Docstoc

Strategi Mengajar Kemahiran Tulisan Dan Menulis - PowerPoint

Document Sample
Strategi Mengajar Kemahiran Tulisan Dan Menulis - PowerPoint Powered By Docstoc
					BELAJAR CARA BELAJAR




Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Julai 2001
KANDUNGAN
•Pengenalan
•Objektif Modul
•Rasional Belajar Cara Belajar
•Apakah Belajar Cara Belajar ?
•Peranan Guru dan Murid
•Kemahiran Belajar Cara Belajar
•Kemahiran Maklumat
•Strategi Metakognitif
•Pengurusan Masa
•Persediaan Peperiksaan
•Contoh Rancangan Pelajaran
    1. OBJEKTIF MODUL

    Menjelaskan konsep BCB.

    Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran.

    Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran.

    Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p

    Membantu guru melatih guru lain BCB

    Menyediakan contoh rancangan p & p
2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR


   Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran.



   Melatih murid memperoleh maklumat tambahan
    di luar waktu sekolah.



   Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat
    pendidikan untuk belajar seumur hidup.
3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR


   Murid berupaya belajar sendiri tanpa guru.



   Murid menggunakan pengetahuan rakan dan
    bahan lain sebagai sumber pembelajaran.



   Murid menilai tahap pembelajaran sendiri.
4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR




    Belajar Cara Belajar adalah proses teknik
     pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak
Kemahiran Belajar

   Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh
    setiap murid untuk meraih kecemerlangan
    dalam peperiksaan dan kehidupan.

   Kemahiran belajar melibatkan beberapa
    kemahiran seperti:
Kemahiran Belajar

   –Kemahiran Mendengar
   –Kemahiran Membaca
   –Kemahiran Menulis
   –Kemahiran Mengambil Nota
   –Kemahiran Mengingat
a. Kemahiran Mendengar
Apa yang didengar ..........pelbagai teks
seperti:
Arahan                Lakonan
 Puisi                  Berita
 Ucapan                  Syarahan
 Lagu                    Taklimat
 Pengumuman              Penerangan
Mengapa perlu didengar....
untuk mendapatkan:
    Maklumat
    Fakta
    Data
    Pengetahuan
    Penjelasan
    Penghayatan – muzik, puisi, bunyi
Siapa yang didengar ….
 Sesiapa sahaja yang
       memberi maklumat
       memberi penjelasan
       membuat pertanyaan
       memberi pendapat
b. Kemahiran Membaca

   Skimming
    Untuk maklumat ringkas dan pantas
    Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan

   Scanning/ Imbasan
    Untuk maklumat lebih dalam daripada skimming
    Baca pendahuluan, rumusan dan bab
    Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik, data
Bacaan Intensif

   Untuk Maklumat Terperinci
    strategi : SQ3R
    Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan
    Question –tajuk jadi soalan – jawab
    Read – baca perenggan untuk maklumat
    Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan
    Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi
Baca Laju
 Boleh baca laju dan faham kandungan
 Tumpuan sepenuhnya masa membaca
 Kesan isi penting melalui tanda:
    tulisan condong/ bergaris/tebal
    graf/gambar rajah/peta minda
 Membuat catatan nota
Menulis Cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran
menulis dengan kepantasan yang tinggi dan
tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh
itu, menulis cepat memerlukan unsur:
 Kelajuan menulis
 Tulisan yang boleh dibaca
Mencatat Nota
 Mencatat nota adalah aktiviti merekod
  fakta,maklumat dan isi penting daripada
  bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.
 Mencatat nota berlaku dalam semua situasi
  belajar seperti semasa kuliah, ceramah,
  penerangan, temuduga, membaca buku atau
  bahan lain.
Mengingat
 Mengingat ialah proses pembelajaran yang
  berkaitan dengan kefahaman dan
  penggunaan deria dengar dan deria dengar
  dan deria lihat yang baik.
 Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk
  mengingat kembali dengan menyebut atau
  menulis fakta dan kejadian yang telah
  berlaku selepas beberapa jam.
Bagaimana meningkatkan
kemahiran mendengar
    Motivasikan diri untuk memberi
        sepenuh tumpuan dan perhatian kepada
       pembelajaran hari itu
     Menumpukan perhatian pada apa
       yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis
•     Memandang ke arah guru.
KEMAHIRAN MAKLUMAT
   KEMAHIRAN MAKLUMAT

Keupayaan mengumpul maklumat secara
 berkesan ialah suatu aspek kemahiran
   belajar cara belajar yang penting.
  Definisi Maklumat


        Maklumat ialah
pengetahuan,data,butiran,fakta,
 keterangan, atau cerita tentang
sesuatu perkara atau seseorang
 Definisi Kemahiran Maklumat

 Keupayaan seseorang mengenal pasti
     keperluan maklumat mencari dan
 mengumpulkan, mengurus dan mengolah
maklumat dan membekalkan maklumat bagi
      memenuhi keperluan tertentu.
    Kemahiran maklumat terdiri daripada:


   Kemahiran perpustakaan
   Kemahiran belajar
   Kemahiran penyelidikan
   Kemahiran komunikasi dan penyampaian
                SUMBER MAKLUMAT


    Sumber berasaskan manusia                         Bahan audiovisual
                                                Contohnya filem, video, aset, cakera laser,
         Contohnya ibu bapa, guru,              mirofilem, mikrofis, pita magnetik
         pakar bidang, tokoh dan
         sebagainya.


                                       SUMBER
                                  MAKLUMAT


Sumber berasaskan komputer                                     Bahan bercetak
 Contohnya dalam talian dan luar                 Contohnya buku, majalah, monograf,surat
 talian, cakera padat, dan internet.             khabar, jurnal dan laporan.
          JENIS SUMBER/BAHAN
1. Jurnal                17. Buku Tahunan
2. Laporan /Statistik    18. Monograf
3. Kertas Kerja          19. Buku log/diari
4. Paten                 20. Kitab suci/Hadith
5. Standard/Piawaian     21. Almanak
6. Tesis/Disertasi       22. Indeks
7. Katalog Perdagangan   23. Abstrak
8. Ensiklopedia          24. Bibliografi
9. Kamus                 25. Ulasan/Resensi
10. Tesaurus             26. Direktori
11. Atlas/Peta           27. Biografi
12. Gazetiar             28. Buku Panduan /Manual
13. Brosur/risalah       29. Pangkalan Data
14. Akhbar                   Dalam Talian
15. Majalah/Buletin      30. Internet
16. Buku teks/rujukan    31. CD-ROM
    MENGENAL PASTI MASALAH DAN
    MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

•   Memahami tugasan
•   Menggunakan pelbagai sumber rujukan
•   Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat
•   Membina soalan asas
•   Menentukan maklumat yang diperlukan
•   Mengenal pasti skop sumber
•   Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir
    semula masalah
MENILAI DAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT

     • Gunakan teknik imbasan dan luncuran
     • Pilih bahan, baca, dengar dan tonton
     • Pastikan sumber sama ada sumber primer
       atau sekunder
     • Mentafsir maklumat visual seperti graf,
        peta dan carta.
     • Kumpulkan bukti., alasan dan butiran yang
        dapat menyokong pandangan/hujah
     • Menilai sumber maklumat dan laman web
        untuk mendapatkan yang tepat, boleh
        dipercayai, diperakui, dan sesuai dan
         pandangan.
Kemahiran Menemu Ramah

Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah
individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang
berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat
secara langsung dalam sesuatu peristiwa.
PERSEDIAAN MENEMU RAMAH
   Tentukan maklumat yang diperlukan.
   Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak
    ditemu ramah.
   Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan
    maklumat yang dikehendaki (latar belakang
    tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya).
   Buat janji temu dengan tokoh (tarikh, masa
    dan tempat).
   Sediakan dan susun soalan untuk
    mencungkil maklumat yang dikehendaki.
   Sediakan alat perakam, kamera dan
    sebagainya mengikut keperluan.
SEMASA MENEMU RAMAH
    Tepati janji temu
    Beradab dan gunakan bahasa yang santun
     (memperkenalkan diri, menggunakan gelaran dan
     ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan
     mengucapkan terima kasih).
    Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh
     bercerita atau menyampaikan maklumat.
    Adakan hubungan mata dan mendengar dengan
     teliti.
    Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai
     soalan jika perlu.
    Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku
     catatan.
    Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar
     foto dan lain-lain).
 KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN


Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak
maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu
mengetahui cara mengesan maklumat dengan
cekap tanpa perlu mengingat semuanya.
KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DAN
MERUJUK KEPADA BAHAN DI PSS




menggunakan              dengan
kad katalog              pembaca
                          mikrofis

              dengan
              komputer
               OPAC
MENGGUNAKAN LACI KAD KATALOG
Ada tiga jenis laci kad katalog :

      Laci kad pengarang
      Laci kad perkara
      Laci kad judul

    Anda boleh menggunakan satu daripada lacI
    tersebut berdasarkan maklumat yang anda
    ada seperti maklumat pengarang, perkara
    dan / atau judul.
Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan
Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini,
terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu:

000-099    Karya Am
100-199    Falsafah
200-299    Agama
300-399    Sains Kemasyarakatan
400-499    Bahasa
500-599    Sains Tulen
600-699    Teknologi
700-799    Kesenian dan Hiburan
800-899    Kesusasteraan
900-999    Geografi, Sejarah dan Biografi
Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku

Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit
belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks,
bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan
maklumat yang tertentu .
KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIA

Terdapat dua jilid ensiklopedia:
Jilid maklumat umum atau jilid makro
Jilid maklumat terperinci jilid mikro


Pilih jilid yang mengandungi perkataan
atau huruf yang pertama yang dicap
dengan huruf besar yang berkaitan
dengan maklumat yang hendak dikesan
seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT,
dan KEJADIAN.
KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA KAMUS

Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat
tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu
bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan,
sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa
yang disusun mengikut urutan abjad.


Terdapat dua jenis kamus:

• kamus umum
• kamus khas atau kamus istilah.
MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM KAMUS
1. Pecahan makna bagi entri dan subentri
   (literal dan idiomatik)
2. Jenis kata
3. Maklumat etimologi
4. Label penggunaan
5. Rujuk silang
6. Varian
7. Ejaan
8. Sebutan
9. Istilah
10.Peribahasa
11.Contoh ayat
MENGESAN MAKLUMAT DARIPADA KAMUS


   1. Perkataan atau kata masukan
      disusun mengikut abjad.

   2. Pada sudut atas kiri setiap halaman
      dalam kamus tertulis kata pertama.

   3. Pada sudut atas kanan tertulis kata
      terakhir bagi halaman tersebut.
          4. Buka terus halaman yang bermula dengan
             huruf pertama kata yang ingin dicari
             maknanya. Setelah dapat halaman, cari
             perkataannya.


                 Fabulous

                 fabulous – wonderful
  entri          a fabulous day
frasa            It was a fabulous week.
                 Everything went well      Keterangan
  ayat                                     makna
Senarai enjin pencarian:
 Infoseek (http://www.go.com)
 Alta Vista (http://www.altavista.com)
 Yahoo (http://www.yahoo.com)
 Google (http://www.google.com)
 Lycos (http://www.lycos.com)
 Cari (http://www.cari.com.my)
CONTOH ENJIN PENCARIAN
CARA MENCARI MAKLUMAT DARIPADA INTERNET
1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet
   seperti Netschape, Internet Explorer dan
   sebagainya yang tertera pada skrin utama.

2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada
   ruang yang ditetapkan.

3. Taip kata carian (search word/search term)
   yang berkait dengan perkara , topik atau
   tugasan yang dicari.

4. Sebagai contoh jika anda ingin membuat
   tugasan tentang ‘keris’ taipkan keris jika enjin
   carian yang dipilh menyediakan versi Bahasa
   Melayu atau taip ‘dagger’ sekiranya tiada
    pilihan Bahasa Melayu. Selepas kata carian
   ditaip, skrin akan memaparkan laman-laman
   web yang akan memberikan rangkaian yang
   berkaitan dengan kata carian yang
   dimasukkan.

4. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan
   untuk menentukan sama ada kandungannya
   sesuai dengan maklumat yang dikehendaki.

5. Cuba kata carian yang lain sekiranya anda
   masih tidak memperoleh maklumat yang
   sesuai atau kurang lengkap.

Selamat Mencuba!
STRATEGI METAKOGNISI

An intellect is someone whose mind watches itself.
                           - Albert Camus




Metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita
ketahui dan yang tidak kita ketahui.
                                     (Costa, A.L.:1981)
 Pengertian Metakognisi
Metakognisi ialah kesedaran tentang hal yang
diketahui dan apa yang tidak diketahui.

Kesedaran diri mengenai fikiran dan pembelajaran
merupakan perkara penting dalam aspek metakognisi.
Apabila kesedaran ini wujud, murid dapat mengawal
fikirannya untuk merancang, memantau dan menilai
apa yang dipelajari .
STRATEGI METAKOGNISI

  Pelajar mengawal pembelajarannya
  dengan:

   I. Merancang apa yang ingin
        dipelajari.
   Ii. Memantau kemajuan
        pembelajaran diri.
   Iii Menilai apa yang
       dipelajari.
KEMAHIRAN MERANCANG



   •   Meramal

   • Menyediakan diri

   • Membuat perancangan
KEMAHIRAN MEMANTAU

    Kemahiran ini memerlukan: Murid bertanya
    soalan seperti:

   Adakah ini membawa makna kepada saya?
   Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan?
   Apakah soalan yang harus saya tanyakan?
KEMAHIRAN MENILAI
Murid perlu membuat refleksi:

Mengapa kemahiran, nilai dan pengetahuan dapat
dikuasai ?

Bagaimanakah sesuatu dapat dijalankan ?

Dengan pengetahuan itu pelajaran baru dipelajari
dengan strategi yang sesuai.
 CARA MENGAJAR METAKOGNISI


Metakognisi tidak perlu diajar sebagai
satu mata pelajaran.
Metakognisi     perlu disisipkan dalam
kaedah mengajar, perkembangan
staf dan proses penyeliaan.
STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN
METAKOGNISI
MERANCANG
 Sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan,
  guru mengajarkan peraturan yang patut
  dipatuhi , strategi untuk menanangi masalah
  dan hala tuju yang harus diikuti.
 Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu
  memberi peluang kepada murid untuk
  berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan
  pandangan tingkah laku mereka.
 Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu
   meminta murid menilai sejauh mana
   peraturan itu dipatuhi .
KEPENTINGAN MENYOAL PADA SEMUA
PERINGKAT METAKOGNISI

Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan
fikiran.

Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri
mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca,
mendengar, melihat dan menonton sesuatu.
PEMILIHAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA




Bincang dengan murid tentang pemilihan mereka dari
segi kesan baik dan buruk sebelum keputusan dibuat.

Ini akan membantu pelajar mengikuti proses
metakognisi .
MENILAI DENGAN PELBAGAI KRITERIA

Guru harus memberikan peluang kepada murid
untuk membuat refleksi dan mengkategorikan
tindakan mereka mengikut dua atau lebih kriteria
penilaian sama ada

       - membantu atau menghalang;

       - yang disukai dan tidak disukai; atau

       - baik dan buruk sesuatu aktiviti.
     MENGAMBIL KREDIT

Guru harus meminta pelajar
mendapatkan maklum balas daripada
rakan dengan mengajukan soalan seperti:

   Bagaimanakah            Apakah tindakan
     tindakan itu                yang
   harus diberikan          membanggakn
   pengiktirafan?             diri anda?
MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR
Pelajar harus menanyakan beberapa soalan:

“Apakah informasi yang diperlukan?”
“Apakah alatan yang diperlukan?”
“Apakah kemahiran yang diperlukan untuk
 melakukan tingkah laku berkenaan?”

Soalan ini akan memberikan kesedaran dan
pengetahuan kepada pelajar tentang batasan yang
diketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru,
keyakinan murid dapat dipertingkatkan.
MENGGALAKKAN IDEA DARIPADA MURID

Guru boleh membantu murid dalam metakognisi
dengan mengemukakan frasa-frasa tertentu atau
memparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkan
mereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya:


GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya
      ialah …

GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu
      saya tentang …
MEMBERIKAN LABEL BAGI SESUATU
TINDAKAN
Guru boleh menyedarkan pelajar tentang tingkah laku
kognitif mereka dengan memberikan label bagi
tindakan itu dengan memuji dan memberi kan
pengiktirafan seperti:

“Bagus, kamu sedang membuat satu rangka
tindakan yang baik bagi …”
“ Apa yang kamu semua buat adalah satu
 eksperimen yang baik.”
“Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuan
kepada rakan dan itu adalah satu sifat yang
baik.”
MENERANGKAN MAKSUD PERKATAAN


 Biasanya murid mengeluarkan perkataan
 seperti“tidak adil‟, „tidak baik‟, “sangat tegas.”

 Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah
 yang dimaksudkan “tidak adil”, “tidak baik”,
 atau “sangat tegas” kepada murid.
MAIN PERANAN DAN SIMULASI

Dengan kaedah main peranan murid dapat
membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan
membuat modifikasi secara metakognitif tingkah laku
dan sifat peranan tersebut.

Simulasi memberi mereka peluang untuk memikirkan
bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi
berlainan.
              MENULIS JURNAL
Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu
pengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Ini
membantu murid:

- Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan
  mereka dalam bentuk simbolik / grafik.

- Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan
  persepsi asal dengan keputusan baru.

- Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara
  membuat keputusan.

- Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan
  mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami.
           MEMBERIKAN TELADAN


   Contoh teladan oleh guru dan menjadi
    ikutan oleh murid adalah proses sangat
    berkesan.

    Untuk tujuan ini, guru hendaklah
    menunjukkan dengan jelas bagaimana guru
    merancang, mengenal pasti dan menilai
    sesuatu tingkah lakunya supaya murid dapat
    mencontohinya.
PENGURUSAN MASA

Murid yang berjaya biasanya mempunyai:
 1. Jadual waktu
 2. Perancangan yang tersusun dan
    sistematik.
Apakah jadual waktu dan
Perancangan ?
 Jadual Waktu
    Pembahagian masa hari ke hari yang terperinci
    dan merangkumi:
    1. Sesi pembelajaran
    2. Aktiviti-aktiviti lain.

 Perancangan
 Pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran
 dan aktiviti-aktiviti lain.
Bagaimana menghasilkan jadual
waktu persendirian?
   Tentukan masa untuk sesuatu
    mata pelajaran.
   Pilih keutamaan.
   Tumpuan kepada topik sukar.
   Pembahagian sama rata hari ke
    hari.
   Pilih masa yang paling sesuai.
   Peruntukan masa untuk aktiviti-
    aktiviti lain.
Selain belajar, masa harus
diperuntukkan untuk :
             Berehat.
             Membuat kerja rumah.
             Bersukan.
             Membantu ibu bapa
             Aktiviti yang diminati
             Kelas tambahan
Apakah kelebihan mempunyai
jadual waktu?
 Mengurangkan pembaziran waktu.
 Fokus pada pelajaran.
 Teratur.
 Mengambil kira semua mata pelajaran.
 Keutamaan.
 Melatih diri supaya tidak menangguhkan
  kerja.
GAYA PEMBELAJARAN
Mengapa perlu mengenal pasti gaya
pembelajaran?

   Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran
    yang berbeza.
   Fokus terhadap apa yang diperlajari
   Memaksimumkan hasil pembelajaran.
Apakah Gaya Pembelajaran?
1.   Gaya pembelajaran VAK
2.   Gaya pembelajaran Dunn & Dunn
1. Gaya pembelaran VAK
VISUAL

             AUDITORI



KINESTETIK
2. Gaya Dunn & Dunn
Berasaskan beberapa aspek :

   Alam Sekitar
   Emosi
   Sosiologi
   Fizikal
   Psikologi
Alam Sekitar
                Bunyi
                Cahaya
                Suhu
                Pola
Emosi
 Motivasi
 Ketabahan
 Tanggung    jawab
 Struktur
Sosiologi
             Sendiri
             Pasangan
             Rakan Sebaya
             Pasukan
             Guru
             Pelbagai cara
Fizikal
   Persepsi
   Makan
   Waktu
   Gerakan
Psikologi
   Global atau Analitik
   Otak Kiri atau Otak Kanan
   Impulsive atau Refleksif
PERSEDIAAN MENGHADAPI
PEPERIKSAAN
Peperiksaan
memberikan
pelbagai pengalaman
RISAU
SUKA
DUKA
KECEWA
dan sebagainya….
SEBELUM PEPERIKSAAN
   Bersedia
   Latihan
   Tidur secukupnya
   Yakin
   Makan secukupnya
   Awal
   Tenang
   Jangan mengulang kaji pada saat-saat akhir
SEMASA PEPERIKSAAN
              Baca arahan dengan
               teliti
              Anggarkan masa
              Teruskan kepada
               soalan yang lebih
               mudah
              Jangan panik
              releks
GURU PERLU:
   Bantu murid tekun
    belajar.
   Tingkatkan minat
    murid terhadap kerja
    sekolah.
   Bantu murid memberi
    perhatian.
   Ajar murid teknik
    belajar yang betul
Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu

Tingkatan :    Empat
Masa      :    80 minit
Tajuk    :     Berita / Laporan Sukan
Bidang :       Maklumat dan Interpersonal

Hasil pembelajaran:

   7.1 Mengenal pasti dan menyatakan
    gambaran keseluruhan, idea, utama dan isi
    penting tentang pelbagai bahan yang
    didengar, dibaca dan ditonton.
   7.2 Memahami dan menyatakan maksud
Aras 1 (i) Mendengar dan memahami pelbagai teks.
       (ii) Mengenal pasti dan menyatakan gambaran
            umum dan idea utama dalam pelbagai bahan.

 1.4        Bersoal jawab secara bertatasusila dengan
            menggunakan soalan pelbagai aras.
Aras 1 (v) Mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi
idea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan jawapan
yang sesuai dalam
perbualan secara bertatasusila.

Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulis
Sistem bahasa: Kosa kata
Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan
menulis
Sistem bahasa: Kosa kata
Ilmu: Sukan
Peraturan Sosiobudaya: bekerjasama, bertolak ansur
dan patriotisme
Kemahiran bernilai tambah: - Belajar Cara Belajar
(merujuk kamus, membuat nota ringkas dan
metakognisi)
    - Kajian Masa Depan
Langkah pengajaran dan pembelajaran:

1. Murid mendengar rakaman audio muzik
   montaj rancangan sukan TV, dan
   bersoal jawab tentang irama, lagu tema yang
   didengar. (set induksi)

2. Guru mengemukakan soalan sebelum
   memperdengarkan rakaman audio
   laporan sukan dan mencatat isi penting
   kepada murid. (metakognisi)
3. Murid dan guru bersoal jawab untuk
   mendapatkan gambaran keseluruhan
   kandungan dan format laporan sukan yang
   didengar.
4. Murid mendengar rakaman audio temu bual
   dengan seorang ahli sukan
   terkenal dan menyenaraikan isi penting.
   (kemahiran mencatat isi)
5. Murid menyenaraikan isi penting dan
   membandingkan jawapan dengan
   senarai isi yang disediakan oleh guru.
6. Guru mengedarkan teks temu bual dan
   menerangkan cara mengesan isi
   penting dalam teks tersebut. (kemahiran
   mengenal isi penting)
7. Murid membaca teks yang diedarkan dan
   mengesan perkataan sukar serta
   merujuk kamus untuk mengetahui makna
   perkataan mengikut konteks kemahiran
   merujuk.
8. Murid menjalankan main peranan sebagai
   pemain badminton negara dan wartawan.
   Murid mengulas tentang teknik penyoalan
   dan kata yang digunakan dalam temu bual.
   Guru membuat ulasan dan rumusan.
9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti
   dalam bentuk dialog

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:231
posted:8/22/2011
language:Malay
pages:90
Description: Strategi Mengajar Kemahiran Tulisan Dan Menulis document sample