Docstoc

KEMAHIRAN MENULIS

Document Sample
KEMAHIRAN MENULIS Powered By Docstoc
					KEMAHIRAN MENULIS

      NUR A’TIKAH
    NURUL SYAMILAH
      SITI ZAREHA
         ASMA’
  DEFINISI DAN KONSEP MENULIS
• Bahasa yang bertulis dengan lambang-
  lambang bunyi.
• Alat melahirkan fikiran dan perasaan.
• Bahasa tersusun berupa rangkai-rangkai kata
  dan ayat-ayat.
• Menurut Raminah Hj. Sabran (1985:183),
  penulisan ialah pelahiran perasaan, fikiran dan
  idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk
  grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi
  bahasa yang dapat dibaca dan difahami
  maksudnya.
• Mengikut Juriah Long dan rakan-rakan (1990),
  menulis adalah suatu proses untuk
  menyampaikan buah fikiran, idea atau
  pendapat dengan tepat dan berkesan kepada
  khalayak atau pembaca dengan menggunakan
  bentuk grafik.
• Don Bryne (1979:1) pula menyatakan bahawa
  kita menggunakan simbol-simbol grafik
  semasa menulis, iaitu penggunaan huruf-
  huruf atau gabungan huruf-huruf yang
  berkaitan dengan lambang-lambang bunyi
  yang kita buat semasa kita bercakap.
• Crimmon (1984:191), menulis ialah kerja
  keras, tetapi merupakan kesempatan
  menyampaikan sesuatu tentang diri sendiri
  mengkomunikasi kepada orang lain, bahkan
  dapat mempelajari sesuatu belum diketahui.
MATLAMAT KEMAHIRAN MENULIS
• Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan
  ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan
  tepat, jelas dan berkesan.
• Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan
  perhubungan.
• Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,
  pengalaman dan perasaan.
               TUJUAN MENULIS
• Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara
  amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat
  mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk
  tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.
• Melatih murid-murid melahirkan idea.
• Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea
• Melatih murid-murid mengembangkan karangan
   dalam bentuk pemerengganan yang betul
• Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa
  yang betul berdasarkan jenis karangan tertentu.
          TUJUAN MENULIS
• Melatih murid-murid menggunakan format
  karangan yang betul
• Menggunakan pengalaman menulis karangan
  ke dalam situasi sebenar sehari-hari
• Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan.
• Menyuburkan minat
• Meluaskan kosa kata
• Memberikan kepuasan jiwa.
PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS
• Peringkat Pramenulis

• Peringkat Mekanis

• Peringkat Pelahiran
       PERINGKAT PRAMENULIS
• Murid disediakan dengan aktiviti menulis
  sebelum mereka dapat menulis huruf dengan
  kemas dan betul.
• Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi
  tangan dan mata diberikan kepada murid.
• Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:
  • Menulis dari kiri ke kanan
  • Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.
  • Latihan membentuk bulatan di udara, di atas
    meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat
    tulis.
• Menyambung titik
• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan
  garisan lurus yang dilakukan secara bebas.
• Latihan membentuk garisan lurus
• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis
  lurus dan bulat.
• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk
• Melukis gambar
• Strategi Pengajaran Pratulisan
  a. Latihan pergerakan tangan
  b. Latihan pergerakan mata
  c. Latihan kordinasi tangan dan mata
           PERINGKAT MEKANIS
• Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka
  akan melangkah ke peringkat mekanis.
• Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran
  membentuk huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya
  menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan
  dan ayat.
• Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini,
  anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:
  • Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf
    mengikut teknik menulis.
  • Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang
    mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.
• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf
  yang diperbuat daripada kad yang berlubang.
• Latihan menekap huruf atau perkataan yang
  ditulis dalam bentuk garis putus-putus.
• Latihan menulis huruf dalam suku kata.
• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan
   bergambar.
• Latihan menamakan gambar-gambar.
• Latihan menyalin frasa atau ayat.
• Latihan menyalin ayat daripada buku
• Strategi Pengajaran
  a. Mengajar tulisan tangan
  b. Mengajar ejaan
         PERINGKAT PELAHIRAN
            (MENGARANG)
• Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai
  pelbagai kemahiran seperti kemahiran
  mendengar, bertutur membaca dan mengeja.
• Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis
  karangan.
• Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada
  peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan
  terkawal, berpandu, separa terkawal,dan separa
  berpandu.
• Kemudian mereka boleh didedahkan dengan
  penulisan bebas dan kreatif.
• Pada peringkat ini, murid-murid dapat
  melahirkan idea dan pendapat tentang
  pengetahuan serta pengalaman yang telah
  dilalui.
• Dalam masa yang sama mereka akan
  menggunakan kemahiran tatabahasa dan
  ejaan yang telah mereka kuasai.
• Mereka juga akan merancang penulisan
  mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk
  grafik yang sudah dipelajari.
         JENIS-JENIS PENULISAN
•   TERKAWAL
•   SEPARA TERKAWAL
•   BERPANDU
•   SEPARA BERPANDU
•   BEBAS
                        TERKAWAL
•   Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi
•   yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,
•   bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan.
•   Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa
•   diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.
•   Contoh :
    (i)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam
    karangan yang disediakan.
    (ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya
    menjadi sebuah karangan lengkap.
           SEPARA TERKAWAL
• Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang
  disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang
  untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi
  membuat pemilihan perkataan sesuai dengan
  tajuk yang disediakan.
• Contoh :
  (i)Menggantikan beberapa perkataan yang telah
  dipadamkan dengan perkataanperkataan lain
  yang telah disediakan.
                  BERPANDU
• Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan
  berdasarkan panduan guru.
• Contoh:
  (i) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.
  (ii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan
  berurutan mengenai sesuatu tajuk.
  (iii) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk
  daripada dialog kepada karangan penceritaan atau
  sebaliknya.
             SEPARA BERPANDU
• Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang
  mendapat sedikit maklumat atau panduan guru.
• Contoh :
  (i)Menulis semula cerita yang diperdengarkan.
  (ii) Menyudahkan cerita.
  (iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau
  tunggal.
  (iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi
  yang disediakan.
  (v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang
  diberikan.
                       BEBAS
• Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid
  untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang
  disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri.
  Bentuk karangan bebas seperti berikut :
  • Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.
  • Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.
  • Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.
  • Kreatif: puisi, cerpen, drama
  • Imaginatif: pengalaman.
                RUJUKAN
• Kamarudin Hj.Husin, (1988). Pedagogi Bahasa,
  Selangor. Logman Malaysia Sdn. Bhd. Kuala
  Lumpur.
• Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura
  Mohamed Berawi & Siti Hajar Idrus, (2011).
  Literasi Bahasa Melayu. Penerbitan
  Multimedia Sdn.Bhd. Selangor.
• http://www.scribd.com/doc/50952202/22/TU
  JUAN-KEMAHIRAN-MENULIS

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:460
posted:10/4/2011
language:Malay
pages:23