Docstoc

EKONOMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Document Sample
EKONOMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Powered By Docstoc
					EKONOMI MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
 Disediakan oleh: Zetty Nurzuliana
             Rashed
DEFINISI EKONOMI
KAMUS DEWAN :
EKONOMI IALAH ILMU BERKENAAN
DENGAN PENGELUARAN, PENGAGIHAN,
PENGURUSAN BARANG- BARANG DAN
PERKHIDMATAN

SISTEM PENGENDALIAN SUMBER
KEKAYAAN SESEBUAH NEGARA YANG
MERANGKUMI KEWANGAN,
PERINDUSTRIAN,PERDAGANGAN DAN
LAIN-LAIN
• ILMU YANG MENGKAJI KEGIATAN
  MANUSIA YANG SELARAS DENGAN
  KEHENDAK SYARIAT DALAM
  MEMPEROLEHI, MENGGUNA DAN
  MENGURUSKAN SUMBER-SUMBER
  ALAM INTUK KEBAIKAN DIRI DAN
  KEBAIKAN BERSAMA BAGI
  MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH
 KAWALAN KEGIATAN EKONOMI

  EKONOMI POLITIK
• Dasar bagi aktiviti di dalam sesebuah
  negara
• Tertakluk ke atas pemerintah atau
  kekuasaan politik
• Polisi bagi segala kegiatan ekonomi
  samada kapitalis,sosialis atau Islamik
 EKONOMI PERDAGANGAN DAN
       PELABURAN
• AKTIVITI PALING UTAMA DI DALAM
  BIDANG EKONOMI SESEBUAH NEGARA
• AKTIVITI PERDAGANGAN,
  PERNIAGAAN,PERINDUSTRIAN,
  PERBANKAN ,PELABURAN DAN LAIN
  LAIN
• SUMBER KEKAYAAN SESEBUAH
  NEGARA
      EKONOMI KEBAJIKAN
         MASYARAKAT
• AKTIVITI EKONOMI DALAM
  MASYARAKAT BAGI MENGURANGKAN
  DAN MEMBANTU RAKYAT MISKIN
  KELUAR DARI KEPOMPONG
  KEMISKINAN
• PROJEK-PROJEK KECIL SEPERTI
  AMANAH IKHTIAR, IKS, BAIT-MAL DAN
  LAIN-LAIN
 JENIS-JENIS EKONOMI


• EKONOMI KAPITALIS
• EKONOMI SOSIALIS
• EKONOMI ISLAM
        EKONOMI KAPITALIS

• AKTIVITI MENGUMPUL KEKAYAAN UNTUK
  ORANG PERSEORANGAN

• MENDAPATKAN KEUNTUNGAN TANPA
  MEMPEDULIKAN KEADAAN MASYARAKAT

• MELAHIRKAN BUDAYA INGIN MEMILIKI,
  MATERIALISTIK DAN EGOISTIK

• KEKAYAAN DIRI SENDIRI ADALAH MATLAMAT
  UTAMA
         EKONOMI SOSIALIS

• TIADA PEMILIKAN HARTA PERSEORANGAN
  KHASNYA PENGELUARAN PENTING NEGARA
  SEPERTI INDUSTRI, PERBANKAN, KEMUDAHAN
  KREDIT DAN SEBAGAINYA

• SEMUA HARTA BENDA BERHARGA DIKAWAL
  OLEH KERAJAAN

• SEMUA HARTA IALAH MILIK KERAJAAN DAN
  MILIK SEMUA ANGGOTA MASYARAKAT
• MENAFIKAN PEMILIKAN HARTA
  PERSEORANGAN ADALAH
  BERTENTANGAN DENGAN FITRAH
  MANUSIA



• PEMILIKAN HARTA DIBENARKAN DALAM
  ISLAM TETAPI PEMILIKAN HARTA
  MESTILAH DENGAN CARA YANG BETUL
  DAN HALAL
       EKONOMI ISLAM

• URUSAN EKONOMI YANG
  BERTERASKAN SHARIAT ISLAM


• BERTERASKAN KONSEP AL-ADL WAL
  IHSAN (KEADILAN DAN BERBUAT
  KEBAJIKAN)
    CIRI-CIRI UTAMA EKONOMI
               ISLAM
• PEMILIKAN SUMBER
- Digalakkan memiliki sumber ekonomi
  yang halal

• KEPUTUSAN EKONOMI
- Dibuat berasaskan keuntungan dan
  kebajikan masyarakat.
- Untuk mencapai kejayaan dunia dan
  akhirat.
MATLAMAT PENGELUARAN
• Mengutamakan pengeluaran barangan
  keperluan
• Bekerjasama dengan pihak swasta.

PERSAINGAN
- Bebas bersaing tanpa menindas orang
  lain.
- Secara adil
- Segala kegiatan mestilah menepati hukum
  syara’
PENETUAN HARGA
• Ditentukan oleh mekanisme pasaran
• Kerajaan boleh campurtangan dalam
  menentukan harga jia berlaku
  ketidakadilan.
  TUJUAN EKONOMI ISLAM
1. MENUNAIKAN PERINTAH ALLAH
2. MEMBANGUNKAN MASYARAKAT
   MENGIKUT SYARIAT
3. SEBAGAI IBADAH DIDALAM MENCARI
   KEREDHAAN ALLAH
    ASAS-ASAS EKONOMI ISLAM
•   KONSEP RUBUBIYYAH
•   KONSEP ULUHIYYAH
•   KONSEP TAZKIYAH
•   KONSEP KHALIFAH FIL-ARD
•   KONSEP UKHWAH
•   KONSEP AL-FALAH
PRINSIP-PRINSIP ASAS EKONOMI
            ISLAM
•   HAK MILIK
i. Maslahat khas dan am
ii. Hakmilik khusus
iii. Hakmilik umum

•   KEBEBASAN TERPIMPIN
-   Islam memberi kebebasan tetapi bersifat
    melindungi harta yang telah diperolehi.
•    CAMPURTANGAN KERAJAAN

I.   Jaminan masyarakat

II. Agihan pendapatan

III. Jaminan persamaan peluang

IV. Pengawasasn pasaran

V. Memerangi riba, rasuah dan monopoli

VI. Polisi kerja dan upah buruh
PERATURAN PEMILIKAN HARTA
         BENDA
• DIPEROLEHI DENGAN CARA YANG
  BETUL DAN HALAL
• HARTA YANG TELAH CUKUP NISAB
  HENDAKLAH DIKELUARKAN ZAKAT
• DIGALAKKAN MENDERMAKAN ATAU
  MELAKUKAN AMAL JARIAH UNTUK
  MASYARAKAT
KONSEP RIBA DAN AL-
       BAY’
  KONSEP RIBA DAN AL-BAY’
DEFINISI DARI SEGI BAHASA AL-BAY’
• Bay’ bererti pertukaran sesuatu atau memiliki
  harta(barangan)dengan harta melalui tawaran dan
  penerimaan(ijab dan qabul) yang dipersetujui
  oleh kedua-dua pihak.

DEFINISI DARI SEGI ISTILAH AL-BAY’
  Satu kontrak pertukaran barangan (harta)dengan
  barangan mengikut cara-cara tertentu(berlakunya
  tawaran dan penerimaan)
Sambungan……
 yang melibatkan pemilikan barangan
 tersebut dan mendapat persetujuan
 daripada kedua-dua pihak.

- Kontrak Bay’ ini menjadi sah sekiranya
  tawaran dan penerimaan tersebut
  melibatkan pertukaran yang setara antara
  kedua-dua pihak.
CIRI-CIRI BAY’
• Sama proses atau operasinya dengan riba.
• Bay’ dan riba merupakan jenis perniagaan
  yang satunya halal dan satu lagi haram
  yang sama-sama melibatkan modal
  pelaburan.Dan perbezaannya:
• Riba:merupakan jenis perniagaan yang
  menaikkan harga barang disebabkan
  tempoh masa pembayaran harga atau
  hutang.
Sambungan……..
• Bay’: jenis perniagaan yang melibatkan
  peningkatan harga tetapi ianya
  disebabkan urusniaga itu sendiri.

DEFINISI DARI SEGI BAHASA RIBA
- Bertambah ,mengembang,meningkat atau
  meninggi.
 RIBA DARI SEGI SYARAK

• Tambahan ke atas harta pokok tanpa
  mengikut kontrak jual beli.
• Menurut Mazhab Hanafi:
- Riba ialah lebihan yang tidak setara
  tukarannya mengikut ukuran yang diakui
  oleh syarak dengan syarat-syarat yang
  dikenakan oleh salah satu pihak kontrak
  yang berkontrak dalam kontrak
  pertukaran.
Menurut Mazhab Syafie:
• Sebagai kontrak ke atas tukaran tertentu
  yang tidak diketahui persamaannya pada
  ukuran yang diakui oleh syarak semasa
  berkontrak atau penangguhan pada
  kedua-dua atau salah satu barangan
  tukaran.
Mazhab Hanbali
• Melebihkan sesuatu dan menangguhkan sesuatu
  yang tertentu dengan sesuatu.
Mazhab Maliki
- Lebihan pada bilangan atau timbangan yang
  sebenar atau samar-samar
Ulama tafsir
- Tambahan yang diambil oleh si pemiutang
  daripada si penghutang kerana penangguhan
  tempoh pembayaran atau lebihan harta yang
  tiada timbal balas tukarannya dalam pertukaran
  harta dengan harta.
    KONTRAK-KONTRAK ISLAM
•   AL-MURABAHAH
•   AL-IJARAH
•   AL-MUDHARABAH
•   AL-MUSYARAKAH
•   AL-SALAM
•   AL-QARD AL-HASAN
INSTITUSI-INSTITUSI
 EKONOMI ISLAM DI
     MALAYSIA
Lembaga Urusan dan Tabung Haji
           (LUTH)

•   Ditubuhkan pada tahun 1962 dibawah nama
    Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal
    Haji, dibawah Akta Parlimen No.34 1962.
•   Menguruskan kewangan bakal-bakal haji
    dan keuntungan daripada wang yang
    dilaburkan akan dibahagikan kepada ahli-
    ahli.
•   Salah satu badan kewangan Islam yang
    kukuh dan juga memberi sumbangan
    kepada pembangunan ekonomi negara.
    Yayasan Pembangunan Ekonomi
            Islam (YPEIM)
•    Ditubuhkan pada tahun 1976 dan merupakan badan
     ekonomi Islam yang pertama di Malaysia yang ditubuhkan
     dengan tujuan mengumpul dana daripada sumbangan
     orang ramai untuk dilaburkan dan digunakan untuk
     pembangunan umat Islam di Malaysia.

•    Contohnya dana daripada sumbangan persendirian
     ataupun potongan gaji akan dilaburkan ke tempat-tempat
     yang dibenarkan oleh syarak.

•    Keuntungannya disalurkan kepada golongan yang
     memerlukan seperti program Amanah Ikhtiar ataupun
     bantuan kepada rumah anak-anak yatim.
            Bank Islam
•   Bank Islam ditubuhkan pada tahun 1983
    dibawah Akta Syarikat dengan nama
    Bank Islam Malaysia Berhad.
•   Ditadbirkan dan beroperasi sama seperti
    institusi perbankan konvensional yang
    lain tetapi berlandaskan prinsip-prinsip
    yang ditetapkan oleh Syariah.
    Pajak Gadai Islam (Al-Rahnu)

•    Al-Rahnu merupakan satu sistem pajak gadai
     secara Islam yang menjamin harta pelanggan.
•    Pelanggan yang menggadaikan barangnya
     untuk mendapatkan wang tunai tidak dikenakan
     bunga atau faedah sebaliknya dikenakan yuran
     keselamatan keatas deposit barang yang
     disimpan.
•    Sekiranya di dalam tempoh yang ditetapkan
     pelanggan tidak dapat menjelaskan hutangnya,
     hartanya akan dilelong untuk melangsaikan
     hutangnya tetapi bakinya akan dikembalikan
     kepada pendeposit.
         Takaful Nasional
         (Insurans Islam)
• Takaful bermaksud saling jamin menjamin dimana setiap
  peserta Takaful menjamin keperluan peserta lain.

• Sebahagian daripada institusi kewangan Islam yang
  mengumpul dana daripada pencarum dan diberi kuasa
  untuk melaburkannya mengikut prinsip Syariah, Al-
  Mudharabah iaitu perkongsian untung-rugi dengan nisbah
  pembahagian yang dipersetujui bersama.

• Semua pemodal adalah saling menjamin antara satu sama
  lain serta semua pemodal dijamin kebajikannya seperti
  yang telah dipersetujui.
             Darul Zakah

•   Dikenali sebagai Pusat Pungutan Zakat
    (PPZ)
•   Badan ini dibawah penyeliaan Majlis
    Agama Islam negeri.
•   Institusi ini berperanan sebagai badan
    mengumpul, mengurus dan
    mengagihkan wang zakat kepada yang
    layak menerimanya.
SEKIAN TERIMA KASIH DAN
     PERBINCANGAN

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags: Tamadun, Islam
Stats:
views:190
posted:9/8/2011
language:Malay
pages:37
Description: Tamadun Islam