Docstoc

Soalan Percubaan PMR 2006 KHB ERT (Set 2)

Document Sample
Soalan Percubaan PMR 2006 KHB ERT (Set 2) Powered By Docstoc
					SULIT
77/1                                                                                         77/1
Kemahiran Hidup Bersepadu
Ekonomi Rumah Tangga
Ogos 2006
1 ½ jam




          PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
                      SEKOLAH MENENGAH
                      KEDAH DARUL AMAN

                      PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2006



                            KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
                              EKONOMI RUMAH TANGGA




                                   Satu jam tiga puluh minit



              JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.   Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan.

2.   Jawab semua soalan.

3.   Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.
     Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada
     kertas jawapan objektif yang disediakan.

4.    Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu
      jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan
     jawapan anda yang baru.



                       Kertas soalan ini mengandungi 18 halaman bercetak




                                                                                   [ Lihat sebelah


77/1                                                                                      SULIT
SULIT                                          2                              77/1

1       Semasa bekerja di bengkel kemahiran hidup, murid mestilah mematuhi amalan 4M
        Apakah amalan 4M?

        A     Membersih, mengurus, mendisiplin, menilai
        B     Membersih, membantu, mengurus dan menilai
        C     Membersih, menyusur atur, mengurus dan menilai
        D     Membersih, menuyusun atur, mendisiplin dan menilai


2       Apakah faktor utama yang mempengaruhi sesuatu reka bentuk?

        I     Fungsi dan rupa bentuk
        II    Kos dan nilai komersial
        III   Kaedah pembinaan dan kemasan
        IV    Ketahanan dan kesesuaian bahan

        A     I dan II
        B     III dan IV
        C     I, II dan III
        D     I, II, III dan IV




                                           RAJAH 1

3       Apakah nama mesin yang ditunjukkan dalam Rajah 1?

        A     Mesin gergaji jig
        B     Mesin glu panas
        C     Mesin pelelas
        D     Mesin gerudi



                                 tidak berkarat
                                 pengalir haba yang baik
                                 ringan dan mudah dipotong


4       Apakah bahan yang sesuai dengan pernyataan di atas ?

        A     Papan lapis
        B     Aluminium
        C     Perspek
        D     MDF




77/1                                                                        SULIT
SULIT                                       3                             77/1




                                         RAJAH 2

5       Berpandu Rajah 2, apakah jenis tanggam?

        A      Tanggam temu
        B      Tanggam lekap T
        C      Tanggam parit terus
        D      Tanggam lekap palang




                                            II


              I



                                                                     V


                                                       IV
                                          III


                                           RAJAH 3

6       Rajah 3 menunjukkan proses membina tanggam parit terus.
        Antara berikut manakah susunan yang betul bagi proses itu?

        A      I, II, V, III dan IV
        B      II, III, V, I dan IV
        C      II, V, IV, I dan III
        D      III, IV, II, I dan V




77/1                                                                     SULIT
SULIT                                          4                                      77/1


                            Mengumpul maklumat dan data
                            Menyenarai pelbagai alternatif lakaran




                            Menyenaraikan bahan
                            Menyenaraikan alatan tangan
                            Menyenaraikan mesin




                            Mengumpul dan merekod maklumat projek
                            Mengira kos pengeluaran
                            Membuat persembahan



                                           RAJAH 4

7       Rajah 4 menunjukkan senarai aktiviti dalam jadual kerja reka bentuk projek.
        Antara berikut, manakah kombinasi aktiviti yang betul?

        A      Perancangan, pendokumentasian dan pembinaan
        B      Pembinaan, pernyataan masalah dan perancangan
        C      Pendokumentasian, pembinaan dan pernyataan masalah
        D      Pernyataan masalah, perancangan dan pendokumentasian



                               Butiran              Jumlah ( RM)

                       Kos bahan                        4.50
                       Kos upah                         2.00
                       Kos overhed                      0.50


                                         Jadual 1

8       Jadual 1 menunjukkan kos seunit untuk membuat kotak pensil.
        Berapakan kos pengeluaran untuk 15 unit produk yang sama?

        A      RM   37.50
        B      RM   75.00
        C      RM   97.50
        D      RM   105.00




77/1                                                                              SULIT
SULIT                                         5                                     77/1

9       Bacaan meter kWj pada 1 Mac 2005 ialah 00540. Bilangan unit yang tercatat
        dalam bil elektrik adalah 120 unit.
        Berapakah bacaan meter kWj itu pada 1 Februari 2005?

        A      00420
        B      00540
        C      00660
        D      01560



                   X                                               Z




                        Y




                                     RAJAH 5

10      Rajah 5 menunjukkan pendawaian plag 3 pin 13 ampere.
        Apakah warna wayar pada tamatan X, Y dan Z?



                    Tamatan X             Tamatan Y            Tamatan Z
        A       Hijau                 Perang                Biru

        B       Hijau                 Biru                  Perang

        C       Biru                  Hijau                 Perang

        D       Perang                Biru                  Hijau



11      Dari manakah sumber elektrik sel kering terhasil?

        A      Haba
        B      Bunyi
        C      Tindakan kimia
        D      Tindakan tekanan


12      Bagaimanakah arah pusingan motor DC boleh diterbalikkan?

        A      Menyongsangkan sambungan punca bekalan
        B      Menambah saiz gegelung angker
        C      Mengubah kedudukan magnet
        D      Menambah bekalan voltan


77/1                                                                          SULIT
SULIT                                     6                                  77/1




                                                              M
                                                              ak
                                       RAJAH 6                an
                                                              de
13      Rajah 6 menunjukkan perintang tetap.                  ng
        Apakah maksud jalur yang bertanda X?                  an
                                                              se
        A     Had terima                                      de
        B     Bilangan sifar                                  rh
        C     Nilai angka pertama                             an
        D     Nilai angka keempat                              a




                                         RAJAH 7

14      Apakah nama komponen yang ditunjukkan pada Rajah 7?

        A     Kapasitor
        B     Transistor
        C     Litar Bersepadu
        D     Diod pemancar cahaya




                                          RAJAH 8

15      Rajah 8 menunjukkan litar skematik sebuah projek elektronik.
        Diod pemancar cahaya yang manakah akan menyala apabila suis S1 ditekan?

        A     I dan II
        B     I dan III
        C     II dan IV
        D     III dan IV


77/1                                                                       SULIT
SULIT                                          7                             77/1



            Awang telah menyiapkan projek elektronik untuk kerja kursus.
            Selepas dipasang dan disambung ke bateri, dia mendapati
            projeknya tidak berfungsi.



16     Berikut adalah perkara yang perlu disemak oleh Awang kecuali

        A      limpahan timah pateri antara balapan
        B      kekutuban kaki perintang tetap
        C      pemasangan kaki transistor
        D       pematerian kaki komponen


                                    Daya tahan tinggi
                                    Mudah dilentur
                                    Tidak berkarat
                                    Mudah bocor bila terkena benda tajam


17      Apakah jenis paip yang sesuai bagi pernyataan di atas?

        A      Paip getah
        B      Paip besi bergalvani (BG)
        C      Paip PVC ( Polyvinyl chloride )
        D      Paip Poly (High Density Polyethylene)


18      Penyambung manakah yang sesuai untuk menyambungkan paip BG dan PVC yang
        sama diameternya?

        A      Penyuai soket injap
        B      Penyuai soket PT
        C      Soket sama
        D      T sama




                                          P


                                         RAJAH 9

19      Apakah simbol komponen pada Rajah 9?


        A                                     B




        B                                     D


77/1                                                                        SULIT
SULIT                                       8                                       77/1




                                      RAJAH 10

20      Apakah nama garisan yang bertanda P pada Rajah 10?

        A       garisan tengah
        B       garisan dimensi
        C       garisan menegak
        D       garisan tersembunyi




                    Pelan                                  Pandangan Sisi

                                        RAJAH 11

21      Rajah 11 menunjukkan pelan dan pandangan hadapan bagi satu objek.
        Antara berikut yang manakah menunjukkan lukisan isometrik bagi objek itu?


                                                   B
            A




        C
                                                       D




77/1                                                                           SULIT
SULIT                                       9                                   77/1

22      Bahagian mesin jahit yang manakah perlu dilonggarkan apabila mengisi benang
        pada gelendong?

        A      Gigi penolak
        B      Penekan jahitan
        C      Skru pemberhenti
        D      Ceper penegang benang



                      Digunakan untuk mengemas tepi fabrik, basi kelim
                      dan sebagai jahitan hiasan untuk menjahit motif


23      Apakah nama jahitan tersebut?

        A    Jahitan lilit ubi
        B    Jahitan suji bilang
        C    Jahitan insang pari
        D    Jahitan silang pangkah



                 Sehelai kain yang digunakan untuk menutup makanan



24      Apakah jenis kain dalam pernyataan di atas?

        A      Alas meja
        B      Kain maslin
        C      Alas pinggan
        D      Kain pengelap pinggan


25      Antara berikut, manakah merupakan kutleri?

        A                                         C




        B                                         D




77/1                                                                          SULIT
SULIT                                       10                                     77/1

26      Antara berikut yang manakah merupakan pembersihan mingguan?

        A      Mencuci pakaian
        B      Menyapu sampah
        C      Membuang sawang
        D      Menvakum permaidani


27      Antara jenis ruang di bawah yang manakah ruang sosial ?



        I                                         II




        III                                       IV




        A      I dan II
        B      I dan IV
        C      II dan III
        D      II dan IV


28      Antara berikut, manakah aktiviti penjagaan anak pokok di tapak semaian?

        I      Menyiram
        II     Merumput
        III    Membaja
        IV     Memangkas

        A      I dan II
        B      II dan III
        C      I, II dan III
        D      I, III dan IV




77/1                                                                              SULIT
SULIT                                      11                            77/1




                                         Rajah 12

29      Rajah 12 menunjukkan sejenis alat tangan dalam kerja
        penggemburan tanaman hiasan.
        Apakah alat tersebut?

        A     Skop
        B     Tajak
        C     Sudip tangan
        D     Serampang tangan




                              Rajah 13

30      Apakah bahan yang digunakan untuk menutup bahagian bertanda X
        pada Rajah 13?

        l     Pasir
        ll    Batu kecil
        lll   Tanah loam
        lV    Serpihan pasu

        A     l dan ll
        B     l dan lV
        C     ll dan lll
        D     ll dan lV




77/1                                                                    SULIT
SULIT                                       12                                   77/1




                                         Makan
                                         dengan
                                         sedikit

                                    Makan dengan
                                     sederhana

                                 Makan dengan banyak


                                        Rajah 14

31      Merujuk kepada piramid makanan pada Rajah 14, apakah yang harus anda
        makan dengan sederhana?

        A     bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan
        B     keju, susu, kekacang, dan karangan laut
        C     gula, makanan ringan dan santan kelapa
        D     telur, hasil tenusu dan daging tanpa lemak


32      Antara cara memasak di bawah, yang manakah sesuai untuk
        memasak makanan bagi pesakit?




         A                                       C




         B
                                                 D




33      Kos upah untuk memasak nasi lemak ialah RM 3.00 sejam.
        Berapakah kos upah jika masa yang diambil untuk memasak ialah 1 ½ jam.

        A     RM 3.00
        B     RM 3.50
        C     RM 4.00
        D     RM 4.50




77/1                                                                        SULIT
SULIT                                             13                            77/1

34      Manakah antara kuih berikut diperbuat daripada bater cair?

        I      Kuih Lapis
        II     Kuih Rengas
        III    Kuih Ketayap
        IV     Kuih Lompang

        A      I, II, dan III
        B      I, III dan IV
        C      II, III dan IV
        D      I, II, III dan IV


35      Antara yang berikut, manakah kuih tempatan savouri?

        A      Kuih Koci
        B      Cucur Badak
        C      Kuih Ketayap
        D      Kuih Serimuka


36      Anda dikehendaki menyediakan hidangan makan malam.
        Antara menu berikut, manakah perlu disediakan terlebih dahulu.

        A      Nasi putih
        B      Kari Ikan Tongkol
        C      Sayur Campur Goreng
        D      Puding Laici



                       Mimie telah menyediakan Mee Goreng
                             untuk dibawa ke sekolah.


37      Apakah alatan yang sesuai digunakan oleh Mimie untuk tujuan di atas?

        A      Bekas plastik
        B      Surat khabar
        C      Bekas polisterina
        D      Mangkuk tingkat


                                  Bercorak atau tidak bercorak
                                  Mesti cukup besar dan bersih



38      Pernyataan di atas menerangkan salah satu alatan peranggu meja.
        Apakah alatan tersebut.

        A      Kutleri
        B      Alas meja
        C      Napkin meja
        D      Pinggan mangkuk


77/1                                                                           SULIT
SULIT                                            14                              77/1

39      Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah enjut?

        A     Campuran gula dan telur dienjut sehingga kembang dan gebu
        B     Campuran gula dan lemak dienjut sehingga kembang dan gebu
        C     Campuran lemak dan telur dienjut sehingga kembang dan gebu
        D     Campuran gula dan tepung dienjut sehingga kembang dan gebu




                         Campuran lemak dan tepung digaul dan diramas
                         sehingga menjadi seperti serbuk roti dengan
                         menggunakan hujung jari.


40      Antara berikut, manakah biskut yang disediakan dengan kaedah di atas?

        I     Biskut Kacang
        II    Biskut Makmur
        III   Biskut Samperit
        IV    Biskut Serpihan Coklat

        A     I, II dan III
        B     I, II dan IV
        C     II, III dan IV
        D     I, II, III dan IV


41      Bagaimanakah udara dapat dimasukkan ke dalam adunan pastri?

        I     Mengayak tepung
        II    Menggunakan pemutar elektrik
        III   Menggaul dan meramas lemak dengan tepung
        IV    Menambahkan tepung sebelum air dimasukkan

        A     I dan II
        B     I dan IV
        C     II dan III
        D     III dan IV


                                 Buah ceri
                                 Jem
                                 Kelapa parut



42      Apakah fungsi bahan-bahan dalam pernyataan di atas?

        A     Mewangikan kek
        B     Memaniskan kek
        C     Menghiaskan kek
        D     Memasakkan kek




77/1                                                                            SULIT
SULIT                                       15                                      77/1

43      Apakah akan berlaku jika Kek Coklat disimpan bersama Biskut Serpihan Coklat?

        A      Biskut akan lemau
        B      Kek menjadi lebih sedap
        C      Biskut menjadi lebih sedap
        D      Kek dapat disimpan lebih lama


44      Antara hasil ujian pembakaran ke atas fabrik berikut, yang manakah betul?



                  Jenis fabrik                   Hasil ujian

         A      Nilon             Berbau seperti daun saderi

         B      Kapas             Berbau seperti bulu terbakar

         C      Sutera            Berbau seperti kertas terbakar

         D      Poliester         Berbau seperti rambut terbakar



45      Antara berikut, jenis corak dan warna fabrik manakah sesuai untuk Azlin yang
        berbadan rendah dan kurus?

        A      Corak kecil dan berwarna gelap
        B      Corak kecil dan berwarna cerah
        C      Corak besar dan berwarna gelap
        D      Corak besar dan berwarna terang




                                                                   X




                                         Rajah 15

46      X dalam Rajah 15 di atas menunjukkan

        A      Kedut lepas
        B      Lisu beriring
        C      Lisu pemadan
        D      Lisu perhiasan




77/1                                                                             SULIT
SULIT                                         16                                    77/1


                  Kelim ini sesuai untuk fabrik nipis dan mudah berjerumbai
                  Lebar kelim siap antara 4mm-6mm



47      Apakah kelim dalam pernyataan di atas?

        A      Kelim betawi
        B      Kelim papan mesin
        C      Kelim papan tangan
        D      Kelim belah kangkung


48      Antara berikut, pilih pola yang diperlukan untuk menjahit sehelai blaus.

        I      Lengan dan lapik
        II     Bahagian sisi blaus
        III    Bahagian badan hadapan
        IV     Bahagian badan belakang

        A      I, II dan III
        B      I, II dan Iv
        C      II, III dan IV
        D      I, II, III dan IV


49      Manakah jenis kancing yang sesuai digunakan untuk belah kelepet sama lebar?

        A      Cangkuk dan palang
        B      Butang dan lubang butang
        C      Butang dan gelungan fabrik
        D      Cangkuk dan mata atau rumah


50      Bagaimanakah cara yang sesuai untuk memanjangkan skirt yang telah pendek?

        A      menjahit kun pada skirt tersebut
        B      menjahit sulam pada skirt tersebut
        C      menjahit renda atau ropol pada skirt
        D      melapik skirt tersebut dengan jalur serong tepat


51      Apakah tujuan menjahit belah pada pakaian?

        I      Membolehkan pakaian dipotong dengan sama sendat
        II     Memudahkan pakaian dipakai dan ditanggalkan
        III    Memudahkan pergerakan
        IV     Menghilangkan gelembung

        A      I, II dan III
        B      I, II dan IV
        C      II, III dan IV
        D      I, II, III dan IV




77/1                                                                               SULIT
SULIT                                       17                                   77/1

52      Antara berikut, manakah merupakan lengan bishop?


        A                                         B




        C                                           D




53      Apakah nama belah yang dijahit pada hujung lengan?

        A      Belah berzip
        B      Belah slit berlapik
        C      Belah lapik kain selari
        D      Belah kelepet sama lebar


                           Corak timbul yang dihasilkan dengan
                          menjahit menembusi tiga lapisan fabrik.


54      Berdasarkan pernyataan di atas, apakah jenis hiasan yang dimaksudkan?

        A      Kuilting
        B      Tampal hias
        C      Tampal cantum
        D      Jahitan insang pari


55      Antara yang berikut, bentuk manakah yang tidak sesuai digunakan untuk
        menjahit tampal cantum?

        A      Bulatan
        B      Heksagon
        C      Oktagon
        D      Segitiga




77/1                                                                            SULIT
SULIT                                      18                                  77/1




                                   Rajah 16

56      Rajah 16 menunjukkan pola asas lengan yang telah diubahsuai.
        Apakah proses yang telah dilakukan pada pola tersebut?

        A     Memanjangkan pola
        B     Memendekkan pola
        C     Membesarkan pola
        D     Mengecilkan pola

57      Siapakah yang melakukan kegiatan membeli dan menjual bagi mendapatkan
        keuntungan?

        A     peniaga
        B     peruncit
        C     usahawan
        D     pengusaha

58      Usahawan yang menebang kayu balak di hutan terlibat dalam bidang

        A     pertanian
        B     ekstraktif
        C     perkilangan
        D     perkhidmatan

59      Apakah maksud FOMCA ?

        A     Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia.
        B     Gabungan Pengilang dan Pengeluar Malaysia
        C     Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan
        D     Majlis Persatuan-persatuan Pengguna Kebangsaan



            Akta ini mengawal mutu makanan dan penggunaan bahan-bahan aditif
            yang membahayakan kesihatan pengguna.


60      Apakah maksud akta pada pernyataan di atas?

        A     Akta Perihal Dagangan 1972
        B     Akta Kawalan Bekalan 1961
        C     Peraturan-peraturan Makanan 1985
        D     Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952



77/1                                                                       SULIT
SULIT   19    77/1




77/1         SULIT

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:234
posted:8/15/2011
language:Malay
pages:19