalahan mementingkan kaum keluarga nya daripada Allah s.w.t..
Setelah menyedari kesalahannya dia telah emmutuskan perhubungan dengan
kaum kerabatnya. Mengenai Ka'ab pula, dengarlah cerita seperti yang diceritakan
olehnya sendiri. Cerita Ka'ab ini terkandung didalam semua buku-buku Hadis.
Katanya:

               "Semasa berlaku gerakan keTabuk keadaan hidup aku agak
mewah.Aku mempunyai dua ekor unta kepunyaan saya sendiri. Sebelum ini saya
tidak pernah memiliki bilangan unta seperti tersebut tadi. Telah menjadi
amalan Nabi Muhammad s.a.w. yang ia tidak suka memberitahu kepada umum
tentang tempat yang ditujui oleh gerakan tentera Muslimin, tetapi sekali ini oleh
kerana jauhnya perjalanan yang mensti ditempuhi, kerana musim kemarau pada
masa itu dan oleh kerana kekuatan tentara kafir, ia terpaksa menceritakan segala-
galanya agar persiapan-persiapan dapat diperbuat dengan sempurnanya. Orang-
orang yang bakal memnyertai pergerakan keTabuk terlalu banyak sehingga tidak
mungkin diketahui nama-nama mereka semuanya. Demikian juga payahnya untuk
mengetahui nama-nama meraka yang tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w..
Pada ketika itu kebun-kebun diMadinah telah penuh dengan buah-buah yang telah
masak.Tiap-tiap pagi saya bercita-cita hendak membuat persiapan-persiapan agar
dapat menyertai tentera Muslimin, tetapi entah bagaimana keazaman saya itu tidak
menjadi kenyataan. Saya ketahui benar-benar yang saya dapat menyertai mereka
bila-bila masa sahaja. Dalam keadaan saya yang demikianlah maka berita
mengenai keberangkatan tentera Muslim telah sampai kepengetahuan saya. Saya
masih berpendapat yang saya mendahului mereka sekiranya saya dapat bersiap
sedia dalam sehari-dua."

               "Penangguhan saya untuk melakukan sesuatu yang tegas
berlanjutan sehingga tibalah masanya tentera-tentera Muslimin hampir tiba
diTabuk. Dalam keadaan yang demikian pun saya masih juga menangguh-
nangguh.Tiba-tiba apabila saya melihat orang-orang yang tertinggal diMadinah
saya menyedari yang kebanyakkan daripada mereka ini terdiri daripada kaum-
kaum munafikin dan mereka yang telah sengaja diuzurkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. kerana sebab-sebab yang tertentu. Setibanya Nabi Muhammad
s.a.w. keTabuk,Baginda s.a.w. pun bertanya: 'Mengapa aku tidak melihat Ka'ab?"
Jawab salah seorang daripada para sahabat: " Ya Nabi Muhammad s.a.w.,
kebanggaannya kepada harta dan kesenangan kehidupannya telah menyebabkan
dia tertinggal kebelakang.' Maaz mencelah sambil berkata:"Tidak, Ini tidak
mungkin. Setahu kami dia adalah seorang Mukmin yang sebenar-benarnya." Nabi
Muhammad s.a.w. tidak mengeluarkan sepatah katapun."

Ka'ab meneruskan ceritanya:

               "Selepas beberapa hari saya pun mendengar berita mengenai
kepulangan Nabi Muhammad s.a.w. saya tiba-tiba dirundungi oleh perasaan sedih
dan kesal yang maha hebat. Beberapa alasan iaitu yang mungkin dikemukakan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengelakkan kemurkaan Baginda
s.a.w. terbayang-bayang dikepala saya. Saya juga telah meminta nasihat daripada
orang-orang yang cerdik pandai dikalangan keluarga saya, tetapi akhirnya alasan-
alasan ini saya ketepikan dan saya membuat keputusan hendak bercakap benar
kepada Nabi Muhammad s.a.w.Telah menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w..,
apabila Baginda s.a.w.balik dari suatu perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. akan
singgah dimasjid untuk mendirikan Solat Tahyatul Masjid serta beramah mesra
dengan pelawat-pelawatnya. Pada ketika ini datanglah orang munafik bersumpah-
sumpah sambil memberi sebab-sebab mengapa mereka tidak menyertai Nabi
Muhammad s.a.w. keTabuk. Nabi Muhammad s.a.w.menerima saja alasan-alasan
yang diucapkan oelh lidah-lidah mereka sedangkan kandungan batin mereka
tinggalkan kepada Allah s.w.t.untuk membereskannya. Kemudian saya pun tibalah
untuk menemui Rasulullah s.a.w. lantas memberi salam kepada Baginda s.a.w..
Suatu senyuman yang tawar, Baginda s.a.w. menolehkan mukanya kearah lain.
Saya berkata:" Wahai Rasulullah ,Tuan memalingkan muka Tuan dari
saya.Demi Allah s.w.t., saya bukannya munafik dan saya tidak meragui kebenaran
agama saya." Baginda s.a.w. menyuruh saya mendekati lalu bertanya: "Apa yang
menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?" Saya menjawab:
"Ya Rasulullah s.a.w., kalau kepada orang lain sudah tentu saya dapat memberi
alasan-alasan yang sesuai kerana Allah s.w.t. telah mengurniakan saya dengan
kefasihan bercakap, tetapi kepada Tuan, walaupun saya dapat memberi
keterangan-keterangan dusta yang memuaskan hati Tuan, sudah tentu Allah
s.w.t. akan memurkai saya. Sebaliknya kalau saya menimbulkan kemarahan Tuan
dengan bercakap benar saya percaya lambat-laun kemarahan Tuan itu akan
dihapuskan oleh Allah s.w.t. . Oleh itu saya bercakap benar. Demi Allah s.w.t. saya
tidak ada sebarang alasan pun sedangkan pada masa itu hidup saya mewah."
Kata Nabi Muhammad s.a.w."Dia sedang bercakap benar." KemudianBaginda
s.a.w berkata: "Pergilah kamu dan Allah s.w.t.. akan menentukan sesuatu bagi
kamu."

               Apabila saya meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w.. orang-orang
dari puak saya telah menyalahi saya kerana telah bercakap benar
dihadapan Rasulullah. Kata mereka: Kamu sebelum ini tidak pernah melakukan
sebarang kesalahan . Kalaulah setelah memberi satu-satu alasan yang sesuai,
kamu meminta Nabi Muhammad s.a.w. berdoa untuk diampunkan oleh Allah
s.w.t., yang demikian itu sudah tentu mencukupi. "Kemudian saya bertanya kalau-
kalau ada orang yang hal keadaannya seperti saya. Mereka menceritakan
mengenai Hilah bin Umayyah dan Murarah bin Rabi. Mereka juga telah mengakui
kesalahan mereka dan menerima jawapan yang sama. Saya tahui yang mereka ini
adalah penganut-penganut agama Islam yang sejati dan telah mengambil
bahagian dalam Peperangan Badar. Nabi Muhammad s.a.w. sudah
memerintahkan supaya kami bertiga dipulaukan.Tidak ada seorang pun yang
berani bergaul dan bercakap-cakap dengan kami. Pada masa itu saya berasa
seolah-olah saya tinggal berdagang dirantau orang. Kawan-kawan berkelakuan
seperti orang asing. Dunia yang begitu luas menjadi sempit. Kalau saya mati Nabi
Muhammad s.a.w. tidak akan mengimami sembahyang jenazah saya. Sebaliknya
kalau Baginda s.a.w. wafat sudah tentu pemboikotan yang dikenakan keatas saya
akan berterusan sehingga keakhir hayat saya. Kawan-kawan saya yang berdua itu
tidak menampakkan diri mereka diluar rumah sedangkan saya memberanikan diri
dengan berjalan-jalan dipasar dan bersembahyang berjemaah tetapi saya tidak
dihiraukan oleh sesiapa pun. Kadang-kadang saya memberanikan diri
menghampiri Nabi Muhammad s.a.w. sambil memberikan salam. Saya menunggu-
nuggu jawapannya dengan penuh harapan.Kerapkali selepas menunaikan solat
fardhu saya akan menunaikan solat sunnat berhampiran dengan Nabi Muhammad
s.a.w. kerana ingin mengetahui sama ada Baginda s.a.w. akan memandang saya
atau tidak. Ya, Baginda s.a.w.memandangkan saya semasa berada dalam
sembahyang. Diluar sembahyang Baginda s.a.w. memalingkan pandangannya dari
saya."
               "Pada suatu hari apabila saya rasa yang saya tidak dapat lagi
menderitai pemulauan sosial yang dikenakan keatas saya, saya telah memanjat
tembok kebun sepupu saya,Qatadah. Saya mengucapkan salam kepadanya tetapi
dia tidak menjawab. Saya menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan
sahaja. Saya bertanya:"Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah
s.w.t. dan RasulNya?" Soalan saya itu terpaksa diulangi sebanyak tiga kali. Pada
kali yang ketiganya baharulah dia menjawab:" Hanya Allah s.w.t.dan
RasulNya yang mengetahui." Mendengar jawapannya itu saya menangis lalu
meninggalkannya."

                "Pada suatu ketika sedang saya melalui sebatang jalan di Madinah,
saya terpandang akan seorang Kriastian bangsa Mesir yang telah datang dari
Sham. Rupa-rupanya orang itu sedang mencari saya. Apabila orang ramai disitu
menunjukkan saya dia pun menghampiri saya sambil menyerahkan sepucuk surat
daripada Raja Keristian yang memerintah Ghassan. Surat itu berbunyi:" Kami
telah mengetahui akan penganiayaan yang kamu perolehi dari ketua kamu. Allah
s.w.t. tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Eloklah kamu
menyertai kami dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu."
Apabila saya membaca surat ini saya mengucapkan:"INNA LILLAHI WA INNA
ILAIHI RAJIUN." Demikianlah hal keadaan saya sehingga orang-orang kafir
menyangka yang saya akan murtad. Saya tidak dapat membayangkan segala
kecelakaan yang menimpa diri saya. Dengan serta merta saya mencampakkan
surat itu kedalam api dan saya pun terus pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad
s.a.w. Kata saya:"Ya Rasulullah s.a.w., saya telah tergelincir didalam jurang
kehinaan yang amat dahsyat sehinggakan orang-orang kafir menyangka yang saya
akan murtad."


               "Selepas empat puluh hari pemboikotan itu berjalan seorang
utusan Nabi Muhammad s.a.w. mendatangi saya dengan membawa satu perintah
baru dari Nabi Muhammad s.a.w. Saya diperintahkan supaya berpisah dari isteri
saya. Saya bertanya kepada utusan itu sama ada isteri saya terpaksa diceraikan.
Dia hanya menmyuruh saya berpsah dari isteri saya. Perintah yang sama diberikan
kepada sahabat-sahabat yg berdua itu. Kata saya kepada isteri saya:"Pergilah
kamu tinggal bersama-sama orangtuamu sehingga Allah s.w.t. menetukan sesuatu
bagiku." Isteri Hilal pun telah pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad
s.a.w. sambil mengadu kepada Baginda s.a.w :"Ya Rasulllah,Hilal sudah tua dan
tidak ada orang untuk menjaganya. Kalau aku meninggalkannya sudah tentu dia
akan mati. Izinkan aku supaya menjagainya."Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:
"Baiklah tetapi jangan melakukan perhubungan jenis." Kata isteri
Hilal:"Ya Rasulullah ,dia sudah tidak ada keinginan semenjak pemulauan
dikenakan keatasnya. Dia menghabiskan masanya dengan menangis."

              Ada orang yang mecadangkan kepada saya supaya meminta
kebenaran daripada Nabi Muhammad s.a.w. untuk membolehkan isteri saya
tinggal bersama-sama saya tetapi saya enggan berbuat demikian kerana saya masih
muda sedangkan Hilal sudah tua. Lagi pula saya tidak berani membuat permintaan
yang demikian. Sehingga ini pemulauan telah dijalankan keatas kami selama lima
puluh hari.

                Pada pagi yang kelima puluh itu sedang saya duduk-duduk diatas
bumbung rumah saya, setelah melakukan Solat Faja, saya terdengar orang
menjerit dari kemuncak bukit Salak. "Ada berita gembira buat kamu ya Ka'ab."
Sebaik sahaja saya mendengar berita itu saya pun bersujud dengan gembiranya
sambil mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.. Saya tahu yang saya telah
perolehi keampunan daripada Allah s.w.t.. Sebenarnya Nabi Muhammad
s.a.w. mengistiharkan keampunan Allah s.w.t. kepada kami bertiga selepas solat
Subuh itu.Kemudian datang pula seorang penunggang kuda membawa berita yang
sama. Oleh kerana kegembiraan yang amat sangat saya telah menghadiahkan
pakaian yang terlekat dibadan saya kepada pembawa berita gembira itu.Pada masa
itu saya hanyai miliki pakaian yang sedang saya pakai tadi. Oleh hal yang
demikian saya meminjam sehelai pakaian dari sahabat saya dan memakai pakaian
itu dan saya terus pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.. Apabila saya tiba
dimasjid orang-orang yang sedang berbual-buak dengan Rasulullah s.a.w.datang
menerpa dan memegang tangan saya sambil mengucapkan tahniah. Orang yang
mula-mula mengucapkan tahniah kepada saya ialah Talhah.Kemudian saya pun
menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. . Muka Baginda
s.a.w. berseri-seri dengan cahaya kegembiraan. Saya berkata kepada Baginda
s.a.w. :"Ya Rasulullah, saya bercadang hendak mendermakan semua harta saya
sebagai mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. yang telah sudi menerima taubat
saya." Baginda s.a.w.. berkata: "Janganlah habiskan semua harta kamu.
Tinggalkan sedikit untuk kepentingan dirimu." Saya pun mendermakan harta saya
kecuali rampasan yang diperolehi dalam Peperangan Khaibar."

             "Kebenaran telah menyelamatkan saya dan oleh itu saya berazam
hendak bercakap benar pada setiap masa."



              Kisah diatas dengan jelas menunjukkan sifat-sifat yang sepatutnya
terdapat pada semua penganut-penganut Islam yang bernar-benar beriman.
             1) Pentingnya berusaha dijalan Allah s.w.t. Orang yang selama ini
telah mematuhi segala perintah Allah s.w.t. dan yang telah menyertai semua
peperangan menetang musuh pun terpaksa menanggung penderitaan akibat
kesalahan yang dilakukan hanya sekali sahaja.

              2) Kepatuhan menjunjung perintah Nabi Muhammad s.a.w. Selama
lima puluh hari masyarakat Islam termasuk kaum kerabat dan sanak saudara serta
sabahat handai mereka sendiri telah memulau Ka'ab dan kawan-kawannya pula
telah menjalani hukuman dengan pebuh ketaatan. Dengan lain-lain perkataan,
yang memulau pada suatu pihak dan yang kena pulau disuatu pihak yang lain
masing-masing mematuhi arahan Nabi Muhammad s.a.w.

               3) Keimanan yang teguh Ka'ab telah menerima surat dari seorang
raj Kristian yang cuba mempengaruhinya supaya melakukan kemungkaran.
Perkataan-perkataan dan perbuatannya selepas menerima surat itu merupakan
bukti yang nyata mengenai keteguhan imannya.

             Sekarang marilah kita memeriksa perbadi kita sendiri untuk
menentukan banyak atau sedikitnya kepatuhan yang terdapat pada diri kita.
Adakah kita mematuhi segala perintah-perintah Allah s.w.t.? Adakah kita
mendirikan sembahyang- Perintah Allah s.w.t. yang paling sedikit memakan
belanja? Adakah kita berasa sedih apabila meninggalkannya?

NABI MUHAMMAD S.A.W. MEMARAHI SAHABAT-SAHABAT YANG
KETAWA

               Pada suatu ketika apabila Nabi Muhammad s.a.w. sampai kemasjid
untuk mendirikan solat, Baginda s.a.w. dapati beberapa orang sahabat sedang
gelak ketawa. Baginda s.a.w. berkata: "Kalau kamu selalu mengingati maut sudah
tentu aku tidak mendapati kamu semua dalam keadaan demikian. Pada setiap masa
kamu hidup kamu mesti mengingati maut. Setiap waktu tanah perkuburan
memekik mengatakan:' Aku ini merupakan semak samun. Aku dipenuhi dengan
debu. Aku ini penuh dengan serangga. '

             Apabila seorang mukmin dikebumikan didalamnya, bumi berkata
'Aku ucapkan selamat datang kepada mu. Diantara manusia yang bertebaran atas
muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Baik sungguh hatimu kerana
mahu memasuki ku. Sekarang lihatlah bagaimana aku menghiburkan hatimu?'

              Kemudian bumi membesar sejauh mata memandang. Sebuah pintu
syurga terbuka dihadapannya. Melalui pintu inilah bau-bauan yang semarak
harumnya menyusupi lubang hidungnya.
              Tetapi apabila seorang yang jahat dimasukkan kedalamnya, bumi
akan berkata:'Tidak ada kata alu-aluan buatmu. Diantara manusia yang hidup
didunia, engkaulah yang paling aku benci. Sekarang lihatlah layanan aku
terhadapmu.'

               Kemudian ia dihimpit oleh bumi sehingga tulang-tulang rusuknya
saling bertikam tikaman dan berselisih antara satu sama lain. Sebanyak tujuh
puluh ekor ular akan mematuknya sehingga hari kiamat.Ular-ular ini terlalu
berbisa hinggakan kalau seekor sahaja menyemburkan bisanya dipermukaan bumi
maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh.Kemudian Nbi Muhammad
s.a.w berkata: "Kubur boleh merupakan syurga ataupun neraka."

              Sifat takut kepada Allah s.w.t. pasti terdapat pada manusia yang
benar-benar beriman. Sifat takut ini dapat diwujudkan dan dipupuk sehingga ia
tumbuh dengan suburnya kalau kita dalam kehidupan kita sehari-hari dapat
mengingati akan MATI !!!

TAKUTNYA NIFAK YANG DIPERTUNJUKKAN OLEH HANZLAH

              "Kami berhadapan dengan Nabi Muhammad s.a.w.. apabila Baginda
s.a.w. berkhutbah pada suatu hari. Kutbah Baginda s.a.w.. menakutkan hati kami.
Kami mencucuri airmata mengenangkan keadaan kami pada masa itu, kemudian
saya pun kembali kerumah menemui anak dan isteri saya. Ditengah-tengah
kesibukan kami sekeluarga, kesan kuthbah yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. sebentar tadi semakin hilang. Saya menyedari yang keadaan
saya telah berubah. Kalau tadi saya berdukacita kini saya berasa gembira.Tiba-tiba
saya berkata didalam hati saya:"Oh Hanzlah, engkau ini seorang munafik."
Perasaan hiba yang menyelubungi fikiran saya yang tidak dapat dibayangkan.
Saya meninggalkan rumah saya sambil berkata: "Hanzlah telah menjadi seorang
munfik." Apabila saya menemui Abu Bakar saya meneruskan kata-kata saya tadi.
Katanya: "Subhanallah! Apa yang kamu katakan ini. Hanzlah tidak mungkin
menjadi seorang munafik."

               Saya menceritakan segala-galanya kepadanya. Kata saya:"Semasa
kita mendengar kutbah Nabi Muhammad s.a.w. tadi terasa oleh kita bahawa syurga
dan neraka seolah-olah berada dihadapan kita, tetapi apabila balik bertemu dengan
keluarga kita dirumah, kita melupakan kampung akhirat." Kata Abu Bakar: "Ya,
keadaan aku pun demikian juga." Kemudian kami bersama-sama menuju ketempat
kediaman Nabi Muhammad s.a.w.

              Kata saya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:"Ya Rasulullah, saya
telah menjadi munafik." Setelah mendengar penjelasan saya Nabi Muhammad
s.a.w..:"Demi Allah , yang jiwaku ditanganNya, seandainya kamu dapat
memeliharakan selama-lamanya keghairahan yang diwujudkan dalam sanubari
kamu semasa berada disisiku, sudah tentu para malaikat akan mengucap selamat
kepadamu semasa kamu berjalan dan semasa kamu tidur, tetapi wahai Hanzlah, ini
adalah satu perkara yang jarang-jarang berlaku."

                Menurut pendapat Nabi Muhammad s.a.w. walau bagaimanapun
teguhnya keimanan seseorang, dia tidak dapat menumpukan segala tenaganya
terhadap urusan 'Ukhrawinya' semata-mata kerana sebagai seorang manusia dia
terpaksa bertanggung jawab terhadap urusan-urusan'Duniawi' yang lain.
Walaupun ada manusia yang boleh berbuat demikian sudah tentu bilangan mereka
itu terlalu kecil. Namun demikian, kita hendaklah memupukkan perasaan yang
akan membolehkan kita sentiasa mencurigai tentang keteguhan iman kita
sepertimana yang telah dipertunjukkan oleh sahabat Hanzlah.

GERAKAN TENTERA AL-AMBAR

Nabi Muhammad s.a.w. telah mengerahkan satu ketumbukan tentera Muslimin
yang terdiri daripada tiga ratus orang. Tentera yang diarahkan kesebuah tempat
berdekatan dengan pantai diketuai oleh Abu Ubaidah. Nabi Muhammad
s.a.w. telah memberi sekarung buah tamar sebagai bekalan makanan mereka.
Belum pun genap lima belas hari, makanan yang mereka bawa telah kehabisan.
Qais r.a.hu sebagai usaha kearah mengelakkan daripada kelaparan telah membeli
tiga ekor unta tiap-tiap hari daripada orang-orangnya sendiri untuk menjadi
hidangan para mujahid sekelian. Ini bermakna yang alat pengakutan mereka
semakin berkurangan tiap-tiap hari. Abu Ubaidah telah mengarahkan supaya
penyembelihan unta dihentikan dengan serta merta. Dia mengumpulkan buah
tamar yang masih ada pada tiap-tiap seorang lalu menyimpannya didalam sebuah
bekas. buah-buah ini lah dicatukan sebanyak sebiji kepada seorang, tiap-tiap hari.
Apabila Jabir r.a.hu menceritakan kisah ini kepada orang, salah seorang daripada
pendengar-pendengarnya telah bertanya: "Bagaimana kamu hidup sehari suntuk
dengan sebiji kurma?" Jabir r.a.hu menjawab:" Setelah beberapa lama yang sebiji
itu pun tidak diperolehi. Kami telah mendekati pinggir kbuluran. Kami terpaksa
menyirami daun-daun kayu dengan air dan kemudian memakannya."

             Tiba-tiba Allah s.w.t. seperti biasa telah mencucuri
rahmatNya keatas orang yang tahan penderitaan. Seekor ikan besar yang bernama
AMBAR telah terlempar dari laut lalu jatuh keatas pantai.Ikan itulah yang menjadi
makanan mereka selama lapan belas hari. Yang bakinya dibuat bekalan dalam
perjalanan mereka balik keMadinah. Apabila peristiwa ini diceritakan kepada Nabi
Muhammad s.a.w., Baginda s.a.w. berkata: "Ikan itu ialah bekalan yang
dikurniakan oleh Allah s.w.t. untuk kamu semua." Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda: "Penderitaan yang paling pahit disediakan kepada para Nabi dan
kemudian kepada mereka-mereka yang paling baik dikalangan Muslimin lainnya."

               Kesusahan dan pederitaan hidup adalah perkara biasa dalam
kehidupan manusia sehari-hari. Kepada orang yang mempercayai Allah
s.w.t. kesusahan merupakan suatu ujianNya. Ujian yang dihadapkan kepada
seseorang insan itu seimbang dengan kedudukannya disisi Allah s.w.t. Paling dekat
dengan Allah s.w.t.., paling dahsyatlah ujian yang bakal diteimanya. Orang yang
lulus ujianNya akhirnya menerima rahmat keselesaan hidup dan ketenteraman
jiwa dari sisiNya.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:102
posted:10/17/2011
language:Malay
pages:35