Template Buku - PDF
W
Description
Template Buku document sample
Document Sample


GARIS PANDUAN
MENGIKUTI PROGRAM SECARA
PENDIDIKAN JARAK JAUH
PADA PERINGKAT IJAZAH PERTAMA
BAGI
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
BUKAN SISWAZAH (PPPBS)
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Kementerian Pelajaran Malaysia
2010
ISI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN
PRAKATA
JAWATANKUASA
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
Mod Pengajian
Senarai Bidang
Tempoh Pengajian
Pembiayaan
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kelayakan Asas
Syarat Tambahan
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
CARA UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
KEMUDAHAN CUTI
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON YANG MENGIKUTI KURSUS
Tindakan Sebelum Mengikuti Pengajian
Tindakan Semasa Mengikuti Pengajian
Tindakan Selepas Mengikuti Pengajian
KELULUSAN BELAJAR
Syarat-syarat Permohonan Kelulusan Belajar
TINDAKAN TATATERTIB
Kelakuan & Tatatertib
Penangguhan Pengajian
Penarikan Diri
Gagal/Diberhentikan
Pelanjutan Tempoh Pengajian
KES TIDAK MENDAFTAR/TIDAK MENGHADIRI KULIAH
HAK KERAJAAN
PENUTUP
CARTA ALIR
LAMPIRAN
BUKU PANDUAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
2011 - 2015
PRAKATA
Garis Panduan Program Pensiswazahan Guru (PPG) ini dihasilkan
selaras dengan dasar baharu yang akan mula diperkenalkan pada tahun
2011. Berpandukan ketetapan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, maka
Garis Panduan ini akan membantu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Bukan Siswazah (PPPBS) mengikuti kursus pensiswazahan pada
peringkat ijazah pertama.
Pelbagai pihak telah terlibat untuk menghasilkan Garis Panduan
ini agar sejajar dengan matlamat untuk menghasilkan perkhidmatan
perguruan yang cekap, berkesan dan berkualiti tinggi. Di samping itu,
penghasilan Garis Panduan tersebut telah dipermudah supaya guru-
guru yang terlibat dapat memahami dan merancang persediaan untuk
mengikuti program ini.
Garis Panduan ini akan menjadi rujukan penting kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang berkhidmat
di Bahagian/ Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pelajaran Bahagian/
Pejabat Pelajaran Daerah/ sekolah menengah/ sekolah rendah dan
Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).
JAWATANKUASA PENYEDIAAN GARIS PANDUAN
MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH PADA
PERINGKAT IJAZAH PERTAMA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH(PPPBS)
Pengerusi
YBhg. Dato’ Haji Mohd Ghazali Bin Ab. Rahman
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Timbalan Pengerusi
Encik Abdul Halim bin Abdul Razak
Timbalan Pengarah
(Pembangunan Profesionalisme)
Dr. Kartini bt Baharun
Timbalan Pengarah
(Dasar dan Standard)
Penyelaras
Tengku Adli bin Raja Omar
Ketua Penolong Pengarah
Unit Peningkatan Akademik
Ahli Jawatankuasa Penyediaan Garis Panduan
● Unit Dasar, Perancangan dan Pengantarabangsaan
● Unit Standard Kualiti Guru
● Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar
● Unit Pentaksiran dan Akreditasi
● Unit Penyelidikan Profesionalisme Keguruan
● Unit Kewangan dan Bekalan
● Unit Peningkatan Akademik – Urusetia
PENDAHULUAN
Program Pensiswazahan Guru (PPG) ini merupakan
kesinambungan daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam
RMKe-9 yang akan dilaksanakan dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015).
Pelaksanaannya berdasarkan keputusan mesyuarat yang berkaitan
dengan Strategy Package for Higher Growth and Structural Change:
Human Capital for High Income Economy pada 24 Jun 2009 antara Unit
Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
PPPBS yang mengikuti pengajian dalam program PPG perlu
mendapat surat kebenaran/ Surat Kelulusan Belajar daripada KPM.
KPM dicadangkan supaya terus memberikan kebenaran kepada
pegawai yang mengikuti pengajian melalui PJJ yang mematuhi syarat
yang telah ditetapkan atas pertimbangan bahawa hak mengikuti
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah hak individu yang tidak
boleh dihadkan. Namun begitu, pegawai perlu akur dengan kedudukan
perjawatan yang terhad jika mereka tidak dilantik ke jawatan lebih tinggi.
Mesyuarat Peraturan Dan Urusan Bagi Mendapatkan Kelulusan
Untuk Mengikuti Pengajian Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh
(PJJ) Dan Sambilan bertarikh 27 Julai 2000 memutuskan bahawa mulai
1 Ogos 2000, kuasa untuk meluluskan Kebenaran Belajar secara PJJ
diurus oleh BPG. Sehubungan dengan itu, garis panduan belajar secara
PJJ adalah perlu sebagai panduan khususnya kepada PPPBS untuk
mengikuti program pensiswazahan secara tajaan atau persendirian.
LATAR BELAKANG
Kementerian Pelajaran Malaysia bersama-sama dengan Unit
Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah
mencadangkan supaya semua guru yang layak akan disiswazahkan
dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015) melalui Program Pensiswazahan
Guru (PPG). Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah
dipertanggungjawabkan untuk menjadi urus setia pada peringkat
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi pelaksanaan program
tersebut.
Cadangan program mensiswazahkan semua guru (rendah dan
menengah) menjelang tahun 2015 di bawah RMKe-10 telah
dibentangkan dan mendapat persetujuan dasar dalam Mesyuarat
Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 9/2009 pada 10
September 2009 sebelum dibentangkan kepada Unit Perancangan
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) Bil. 16/2010 pada 29 September 2010 telah meluluskan
Cadangan Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru (PPG) di bawah
RMKe-10.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
A. Mod Pengajian
- Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
B.Tempoh Pengajian
- 4 tahun
C. Senarai Bidang
Bil Opsyen/Bidang Sekolah Menengah
1 Kemahiran Hidup /Rekabentuk Teknologi
2 Bahasa Melayu
3 MPV/MPAV
4 Bahasa Inggeris
5 Sejarah
6 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
7 Sains
8 Matematik
9 Pendidikan Islam
10 Pendidikan Seni Visual
11 Pendidikan Khas
12 Geografi
13 Bahasa Cina
14 Bahasa Arab
15 Bimbingan dan Kaunseling
16 Sains Sukan
18 Pendidikan Muzik
19 Perakaunan
20 Bahasa Tamil
Sumber Rujukan : Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (18 Ogos 2010)
Bil Opsyen/Bidang Sekolah Rendah
1 Matematik
2 Bahasa Inggeris
3 Bahasa Melayu
4 Pendidikan Islam
5 Sains
6 Bahasa Cina
7 Pendidikan Awal Kanak-kanak
8 Pendidikan Muzik
9 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
10 Pendidikan Seni Visual
11 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
12 Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
13 Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
14 Pendidikan Pemulihan
15 Bahasa Tamil
16 Kemahiran Hidup /Rekabentuk Teknologi
17 Bimbingan dan Kaunseling
18 Pendidikan Khas
Sumber Rujukan : Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (18 Ogos 2010)
D. Kriteria Pemilihan Opsyen/Bidang Bagi Calon Guru Sekolah
Menengah / Rendah
PPPBS sekolah menengah/rendah mengikuti bidang pengajian
yang releven dengan subjek yang ditawarkan di sekolah
menengah/rendah.
atau
PPPBS sekolah menengah/rendah memilih bidang pengajian
dengan mengekalkan opsyen ikhtisas asal.
atau
PPPBS sekolah menengah/rendah memilih bidang opsyen
mengikut mata pelajaran utama yang diajarkan di sekolah
menengah/rendah.
E. Pembiayaan
- Pembiayaan program ini adalah melalui pemberian biasiswa
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan ikatan perjanjian / kontrak
berdasarkan terma-terma dalam Borang Perjanjian PPG.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Syarat dan Kelayakan Asas
1.1 Warganegara Malaysia
1.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah
(PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian /JPN/ PPB
/PPD / sekolah menengah / sekolah rendah dan Sekolah
Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia.
1.3 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011.
1.4 Telah disahkan dalam jawatan.
1.5 Tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pengajian
sebagai pelajar sepenuh masa dan separuh masa / sambilan
dengan tajaan KPM.
1.6 Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.
2. Syarat Tambahan
2.1 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih
secara terus - menerus lebih daripada 3 tahun.
2.2 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
2.3 Mempunyai kesihatan yang baik.
2.4 Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang baik dalam
penilaian prestasi 3 tahun yang terkini.
2.5 Telah membuat perisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun
bawah peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
3.1 Calon yang masih dikenakan tindakan tatatertib atau sedang
dalam proses tindakan tatatertib.
3.2 Calon yang tidak menamatkan kursus terdahulu tanpa
alasan yang munasabah (Contoh: PGSR, PJJ KPM/OUM).
3.3 Peminjam tegar pinjaman pelajaran Kerajaan.
CARA UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
4.1 Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online)
sahaja dengan melayari laman sesawang (website)
Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat
http://www.moe.gov.my .
4.2 Calon dinasihatkan melayari dahulu laman sesawang
berkenaan untuk meneliti Panduan Permohonan dan
memahami tatacara membuat permohonan secara atas
talian ini.
4.3 Calon dibenarkan untuk mengemukakan hanya satu
permohonan sahaja.
4.4 Maklumat permohonan yang tidak lengkap boleh
mengakibatkan permohonan ditolak.
KEMUDAHAN CUTI
1. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti Program
Pensiswazahan Guru Secara PJJ anjuran Kementerian Pelajaran
dengan kerjasama IPTA / IPTS dan IPG berkaitan boleh memohon
cuti kursus sambilan (CKS) mengikut Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2009 bagi tujuan kuliah /bengkel
/seminar yang disyaratkan oleh institut sekiranya kuliah / bengkel
/seminar itu diadakan semasa hari bekerja.
2. Pegawai boleh memohon cuti tanpa rekod untuk menduduki
peperiksaan sekiranya diadakan dalam hari bekerja/dalam waktu
pejabat. (Pekeliling Bil. KP(BB) 06 /1 /4 Jld 1(47) bertarikh
1.12.1997).
3. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti Program
Pensiswazahan Secara PJJ anjuran Kementerian Pelajaran boleh
memohon cuti tanpa gaji / cuti rehat bagi tujuan kuliah / bengkel /
seminar yang disyaratkan oleh institut sekiranya kuliah / bengkel /
seminar itu diadakan semasa waktu pejabat. Walau
bagaimanapun, cuti tanpa gaji ini memberikan implikasi kepada
perkhidmatan dan pencen.
4. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti program pensiswazahan
secara PJJ mod intensif anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
(program pensiswazahan Guru Besar intensif) boleh memohon
cuti tanpa rekod. Tempoh cuti tanpa rekod yang dapat diluluskan
oleh ketua jabatan adalah mengikut tempoh sebenar kursus
intensif yang perlu diikuti dengan syarat tidak melebihi 30 hari
dalam setahun. Sekiranya tempoh kursus intensif yang perlu
dihadiri melebihi 30 hari atau bagi tujuan mengikuti kuliah/
bengkel/ seminar yang disyaratkan oleh institusi, pegawai
berkenaan perlulah menggunakan baki cuti rehat yang masih ada
ataupun memohon cuti tanpa gaji bagi menampung perbezaan
tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, cuti tanpa gaji ini
memberikan implikasi kepada perkhidmatan dan pencen.
5. Pegawai yang mengikuti pengajian secara persendirian layak
mendapatkan kemudahan cuti tanpa rekod berdasarkan Pekeliling
Bil. KP(BB) 06/1/4 Jld. 1(47) bertarikh 1.12.1997 untuk mengikuti
kursus intensif sekiranya mengikuti pengajian secara PJJ di IPTA
dan tujuh IPTS yang diluluskan oleh kerajaan iaitu ;
Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Universiti Nottingham Kampus Malaysia, Semenyih
Universiti Teknologi Curtin Kampus Sarawak, Miri
Universiti Malaysia Monash Kampus Bandar Sunway
Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Kuching
Selain itu, pegawai juga perlu memastikan bahawa pengajian yang
perlu diikuti telah diiktiraf oleh kerajaan.
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON YANG
MENGIKUTI KURSUS
A. Tindakan Sebelum Mengikuti Pengajian
1. Pegawai yang ingin mengikuti Program PPG secara PJJ
hendaklah merujuk kepada iklan tawaran yang dikeluarkan
oleh KPM.
2. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman
sesawang KPM di url http://www.moe.gov.my mengikut
tempoh yang ditetapkan.
3. Permohonan yang telah lengkap hendaklah disokong oleh
Pengetua / Guru Besar dan diperakukan oleh Pengarah JPN/
Bahagian / Jabatan secara dalam talian.
4. Tawaran akan dikeluarkan oleh universiti.
5. Pegawai perlu mengisi borang PPG/B untuk mendapatkan surat
kelulusan belajar.
6. Surat kelulusan belajar akan dikeluarkan sekiranya pegawai
telah mendaftar dengan universiti.
B. Tindakan Semasa Mengikuti Pengajian
1. PPPBS yang telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti
kursus PJJ di IPTA/ IPTS/ IPG dikehendaki membuat pendaftaran
pada tarikh yang telah ditetapkan.
2. PPPBS diingatkan agar memastikan bahawa kursus yang diikuti
tidak mengganggu tugas-tugas hakiki.
3. PPPBS bertanggungjawab untuk membuat pendaftaran pada
setiap semester dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
oleh institusi pengajian.
C. Tindakan Selepas Mengikuti Pengajian
1. PPPBS yang telah menamatkan pengajian hendaklah
memaklumkan hal tersebut kepada Ketua Jabatan masing-
masing untuk tujuan rekod perkhidmatan.
2. PPPBS hendaklah mengisi borang permohonan selepas
memperoleh ijazah bagi tujuan pelantikan ke jawatan PPPS
DG 41 berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan mengisi Borang SPP
Bil 1/04 yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPP.
KELULUSAN BELAJAR
Syarat-syarat Permohonan Kelulusan Belajar
1. Pegawai PPPBS yang telah dilantik secara tetap dalam
perkhidmatan pendidikan.
2. Pegawai yang mengikuti pengajian bawah tajaan KPM perlulah
yang telah disahkan jawatannya.
3. Pegawai yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu pada peringkat SPM/MCE atau yang setaraf
dengannya.
4. Pegawai TIDAK DIBENARKAN untuk menukar bidang
pengajian sebagaimana yang ditawarkan kecuali dengan
persetujuan daripada KPM dan institusi pengajian.
5. Had umur pegawai bagi mengikuti program ini adalah tidak
melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011, dan pegawai yang
mengikuti pengajian secara persendirian berumur tidak melebihi
50 tahun pada tahun permohonan.
6. Pegawai TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan
kemudahan pejabat bagi tujuan kursus tersebut.
7. Kerajaan tidak terikat untuk memberikan jawatan yang lebih
tinggi atau sebarang jawatan yang lain setelah pegawai
memperoleh kelulusan dan penganugerahan daripada kursus
tersebut.
8. Pegawai tidak boleh menuntut sebarang elaun atau bayaran-
bayaran lain daripada kerajaan selain yang dinyatakan dalam
surat perjanjian.
9. Pegawai tertakluk pada peruntukan-peruntukan mengenai
kelakuan dan tatatertib di bawah Perintah-Perintah Am Bab “D”
/ AUKU / Akta 174.
10. Pegawai perlu membuat permohonan kepada Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan untuk pelantikan ke jawatan DG41
berdasarkan iklan yang dikeluarkan.
11. Pegawai mestilah sanggup berkhidmat dimana-mana sekolah
sebagaimana yang diarahkan oleh KPM.
12. Syarat kelulusan terbatal dengan sendirinya jika berlaku
sebarang perlanggaran syarat-syarat yang telah ditetapkan.
13. Pegawai perlu mendaftar di universiti terlebih dahulu sebelum
memohon kelulusan belajar.
14. Pegawai perlu mengisi borang PPG B/2010 dan dapatkan
sokongan Guru Besar/Pengetua dan disahkan oleh Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri sebelum dihantar ke Unit
Peningkatan Akademik, Bahagian Pendidikan Guru.
15. Surat Kelulusan Kebenaran Belajar secara PJJ adalah tertakluk
di bawah tanggungjawab Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sumber Rujukan :
Mesyuarat Peraturan Dan Urusan Bagi Mendapatkan
Kelulusan Untuk Mengikuti Pengajian Melalui Program
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Dan Sambilan bertarikh
27 Julai 2000)
TINDAKAN TATATERTIB
KELAKUAN & TATATERTIB
Semasa mengikuti program, pegawai adalah tertakluk pada
peraturan-peraturan Universiti dan mematuhi Undang-Undang
Negara mengikut Peraturan-Peraturan Awam (kelakuan dan
tatatertib) Pindaan 2002 (Perintah-Perintah Am Bab ”D”) serta
arahan/peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Universiti/Institusi/IPG berkenaan dari semasa ke
semasa. Jika berlaku sebarang pelanggaran tatatertib, pegawai
akan dirujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk diambil
tindakan selanjutnya.
PENANGGUHAN PENGAJIAN
PPPBS tidak dibenarkan untuk membuat sebarang penangguhan
pengajian tanpa kebenaran Bahagian Pendidikan Guru (BPG),
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembiayaan akan ditamatkan
sekiranya penangguhan dibuat tanpa kebenaran. PPPBS
dikehendaki membiayai pengajian sendiri sekiranya tempoh
pengajian yang diluluskan telah tamat.
PENARIKAN DIRI
PPPBS tidak dibenarkan untuk menarik diri daripada pengajian
tanpa kebenaran BPG, KPM. PPPBS dikehendaki membuat
pembayaran balik pembiayaan keseluruhan sebagaimana yang
termaktub dalam Perjanjian Pendidikan Guru yang telah
ditandatangani.
GAGAL/DIBERHENTIKAN
PPPBS yang gagal/diberhentikan hendaklah memaklumkan hal
tersebut kepada BPG dengan serta-merta. PPPBS dikehendaki
membayar keseluruhan pembiayaan sebagaimana yang termaktub
dalam Perjanjian Pendidikan Guru yang telah ditandatangani.
PELANJUTAN TEMPOH PENGAJIAN
1. PPPBS yang tidak dapat menamatkan program dalam tempoh
yang telah diluluskan (4 tahun) hendaklah mengemukakan
permohonan kelulusan pelanjutan tempoh pengajian kepada
Bahagian Pendidikan Guru sekurang-kurangnya 3 bulan
sebelum tamat tempoh kelulusan.
2. Permohonan tersebut mestilah disertakan dengan dokumen
seperti yang berikut:
a. surat permohonan daripada pemohon
b. borang permohonan PPG/Pelanjutan
c. surat tamat tempoh daripada Universiti
d. salinan surat kelulusan belajar
e. salinan kad pengenalan
3. Pelanjutan tempoh pengajian adalah tertakluk pada kelulusan
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM.
4. Pembiayaan pengajian selepas tamat tempoh tidak akan ditaja
oleh KPM.
KES TIDAK MENDAFTAR/TIDAK MENGHADIRI KULIAH
1. PPPBS dikehendaki mendaftar pada setiap semester
pengajian. Kegagalan untuk membuat pendaftaran dianggap
tidak aktif.
2. Pihak institusi pengajian perlu memaklumkan senarai nama
peserta kepada Bahagian Pendidikan Guru, KPM dengan
serta-merta.
3. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan membiayai yuran
pengajian peserta PPPBS yang tidak mendaftar pada semester
berkenaan.
HAK KERAJAAN
KPM berhak meminda syarat-syarat dalam garis panduan ini dari
semasa ke semasa tanpa memberikan notis. KPM juga berhak
untuk menarik balik kelulusan belajar sekiranya didapati maklumat
yang diberikan tidak benar atau berlakunya pelanggaran syarat-
syarat kelulusan belajar tanpa memberikan sebarang sebab.
PENUTUP
Semua peraturan Garis Panduan untuk mengikuti program dan
syarat-syarat di bawah pemberian kelulusan belajar secara PJJ ini
berkuatkuasa serta-merta setelah mendapat kelulusan Mesyuarat
Pengurusan KPM.
CARTA ALIR
1. Lampiran A : Permohonan Pengesahan bagi Surat Kelulusan
Asal Yang Hilang / Musnah
2. Lampiran B : Permohonan Bagi Surat Kelulusan Belajar
3. Lampiran C : Permohonan Pertukaran Bidang Pengajian
4. Lampiran D : Makluman Tamat Belajar Secara PJJ / Sambilan
5. Lampiran E : Memohon Penangguhan/Menarik Diri Dari
Pengajian Secara PJJ / Sambilan
6. Lampiran F : Memohon Perlanjutan Tempoh Pengajian Secara
PJJ / Sambilan
7. Lampiran G : Memohon Pindaan Bagi Surat Kelulusan Belajar /
Surat Perlanjutan/Surat Pertukaran Bidang
Lampiran A - Permohonan Pengesahan Bagi Surat Kelulusan Asal Yang Hilang / Musnah
Mula
Membuat laporan polis
Isi borang dan buat pengesahan sijil dan dokumen yang diperlukan
oleh Ketua Jabatan atau JPN
Hantar ke JPN
Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan
Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses selewat-
lewatnya 3 bulan dari tarikh borang diterima
Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat pengesahan
Tamat
Lampiran B - Permohonan Bagi Surat Kelulusan Belajar
Mula
Dapat surat tawaraan daripada Universiti
Isi borang PPG/B .Dapatkan sokongan Pengetua/Guru Besar/
Ketua Jabatan .
Sertakan dokumen -dokumen yang diperlukan yang telah
disahkan .
Hantar ke JPN untuk pengesahan.
Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
JPN akan semak mengikut syarat yang telah ditetapkan
dan panjangkan ke Bahagian Pendidikan Guru.
Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses selewat-
lewatnya 3 bulan dari tarikh borang diterima
Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat kelulusan
belajar.
Tamat
Lampiran C - Permohonan Pertukaran Bidang Pengajian Secara PJJ / Sambilan
Mula
Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan
Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan
atau JPN
Hantar ke JPN
Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan
Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses
Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat pertukaran bidang
Tamat
Lampiran D - Makluman Tamat Belajar Secara PJJ / Sambilan
Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
Lampiran E - Memohon Penangguhan/ Menarik diri Dari Pengajian Secara PJJ / Sambilan
Mula
Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan
Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan
Hantar ke JPN
Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan
Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses
Unit Peningkatan Akademik akan mengeluarkan surat
penangguhan
Tamat
Lampiran F - Memohon Pelanjutan Tempoh Pengajian Secara PJJ / Sambilan
Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
Lampiran G - Memohon Pindaan Bagi Surat Kelulusan Belajar/Surat Perlanjutan/Surat Pertukaran Bidang
Mula
Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan
Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan
Hantar ke JPN
Tolak jika tidak Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan
memenuhi
syarat
Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses
Unit Peningkatan Akademik akan mengeluarkan surat
Kelulusan Belajar yang baru
Tamat
LAMPIRAN
Borang-borang berkaitan :
1. Borang PPG/B 2010 : Permohonan Kelulusan Belajar Secara
Program Pendidikan Jarak Jauh
2. Borang PPG/Pengesahan : Permohonan Pengesahan Bagi Surat
Kelulusan Asal Yang Hilang / Musnah
3. Borang PPG/Pelanjutan : Permohonan Pelanjutan Tempoh
Pengajian
Bagi Program Pendidikan Jarak Jauh /
Sambilan
4. Borang PPG/Tukar Bidang : Permohonan Pertukaran Bidang
Program Pengajian Jarak Jauh /
Sambilan
5. Borang PPG/Berhenti : Permohonan Berhenti Pengajian Program
Pengajian Jarak Jauh / Sambilan
6. Borang PPG/Tangguh : Permohonan Penangguhan Pengajian
Program Pensiswazahan Guru Sekolah
Rendah
7. Borang PPG/Tukar Pusat Pengajian : Permohonan Pertukaran
Pusat Pengajian Program
Pensiswazahan Guru
Boleh diperolehi daripada pihak :
Urus Setia Program Pensiswazahan Guru,
Unit Peningkatan Akademik,
Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Get documents about "