Docstoc

Konsep Taska dan Kurikulum PERMATA

Document Sample
Konsep Taska dan Kurikulum PERMATA Powered By Docstoc
					                KONSEP TASKA DAN KURIKULUM PERMATA
                               NURULAINI MAMAT

                            SYAZWANI ABDUL MALIK

                               ZALEHA MD SAAD

                                 FARIDA DAUD

                          MOHAMMAD SYAMMIL ISHAK



                          JABATAN KEMAHIRAN HIDUP

               FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

                     UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

                           TARIKH : 20 OKTOBER 2010



ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai konsep
TASKA dan kurikulum PERMATA yang telah dijalankan di dalam serta luar Negara.
Aspek yang dikaji adalah definisi TASKA serta latar belakang kurikulum PERMATA.
Selain itu, terdapat juga kajian mengenai perbandingan konsep TASKA di Malaysia
dan di luar negara. Kajian yang terdapat di dalam dan luar negara berkaitan TASKA
turut dinyatakan dalam kajian ini. Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak
(PERMATA) dianggap sebagai usaha dan bukti agresif kerajaan dalam melahirkan
modal insan terbaik yang bermula dari pendidikan awal dengan mendokumenkan
garis panduan untuk kurikulum PERMATA bagi menyeragamkan aktiviti dan kualiti
pembelajaran yang disediakan kepada kanak-kanak.
PENGENALAN
Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS atau dikenali dengan nama Taman
Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan
Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar,
bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.
       Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat
(PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu
bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu
juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu
bapa dan masyarakat.
      Objektif utama penubuhan TASKA ialah menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan
selesa. Ianya juga menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Selain itu, taska menyediakan
makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat. Penerapan nilai-
nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkan sejak kecil.
Seterusnya menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan
kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal. (Jabatan
Kemajuan Masyarakat, 2009).
DEFINISI TASKA
TASKA membawa maksud mana-mana premis di mana empat orang atau lebih
kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima
masuk untuk dijaga dengan upah.
       TASKA terbahagi kepada empat jenis iaitu taska di rumah, taska di institusi,
taska di tempat kerja dan taska komuniti. Taska di rumah suatu taman asuhan
kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak
dalam rumah orang yang didaftarkan. Taska di institusi pula ialah suatu taman
asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih.
Taska di tempat kerja ialah suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang
menerima masuk sepuluh orang atau lebih. Manakala taska komuniti suatu taman
asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak
di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan
Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri. (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia,
2009).
      Tempoh masa pengasuhan sehari pengasuhan sehari di TASKA ialah jam
7.30 pagi hingga 5.00 petang berjumlah 6 hari seminggu. Terdapat juga
perkhidmatan TASKA, terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam
7.30 pagi hingga 1.00 tengahari sahaja yang berjumlah 5 hari seminggu. Ahli
jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan tempoh masa ini mengikut
kesesuaian waktu bekerja ibu bapa dan masyarakat setempat.
      TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dilaksanakan mengikut
kebolehan, minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.
LATAR BELAKANG KURIKULUM PERMATA
Kurikulum PERMATA telah dibentuk oleh sekumpulan pakar Pendidikan Awal
Kanak-kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti setelah mengkaji
pelbagai kurikulum sedia ada yang digunapakai di seluruh dunia. Mereka juga telah
melawat dan menghadiri beberapa seminar dan persidangan, dan mengadakan
rundingan dengan pelbagai pihak yang berkaitan untuk mendapatkan idea terbaik
bagi menyediakan kurikulum ini. Di antara model program pendidikan awal kanak-
kanak yang didapati paling sesuai dirujuk ialah Program „Surestart’ dari Pen Green
Center, Corby, United Kingdom. ( Aminah Ayob et al, 2008).
      Elemen-elemen yang terdapat dalam Program Surestart di Pen Green ialah
rekabentuk kurikulum dan pedagogi meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah
sebagai keutamaan yang menghubungkan Pusat Pendidikan dan Asuhan (nursery)
dengan rumah. Oleh itu, kurikulum ini menekankan penglibatan ibu bapa secara
aktif. Kitaran ini dipanggil “Pen Green Loop” atau singkatannya “PG Loop” seperti
pada rajah dibawah.



                                                                  Ibubapa beri
         Guru beri
                                  KANAK-KANAK                     maklumbalas
       maklumbalas
                                                                  kepada guru
      kepada ibupaba


                                                    Program di Pusat
                    Program di                          Asuhan
                      rumah


                  „PG Loop‟ : Kitaran hubungan rumah dan taska.


     Model asal kurikulum Pen Green tidak mempunyai tema atau topik tertentu,
manakala Kurikulum PERMATA telah diperkayakan dengan tema-tema berciri
kebudayaan Malaysia. Kurikulum PERMATA mempunyai enam bidang
pembelajaran iaitu :
         1.   Perkembangan emosi, rohani dan sosial.
         2.   Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal.
         3.   Perkembangan pra matematik dan pemikiran logik.
         4.   Perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran.
         5.   Perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri.
         6.   Perkembangan daya kreativiti dan estetika.
       Penilaian dan pentaksiran pembelajaran adalah berasaskan enam bidang
pembelajaran ini. Dokumentasi perkembangan kanak-kanak ini bertujuan menilai
keberkesanan program dan untuk pendidik merancang intrevensi atau pembelajaran
lanjutan bagi membantu perkembangan kanak-kanak.
      Kurikulum PERMATA melihat perkembangan kognitif sebagai perkembangan
deria dan pengetahuan tentang dunia, bukan sebagai penguasaan kemahiran
akademik semata-mata. Kurikulum PERMATA menggabungkan semua aspek
pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya setiap individu kanak-kanak
dapat berkembang secara holistik.
       Rangka teori yang menjadi asas kepada Kurikulum PERMATA ini adalah unik
dan tidak ada dalam mana-mana kaedah pendidikan awal kanak-kanak lain. Ini
bermaksud, tidak ada kaedah yang menggunakannya kecuali di Pen Green Corby.
Isi kandungan kurikulum PERMATA adalah sama seperti yang digunakan di Pen
Green iaitu berasaskan konsep skema Piaget dan beberapa asas teori yang lain
seperti :
         1. Konsep „Involvement‟ – oleh Laevar‟s (1997)
         2. Konsep „Well-being‟ – oleh Laevar‟s (1997)
         3. Konsep „Attachment‟ – oleh Bowlby (1969)
          4. Konsep „Holding and containment‟ – oleh Winnicot (1965) Bion (1962)
        Falsafah Kurikulum PERMATA menekankan bahawa setiap anak umpama
permata. Mereka adalah modal insan masa hadapan dan memastikan
perkembangan secara holistik sejajar Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan dan
asuhan perlu bermula dari awal/lahir. Umur 3 tahun pertama paling penting dalam
perkembangan kanak-kanak yang cemerlang. Selain itu, aspek-aspek kerohanian,
nilai-nilai mulia dan kefahaman antara budaya adalah amat penting dibina dari
peringkat awal. Kebolehan bahasa, berfikir dan pra matematik perlu dikembangkan
melalui pembelajaran awal. Kanak-kanak membentuk kefahaman dengan
berinteraksi dengan orang lain dalam persekitaran yang ceria. Semua kanak-kanak
berhak mendapat akses pendidikan dan asuhan yang sama dan berkualiti yang
disediakan oleh kerajaan.
PERBANDINGAN KONSEP TASKA DI MALAYSIA DAN DI LUAR NEGARA.

Konsep Taska di Malaysia dan di luar negara mempunyai persamaan perbezaaan
yang tersendiri. Di Malaysia, Prof Madya Dr. Mastura badzis ( 2008 ) menyatakan
pendapat bahawa hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh
pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama
inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding
dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan
seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat
bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia
0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya
ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi
mendapati bahawa 80 - 85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh
enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang
paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun
tersebut. Justeru itu, boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan
pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan
perkembangannya yang akan datang.

      Di luar negara, Jean Piaget (1980) menyatakan setiap kanak-kanak
mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, kanak-
kanak yang dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan
mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget
berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat
peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan
peringkat peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu
menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya.

      Di samping itu juga, seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson (1994)
berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial
yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri
berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak- kanak,
zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang
akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian
Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia
mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah
kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah
kepercayaan bayi bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau
orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti
mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh
harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat
mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan cuba
melindungi dari persekitaran yang tidak memberangsangkannya. Pendapat Ini
bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak
pada setiap tahap mempunyai perkembangan tertentu.

BINCANGKAN KAJIAN YANG TERDAPAT DI DALAM DAN LUAR NEGARA
BERKAITAN TASKA.
Pelbagai kajian di Malaysia mengenai perkembangan awal kanak-kanak di TASKA
khususnya di bawah umur 4 tahun yang menjelaskan bahawa otak kanak-kanak
mengandungi 100 bilion sel saraf (neuron) yang mana akan membina perhubungan
(sinaps) apabila sel-sel dirangsang. Hampir 90% perkembangan otak kanak-kanak
berlaku dengan pantas semasa mereka berumur di bawah 4 tahun. Ini membuktikan
bahawa peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah tempoh formatif dan
merangkumi detik-detik kritikal dalam pembangunan seseorang individu.
       Pengalaman pembelajaran yang positif, di samping persekitaran emosi, fizikal
dan intelektual yang ceria dan gembira akan memberi impak ke atas perkembangan
otak kanak-kanak melalui pembentukan lebih banyak sinaps yang seterusnya akan
berkekalan. Perkembangan ini akan mempengaruhi pembangunan ilmu kognitif,
kemahiran sosial, pertuturan dan bahasa ketika kanak-kanak tersebut dewasa kelak.
       Melalui perbezaan latihan dan kelayakan tenaga pendidik bagi TASKA
kerajaan dan swasta, ia mengikut kaedah dan matlamat masing-masing. Jurulatih
yang menjalankan kursus ini juga mempunyai kelayakan yang pelbagai. Lanjutan
dari pendedahan kursus yang pelbagai kaedah dan pendekatan ini, Kanak-kanak
mendapat pendidikan pra sekolah yang pelbagai juga. Jika keadaan ini dibiarkan
berlanjutan, ia tidak akan membantu usaha kerajaan untuk menyelaras dan
meningkatkan kualiti asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara ini. Dari segi
kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran di taska-taska kerajaan dan swasta
kini amat berbeza tertakluk kepada keupayaan TASKA berkenaan. Perbezaan ini
memberi kesan kepada pembangunan potensi kanak-kanak berkembang dengan
optimum.( Noorazleen, 2003 )
       Selain itu, kajian yang telah dijalankan juga adalah untuk meninjau persepsi
pengasuh-pengasuh TASKA Nuri di Malaysia terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi asuhan dan perkembangan kanak-kanak. Tiga faktor yang
ditentukan adalah faktor kemudahan di TASKA, faktor kefahaman psikologi pada diri
pengasuh dan faktor diri pengasuh. Kajian ini dilakukan secara tinjauan dengan
menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh pengkaji sendiri.sebagai contoh,
kajian rintis telah dilakukan ke atas 15 orang pengasuh Taska Az-Dzilal. Nilai pekali
kebolehpercayaan item soal selidik faktor yang mempengaruhi asuhan dan
perkembangan kanak-kanak adalah 0.7. Seramai 30 orang responden telah dipilih
secara rawak daripada 3 cawangan Taska Nuri. Min peratus digunakan untuk
mengenalpasti sama ada faktor-faktor kemudahan di TASKA, faktor diri pengasuh
dan faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh mempengaruhi asuhan dan
perkembangan kanak-kanak di TASKA. Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga faktor
yang dikenalpasti telah memberi kesan kepada asuhan dan perkembangan kanak-
kanak. Sehubungan itu, adalah disarankan supaya semua pengusaha TASKA dapat
menekankan faktor yang mempengaruhi asuhan seperti faktor kemudahan di
TASKA, faktor diri pengasuh dan faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh
supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan positif daripada segi mental, fizikal
dan emosi. ( Noorazleen, 2003 )
      Kajian yang dijalankan oleh Pullen dan Justice (2003) pula menekankan
peranan prasekolah dan TASKA adalah salah satu faktor penunjuk bagi pencapaian
pembacaan murid di sekolah ialah bilangan jam mereka dibacakan buku semasa di
TASKA. Pembacaan yang diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
bahan bacaan tersebut akan menanam minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan.
      Pernyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Morrow (Mcquillan & Au,
2001) terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses
kepada buku di dalam bilik darjah disertai aktiviti kesusasteraan yang dibimbing oleh
guru telah membawa kepada peningkatan pembacaan serta peningkatan tahap
pembacaan kanak-kanak.
ULASAN UMUM BERKAITAN KURIKULUM PERMATA
Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (PERMATA) dianggap sebagai usaha
dan bukti agresif kerajaan dalam melahirkan modal insan terbaik yang bermula dari
pendidikan awal dengan mendokumenkan garis panduan untuk kurikulum Permata
bagi menyeragamkan aktiviti dan kualiti pembelajaran yang disediakan kepada
kanak-kanak. Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program PERMATA Y.A. Bhg.
Datin Seri Paduka Rosmah Mansor berkata, garis panduan yang dimaksudkan ialah
Garis Panduan Peralatan Luar, Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak Permata dan
beberapa dokumen lain yang akan menjadi prosedur operasi standard (SOP)
PERMATA.
      Bagi memastikan teknik pembelajaran mengikut kurikulum PERMATA dapat
disampaikan dengan lebih berkesan, PERMATA juga telah menyediakan peluang
kepada pendidik untuk mengikuti Kursus Asas PERMATA selama enam minggu,
Kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RM3.64 juta kepada semua
kerajaan negeri untuk memperluaskan pelaksanaan program PERMATA tahun ini.
Bilangan Taska PERMATA di seluruh negara dijangka meningkat kepada 647 buah
dalam tempoh dua tahun sejak penubuhannya pada 2008. Tahun lalu sahaja,
program PERMATA telah menunjukkan perkembangan pesat dengan penubuhan
427 Taska PERMATA di seluruh negara dengan penyertaan 17,000 kanak-kanak
berusia antara satu hingga 4 tahun (Rosmah Mansor,2010 )
       PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu
merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti. Ini
adalah bersesuaian untuk membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri,.
bijak bergaul dan ini juga adalah penting untuk pembangunan modal insan yang
cemerlang, sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam kancah gejala
sosial apabila mereka dewasa.
       Dalam usaha merealisasikan objektif program PERMATA, Jawatankuasa
Kerja Dasar PERMATA Negara memfokuskan pada kumpulan sasaran atau segmen
tertentu dimana kumpulan sasaran PERMATA ialah kanak-kanak berumur antara 1
hingga 4 tahun dengan tumpuan di kawasan bandar dan luar bandar. Ini dikira
rasional berdasarkan bukti dari kajian neurosains yang menunjukkan bahawa 3
tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.
      Hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan mereka memainkan peranan
penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan
penyayang. Maka sekiranya rangsangan yang betul diberikan dalam keadaan ceria
dan gembira, otak akan berkembang segar. Oleh itu, kurikulum PERMATA digubal
berbeza dari kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang ada di Negara
ini.
      Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-
kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti
permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan
bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik seperti kasih sayang dan belaian , interaksi
dan komunikasi , pemikiran dan bacaan , memberi kuasa kepada kanak-kanak
melalui pembelajaran secara bebas, mendorong kebolehan dan potensi kanak-
kanak serta belajar melalui bermain.
       Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil
kira aspek-aspek seperti pembinaan hubungan emosi, kasih sayang, rasa selamat
dan yakin diri, melalui sentuhan dan belaian , melalui berkawan dan sosial , belajar
melalui percubaan dan penerokaan , membina minat membaca dan berfikir sejak
awal serta merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik.
      Dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan dari segi
perkembangan emosi didapati 84% kanak-kanak PERMATA mencapai
perkembangan emosi yang baik berbanding 42% kanak-kanak bukan PERMATA.
Program PERMATA didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang
tenang dan terkawal, stabil, ceria, mesra, penyayang dan berkeyakinan diri (Pusat
Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC):UPSI,2008).
      Perkembangan bahasa dan komunikasi pula mendapai 80% kanak-kanak
PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak
bukan PERMATA. Kemahiran berkomunikasi menunjukkan bahawa 72% kanak-
kanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi
60% kanak-kanak bukan PERMATA, perkembangan sosial pula mendapati 80%
kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul dan berkawan, berkongsi
mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan
PERMATA     (Pusat   Penyelidikan  Perkembangan     Kanak-Kanak    Negara
(NCDRC):UPSI,2008 ).
       Dari segi pengurusan diri pula menunjukkan 85% kanak-kanak PERMATA
lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding 60% kanak-kanak bukan PERMATA,
perkembangan intelek menunjukkan 85% kanak-kanak PERMATA mencapai
kemahiran pra-sains berbanding 50% kanak-kanak bukan PERMATA manakala
perkembangan rohani menunjukkan kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan
suka bersalam berbanding kanak-kanak bukan PERMATA (Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC):UPSI,2008 ).
KESIMPULAN
Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan untuk menyuburkan potensi murid
dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk
sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
      Perlaksanaan Program TASKA berkonsepkan „Kasih Sayang, Kemesraan
dan Galakan‟. Melalui program ini kanak-kanak diasuh di tempat dan persekitaran
yang selamat, penuh kasih sayang dan galakan yang dapat membantu
perkembangan kanak-kanak yang sempurna.
       Strategi yang dilaksanakan oleh program taska ialah taska diwujudkan di
kawasan luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan
rendah dan miskin. Bangunan taska dibina dan diselarakan oleh Bahagian
Pembasmian Kemiskinan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan
kerjasama KEMAS. KEMAS melatih dua orang Pengasuh bagi setiap TASKA terdiri
dari masyarakat setempat di institusi latihan KEMAS. Selain itu, penyeliaan teknikal
dan ikhtisas oleh Penyelia Prasekolah di peringkat Parlimen. Ahli Jawatankuasa
yang dilantik dari kalangan ibu bapa dan masyarakat setempat bertanggungjawab
dalam TASKA.
      Secara keseluruhannya, pendidikan prasekolah membolehkan murid
mempunyai peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotik. Selain itu, mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian.
BIBLIOGRAFI
Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin, Mahani
   Razali (2008). Kurikulum Permata Negara. Panduan Pendidikan. Awal Kanak-
   Kanak 0-4 Tahun. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara
   (NCDRC):UPSI
Dasar Pendidikan Dan Asuhan Kanak-kanak Diperoleh pada September 3, 2010
    daripada
    http://www.permata.jpm.my/gedung%20multimedia/Dasar_Asuhan_dan%20Did
    ikan_Awal_Kanak_Kanak_Kebangsaan.pdf
Rosmah Mansor (2010). Kurikulum PERMATA Didokumen diperoleh pada 25 Ogos
    2010 daripada
    http://www.bharian.com.my/articles/KurikulumPERMATAdidokumen/Article/
Eric Erikson (1994). Konsep Taska Di Luar Negara diperolehi pada 11 0gos 210
      Diperolehi daripada www.nndb.com/people/151/000097857/
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2009). Diperolehi pada 25 Ogos 2010
   daripada
   .http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=23
   6%3Ajenis-taska&catid=178%3Ataska&Itemid=502&lang=ms
Jean piaget (1980). Perbandingan Konsep Taska Di Malaysia Dan Luar Negara
     diperolehi pada 21 0gos 2010 daripada
     www.ibe.unesco.org/publications/ThinkersPdf/piagete
Konsep Taska di Malaysia diperolehi pada 2 ogos 2010 daripada
    http://www.kemas.gov.my/7
Kurikulum    Permata    Diperolehi pada  20    September 2010     daripada
    http://www.permata.jpm.my/gedung%20multimedia/Dasar_Asuhan_dan%20Didi
    kan_Awal_Kanak_Kanak_Kebangsaan.pdf
Mastura Bazdis (2008). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan
    Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan
    Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.
    Diperolehi pada 15 Januari 2010 daripada
    http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/.
Morrow, L. M. (2005). Literacy development in the early years: Helping childrenread
   and write (5th ed.). Boston: Pearson.
Noorazleen Muslim (2003). Persepsi Pengasuh Terhadap Faktor-faktor Yang
    Mempengaruhi Asuhan Dan Perkembangan Kanak-kanak Di Taska Nuri.
     Universiti teknologi malaysia
Perbandingan konsep TASKA di Malaysia dan luar negara diperolehi pada 23 ogos
    2010 daripada www.scribd.com
Perbandingan konsep TASKA di Malaysia dan luar negara diperolehi pada 15 ogos
    2010 daripada mpreschoolteacha.blogspot.com/..
PERMATA Negara Usaha Lahirkan Khazanah Masa Depan Malaysia Diperolehi
   pada 18 September 2010 daripada http://cpintrass.com/blog/informasi/permata-
   negara-usaha-lahirkan-khazanah-masa-depan-malaysia/.html
Pullen, P. C., & Justice, M. L. (2003). Enhancing phonological awareness, print
     awareness, and oral language skills in preschool children. Invention in School
     and Clinic, 34(2), 87-98.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:400
posted:10/6/2011
language:Malay
pages:9