Surat Perjanjian Pinjaman Ke Bank Dengan Jaminan SENARAI SEMAKAN DOKUMEN by vuy78772

VIEWS: 209 PAGES: 20

More Info
									                            SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN OLEH PELAJAR


NAMA PELAJAR                               :
NOMBOR KAD PENGENALAN PELAJAR :
INSTITUSI                                            :


 BIL                                                       PERKARA                                               Untuk kegunaan
        DOKUMEN TAWARAN                                                                                              PTPTN

  1       Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan                                                                            ____ set

  2       Akuan Penerimaan                                                                                             ____ set

  3       Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4                                                                                ____ set

  4       Perjanjian Pinjaman Pendidikan                                                                               ____ set

  5       Lampiran Perjanjian Pinjaman Pendidikan                                                                      ____ set

e.g 6     Jaminan                                                                                                      ____ set

                                                         DOKUMEN SOKONGAN

  1       Salinan Kad Pengenalan

  2       Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  3       Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT

          Salinan buku akaun (muka surat yang tercatat nombor akaun)/Slip/Pengesahan nombor akaun persendirian
  4
          mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT.

          Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain.
e.g 5
          Contoh : STPM/Diploma/Matrikulasi/Ijazah Pertama/Sarjana

          Salinan Borang Cukai Pendapatan (B/BE/EA/EC)/Slip Gaji/Kad Pesara/borang atau surat pengesahan
e.g 6     pendapatan   IBUBAPA/PENJAGA      PERTAMA       (1)/PASANGAN     (sekiranya   ibubapa/penjamin
          pertama/pasangan pemohon bekerja)

          Salinan Borang Cukai Pendapatan (B/BE/EA/EC)/Slip Gaji/Kad Pesara/borang atau surat pengesahan
e.g 7
          pendapatan IBUBAPA/PENJAGA KEDUA (2) (sekiranya ibubapa / penjamin pertama pemohon bekerja)

          Salinan Borang Cukai Pendapatan (B/BE/EA/EC)/Slip Gaji/Kad Pesara/borang atau surat pengesahan
e.g 8
          pendapatan PEMOHON (sekiranya pemohon bekerja)

          Salinan Borang Cukai Pendapatan (B/BE/EA/EC)/Slip Gaji/Kad Pesara/borang atau surat pengesahan
e.g 9
          pendapatan PASANGAN PEMOHON (sekiranya pasangan pemohon sudah bekerja)

e.g 10    Salinan Sijil Kematian/surat pengesahan kematian jika BAPA PEMOHON telah meninggal dunia.

e.g 11    Salinan Sijil Kematian/surat pengesahan kematian jika IBU PEMOHON telah meninggal dunia.

e.g 12    Salinan keputusan peperiksaan semester sebelumnya

e.g 13    Surat pengesahan masih belajar dari IPT.

                                                         MAKLUMAT PELAJAR

  1       Nombor Akaun Bank                               <<BANK ACCOUNT NUMBER>>

  2       Nama Penjamin 1 dan Pendapatan Bersih          <<1st GUARANTOR NAME>> <<NET INCOME>>

  3       Nama Penjamin 2 dan Pendapatan Bersih          <<2nd GUARANTOR NAME>> <<NET INCOME>>


Untuk kegunaan PTPTN sahaja:

STATUS PERMOHONAN: TERIMA / TOLAK

Catatan: ________________________________________________________________________________________________________


Disemak oleh (Pegawai PTPTN):



_________________________
(Nama Pegawai & Cop Rasmi Jawatan)                                              Tarikh : _____________________
                                                                                          PTPTN-P-02/1-2004 Pin.3

                PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
                Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana                                Telefon: 03 - 2092 7788
                Off Jalan Semantan                                                 Faks: 03 - 20942769/20983769
                Damansara Heights                                                  Laman Web: www.ptptn.gov.my
                50490 Kuala Lumpur                                                   Emel: penyata@ptptn.gov.my


APPLICANT NAME                                                                   YYYY/APPLICATION NUMBER
APPLICANT PERMANENT ADDRESS LINE 1                                                      OFFER LETTER DATE
APPLICANT PERMANENT ADDRESS LINE 2
POSTCODE CITY
STATE


SURAT TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah ditawarkan Pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti berikut:

(i)       INSTITUSI                                       INSTITUITION NAME
(ii)      JURUSAN                                         STREAM
(iii)     KURSUS/PROGRAM                                  COURSE NAME
(iv)      JENIS PENGAJIAN                                 TYPE OF ENROLMENT
(v)       PERINGKAT PENGAJIAN                             LEVEL OF STUDIES
(vi)      TEMPOH PEMBAYARAN PINJAMAN                      DISBURSEMENT PERIOD
                                   MULAI                  DISBURSEMENT START DATE
                                   HINGGA                 DISBURSEMENT END DATE
(vii)     PINJAMAN YANG DILULUSKAN                        APPROVED AMOUNT
(viii)    NAMA BANK                                       BANK NAME
(ix)      NOMBOR AKAUN BANK                               BANK ACCOUNT NUMBER
(x)       TEMPOH BAYARAN BALIK                            REPAYMENT PERIOD ( IN NUMBER OF MONTHS)
(xi)      ANGGARAN ANSURAN BULANAN*                       RM INSTALLMENT AMOUNT
         * (Ansuran bulanan sebenar akan dimaklumkan bersama Notis Bayaran Balik tertakluk kepada peraturan
            pembayaran balik yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa)

2.       Sekiranya tuan/puan bersetuju menerima tawaran ini, sila lengkapkan Akuan Penerimaan, Jaminan dan
Perjanjian Pinjaman Pendidikan (PTPTN-P-03/1-2004 Pin.3) dan kembalikan bersama-sama dokumen
sokongan kepada PTPTN semasa sesi serahan dokumen-dokumen berkaitan kepada pegawai PTPTN di IPT
pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Sekiranya dokumen-dokumen tersebut tidak dikembalikan dengan lengkap
pada tarikh yang dinyatakan, tawaran ini boleh dibatalkan oleh PTPTN atas budi bicara mutlaknya.

3.      Walau apapun peruntukan di dalam surat ini, PTPTN berhak meminda syarat-syarat dan terma-terma
yang ditetapkan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan dan tuan/puan adalah tertakluk kepada pindaan-
pindaan tersebut. PTPTN juga berhak menarik balik tawaran ini tanpa perlu memberi sebarang sebab.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”                                                  BARCODE ID NO

                                                                        APPLICATION ID BAR CODE
Saya yang menurut perintah,

(WAN AHMAD BIN WAN YUSOFF)                             (Nota: Sila gunakan nombor ini bersama dengan nombor kad
b.p. Ketua Eksekutif                                   pengenalan untuk semakan penyata kira-kira melalui laman web)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional


                        Dokumen ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan




                             “Dana Pendidikan Pemangkin Pembangunan Negara”                                     1/6
                                                                                    PTPTN-P-02/1-2004 Pin.3




                                           AKUAN PENERIMAAN




NAMA PELAJAR                               : APPLICANT NAME
NOMBOR KAD PENGENALAN                      : APPLICANT ID NO
KURSUS/PROGRAM                             : COURSE NAME
INSTITUSI                                  : INSTITUTION NAME
NOMBOR SURAT TAWARAN                       : OFFER LETTER NUMBER
TARIKH SURAT TAWARAN                       : OFFER LETTER DATE
NOMBOR AKAUN BANK                          : BANK ACCOUNT NUMBER
NAMA BANK                                  : BANK NAME




Saya seperti nama di atas telah membaca dan memahami segala syarat dan terma pinjaman seperti yang
dinyatakan di dalam Surat Tawaran Pinjaman mengikut nombor dan tarikh surat tawaran yang tertera di atas.


Saya bersetuju menerima tawaran pinjaman pendidikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
seperti yang terkandung dalam surat ini.


Saya juga mengesahkan bahawa nombor kad pengenalan, kursus/program dan institusi, nombor akaun dan
nama bank yang tertera di atas adalah betul.




Tandatangan : ……………………………………..




Tarikh :……………………………………………...
                                                                                  ID NO BARCODE

                                                                               APPLICATION NO BAR CODE




                                                                                                         2/6
                                                                                    PTPTN-P-02/1-2004 Pin.3




                                           SURAT KEBENARAN 1



NAMA PELAJAR                            APPLICANT NAME
NOMBOR KAD PENGENALAN                   ID NO
ALAMAT                                  APPLICANT PERMANENT ADDRESS LINE 1
                                        APPLICANT PERMANENT ADDRESS LINE 2
                                        POSTCODE CITY
                                        STATE

Tarikh


Kepada;




Tuan,

KEBENARAN / KEIZINAN PEMOTONGAN BIASISWA/PINJAMAN UNTUK BAYARAN BALIK PINJAMAN
PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

NOMBOR SURAT TAWARAN : OFFER LETTER NO                        TARIKH : OFFER LETTER DATE

Saya seperti nama di atas, dengan ini bersetuju memberi kebenaran/keizinan kepada tuan supaya memotong
sebahagian/sejumlah amaun yang ditentukan oleh PTPTN daripada biasiswa/pinjaman pelajaran saya yang
diperolehi selain daripada PTPTN untuk dibayar kepada PTPTN sebagai bayaran balik Pinjaman Pendidikan
PTPTN.

2.      Surat kebenaran ini adalah sebagai memenuhi sebahagian syarat-syarat pinjaman pendidikan yang
diluluskan oleh PTPTN mengikut Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan seperti di atas.

3.       Surat ini sah sehingga keseluruhan pinjaman tersebut dilunaskan.


Sekian, terima kasih.




Yang benar,


                                                                               ID NO BARCODE

                                                                            APPLICATION NO BAR CODE
…………………………
(Tandatangan Pelajar)


                                                                                                       3/6
                                                                                PTPTN-P-02/1-2004 Pin.3




                                        SURAT KEBENARAN 2




NAMA PELAJAR                         APPLICANT NAME
NOMBOR KAD PENGENALAN                ID NO
ALAMAT                               APPLICANT PERMANENT ADDRESS LINE 1
                                     APPLICANT PERMANENT ADDRESS LINE 2
                                     POSTCODE CITY
                                     STATE

Tarikh


Kepada;




Tuan,

KEBENARAN / KEIZINAN MENGHUBUNGI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI/KUMPULAN WANG
SIMPANAN PEKERJA / PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL / BANK / MANA-MANA AGENSI LAIN
UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR

NOMBOR SURAT TAWARAN : OFFER LETTER NO                   TARIKH : OFFER LETTER DATE

Saya seperti nama di atas, membenarkan PTPTN untuk menghubungi agensi-agensi yang tersebut di atas bagi
tujuan mendapatkan maklumat-maklumat peribadi saya pada bila-bila masa diperlukan.

2.      Surat kebenaran ini adalah sebagai memenuhi sebahagian syarat-syarat pinjaman pendidikan yang
diluluskan oleh PTPTN mengikut Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan seperti di atas.



Sekian, terima kasih.




Yang benar,


                                                                            ID NO BARCODE

…………………………                                                              APPLICATION NO BAR CODE
(Tandatangan Pelajar)


                                                                                                   4/6
                                                                                    PTPTN-P-02/1-2004 Pin.3




                                         SURAT KEBENARAN 3



NAMA PELAJAR                          APPLICANT NAME
NOMBOR KAD PENGENALAN                 ID NO
ALAMAT                                APPLICANT PERMANENT ADDRESS LINE 1
                                      APPLICANT PERMANENT ADDRESS LINE 2
                                      POSTCODE CITY
                                      STATE



Tarikh


Kepada;




Tuan,

KEBENARAN / KEIZINAN PEMOTONGAN PINJAMAN PENDIDIKAN UNTUK BAYARAN YURAN
PENGAJIAN KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) PELAJAR

NOMBOR SURAT TAWARAN : OFFER LETTER NO                      TARIKH : OFFER LETTER DATE

Saya seperti nama di atas, dengan ini bersetuju memberi kebenaran/keizinan kepada tuan supaya memotong
daripada pinjaman pendidikan saya sejumlah amaun yang ditentukan oleh PTPTN atau IPT saya untuk
bayaran yuran pengajian yang dikenakan oleh universiti, kolej atau institusi di mana saya mengikuti kursus
pengajian.

2.      Surat kebenaran ini adalah sebagai memenuhi sebahagian syarat-syarat pinjaman pendidikan yang
diluluskan oleh PTPTN mengikut Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan seperti di atas.




Sekian, terima kasih.




Yang benar,


                                                                               ID NO BARCODE
………………………….
(Tandatangan Pelajar)                                                      APPLICATION NO BAR CODE



                                                                                                       5/6
                                                                                    PTPTN-P-02/1-2004 Pin.3




                                           SURAT KEBENARAN 4



NAMA PELAJAR                            APPLICANT NAME
NOMBOR KAD PENGENALAN                   ID NO
ALAMAT                                  APPLICANT PERMANENT ADDRESS LINE 1
                                        APPLICANT PERMANENT ADDRESS LINE 2
                                        POSTCODE CITY
                                        STATE

Tarikh


Kepada;




Tuan,

KEBENARAN / KEIZINAN PEMOTONGAN GAJI KEPADA MAJIKAN BERKENAAN UNTUK BAYARAN
BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

NOMBOR SURAT TAWARAN : OFFER LETTER NO                        TARIKH : OFFER LETTER DATE

Saya seperti nama di atas, dengan ini bersetuju memberi kebenaran/keizinan kepada tuan supaya memotong
sebahagian/sejumlah amaun yang ditentukan oleh PTPTN daripada gaji saya untuk dibayar kepada PTPTN
sebagai bayaran balik Pinjaman Pendidikan PTPTN.

2.      Surat kebenaran ini adalah sebagai memenuhi sebahagian syarat-syarat pinjaman pendidikan yang
diluluskan oleh PTPTN mengikut Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan seperti di atas.

3.       Surat ini sah sehingga keseluruhan pinjaman tersebut dilunaskan.


Sekian, terima kasih.




Yang benar,


                                                                               ID NO BARCODE
………………………….
(Tandatangan Pelajar)                                                       APPLICATION NO BAR CODE




                                                                                                       6/6
                                                                                 PTPTN-P-03/1-2004 Pin.3




                        PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

                              PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

1. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian I Jadual
Pinjaman ANTARA Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional suatu pertubuhan perbadanan yang
ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (kemudian daripada ini
disebut “PERBADANAN”) sebagai pihak pertama DENGAN pelajar seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian
II   Jadual Pinjaman yang beralamat seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian III Jadual Pinjaman
(kemudian daripada ini disebut “PELAJAR”) sebagai pihak kedua .

 2. Sebagai balasan bagi Perkara-Perkara yang tersebut di dalam Lampiran Perjanjian Pinjaman
 Pendidikan, PERBADANAN dengan ini bersetuju untuk meminjamkan kepada PELAJAR wang berjumlah
 seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian IV Jadual Pinjaman (kemudian daripada ini disebut “Jumlah
 Tersebut”) yang akan dibayar secara berperingkat seperti yang dinyatakan dalam Fasal 3 Lampiran
 Perjanjian ini untuk sepanjang tempoh pembayaran pinjaman yang telah diluluskan oleh PTPTN. Jumlah
 tersebut akan dibayar oleh PERBADANAN terus kepada akaun bank PELAJAR di bank seperti yang
 dinyatakan di dalam Bahagian V Jadual Pinjaman, yang disahkan oleh PELAJAR bernombor seperti yang
 dinyatakan di dalam Bahagian VI Jadual Pinjaman atau lain-lain cara yang diputuskan lebih sesuai oleh
 PERBADANAN dari semasa ke semasa.


3. Pelajar dengan ini bersetuju untuk membayar balik Jumlah Tersebut berserta dengan kos pentadbiran
seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian VIII Jadual Pinjaman kepada PERBADANAN dalam tempoh
bayaran balik seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian IX Jadual Pinjaman bermula dari Tarikh Permulaan
Bayaran Balik seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian X Jadual Pinjaman.

4. Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan seperti yang
dinyatakan di dalam Bahagian VII Jadual Pinjaman dan apa-apa tambahan atau pindaan kepadanya,
Lampiran Perjanjian Pinjaman Pendidikan dan apa-apa Pekeliling Rasmi PERBADANAN yang dikeluarkan
oleh PERBADANAN dari semasa ke semasa melalui apa-apa cara sekali pun hendaklah dibaca bersama dan
menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.




                                                                                                   1/12
                                                                                   PTPTN-P-03/1-2004 Pin.3




                                          JADUAL PINJAMAN
 BAHAGIAN             PERKARA                                    BUTIR-BUTIR
 I)           Tarikh Perjanjian         Pada DD Haribulan MM Tahun YYYY
 II)          Nama PELAJAR              Nama: APPLICANT NAME
                                        No. Kad Pengenalan: ID NO
 III)         Alamat PELAJAR            APPLICANT PERMANENT ADDRESS LINE 1
                                        APPLICANT’S PERMANENT ADDRESS LINE 2
                                        POSTCODE CITY
                                        STATE
 IV)          Jumlah Pinjaman Yang
                                        RM APPROVED AMOUNT
              Diluluskan
 V)           Nama Bank                 BANK NAME
 VI)          No. Akaun Bank            BANK ACCOUNT NUMBER

 VII)         No. Surat Tawaran         YYYY/APPLICATION NUMBER
                                        INTEREST RATE e.g: 3% p.a or 5% p.a ke atas baki prinsipal
 VIII)        Kos Pentadbiran
                                        berkurangan
 IX)          Tempoh Bayaran Balik      LOAN TENURE
              Tarikh Permulaan          Secara ansuran bulanan tidak lewat dari e.g: enam (6) bulan /
 X)
              Pembayaran Balik          satu (1) bulan selepas tamat tempoh pembayaran pinjaman.




PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS, saya mengakui bahawa saya telah membaca dan memahami syarat-
syarat dan terma-terma pinjaman yang dinyatakan di dalam Perjanjian Pinjaman Pendidikan ini termasuk
Lampiran Perjanjian Pinjaman Pendidikan yang akan dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada
Perjanjian ini dan pihak-pihak yang tersebut dalam perjanjian ini BERSETUJU menurunkan tandatangan
dan meterai mereka di sini pada haribulan dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian I Jadual
Pinjaman untuk mematuhi segala syarat dan terma Pinjaman Pendidikan ini.




Ditandatangani oleh PELAJAR                                  )       ………………………………………
                                                                         (Tandatangan PELAJAR)
Nama PELAJAR: APPLICANT NAME


Disaksikan oleh:
Nama Saksi:                                                  )
No. Kad Pengenalan:                                          )


Cop Rasmi Jawatan dan Jabatan:                               )       …………………………………………
                                                                       (Tandatangan Saksi PELAJAR)




                                                                                                        2/12
                                                         PTPTN-P-03/1-2004 Pin.3




Ditandatangani bagi pihak PERBADANAN   )     ………………………………………
                                           (Tandatangan Pegawai PERBADANAN)


Nama Pegawai: ……………………………………………………………………………………………………………


Disaksikan oleh:
Nama Saksi:                            )
No. Kad Pengenalan:                    )


Cop Rasmi Jawatan dan Jabatan:         )     ………………………………………
                                            (Tandatangan Saksi PERBADANAN)




                                                                           3/12
                                                                                    PTPTN-P-03/1-2004 Pin.3




                         PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL



                       LAMPIRAN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN


BAHAWASANYA PERBADANAN telah bersetuju untuk memberikan pinjaman, ( kemudian daripada ini disebut
“Pinjaman Tersebut”) kepada PELAJAR tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian
Pinjaman Pendidikan.


MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI DAN DIAKUI PERKARA-PERKARA BERIKUT:-


1.     PELAJAR, dengan ini bersetuju:

       (a) bahawa PELAJAR, akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kursus pengajian yang diikuti
           dengan menghadiri kuliah, tutorial, latihan amali dan sebagainya serta memasuki semua ujian atau
           peperiksaan yang disyaratkan dalam kursus pengajiannya di universiti, kolej atau institusi
           sebagaimana yang diluluskan oleh PERBADANAN;

       (b) bahawa PELAJAR, semasa dalam tempoh kursus pengajian itu, akan mematuhi apa-apa peraturan
           dan tatatertib sebagaimana yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa dalam universiti, kolej atau
           institusi tersebut;

       (c) bahawa PELAJAR, semasa dalam tempoh kursus pengajian itu tidak akan menjadi ahli atau
           mengambil bahagian di dalam parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan badan atau kumpulan
           sama ada di dalam atau di luar institusi, yang tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau
           kepentingan Malaysia kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak
           yang diberi kuasa meluluskannya di setiap institusi tersebut;


       (d) bahawa PELAJAR, bertanggungjawab sepenuhnya membayar daripada Pinjaman Tersebut segala
           yuran pengajian dan apa-apa kos lain yang dikenakan oleh universiti, kolej atau institusi di mana
           PELAJAR mengikuti kursus pengajian tersebut;


       (e) bahawa Pinjaman Tersebut dikenakan kos pentadbiran ke atas baki prinsipal berkurangan mulai
           Tarikh Permulaan Bayaran balik Pinjaman Tersebut:


       (f) bahawa penentuan tarikh sebenar tamat tempoh pembayaran pinjaman dalam Perjanjian Pinjaman
           Pendidikan adalah ditentukan oleh PERBADANAN atas budi bicara mutlaknya;


       (g) bahawa PELAJAR, akan membayar balik semua Pinjaman Tersebut berserta kos pentadbiran
           (kemudian daripada ini disebut “Keseluruhan Pinjaman Tersebut”) kepada PERBADANAN secara
           ansuran bulanan;



                                                                                                       4/12
                                                                                      PTPTN-P-03/1-2004 Pin.3




        (h) bahawa segala maklumat berkaitan dengan Perjanjian Pinjaman Pendidikan boleh diberikan oleh
               PERBADANAN kepada mana-mana biro pinjaman atau agensi yang diluluskan oleh Bank Negara
               Malaysia, mana-mana biro lain yang diluluskan oleh Persatuan Syarikat-syarikat Kewangan di
               Malaysia dan pihak-pihak ketiga lain yang berkemungkinan berurusan dengan PELAJAR dan,
               pihak PERBADANAN tidak akan menanggung apa-apa liabiliti jika berlaku sebarang kerugian
               atau kehilangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. PERBADANAN juga berhak
               pada bila-bila masa untuk meminta pihak-pihak di atas menahan apa-apa kemudahan yang
               dipohon oleh PELAJAR; dan

        (i) membenarkan PERBADANAN menyiarkan maklumat PELAJAR yang gagal menjelaskan
            Keseluruhan Pinjaman Tersebut dalam tempoh yang ditetapkan oleh PERBADANAN di dalam
            mana-mana siaran media sebaran am termasuk akhbar, televisyen dan radio. PERBADANAN tidak
            akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, secara langsung atau tidak langsung, yang
            diakibatkan oleh pendedahan berkenaan, sama ada kepada PERBADANAN atau mana-mana
            pihak lain.


2.      Bagi pelajar Diploma dan Ijazah Pertama jurusan Sains dan Teknologi yang diberi pinjaman tambahan
sebanyak RM500 setahun, jumlah ini hendaklah dibayar balik oleh PELAJAR bersama-sama Keseluruhan
Pinjaman Tersebut tetapi bayaran balik pinjaman RM500 ini adalah dikecualikan daripada bayaran kos
pentadbiran.


3.      Pinjaman Tersebut akan dibayar secara berperingkat mengikut kaedah pengajian yang dijalani oleh
PELAJAR (penggal atau semester) yang dikira secara pro-rata. Jika PELAJAR digantung mana-mana penggal
atau semester, atau memperolehi keputusan peperiksaan bagi semester tersebut kurang daripada tahap yang
ditetapkan oleh PERBADANAN dari semasa ke semasa, maka PERBADANAN berhak menggantung
pembayaran Pinjaman Tersebut bagi tempoh penggantungan itu. Pembayaran Pinjaman Tersebut boleh atas
budi bicara mutlak PERBADANAN disambung semula apabila PELAJAR menyambung semula pengajian atau
mendapat keputusan peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN. Walau apapun yang
tersebut di atas, PERBADANAN boleh menurut budi bicara mutlaknya untuk menentukan kaedah pembayaran
yang sesuai bagi PELAJAR. PERBADANAN juga berhak untuk menamatkan Perjanjian Pinjaman Pendidikan
sekiranya PELAJAR menamatkan pengajiannya lebih awal daripada tempoh Pembayaran Pinjaman Tersebut.


4.      Sekiranya PELAJAR perlu untuk menukarkan nombor akaun dan bank kepada yang baru, PELAJAR
hendaklah memaklumkan nombor akaun dan bank yang baru itu secara bertulis kepada PERBADANAN
secepat mungkin dan surat berkenaan hendaklah dibaca bersama-sama dan menjadi sebahagian daripada
Perjanjian Pinjaman Pendidikan.


5.      Sekiranya Pinjaman Tersebut dibayar oleh PERBADANAN dengan cara bayaran terus kepada
universiti, kolej atau institusi berkenaan, potongan bagi bayaran yuran pengajian akan dibuat oleh universiti,
kolej atau institusi mengikut amalan/peraturan universiti, kolej atau institusi berkenaan. PELAJAR adalah




                                                                                                         5/12
                                                                                   PTPTN-P-03/1-2004 Pin.3




dikehendaki membuka akaun bank dan memaklumkan kepada universiti, kolej atau institusi nombor akaun
masing-masing.


6.      Untuk melindungi kepentingan PERBADANAN akibat kematian atau apa-apa kecacatan kekal yang
dialami oleh PELAJAR di sepanjang tempoh pembayaran Pinjaman Tersebut dan tempoh bayaran balik
Keseluruhan Pinjaman Tersebut, PERBADANAN adalah berhak mengikut budi bicara mutlaknya mengambil
dan memenuhi apa-apa prosedur bagi mengambil termasuk memberikan akad bagi pihak PELAJAR
perlindungan insurans yang mencukupi untuk melindungi sepenuhnya Keseluruhan Pinjaman Tersebut
daripada penawar pakej insurans yang diluluskan oleh PERBADANAN dan PELAJAR adalah dikehendaki
menanggung semua kos termasuk sumbangan bagi perlindungan insurans tersebut. PELAJAR adalah dengan
ini memberi persetujuan yang tidak boleh dibatalkan untuk membenarkan PERBADANAN memotong terus kos
perlindungan insurans ini mengikut kaedah yang ditetapkan oleh PERBADANAN daripada Pinjaman Tersebut
yang dikeluarkan oleh PERBADANAN kepada PELAJAR.


7.      Lembaga Hasil Dalam Negeri atau mana-mana ejen lain yang dilantik oleh PERBADANAN menjadi
ejen pemungutan untuk dan bagi pihak PERBADANAN untuk mendapatkan pembayaran balik Keseluruhan
Pinjaman Tersebut yang kena dibayar balik oleh PELAJAR kepada PERBADANAN adalah berkuasa
memaklumkan secara bertulis kepada seseorang majikan yang mengambil PELAJAR bekerja untuk memotong
daripada gaji PELAJAR apa-apa jumlah wang yang merupakan amaun bayaran balik bulanan yang
dikehendaki daripada PELAJAR bagi tujuan pelepasan Keseluruhan Pinjaman Tersebut dan kemudiannya
diremitkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri atau mana-mana ejen lain yang dilantik. Bagi PELAJAR yang
bekerja sendiri PELAJAR hendaklah membuat pembayaran balik Keseluruhan Pinjaman Tersebut terus kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri atau mana-mana ejen lain yang dilantik mengikut amaun bayaran balik bulanan
Keseluruhan Pinjaman Tersebut yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Pinjaman Pendidikan atau di dalam
notis bayaran balik yang dihantar kepada pelajar.


8.      Tiada apa-apa yang terkandung dalam Fasal 7 boleh menjejaskan hak dan kuasa PERBADANAN
untuk menuntut bayaran balik Keseluruhan Pinjaman Tersebut terus daripada PELAJAR.


9.      Bagi PELAJAR yang gagal membuat pembayaran balik Keseluruhan Pinjaman Tersebut menurut
Perjanjian Pinjaman Pendidikan, PERBADANAN boleh memberi notis kepada PELAJAR supaya membayar
balik baki Keseluruhan Pinjaman Tersebut termasuk ansuran bulanan yang tertunggak sekaligus dalam satu
bayaran dan, sebagai tambahan, boleh mengenakan kos pentadbiran ke atas jumlah ansuran bulanan yang
tertunggak itu bagi tempoh yang mana ansuran itu tertunggak.


10.     PELAJAR adalah bertanggungjawab memaklumkan kepada PERBADANAN alamat terkini tempat
tinggalnya dan alamat terkini tempat bekerjanya dengan serta merta kepada PERBADANAN dari semasa ke
semasa.


11.     PELAJAR bertanggungjawab memberitahu PERBADANAN secara bertulis berkenaan pemberian apa-
apa biasiswa, dermasiswa, pinjaman atau lain-lain bentuk       bantuan kewangan yang diberikan kepadanya

                                                                                                     6/12
                                                                                     PTPTN-P-03/1-2004 Pin.3




semasa berjalannya kursus pengajian yang baginya Pinjaman Tersebut di bawah Perjanjian Pinjaman
Pendidikan telah diberikan selepas sahaja pemberian biasiswa, dermasiswa, pinjaman atau lain-lain bentuk
bantuan kewangan atau selainnya yang diberikan oleh mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri
atau lain-lain badan yang pemberian biasiswa, dermasiswa, pinjaman atau lain-lain bentuk bantuan kewangan
yang pengeluaran wang tersebut diluluskan oleh Kerajaan untuk tidak dikenakan cukai pendapatan. Apabila
PERBADANAN menerima notis itu daripada PELAJAR, PERBADANAN adalah berhak untuk menarik balik atau
berhenti memberi apa-apa jumlah selanjutnya berkenaan dengan Pinjaman Tersebut dan meminta PELAJAR
membayar balik apa-apa jumlah Pinjaman Tersebut yang dibayar kepadanya dengan serta-merta termasuk kos
pentadbiran. Kegagalan PELAJAR untuk memberitahu sedemikian hendaklah disifatkan sebagai suatu
pelanggaran terhadap Perjanjian Pinjaman Pendidikan dan PERBADANAN berhak menamatkan Perjanjian
Pinjaman Pendidikan tanpa memberi sebarang pemberitahuan notis bertulis kepada PELAJAR. Jika Perjanjian
ditamatkan di bawah Fasal ini, PELAJAR hendaklah bertanggungjawab membayar balik jumlah Pinjaman
Tersebut yang dibayar kepada PELAJAR dengan serta-merta termasuk kos pentadbiran..


12.    Tanpa menjejaskan Fasal 11 Lampiran ini, PERBADANAN boleh atas budi bicara mutlaknya meminta
PELAJAR menjelaskan apa-apa jumlah Pinjaman Tersebut yang dibayar kepadanya termasuk kos pentadbiran
sama ada melalui ansuran bulanan atau pemotongan sejumlah amaun yang dipersetujui daripada penaja
PELAJAR yang baru sama ada agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri atau lain-lain badan yang dinyatakan
di bawah Fasal 11 Lampiran ini.


13.    Jika PELAJAR melakukan pelanggaran terhadap mana-mana Fasal dalam Lampiran Perjanjian
Pinjaman Pendidikan, PERBADANAN boleh, menurut budi bicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian Pinjaman
Pendidikan dan dengan itu tanpa menyentuh hak-hak PERBADANAN termasuk untuk menuntut bayaran balik
ke atas Keseluruhan Pinjaman Tersebut daripada PELAJAR di bawah Perjanjian Pinjaman Pendidikan dan
PELAJAR tidaklah lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah Perjanjian Pinjaman Pendidikan.


14.    Walau apapun yang tersebut di atas, adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa jika PELAJAR:
       (a) meninggalkan kursus pengajian sebelum tamatnya kursus itu sama ada secara sukarela, atau
           disebabkan kegagalan;
       (b) melanggar apa-apa peraturan universiti, kolej atau institusi yang ditetapkan ke atas PELAJAR;
       (c) menukarkan kursus pengajian, tanpa persetujuan bertulis PERBADANAN;
       (d) digantung daripada kursus pengajian atau dibuang dari universiti, kolej atau institusi   di mana
           kursus pengajian itu atau mana-mana bahagiannya dijalankan atas apa-apa sebab;
       (e) diisytihar bankrap oleh Mahkamah; atau
       (f) telah melakukan apa-apa pelanggaran yang menyebabkan Perjanjian Pinjaman Pendidikan
           ditamatkan,
PERBADANAN berhak menamatkan Perjanjian Pinjaman Pendidikan tanpa memberi sebarang pemberitahuan
notis bertulis kepada PELAJAR.


15.    Walau apapun yang tersebut di atas, PERBADANAN boleh menurut budi bicara mutlaknya              tanpa
memberi sebarang pemberitahuan notis secara bertulis kepada PELAJAR menamatkan Perjanjian Pinjaman

                                                                                                           7/12
                                                                                   PTPTN-P-03/1-2004 Pin.3




Pendidikan pada bila-bila masa, jika PERBADANAN mendapati PELAJAR memberi maklumat palsu dalam
apa-apa borang yang dikemukakan bagi maksud mendapatkan Pinjaman Tersebut dan dengan ini segala
faedah bagi dan tanggungan PELAJAR di bawah Perjanjian Pinjaman Pendidikan adalah terhenti tanpa
menjejaskan hak PERBADANAN untuk mendapatkan kembali apa-apa pinjaman yang telah dibayar oleh
PERBADANAN kepada PELAJAR di bawah Perjanjian Pinjaman Pendidikan.


16.    Tanpa menjejaskan Fasal 7 Lampiran ini, jika PERBADANAN menyediakan satu skim pembayaran
balik berkenaan wang yang kena dibayar oleh PELAJAR ke atas Keseluruhan Pinjaman Tersebut kepada
PERBADANAN selain daripada yang ditetapkan di bawah Fasal 7, PELAJAR adalah dengan ini memberi
persetujuan yang tidak boleh dibatalkan untuk membenarkan PERBADANAN membuat perkiraan dengan
sesiapa jua majikan PELAJAR kemudian nanti supaya pendapatannya dipotong dengan sewajarnya bagi pihak
PERBADANAN. PERBADANAN adalah berhak pada bila-bila masa untuk mengubah cara dan/atau masa bagi
pembayaran balik itu dan meminta pembayaran balik dengan serta-merta bagi Keseluruhan Pinjaman Tersebut
atau sebanyak mana yang masih belum dibayar menurut budi bicara mutlaknya tanpa memberi apa-apa sebab
baginya. PERBADANAN juga berhak pada bila-bila masa untuk meminta mana-mana Agensi Kerajaan
Persekutuan atau Negeri termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau
Pertubuhan Keselamatan Sosial membayar daripada saguhati persaraan atau caruman PELAJAR bagi tujuan
pelepasan Keseluruhan Pinjaman Tersebut.


17.    PELAJAR dengan ini memberi pengakuan akan membayar balik kepada PERBADANAN apabila
dituntut semua kos dan perbelanjaan untuk menuntut, menyaman atau mendapatkan balik apa-apa wang
terhutang oleh PELAJAR kepada PERBADANAN atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan lain di bawah
Perjanjian Pinjaman Pendidikan.


18.    PELAJAR dengan ini memberi kebenaran kepada PERBADANAN untuk menghubungi bank pelajar,
Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial atau
mana-mana agensi lain untuk mendapatkan maklumat-maklumat peribadi PELAJAR apabila diperlukan bagi
tujuan menguatkuasakan Perjanjian Pinjaman Pendidikan.


19.    Duti setem yang perlu dibayar kepada Perjanjian Pinjaman Pendidikan hendaklah ditanggung dan
dibayar oleh PELAJAR.


20.    Sebarang    kelonggaran,   penangguhan   tindakan,   kelewatan,   atau   sikap   membiarkan   oleh
PERBADANAN atau wakil yang dilantik oleh PERBADANAN berkenaan dengan melaksanakan mana-mana
syarat dan terma Perjanjian Pinjaman Pendidikan ataupun pemberian masa oleh PERBADANAN kepada
PELAJAR, tidak akan dengan apa cara sekalipun memudaratkan, memberi kesan atau mengurangkan hak-hak
dan kuasa PERBADANAN di bawah Perjanjian Pinjaman Pendidikan, begitu juga sebarang penepian oleh
PERBADANAN akan pelanggaran oleh PELAJAR tidak akan bertindak sebagai penepian terhadap
pelanggaran yang berikutnya.




                                                                                                     8/12
                                                                                 PTPTN-P-03/1-2004 Pin.3




21.    Walau apapun yang tersebut di atas sekiranya apa-apa peruntukan di dalam Perjanjian Pinjaman
Pendidikan adalah atau menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan di
dalam apa-apa hal sekalipun di bawah apa jua undang-undang, keesahan dari segi undang-undang atau
kebolehan untuk dikuatkuasakan peruntukan-peruntukan yang lain tidak akan dalam apa cara sekalipun
dijejaskan atau dilemahkan olehnya.


22.    PERBADANAN adalah dibebaskan dan tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau
kegagalan dalam melaksanakan Perjanjian Pinjaman Pendidikan jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul
daripada keadaan-keadaan darurat seperti rusuhan dan kekecohan awam, mogok, kebakaran, taufan,
peperangan, bahaya laut atau kerana sebab-sebab atau bahaya yang di luar kawalan PERBADANAN yang
menyebabkan pelaksanaan Perjanjian Pinjaman Pendidikan menjadi mustahil.


23.    Sebarang notis yang hendak diberi oleh PERBADANAN mengenai pembayaran balik Keseluruhan
Pinjaman Tersebut kepada PELAJAR termasuk Saman, Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan akan menjadi
penyampaian yang cukup kepada PELAJAR jika dihantar dengan tangan atau dihantar melalui pos berdaftar
atau ditinggalkan di alamat seperti yang tersebut dalam Perjanjian Pinjaman Pendidikan dan jika dihantar
melalui pos hendaklah disifatkan sebagai diterima oleh PELAJAR selepas empat puluh lapan (48) jam notis
tersebut diposkan. Jika berlaku pertukaran alamat, PELAJAR hendaklah memaklumkan perkara tersebut
kepada PERBADANAN dengan serta-merta.


24.    Sebarang notis yang hendak diberikan oleh PELAJAR kepada PERBADANAN hendaklah secara
bertulis dan menjadi penyampaian yang cukup kepada PERBADANAN jika dihantar dengan tangan atau
dihantar melalui pos berdaftar kepada PERBADANAN di alamat seperti yang tersebut dalam Surat Tawaran
yang dibaca bersama-sama dengan Perjanjian Pinjaman Pendidikan. Jika berlaku pertukaran alamat,
PERBADANAN akan memaklumkan perkara tersebut kepada PELAJAR.


25.    Walau apapun yang tersebut di atas PERBADANAN berhak pada bila-bila masa menurut budi bicara
mutlaknya meminda atau menambah terma-terma atau syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian
Pinjaman Pendidikan.


26.    Seseorang PELAJAR yang ingin meninggalkan Malaysia dan masih dalam tempoh bayaran balik
Pinjaman Tersebut adalah bertanggungjawab memberi notis tiga (3) bulan kepada PERBADANAN.
PERBADANAN boleh mengikut budi bicara mutlaknya meminta PELAJAR untuk membuat bayaran sekaligus
Keseluruhan Pinjaman Tersebut sebelum PELAJAR meninggalkan Malaysia.


27.    Perjanjian Pinjaman Pendidikan ini adalah dianggap sebagai kontrak yang dibuat di bawah Undang-
Undang Malaysia dan bagi semua tujuan akan tertakluk kepada tafsir menurut Undang-Undang Malaysia dan
PELAJAR adalah dengan ini bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah di Kuala Lumpur atau
mana-mana Mahkamah sebagaimana yang ditentukan oleh PERBADANAN dan PELAJAR adalah dengan ini
mengenepikan sebarang bantahan terhadap apa-apa tindakan undang-undang yang berbangkit atau yang
berkenaan dengan Keseluruhan Pinjaman Tersebut yang dibawa di dalam Mahkamah di Kuala Lumpur atau

                                                                                                   9/12
                                                                                    PTPTN-P-03/1-2004 Pin.3




mana-mana Mahkamah di bawah Undang-Undang Malaysia sama ada atas alasan lokasi atau forum yang
menyusahkan.


28.    Walau apapun yang tersebut di atas, PERBADANAN boleh menurut budi bicara mutlaknya tanpa
memberi sebarang pemberitahuan notis secara bertulis kepada PELAJAR menggabungkan, menyatukan atau
mencantumkan semua atau mana-mana pinjaman PELAJAR dengan PERBADANAN dan PERBADANAN
boleh menolak atau memindahkan apa-apa jumlah pinjaman termasuk kos pentadbiran bagi mana-mana
pinjaman PELAJAR dengan PERBADANAN mengikut apa-apa terma dan syarat yang disifatkan oleh
PERBADANAN patut dikenakan.


29.    Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa walau apapun yang berlawanan yang terkandung di
atas, PERBADANAN adalah berhak menurut budi bicara mutlaknya menarik balik kemudahan Pinjaman
Tersebut sekiranya   pada pendapat PERBADANAN munasabah dan PELAJAR adalah bertanggungjawab
menjelaskan sekali gus baki Keseluruhan Pinjaman Tersebut yang masih ada dari tarikh notis dikeluarkan oleh
PERBADANAN.


30.    Masa adalah menjadi perkara terpenting di dalam Perjanjian Pinjaman Pendidikan.




                                                                                                     10/12
                                                                                            PTPTN-P-03/9-2007




                       PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

                                                 JAMINAN
 (Jaminan ini hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Pinjaman Pendidikan)


Sebagai balasan bagi jumlah pinjaman yang diluluskan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual I : Maklumat
Pinjaman (kemudian daripada ini disebut sebagai “Pinjaman Tersebut”) yang telah dipersetujui oleh
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional        (kemudian daripada ini disebut “PERBADANAN”) untuk
dipinjamkan kepada pelajar seperti yang dinyatakan di dalam jadual yang sama (kemudian daripada ini
disebut “PELAJAR”) dengan syarat Jaminan ini disempurnakan oleh PENJAMIN-PENJAMIN                   yang mana
butiran peribadi mereka dinyatakan di Jadual II : Maklumat Penjamin. PENJAMIN-PENJAMIN bersetuju untuk
menjamin pelaksanaan oleh PELAJAR terhadap kewajipan dan tanggungjawab di bawah Perjanjian Piinjaman
Pendidikan (kemudian daripada ini disebut sebagai “Perjanjian Tersebut”) dan selanjutnya telah bersetuju
untuk melepaskan tanggungan PERBADANAN terhadap apa-apa kerugian yang akan dialami oleh PELAJAR
akibat daripada kemungkiran oleh PELAJAR terhadap PERJANJIAN ini atau mana-mana bahagiannya.

2.     PENJAMIN-PENJAMIN menjamin bayaran balik akan dilaksanakan dengan baik oleh PELAJAR dan
bersetuju menggantirugi PERBADANAN di atas sebarang kerugian yang dialami kerana pelanggaran atau tidak
ditunaikan oleh PELAJAR atas syarat-syarat Perjanjian Tersebut dan diakui bahawa PERBADANAN berhak
untuk membuat sesuatu tuntutan terhadap atau mendakwa PENJAMIN-PENJAMIN atau salah seorang
daripada mereka.

3.     Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa jika bila-bila masa dalam masa berjalan kuat
kuasanya Perjanjian Tersebut salah seorang PENJAMIN atau kedua-dua PENJAMIN itu meninggal dunia atau
tidak lagi bermastautin dalam Malaysia atau berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas bulan
berturut-turut atau dihukum menjadi seorang bankrap atau memperolehi suatu perintah pentadbiran pemakan
gaji, maka dalam tiap-tiap hal yang sedemikian itu, seseorang daripada PENJAMIN-PENJAMIN yang masih
ada, hendaklah mendapatkan seorang penjamin baru untuk menggantikan seorang daripada PENJAMIN-
PENJAMIN itu melainkan dia disetuju terima oleh PERBADANAN dan dia bersetuju untuk menjadi seorang
PENJAMIN mengikut had-had dan syarat-syarat PERJANJIAN dan Jaminan ini. Walau apapun peruntukan
yang dinyatakan di sini, PERBADANAN adalah berhak untuk menggunakan budi bicaranya dalam menentukan
perihal berkenaan PENJAMIN-PENJAMIN dari semasa ke semasa.

4.     Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa jika PELAJAR:
       (a)     meninggalkan kursus pengajian sebelum tamatnya kursus itu, sama ada secara sukarela atau
               disebabkan kegagalan;
       (b)     melanggar apa-apa peraturan universiti, kolej atau institusi yang ditetapkan ke atas Pelajar;
       (c)     menukarkan kursus pengajian tanpa persetujuan bertulis PERBADANAN;
       (d)     digantung daripada kursus pengajian atau dibuang dari universiti, kolej atau institusi di mana
               kursus pengajian itu atau mana-mana bahagiannya dijalankan atas apa-apa sebab;
       (e)     diisytihar bankrap oleh Mahkamah; atau


                                                                                                          10/12
                                                                                 PTPTN-P-03/9-2007




        (f)    telah melakukan apa-apa pelanggaran yang menyebabkan Perjanjian Pinjaman Pendidikan
               ditamatkan,


maka dalam mana-mana hal yang demikian itu, PERBADANAN adalah berhak untuk menamatkan Perjanjian
Pinjaman Pendidikan tanpa memberi sebarang pemberitahuan notis bertulis kepada PELAJAR dan
PENJAMIN-PENJAMIN dan dengan ini, segala faedah bagi dan tanggungan PELAJAR di bawah Perjanjian
Tersebut adalah terhenti tanpa menjejaskan hak PERBADANAN untuk mendapatkan kembali       daripada
PELAJAR dan PENJAMIN-PENJAMIN Keseluruhan Pinjaman Tersebut.


                                JADUAL I : MAKLUMAT PINJAMAN

              PERKARA                                     BUTIRAN PELAJAR

NAMA PELAJAR                         Nama APPLICANT NAME
                                     Nombor Kad Pengenalan: ID NUMBER

ALAMAT PELAJAR                       APPLICANT PERMANENT ADDRESS LINE 1
                                     APPLICANT’S PERMANENT ADDRESS LINE 2
                                     POSTCODE CITY
                                     STATE

INSTITUSI                            INSTITUITION NAME

KURSUS/PROGRAM                       COURSE NAME

JENIS PENGAJIAN                      TYPE OF ENROLMENT

PERINGKAT PENGAJIAN                  LEVEL OF STUDIES

TEMPOH PEMBAYARANPINJAMAN            DISBURSEMENT PERIOD
MULAI                                DISBURSEMENT START DATE
HINGGA                               DISBURSEMENT END DATE

PINJAMAN YANG DILULUSKAN             RM APPROVED AMOUNT


                                JADUAL II : MAKLUMAT PENJAMIN
              PENJAMIN PERTAMA                                   PENJAMIN KEDUA

NAMA: GUARANTOR NAME 1                            NAMA: GUARANTOR NAME 2


NO. KP : GUARANTOR 1 ID NO                        NO. KP: GUARANTOR 2 ID NO

ALAMAT: GUARANTOR 1 ADDRESS LINE 1                ALAMAT: GUARANTOR 2 ADDRESS LINE 1
          GUARANTOR 1 ADDRESS LINE 2                       GUARANTOR 2 ADDRESS LINE 2
          POSTCODE CITY                                    POSTCODE CITY
          STATE                                            STATE



                                                                                             11/12
                                                                                                     PTPTN-P-03/9-2007




PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS, saya mengakui bahawa saya telah membaca dan memahami syarat-
syarat dan terma-terma yang dinyatakan dalam Jaminan ini.




Ditandatangani oleh PENJAMIN PERTAMA                                         )        ………………………………...
                                                                                    (Tandatangan PENJAMIN PERTAMA)



Nama PENJAMIN PERTAMA: GUARANTOR 1 NAME

Disaksikan oleh:

ama Saksi:                                                                  )
No. Kad Pengenalan:                                                          )




Cop Rasmi Jawatan dan Jabatan                                               )         …………………………………
                                                                                      (Tandatangan Saksi PENJAMIN)




Ditandatangani oleh PENJAMIN KEDUA                                           )        ………………………………....
                                                                                   (Tandatangan PENJAMIN KEDUA)



Nama PENJAMIN KEDUA: GUARANTOR 2 NAME

Disaksikan oleh:

Nama Saksi:                                                                 )
No. Kad Pengenalan:                                                         )



Cop Rasmi Jawatan dan Jabatan                                               )          ……………………………....
                                                                                 (Tandatangan Saksi PENJAMIN)




                                Bertarikh .............. hb .................... , 200....




                                                                                                                 12/12

								
To top