Docstoc

story Islam psycology PSIKOLOGI AGAMA Oleh Prof Dr Zakiyah Darajat Ilmu apa itu

Document Sample
story Islam psycology PSIKOLOGI AGAMA Oleh Prof Dr Zakiyah Darajat Ilmu apa itu Powered By Docstoc
					              PSIKOLOGI AGAMA
      Oleh : Prof. Dr. Zakiyah Darajat
Ilmu apa itu Psikologi Agama ?

Seringkali orang bertanya tentang Psikologi Agama, apakah ia psikologi atau agama ?
Judulnya menggabungkan dua hal yang berbeda, agama dan psikologi. Agama adalah
tuntunan Allah bagi manusia, sedangkan psikologi adalah ilmu yang mengkaji masalah
jiwa manusia dan ia tunduk kepada disiplin ilmiah ilmu yang mempelajari, meneliti, dan
mempunyai tujuan untuk memahami bagian yang tidak nyata dari manusia yaitu masalah
kejiwaannya.
Mencermati judul ilmu yang akan kita bahas ini (Psikologi Agama = ilmu jiwa agama),
timbul pertanyaan. Apa hubungan antara keduanya, sehingga dua macam ilmu yang
berbeda itu bersatu dalam satu cabang ilmu. Kemana condong dan kajiannya, apakah
kepada psikologi atau kepada agama ?
Apa gunanya ilmu jiwa agama itu dipelajari? Siapa saja yang berkepentingan dengannya?
Apa ruang lingkupnya? Apakah ia menyangkut agama? Jika iya, apakah agama samawi
saja atau juga agama ardhi? Ataukah semua agama dan kepercayaan? Bagaimana pula
dengan ideologi yang bukan agama?

Disinilah titik rumit (kompleks)nya ilmu jiwa agama, yaitu Psikologi Agama. Bahkan
pernah seorang pejabat di lingkungan pendidikan tinggi berkata, "Saya tidak mengerti apa
itu Psikologi Agama dan masuk ke dalam bidang ilmu apa ia?".
Bahkan orang-orang yang bertugas di bidang psikologi di Indonesia, ada diantara mereka
yang menyangka bahwa Psikologi Agama masuk ke dalam kawasan agama, bukan
kawasan psikologi.
Keadaan yang seperti itu memang dapat dipahami, karena "Psikologi Agama" termasuk
cabang psikologi yang termuda, dan di Indonesia belum lama dikenal orang, barangkali
mulai diperkenalkan pada tahun enampuluh-an. Tentu saja belum banyak yang
mengenalnya. Dan juga belum banyak orang yang berminat untuk mengkajinya.
Mari kita coba mengenalnya secara bertahap, mudah-mudahan dapat dipahami dan
diketahui pula kegunaannya, terutama bagi orang-orang yang mempunyai minat dalam
pendidikan agama, dalam lapangan dakwah dan penyuluhan agama, juga di bidang sosial
kemasyarakatan, dalam pergaulan masyarakat majemuk yang penduduknya menganut
bermacam-macam agama, bahkan penganut kepercayaan tanpa agama, dan mungkin juga
orang yang menganut ideologi tertentu.

Pengertian Psikologi Agama
Psikologi Agama adalah salah satu cabang psikologi yang objek kajiannya adalah
pengaruh agama terhadap pemeluk agama yang diyakininya dan pengaruh kepercayaan
terhadap penganutnya serta pengaruh ideologi terhadap orang yang memegangnya.
Pengaruh tersebut terjadi atas jiwa orang-orang tersebut, sedangkan jiwa itu tidak ada
wujud yang dapat diteliti secara nyata, maka penelitian dilakukan terhadap
tindakan/prilaku, sikap, ucapan dan cara menghadapi masalah dalam kehidupan sehari-
hari.
Psikologi Agama tidak mengkaji ajaran agama (kitab suci, hukum dan ketentuan agama
terhadap dosa pahala, surga neraka dan akhlaq yang diajarkan agama). Juga tidak
mengkaji kepercayaan non-agama dan ideologi yang dianut masing-masing orang.
Psikologi Agama melihat dan mengkaji seberapa jauh pengaruh agama, kepercayaan atau
ideologi terhadap cara berpikir (ways of thinking), cara bicara, bertindak / prilaku dan
bersikap dalam kehidupan sehari-hari.
Oleh karena itu semua orang berkepenti-ngan dengan Psikologi Agama dan dapat
memanfaatkannya sesuai dengan kepenti-ngannya masing-masing.
Bidang pendidikan anak misalnya, apabila si ibu / bapak ingin mendidik anaknya agar
kelak menjadi seorang yang taat beragama, berakhlaq terpuji, berguna bagi masyarakat
dan negaranya, dia dapat menggunakan pengetahuannya terhadap Psikologi Agama,
disamping mengetahui sekedarnya tentang perkembangan jiwa anak pada umur tertentu
dan perkembangan ciri remaja. Untuk itu dia dapat membaca buku tentang psikologi anak
dan psikologi remaja.
Bila juru dakwah ingin mengajak umat hidup sesuai dengan ketentuan agama, taat
melaksanakan agama dalam kehidupan mereka, maka dia dapat menggunakan Psikologi
Agama dengan lebih dahulu mengatahui latar belakang kehidupan mereka, lalu
menunjukkan betapa pentingnya ajaran agama dalam kehidupan manusia. Misalnya,
manfaat iman bagi ketentraman batin, manfaat sholat, puasa, zakat dan haji bagi
penyembuhan jiwa yang gelisah (fungsi kuratif) dan bagaimana pula manfaatnya bagi
pencegahan gangguan jiwa (fungsi preventif) dan selanjutnya pentingnya iman dan ibadah
tersebut bagi pembinaan dan pengembangan kesehatan jiwa (fungsi konstruktif).
Psikologi Agama memberi gambaran tetnang perkembangan jiwa agama pada seseorang,
menunjukkan pula bagaimana pembahasan keyakinan (konversi) agama terjadi pada
seseorang.
Dan Psikologi Agama juga menjelaskan betapa seseorang mencari agama dan benar-
benar mencintainya dalam bentuk mistik.
Insya Allah kita akan menyajikan satu persatu materi Psikologi Agama pada edisi
yangakan datang. (SR).




Falsafah dan Psikologi
Seperti bidang-bidang sains lain,psikologi berasal sebahagian daripada falsafah. Psikologi
yang dikaji secara saintifik bermula pada akhir abad ke 19 dan umur bidang ini adalah
lebih kurang 100 tahun; agak muda jika dibanding dengan disiplin-disiplin lain. Tumpuan
disiplin psikologi pada awalnya ialah mengkaji dan memahami bagaimana manusia atau
organisme mengetahui atau belajar. Kemudian, psikologi terbahagi-bahagi kepada sub-
disiplin lain seperti psikologi perkembangan, psikologi sosial, psikologi organisasi,
psikologi kaunseling dan lain-lain.
Ahli-ahli falsafah telah lama cuba menerangkan apa itu pengetahuan/ilmu, bagaimana
manusia menguasai pengetahuan/ilmu atau mengetahui sesuatu dan bagaimana manusia
menggunakan pengetahuan itu. Mungkin teori yang tertua berkenaan pengetahuan ialah
Teori Salinan (Copy Theory) yang dicadangkan oleh ahli falsafah Yunani Alcmaeon,
Empedocles dan Democritus pada abad ke4 & ke5 sebelum masihi. Menurut teoro ini kita
melihat sesuatu objek and salinan objek itu terbentuk dalam minda kita. Oleh itu kita
mengetahui objek itu melalui salinan yang berada dalam minda kita.
Ahli-ahli falsafah yang datang kemudian menolak teori salinan. Menurut mereka
perwakilan (salinan) mungkin tidak merupakan objek asal dan sekiranya kita hanya
mengetahui salinan, adalah sukar untuk menentukan bahawa salinan itu adalah tepat.
Ahli-ahli falsafah realisme (realism) seperti Thomas Reid menolak konsep salinan dan
mencadangkan bahawa kita mengetahui tentang sesuatu objek secara langsung tanpa
melalui perwakilan atau salinan. Masalah dengan penerangan ini ialah; jika kita
mengetahui sesuatu secara langsung, mengapa kita selalu membuat kesilapan. Contohnya,
sesuatu bintik pada lantai kita sangkakan adalah seekor serangga yang sebenarnya adalah
titik cat yang tertinggal.
Kemudian terdapat ahli-ahli falsafah idealisme (idealisme) yang menolak sama sekali
objek. Bagi mereka apa yang terdapat dalam minda kita ialah idea; semua pengetahuan
kita terdiri daripada idea dan bukan perkara atau benda.
Psikologi AwalPengasas psikologi moden bermula di Eropah dengan Wilhelm Wundt
yang pertama menubuhkan makmal psikologi. Tumpuan psikologi awal ialah mengkaji
aspek-aspek sensasi (sensation), persepsi (perception) dan tumpuan. (attention). Hermann
Ebbinghaus, seorang Jerman, merupakan ahli psikologi yang pertama mengkaji
pembelajaran secara saintifik. Pada tahun 1879, dia menggunakan dirinya sendiri sebagai
subjek dalam eksperimen yang mengkaji pembelajaran dan ingatan.
Beliaulah yang memperkenalkan ujian 'kaitan bebas' (free association) yang menguji
kaitan antara perkataan yang diberikan oleh penyelidik dan perkataan yang perkataan
yang berikan oleh subjek. "Nyatakan perkataan pertama yang muncul dalam minda kamu
apabila saya mengatakan _______ ". Jadi tujuan psikologi ialah untuk mengkaji
bagaimana manusia membuat perkaitan antara perkataan atau idea.
Ebbinghaus juga terkenal dengan eksperimen yang menunjukkan fenomena ingatan
dikalangan manusia. Dalam tahun 1885, dia menjalankan satu eskperimen yang
menunjukkan bahawa kadar lupaan lebih ketara pada permulaan (55% selepas 1 jam) dan
berkurangan seterusnya (14% selepas 31 hari).
Apakah itu Psikologi?
'Psikologi' didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang tingkahlaku dan proses mental
organisme. Tiga idea penting dalam definisi ini ialah; 'saintifik', 'tingkahlaku' dan 'proses
mental'.
Saintifik bermakna kajian yang dilakukan dan data yang dikumpulkan mengikuti prosedur
yang sistematik. Iaitu, dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Nyatakan masalah & tentukan hipotesis yang hendak dikaji
2. Reka bentuk kajian & tentukan teknik pengumpulan data
3. Pengumpulan data & melakukan analysis data
4. Melaporkan penemuan untuk memastikan sejauh manakan hipotiesis dapat dibuktikan.
Walau pun kaedah saintifik diikuti, ahli-ahli psikologi perlu membuat pelbagai inferen
atau tafsiran berdasarkan dapatan yang diperolehi. Ini adalah kerana subjek yang dikaji
adalah haiwan dan manusia dan tidak seperti sesuatu sel (sperti dalam kajian biologi) atau
bahan kimia (seperti dalam kajian kimia) yang secara perbandingan lebih stabil.
Manakala mengkaji tingkahlaku haiwan atau manusia memenanglah sukar dan
memerlukan kerap membuat inferen atau tafsiran.

Tingkahlaku ialah apa jua aktiviti yang dapat diperhatikan, direkod dan diukur.
Tingkahlaku juga dapat diperhatikan apabila individu menyebut atau menulis sesuatu.
Misal kata, catatan seorang tentang ketakutannya atau sikapnya merupakan tingkahlaku.
Proses Mental merangkumi segala proses-proses yang terlibat dengan pemikiran, ingatan,
pembelajaran, sikap, emosi dan sebagainya. Inilah menjadi tumpuan ahli-ahli psikologi
tetapi masalahnya ialah proses-proses ini tidak boleh dilihat dan sukar merekod dan
mengukur dengan tepat. Oleh pada pada tahun 60an, ahli-ahli enggan menerima kajian
mengenai proses-proses ini kerana ia tidak boleh dijalankan secara saintifik. Bagaimana
pun paradigma telah berubah dan dengan kaedah-kaedah baru, kajian mengenai proses-
proses mental diterima sebagai psikologi.
Apakah itu Pembelajaran? Setiap detik masa kita belajar. Misalnya, kita belajar tentang
iklan yang kita baru tonton, memiliki perasaan terhadap seseorang, kita kecewa dengan
sesuatu perbuatan dan sebagainya. Pembelajaran berlaku melalui kelima-lima deria kita:
Penglihatan: melihat ('visual') kejadian sesuatu peristiwa
Pendengaran: mendengar ('auditory') sesuatu bunyi
Bau: Bau ('olfactory') makanan membuat kita merasa lapar
Rasa: Lidah kita merasa ('taste') dan dapat membezakan antara masin dan masam.
Sentuhan: Kulit kita merasa sentuhan ('tactile') dan dapat membezakan antara permukaan
licin dan permukaan kasar.
Pembelajaran tidak semestinya melibatkan penguasaan fakta atau konsep sesuatu bidang
ilmu tetapi juga melibatkan perasaan-perasaan yang berkaitan dengan emosi, kasih
sayang, benci, hasrat dengki dan kerohanian.
Pembelajaran tidak terbatas kepada apa yang kita rancangakan sahaja, tetapi jua
melibatkan pengalaman yang luar kawalan kita, seperti peristiwa kemalangan atau
seorang yang jatuh cinta pada pandangan pertama (Love at first sight!). Pembelajaran
adalah minat ramai orang; ibubapa, guru, majikan mahu pun pihak kerajaan. Oleh itu
psikologi pembelajaran telah muncul sebagai satu-satunya tumpuan yang mengkaji
mengapa, bila dan bagaimana pembelajaran berlaku bagai sesuatu organisme. Semua
organisme mempunyai kapasiti untuk belajar selagi organisme itu mempunai otak.
Secara umum pembelajaran disifatkan sebagai suatu proses perubahan yang berlaku
akhibat daripada pengalaman individu berkenaan. Tumpuan perhatian ahli psikologi ialah
mengkaji bagaimana, mengapa dan bila proses pembelajaran berlaku. Contohnya,
bagaimana seekor anjing datang ke mari apabila dipanggil namanya. Manusia
mempamerkan pelbagai tingkahlaku dan agak sukar untuk menentukan bagaimana
tingaklaku-tingkahlaku itu dipelajari. Ahli-ahli psikologi ingin mengetahui prinsip-prinsip
umum yang menerangkan pembelajaran

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:136
posted:10/15/2011
language:Indonesian
pages:4
imran nurtsani imran nurtsani mr.
About simple person. welcoming