kaedah by shukinamehat

VIEWS: 136 PAGES: 7

More Info
									KAEDAH BERCERITA
Posted on March 23, 2011 by admin
KAEDAH BERCERITA
DEFINISI
     Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
  hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
     Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
  strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
  maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
     Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
  Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
  pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
  mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
     Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
  menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
  Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama
  dengan pendekatan yang dianuti.

TUJUAN TEKNIK
1.   Menarik Minat murid
2.   Mengekalkan perhatian
3.   Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK BERCERITA
     Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
   kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
   dan perhatian pelajar.
     Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
   disampaikan.
     Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
   dan menulis dikalangan pelajar.
     Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
   kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
   suara, gerak laku dan kawalan mata.
     Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
   mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
     Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
     Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
   Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
     Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
     Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
     Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-
   kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
     Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
     Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
     Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
   aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
Teknik Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
     Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan
   mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens.
    Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat
    memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene :
    1976).
       Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan
    pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa
    yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak.
    Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan
    muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara
    mekanikal.
        Asal usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada dokumentasi
    yang formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah dikesan adalah di Mesir,
    iaitu cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang lampau dengan ungkapan “ Hari
    ini saya bercerita kepada anak lelaki saya…”. Di Eropah pula lakaran idea
    ditemukan di atas daun nipah, dan cerita dikisahkan untuk mengembangkan agama.
    Di Greek pula, penulisan puisi dengan menggunakan muzik dikesan pada kulit
    belulang, manakala di India, cerita disampaikan dengan menggunakan kain yang
    mempunyai plot cerita Mahabarata dan Ramayana. Dalam suasana gelap, pencerita
    berdiri di hadapan kain yang dilakarkan dengan cerita dan dia bercerita
    berpandukan siri gambar dengan menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrika
    pula, cerita disampaikan dengan menggunakan tali dan di Australia pula, cerita
    menggunakan pasir.
       Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam
    bentuk bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi dengan
    permainan alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya
    menggunakan batil atau belanga). Pencerita atau penglipur lara dalam seni bercerita
    Melayu silam dipanggil mengikut tajuk cerita yang disampaikan seperti Selampit
    atau Tok Selampit (selalunya bercerita menggunakan rebab). Ada juga digelar
    Awang Batil (bercerita menggunakan batil) atau Awang Belanga (bercerita
    menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita digelar berdasarkan watak dalam
    cerita seperti Tok Jebang atau digelar tukang cerita sahaja. Satu lagi bentuk
    penceritaan dalam masyarakat Melayu tradisi ialah Wayang Kulit dan penceritanya
    dipanggil Tok Dalang (yang bercerita menggunakan patung wayang kulit).
       Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan telah
    berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
       Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai
    sambil berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:
               pengajaran
               pengetahuan
               perkongsian pengalaman.
               Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati
        kehendak objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:
                      meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya
            lisan, bacaan, penulisan dan kosa kata
                      memahami dan menghayati cerita
                      meningkatkan kemahiran mendengar
                      mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan
            kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
                      menambah pengalaman dan pengetahuan
                      menanam sikap cinta akan warisan budaya
                      menerapkan unsur nilai murni
                   memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling
                   mencungkil dan mengasuh bakat
                   membentuk insan yang harmoni dan seimbang
                   menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang
           hayat.

3.10 KAEDAH BERCERITA
Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar
berlaku atau diciptakan

Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting
sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan
masyarakat



Ciri-ciri Penting

1.    Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar

2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya
kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)

3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,
intonasi dan ekspresi/mimik muka

4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang
berkaitan dengan kehidupan seharian

5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang
dan berketrampilan
Kemahiran bercerita

1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita

      memilih cerita yang sesuai
      menghafal isi-isi penting
      sediakan alat bantu mengajar
      kesediaan pelajar
      murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
      mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
      pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir
      pastikan suara jelas dan lantang
      kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid
     memahami isi cerita dengan lebih jelas
      mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid
      ayat dan perkataan mudah difahami murid
      disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi
      aktiviti susulan
2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

        Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
        Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
        Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai
      dengan pengalaman murid
        Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang
      diperuntukkan
        Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya
      sekali
        Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau
      topeng-topeng
        Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
        Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat
      mendengar dan melihat ekspresi guru
        Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-
      gambar yang sesuai dengan isi cerita
3.   Sesi Bercerita

     Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
     Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan
    membantu murid-murid memahami cerita
     Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
     Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita
4. Penutup

       Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi
    cerita itu
5. Aktiviti penutup

      Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
      Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan
  sendiri.
      Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam
  isi cerita.
      Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
      Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan
  didengar
Kemahiran Lisan:
      Bahasa – mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
      Suara – jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang
  tua,haiwan)
      Sebutan – jelas, tepat, kelajuan sesuai
      Nada dan intonasi – sesuai dengan watak dan situasi
Kemahiran bukan lisan
      Mimik muka – sesuai dengan emosi
      Hubungan mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
    Bahasa Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
    Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan
KRITERIA PEMILIHAN CERITA
1.   Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni
2.   Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak
3.   Plot yang mudah, kronology & „happy ending‟
4.   Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek
5.   Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan
6.   Melibatkan watak kanak-kanak
7.   Menonjolkan watak yang boleh dicontohi
8.   Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK)
9.   Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek
10.  Bersifat universal

TEKNIK BERCERITA
Sesuai dengan:

     Kebolehan kanak-kanak
     Masa (tidak terlalu panjang)
     Ruang dan tempat
     Suasana
     Persekitaran (tiada gangguan bising)
     Peralatan cerita
     Bentuk dan jenis cerita
     Kemampuan pencerita

PERSEKITARAN BERCERITA
    Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
    Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

CONTOH TEKNIK BERCERITA
1.  Bercerita tanpa alat
2.  Bercerita berpandu
3.  Bercerita berdasarkan gambar bersiri
4.  Bercerita menggunakan bahan maujud
5.  Teka-teki
6.  Teater bercerita
7.  Boneka

CADANGAN PERALATAN BERCERITA
1.   Buku besar
2.   Beg bercerita
3.   Gambar bersiri
4.   Boneka
5.   Kad Cantuman
6.   Kostum
7.   Poster
8.   Topeng
9.   Alat muzik/audio/vcd dll.
Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita
1.    Sesuai dengan cerita dan objektif P&P
2.    Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama
3.    Warna yang terang, menarik & merangsang indera
4.    Melibatkan pelbagai deria
5.    Tidak membahayakan kanak-kanak
6.    Penggunaan bahan maujud dan sumber alam
7.    Boleh dipelbagaikan kegunaan
8.    Mudah digunakan dan disimpan
Aktiviti Bercerita

Kemahiran Lisan:
    Bahasa – mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
    Suara – jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang
  tua,haiwan)
    Sebutan – jelas, tepat, kelajuan sesuai
    Nada dan intonasi – sesuai dengan watak dan situasi
Kemahiran bukan lisan
    Mimik muka – sesuai dengan emosi
    Hubungan mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
    Bahasa Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
    Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan



Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

      Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
      Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
      Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai
   dengan pengalaman murid
      Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang
   diperuntukkan
      Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya
   sekali
      Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau
   topeng-topeng
      Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
      Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat
   mendengar dan melihat ekspresi guru
      Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-
   gambar yang sesuai dengan isi cerita
Sesi Bercerita

    Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
    Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan
  membantu murid-murid memahami cerita
    Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
    Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita
Penutup
       Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi
   cerita itu
Aktiviti penutup
       Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
       Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan
   sendiri.
       Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam
   isi cerita.
       Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
       Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan
   didengar



Ruang dan tempat (PERSEKITARAN BERCERITA)
     Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
     Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita
Masa (tidak terlalu panjang)

Persekitaran (tiada gangguan bising

								
To top