Docstoc

KONSEP MEMBACA

Document Sample
KONSEP MEMBACA Powered By Docstoc
					1.0 KONSEP MEMBACA
2.0 KAEDAH-KAEDAH        DALAM       MENGAJAR    BACAAN       UNTUK      MURID-MURID
  PEMULIHAN.

  2.1 Kaedah Fonetik

            Kaedah fonik merupakan antara kaedah mengajar bacaan yang digemari
     oleh guru. Kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait di antara huruf-
     huruf dan bunyi-bunyinya. Kajian telah menunjukkan bahawa otak manusia
     membaca      dengan       membunyikan   (decoding)    bunyi-bunyi    huruf   bukan
     membunyikan nama-nama huruf.

            Oleh sebab sebutan perkataan Bahasa Melayu memang terbit secara
     langsung daripada gabungan bunyi-bunyi huruf, mengajar menggunakan kaedah
     fonetik adalah salah satu kaedah yang terbaik. Tambahan pula kaedah fonetik
     hanya mensyaratkan kanak-kanak mengingat dan mengenal 25 huruf dan
     bunyinya sahaja. Kaedah ini sangat mudah,cepat dan lebih lancar berbanding
     dengan menggunakan kaedah mengeja atau suku kata di mana memerlukan
     murid-murid mengenal nama huruf atau mengingat berpuluh-puluh pola suku
     kata. Hal ini sangat membebankan kanak-kanak.

            Kaedah fonik ini juga sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu
     terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Melalui kaedah fonik, bunyi huruf
     diperkenalkan terlebih dahulu kemudian diikuti dengan membunyikan suku kata
     dan seterusnya membunyikan perkataan. Sebagai contohnya, huruf ‘a’ tidak
     dieja terus sebaliknya dibunyikan sebagai [ a ] dan begitulah juga bagi huruf-
     huruf dan suku kata yang lain.

            Selain itu, contoh lain yang boleh digunakan ialah ba + ta terus disebut
     sebagai [ ba ] + [ ta ]. Kemudiannya disebut sebagai [ bata ].

            [ b ] + [ a ] = [ ba ]

            [ t ] + [ a ] = [ ta ]

            [ ba ] + [ ta ] = [ bata ]
Kaedah                      gabungan                      bunyi                 –                  kata
(      Dari          nama        huruf        dan          bunyi       kepada         perkataan       )

Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar
langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan
bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja
adalah     perlu     berdasarkan      pendekatan      pelbagai    deria    (multisensory).

Contoh;

i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut
nama                                      huruf                                   tersebut.

ii.           Guru           menyebut             perkataan        dan              bunyi         huruf.
a
iii.      Murid       mengulangi          menyebut         perkataan      dan         bunyi       huruf.

iv.    Guru       menyebut     bunyi      huruf     dan     kemudian     menyebut       nama      huruf.

v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya
(terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.

vi.   Murid  membaca  apa                yg     telah   ditulisnya,   iaitu   membunyikan   huruf
(terjemahkan  huruf  yang                ditulis    kepada      bunyi    yang   boleh   didengar).

vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan
latih/tubi                                                                         berikut;

i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).

ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan
kemudiannya                  menulis                  (proses               mengeja).

Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan
pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap
perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.




Kaedah                                                                                                           VAK

Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik
atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis
perkataan                  itu                 berdasarkan                ingatannya.
Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :

i.         memerhati         perkataan                           yang           hendak          dipelajari
ii.                    menyebut                                        perkataan                       itu
iii.     cuba   menulis     perkataan                     itu        berdasarkan     ingatannya,      dan
iv.       membandingkan      hasil                     tulisan          dengan       perkataan        asal

Prosedur   VAK         ini     diulang-ulang     sehingga    perkatan      dapat       ditulis       dengan    betul.



Kaedah                  Membaca                   Pelbagai                Deria                  -              VAKT
(Multisensory                                           Reading                                               Method)

Kaedah          ini          dikenali        sebagai        kaedah         VAKT          yang           bermaksud;

V                                -                            visual                              (penglihatan)
A                                –                           audio                               (pendengaran)
K                 -                     kinesthetic              (                    pergerakan              )
T                        -                        tactile                         (                  sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis
bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran .
Langkah-langkah           pengajaran            adalah          sepeerti           berikut:

-     kaedah    ini    menggunakan     surihan    (tracing)’     untuk     mengajar     bacaan
-    guru    menulis   huruf    cetak   yang    besar    di     atas    kertas  4”    x    10”
(                        menggunakan                          krayon                          )
-     Murid   membuat      surihan    huruf     dengan     jari     di    atas   kertas     itu
- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas
pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan
lain-lain.
-     Untuk    belajar    huruf     melalui    kaedah     VAKT,        murid   hendaklah      ;

v.                                   lihat                                huruf                                   (V)
vi.                   dengar                guru                  sebut                   huruf                   (A)
vii.                                 menyebut                               huruf                                 (A)
viii.                 dengar                huruf                 yang                  disebut                   (A)
ix.     rasa      pergerakan      otot    semasa      membuat        surihan      huruf   (K)
x.        rasa         permukaan         huruf        dgn         hujung         jari     (T)
xi.         lihat         pergerakan        tangan          semasa          tracing       (V)
xii.      dengar        sendiri     huruf      yang       disebut       semasa        membuat
surihan                                                                                   (A)

Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh
tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1412
posted:9/4/2011
language:Malay
pages:5