Docstoc

Adab Berjiran dalam Islam

Document Sample
Adab Berjiran dalam Islam Powered By Docstoc
					PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

1.0

PENGENALAN Kepentingan adab berjiran di dalam masyarakat adalah dituntut dalam

Islam.

Adab

atau

akhlak

bererti

segala

sikap,

budi

pekerti,perangai,tingkahlaku,dan tabiat. Budi pekerti ada yang baik dan ada yang buruk, yang baik di gelar sifat mahmudah dan yang buruk pula di gelar sifat mazmumah.

Di dalam Islam, adab sosial yakni adab-adab yang baik akan membentuk masyarakat yang harmoni dan yang buruk pula akan mengkucar-kacirkan keadaan. Oleh itu dari aspek berjiran dan kejiranan, adab pergaulan yang baik adalah penting. Dinyatakan bahawa Rasulah S.A.W adalah sebaik-baik manusia yang diutuskan oleh Allah untuk memperbaiki akhlak dan adab manusia.

2.0

ADAB SOSIAL BERJIRAN Islam menggariskan di dalam adab pergaulan sosial sesama jiran

menekankan bahawa setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang muslim adalah menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Seseorang muslim semasa bersosial perlu berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksudnya:

Daripada kebaikan iman seseorang ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna baginya.' (Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Oleh itu, peraturan semasa bersosial dijelaskan lagi dengan keadaan jika seorang muslim itu tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.

1

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah al-Mukminun: ayat 1-3 mafhumnya:

'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.'

Adab pergaulan sosial sesama manusia terutama jiran tetangga menurut Islam menekankan kepada penguasaan lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan Allah.

3.0

ADAB-ADAB BERJIRAN

Di dalam ajaran Islam, adab-adab jiran meliputi perkara-perkara seperti berikut: 1) Hormat menghormati 2) Sentiasa bermanis muka 3) Bertegur sapa 4) Ziarah menziarahi 5) Berbaik sangka 6) Bertolak ansur 7) Bermaaf-maafan 8) Menutup keaiban jiran 9) Memberi keutamaan kepada jiran terdekat 10) Memelihara pandangan ke rumah jiran 11) Sedia memberi bantuan atau pertolongan 12) Mendoakan keselamatan dan kejayaan jiran 13) Mengucapkan tahniah atas kejayaan dan takziah ketika ditimpa musibah

2

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

4.0

KEBAJIKAN JIRAN DAN HAKNYA Tuturkata yang dikeluarkan oleh seseorang muslim dapat mengukur

sejauhmana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran,sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap muslim yang berjiran agar memelihara lidahnya dan hendaklah berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. bercakap benar, sopan santun, lembut dan lunak supaya sedap didengar dan elakkan daripada mengeluarkan kata-kata kotor.

Sebagai manusia dan hamba Alah, kita mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina,memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor,mengutuk, menyumpah, mengaibkan dan

sebagainya hingga menyinggung perasaan jiran tetangga kita dan orang lain apatah lagi saudara kita sesama Islam. Ini kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturrahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci. permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Dalam hal ini bijak bistari pernah berpesan, 'berfikir itu pelita hati'. Pepatah Melayu pula mengatakan, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian yang begitu mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian.

Seorang muslim itu perlulah memelihara kebajikan jirannya seperti

a) Tidak melakukan penginayaan terhadap jiran seperti zina,mencuri dan menghina b) Melindungi tetangga dengan mengambil berat tentang kesusahan mereka dan melindungi mereka dari bahaya. c) Berbuat baik dengan jiran dan selalu bertanya khabar

3

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

d) Bersikap lapang dada terhadap jiran seperti memaafkan mereka jika mereka berlaku kasar terhadap kita.

5.0

KESIMPULAN Sebagai rumusannya, jiran membawa definasi bahawa orang-orang yang

tinggal berdekatan atau berhampiran dengan rumah kita. Sesungguhnya agama Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T. telah menetapkan peraturan-peraturan dan garis panduan yang sempurna terutama mengenai perhubungan sosial sesama manusia malah memperincikan lagi aspek-aspek kehidupan berjiran. bukan sahaja sesuai pada sebarang tempat dan masa, malahan bertepatan dengan naluri dan fitrah makhluk manusia ciptaan-Nya. Sebarang percanggahan atau pelanggaran batas-batas yang ditetapkan ini akan mengakibatkan berlakunya kepincangan dan kerosakan bukan sahaja kepada kehidupan dan diri manusia itu sendiri malah kepada masyarakat sekelilingnya dan negara amnya.

RUJUKAN: Al Quran Terjemahan Darul Iman. Rasm Uthmani Muhammad Faris Abdullah (1991) 40 Hadith. Kuala Lumpur: Pustaka Aiman Zulkifli Muda (2008). Apa Kata Islam Mengenai Hubungan Sosial. Kuala Lumpur: PTS Publication

4


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:9755
posted:8/3/2009
language:Malay
pages:4
Description: Kepentingan adab berjiran di dalam masyarakat adalah dituntut dalam Islam. Adab atau akhlak bererti segala sikap, budi pekerti,perangai,tingkahlaku,dan tabiat. Budi pekerti ada yang baik dan ada yang buruk, yang baik di gelar sifat mahmudah dan yang buruk pula di gelar sifat mazmumah. Di dalam Islam, adab sosial yakni adab-adab yang baik akan membentuk masyarakat yang harmoni dan yang buruk pula akan mengkucar-kacirkan keadaan. Oleh itu dari aspek berjiran dan kejiranan, adab pergaulan yang baik adalah penting. Dinyatakan bahawa Rasulah S.A.W adalah sebaik-baik manusia yang diutuskan oleh Allah untuk memperbaiki akhlak dan adab manusia.