MINIT MESYUARAT PJPK SKUA 2011 by manupsipjj

VIEWS: 2,200 PAGES: 4

									                         MINIT MESYUARAT
 PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN KALI PERTAMA
                               2011
TARIH : 27 JANUARI 2011(KHAMIS)
MASA : 1.05 PTG
TEMPAT : STOR PJK
KEHADIRAN:
                                       1. SHARIMAN BIN ZAKARIA
                                       2. RAHMAT BIN DAHMAN
                                       3. SARIMAH BINTI RATIMAN




                         AGENDA/PERKARA                                TINDAKAN

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
    1.1 Mengucapkan salam dan berterima kasih kepada guru –
       guru yang hadir bagi mesyuarat PJK kali pertama.
    1.2 Pengerusi meminta pendapat bagaimana caranya
       menarik minat pelajar terhadap kelas pendidikan            Semua guru PJ/PK
       jasmani dan pendidikan kesihatan.
    1.3 Beliau juga menyampaikan amanat guru besar supaya
        semua pelajar turun ke padang semasa matapelajaran
        pendidikan jasmani.
    1.4 Guru Besar juga ingin murid menyalin pakaian pj apabila
        bangunan baru siap sepanuhnya kerana ada tersedia bilik
        persalinan murid.


2.0 Ucapan Wakil Pentadbir (Pn.Sarimah bt Ratiman)
    PK Kokurikulum
   2.1 Meminta semua guru pendidikan jasmani berbuat seperti      Semua guru PJ/PK
     yang disarankan oleh guru besar iaitu turun ke
      padang sewaktu sesi pembelajaran pendidikan jasmani.
   2.2 Sewaktu sesi pendidikan jasmani di padang diharap guru-
      guru memastikan semua pelajar berpakaian lengkap, iaitu
      pakaian sukan.
   2.3 Diminta semua guru agar dapat menjaga keselamatan
       pelajar semasa di padang.
   2.4 Pastikan semua guru masuk ke kelas PJ pada hari hujan.


3.0 Pengurusan Panitia
   3.1 Kelas yang ada matapelajaran PJ pada hari tersebut
       diwajibkan memakai pakaian PJ dari rumah dan digalakkan
       memakai unifom sekolah selepas rehat.
   3.2 Semua guru boleh mendapatkan rancangan
       pengajaran tahunan daripada ketua panitia.
   3.3 Kunci bilik sukan ada pada En Amir dan En Rasyizan.
   3.4 Peralatan PJ boleh diambil di bilik sukan dengan bantuan   Semua guru PJ/PK
       2 orang murid.
   3.5 Murid dibenarkan menukar pakaian di dalam bilik
 persalinan di bertentangan dengan surau.
   3.6 Tamatkan pengajaran 10 minit awal untuk murid
       menukar pakaian.
   3.7 Guru pastikan murid beratur ke kelas sebelum dan
        selepas aktiviti di padang.
   3.8 Memberi amaran kepada murid yang tidak membawa
        pakaian pj.
   3.9 Keperluan barangan seperti wisel akan diberikan
        kepada semua guru pj
   3.10 Guru dan murid dibenarkan memakai pakaian sukan
         sehingga waktu balik mengikut surat kebenaran khas guru
          pj/pk bertarikh KP/KPPM/5(49) 26 JULAI 2010


4.0 Hal-hal lain                                                      Panitia PJ/PK
   4.1 Menambah peralatan PJK dengan cara membeli yang
       baru seperti CD aerobic, raket badminton, bulu tangkis,        Semua guru PJ/PK
       bola-bola untuk permainan padang dan peralatan –
       peralatan sukan yang lain.
   4.2 Menganjurkan pertandingan antara kelas untuk menyokong         Semua pelajar
       saranan Menteri Pelajaran 1 sukan 1 murid. contoh
       Pertandingan bola jaring, futsal atau lain-lain.


5.0 Penutup
    5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada tarikh yang akan
       ditetapkan kemudian dan berhenti pada jam 2.15
       petang.




Disediakan :                                                       Disemak oleh:


……………………………..                                                    ………………………………..
(RAHMAT BIN DAHMAN)                                              (SHARIMAN BIN ZAKARIA )
Setiusaha
Panitia PJ/PK                                                    Ketua Panitia PJ/PK
SEKOLAH KEBANGSAAN UTAN AJI
01000 KANGAR                                                  Tel : 04-9764239
PERLIS                                                        Fax: 04-986




                                                                         Tarikh : 24 Januari 2011

  Kepada
  …………………………….
  Guru PJ/PK
  Sekolah Kebangsaan Utan Aji .


 Tuan/puan
  MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
 KALI        PERTAMA 2011
 Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk
 2.   Sehubungan itu tuan/puan dijemput hadir seperti butiran berikut:
       2.1        Tarikh :          27 Januari 2011 (KHAMIS)
       2.2        Masa :            1.05 petang
       2.3        Tempat :          Stor Sukan

 3.   Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut:
       3.1         Ucapan Pengerusi
       3.2         Ucapan wakil pentadbir
       3.3         Pengurusan panitia
       3.4         Hal-hal lain

  4    Kehadiran tuan/puan amat diperlukan dan diucapkan terima kasih.
   Sekian.terima kasih.


 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


  ……………………………….
 (EN SHARIMAN BIN ZAKARIA)
 Ketua Panitia PJ/PK 2011
 Sekolah Kebangsaan Utan Aji
 Kangar,Perlis

s.k. Penolong Kanan Pentadbiran

								
To top