Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

Strategi Pentaksiran Pemulihan - DOC

VIEWS: 305 PAGES: 19

Strategi Pentaksiran Pemulihan document sample

More Info
									  (A). KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
                    (KSSR)
Latar Belakang

  1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan
     Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi
     penekanan kepada :
              Pembangunan modal insan
              Penghasilan pelajar celik minda
              Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran
               dan maklumat
              Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan
               insan Ulul al-bab.


  2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:
        Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan
         dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
        Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat
         menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap
         nilai



  3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan
     kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan
     yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

    Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

    1983         -    Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

    1993         -    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

    2003         -    KBSR (semakan)

    2011         -    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Transformasi Kurikulum
  Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum
  persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,
  kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
  pengurusan kurikulum di sekolah.


                                       BENTUK
                   BAHAN                                    ORGANISASI


     PENGURUSAN
      KURIKULUM
                                        KSSR                           KANDUNGAN




               PENTAKSIRAN                                   PERUNTUKAN
                                                                MASA
                                      PEDAGOGI


Hasrat Pendidikan
 -    Falsafah Pendidikan Kebangsaan          - Cabaran Abad Ke-21

 -    Dasar Pendidikan Kebangsaan             - Model Baru Ekonomi (MBE)

 -    Wawasan 2020                            - Teori Pembelajaran

 -    Rangka Rancangan Jangka Panjang         - 4 Pillars of Education

     Murid yang seimbang dari segi intelek,
     rohani, jasmani dan emosi:                    ‘Global Player’:
                                                      •    Daya Saing
        •   Berilmu Pengetahuan
        •   Berketrampilan                            •    Daya Tahan
        •   Percaya kepada Tuhan                      •    Kemahiran
        •   Berakhlak Mulia                               Berkomunikasi
        •   Berkeyakinan                              •    Jati Diri
        •   ‘Independent learner’
           Warga Negara Bertanggung             Pekerja Berilmu:
             jawab :
                                                   •  Inovatif
             •   Berbudi                           •  Kreatif
             •   Bersatu padu                      •  Dahagakan Ilmu
             •   Patriotik                         •  Menguasai Kemahiran
             •   Adil                                  Teknologi Maklumat &
             •   Penyayang                             Komunikasi
             •   Berbakti                          • Creator of Technology
                                                   • Belajar Sepanjang Hayat




CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)
Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas
untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

      Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira
      Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
      Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
      Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
      Jati diri dan semangat patriotisme
      Memahami dan menghayati budaya nasional



KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

    Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

    Berasaskan Prinsip KBSR:


       -    Pendekatan bersepadu
       -    Perkembangan individu secara menyeluruh
       -    Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
       -    Pendidikan seumur hidup
BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

Komunikasi      -     Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan
                      bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi - Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap
                          saintifik
                          Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
                          Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan
                          teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika - Perkembangan jasmani dan kesihatan
                                            untuk kesejahteraan diri
                                            Pemupukan daya imaginasi,
                                            kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai - Penghayatan amalan agama, kepercayaan,
                                  sikap dan nilai

Kemanusiaan - Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan
                    alam sekitar setempat, negara dan global

                    Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan


Keterampilan Diri - Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui
                          aktiviti kurikulum dan kokurikulum




KEMAHIRAN NILAI TAMBAH /
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
          KURIKULUM BERASASKAN STANDARD
      Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan
            standard kandungan dan standard pembelajaran


        Standard Kandungan                     Standard Pembelajaran

 Penyataan spesifik tentang perkara       Satu penetapan kriteria        atau
 yang murid patut ketahui dan boleh       indikator kualiti pembelajaran dan
 lakukan    dalam    suatu     tempoh     pencapaian yang boleh diukur bagi
 persekolahan   merangkumi       aspek    setiap standard kandungan.
 pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran

        Standard Kandungan                     Standard Pembelajaran
Bahasa Malaysia                          Bahasa Malaysia
    Mendengar, memahami dan                  Mendengar, memahami dan
    memberi respon terhadap sesuatu          memberikan respons dengan
    arahan, soalan dan pesanan yang          betul secara lisan terhadap
    didengar dengan betul                    pelbagai soalan bercapah.
Bahasa Inggeris                          Bahasa Inggeris
    Able to express personal response         Able to respond to:
    to literary texts                         a. Book covers
                                              b. Pictures in books
                                              c. Characters
                                                 with guidance
Matematik                                Matematik
    Menama dan menentukan nilai              Menamakan nombor hingga
    nombor                                   100:
                                             a. Membilang objek dalam
                                                  kumpulan.
                                             b.    Menamakan nombor bagi
                                                  kumpulan objek sebagai
                                                  mewakili kuantiti.
Mengapa Standard?
•        Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
•        Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
•        Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
•        Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
•        Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .


        Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa

                                        MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)

BIL              MODUL
                                         SK            SJKC
                                                                       SJKT


MODUL TERAS ASAS

    1    Bahasa Malaysia                360             300             300

    2    Bahasa Inggeris                300             150             150

         Bahasa Cina                                    360
    3
         Bahasa Tamil                                                   360

         Pendidikan Islam
    4                                   180             120             120
         Pendidikan Moral

    5    Pendidikan Jasmani              60              60             60

    6    Pendidikan Kesihatan            30              30             30

    7    Matematik                      180             180             180
MODUL TERAS TEMA

         Dunia Seni Visual                   60         60     60

 8       Dunia Muzik                         30         30     30

         Dunia Sains dan Teknologi           60         60     60

MODUL ELEKTIF

 9       BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban*          90

               Perhimpunan                   30         30     30

                  Jumlah                    1380        1380   1380



Bahan Kurikulum


1.   Dokumen Kurikulum                2.    Buku Teks

     •     Standard Kandungan              • Berpendekatan Modular
     •     Standard Pembelajaran




Pedagogi

Kemahiran Berfikir                  Belajar Cara Belajar
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai  Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Akses Kendiri          Pembelanjaran Secara Konteksual
Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pengajaran Berasaskan Masa Depan
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komuinikasi (TMK)
Pentaksiran P&P


         Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan
          pencapaian murid dalam pembelajaran


         Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai


         Bersifat autentik dan holistik




                               Kesimpulan


          Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar
           lebih relevan dengan cabaran masa kini dan
           abad ke-21;

          Guru memainkan peranan yang penting bagi
           mengupayakan P&P yang berkesan; dan

          Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan
           komitmen menyeluruh daripada semua pihak
           termasuk penggubal dasar, pengurus
           kurikulum, ibu bapa serta pihak
           berkepentingan
(B).   LAWATAN PENYELIAAN & PEMANTAUAN BERKELOMPOK
               SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
            JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

   A. Modus Operandi
   1. Semua pegawai dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diketuai oleh :-
      Kumpulan A - Tuan Mohd. Isah Bin Ismail      - Ketua Sektor Pengurusan
      Akademik

       Kumpulan B - En. Mohd. Saflan Bin Abd, Manaf        - Ketua Unit Kurikulum

       (senarai lengkap dilampir)

   2. Setiap kumpulan terdapat seorang penolong ketua, jika ketua kumpulan tidak dapat
      hadir secara automatik penolong akan mengambil alih tugas ketua.

   3. Urusetia setiap kumpulan dilantik secara bergilir.


   4. Urusetia diminta menghubungi pihak sekolah yang akan dilawati selewat-lewatnya 2
      minggu sebelum tarikh lawatan. Hubungi ketua dan ahli dalam kumpulan sebagai
      peringatan. Surat menyurat diuruskan oleh setiausaha.


   5. Urusetia perlu mendapatkan sampul kecil dari setiausaha yang mengandungi :-
         i.      Senarai kehadiran pegawai
         ii.     Borang rumusan pemantauan
         iii.    Borang pencerapan P & P guru
          Instrumen penyeliaan dan pemantauan – gunakan instrument bidang masing-
              masing


   6. Semua pegawai diminta berada di sekolah selewat-lewatnya jam 8.30 pagi dan melapor
      kepada Guru besar atau Pengetua.


   7. Sessi lawatan boleh dimulakan dengan taklimat pihak sekolah atau ketua kumpulan-
      jika ada atau jika perlu


   8. Pemantauan & penyeliaan dijalankan


   9. Semua ahli lawatan memberikan pelaporan kepada ketua. Pelaporan dibuat oleh ketua
      dan ahli rombongan kepada pentadbir sekolah dan jika perlu kepada semua guru.


   10. Urusetia diminta memulangkan sampul kecil yang semua borang lengkap berserta
       rumusan pelaporan kepada setiausaha selewat-lewatnya selepas 2 minggu tarikh
       pemantauan.
      11. Setiausaha akan menghantar salinan rumusan pelaporan kepada :-
                      - Ketua Sektor Pengurusan Akademik
                      - Guru besar / Pengetua sekolah berkenaan
                         *pihak sekolah perlu memberi tindak balas kepada Unit Kurikulum

                         JPNS dalam masa 2 minggu selepas pelaporan diserahkan.

                     -   Fail LPPBSPA
                     -
Senarai Tugasan




Bil      Pegawai yang terlibat                Aspek yang dipantau                 Catatan



1      Ketua Kumpulan              Fail Jawatan Kuasa Kurikulum

                                   Buku Rekod Mengajar Guru Besar atau
                                   Pengetua

                                   Rekod penghantaran Buku Rekod Mengajar
                                   guru

                                   Rekod Kehadiran guru

                                   Pelan Strategik sekolah




2      Penolong Ketua Kumpulan     Buku Rekod Mengajar GPK ( Akademik,
                                   HEM, Koko )

                                   Fail Pencerapan P & P

                                   Fail Latihan Perkembangan Staf

                                   Fail Peperiksaan Dalaman & Awam

                                   Fail Semakan Buku Latihan & Buku Nota

                                   Jadual waktu Kelas & Persendirian




3      Pegawai Akademik lain       Pencerapan P & P
                       Buku Rekod Mengajar Guru Mata pelajaran

                       Fail Panitia Mata pelajaran

                       Buku Nota & Latihan murid

                       Bengkel / Makmal / Bilik-bilik Khas

                       Kelas Pra sekolah

                       Kelas Pemulihan Khas / Pemulihan

                       Program-program Khas KPM & JPNS

                       - KRK

                       - LINUS

                       - STF

                       - PROBIM / PROTIM

                       - dan lain-lain



            ANALISIS BILANGAN SEKOLAH DAN GURU YANG DICERAP
            DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(P & P)
                               PADA 10 OGOS 2010

                                           BIL                    BIL GURU
                                                     JUMLAH                   JUMLAH
BIL       NAMA PEMANTAUAN                SEKOLAH                  DI CERAP
                                         SR    SM    SEKOLAH      SR    SM    GURU

 1 PEMANTAUAN SPA
                                          19    3            22    97   20       117
 2 BIDANG BAHASA
                                          13    4            17    65   20        85
      BIDANG SAINS
 3
      KEMASYARAKATAN                       4    3            7     25   16        41
 4 BIDANG SAINS / MATEMATIK
                                           2    2            4      5    7        12
 5 BIDANG TEK. VOKASIONAL
                                          12   22            34    14   48        62
      BIDANG ICT &
 6
      PENGKOMPUTERAN                       3   11            14     3   11        14
   PEMANTAUAN INDIVIDU
 7
   (PROGRAM)                             146    5        151      143   11       154

      JUMLAH KESELURUHAN                 199   50        249      352   133      485
      Rumusan Pelaporan
      Lawatan Penyeliaan & Pemantauan Sektor Pengurusan Akademik 2010

Pengurusan Kurikulum

   1. Buku Rekod Mengajar

      -    Ramai guru yang tidak mencatatkan refleksi atau impak selepas setiap P&P
          atau penulisannya terlalu subjektif , tiada ukuran untuk dijadikan panduan
      -   Kebanyakan guru mencatatkan aktiviti dalam penulisan rancangan harian terlalu ringkas
          Aktiviti yang dicatat tanpa mengambilkira tahap pencapaian murid.
          Kebanyakan guru tiada catatan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) hanya menyertakan
          cetakan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sebagai RPT.
      -   Melampirkan RPT dan Sukatan Pelajaran yang telah lusuh atau tulisan yang tidak terang
          /sukar dibaca. Ada yang mencatatkan disimpan pada fail yang berasingan tetapi tidak
          disertakan untuk rujukan, ianya sepatutnya mudah diakses bila diperlukan
      -   Helaian Rekod Penghargaan, Pertemuan Profesional dan Aktiviti Guru tiada catatan , ianya
          memudahkan pihak pentadbir untuk membuat penilaian prestasi.
      -   Ada guru yang tidak membawa Buku Rekod Mengajar – satu kesalahan. Guru perlu
          menghayati nota dan catatan yang disertakan dimuka hadapan BRM sebagai panduan dan
          rujukan.

   2. Proses Pengajaran & Pembelajaran

      -   Guru masih menggunakan cara tradisional – penyampaian yang tidak menarik dan mencatat
          atas papan tulis. 9 kaedah pedagogi baru yang diperkenalkan tidak digunakan.
      -   Kaedah yang digunakan kaedah yang berpusatkan guru.
      -   Guru banyak menggunakan kaedah ceramah ( lecture) tanpa mengambilkira tahap
          pencapaian dan kebolehan murid.
      -   Setiap P&P perlu dimulakan dengan set induksi yang relevan agar dapat menarik minat dan
          perhatian murid untuk dikaitkan dengan pelajaran yang akan diajar.Aktiviti yang menarik
          yang ada hubung kait dengan pelajaran dan aktiviti pengukuhan . Guru sering menggunakan
          aktiviti mebaca buku teks secara bergilir didalam kelas . Kaedah ini tidak sesuai untuk
          matapelajaran Sains, Kajian Tempatan , Kemahiran Hidup dan matapelajaran lain selain dari
          Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
      -   Kemudahan ICT – makmal komputer, course ware, Astro ( TV Pendidikan) dengan
          pendekatan yang lebih menarik tidak digunakan dengan meluas.
      -   Penggunaan ABM / BBM – terlalu minimum menyebabkan proses P&P membosankan dan
          kurang berkesan.
      -   Aktiviti amali untuk matapelajaran Sains dan Kemahiran Hidup kurang dijalankan. Murid
          hanya belajar secara teori atau maya sahaja.
      -   Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ditempat mengajar kelas peperiksaan tanpa
          memberikan bimbingan terlebih dahulu. GSTT perlu diberi bimbingan dan tunjukajar oleh
          guru-guru berpengalaman dan terlatih.
      -   Pencerapan rakan sebaya, ketua panitia dan pentadbir perlu diamalkan dengan berjadual,
          berkala dan konsisten untuk membantu dan memberi komen membina
      -   P&P Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tidak dipisahkan . Guru yang mengajar
          bukan guru opsyen dan silih berganti setiap tahun dan ramai. Diajar tanpa mengikut
          sukatan pelajaran yang betul. Peralatan kurang seperti ragbi, hoki dan badminton.
   -     P & P Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik – tiada bilik Muzik Khas menyebabkan
         menganggu kelas yang berdekatan. Guru yang mengajar bukan guru opsyen menyebabkan
         kemahiran dan pengetahuan guru terhad. Bilik muzik sering diletakkan di tingkat atas
         menyebabkan guru dan pelajar menghadapi kesukaran memindahkan peralatan bila
         diperlukan untuk membuat persembahan.
   -     P&P Sains- guru jarang membuat eksperimen , jika dibuat dalam kumpulan yang besar.
         Menyebabkan murid kurang minat mempelajari Sains
   -     Guru bukan opsyen hendaklah diberi bimbingan dan latihan berkala.

3. Buku Nota / Buku Latihan

   Dikebanyakan sekolah :-
   - Nota dan latihan yang diberi guru tidak mencukupi
   - Tidak diperiksa dengan teliti, teguran/ulasan asas penulisan buku nota /buku tulis
        Tulisan murid yang tidak kemas
        Tarikh dan hari tidak dicatat
        Garisan tepi sebelum memulakan tugasan
        Ejaan dan penggunaan huruf besar dan huruf kecil
        Buku nota / buku tulis yang kotor dan koyak
   - Tiada catatan penghargaan atas kerja murid yang baik dan kemas.
   - Tidak ada tindak susulan atas segala teguran yang dbuat.
   - Murid wajib membuat pembetulan atas segala kesilapan bagi tujuan mengulangkaji.

4. Fail Panitia Matapelajaran

   -     Penyediaan fail panitia yang lengkap , kemas dan mudah diakses
   -     Catatan minit mesyuarat yang menggunakan format lama
   -     Mesyurat kurikulum sekolah , agendanya hanya membincangkan hal-hal pengurusan ( house
         keeping) lebih banyak digunakan oleh pentadbir untuk memberikan taklimat.
   -     Seharusnya mesyuarat kurikulum di gunakan untuk membincangkan tahap pencapaian
         /prestasi murid. Aktiviti yang sesuai dijalankan oleh membantu mempertingkatkan
         Prestasi murid. Post mortem perlu dibuat.
   -     Didalam mesyuarat kurikulum sasaran keputusan sekolah berdasarkan headcount yang
         dibuat dengan menggunakan panduan dan rujukan dari pelan strategik sekolah.
   -     Mesyuarat panitia digunakan untuk membincangkan sasaran                 murid mengikut
         matapelajaran. Setiap ujian/peperiksaan dalaman hendaklah dibuat JSU soalan. Post
         mortem terperinci untuk keputusan, soalan dan pencapaian murid berdasarkan
         matapelajaran.

5. Bengkel / Makmal/Bilik-bilik Khas

   5.1       Bengkel KHSR
   -        Bengkel yang dibina khas , lengkap dengan perabot dan peralatan
   -         Bengkel yang diubahsuai ada yang lengkap dan dijaga rapi tetapi         banyak yang tidak
             kondusif dan padat jika satu kelas 35 ke 40 orang murid dalam satu-satu masa
            peralatan yang tidak mencukupi menyebabkan aktiviti amali lambat dan tidak berjalan
             lancar.
   -         Tiada bengkel – bahan dan peralatan disimpan didalam stor sukan atau stor am sekolah,
             Kelas amali dijalankan di bilik darjah atau kantin atau kaki lima kelas – tidak selesa dan
             tidak sesuai.
   5.2       Bengkel Bidang Teknik & Vokasional – KHB/MPV/LKTK
   -        Bengkel ERT kebanyakannya terjaga rapi dan ceria
            Ada bengkel kerja kayu, kerja paip dan kerja elektronik-tidak tersusun ,            tidak
             berlabel dan peralatan tidak dijaga baik.
   -        Kebanyakan bengkel pertanian, terbiar dan tidak terjaga .
   -        Kebanyakan bengkel MPV dalam keadaan baik dan selesa untuk P&P,
             Bengkel LKTK – sekolah yang menawarkan matapelajarn tersebut – bengkel terjaga
            Sekolah yang tidak menawarkan matapelajaran tersebut tetapi ada bengkel – bengkel
             tidak terjaga atau dijadikan kelas. Bengkel berada di tingkat atas – Tingkat 3 peralatan
             yang besar dan terlalu berat di tempatkan dibawah – tempat yang tidak sesuai

   5.3       Makmal Sains ( Sekolah Menengah) Bilik Sains ( Sekolah Rendah)
   -     Banyak makmal Sains yang telah lama dan uzur fizikalnya – perabot rosak dimakan anai-anai
   -     Penggunaannya tidak maksimum
   -     Proses pelupusan bahan-bahan berbahaya sukar dan mahal.
   -     Makmal Sains/ Bilik Sains perlu diaudit setiap tahun supaya makmal diurus mengikut
         prosedur yang betul.

   5.4    Makmal Bahasa
   - Tidak digunakan secara maksimum
   - Tiada bekalan bahan, courseware perlu dibina sendiri oleh guru.
   - Peralatan telah rosak dan bila dilaporkan ke JPNS , dimaklumkan bahawa tiada peruntukan
       untuk membaikpulih, penggunaan kaset telah ketinggalan zaman , sukar mendapat bekalan.

   5.5       Makmal Komputer
   -     Penggunaannya tidak secara maksimum
   -     Banyak komputer dalam makmal komputer rosak yang tidak boleh digunakan.
   -     Bilangan yang sedikit menyebabkan murid perlu berkongsi
   -     Internet tidak dapat diakses atau terlalu perlahan menyebabkan program seperti ZOOM A
         tidak berjaya.
   -     Peruntukan khas perlu untuk kos penyelenggaraan peralatan komputer.

6. Pengurusan Headcount

   -     Headcount dibuat sekadar memenuhi keperluan PPD atau JPNS tetapi tidak dijadikan
         alat/tools untuk membantu memajukan prestasi murid.
   -     Ada disediakan tetapi ada kekeliruan atau kesilapan.
   -     ETR murid yang lemah disasarkan gagal- sepatutnya disasarkan markah yang minimum lulus
         dan guru akan berusaha membantu murid kearah itu.
   -     Perbincangan dua hala murid dan guru perlu ada – murid perlu tahu sasaran yang dibuat
         atau murid yang menentu sasaran atas bimbingan guru.
   -     Headcount pelu dipamer dalam kelas atau meja murid atau buku nota/latihan murid agar
         murid sentiasa peka dengan sasaran yang dibuat.
   -     Post mortem perlu dibuat oleh murid dan guru selepas setiap ujian atau peperiksaan untuk
         menentukan sasaran yang telah dibuat, jika dibawah paras yang disasar perlu buat post
         mortem tetapi jika menepati atau melepasi sasaran, sasaran baru perlu dibuat-
         mengelakkan murid berada dalam zon selesa.
      (C).      LAPORAN PRA SEKOLAH

    1. DATA BILANGAN KELAS PRASEKOLAH KPM MENGIKUT JENIS SEKOLAH DAN LOKASI 2010
BIL  DAERAH                               LOKASI                              JUMLAH
                         BANDAR                       LUAR BANDAR             BESAR
               SK SJKC SJKT SKA JUMLAH SK        SJKC SJKT SKA JUMLAH
 01 SEREMBA 29      0      0    0      29     42    0      1    0      43        72
     N
 02 TAMPIN      4   0      0    0      4      21    3      3    0      27        31
 03 P.          1   0      1    0      2      20    1      0    0      21        23
     DICKSON
 04 K.PILAH     6   0      0    0      6      30    1      1    0      32        38
 05 JEMPOL      0   0      0    0      0      36    2      1    1      40        40
     JELEBU     3   0      0    0      3      11    3      0    1      15        18
 06 REMBAU      3   0      0    0      3      14    1      0    0      15        18
JUMLAH N.      48   0      1    0      47    174   11      6    2     193        240
SEMBILAN
    2. JUMLAH SEKOLAH YANG MELAKSANAKAN KELAS PRASEKOLAH IALAH 172 BUAH SEKOLAH
    3. DATA MURID PRASEKOLAH MENGIKUT DAERAH TAHUN 2010


BIL    DAERAH    MURID LELAKI       JUMLAH MURID PEREMPUAN      JUMLAH       JUMLAH
                                              MURID                                 MURID     BESAR
                  M       I     C     LAIN-   LELAKI    M      I     C      LAIN-   PEREMPUAN
                                      LAIN                                  LAIN
01   SEREMBA      724     12    12    5       752       709    28    6      2       745            1497
     N
 02 TAMPIN        207     39    26    3       256       260    45    23 2           330            605
 03 P.            232     12    12    2       258       232    15    14 7           268            526
     DICKSON
 04 K.PILAH       329     12    5     8       354       289    20    7      8       324            678
 05 JEMPOL        372     13    20    7       412       371    11    11     4       397            809
     JELEBU       144     3     25    4       176       110    15    17     2       144            320
 06 REMBAU        166     -     15    -       181       151    -     10     -       161            342
JUMLAH N.         217     101   104   29      2408      2122   134   88     25      2369           4777
SEMBILAN          4


     4. JUMLAH GURU PRASEKOLAH TAHUN 2010


                        BILANGAN GURU                           GRED JAWATAN
                           89 ORANG                                 DGA 29
                           75 ORANG                                 DGA 32
                           73 ORANG                                 DG 41
                            3 ORANG                                 DG 44
                               JUMLAH GURU PRASEKOLAH SERAMAI 240 ORANG


     5. PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK )TAHUN 2010


        a. Pendedahan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK ) kepada semua Pegawai
        Prasekolah di JPNS pegawai prasekolah di PPD Juru Latih Utamaperingkat negeri serta semua
        guru prasekolah seluruh Negeri Sembilan telah dijalankan bermula pada bulan Oktober 2009.



        Tarikh          Nama kursus                    Tempat                       Kehadiran
        12 -15 Okt      Kursus Orientasi Kurikulum     Regency Resort Port          Penyelia prasekolah
        2009            standard Prasekolah            Dickson                      JPNS
                        Kebangsaan 2009                                             Dan 12 orang Jurulatih
                                                                                    Utama

        01 – 04 Dis     Kursus Orientasi Kurikulum     Hotel Orkid Melaka           Seramai 120 orang
        2009            standard Prasekolah                                         peserta dari PPD
                        Kebangsaan 2009                                             Seremban, kuala Pilah
                                                                                    dan Rembau termasuk
                                                                                    Penyelia prasekolah
                                                                                    (Pengurusan)
                                                                                    6 orang Penyelia
                                                                                    Prasekolah dari semua
                                                                       PPD

   07 – 10 Dis    Kursus Orientasi Kurikulum   Hotel Emperor Melaka Seramai 120 orang
   2009           standard Prasekolah                               peserta dari PPD
                  Kebangsaan 2009                                   Jempol/Jelebu , Tampin
                                                                    dan Port Dickson
                                                                    termasuk Penyelia
                                                                    prasekolah
                                                                    (Pengurusan)
                                                                    6 orang Penyelia
                                                                    Prasekolah dari semua
                                                                    PPD

   27-29 Jun      Kursus Kurilulum Standard    Hotel Lisbon Melaka     Guru yang baru dilantik
   2010           Prasekolah Kebangsaan                                seramai 18 orang.
                  bagi guru yang belum
                  mengikuti Kursus KSPK


   b. Kurikulum Standarad Prasekolah Kebangsaan (KSPK ) adalah perlu dilaksanakan pada
      Januari 2010 mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 9 Tahun 2010.
   c. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT ) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH ) juga
      dibincangkan semasa kursus dijalankan.




6. KURSUS DAN TAKLIMAT PENINGKATAN PROFESIONAL BAGI GURU PRASEKOLAH


   Tarikh        Kursus / Taklimat     Tempat             Kehadiran            Status
   01-03 Jun     Kursus Literaci ICT   Hotel Seri         50 peserta           Sudah
   2010                                Malaysia Bagan                          dilksanakan
                                       Lalang Sepang                           dengan 100 %
                                                                               kehadiran

   04 – 06       Kursus Literaci ICT   Hotel Putera       72 peserta           Belum
   Okt                                 Kuala Lumpur                            dilaksanakan
   2010
   12Okt         Taklimat Modul        SK Jempol          Semua guru           Belum
   2010          Pentaksiran                              prasekolah dari      dilaksanakan
                 Prasekolah                               PPD
                                                          Jempol/Jelebu,
                                                          Kuala Pilah dan
                                                          Tampin

   13 Okt        Taklimat Modul        SMK Pendeta        Semua guru           Belum
2010       Pentaksiran             Zaaba Paroi Jaya    prasekolah dari      dilaksanakan
           Prasekolah                                  PPD
                                                       Seremban,Rembau
                                                       dan port Dickson

18 – 20    Kursus                  Hotel Seri          48 peserta           Belum
Okt 2010   Profesinalisme          Malaysia Bagan                           dilaksanakan
           bahasa Inggeris bagi    Lalang Sepang
           Guru Prasekolah

26 – 28    Kursus                  Hotel Brisdale      48 peserta           Belum
Okt 2010   Profesinalisme          Kuala lumpur                             dilaksanakan
           bahasa Inggeris bagi
           Guru Prasekolah



   Pemantauan bermula dari bulan Januari dan telah dilaksananakan bersama dengan

   i. Pemantauan PBG
   ii. Pemantauan SPA
   iii. Pemantauan Bidang


       Bilangan sekolah yang dilawati                          Bilangan guru
                  32 buah                                           38 orang


   iv. Hasil dapatan Pemantauan / kursus serta taklimat dilaksanakan dalam tahun 2010,


Dapatan
    Lebih 95 % guru prasekolah memahami kehendak KSPK dan telah pun memberi
       taklimat pelaksanaannya kepada pihak pentadbir.
    Guru telah menjalankan 600 minit pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa
       Melayu dan 600 minit pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.
    Di sekolah SJKC dan SJKT , pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut
       Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan iaitu 400 minit dalam Bahasa Melayu,400
       minit dalam Bahasa Inggeris dan 400 minit dalam Bahasa Ibunda.
    Kelas bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari iaitu selama 4 jam
       sehari.
    Tumpuan pelaksanaan p&p adalah 65 % pengajaran teras dan 35 % pengajaran tema
       diawal tahun sehingga Jun.
    Guru juga cuba mencapai objektif menguasai 4M (Membaca, Menulis, Mengira,
       Menaakul ) untuk semua murid prasekolah yang tiada masaalah pembelajaran.
    Guru ada menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT ) dan menulis
       Rancangan Pengajaran Harian (RPH ) tetapi kurang menepati format yang telah
       dicadangkan semasa kursus KSPK, iaitu 3 elemen perlu ditulis iaitu Objektif, Aktiviti
       dan Impak.
    Terdapat sebilangan kecil guru prasekolah ( 5.26 % ) tidak melaksanakan KSPK dan
    guru Pendidikan Islam (2.63 % ) masih menggunakan Kurikulum Kebangsaan
    Prasekolah tahun 1992.
   Terdapat juga sebilangan kecil ( 6.25 % ) Guru Besar yang tidak memahami KSPK.
   Pada keseluruhannya sepanjang kursus dan taklimat yang dijalankan oleh pihak
    Jabatan Anjuran bersama Bahagian pendidikan Guru dan Bahagian pembangunan
    Kurikulum mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak pentadbiran sekolah
    memandangkan purata kehadiran adalah melebihi 90 %.

								
To top