Literasi Bhs Simplified Note

Document Sample
Literasi Bhs Simplified Note Powered By Docstoc
					TOPIK 1: LITERASI BAHASA MELAYU

Prabacaan

   -   Kesediaan murid untuk membaca/asas
   -   Kemahiran: membezakan bentuk, huruf, angka dsb
   -   Syed Abu Bakar (1994): Peringkat prabacaan – pengamatan pendengaran, pengamatan
       penglihatan, akitiviti koordinasi psikomotor, menajamkan daya ingatan dan latihan bhs
       pertuturan. Peringkat bacaan: mengenal abad hingga membaca ayat.
   -   Aktiviti – aktiviti: permainan huruf, suku kata dan perkataan, melukis garisn – garisan tertentu
       yang menyerupai huruf.

Kesediaan membaca

   -   Kemampuan seseorang utk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal.
   -   Fizikal: keupayaan alat – alat sebutannya menghasilkan bunyi – bunyi yang akan diajarkan,
       keupayaan matanya mengecam bentuk, keupayaan pendengarannya mengecam bunyi – bunyi.
   -   Emosi: minat terhadap bahan bacaan, minat utk mendengar bacaan.
   -   Mental: keupayaan utk mengingat dan menyatakan semula apa yang diketahuinya
   -   Rumusan: meniarap (aktiviti kesediaan membaca), merangkak (aktiviti mendirikan kemahiran
       asas membaca), berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca), berjalan (mahir
       membaca peringkat rendah) dan berlari (mahir membaca peringkat tinggi)

Pengamatan

   -   Berkait rapat dgn darjah kecerdasan seseorang kanak – kanak
   -   Corak gambaran atau pengertian seseorang berdasarkan derianya
   -   Proses ini bergantung kpd kognitif dan kederiaan, Ruth Strang


                RANGSANGAN                              DERIA                       OTAK (DIPROSES)



                   UKURAN
                                                      GERAK BALAS                    PENGAMATAN


                                     Laluan proses pembelajaran

   -   Ciri – ciri rangsangan yang menarik
       i)        Pergerakan
       ii)       Perubahan
       iii)      Saiz
       iv)       Ulangan
       v)        Kekuatan bunyi dan warna
       vi)       Kontra
       vii)      Set
Cara kanak – kanak mengamati

   -     Ketika berusia lima bulan, kanak – kanak mula sedar ttg sesuatu benda yg dilihatnya dan mula
         menyedari bhw benda yg dilihatnya itu boleh dipegang.
   -     Kesedaran dtg secara berperingkat – peringkat: mula – mula ia faham ttg bentuk sesuatu benda,
         apabila hampir satu tahun dia mula menyedari ttg setiap benda mempunyai identitinya yg
         tersendiri e.g. perbezaan spt saiz, warna, corak dsb

Kepentingan pengamatan dlm pembelajaran

         Jenis – jenis pengamatan:
         i.       *Penglihatan – diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visuo –
                  motor, visuo kinestetik
         ii.      *Pendengaran – diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi visua –
                  pendengaran
         iii.     Sensori – motor – koordinasi pergerakan tubuh badan atau kawalan gerak visual,
                  koordinasi motor kasar dan motor halus, imej badan sisian dan arah (penyelarasan
                  badan )

         *pengamatan yg penting yg berkait rapat dgn pembelajaran kanak – kanak



Punca – punca kelemahan pengamatan

   i)       Faktor dalaman
            -minat dan kecenderungan serta perhatian kanak – kanak.
            -keupayaan tenaga, tekanan emosi dan kesukaran peribadi kanak – kanak.
            -kerosakan pendengaran dan penglihatan.
   ii)      Faktor luaran
            -kurang pendedahan
            -kurang rangsangan (dorongan)

Ciri – ciri kesukaran dlm komponen – komponen pengamatan

         1.Diskriminasi
         - Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.

         2. Ingat Kembali
         - Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.

         3. Orientasi Kedudukan
         - Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor.

         4. Turutan
         - Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf-huruf dalam perkataan.

         5. Menyudah atau Melengkapkan
         - Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau Melengkap objek, nombor, perkataan atau ayat.
        6. Menyalin
        - Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.

        7. Rajah Latar Belakang
        - Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor dari latabelakang
        sesuatu gambar atau rajah.

        8. Koordinasi Motor
        - Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan.

        9. Pertalian Jarak (Ruang)
        - Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek
        dengan objek yang lain.

        10. Ketetapan Bentuk / Kedudukan dalam rajah
        - Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau nombor yang mempunyai bentuk
        tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.

        11. Gambar Bersiri
        - Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain.

        12. Mazing atau Mencari Jalan Keluar
        - Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah

        13. Benda Tersembunyi
        - Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.


TOPIK 2: BENGKEL ASAS MEMBACA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH FONETIK
Empat cabang fonetik:

-fonetik penghasilan bunyi: berkenaan penghasilan bunyi percakapan: kedudukan, bentuk, dan
pergerakan organ percakapan spt bibir, lidah dan lipatan vokal.

-fonetik akustik: berkenaan dgn sifat akustik percakapan: sifat gelombang bunyi, spt kekerapan dan
harmonik bunyi.

-fonetik auditori: berkenaan dgn persepsi bunyi: bagaimana bunyi diterima oleh telinga dlm dan
seterusna ditafsir di dalam otak.

-fonetik forensik: adalah kegunaan ilmu fonetik (sains percakapan) bagi tujuan forensik (perundangan).



Pelaksanaan kaedah fonetik

    -   Mengajar murid – murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan bunyi (grapheme
        phoneme relationship)
    -   Murid – murid tidak diajar nama – nama huruf, ttp diajar ‘bunyi – bunyi’ huruf.
    -   Menurut kaedah ini: murid diajar bunyi huruf dan bukan nama huruf.
         Cth: ‘a’ dibunyikan ‘aa…’ dsb
         Dan apabila mereka sudah mengetahui hubungan tiap huruf dgn bunyinya, suku kata pula
         dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’ dsb

         Sbg contoh, ba + ta terus disebut sbg (ba) + (ta)  (bata)
         Seterusnya, murid – murid diberi latihan membaca ayat – ayat dgn menggunakan perkataan –
         perkataan ini.



TOPIK 3: ASAS MEMBACA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ABJAD

Takrif membaca

Membaca: perlakuan mendapatkan sesuatu maklumat melalui lambang – lambang bertulis atau
bercetak

Dua proses:

   i)         Menterjemahkan lambang bertulis (atau bercetak) kpd bunyi bhs
   ii)        Mendapatkan maklumat atau makna drp bunyi – bunyi bhs yg disuarakan

Tahap Kemahiran Membaca

Tahap Prabacaan

   i)         Tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid utk membaca
   ii)        Penyediaan dilakukan dgn memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam
              sebelum membaca huruf.

   Kaedah Abjad

   -     Tumpuan: penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja
   -     Kaedah mengeja: nama – nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan
         menghafal dari huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan huruf besar) mengikut susunan.
   -     Seterusnya diikuti dgn mengeja suku kata dan perkataan, huruf – huruf yg terkandung dlm suku
         kata dan perkataan.
   -     Biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan.
   -     Setelah murid menghafal semua nama huruf serta bunyinya, pelajaran diteruskan dgn
         pembentukan suku kata secara berturutan.
   -     Suku kata  perkataan  mengeja perkataan

   Kekuatan

   -     Murid dapat membaca apa shj bhn terutamanya perkataan yg baru dijumpainya kerana dia
         sudah kenal semua huruf dan dpt mengeja semua perkataan.
   -     Kaedah ini sesuai dgn sistem ejaan bhs Melayu yg mengeja perkataan mengikut bunyi.
   -     Cara mengeja suku katanya tetap.
   -     Memberi asas yg kukuh dlm membaca.
Kelemahan

-   Murid – murid terpaksa menghafal huruf – huruf yg agak abstrak kpd kebanyakan kanak – kanak
    yg belum pernah didedahkan kpd huruf.
-   Ini agak bercanggah dgn prinsip pendidikan, iaitu spatutnya murid – murid mempelajari sesuatu
    yg konkrit terlebih dahulu.
-   Bergantung kpd proses mengeja yg menyebabkan tabiat mengeja
-   Ketidak lancaran atau tersangkut – sangkut semasa membaca.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:277
posted:10/15/2011
language:Malay
pages:5