Docstoc

Jadual Ujian

Document Sample
Jadual Ujian Powered By Docstoc
					KURSUS PENINGKATAN
PROFESIONALISME
KEGURUAN
  OLEH :
  HJH RUKIAH BT AHMAD TABON
  PENSYARAH JABATAN ILMU PENDIDIKAN
  IPTI,JB
  Pada : 19 Julai 2008
KONSEP PENGUJIAN


  SATU TEKNIK UNTUK MENDAPATKAN
   MAKLUMAT TENTANG PERUBAHAN
   TINGKAH LAKU SESEORANG
  UJIAN - SATU SET SOALAN ATAU
   TUGASAN YANG MEMERLUKAN
   SESEORANG BERTINDAK BALAS
TUJUAN PENGUJIAN

  Mengesan hasil pembelajaran yang
   patut dikuasai
  Mengesan kemajuan yang telah
   diperolehi
  Menentukan penempatan murid ikut
   kebolehan
  Tindakan susulan yang boleh diambil
   oleh guru dan murid dalam proses p&p
PRINSIP PEMBINAAN DAN
PENTADBIRAN UJIAN
  Tentukan tujuan ujian
  Tentukan isi kandungan ujian
  Membentuk Jadual Penentuan Ujian
  Menulis item/soalan
  Menyemak item/soalan
  Tadbirkan ujian
Pembinaan Jadual Penentuan Ujian
(JPU)
  Pengukuran adalah satu proses yang
   penting ketika membuat sesuatu
   penilaian khususnya dalam proses p&p
  Alat pengukuran yang kurang berkualiti
   akan menghasilkan penilaian yang
   meragukan
  Pembinaan JPU untuk memastikan
   pembinaan alat pengukuran yang sah
   dan boleh dipercayai
Jadual Penentuan Ujian (JPU)
    Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian
     (JSU)
    Satu blue print ujian / test specification
    Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi
     kandungan dan paksi aras kemahiran
    Kandungan merupakan topik dalam sukatan
     pelajaran manakala aras kemahiran
     merupakan taksonomi penguasaan
    Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis
     dan kandungan ujian
    Membantu penggubal membina item soalan
Tujuan JPU

  Ujian tidak dibina secara sembarangan
  Dapat menjamin kesahan dan
   kebolehpercayaan ujian
  Panduan kepada penggubal soalan
  Menstabilakan taraf dan aras kesukaran
   ujian dari semasa ke semasa
  Menentukan bidang dan pemberatan
   ujian yang seimbang
Siapa yang membuat JPU

  Penggubal kurikulum dan sukatan
   pelajaran
  Guru-guru yang mengajar mata
   pelajaran
Ciri-ciri Utama JPU

    Ada tajuk yang hendak diuji
    Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji
    Paksi menegak mengandungi tajuk yang
     hendak diuji dan paksi mendatar , jenis
     kemahiran yang diuji
    Gambaran tentang bilangan soalan dan aras
     kesukaran dalam satu ujian
    Merangka secara nyata bidang yang akan diuji
Langkah-langkah Pembinaan JPU

    Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji
    Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran
    Bina carta dua hala
    Tentukan nombor item yang akan dibina
     mengikut aras kemahiran
    Tentukan bilangan item soalan mencukupi
     untuk mengukur pencapaian murid
    Semak semula jenis item/soalan yang telah
     ditetapkan samada menepati kehendak
     objektifkurikulum
Contoh JPU


    Lihat contoh
DIMENSI DALAM JPU

  Kandungan ujian – berdasarkan sukatan
   pelajaran atau huraian sukatan pelajaran
   dan buku teks yang digunakan, meliputi
   i – skop atau kedalamannya
   ii – bilangan item untuk setiap tajuk
   iii – wajaran
  Kemahiran – meliputi aras kemahiran
   yang diuji ( selalunya menggunakan
   teksonomi Bloom)
 Jenis dan jumlah item – berdasarkan
  tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang
  mengambil ujian, jenis soalan ( samada
  item objektif, struktur atau esei ) dan
  aras kesukran
 Wajaran – peratusan item ikut bahagian
  atau tajuk berdasarkan masa pengajaran
  bagi setiap tajuk
   Dalam konteks pendidikan di Malaysia
    kebanyakan ujian bilik darjah adalah
    berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk
    menentukan setakat mana murid telah
    menguasai apa yang telah diajar. Oleh
    itu ujian mestilah bersifat ‘representative’
    kurikulum sekolah
aktiviti

     Berdasarkan mata pelajaran tertentu
      bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir
      semester dan ujian akhir tahun
Jenis Item Ujian



    Ujian objektif

    Ujian subjektif / esei
Item Ujian Objektif
  Calon dibekalkan dengan satu tugasan
   berstruktur yang menghadkan tindak balas
   dengan cara menanda, membulat atau
   menggaris gerak balas (respons) yang tepat
  Jawapan pendek berbentuk perkataan, angka
   atau frasa.
  Hanya satu jawapan yang betul
  Mengikut Gronlund ujian terbahagi kepada
   item yang memerlukan calon membuat pilihan
   yang diberi dan memberi jawapan yang
   diperlukan
Jenis-jenis item ujian objektif


  Item pilihan jawapan bebas
  Item pilihan jawapan tetap
Item pilihan jawapan bebas

  Memerlukan murid memberi jawapan bukan
   memilih jawapan yang diberikan
  Soalan boleh berbentuk soalan atau
   pernyataan tergantung
  Soalan berbentuk item jawapan pendek atau
   item melengkapkan
  Arahan yang diberi seperti isikan tempat
   kosong dengan …
   lenkapkan pernyataan berikut
contoh
    Item jawapan pendek
     i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23
     ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan
         daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat?
         i.    ____________
    Item jawapan melengkapkan
     i. Haiwan yang memakan daging dinamakan
         __________
     ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut
         a.    Johor __________
         b.    Perlis __________
Item pilihan Jawapan Tetap


  Item betul/salah
  Item memadankan
  Item pengelasan
  Item susun semula
  Item aneka pilihan
Item Aneka Pilihan

  Bentuk soalan
  Ayat tidak lengkap
  Jenis jawapan terbaik
  Jenis negatif
  Interpretif
  Cantuman
Soalan Objektif Aneka Pilihan
  Mengandungi dua bahagian
   - Stem – pokok soalan / tugasan soalan
   - Opsyen - pilihan jawapan yg diberi
      Pilihan mengandungi :
      Kunci – jawapan yang betul
      Pengganggu (distracktor) – bukan jawapan
  Con: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses
            A     pemeluwapan
            B     penyulingan
            C     pendidihan
            D     elektrolsis
   Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stem
   A,B,C,dan D – opsyen
   A,B, dan C – pengganggu
   D - jawapan
Stem Soalan

  Mungkin dalam bentuk soalan atau ayat
   tidak lengkap
  Jelas tugasan yang diperlukan/yang
   perlu dijawab oleh calon
  Tidak mengandungi sebarang bayangan
   (clues) jawapan
  Tidak mengandungi maklumat yang tidak
   berkaitan dengan tugasan soalan
Opsyen, Pengganggu dan Kunci
    Pilihan jawapan sama dengan stem soalan
    Tiap pengganggu mempunyai hubungan atau
     seragam
    Elakan memberi bayangan
    Elakan guna perkataan seperti semua di atas,
     tiada satu pun
    Elak mengulang maklumat yang sama
    Pastikan satu sahaja jawapan
    Susun kunci secara rawak dan bilangan
     seimbang untuk tentukan A,B,C/D
Jenis soalan Aneka pilihan -Bentuk
soalan
  Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti
   dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu
   daripada pilihan itu betul
  Contoh:
   Apakah alat yang digunakan untuk
   menentukan pH tanah?
   A Ammeter
   B Voltmeter
   C Meter pH
   D Multi meter
Ayat tidak lengkap
    Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan
     beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.
    Contoh :
     Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah
     Melayu pada zaman penjajahan British memberi
     kesan terhadap
     A kemasukan buruh asing beramai-ramai
     B industri membuat kereta berkembang pesat
     C migrasi penduduk dari luar bandar ke badar
     D industri perlombongan bijih timah berkembang
         pesat
Jenis Jawapan Terbaik
    Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan.
     Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan
     semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang
     paling tepat atau terbaik
    Contoh:
     Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk
     memastikan ujian tersebut mempunyai unsur
     keobjektifan yang tinggi?
     A. Memeriksa soalan demi soalan
     B Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati
     C memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan
     D Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan
          Memberi Markah
Soalan Item Negatif
    Kesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah.
     Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok
     soalan biasanya mengandungi perkataan seperti
     ‘kecuali’, ‘yang tidak benar’, ‘bukan’, dan ‘tidak’
    Contoh:
     Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut
     kecuali
     A sesuai digunakan untuk ujian sumatif
     B dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi
     C jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan
         objektif
     D boleh menguji bidang kognitif di peringkat
         pengetahuan dan fahaman dengan berkesan
Soalan Item Interpretif
  Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang
   mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual,
   graf atau petikan karangan
  Contoh:
   Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk
   kepada
   A internet
   B perdagangan
   C telekomunikasi
   D pengangkutan
Jenis Cantuman/Gabungan
    Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang
     betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu
     sahaja jawapan yang betul
    Contoh:
     Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman
     dahulu?
          I.         Jong
          II.        Rakit
          III.       Perahu
          IV.        Kapal layar
     A. I, II dan III
     B    I, II dan IV
     C    I, III dan IV
     D    II, III dan IV
Cara Menulis item Aneka Pilihan
    Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk
     pertanyaan, atau ayat tidak lengkap
    Soalan hendaklah ringkas tetapi padat
    Pilihan jawapan juga perlu ringkas
    Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam
     struktur atau bentuk yang sama
    Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang
    Elakkan daripada menggunakan pilihan
     jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg
     betul
    Pokok soalan tidak membayangkan jawapan
Aras Item Objektif

  Item-item objektif boleh dibentuk
   mengikut aras-aras kognitif yang
   berbeza
  Mengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras,
   iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
   analisis, sintisis dan penilaian
Item Aras Pengetahuan
  Soalan yang menguji kebolehan calon
   mengingat semula fakta, istilah, konsep dsb
  Soalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di
   mana, labelkan, dan bila
  Con: Bilakah Malaysia merdeka?
        (A) 1957
        (B) 1964
        (C) 1967
        (D) 1969
Item Aras Kefahaman
    Menguji kebolehan calon untuk memahami,
     menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep
     atau prinsip
    Bentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakan
    Con: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya
           tenggelam dalam air kerana
           (A) akarnya panjang
           (B) batangnya lembut
           (C) pokoknya ada pelampung
           (D) ada ruang udara dalam batangnya
Item Aras Aplikasi

    Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum
     atau fakta asas
    Bentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsb
    Con: Hakim mempunyai wang sebanyak
          RM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00,
          manakala kakaknya memberinya RM5.00.
          Cari jumlah wang Hakim.

         (A)      RM17.00
         (B)      RM19.00
         (C)      RM 21.00
         (D)      RM 23.00
Item Aras Analisis
    Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea
     besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat
     perbandingan dan menghuraikan perhubungan
    Bentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnya
    Con: Semasa tumbuhan hijau melakukan
     proses fotosintis apakah bahan yang
     diperlukan
           A    air dan cahaya
           B    air dan karbon dioksida
           C air, oksigen dan cahaya
           D air, karbon dioksida dan cahaya
Item Aras Sintesis

    Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil,
     mentafsir dan membuat satu rumusan.
    Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur
     dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid. Gas yang
     terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada gas

            (A)   oksigen
            (B)   hidrogen
            (C)   nitrogen
            (D)   karbon dioksida
Item Aras Penilaian

    Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi
     sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

    Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah
           salah laku di kalangan murid-murid ialah

            (A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin
            (B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah
            (C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes
                salah laku
            (D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan
                khidmat bimbingan dan kaunseling
Ujian Esei/Subjektif

  Soalan yang memerlukan calon memberi
   tindak balas sama ada lisan/bertulis
  Tindak balas berbentuk terhad atau
   lanjutan
  Memerlukan calon menulis jawapan
   berbentuk satu ayat, perenggan (terhad)
   atau esei penuh (lanjutan)
Jenis soalan subjektif

  Jawapan pendek
  Soalan berstruktur
  Soalan esei
Soalan pendek/respon terhad

  Terhad apa yang harus dijawab
  Contoh soalan
   - senaraikan lima komponen utama …
   - nyatakan tiga kelebihan …
   - apakah definisi … mengikut …?
Soalan Esei Tindak Balas Lanjutan

    Membolehkan calon memilih, menyusun dan
     menyampaikan jawapan yang difikir kan sesuai
    Soalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon
     mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian
     secara bebas
    Soalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang
     lebih tinggi seperti aras sintisis, analisis dan penilaian
    Contoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam
               usaha memajukan ekonomi negara
               Sejauhmanakah anda setuju dengan kenya-
               taan kenaikan harga minyak boleh menye-
               babkan inflasi
Aras Item Subjektif
  Mengingat semula
   Con: Berikan definisi …
       Siapakah …
       Apakah …
  Fahaman
   Con: Bandingkan …
        Huraikan …
        Apakah tujuan …
 Aplikasi
  Con: Bagaimanakah …
        Terangkan cara …
 Analisis
  Con: Mengapakah / apakah punca …
        Terangkan sejauh mana …
   Sintisis
    Con: Jelaskan
          Berdasarkan, huraikan

   Penilaian
    Con: Nilaikan idea
          Mengikut …, apakah pendapat
          anda
Panduan Menulis Soalan Esei

  Tetapkan dahulu tugasan soalan yang
   hendak dibina
  Mulakan setiap tugasan dengan perkata
   an seperti: huraikan, bandingkan dsb
  Tentukan setiap tugasan soalan jelas
   dan tidak mengelirukan
  Sebaiknya soalan dapat membezakan
   calon yang benar-benar belajar dapat
   faedah
kesimpulan

  JPU perlu disediakan oleh guru bila ingin
   membuat satu-satu ujian untuk menentu kan
   sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai
  Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan
   keputusan ujian yang diragui
  Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu
   mata pelajaran perlu bertanggung jawab
   memastikan pencapian murid setara dengan
   apa yang diharapkan
Sekian Terima Kasih

    Burung jelatik, burung jeladan,
          Membuat sarang di rumpun pandan,
    Yang baik jadikan teladan,
          Yang kurang jadikan sempadan.

  Gunung daik sudah terbelah,
     Didaki orang sambil berlari,
  Yang baik datang dari Allah,
     Yang kurang saya sendiri.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:152
posted:9/18/2011
language:Malay
pages:49