penilaian Jenis Jenis
Document Sample


Jenis-Jenis Penilaian
1. Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh
pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi
memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka
diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat
berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar
dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah
bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.
Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di universiti.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis
kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat
sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit
pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.
2. Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan
pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada
akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester.
Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari
penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan
pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan
pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan
pemilihan dan penempatan graduan ke alam pekerjaan.
3. Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal pasti
masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
juga untuk menentukan puncapunca yang menyebabkan masalah itu berlaku.
Apabila sesuatu sebab dapat dikenalpasti, maka tindakan lanjutan untuk
mengatasi masalah ini dapat dirancang dan dilaksanakan oleh guru. Ujian
diagnostik biasanya ditumpukan kepada tajuk tertentu dan itemnya dibina secara
terperinci supaya masalah yang dihadapi setiap pelajar dapat dikenalpasti bagi
tajuk tersebut. Contoh ujian diagnostik ialah ujian bacaan untuk mengenal pasti
masalah pelajar mengenal dan menyebut huruf. Ujian ini penting kerana ia dapat
mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru
untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di
samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini
juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventori, pemerhatian dan tugasan
dari semasa ke semasa. Ciri-ciri ujian diagnostik ialah:
• Ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar.
• Ujian ini dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan.
• Laporan ujian dibuat dalam bentuk profil perkara yang belum dikuasai pelajar
4. Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah
menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa
yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian
bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan
psikomotor. Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru untuk
mengukur sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang
telah diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Ujian
ini juga dapat menentukan kesediaan tajuk-tajuk yang diuji.
Ujian pencapaian boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis, iaitu ujian
rujukan norma dan ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan norma dibina untuk
membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain, yang
biasanya meliputi sukatan pelajaran yang lebih luas, seperti UPSR. Ujian rujukan
kriteria dibina untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa
kriteria tertentu, seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk
pecahan. Pada peringkat bilik darjah/sekolah, ujian pencapaian biasanya dibina
oleh guru/kumpulan guru, manakala pada peringkat kebangsaan, ujian ini
disediakan oleh institusi tertentu, seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Contoh ujian pada peringkat bilik
darjah/sekolah ialah ujian diagnosis, ujian bulanan dan ujian penggal. Contoh
ujian pada peringkat kebangsaan pula ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
5. Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel
secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan
tahap intelektual am seseorang individu. Ujian kecerdasan, yang juga dikenali
sebagai ujian mental, ialah ujian yang digunakan untuk mengukur kecerdasan
mental seseorang individu atau perbezaan antara individu. Ujian ini banyak
berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. pengujian
kecerdasan bermula pada tahun 1796. Ujian ini terus berkembang apabila
Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental
dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang
turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattell
dan Binet (Abu Bakar,1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian
Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan
aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini
belum mereka kuasai.
Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang
potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam
ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di
sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian
Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian
Lorge-Thorndike.
6. Ujian Prestasi
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan
pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti
seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk
memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka
berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan
dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti,
menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran
mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja
pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang
dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian. Ujian prestasi ialah ujian yang
digunakan untuk mengukur keupayaan/kecekapan pelajar melakukan sesuatu
tugas yang melibatkan manipulasi objek yang kongkrit dan ia memerlukan para
pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai ukuran tambahan. Lazimnya,
ujian ini melibatkan penggunaan alat yang konkrit, seperti penggunaan gambar
dan radas, yang tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan ujian
kertaspensel. Contohnya ialah ujian pada peringkat prasekolah yang meminta
pelajar membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan
gambar yang diberi atau mereka bentuk geometri daripada blok-blok yang
diberikan. Mereka juga boleh diminta untuk menjalankan uji kaji kecil dengan
menggunakan radas tertentu. Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru
bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan
kendiri untuk mendapatkan maklumat daripada pelajar. Pemerhatian boleh
dilaksanakan semasa pelajar melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya
perbincangan berkumpulan atau peranan pelajar dalam aktiviti. Manakala melalui
laporan kendiri, pelajar akan menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu,
yang dapat menilai prestasi dirinya. Selain menguji pelajar-pelajar biasa, ujian
prestasi menggunakan objek adalah sesuai untuk menguji prestasi pelajar-
pelajar yang bermasalah pertuturan. Mereka lebih mudah diuji menggunakan
objek yang konkrit daripada menggunakan penulisan atau pertuturan
7. Ujian bakat
Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang
bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Pada umumnya, ujian bakat
ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:
ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran, yang
dijalankan oleh Universiti Minnesota pada tahun 1
930 tentang bakat mekanikal seseorang
ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu.
o Pada umumnya, ujian ini bertujuan untuk memberikan maklumat
asas untuk membuat
o telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam
sesuatu bidang. Ujian ini
o lazimnya digunakan untuk memilih calon yang sesuai dengan tugas
tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan
sebagainya. Contoh ujian bakat ialah Ujian Kemasukan Ke Maktab
Perguruan (UKELP). Ujian bakat juga boleh digunakan untuk
tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu
mengikut kebolehannya
8. Ujian Personaliti
Personaliti ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh individu pelajar, seperti sikap,
pendirian, nilai, minat dan motivasi. Ujian personaliti ialah ujian yang digunakan
untuk mengukur personaliti pelajar, seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan
motivasi. Ciri-ciri ini diukur melalui alat-alat psikologi yang berbentuk ujian,
inventori, indikator atau indeks. Terdapat tiga (3) alat yang dapat digunakan
guru untuk mengukur personaliti pelajar, iaitu
inventori aporan kendiri (apa yang pelajar kata tentang dirinya);
inventori sosiomerik (apa yang pelajar lain/orang lain kata tentang
seseorang pelajar) teknik pemerhatian (apa yang dibuat oleh pelajar
dalam situasi tertentu).
Inventori laporan kendiri dan inventori sosiometrik ini boleh ditadbirkan
sama ada secara lisan atau secara bertulis menggunakan borang soal
selidik atau senarai semak. Contoh senarai semak ialah senarai
semak berkaitan dengan masalah yang dihadapi pelajar. Senarai ini
memberikan segala masalah yang mungkin dihadapi pelajar, misalnya,
yang menyebabkan dia tidak selesa belajar. Ini mungkin meliputi
masalah kewangan, keluarga atau kesihatan. Jawapan seseorang
pelajar itu mungkin dapat memberikan punca kepada tingkah
laku/personaliti pelajar yang berubah. Selain inventori-inventori ini,
terdapat juga ujian personaliti yang dibina melalui hasil penyelidikan
atau berdasarkan teori-teori tertentu, seperti Keirsey Temperament
Test (KTT) dan Edwards Personal Preference Schedule (EPPS).
9. Ujian kecekapan
Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk
menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam
melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini
melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan
radas serta tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-
kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti
ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-
cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula
gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau
menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu
10. Ujian Rujukan Norma
Rujukan berasaskan norma digunakan sekiranya pensyarah ingin
membandingkan prestasi pencapaian individu pelajar dengan prestasi pencapaian
pelajar lain sama ada dalam kumpulan yang sama atau kumpulan yang berbeza
mengikut kelas atau kumpulan. Apa yang ditekankan adalah apakah pelajar A lebih
mahir dari pelajar B? Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan
pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.
Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah
menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan
norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk memaksimumkan
perbezaan pencapaian antara seorang pelajar dengan pelajar lain. Soalan ujian
rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar soalan-soalan
mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu mudah
dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma juga
mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai dan pelajar lemah yang tinggi.
Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan kelok
normal sebagai asas perbandingan pencapaian antara pelajar.
11. Ujian Berasaskan Kriteria
Rujukan kriteria pula digunakan sekiranya pensyarah ingin membandingkan
prestasi pencapaian seseorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian
rujukan kriteria memberi penekanan sama ada seseorang pelajar telah menguasai
sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak
mengambil kira kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan pelajar lain.
Meskipun ujian rujukan kriteria sesuai untuk kursus berbentuk kumulatif iaitu
pelajar perlu menguasai setiap unit sebelum unit berikutnya, kriteria yang digunakan
dalam ujian rujukan ini tidak semestinya berbentuk akhiran atau sumatif. Maksudnya
kriteria yang digunakan tidak semestinya isi sesuatu kursus yang hanya diperoleh
pada akhir kursus. Para pensyarah boleh menggunakan kriteria berbentuk formatif
iaitu ciri-ciri setiap unit pelajaran. Justeru itu, para pensyarah perlu membina banyak
ujian rujukan kriteria bagi membuat penilaian sama ada seseorang pelajar telah
menguasai sesuatu kemahiran yang diuji. Soalan-soalan ujian rujukan kriteria perlu
mempunyai tahap padanan yang tinggi dengan objektif pembelajaran.
Rajah berikut menjelaskan perbandingan antara ciri-ciri rujukan norma dengan ciri-
ciri rujukan kriteria.
Dimensi Ciri Rujukan Norma Rujukan Kriteria
1. Matlamat Membandingkan prestasi Membandingkan prestasi
seseorang pelajar seorang pelajar dengan
dengan pelajar lain kriteria piawai yang
ditetapkan.
2. Pembinaan Soalan menggalakkan Soalan memberi
Soalan kepelbagaian. Soalan tumpuan kepada kriteria
menggunakan pengacau tingkah laku yang diuji.
terbaik Menumpukan kepada
pengenalpastian tingkah
laku.
3. Kandungan Cetek, kebiasaannya 1 Mendalam, banyak
Ujian atau 2 soalan setiap soalan bagi setiap
objektif objektif.
4. Kepelbagaian Semakin pelbagai soalan Kepelbagaian soalan
Kandungan ujian semakin baik ujian adalah minimum.
5. Pelaporan dan Persentil dan skor piawai Bilangan lulus atau gagal
Pentafsiran serta julat prestasi yang
boleh diterima.
Get documents about "