Iklan dan maklumat jawatan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) tutup 30 September 2011

Document Sample
Iklan dan maklumat jawatan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) tutup 30 September 2011 Powered By Docstoc
					                                   JAWATAN KOSONG

Permohonan dipelawa daripada Wargakerja Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari
18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut
di Lembaga Kemajan Bintulu (BDA):-

1) JAWATAN                     :       PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED
                                       W27

    Taraf Jawatan              :       TETAP
    Klasifikasi Perkhidmatan   :       Perkhidmatan Kewangan
    Kumpulan Perkhidmatan      :       Sokongan
    Skim Perkhidmatan          :       Penolong Pegawai Penilaian
    Jadual Gaji Matriks        :       Gred W27
                                        P1T1    RM1209.09        -   P1T24   RM3031.64
                                        P2T1    RM1278.67        -   P2T24   RM3217.79
                                        P3T1    RM1351.27        -   P3T24   RM3409.80
Syarat Lantikan:
    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
        (a) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang
            diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
            yang diiktiraf setaraf dengannya.
            (Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T6); dan
        (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
            Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
    2. Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Pembantu Penilaian adalah layak dipertimbang
       oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan
       Penolong Pegawai Penilaian Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
       disahkan dalam perkhidmatan dan:-
        (a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas; atau
            (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
        (b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
    3. Bagi yang berkhidmat dengan kerajaan laporan prestasi tiga (03) tahun berturut-turut perlu
       disertakan.
    4. Keutamaan: Disamping kelayakan asas di atas, calon-calon yang berpengalaman dalam
       bidang berkaitan sekurang-kurangnya dua (02) tahun adalah diberi keutamaan.
                                                   1
2) JAWATAN                   :       PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN
                                     PERSEKITARAN GRED U29

   Taraf Jawatan            :        TETAP
   Klasifikasi Perkhidmatan :        Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan
   Kumpulan Perkhidmatan :           Pengurusan Dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan
                                     Bersepadu)
   Skim Perkhidmatan         :       Penolong Pegawai Persekitaran/ Pegawai Kesihatan
                                     Persekitaran
   Jadual Gaji Matriks       :       Gred U29


                                      P1T1 RM1160.69 -          P1T27      RM3057.39
                                      P2T1 RM1231.78 -          P2T27      RM3279.74
                                      P3T1 RM1305.89 -          P3T27      RM3476.28
Syarat Lantikan:
   1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
       (a) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan
           Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
           (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6);dan
       (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
           Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

   2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak
      dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan
      ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaraan Gred U29, tertakluk kepada kekosongan
      jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

       (a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (a) di atas; dan

       (b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

   3. Bagi yang berkhidmat dengan kerajaan laporan prestasi tiga (03) tahun berturut-turut perlu
      disertakan.

   4. Keutamaan: Disamping kelayakan asas di atas, calon-calon yang berpengalaman dalam bidang
      berkaitan sekurang-kurangnya dua (02) tahun adalah diberi keutamaan.




                                                  2
3) JAWATAN                           : TUKANG [ELEKTRIK] K2 GRED R11

    Taraf Jawatan                    :   SEMENTARA
    Klasifikasi Perkhidmatan         :   Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/ Tidak Mahir
    Kumpulan Perkhidmatan            :   Sokongan
    Skim Perkhidmatan                :   Tukang K2
    Jadual Gaji Matriks              :   R11

                                         P1T1     RM892.54        -        P1T15 RM1647.28
                                         P2T1     RM948.08        -        P2T15 RM1725.64
                                         P3T1     RM1005.25       -        P3T15 RM1805.63
Syarat Lantikan:

   1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

        (a) (i) Tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
            (ii) Pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu
                 Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah yang
                 telah disahkan dalam perkhidmatan;
        (b) (i) Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/ Sijil Kemahiran
                Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang
                diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

            (ii) Lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang
                 mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku
                 oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat
                 Pertengahan/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2; dan

        (c) Berkebolehan  bertutur,        membaca       dan     menulis    dalam   Bahasa   Malaysia
            dengan memuaskan.




                                                  3
Perhatian:

   (a)       Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh diperolehi/dimuat turun
             melalui laman web BDA. www.bda.gov.my
   (b)       Sekiranya tidak ada maklumbalas dari kami selepas tempoh 3 bulan, sila
             anggap permohonan anda tidak berjaya.

Sila hantar permohonan ke alamat di bawah sebelum atau pada 30 SEPTEMBER 2011

                                           PENGURUS BESAR
                                      LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU
                                               IBU PEJABAT
                                             WISMA BINTULU
                                         NO.1, JALAN KIDURONG,
                                             PETI SURAT 55
                                             97007 BINTULU

                            (U.P.: SEKSYEN PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA)

Ruj. Kami: ( 113) BDA-3/2/1-2 VOL.5

Tarikh: 08 September 2011




                                            4

				
DOCUMENT INFO
Description: Iklan dan maklumat jawatan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), ditutup pada 30 September 2011. Uploaded by VacancySarawak.blogspot.com