Docstoc

Teknik Belajar Berkesan Matematik-upsr

Document Sample
Teknik Belajar Berkesan Matematik-upsr Powered By Docstoc
					                                   TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                       2011/Sept

    Pernyataan Hakcipta:
    Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian Ebook ini dalam apa
    jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
    atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak maths-catch.com.Pihak Kami boleh
    mengambil tindakan tegas melalui saluran undang-undang jika didapati anda melanggar hakcipta ini.

    Penafian Penulisan:
    Pihak penerbit (penulis) berusaha sedaya upaya memastikan buku (Ebook) yang diterbit ini
    mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan.Soalan-
    soalan yang dibekalkan bukanlah soalan bocor tetapi soalan ramalan yang dibuat kajian secara
    ilmiah melalui statistik soalan tahun-tahun lepas. Penerbit Ebook ini tidak boleh dianggap
    memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat professional yang lain kepada
    pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat
    profesional daripada pakar yang berkelayakan.

    Bantuan Teknikal:
    Segala permasalahan teknikal anda ketika melakukan teknik yang diberikan didalam Ebook ini
    haruslah di hantar ke bahagian support di mathscatch@gmail.com




 UPSR   FOKUS A+
 2011

  Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com       MATHS     Catch
                                                                                                        1
                                   TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                               2011/Sept




    Sekapur Sirih…
    Pertama sekali kami ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada anda kerana telah Berjaya
    memuat turun Pakej Kertas Soalan Ramalan Matematik 2011 ini.Strategi atau teknik yang ditulis didalam
    ebook ini adalah berdasarkan pengalaman dan hands-on kami sendiri, sebagai salah seorang guru yang mana
    kami berharap ia juga dapat dimanfaatkan oleh anak-anak anda nanti.Pakej ini telah dibuat sebegini rupa iaitu
    mengunakan medium e-book tidak seperti mana yang dilakukan sebelum ini iaitu menggunakan buku-buku
    fizikal.Tujuan utama selain disebabkan kos adalah supaya apa yang dibincangkan akan terus kepada anda
    tanpa melalui proses editing,suntingan dan beberapa lagi,yang mana ada beberapa pendedahan didalam
    ebook ini saya berasa yakin pasti akan disunting terlebih dahulu kerana atas sudut perniagaan.walaubagai
    manapun dengan menggunakan medium ebook ini sudah pasti segala isi kandunganya akan terus kepada anda
    dengan cepat dan tepat.Lebih-lebih lagi kami juga menyediakan versi “kemaskini” yang mana boleh dikirimkan
    ke email anda walaupun masa hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum peperiksaan..Oleh itu besar
    harapan kami moga-moga ebook Kertas Soalan Ramalan matematik ini akan memberi sejuta manfaat dan
    makna kepada anda.Sekiranya anda mengikut segala panduan mudah yang telah kami berikan ,adalah dijamin
    anak-anak anda pasti beroleh kejayaan.




 UPSR    FOKUS A+
 2011

  Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com             MATHS       Catch
                                                                                                                    2
                                   TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                           2011/Sept

    Pengenalan

    Tahukah anda tahap penguasaan matematik itu terbahagi kepada 4 tahap. Secara lazimnya
    penguasaan matematik makin bertambah sejajar dengan pertambahan usia. Jadi semakin kita
    meningkat dewasa semakin bertambah pengetahuan kita dan ini tidak terbatas atau khusus untuk
    matematik sahaja, ia merangkumi semua benda yang kita pelajari. 4 tahap penguasaan matematik
    itu boleh dibahagi kepada berikut iaitu;

    1. Tahap kanak-kanak

    Masa yang paling baik untuk merangsang perkembangan otak kanak-kanak adalah semasa mereka
    berumur 4 hingga 6 tahun dan pada tahap ini mereka mudah menerima apa yang diajar kepada
    mereka dan mereka amat meminati mempelajari benda-benda yang baru. Pada tahap ini anda
    sebagai ibu bapa ( yang sama waktu dengannya ) perlu memainkan peranan dengan mendedahkan
    mereka dengan sistem pernomboran. Ajarlah mereka dengan asas-asas pengiraan 1 - 10 dan ajar
    mereka agar tahu dan kenal nombor-nombor tersebut.

    2. Tahap kanak-kanak remaja

    Tahap kanak-kanak remaja adalah disekitar antara 7 hingga 12 tahun dan pada tahap ini mereka
    berada di sekolah rendah. lazimnya mereka telah diajar dan didedahkan dengan operasi asas
    matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain daripada itu mereka juga diajar dengan
    pelbagai teknik pembelajaran, operasi matematik dan terma-terma matematik selain didedahkan
    dengan pecahan, peratus, statistik dan pelbagai operasi lain yang selalu digunakan didalam
    kehidupan seharian kita.

    3. Tahap remaja

    Tahap remaja dikira dari usia 13 tahun sehingga usia 17 tahun dan pada tahap ini mereka berada di
    peringkat sekolah menengah. Sejajar dengan perkembangan usia dan perkembangan otak, mereka
    diajar matematik algebra dan matematik diskrit yang lebih rumit sedikit. Pada tahap ini mereka
    dianggap telah menguasai matematik dengan baik dan apabila melanjutkan pelajaran ketahap
    universiti kelak, mereka akan berdepan dengan pelajaran matematik yang lebih khusus dengan
    bidang pengajian yang mereka ikuti. Amat malang sekiranya asas matematik mereka lemah sekiranya
    berada ditahap ini..( related untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak).

    4 . Tahap umum

    Tahap ini dikira dari umur 18 tahun keatas dan tahap ini merupakan tahap dimana mereka telah
    dapat menguasai matematik seperti aljebra dan matematik diskrit dengan begitu baik secara
    keseluruhannya. Dan amat-amat malang sekiranya ditahap ini anak-anak anda hanya mampu
    menguasai 40% - 50% matematik secara keseluruhannya. Bayangkan matematik yang akan mereka
    pelajari mengikut bidang yang dipilih..cuba anda pilih satu bidang untuk anak anda ikuti di universiti
    atau kolej atau politeknik atau sebagainya. Katakan bidang Kejuruteraan Elektrik di Politeknik ( ini
    adalah contoh)..peringkat sijil dan diploma. Semester 1 sehingga sehingga semester 6 semuanya ada
    subjek matematik. Itu belum lagi matematik kejuruteraan khusus untuk elektrik.kita tidak dapat lari
 UPSR FOKUS A+
 2011

  Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com          MATHS      Catch
                                                                                                             3
                                   TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                       2011/Sept

    dari perkara-perkara yang berkaitan dengan matematik. Perkara penting disini ialah asas matematik
    perlulah kuat kerana apabila asas matematik telah kuat, mahir, cekap dan pintar, letaklah didalam
    bidang apa sekalipun pasti tidak gentar dan tidak akan menghadapi Masalah.Persoalan disini
    bagaimana jika anak kita memang ditakdirkan lemah Matematik?.erm boleh kah kita katakan
    ditakdirkan? Jawapanya tidak..anak-anak kita tidak ditakdirkan untuk menjadi lemah
    Matematik.Habistu Kenapa anak saya terlalu lemah dengan Matematik..tinggal beberapa bulan
    sahaja lagi UPSR ni..Disini sebenarnya kita perlu mengenal penyakit dahulu kemudian barulah kita
    berikan rawatan yang sewajarnya.Berikut saya senaraikan beberapa sebab “Kenapa Anak-anak kita
    Lemah Matematik”

    2 Sebab Anak-anak kita Lemah Matematik (Mesti Baca!)

    SEBAB PERTAMA

    Asas Matematik yang lemah. Oleh kerana pelajaran matematik bersifat membangun atau
    mengembang (developmental), pelajar yang sudah ketinggalan di peringkat bawah akan menghadapi
    kesukaran mengikuti dan memahami pelajaran di peringkat lanjut. Jangan pelik jika anak anda lemah
    Matematik pada UPSR ,kemudianya dia akan terus lemah Matematik pada PMR dan peringkat
    SPM.Kenapa?

    Jika Anak Anda GAGAL Dalam Matematik UPSR? Apakah
    Kesannya?

    Kesannya pada peringkat PMR dan SPM nanti!
    Ini kerana Matematik merupakan subjek bersifat membangun dan berkait-kait.

    TAK PERCAYA?Lihat Contoh Bagaimana ianya berkait Dari UPSR kepada PMR dan kepada SPM
    dibawah:




 UPSR   FOKUS A+
 2011

  Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com       MATHS     Catch
                                                                                                        4
                                     TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                                2011/Sept




     CONTOH 1 :VOLUME
KETIKA UPSR                      KETIKA PMR                       KETIKA SPM




Diatas adalah contoh Soalan          Diatas adalah contoh Soalan          Diatas adalah contoh Soalan SPM
UPSR SEBENAR 2010 nombor             PMR SEBENAR 2009 nombor              SEBENAR 2010 nombor 5 Kertas 2
18 Kertas 2                          19 Kertas 1

Chap : Volume                        Chap : Solid Geometry I              Chap : Solid Geometry I & II

Cara Penyelesian:                    Cara Penyelesian:                    Cara Penyelesian:
Pelajar Perlu mengetahui formula     Pelajar Perlu mengetahui formula     Pelajar Perlu mengetahui formula Isipadu Cube
Isipadu Cube iaitu                   Isipadu Cube iaitu                   iaitu

Isipadu = Panjang x Lebar x Tinggi   Isipadu = Panjang x Lebar x Tinggi   Isipadu = Panjang x Lebar x Tinggi
Volume = Length x Width x Height     Volume = Length x Width x Height     Volume = Length x Width x Height

                                     Asas dari UPSR                       Asas dari UPSR dan PMR
Kesimpulan
Contoh Diatas merupakan salah satu bukti dimana matematik ini berkait-kait.Ketiga-tiga soalan ini merupakan
soalan peperiksaan sebenar.perbezaan bagi ketiga-tiga soalan diatas sebenarnya pada tahap kesukaran
sahaja.Asas dan formulanya tetap SAMA iaitu bermula sejak dari UPSR lagi.




 UPSR     FOKUS A+
  2011

   Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com              MATHS     Catch
                                                                                                                     5
                                        TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                                  2011/Sept


     CONTOH 2 :AREA
KETIKA UPSR                          KETIKA PMR                      KETIKA SPM




CONTOH diatas adalah Soalan              CONTOH diatas adalah Soalan         CONTOH diatas adalah Soalan SPM
UPSR SEBENAR 2010 nombor                 PMR SEBENAR 2010 nombor             SEBENAR 2008 nombor 4 Kertas 2
36 Kertas 1                              23 Kertas 1


Cara Penyelesian:                        Cara Penyelesian:                   Cara Penyelesian:
Secara asasnya pelajar perlu             Secara asasnya pelajar perlu        Secara asasnya pelajar perlu mengetahui
mengetahui formula Luas segiempat dan    mengetahui formula Luas segiempat   formula luas segitiga
luas segitiga                            dan luas segitiga

                                    Asas dari UPSR                   Asas dari UPSR dan PMR
Kesimpulan
Contoh Diatas merupakan salah satu bukti dimana matematik ini berkait-kait.Ketiga-tiga soalan ini merupakan
soalan peperiksaan sebenar.perbezaan bagi ketiga-tiga soalan diatas sebenarnya pada tahap kesukaran
sahaja.Asas dan formulanya tetap SAMA iaitu bermula sejak dari UPSR lagi.Jika anda bandingkan soalan pada
UPSR dan PMR sudah hampir sama bukan?Untuk SPM pula arasnya dipertingkan.Pelajar perlu juga
mengetahui formula asas luas segitiga untuk menjawab soalan ini.




 UPSR     FOKUS A+
  2011

   Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com                MATHS     Catch
                                                                                                                       6
                                    TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                                      2011/Sept

     Ada sesetengah bahagian didalam matematik UPSR ini akan memberi kesan pada bab berlainan pada
     PMR dan SPM nanti.Sebagai contoh..Lihat Apa akan jadi jika Pelajar UPSR LEMAH pada tajuk
     Pecahan (Fraction)


     CONTOH 3
KETIKA UPSR                    KETIKA PMR                               KETIKA SPM
                                                    4                                      2h - 3
                                                 1+ y                           Given that        + 2h = - 1, then h =
                                             1      5                                         4
                                   Express -          as a single fraction in          2h - 3
                                            4x 5xy
                                                                                Diberi        = 2h - 1, maka h =
                                   its simplest form.                                    4
                                                       4                            1                          1
                                                    1+ y                        A                        C -
                                                 1     5                            6                          6
                                   Ungkapkan -            sebagai satu              1                           1
                                                4x 5xy
                                                                                B                        D -
                                   pecahan dalam bentuk termudah.                   10                         10

                                                                    [4 marks]

CONTOH diatas adalah Soalan CONTOH diatas adalah Soalan                         CONTOH diatas adalah Soalan SPM
UPSR SEBENAR 2010           PMR SEBENAR 2010 nombor 9                           SEBENAR 2010 nombor 22 Kertas 1
nombor 36 Kertas 1          Kertas 2

Chap : Fraction                    Chap : Fraction                              Chap : Linear equation

Cara Penyelesian:                  Cara Penyelesian:                            Cara Penyelesian:
Secara asasnya pelajar perlu       Secara asasnya pelajar perlu mengetahui      Secara asasnya pelajar perlu mengetahui asas
mengetahui asas penambahan dan     asas penambahan dan penolakan bagi           penambahan dan penolakan bagi sesuatu
penolakan bagi sesuatu pecahan     sesuatu pecahan iaitu mestilah samakan       pecahan iaitu mestilah samakan nilai
iaitu mestilah samakan nilai       nilai PEMBAWAH dahulu.                       PEMBAWAH dahulu.
PEMBAWAH dahulu.
                                   Asas dari UPSR                               Asas dari UPSR dan PMR

Kesimpulan
Contoh Diatas merupakan salah satu bukti dimana matematik ini berkait-kait lagi.Ketiga-tiga soalan ini
merupakan soalan peperiksaan sebenar. Apa beza pada UPSR dan PMR?.pada peringkat UPSR hanya bermian
dengan nombor sahaja.Pada peringkat PMR pula arasnya dipertingkatkan dengan diletakkan anu tidak
diketahui (Unknown) iaitu x dan y.Tetapi asasnya tetap sama pelajar perlu samakan nilai pembawahnya
dahulu.Pada peringkat SPM pula tajuknya adalah Linear equation.Jika pelajar gagal menguasai tajuk pecahan
ketika di UPSR dulu maka sudah pasti pelajar tidak mampu menjawab soalan mudah ini.asasnya serupa
sahaja.SAMAKAN NILAI PEMBAWAH terlebih dahulu.

     Jika diikutkan banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan kesan jika anak anda GAGAL menguasai
     matematik UPSR SECARA LANGSUNG untuk subjek matematik pada peringkat PMR dan SPM
     nanti.Ramai sebenarnya tidak melihat kesan jangka panjang jika anak-anak anda lemah dalam
     matematik pada peringkat UPSR.Ini belum dikira kesan SECARA TIDAK LANGSUNG nanti.
     Percaya atau tidak pelajar yang lemah Matematik akan juga lemah pada subjek-subjek yang ada
     hubungkait dengan Matematik seperti sains,perakauanan,fizik dan kimia.Saya belum pernah berjumpa
     dengan mana-mana pelajar yang lemah Matematik tapi hebat dalam matapelajaran fizik ,kimia ,
 UPSR    FOKUS A+
  2011

   Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com                 MATHS       Catch
                                                                                                                          7
                                   TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                         2011/Sept

    perakaunan ataupun Matematik tambahan.Ini adalah disebabkan kunci kejayaan bagi subjek-subjek
    ini adalah dari matematik itu sendiri.Itu belum dikira apabila mereka melangkah kealam Universiti
    nanti.Jika anak anda bercita-cita menjadi Jurutera (Mechanical Engineer) contohnya antara perlu anak
    anda belajar adalah seperti berikut

    Semester 1: Trigonometry,Algebra,
    Asas- Matematik,Matematik tambahan

    Semester 2 : Calculus I,Physics,Chemistry
    Asas- Matematik,Matematik Tambahan,Fizik,Kimia

    Semester 3 : Static,Strength of Mechanic (Kajian tentang kekuatan bahan)
    Asas- Matematik,Matematik Tambahan,Fizik

    Semester 4 :Fluid Mechanics (Kajian tentang bendalir)
    Asas- Matematik,Matematik Tambahan,Fizik,Kimia

    Semester 4 :Dynamic (kajian tentang pergerakan bahan)
    Asas- Matematik,Matematik Tambahan,Fizik,Kimia

    Semester 5 : Thermodynamic (kajian tentang suhu dan applikasi contohnya “Air cond”)
    Asas- Matematik,Matematik Tambahan,Fizik,Kimia

    Semester 6 : Material Science (kajian tentang bahan”)
    Asas- Matematik,Matematik Tambahan,Fizik,Kimia,science

    Semester 7 : Component Machine Design (kajian tentang rekabentuk mesin )
    Asas- Matematik,Matematik Tambahan,Fizik,Lukisan dan teknologi kejuruteraan

    Semester 8 : Electrical and Electronic (Kajian tentang komponen elektrik dan elektronik)
    Asas- Matematik,Matematik Tambahan,Fizik,Kimia

    Nah!.....Sekarang anda sudah tahu bukan kesan dan BAHAYANYA jika anak anda Gagal menguasai
    matematik UPSR ini.Saya telah pun susun susur galurnya dari UPSR sehinggalah kepada Universiti.

    JANGAN BUAT KESILAPAN INI.
    Oleh itu wahai ibu bapa anda perlu merasa bimbang pada anak-anak anda pada ketika ini [ Tahun 4,5
    dan 6].Jika anda mahu berikannya tuisyen saya cadangkan anda berbuat demikian KETIKA INI
    JUGA.Tiada Keraguan..Kalau mahu hantarnya ke Kem MOTIVASI,BENGKEL dan sebagainya juga
    baiklah berbuat demikian KETIKA INI JUGA...Inilah kesilapan terbesar saya lihat kalangan
    ibubapa yang berhabis-habisan untuk anak-anak mereka ketika mereka ditingkatan
    5.Kononnya inilah waktu halatuju “yang akan menentukan masa depan mereka”.Wahai ibubapa jika
    anda beranggapan begitu anda sebenarnya melakukan kesilapan besar.Anda harus ingat jika anak
    anda lemah asas Matematik pada peringkat UPSR ini bermakna anak-anak anda sedang menangung
    RISIKO UNTUK GAGAL dalam matapelajaran Matematik,Matematik tambahan,fizik,kimia,sains
    dan beberapa subjek lagi pada peringkat SPM.Hanya DISEBABKAN LEMAH SATU SUBJEK
 UPSR   FOKUS A+
 2011

  Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com         MATHS      Catch
                                                                                                           8
                                   TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                        2011/Sept

    sahaja anak-anak anda akan lemah dalam BANYAK subjek lagi. Oleh itu Kenapa tidak anda berhabis-
    habisan untuk anak anda ketika mereka diusia ini (UPSR)? INGAT! Asas pelajaran matematik tidak
    bermula daripada darjah satu kerana pada usia tujuh tahun, kira-kira 95 peratus kemampuan otak-saraf
    sudah pun terbina.(baca kembali pada muka surat 3). Maka itu, tidak hairanlah kalau ada pelajar kita
    yang gagal dalam matematik di peringkat darjah satu lagi.



    BAGAIMANA MENGATASINYA?
    Di sinilah letaknya PERANAN IBUBAPA dalam memastikan anak anda yang berumur 0-7 tahun
    membina potensi yang diperlukan untuk menguasai bahasa dan memahami konsep matematik.

    Jika ini tidak dilakukan, kemungkinan besar anak anda akan ditinggalkan jauh oleh rakan-rakan
    mereka yang mendapat pendedahan dan pendidikan asas yang lebih sempurna.Jika anak-anak anda
    sudah melewati tempoh masa ini (0-7 tahun),jangan bimbang masih belum terlambat untuk anda
    membimbing mereka.Apa yang perlu anda lakukan mengenal pasti dimana tahap penguasaan
    matematik anak-anak anda.Bagaimana caranya?mudah sahaja .pada peringkat UPSR jika anak anda
    lemah dengan sifir bermakna lemahlah dia dengan keseluruhan matematik.Disini anda sudah nampak
    bukan,penyakit utama adalah sifir,jadi rawatan utama juga adalah pada sifir tadi.Bukan pada yang
    lain.Tidak perlu menghantar anak-anak anda ke kem motivasi ,kem bina semangat dan banyak lagi
    jika anak-anak anda sebenarnya tidak memerlukanya.Pada ketika ini anak anda perlukan rawatan
    secara intensif untuk peningkatan sifir.Percayalah anda sebagai ibubapa merupakan GURU terbaik
    untuk anak-anak anda.

    CARA 1

    Cara mudah yang sangat-sangat berkesan yang boleh anda lakukan adalah dengan anda sendiri
    mengajar mereka sifir Matematik.Begini caranya katakan anda membawa keluar anak-anak anda
    bersiar-siar atau ke gedung-gedung beli belah, dalam perjalanan pasti akan banyak kereta lalu lalang
    bukan? apa yang perlu anda katakan kepada anak anda, adik cuba lihat kereta kat depan tu,berapa no
    plat keretanya.Katakan nombornya adalah BHU4190..Minta anak anda untuk membuat operasi
    penambahan 4+1+9+0 berapa jawapanya?atau boleh juga buat operasi pendaraban 4X1X9X0 berapa
    nilainya?Gunakan kreativiti anda untuk bertanyakan soalan supaya nampak lebih santai dan
    menyeronokkan.mungkin pada mulanya anak-anak anda tak boleh jawab atau perlukan masa sehingga
    5 minit,10 minit atau 15 minit.Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberikan galakan dan
    membuat analisa.Mungkin minggu pertama anak anda perlukan masa 15 minit.Lihat pula pada minggu
    Hadapan masih 15 minit ?atau semakin pantas.Percayalah jika anda lakukan ini setiap hari dengan
    bertanyakan padanya 3-4 soalan ,matematik anak anda akan lebih pantas.Tujuan saya meminta anda
    menggunakan cara ini adalah untuk mengelakkan mereka berasa bosan menghafal sifir semata-
    mata..Cara begini secara praktikalnya telah membantu ramai kalangan pelajar saya yang lemah
    Matematik dahulu.Hasil kerjasama yang baik antara saya dengan ibubapa hasilnya sangatlah
    membanggakan.Sehinggakan ada kalangan ibubapa yang memberitahu, anak saya sekarang pantang
    nampak kereta ,tak payah tanya dia dah jawab dah.siap tanya kat saya lagi.Kadang-kadang siap ajak
    mak dengan abah dia lawan lagi,siapa lagi cepat dapat jawapan…Sekarang terpulanglah kepada anda
    untuk melakukanya..

 UPSR   FOKUS A+
 2011

  Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com        MATHS      Catch
                                                                                                           9
                                   TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                         2011/Sept

    CARA 2

    Saya tahu tidak semua dikalangan anda ibubapa yang mempunyai banyak masa bukan.Tambahan pula
    kalau kedua-dua suami dan isteri bekerja.mana mungkin anda mempunyai masa untuk mengajar
    matematik pada anak-anak anda secara konsisten.
    Cara kedua ini adalah anda perlulah mengantar anak anda pada Pusat tuisyen atau orang
    perseorangan.Secara jujurnya saya lebih suka anda hantarkan anak anda yang sangat lemah kepada
    orang perseorangan,atau tutor peribadi.Saya fikir jika anda mahu jimat cari sahaja pelajar universiti
    yang berdekatan dengan rumah anda.Ini akan membuatkan anak anda mendapat pembelajaran secara
    khusus.Jangan lupa beritahu pada tutor tersebut anak anda lemah pada sifir atau lain-lain kelemahan
    yang paling ketara anda lihat.Anda sebenarnya buang DUIT jika tetap hantarkan anak anda yang
    sangat lemah ke pusat tuisyen walaupun yang didalam kelasnya ada 10-15 orang sahaja.KENAPA?
    Berdasarkan pengalaman saya kebanyakan mereka ini malu dan rasa rendah diri dengan kawan-kawan
    sekelasnya.Walaupun ada banyak soalan yang ingin ditanya tetapi terpaksa dibiarkan kerana takut
    NAMPAK BODOH sangat pula kalau tanya banyak.Inilah yang bermain difikiran mereka ini.JADI
    anda perlu kesan tahap kelemahan anak anda.JANGAN TERLALU PERCAYA dengan kata-kata
    manis pusat tuisyen dan rekod cemerlangnya.

    MASALAH KEDUA KENAPA ANAK ANDA LEMAH MATEMATIK
    -Rasa Gerun dengan Matematik
    Masalah rasa gerun ini sebenarnya berpunca daripada kurang keyakinan pada diri sendiri. Pelajar
    seperti ini sebelum mencuba atau sebelum membaca soalan sudah menyerah kalah dan mengatakan
    dirinya tidak boleh. Mereka ‘begitu yakin’ akan gagal.Masalah sebegini biasanya terjadi pada
    pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.Ada juga sebilangan kecil pelajar
    yang mempunyai asas Matematik yang agak baik juga mengalami sindrom rasa “Gerun” ini.Gerun
    disini saya boleh bahagikan kepada dua jenis iaitu

           Gerun ketika belajar Matematik dan
           Gerun ketika menduduki peperiksaan Matematik

    Punca Utama bagi Gerun Ketika Belajar Matematik ini adalah disebabkan oleh perasaan malu,kurang
    keyakinan dan boleh juga kita sifatkan oleh Masalah jiwa Pelajar itu sendiri.Kebiasanya Pelajar
    sebegini belum mencuba atau kadang-kadang belum membaca soalan sudahpun mengaku kalah.Untuk
    mengatasi masalah ini,anak-anak anda perlu diajar dengan membuat latihan yang mudah-mudah
    dahulu.Bagaimana yang dimaksudkan mudah?Anda harus faham soalan peperiksaan dirangka dalam
    beberapa tahap iaitu mudah,sederhana dan sukar.Ini bermakna tidak semua soalan adalah sukar.saya
    beri contoh begini apa yang saya cuba maksudkan untuk anda.Jika anda mempunyai anak yang akan
    menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi anda boleh berikan soalan-soalan yang mudah seperti
    ini.Contoh Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR 2009 ,Soalan Nombor 13 (7148+189-
    356=).Ini adalah contoh soalan yang mudah .tetapi jika mereka masih mengatakan susah,apa kata anda
    mudahkan sedikit jadikan begini (7000+100-300=?).beginilah yang perlu anda lakukan.Tujuan Utama
    adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak anda dengan soalan bertaraf peperiksaan atau
    paling tidakpun mirip-mirip peperiksaan..jangan mudahkan mereka dengan memberi soalan sebegini
    (7+1-3=?).Percayalah soalan sebegini tidak membantu pun anak-anak anda pada peringkat UPSR dan
    keatas..Sekarang anda sudah tahu bukan apa yang saya maksudkan dengan menjawab soalan-soalan
    yang mudah.Tujuanya sudah pasti untuk hilangkan dalam minda mereka matematik itu terlalu susah
    sehinggakan menimbulkan kegerunan kepada mereka.
 UPSR   FOKUS A+
 2011

  Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com         MATHS      Catch
                                                                                                            10
                                    TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                                 2011/Sept

    Gerun ketika menduduki peperiksaan Matematik.Ini juga merupakan faktor penyumbang kegagalan
    Utama anak-anak kita gagal mendapat keputusan yang baik setiap kali peperiksaan besar ataupun
    hanya ujian bulanan.Pernahkan anda melihat anak-anak anda bertungkus lumus belajar
    matematik,setiap hari pergi tuisyen,atau dia beritahu kepada anda dia sudahpun belajar sungguh-
    sungguh matematik ,hampir semua soalan sudah berjaya dijawab tetapi setiap kali menjelang
    peperiksaan mesti kecundang jua.Ada juga beberapa pelajar saya yang menghadapai masalah
    sebegini.Saya cuba mencari jawapan bagi persoalaan ini.Ok, perkara pertama disini yang perlu kita
    faham ada dikalangan pelajar yang sudahpun membuat latihan.Latihtubi juga dilakukan hampir setiap
    hari.tetapi bila “exam”tidak boleh buat juga.Kadang-kadang membuat terlalu banyak latihtubi juga
    bukanya membantu tetapi akan menjadikan anak-anak kita menjadi cepat bosan,penat dan terkeliru.Ini
    berpunca latih tubi yang dibuat tidak mempunyai matlamat yang jelas.Matlamat disini seperti yang
    saya terangkan sebelum ini iaitu anda perlu menjadikan soalan Bertaraf peperiksaan sebagai matlamat
    utama,manakala soalan latih tubi adalah soalan yang diguna pakai untuk membantu anak anda
    menjawab soalan peperiksaan tadi.jumlah latihan latih tubi bergantung sejauh mana anak anda sudah
    mampu menjawab soalan peperiksaan sebenar tersebut..jika hanya dengan membuat 4 soalan latih tubi
    dia sudah mampu menjawab Soalan Bertaraf Peperiksaan,maka jumlah tersebut sudah memadai untuk
    mereka.KESILAPAN TERBESAR PELAJAR adalah mereka membuat latihtubi beratus-ratus tetapi
    tanpa matlamat,atau lebih tepat main semborono jerrr…Pelajar juga tidak tahu apakah soalan yang
    sewajarnya mereka jadikan latih tubi dan mereka juga tidak tahu apakah soalan atau tajuk yang
    sepatutnya mereka perbanyakkan latihtubi.Akhirnya bila masuk exam mereka jadi keliru .Untuk
    memudahkan anda faham sila lihat contoh dibawah

    Ini merupakan Cth Soalan Bertaraf PEPERIKSAAN
     Soalan Ramalan Matematik UPSR Kertas 2 2011 [Maths Catch Network]
    . LANGKAH 1
    Sebagai contoh anak anda akan menduduki Peperiksaan UPSR 2011 tahun ini. Anda cuba minta dia membuat
    soalan ramalan yang telah kami sediakan ini dalam masa ditetapkan..Dan buat semakan jawapan sertaberikan
    markah pada diri sendiri atau boleh juga anda tolong semakan.

    LANGKAH 2
    Kenalpasti kesalahannya dari segi nama tajuk atau bab.
    Katakan anak anda salah pada soalan no 14.(Lihat contoh Soalan ramalan Kertas 2 edisi final ).
                           14
                              (604 + 856) ÷ 5 =
                                                    [2 marks]



    Ini merupakan Soalan Contoh yang akan keluar didalam kertas 2 bagi tajuk Whole Number.Disini anak anda
    perlukan rawatan khusus iaitu latihtubi khas untuk tajuk ini jika dia salah.



    Bagaimana cara memberi rawatan?
    LANGKAH 3
    Caranya begini dapatkan mana-mana soalan yang mirip dengan soalan diatas mungkin dari buku teks,buku-
    buku latihan,soalan percubaan atau soalan peperiksaan sebenar.dan cuba 2-3 soalan sehingga
    faham.kemudianya cuba kembali membuat soalan ramalan diatas.Cuba jangan beri dia lihat jalan kerja soalan
    ramalan ini dahulu.hanya lihat jawapan sebagai semakan.Masih tak boleh buat.?

 UPSR    FOKUS A+
 2011

  Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com              MATHS       Catch
                                                                                                                11
                                         TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                                           2011/Sept

    LANGKAH 4
    Ulang kembali langkah 3 dengan cara cari lagi soalan y mirip dengan soalan ramalan diatas (sebaiknya ambil
    soalan peperiksaan sebenar) dan kemudian ulang balik buat soalan ramalan diatas. Jumlah soalan latih tubi ini
    bergantung sejauh mana anak anda sudah mampu menjawab soalan peperiksaan sebenar tersebut.Ada
    kemungkinan anak anda perlukan 10 soalan latih tubi untuk membantu beliau menjawab Soalan Ramalan
    diatas.Dengan menggunakan cara ini anak-anak anda secara tidak langsung telahpun mengkaji
    bagaimana menjawab soalan tersebut dan secara tidak langsung didedahkan dengan SOALAN-
    SOALAN BERTARAF PEPERIKSAAN.Mereka akan membuat latih tubi berdasarkan matlamat
    iaitu fokus utama untuk menyelesaikan soalan Ramalan itu.

                                                        Latih Tubi 1
                                                         UPSR ‘09

                         Latih Tubi 6
                                                                                     Latih Tubi 2
                          UPSR ‘04
                                                           FOKUS                      UPSR ‘08

                                                       Soalan Ramalan



                       Latih Tubi 5
                        UPSR ‘05                                                   Latih Tubi 3
                                                                                    UPSR ‘07
                                                Latih Tubi 4
                                                 UPSR ‘06

    Kelebihan utama cara ini adalah pelajar secara tidak langsung akan mengenal tajuk soalan (kenal tajuk
    baru tahu formula nak pakai),mengenal format soalan,mengetahui trend soalan peperiksaan
    terdahulu,apa yang pernah keluar dan apa yang belum pernah keluar disamping mengelakkan pelajar
    terkeliru apabila menjawab soalan pepriksaan nanti.

    Jika anda lihat pada soalan ramalan yang telah disediakan kami telahpun membuat analisis untuk
    anda.Oleh itu manfaatkan.Lihat cth
               Latih Tubi 1                      Latih Tubi 2                 Latih Tubi 3             Latih Tubi 4
                UPSR’07                           UPSR’08                      UPSR’09                  UPSR’10


            Q14-Analysis Whole Number
              UPSR’07                         UPSR’08                        UPSR’09                     UPSR’10
         Soalan keluar No 14           2 soalan pernah keluar           Soalan keluar No 14         Soalan keluar No 11
           (252 + 84) ÷ 14        (a) 83407 – 945 -1826 =               7148 + 189 – 356 =            605 – 437 ÷ 14
                                  (b) 1735 – 689 + 97
          QUESTION 14           Whole Number
    14     (604 + 856) ÷ 5 =


                                               Soalan                                                              [2 marks]
                                              Ramalan                                                            [2 markah]



 UPSR      FOKUS A+
 2011

  Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com                      MATHS       Catch
                                                                                                                           12
                                   TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                               2011/Sept

    KERTAS SOALAN RAMALAN UPSR MATEMATIK (Maths catch Network)




    6 CIRI-CIRI UTAMA seperti berikut
        1. Analisis dan contoh soalan Peperiksaan sebenar terdahulu dari tahun 2000-2010.
        2. Exam Tips bagi membantu pelajar mencetus idea ketika menjawab soalan.
        3. Soalan Ramalan yang disusun berdasarkan analisis soalan Peperiksaan terdahulu
        4. Nama Tajuk bagi setiap soalan juga diletakkan bagi membantu pelajar mengenal pasti tajuk
           soalan sekaligus mengenal pasti formula atau operasi yang perlu digunakan (bagi soalan Edisi Final
           Kertas 2 sahaja)
        5. Mengandungi Soalan yang disertakan JAWAPAN dan CADANGAN JALAN PENGIRAAN bagi
           kertas 1 dan kertas 2.Kebanyakan buku dipasaran tiada Jalan Pengiraan untuk kertas 1
        6. Modul ini juga mengandungi Skema Pemarkahan bagi soalan Kertas 2 bertujuan melatih
           pelajar melihat sendiri Jalan kerjanya mempunyai markah atau tidak.Ramai sekali pelajar yang berjaya
           mendapat Jawapan dengan tepat tetapi tiada Jalan Pengiraan disertakan dan ada juga yang agak gopoh
           dengan membuat singkatan bagi jalan pengiraanya.


    Tahukah anda hampir semua Pelajar cemerlang mengatakan mereka menjadikan soalan-soalan bertaraf
    peperiksaan atau soalan tahun-tahun lepas sebagai medan latihan mereka.Cuba anda lihat apa yang
    dikatakan oleh Nur Amalina didalam akhbar tentang bagaimana beliau mempelajari matapelajaran
    matematik tambahan dahulu.
    Nur Amalina :
         Saya berminat dengan Matematik Tambahan kerana berpendapat subjek ini senang sekiranya
           memahami konsep sebenarnya
         Suka dengan aktiviti pengiraan dan penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran berfikir
         Saya suka cabaran terutama cabaran yang susah
         Tidak dinafikan saya membuat banyak latihan dan latih-tubi. Saya membuat hampir semua
           soalan tahun-tahun lepas.
         Saya dapati setiap tahun soalan yang keluar mengikut pattern (corak) yang sama, Cuma
           angkanya sahaja yang berubah. Ini memudahkan saya mendapat 100%.




 UPSR    FOKUS A+
 2011

  Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com             MATHS      Catch
                                                                                                                  13
                                     TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK
SPECIAL EDITION
    SULIT                                                                         2011/Sept

    Apa Nur Amalina buat apabila ‘stuck’ ketika menyelesaikan masalah dalam Matematik
    Tambahan?
       Saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya sendiri dan merujuk buku-buku bagi mencari
         maklumat.
       Check jalan, mungkin ada yang tersilap
       Rujuk masalah lepas yang telah diselesaikan, mungkin ada persamaan
       Pastikan formula yang digunakan betul
       Sekiranya masih tidak dapat, berbincang bersama rakan-rakan di dalam study group tentang
         soalan tersebut dan menyelesaikannya secara bersama.
             Jalan terakhir adalah bertanya kepada guru

    Disini jelas pentingnya anak anda membuat persediaan dengan cara menjawab soalan bertaraf
    peperiksaan bagi mengelakkan mereka merasa gerun ketika menghadapai peperiksaan sebenar
    nanti.Tidaklah mereka terkejut lagi bila masuk dewan peperiksaan nanti.Ini kerana soalan peperiksaan
    sebenar hanya dipusing-pusing sedikit sahaja dengan soalan-soalan terdahulu.(Lihatlah contoh
    diatas).. Disebabkan permasalahan ini saya telah pun membuat sedikit kajian dan telah pun merangka
    soalan-soalan yang boleh anak-anak anda manfaatkan didalam peperiksaan nanti.Soalan-soalan
    Ramalan ini dirangka bagi mengatasi Masalah-masalah yang telah kita bincangkan sebelum ini.Antara
    ciri-ciri Soalan Ramalan ini adalah seperti berikut:

        1. Setiap Soalan diletakkan nama tajuk atau nama bab bagi memudahkan ulangkaji
        2. Setiap soalan dibekalkan analisis soalan Peperiksaan sebenar untuk membantu Pelajar melihat
           trend soalan yang pernah dan belum keluar
        3. Setiap Set soalan direkabentuk dengan „design‟ yang menarik oleh pereka bentuk professional
           untuk membangkitkan mood ketika proses ulangkaji.
        4. Setiap jawapan disediakan bersama soalan dan jalan pengiraan yang tepat.

    Jika anda lihat ciri-ciri umum diatas Kertas soalan yang disediakan ini dirangka Khusus untuk
    mengatasi segala masalah yang telah kita bincangkan sebelum ini.Apa yang perlu anda lakukan
    dorong anak-anak anda untuk membuat latihan didalam ebook soalan Ramalan ini dan cuba juga
    mengenal pasti Masalah-masalah yang dihadapi.Anda dinasihatkan untuk membaca sekurangnya 2
    atau 3 kali artikel ini..harap membantu.sekian dulu dari kami.




    Ikhlas dari,
    MATHS Catch
    M.Rajaei & Maths Catch Team
    Maths Catch Network Specialist
    Maths Catch Network
    website :http://www.maths-catch.com
    emel: :mathscatch@gmail.com [dijamin dijawab dalam masa 24 jam]
    Talian Hotline : 012-6500995 8.30 a.m-4.30 ptg
    Kuala Lumpur



 UPSR       FOKUS A+
 2011

  Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com         MATHS     Catch
                                                                                                           14

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:711
posted:8/19/2011
language:Malay
pages:14
Description: Soalan UPSR