PROGRAM SANGKUTAN DAN PEMBANGUNAN PENGURUSAN JABATAN PERKHIDMATAN

PROGRAM SANGKUTAN DAN PEMBANGUNAN PENGURUSAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)-BRITISH MALAYSIAN CHAMBER OF COMMERCE (BMCC) TAHUN 2007 1. Latarbelakang program Program Sangkutan dan Pembangunan Pengurusan JPA-BMCC merupakan salah satu program di bawah Dasar Persyarikatan Malaysia yang bertujuan untuk menjalin hubungan dan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta. Program ini merupakan yang ke-17 seja ia dilancarkan pada tahun 1983. Pegawai-pegawai yang terpilih mengikuti program ini akan diberikan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh dan mendapat elaun bulanan daripada syarikat di mana mereka ditempatkan. Selain daripada itu mereka juga akan melawat ibu pejabat cawangan syarikat berkenaan di luar Negara serta berpeluang mengikuti Kursus Management Development yang dikendalikan oleh perunding bertaraf antarabangsa. 2. Objektif program ialah:    Mendedahkan pengurus perkhidmatan awam kepada persekitaran kerja, budaya dan pemikiran sektor swasta; Mendedahkan pengurus perkhidmatan awam kepada teknik-teknik pengurusan sektor swasta Menjalin dan mempereratkan rangkaian perhubungan, kerjasam dan mewujudkan persefahaman di antara perkhidmatan awam dengan sektor swasta. 3. Tarikh Program Kursus dijadualkan bermula pada bulan Mac hingga Julai 2007 iaitu lebih kurang empat bulan satu minggu. 4. Struktur Program Program akan dikendalikan bersama oleh Bahagian Latihan, JPA, INTAN dan Sekretariat BMCC. Secara amnya struktur program ini akan dibahagikan kepada beberapa modul seperti berikut: i. ii. iii. iv. kursus pra-sangkutan di INTAN program sangkutan di syarikat-syarikat swasta di dalam Negara kursus intensif Pembangunan Pengurusan program sangkutan di syarikat-syarikat British di luar negara 5. Tugasan Projek Semasa mengikuti program sangkutan di syarikat-syarikat, pegawai juga dikehendaki menjalankan satu projek/kajian yang dipersetujui bersama oleh pegawai dan pihak syarikat yang menyertai program ini. 6. Perjanjian Dengan Kerajaan Oleh kerana kursus ini melebihi tempoh 3 bulan, peserta-peserta yang terpilih adalah dikehendaki menandatangani kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 2 tahun selepas tamat program. 7. Bentuk Tajaan Pegawai-pegawai akan ditawarkan Hadiah Latihan. Bagi pegawai-pegawai di dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan, mereka akan diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh. Bagi pegawai-pegawai badan berkanun, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan masing-masing untuk meluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh. 8. Pegawai yang layak memohon/dicalonkan: 8.1        8.2        Kriteria dikehendaki: Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 6 Mac 2007 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Gred 48 dan ke atas Mempunyai purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang baik iaitu sekurang-kurangnya 85% bagi tiga (3) tahun berturut-turut iaitu 2003-2005 mempunyai potensi dan kewibawaan yang tinggi dan merupakan pelapis dalam menerajui organisasi bebas daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah telah mengisytiharkan harta menguasai Bahasa Inggeris dengan baik Bidang keutamaan: Pengurusan kewangan Pengurusan sumber manusia/latihan Pengurusan inovasi, kualiti dan produktiviti Pengurusan perniagaan, perdagangan dan perindustrian Pengurusan alam sekitar Perancangan dan pembangunan air dan tenaga Pengurusan sains dan teknologi     Perancangan dan pembangunan infrastruktur Penyelidikan dan pembangunan Pemasaran Pengurusan teknologi maklumat 9. Tanggungjawab Ketua Jabatan Bagi calon-calon yang berjaya dipilih, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memberi pelepasan dan memastikan pegawai mengikuti program ini sehingga tamat. Jabatan tidak akan membenarkan pegawai dipanggil pulang ke Jabtan masing-masing semasa kursus sedang berjalan. 10. Prosedur pencalonan Semua pencalonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Latihan, JPA dengan menggunakan borang di JPA(L)LDP 1A/96. Pegawai-pegawai yang dicalonkan perlu menyempurnakan borang JPA(A)LDP 1B/96 dan borang Personal Information dalam Bahasa Inggeris. Semua pencalonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Latihan, JPA tidak lewat pada 6 Oktober 2006. 11. Proses Pemilihan Calon-calon yang disenaraipendek oleh Jabtan ini akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan berdasarkan kesesuaian mereka untuk ditempatkan di syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. 12. Pertanyaan lanjut Semua pertanyaan lanjut boleh dikemukakan ke alamat berikut: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Latihan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan Aras 5, Blok C1, parcel 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya (UP: En. Yassir Lutfi bin Ahmad Lutfi – tel: 03-88853413 / 3429)

Related docs
premium docs
Other docs by exuberantsun