Docstoc

Template Buku - PDF

Document Sample
Template Buku - PDF Powered By Docstoc
					GARIS PANDUAN

   MENGIKUTI PROGRAM SECARA
     PENDIDIKAN JARAK JAUH
 PADA PERINGKAT IJAZAH PERTAMA

               BAGI

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
    BUKAN SISWAZAH (PPPBS)




   BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
   Kementerian Pelajaran Malaysia

               2010
                                 ISI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN

PRAKATA
JAWATANKUASA
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
     Mod Pengajian
     Senarai Bidang
     Tempoh Pengajian
     Pembiayaan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
     Syarat dan Kelayakan Asas
     Syarat Tambahan

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
CARA UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

KEMUDAHAN CUTI
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON YANG MENGIKUTI KURSUS
     Tindakan Sebelum Mengikuti Pengajian
     Tindakan Semasa Mengikuti Pengajian
     Tindakan Selepas Mengikuti Pengajian

KELULUSAN BELAJAR
     Syarat-syarat Permohonan Kelulusan Belajar

TINDAKAN TATATERTIB
     Kelakuan & Tatatertib
     Penangguhan Pengajian
     Penarikan Diri
     Gagal/Diberhentikan
     Pelanjutan Tempoh Pengajian

KES TIDAK MENDAFTAR/TIDAK MENGHADIRI KULIAH
HAK KERAJAAN
PENUTUP
CARTA ALIR
LAMPIRAN
  BUKU PANDUAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
                  2011 - 2015


PRAKATA

     Garis Panduan Program Pensiswazahan Guru (PPG) ini dihasilkan
selaras dengan dasar baharu yang akan mula diperkenalkan pada tahun
2011. Berpandukan ketetapan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, maka
Garis Panduan ini akan membantu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Bukan Siswazah (PPPBS) mengikuti kursus pensiswazahan pada
peringkat ijazah pertama.


     Pelbagai pihak telah terlibat untuk menghasilkan Garis Panduan
ini agar sejajar dengan matlamat untuk menghasilkan perkhidmatan
perguruan yang cekap, berkesan dan berkualiti tinggi. Di samping itu,
penghasilan Garis Panduan tersebut telah dipermudah supaya guru-
guru yang terlibat dapat memahami dan merancang persediaan untuk
mengikuti program ini.


     Garis Panduan ini akan menjadi rujukan penting kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang berkhidmat
di Bahagian/ Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pelajaran Bahagian/
Pejabat Pelajaran Daerah/ sekolah menengah/ sekolah rendah dan
Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).
       JAWATANKUASA PENYEDIAAN GARIS PANDUAN
    MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH PADA
 PERINGKAT IJAZAH PERTAMA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN
          PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH(PPPBS)


                           Pengerusi

          YBhg. Dato’ Haji Mohd Ghazali Bin Ab. Rahman
              Pengarah Bahagian Pendidikan Guru


                      Timbalan Pengerusi

                Encik Abdul Halim bin Abdul Razak
                       Timbalan Pengarah
                 (Pembangunan Profesionalisme)

                      Dr. Kartini bt Baharun
                       Timbalan Pengarah
                      (Dasar dan Standard)


                          Penyelaras

                   Tengku Adli bin Raja Omar
                   Ketua Penolong Pengarah
                   Unit Peningkatan Akademik


          Ahli Jawatankuasa Penyediaan Garis Panduan

● Unit Dasar, Perancangan dan Pengantarabangsaan
● Unit Standard Kualiti Guru
● Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar
● Unit Pentaksiran dan Akreditasi
● Unit Penyelidikan Profesionalisme Keguruan
● Unit Kewangan dan Bekalan
● Unit Peningkatan Akademik – Urusetia
PENDAHULUAN



     Program      Pensiswazahan       Guru     (PPG)     ini   merupakan
kesinambungan daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam
RMKe-9 yang akan dilaksanakan dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015).
Pelaksanaannya berdasarkan keputusan mesyuarat yang berkaitan
dengan Strategy Package for Higher Growth and Structural Change:
Human Capital for High Income Economy pada 24 Jun 2009 antara Unit
Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia.


     PPPBS yang mengikuti pengajian dalam program PPG perlu
mendapat surat kebenaran/ Surat Kelulusan Belajar daripada KPM.
KPM dicadangkan supaya terus memberikan kebenaran kepada
pegawai yang mengikuti pengajian melalui PJJ yang mematuhi syarat
yang telah ditetapkan atas pertimbangan bahawa hak mengikuti
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah hak individu yang tidak
boleh dihadkan. Namun begitu, pegawai perlu akur dengan kedudukan
perjawatan yang terhad jika mereka tidak dilantik ke jawatan lebih tinggi.


     Mesyuarat Peraturan Dan Urusan Bagi Mendapatkan Kelulusan
Untuk Mengikuti Pengajian Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh
(PJJ) Dan Sambilan bertarikh 27 Julai 2000 memutuskan bahawa mulai
1 Ogos 2000, kuasa untuk meluluskan Kebenaran Belajar secara PJJ
diurus oleh BPG. Sehubungan dengan itu, garis panduan belajar secara
PJJ adalah perlu sebagai panduan khususnya kepada PPPBS untuk
mengikuti program pensiswazahan secara tajaan atau persendirian.
LATAR BELAKANG



       Kementerian Pelajaran Malaysia bersama-sama dengan Unit
Perancangan      Ekonomi    (EPU),    Jabatan    Perdana    Menteri   telah
mencadangkan supaya semua guru yang layak akan disiswazahkan
dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015) melalui Program Pensiswazahan
Guru        (PPG).   Bahagian       Pendidikan    Guru      (BPG)     telah
dipertanggungjawabkan untuk menjadi urus setia pada peringkat
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi pelaksanaan program
tersebut.


       Cadangan program mensiswazahkan semua guru (rendah dan
menengah)       menjelang   tahun    2015   di   bawah     RMKe-10    telah
dibentangkan dan mendapat persetujuan dasar dalam Mesyuarat
Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 9/2009 pada 10
September 2009 sebelum dibentangkan kepada Unit Perancangan
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.


       Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) Bil. 16/2010 pada 29 September 2010 telah meluluskan
Cadangan Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru (PPG) di bawah
RMKe-10.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
A. Mod Pengajian
- Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)


B.Tempoh Pengajian
- 4 tahun


C. Senarai Bidang


    Bil                  Opsyen/Bidang Sekolah Menengah
     1       Kemahiran Hidup /Rekabentuk Teknologi
     2       Bahasa Melayu
     3       MPV/MPAV
     4       Bahasa Inggeris
     5       Sejarah
     6       Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
     7       Sains
     8       Matematik
     9       Pendidikan Islam
    10       Pendidikan Seni Visual
    11       Pendidikan Khas
    12       Geografi
    13       Bahasa Cina
    14       Bahasa Arab
    15       Bimbingan dan Kaunseling
    16       Sains Sukan
    18       Pendidikan Muzik
    19       Perakaunan
    20       Bahasa Tamil

            Sumber Rujukan : Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
                                        Kementerian Pelajaran Malaysia (18 Ogos 2010)
Bil                 Opsyen/Bidang Sekolah Rendah

1     Matematik
2     Bahasa Inggeris
3     Bahasa Melayu
4     Pendidikan Islam
5     Sains
6     Bahasa Cina
7     Pendidikan Awal Kanak-kanak
8     Pendidikan Muzik
9     Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
10    Pendidikan Seni Visual
11    Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
12    Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
13    Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
14    Pendidikan Pemulihan
15    Bahasa Tamil
16    Kemahiran Hidup /Rekabentuk Teknologi
17    Bimbingan dan Kaunseling
18    Pendidikan Khas

      Sumber Rujukan : Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
                                  Kementerian Pelajaran Malaysia (18 Ogos 2010)
D. Kriteria Pemilihan Opsyen/Bidang Bagi Calon Guru Sekolah
   Menengah / Rendah
   PPPBS sekolah menengah/rendah mengikuti bidang pengajian
    yang releven dengan subjek yang ditawarkan di sekolah
    menengah/rendah.

                                 atau
   PPPBS sekolah menengah/rendah memilih bidang pengajian
    dengan mengekalkan opsyen ikhtisas asal.

                                 atau

   PPPBS sekolah menengah/rendah memilih bidang opsyen
    mengikut mata pelajaran utama yang diajarkan di sekolah
    menengah/rendah.



E. Pembiayaan

- Pembiayaan program ini adalah melalui pemberian biasiswa
  Kementerian Pelajaran Malaysia dengan ikatan perjanjian / kontrak
  berdasarkan terma-terma dalam Borang Perjanjian PPG.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN


 1. Syarat dan Kelayakan Asas

   1.1   Warganegara Malaysia

   1.2   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah
         (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian /JPN/ PPB
         /PPD / sekolah menengah / sekolah rendah dan Sekolah
         Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran
         Malaysia.

   1.3   Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011.

   1.4   Telah disahkan dalam jawatan.

   1.5   Tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pengajian
         sebagai pelajar sepenuh masa dan separuh masa / sambilan
         dengan tajaan KPM.

   1.6   Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.


 2. Syarat Tambahan

   2.1   Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih
         secara terus - menerus lebih daripada 3 tahun.

   2.2   Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum

   2.3   Mempunyai kesihatan yang baik.

   2.4   Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang baik dalam
         penilaian prestasi 3 tahun yang terkini.

   2.5   Telah membuat perisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun
         bawah peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam
         (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

 3.1   Calon yang masih dikenakan tindakan tatatertib atau sedang
       dalam proses tindakan tatatertib.

 3.2   Calon yang tidak menamatkan kursus terdahulu tanpa
       alasan yang munasabah (Contoh: PGSR, PJJ KPM/OUM).

 3.3   Peminjam tegar pinjaman pelajaran Kerajaan.



CARA UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

 4.1   Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online)
       sahaja dengan melayari laman sesawang (website)
       Kementerian     Pelajaran    Malaysia    di      alamat
       http://www.moe.gov.my .

 4.2   Calon dinasihatkan melayari dahulu laman sesawang
       berkenaan untuk meneliti Panduan Permohonan dan
       memahami tatacara membuat permohonan secara atas
       talian ini.

 4.3   Calon dibenarkan untuk      mengemukakan      hanya   satu
       permohonan sahaja.

 4.4   Maklumat permohonan yang tidak            lengkap     boleh
       mengakibatkan permohonan ditolak.
KEMUDAHAN CUTI


   1. Pegawai     yang    diluluskan    untuk      mengikuti    Program
      Pensiswazahan Guru Secara PJJ anjuran Kementerian Pelajaran
      dengan kerjasama IPTA / IPTS dan IPG berkaitan boleh memohon
      cuti kursus sambilan (CKS) mengikut Surat Pekeliling
      Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2009 bagi tujuan kuliah /bengkel
      /seminar yang disyaratkan oleh institut sekiranya kuliah / bengkel
      /seminar itu diadakan semasa hari bekerja.

   2. Pegawai boleh memohon cuti tanpa rekod untuk menduduki
      peperiksaan sekiranya diadakan dalam hari bekerja/dalam waktu
      pejabat. (Pekeliling Bil. KP(BB) 06 /1 /4 Jld 1(47) bertarikh
      1.12.1997).

   3. Pegawai    yang     diluluskan    untuk      mengikuti     Program
      Pensiswazahan Secara PJJ anjuran Kementerian Pelajaran boleh
      memohon cuti tanpa gaji / cuti rehat bagi tujuan kuliah / bengkel /
      seminar yang disyaratkan oleh institut sekiranya kuliah / bengkel /
      seminar itu diadakan semasa waktu pejabat. Walau
      bagaimanapun, cuti tanpa gaji ini memberikan implikasi kepada
      perkhidmatan dan pencen.


   4. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti program pensiswazahan
      secara PJJ mod intensif anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
      (program pensiswazahan Guru Besar intensif) boleh memohon
      cuti tanpa rekod. Tempoh cuti tanpa rekod yang dapat diluluskan
      oleh ketua jabatan adalah mengikut tempoh sebenar kursus
      intensif yang perlu diikuti dengan syarat tidak melebihi 30 hari
      dalam setahun. Sekiranya tempoh kursus intensif yang perlu
      dihadiri melebihi 30 hari atau bagi tujuan mengikuti kuliah/
      bengkel/ seminar yang disyaratkan oleh institusi, pegawai
      berkenaan perlulah menggunakan baki cuti rehat yang masih ada
      ataupun memohon cuti tanpa gaji bagi menampung perbezaan
      tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, cuti tanpa gaji ini
      memberikan implikasi kepada perkhidmatan dan pencen.
5. Pegawai yang mengikuti pengajian secara persendirian layak
   mendapatkan kemudahan cuti tanpa rekod berdasarkan Pekeliling
   Bil. KP(BB) 06/1/4 Jld. 1(47) bertarikh 1.12.1997 untuk mengikuti
   kursus intensif sekiranya mengikuti pengajian secara PJJ di IPTA
   dan tujuh IPTS yang diluluskan oleh kerajaan iaitu ;

        Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
        Universiti Teknologi Petronas (UTP)
        Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
        Universiti Nottingham Kampus Malaysia, Semenyih
        Universiti Teknologi Curtin Kampus Sarawak, Miri
        Universiti Malaysia Monash Kampus Bandar Sunway
        Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Kuching

  Selain itu, pegawai juga perlu memastikan bahawa pengajian yang
  perlu diikuti telah diiktiraf oleh kerajaan.
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON YANG
MENGIKUTI KURSUS


A.   Tindakan Sebelum Mengikuti Pengajian


     1. Pegawai yang ingin mengikuti Program PPG secara PJJ
        hendaklah merujuk kepada iklan tawaran yang dikeluarkan
        oleh KPM.

     2. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman
        sesawang KPM di url http://www.moe.gov.my mengikut
        tempoh yang ditetapkan.

     3. Permohonan yang telah lengkap hendaklah disokong oleh
        Pengetua / Guru Besar dan diperakukan oleh Pengarah JPN/
        Bahagian / Jabatan secara dalam talian.

     4. Tawaran akan dikeluarkan oleh universiti.

     5. Pegawai perlu mengisi borang PPG/B untuk mendapatkan surat
        kelulusan belajar.

     6. Surat kelulusan belajar akan dikeluarkan sekiranya pegawai
        telah mendaftar dengan universiti.


B.   Tindakan Semasa Mengikuti Pengajian


     1. PPPBS yang telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti
        kursus PJJ di IPTA/ IPTS/ IPG dikehendaki membuat pendaftaran
        pada tarikh yang telah ditetapkan.

     2. PPPBS diingatkan agar memastikan bahawa kursus yang diikuti
        tidak mengganggu tugas-tugas hakiki.

     3. PPPBS bertanggungjawab untuk membuat pendaftaran pada
        setiap semester dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
        oleh institusi pengajian.
C.   Tindakan Selepas Mengikuti Pengajian



      1. PPPBS yang telah menamatkan pengajian hendaklah
         memaklumkan hal tersebut kepada Ketua Jabatan masing-
         masing untuk tujuan rekod perkhidmatan.

      2. PPPBS hendaklah mengisi borang permohonan selepas
         memperoleh ijazah bagi tujuan pelantikan ke jawatan PPPS
         DG 41 berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
         Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan mengisi Borang SPP
         Bil 1/04 yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPP.
KELULUSAN BELAJAR

    Syarat-syarat Permohonan Kelulusan Belajar

    1. Pegawai PPPBS yang telah dilantik secara tetap dalam
       perkhidmatan pendidikan.

    2. Pegawai yang mengikuti pengajian bawah tajaan KPM perlulah
       yang telah disahkan jawatannya.

    3. Pegawai yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran
       Bahasa Melayu pada peringkat SPM/MCE atau yang setaraf
       dengannya.

    4. Pegawai TIDAK DIBENARKAN untuk menukar bidang
       pengajian sebagaimana yang ditawarkan kecuali dengan
       persetujuan daripada KPM dan institusi pengajian.

    5. Had umur pegawai bagi mengikuti program ini adalah tidak
       melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011, dan pegawai yang
       mengikuti pengajian secara persendirian berumur tidak melebihi
       50 tahun pada tahun permohonan.

    6. Pegawai TIDAK DIBENARKAN               untuk   menggunakan
       kemudahan pejabat bagi tujuan kursus tersebut.

    7. Kerajaan tidak terikat untuk memberikan jawatan yang lebih
       tinggi atau sebarang jawatan yang lain setelah pegawai
       memperoleh kelulusan dan penganugerahan daripada kursus
       tersebut.

    8. Pegawai tidak boleh menuntut sebarang elaun atau bayaran-
       bayaran lain daripada kerajaan selain yang dinyatakan dalam
       surat perjanjian.

    9. Pegawai tertakluk pada peruntukan-peruntukan mengenai
       kelakuan dan tatatertib di bawah Perintah-Perintah Am Bab “D”
       / AUKU / Akta 174.

   10. Pegawai perlu membuat permohonan kepada Suruhanjaya
       Perkhidmatan Pendidikan untuk pelantikan ke jawatan DG41
       berdasarkan iklan yang dikeluarkan.
11. Pegawai mestilah sanggup berkhidmat dimana-mana sekolah
    sebagaimana yang diarahkan oleh KPM.

12. Syarat kelulusan terbatal dengan sendirinya jika berlaku
    sebarang perlanggaran syarat-syarat yang telah ditetapkan.

13. Pegawai perlu mendaftar di universiti terlebih dahulu sebelum
    memohon kelulusan belajar.

14. Pegawai perlu mengisi borang PPG B/2010 dan dapatkan
    sokongan Guru Besar/Pengetua dan disahkan oleh Pengarah
    Jabatan Pelajaran Negeri sebelum dihantar ke Unit
    Peningkatan Akademik, Bahagian Pendidikan Guru.


15. Surat Kelulusan Kebenaran Belajar secara PJJ adalah tertakluk
    di bawah tanggungjawab Bahagian Pendidikan Guru,
    Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sumber Rujukan :
    Mesyuarat Peraturan Dan Urusan Bagi Mendapatkan
    Kelulusan Untuk Mengikuti Pengajian Melalui Program
    Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Dan Sambilan bertarikh
    27 Julai 2000)
TINDAKAN TATATERTIB



    KELAKUAN & TATATERTIB


    Semasa mengikuti program, pegawai adalah tertakluk pada
    peraturan-peraturan Universiti dan mematuhi Undang-Undang
    Negara mengikut Peraturan-Peraturan Awam (kelakuan dan
    tatatertib) Pindaan 2002 (Perintah-Perintah Am Bab ”D”) serta
    arahan/peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
    Malaysia dan Universiti/Institusi/IPG berkenaan dari semasa ke
    semasa. Jika berlaku sebarang pelanggaran tatatertib, pegawai
    akan dirujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk diambil
    tindakan selanjutnya.



    PENANGGUHAN PENGAJIAN


    PPPBS tidak dibenarkan untuk membuat sebarang penangguhan
    pengajian tanpa kebenaran Bahagian Pendidikan Guru (BPG),
    Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembiayaan akan ditamatkan
    sekiranya penangguhan dibuat tanpa kebenaran. PPPBS
    dikehendaki membiayai pengajian sendiri sekiranya tempoh
    pengajian yang diluluskan telah tamat.



    PENARIKAN DIRI


    PPPBS tidak dibenarkan untuk   menarik diri daripada pengajian
    tanpa kebenaran BPG, KPM.       PPPBS dikehendaki membuat
    pembayaran balik pembiayaan    keseluruhan sebagaimana yang
    termaktub dalam Perjanjian     Pendidikan Guru yang telah
    ditandatangani.
GAGAL/DIBERHENTIKAN


PPPBS yang gagal/diberhentikan hendaklah memaklumkan hal
tersebut kepada BPG dengan serta-merta. PPPBS dikehendaki
membayar keseluruhan pembiayaan sebagaimana yang termaktub
dalam Perjanjian Pendidikan Guru yang telah ditandatangani.


PELANJUTAN TEMPOH PENGAJIAN


1. PPPBS yang tidak dapat menamatkan program dalam tempoh
   yang telah diluluskan (4 tahun) hendaklah mengemukakan
   permohonan kelulusan pelanjutan tempoh pengajian kepada
   Bahagian Pendidikan Guru sekurang-kurangnya 3 bulan
   sebelum tamat tempoh kelulusan.

2. Permohonan tersebut mestilah disertakan dengan dokumen
   seperti yang berikut:

     a.   surat permohonan daripada pemohon
     b.   borang permohonan PPG/Pelanjutan
     c.   surat tamat tempoh daripada Universiti
     d.   salinan surat kelulusan belajar
     e.   salinan kad pengenalan

3. Pelanjutan tempoh pengajian adalah tertakluk pada kelulusan
   Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM.

4. Pembiayaan pengajian selepas tamat tempoh tidak akan ditaja
   oleh KPM.
KES TIDAK MENDAFTAR/TIDAK MENGHADIRI KULIAH


    1. PPPBS dikehendaki mendaftar pada setiap semester
       pengajian. Kegagalan untuk membuat pendaftaran dianggap
       tidak aktif.

    2. Pihak institusi pengajian perlu memaklumkan senarai nama
       peserta kepada Bahagian Pendidikan Guru, KPM dengan
       serta-merta.

    3. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan membiayai yuran
       pengajian peserta PPPBS yang tidak mendaftar pada semester
       berkenaan.



HAK KERAJAAN


    KPM berhak meminda syarat-syarat dalam garis panduan ini dari
    semasa ke semasa tanpa memberikan notis. KPM juga berhak
    untuk menarik balik kelulusan belajar sekiranya didapati maklumat
    yang diberikan tidak benar atau berlakunya pelanggaran syarat-
    syarat kelulusan belajar tanpa memberikan sebarang sebab.



PENUTUP


    Semua peraturan Garis Panduan untuk mengikuti program dan
    syarat-syarat di bawah pemberian kelulusan belajar secara PJJ ini
    berkuatkuasa serta-merta setelah mendapat kelulusan Mesyuarat
    Pengurusan KPM.
CARTA ALIR



 1. Lampiran A :   Permohonan Pengesahan bagi Surat Kelulusan
                   Asal Yang Hilang / Musnah

 2. Lampiran B :   Permohonan Bagi Surat Kelulusan Belajar

 3. Lampiran C      :   Permohonan Pertukaran Bidang Pengajian


 4. Lampiran D :   Makluman Tamat Belajar Secara PJJ / Sambilan


 5. Lampiran E :   Memohon Penangguhan/Menarik Diri Dari
                   Pengajian Secara PJJ / Sambilan


 6. Lampiran F :   Memohon Perlanjutan Tempoh Pengajian Secara
                   PJJ / Sambilan

 7. Lampiran G :   Memohon Pindaan Bagi Surat Kelulusan Belajar /
                   Surat Perlanjutan/Surat Pertukaran Bidang
Lampiran A - Permohonan Pengesahan Bagi Surat Kelulusan Asal Yang Hilang / Musnah


                                     Mula




                                     Membuat laporan polis




                                     Isi borang dan buat pengesahan sijil dan dokumen yang diperlukan
                                     oleh Ketua Jabatan atau JPN


                                     Hantar ke JPN

Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
                                     Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan




                                     Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses selewat-
                                     lewatnya 3 bulan dari tarikh borang diterima


                                     Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat pengesahan




                                     Tamat
Lampiran B - Permohonan Bagi Surat Kelulusan Belajar




                                        Mula




                                        Dapat surat tawaraan daripada Universiti




                                        Isi borang PPG/B .Dapatkan sokongan Pengetua/Guru Besar/
                                        Ketua Jabatan .
                                        Sertakan dokumen -dokumen yang diperlukan yang telah
                                        disahkan .


                                        Hantar ke JPN untuk pengesahan.

Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
                                        JPN akan semak mengikut syarat yang telah ditetapkan
                                        dan panjangkan ke Bahagian Pendidikan Guru.




                                        Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses selewat-
                                        lewatnya 3 bulan dari tarikh borang diterima


                                        Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat kelulusan
                                        belajar.


                                        Tamat
Lampiran C - Permohonan Pertukaran Bidang Pengajian Secara PJJ / Sambilan


                                        Mula




                                        Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan




                                        Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan
                                        atau JPN


                                        Hantar ke JPN

Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
                                        Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan




                                        Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses




                                        Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat pertukaran bidang




                                        Tamat
Lampiran D - Makluman Tamat Belajar Secara PJJ / Sambilan




Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
Lampiran E - Memohon Penangguhan/ Menarik diri Dari Pengajian Secara PJJ / Sambilan



                                           Mula




                                           Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan




                                           Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan




                                           Hantar ke JPN

Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
                                           Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan




                                           Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses




                                           Unit Peningkatan Akademik akan mengeluarkan surat
                                           penangguhan


                                           Tamat
Lampiran F - Memohon Pelanjutan Tempoh Pengajian Secara PJJ / Sambilan




Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
Lampiran G - Memohon Pindaan Bagi Surat Kelulusan Belajar/Surat Perlanjutan/Surat Pertukaran Bidang



                                        Mula




                                        Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan




                                        Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan




                                        Hantar ke JPN




Tolak jika tidak                        Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan
memenuhi
syarat


                                        Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses




                                        Unit Peningkatan Akademik akan mengeluarkan surat
                                        Kelulusan Belajar yang baru


                                        Tamat
LAMPIRAN


Borang-borang berkaitan :


1.   Borang PPG/B 2010 : Permohonan Kelulusan Belajar Secara
                         Program Pendidikan Jarak Jauh

2.   Borang PPG/Pengesahan : Permohonan Pengesahan Bagi Surat
                             Kelulusan Asal Yang Hilang / Musnah

3.   Borang PPG/Pelanjutan : Permohonan Pelanjutan Tempoh
     Pengajian
                             Bagi Program Pendidikan Jarak Jauh /
                             Sambilan

4.   Borang PPG/Tukar Bidang : Permohonan Pertukaran Bidang
                               Program Pengajian Jarak Jauh /
                               Sambilan

5.   Borang PPG/Berhenti : Permohonan Berhenti Pengajian Program
                           Pengajian Jarak Jauh / Sambilan

6.   Borang PPG/Tangguh : Permohonan Penangguhan Pengajian
                          Program Pensiswazahan Guru Sekolah
                          Rendah

7.   Borang PPG/Tukar Pusat Pengajian : Permohonan Pertukaran
                                        Pusat Pengajian Program
                                        Pensiswazahan Guru




Boleh diperolehi daripada pihak :

Urus Setia Program Pensiswazahan Guru,
Unit Peningkatan Akademik,
Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:90
posted:8/15/2011
language:Malay
pages:29
Description: Template Buku document sample