Docstoc

CONTOH PENULISAN PROPOSAL KT

Document Sample
CONTOH PENULISAN PROPOSAL KT Powered By Docstoc
					NAMA SEKOLAH

SMK BULUH KASAP,
KM 8 JLN BULUH KASAP,
85100 BULUH KASAP,
SEGAMAT JOHOR.




                                                                          AYAT HENDAKLAH POSITIF
                                                                          ADA TINDAKAN,KAEDAH
NAMA PENGKAJI:




                                                                          DAN KUMP SASARAN
RADINHAZIZI BIN HANAPI                 GURU MATAPELAJARAN
                                      TERSEBUT. BOLEH SECARA
                                     INDIVIDU @ BERKUMPULAN
TAJUK KAJIAN:




                                                                          ≤ 15 P.P
KAEDAH “RUMAH”: MEMPERTINGKAT PENGUASAAN KEMAHIRAN
MENAMBAH INTEGER POSITIF DAN NEGATIF DALAM KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN 1C




                                                                          
                                                                          

                                                                                           
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
  Pada tahun 2007, saya mula ditempatkan di SMK Buluh Kasap, Segamat.




                                                                                          MASALAH
Saya diarahkan mengajar Matematik Tingkatan 1C. Saya berasa teruja untuk
mengajar    pelajar-pelajar. Namun     begitu,semasa     mengajar   tajuk




                                                                                            ISU/
”INTEGERS”,saya dapati terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar.
Ia benar benar mencabar saya. Saya perlu menguatkan semangat agar saya
dapat memperbaiki keadaan dan membantu pelajar terbabit.

        Apa yang saya dapati ialah mereka tidak dapat menyelesaikan operasi
tambah dan tolak dengan baik. Ini kerana pelajar pelajar terbabit mempunyai




                                                                                          ISU/MASALAH
asas yang sangat lemah berkaitan tanda bagi setiap nombor. Namun begitu
mungkin bukan kesilapan mereka secara total, pihak guru juga mungkin




                                                                                                        FAKTOR
                                                                                                        GURU
tersilap. Ini kerana pada peringkat rendah pelajar hanya diperkenalkan
dengan nombor positif. Sebagai contoh,kita hanya menyebut 2 sebagai ”dua”
sahaja dan bukannya ”positif dua”. Inilah kesannya yang saya perolehi di
peringkat menengah. Kesan secara langsung dapat dilihat melalui Ujian
                                                                                         

                                                                                                        
Topikal dan semakan buku latihan pelajar.
Contoh kesalahan:

            - 5 + 2 = 3 (sepatutnya -3)
            - 5 + 2 = 7 (sepatutnya -3)
                                                                                          FAKTOR PELAJAR




 Daripada contoh jawapan yang diberikan oleh pelajar saya dapati mereka
gagal mengenal tanda bagi setiap nombor. Pelajar juga tidak memahami
                                                                                         PERSEKITARAN




maksud integer lebih-lebih lagi integer negatif. Masalah ini juga berkait
dengan cara hidup pelajar dan guru. Maksud saya dalam kehidupan seharian,
                                                                                          FAKTOR




kita tidak pernah menggunakan istilah integer negatif atau positif semasa
berurusan. Keadaan ini jika kita perhalusi memang berkait dengan
pengetahuan sedia ada pelajar untuk diadaptasi di dalam bilik darjah.
       Masalah ini tidak boleh saya biarkan kerana asas integer positif dan
negatif sangat penting bagi pelajar apabila mereka menduduki peperiksaan




                                                                                   APA USAHA
awam nanti. Kemudian saya mendapat satu idea untuk mengatasi masalah ini




                                                                                     GURU?
dengan menggunakan KAEDAH RUMAH. Diharapkan kaedah ini dapat
membantu pelajar menyelesaikan masalah menambah integer positif dan
negatif.




2. FOKUS KAJIAN




                                                                                      NYATAKAN
                                                                                      MASALAH
  Kajian yang akan saya jalankan ini lebih menekankan kepada penguasaan
pelajar di dalam menyelesaikan penambahan integer. Beberapa kemahiran
yang perlu dikuasai oleh pelajar seperti pengenalan tanda setiap integer,
perbezaan nilai antara dua integer berbeza tanda dan kemahiran meletakkan
tanda bagi setiap nilai beza yang diperolehi.
  Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar kerana mereka tidak begitu




                                                                                      MASALAH
menguasai atau memahami kehendak soalan penambahan integer tersebut.




                                                                                      BERLAKU
                                                                                       SEBAB
Di samping itu sikap pelajar juga merupakan penyumbang sampingan kepada
masalah ini. Terdapat beberapa pelajar yang cepat putus asa apabila gagal
memahami pengajar guru. Mereka tidak lagi mahu berusaha bagi
memahamkan perkara yang diajar.
  Saya mesti berusaha agar kesemua pelajar ini dapat menguasai




                                                                                                        JANGKAAN JIKA TIADA
                                                                                      APA USAHA GURU?
penambahan integer positif dan negatif. Ini kerana asas integer positif dan
negatif akan diaplikasi lagi di dalam topik pecahan, nombor perpuluhan,




                                                                                                             TINDAKAN
ungkapan algebra, persamaan linear dan indeks di tingkatan 2 dan 3 nanti.
Bayangkan apa yang akan terjadi kepada pelajar yang gagal menguasai
perkara ini nanti. Pasti mereka akan lebih ’benci’ terhadap Matematik. Ini juga
akan membantu mereka semasa menjawab soalan PMR dan seterusnya
SPM nanti.




3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan,pelajar diharap akan mencapai objektif
berikut:
                                                                                  KEMAHIRAN
                                                                                   DARI PADA
                                                                                     AMBIL


                                                                                     TAJUK




 i. Objektif Umum
   mempertingkat kemahiran menambah integer positif dan negatif.
              ii. Objektif khusus

   INTERVENSI DAN                  meningkatkan kemahiran pelajar mengenal tanda bagi
    BOLEH DIUKUR                    setiap integer
     BERKAITAN

     AKTIVITI @


                              
       DENGAN



                                    meningkatkan kemahiran pelajar mencari beza antara
                                    dua integer berbeza tanda
                                   meningkatkan kemahiran pelajar menentukan tanda bagi
                                    jawapan.
                                   Mengubah amalan pengajaran guru ke arah yang lebih
                                    efektif.




                                                                                            TAHAP PELAJAR?
              4. KUMPULAN SASARAN
               Kajian ini melibatkan 8 orang pelajar tingkatan 1C yang gagal menjawab
              soalan penambahan integer negatif dan positif. Mereka terdiri daripada 3




                                                                                            BILANGAN?
                                                                                            MASALAH?
              orang pelajar perempuan dan 5 orang pelajar lelaki. Semua pelajar ini
              meupakan pelajar yang mendapat gred D semasa UPSR tahun 2006.




                                                                                            SIAPA?
              5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

               5.1 Tinjauan Awal Masalah
                 Sebelum langkah-langkah seterusnya dilakukan, tinjauan awal masalah
              akan saya lakukan terhadap 8 orang pelajar yang saya maksudkan tadi.
              Tinjauan awal dilakukan bagi membolehkan saya mengetahui kelemahan
              sebenar pelajar.




                            i. Ujian Pra
                            Ujian pra dilakukan dengan memberi kepada pelajar terbabit
                           soalan–soalan penambahan integer positif dan negatif.
DATA BAGI MENDAPATKAN




                           Sebanyak 20 soalan subjektif penambahan integer negatif dan
                           positif diberikan kepada pelajar. Daripada jawapan yang
KAEDAH MENGUMPUL




                           diberikan oleh pelajar,saya boleh mengesan kelemahan-
                           kelemahan mereka.
PERINGKAT AWAL
MAKLUMAT PADA




                           ii.   Semakan buku latihan
                           Semakan buku latihan juga digunakan bagi mengesan
                           kelemahan pelajar bagi sub topik ini. Kelemahan pelajar juga
                           boleh dikesan di sini.





                           iii. Temu bual.
                           Dijalankan sewaktu rehat di mana murid diminta berjumpa
                           dengan saya untuk ditemubual secara berpasangan. Borang
                           soal selidik digunakan bagi memudahkan murid menjalani soal
                           selidik dengan lancar.
                                  5.2 Perlaksanaan tindakan

                                                  Kaedah “rumah”
 AKTIVITI YANG DIRANCANG DAN




                                        i.
PERLAKSANAAN. CADANGKAN
AKTIVITI YANG KREATIF DAN



                                Cara Pelaksanaan:
HURAIAN TERPERINCI CARA




                                             Memperkenalkan tanda bagi setiap integer

                                                 Meletakkan integer ke dalam rumah berdasarkan tanda
                                                  masing masing dan menjumlahkan nilai nombor setiap
                                                  rumah.
                                                 Mencari beza jumlah antara rumah dan meletakkan
                                                  tanda bagi nilai beza jumlah antara rumah.
INOVATIF




                                  Contoh 1:

                                                      - 5 + 2 = _____

                                                        Tanda pada nombor

                                                                -        +


                                                            5            2

                                              Beza antara dua nombor ialah 3
                                              Tanda bagi jawapan ditentukan berdasarkan kepada nilai
                                              pada ruangan mana yang paling besar.
                                              Jawapannya ialah - 3
                                  Contoh 2:

                                                      2 + (- 5) + 12 = _____

                                                        Tanda pada nombor

                                                            -           +


                                                           5             2
                                                                        12

                                                           5            14
                                              Beza antara jumlah dua nombor ialah 9 iaitu 14 - 5
                                              Tanda bagi jawapan ditentukan berdasarkan kepada nilai
                                              pada ruangan mana yang paling besar.

                                              Jawapannya ialah +9
      Contoh 3:

                         - 5 + 10 + (-8) + 2 + 17 = _____

                            Tanda pada nombor

                                 -         +


                                 5         10
                                 8          2
                                           17

                                 13        29
                   Beza antara jumlah dua nombor ialah 16 iaitu 29-13
                   Tanda bagi jawapan ditentukan berdasarkan kepada nilai
                   pada ruangan mana yang paling besar.

                   Jawapannya ialah +16


             ii.     Ujian Pos

             Dijalankan sesudah pengajaran menggunakan ”kaedah rumah”
             dilakukan. Murid dikehendaki menjawab soalan tersebut yang
             mirip seperti ujian pra.markah pelajar akan direkodkan.

6. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil                          Aktiviti                            Tempoh
                                                               pelaksanaan
 1    Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal       Minggu 1 April 2007

 2    Menulis Proposal Kajian                               Minggu 2 April 2007

 3    Merancang Tindakan                                    Minggu 3 April 2007

 4    Melaksanakan Tindakan                                 Minggu 1 Mei 2007

 5    Melaksanakan Ujian Pos                                Minggu 2 Mei 2007

 6    Refleksi Kajian                                       Minggu 3 Mei 2007

 7    Menulis Laporan Kajian                                Minggu 1 Jun 2007

 8    Pembentangan Dapatan Kajian                           Minggu 4 Jun 2007
7. KOS KAJIAN

BIL    JENIS BAHAN          KUANTITI X       JUMLAH KOS
                          HARGA SEUNIT
 1    Kertas A4           2 rim x RM 10.00    RM 20.00




                                                           BOLEH ABAIKAN ITEM INI
                                                          JIKA TIDAK MEMERLUKAN
                                                          PERUNTUKAN KEWANGAN.
                                                           TIDAK MELIBATKAN KOS
 2    Printer Cartridge    1 x RM 60.00       RM 60.00

 3    Fotostat bahan                          RM 50.00

 4    ’White Board          2 x RM 5.00       RM 10.00




                                                          PENGURUSAN
      Marker Pen’

 5    Alatulis Pelajar      8 x RM 5.00       RM 40.00

      JUMLAH                                  RM 180.00
(CONTOH)
5.5 REFLEKSI KAJIAN

       Berdasarkan ujian-ujian (ujian pra dan pos) yang telah dijalankan, saya dapati




                                                                                         TINDAKAN GURU SEPERTI UJIAN POS
berlaku peningkatan pencapaian pelajar dari satu ujian ke ujian yang lain. Kebolehan
mengaplikasikan kaedah rumah dan seterusnya berjaya memperolehi jawapan dengan




                                                                                             HURAIAN KEBERKESANAN
cepat dan tepat menunjukkan kaedah ini benar benar membantu pelajar. Perkara ini
boleh di rujuk di dalam jadual di bawah.

       PELAJAR                      UJIAN PRA                    UJIAN POS
          1                             32                           80
          2                             34                           86
          3                             34                           84
          4                             37                           84
          5                             40                           90
          6                             43                           88
          7                             38                           80
          8                             30                           78


        Dengan menggunakan kaedah ini juga saya dapati tumpuan yang diberikan
oleh pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran semakin baik. Mereka




                                                                                         PELAJAR MELALUI PEMERHATIAN @ TEMUBUAL
memberikan tumpuan sepenuhnya semasa saya mengajar. Mereka semakin rajin




                                                                                            PERUBAHAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
bertanya apabila ada sebarang kemusykilan. Secara tidak langsung suasana di dalam
bilik darjah menjadi sangat kondusif dan praktikal untuk pembelajaran. Pelajar-pelajar
seolah oleh tidak sabar menantikan waktu Matematik. Tingkah laku pelajar memang
berubah. Berdasarkan jadual 2 di bawah, tingkah laku negatif pelajar seperti bermain-
main dengan alat tulis,berbual sesama mereka,tidur,enggan menjawab soalan secara
sukarela dan enggan menjawab soalan di papan tulis adalah berkurang. Manakala
tingkahlaku positif seperti bertanya soalan apabila kurang faham dan menyiapkan
kerja rumah apabila diarahkan semakin bertambah.ini menunjukan bahawa para
pelajar semakin meminati topik ini khususnya dan matapelajaran ini umumnya.

 TINGKAH LAKU PELAJAR                   SEBELUM                   SETELAH
                                      PENGGUNAAN                PENGGUNAAN
                                     KAEDAH RUMAH              KAEDAH RUMAH
  BERMAIN-MAIN DENGAN                      6                         2
       ALATULIS
 BERBUAL DENGAN RAKAN                          6                         2

             TIDUR                             2                         0

     BERTANYA SOALAN                           2                         5

    MENYIAPKAN KERJA                           3                         8
         RUMAH
    ENGGAN MENJAWAB                            7                         1
     SOALAN SECARA
       SUKARELA
   MEMBUAT LATIHAN DI                         1                        8
      PAPAN TULIS




                                                                                      KEKEBERKESANAN KAJIAN
                                                                                      PERASAAN GURU TENTANG
  Saya juga merasa tersentuh apabila beberapa orang pelajar dari kelas lain meminta
jasa baik saya mengajar mereka penambahan integer negatif dan positif menggunakan
kaedah rumah. Mereka mendapat tahu mengenai kaedah ini melalui kawan mereka di
tingkatan 1C. Secara baik saya memberitahu mereka yang saya akan berbincang
dengan rakan guru Matematik agar mempraktikkan kaedah ini di dalam pengajaran
dan pembelajaran mereka agar semua pelajar tingkatan satu memperolehi manfaatnya.
Alhamdulillah apabila saya berbincang bersama sama rakan di dalam panitia
Matematik,mereka juga berminat untuk menjayakan kaedah ini.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:261
posted:8/15/2011
language:Malay
pages:8