Strategi Umat Islam Menghadapi Cabaran Globalisasi - PowerPoint

					     GURU PENDIDIKAN ISLAM
    PENGGERAK DAKWAH UMMAH
CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG


                   OLEH :
     BAHAGIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN
    JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
       PENGENALAN

a)   Dakwah suatu tuntutan agama.
b)   Tugas yang mulia, penyambung
     tugas para nabi.
c)   GPI mempunyai visi & misi
     mendidik murid dan
     masyarakat.
Maksudnya : “Serulah manusia pada jalan
Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang
baik, berbincanglah dengan mereka dengan
cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu
Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa
yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang
lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk”. (An-Nahl : 125)
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu
menjadi umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyeru kepada yang makruf
dan mencegah perkara yang mungkar.
Mereka inilah orang yang beruntung”.
(Ali Imran : 104)
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah mengutus
Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan)
sembahlah Allah sahaja dan jauhilah thaguut. Maka
di antara umat itu, ada orang-orang yang diberi
petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya
orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya”.
(An-Nahl : 36)
Maksudnya : “Dialah yang mengutuskan dalam
kalangan (orang-orang arab) yang ummiyin seorang
Rasul (Muhammad S.A.W.) yang membacakan kepada
mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan
Allah dan keesaanNya) dan membersihkan mereka
(daripada iktiqad yang sesat) serta mengajarkan
mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah
(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-
hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka (sebelum
kedatangan Nabi Muhammad SAW) dalam kesesatan
yang nyata”. (Al-Jumah : 2)
       DEFINISI DAKWAH;
      TAZKIRAH BUAT DA`IE
   Dakwah adalah seruan, ajakan,
    panggilan dan nasihat.

   i) Menurut Muhamad Al-Ghazali:
     “Program yang lengkap, merangkumi
    semua peringkatnya, yang
    mengandungi semua ilmu pengetahuan
    yang diperlukan oleh manusia bagi
    menjelaskan tujuan dan matlamat
    hidup bagi menyingkap petunjuk jalan
    kepada mereka”
ii) Menurut Dr. Yusuf Al-Qardawi:
    “Usaha untuk membawa orang lain
   kepada Islam, supaya mengikut
   petunjuk agama ini, melaksanakan
   segala ketetapannya di muka bumi
   ini, mengkhususkan segala bentuk
   penghambaan diri, permohonan dan
   taat kepada Allah SWT sahaja,
   melepaskan diri dari segala
   kongkongan yang bukan daripada
   Allah SWT”
     RUMUSAN DAKWAH
             Dakwah ;
 menyeru kepada Islam yang sebenar
              dengan
   mengamal dan menghayatinya
               bagi
memenuhi matlamat pengabdian hidup
         hanya kepada Allah
 GPI SEBAGAI DA`IE ADALAH GOLONGAN
 TERKEHADAPAN DAN MENJUARAI AMALAN
 DAN PENGHAYATAN ISLAM DALAM SELURUH
 ASPEK PENGHIDUPAN
       Rukun Dakwah
a)   Dai’e (pendakwah)
b)   Mad’u (sasaran dakwah)
c)   Mad’u bihi (kandungan dakwah)
d)   Qawaid (kaedah dakwah)
e)   Uslub (pendekatan)
Maksudnya : “Dan tidaklah (betul dan elok) orang-
orang beriman keluar semuanya(pergi berperang) oleh
itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap
puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang
tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang
dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat
mengajar kaum mereka (yang keluar berjuang) apabila
orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-
mudahan mereka dapat berjaga-jaga”.
(At-Taubah : 122)
Maksudnya : “Maka disebabkan rahmat dari
Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap
mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi
berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri
dari sekelilingmu, kerana itu maafkanlah mereka,
mohonkanlah ampun bagi mereka dan
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
ini.” (Ali Imran : 159)
        DA`IE SEBENAR
a) Penyeru manusia ke jalan Allah
   dengan hikmah dan kebijaksanaan.
b) Berdakwah sepanjang hayat.
c) Selari dakwah dengan amalan da`ie
  GPI merupakan barisan hadapan
  sebagai pendakwah, TERAS kepada
  pembinaan insan berkualiti dan ummah
  cemerlang, gemilang dan terbilang.
Maksudnya : “Kamu (wahai umat
Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi umat manusia, kerana
kamu menyeru berbuat segala perkara
yang baik, dan melarang daripada segala
perkara yang salah ( buruk dan keji ), serta
kamu pula beriman kepada Allah”. (Ali
Imran : 110)
       DA’IE UNGGUL ;
       MUHASABAH BUAT GPI
i.     Akidah sahih dan teguh
ii.    Ubudiyah yang istiqomah
iii.   Akhlak terpuji
iv.    Qudwah, teladan dan model terbaik
v.     Pengetahuan yang luas dan semasa
vi.    Berdaya kepemimpinan sejati
vii.   Kemahiran tinggi dalam uslub dakwah :
        Memahami keadaan mad’u
        Memahami apa yang disampaikan

        Memahami awlawiyat
          MAD’UU :
SUSAH SENANG BERSAMA MEREKA
a) Individu yang memerlukan perhatian,
   bimbingan dan didikan untuk menjadi
   insan soleh, musleh, cemerlang,
   gemilang dan terbilang.

b) Dakwah, bimbingan dan kasih sayang
   buat :
   i. Murid
   ii. Warga sekolah
   iii. Masyarakat
KANDUNGAN DAN MESEJ DAKWAH
Mengajak, memujuk dan membimbing
manusia mengenal, mengamal, menghayati
dan mencintai Islam yang syumul melalui :
a)  Pengenalan asas-asas Islam
b)  Keistimewaan Islam
c)  Sistem Islam
d)  Kesepaduan fardu ain dan fardu kifayah
e)  Isu-isu global dan semasa

 Sebelum melangkah lebih jauh, fikirkan dan
 muhasabahlah apakah tugas-tugas asas Da`ie
 telah diselesaikan…
       GPI DA`IE ;
 REALITI BUKAN FANTASI

  GPI adalah penggerak dakwah,
    menjadi ikutan dan rujukan,
sentiasa berada di hadapan sebagai
         penggerak utama,
  menyeru ke jalan Allah dengan
 bijaksana, bagi melahirkan insan
   soleh, musleh dan bertakwa.
GPI : AYUH BERHIJRAH !
Lupa              Cakna
Lalai             Cerdas
Leka     HIJRAH   Celik
Lewa              Cermat
Luntur            Ceria
Lemah             Cergas
Lambat            Cepat
    DAKWAH MENUJU GENERASI
CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG
         (KHAIRA UMMAH)
  •    Berjiwa Agama
  •    “Super Power”
  •    Kaizen
  •    Berwawasan Jauh
  •    Selangkah ke Hadapan
  •    Pemimpin Dunia
  •    Pejuang Bangsa
  •    Pembina Negara
  •    Penyelamat Ummah
    “10 D” KEHEBATAN GPI

Dirujuk          kepakaran yang tinggi
Didampingi       Hubungan yang baik
Diiktiraf        Ilmu yang mendalam
Dihormati        Sahsiah dan akhlak terpuji
Dipercayai       Jujur dan amanah
Di saf hadapan   Menerajui kebaikan
Dicontohi        Prestasi tinggi dan kualiti
Dicari           Sedia menabur bakti
Dirasai          Mendatangkan manfaat
Disayangi        Sumbangan dan bakti
        9M;
HARAPAN TERHADAP GPI
   Menjadi rujukan masyarakat.
   Menyelesai masalah.
   Menjadi ikutan
   Menggerakkan aktiviti
   Menasihat dan menegur
   Memimpin
   Membimbing
   Menyatupadu
   Menabur ilmu dan jasa
PERANAN BESAR GPI
                       MURID
                    (CEMERLANG)
                        Ilmu
                      Kemahiran
                       Amalan

    Bersatu padu       Akhlak
                                  Aman
   Peribadi Mulia       GPI
   Budaya murni                   Stabil

MASYARAKAT                        hadhari NEGARA
 (GEMILANG)                            (TERBILANG)


              Mudarris, Muallim,
              Muaddib, Mursyid
                dan Murabbi.
     TERAS 7 :
    WAJAH GPI

                   Ilmu

   Jati diri                Iman


               WAJAH
                GPI
Peribadi                      Amalan



           Sikap      Kemahiran
         TERAS 1 : ILMU

   Menguasai ilmu fardu ain dan
    fardu kifayah secara formal hingga
    ke peringkat tertinggi.

   Berbudaya ilmu ; mengkaji,
    menyelidiki, mendokumentasi dll.
         TERAS 2 : IMAN

   Memiliki akidah yang mantap
   Memelihara Iman daripada
    diganggu gugat perkara negatif.
   Menambah nilai Iman setiap masa
   Menggerakkan iman membuat amal
      TERAS 3 : AMALAN

Mengerjakan amalan wajib sehingga
 perkara-perkara sunat.
Istiqomah dalam ibadat khusus dan
 ibadat umum
Meninggalkan yang haram, makruh,
 syubhat dan khurafat.
    TERAS 4 : KEMAHIRAN
   Menguasai kemahiran asas Islam
    seperti al-Quran, tulisan jawi, bahasa
    Arab dan lain-lain.
   Menguasai kemahiran kepimpinan
    masyarakat seperti psikologi,
    komunikasi dan organisasi.
   Berkebolehan pelbagai bahasa seperti
    bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan
    sebagainya.
   Berilmu dan berkemahiran semasa
    seperti ICT dan bioteknologi.
     TERAS 5 : SIKAP
   Bertoleransi dan berfikiran
    terbuka
   Bertanggapan positif dan optimis
   Berkeyakinan tinggi
   Berprinsip mulia
     TERAS 6 : PERIBADI
   Menghayati sifat-sifat mahmudah
   Menjauhi sifat-sifat mazmumah
   Memiliki nilai-nilai murni sejagat
    (kasih sayang, persaudaraan,
    hormat-menghormati dan
    sebagainya)
   Penampilan diri yang menarik,
    bersih, suci, kemas, cergas, ceria
    dan sihat.
  TERAS 7 : JATI DIRI
Akidah yang mantap
Ketahanan diri yang tinggi
 menghadapi cabaran
Sabar dan istiqomah
Mempertahankan negara dan
 ummah
Mencintai keamanan
STRATEGI MEMPERKASA DAKWAH
   Memantapkan Pengurusan Dakwah di semua
    peringkat – KPM (JAPIM), JPN (SPPIM ), PPD,
    Sekolah (Panitia / PAIS / MAKDIS).
   Menganggotai dan menerajui organisasi
    dakwah seperti PEKDIS .
   Menyokong dan mengiktiraf kepimpinan.
   Menguasai Media sebagai wadah dakwah.
   Penulis/Pencinta/Penggiat media
   Menjadi Perunding / Penasihat Agama
   Hubungan rapat dengan agensi dan institusi
    dakwah seperti JAKIM, Jabatan Agama,
    masjid, surau dll.
   Perancangan Strategik dan “Blue Print”
    Dakwah GPI.
        Teknik Dakwah
a)   Dakwah ammah dan dakwah fardi
b)   Teknik dakwah :
     i. Bil lisan
     ii. Bil kitabah
     iii. Bil hal
c)   Perkara yang membantu
     keberkesanan dakwah :
     i. Perancangan dan strategi
     ii. Sokongan pelbagai pihak
     iii. Dana kewangan
     iv. Bijak mengambil peluang
 Kemahiran & Pendekatan
a) Ilmu yang mendalam
b) Imej diri yang menarik
c) Nasihat dan gaya bahasa yang sesuai
d) Sentuhan kasih sayang dan prihatin
e) Sumbangan, penghargaan dan
   kepercayaan
f) Berdailog dengan bijaksana
g) Bijak memberi alternatif berdasarkan
   persekitaran sesebuah mesyarakat
 Cabaran Dan Rintangan Dakwah
a)   Cabaran dakwah :
     i. Kurang memahami fitrah dakwah
     ii. Masa yang sedikit berbanding
          tanggungjawab yang banyak
     iii. Kepemimpinan dakwah
     iv. Persekitaran yang kurang membantu
          dakwah
     v. Sokongan masyarakat terhadap
          dakwah
     vi. Pengaruh globalisasi

b)   Rintangan :
     i. Nafsu dan syaitan
     ii. Hubbud dunia
       Pengurusan Implikasi
         Dakwah Terbaik
a)   Memanfaat dan mengembangkan hasil dakwah
b)   Menerima dan menghormati mad`u sebagai aset
     agama, bangsa dan negara
c)   Menggerak dan membantu menyumbang bakti
     untuk pembangunan ummah
d)   Membina program yang terancang
     dan sesuai :
     I. Sistem maklumat mad`u
     ii. Latihan dan kursus yang terancang
     iii. Penglibatan secara aktif dalam memberi
          sumbangan khidmat bakti dalam
          mencapai kesejahteraan ummah
     Pengurusan Implikasi
       Dakwah Terbaik
e)   Mengubah, menganti dan
     mempelbagaikan teknik dakwah agar
     Islam mudah diterima sebagai agama
     yang indah dan prograsif.

f)   Memperbetul persepsi dan tanggapan
     salah masyarakat luar terhadap Islam
               Penutup
   Adalah menjadi harapan bahawa
    kesedaran, kefahaman dan komitmen
    yang tinggi GPI terhadap tanggungjawab
    dan amanah membawa kepada
    keberhasilan dakwah yang boleh
    membawa kesejahteraan dunia dan
    akhirat.

   Usaha murni dakwah secara hikmah perlu
    mendapat sokongan dan dokongan
    bersama bagi memancarkan keindahan
    Islam dan menyentuh hati nurani murid
    dan masyarakat untuk menerima Islam
    sebagai cara hidup.
   SEKIAN,
TERIMA KASIH

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:102
posted:8/22/2011
language:Malay
pages:39
Description: Strategi Umat Islam Menghadapi Cabaran Globalisasi document sample