Docstoc

Strategi Pentaksiran Pemulihan - PDF

Document Sample
Strategi Pentaksiran Pemulihan - PDF Powered By Docstoc
					              INSTITUT PENDIDIKAN GURU , KAMPUS KENT , TUARAN , SABAH


                     PROGRAM GURU SISWAZAH SEKOLAH RENDAH
                                      BAHASA MELAYU
                                 TUGASAN KERJA PROJEK




Tajuk Program : BAHASA MELAYU                       Nama Guru Pelatih :




Tajuk Kursus : Pemulihan dan Pengayaan              Semester : 4
Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(Remedial and Enrichment in Primary School
Malay Language Teaching) BMM3106




Tarikh Mula :           6 SEPTEMBER 2010       Tarikh Hantar :           6 OKTOBER 2010

Tugasan Projek                                 Tugasan Projek



Hasil Pembelajaran Kursus

     1.       Menjelaskan konsep, objektif, dan rasional pendidikan pemulihan dan pengayaan
     serta masalah penguasaan pembelajaran.
     2.         Menerangkan cara mengesan kesukaran pembelajaran.
     3.        Menjelaskan cara mengelola dan menggunakan strategi pengajaran pemulihan yang
     sesuai dalam kelas biasa dan kelas khas.
     4.        Menyediakan rancangan pengajaran dan bahan bantu belajar untuk pendidikan
     pemulihan dan pengayaan;Melaksanaan pengajaran pendidikan pemulihan dan pengayaan
     serta penilaian .
Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1 , 2 , 3 dan 4

Objektif
   1. Pelajar dapat menghuraikan pendidikan pemulihan dan pengayaan dari aspek konsep,
      objektif, dan rasional,

   2. Pelajar dapat menjelaskan masalah penguasaan pembelajaran dan cara-cara mengesan
      kesukaran pembelajaran, pengelolaan dan strategi pemulihan dalam kelas khas,

Pelajar dapat merancang dan membina satu Rancangan Pengajaran Harian pemulihan yang
merangkumi bahan bantu mengajar , serta pelaksanaannya.



Tugasan Kerja Projek (100%)

Pendidikan pemulihan dan pengayaan dalam Bahasa Melayu amat ditekankan, Walau
bagaimanapun pendidikan pemulihan lebih istimewa kerana adanya pemulihan di kelas
biasa dan di kelas khas. Pemulihan di kelas khas melibatkan satu pengajaran khusus yang
dirancang oleh guru untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran
dalam kemahiran asas membaca dan menulis.

Anda dikehendaki melaksanakan tugasan-tugasan yang berikut;


   1. Huraikan pendidikan pemulihan dari aspek konsep, objektif dan rasional.
   2. Menjelaskan langkah-langkah dan cara mengesan kesukaran pembelajaran,
      khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan.
   3. Hasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pemulihan bagi mata pelajaran
      Bahasa Melayu Tahap 1, dengan mengambil kira pengelolaan dan strategi pemulihan
      dalam kelas khas.


Subtugasan

   1. Kenal pasti konsep , objektif dan rasional    dalam pengajaran dan pembelajaran
      Bahasa Melayu.
   2. Kenal pasti masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengatasi masalah
      kesukaran tersebut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
   3. Kenal pasti bagaimana merancang dan membina bahan bantú pemulihan Bahasa
      Melayu Tahap Satu.
   4. Cari bahan rujukan tambahan berkenaan pemulihan dan pengayaan.


Panduan Pelaksanaan Kerja Projek

   1. Tugasan ini ialah tugasan individu.

   2. Anda boleh memaparkan data kajian pemerhatian dalam sebarang bentuk visual
      pilihan anda ( jadual , graf , grafik )

   3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut :
          I.   Fon Arial

         II.   Saiz huruf ialah 12

        III.   Langkau satu setengah baris

        IV.    Rujukan mengikut format APA

        V.     Lampiran



   4. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

   5. Panjang tugasan tidak kurang daripada 20 muka surat ( termasuk persembahan
      visual ).

   6. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

   1. Isi kandungan hendaklah menyeluruh, konsisten dan terperinci.

   2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara-perkara yang berikut :



      a. Organisasi kandungan sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah,

      b. Konsep , objektif , dan rasional pendidikan pemulihan dan pengayaan,

      c. Cara mengesan masalah pembelajaran serta langkah-langkah khusus dalam
         pengelolaan sesi pemulihan,

      d. Pembinaan bahan bantu mengajar pemulihan tahap Satu,

      e. Rumusan dan cadangan.

   3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
      disokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

   4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
      sokongan ilmiah.

   5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

   6. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
      menterjemahkan maklumat secara terperinci.
Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.




Tugasan disediakan oleh                                       Disediakan oleh



_________________________                                     ____________________

( RAZALI MOHD SHUKOR )                                     ( PARIDAH BINTI MAMAT)

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:797
posted:8/22/2011
language:Malay
pages:4
Description: Strategi Pentaksiran Pemulihan document sample