Docstoc

Pengurusan Zakat

Document Sample
Pengurusan Zakat Powered By Docstoc
					                                            Bab 23

                            Pengurusan Agihan Zakat
                                     Abd Halim Mohd Noor

              Pengenalan
              Sistem yang digunakan atau kaedah yang dilaksana dalam mengendalikan
              dana zakat yang telah dikumpul, untuk diagihkan kepada mereka yang
              berhak menerimanya.
                  Pengagihan zakat adalah berdasarkan mereka yang berhak atau golongan
              asnaf. Al-Qur’an menyatakan secara jelas berkaitan dengan asnaf zakat. Ini
              dapat dilihat daripada firman Allah SWT dalam yang bermaksud:
                  “Sesungguhnya sedekah-sedekah [zakat] itu hanyalah untuk orang-
                  orang miskin, dan ‘amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang
                  mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang
                  hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang,
                  dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang
                  musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (ketetapan hukum
                  yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan ( yang datangnya)
                  dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
                  Bijaksana”.
                                                              (Surah al-Taubah: 60)
                  Al-Qur’an surah al-Taubah ayat 58.
                  “dan terdapat di antara golongan munafik yang bermasam muka
                  dengan Nabi dalam urusan pembahagian zakat apabila mereka
                  mendapat habuan mereka gembira dan apabila mereka tidak dapat
                  mereka amat marah”.




Bab 23.indd 327                                                                       23/06/2011 16:35:32
              Fiqh Zakat Malaysia

                  Seterusnya maksud firman Allah dalam surah al-Baqarah: 267;
                  “Wahai orang-orang yang beriman belanjakan (pada jalan
                  Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik. Dan
                  sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
                  Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya
                  (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) pada
                  hal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk
                  itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan
                  mata padanya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya,
                  lagi sentiasa terpuji”.


              Dalil Hadith
              Ini diperkukuhkan lagi oleh Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan
              oleh Abu Dawud yang bermaksud “Allah tidak menyukai ketentuan Nabi
              atau orang lain mengenai agihan zakat selain ketentuan-Nya sendiri. Zakat
              diagihkan kepada lapan bahagian, kalau kamu termasuk dalam lapan
              bahagian itu akan aku berikan bahagian kamu itu”.
                   Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “sesungguhnya Allah tidak
              reda dengan pengagihan Nabi sehingga hukum Allah itu dipatuhi. Agihan
              mesti ke atas lapan asnaf, jika kamu termasuk salah satu asnaf yang lapan
              itu nescaya akan aku agihkan kepada kamu”.


              Pendapat Ulama
              Dalam membahaskan kelompok yang berhak menerima zakat terdapat
              beberapa perbezaan pandangan (fatwa) di kalangan ulama. Menurut
              Syafii wajib mengagihkan wang zakat kepada lapan asnaf yang telah
              disenaraikan dalam al-Qur’an, dan tidak ada kekecualian daripadanya.
              Walau bagaimanapun pada fatwa Syafii beliau lebih cenderung untuk
              memberi keutamaan kepada al-‘Amilin kerana padanya al-‘Amilin lebih
              berhak menerima wang zakat dari asnaf yang lain, kerana mereka telah
              bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan zakat, sementara yang
              lain ada di antaranya tidak wujud dalam sesuatu wilayah dan sesuatu masa
              atau hanya sekadar menerima sahaja apa yang telah diusahakan oleh amil.
              Dari aspek yang lain menurut fatwa imam Syafii pada kebiasaannya empat

                                                328




Bab 23.indd 328                                                                     23/06/2011 16:35:32
                                                              Pengurusan agihan Zakat

              golongan sahaja yang sentiasa ada dalam sesuatu kawasan pada sesuatu masa
              iaitu fakir, miskin, Ibn Sabil dan al-Gharimin. Sementara fatwa daripada
              imam Hanafi dan imam Hambali hukumnya harus mengagihkan dana zakat
              itu kepada lapan asnaf, berlainan dengan fatwa yang dikemukakan oleh imam
              Maliki di mana hukumnya sunat dana zakat diagihkan kepada lapan asnaf
              tersebut, pada mereka pengagihan dana zakat itu sudah sempurna walaupun
              ia hanya dibahagikan kepada satu asnaf sahaja sebagai dalil imam Malik
              menunjukkan dana zakat memadai hanya dibahagikan kepada golongan
              fakir sahaja dan tidak kepada asnaf yang lain dapat diambil daripada sabda
              Rasulullah SAW ketika baginda menghantar Mua‘as bin Jabal ke Yaman. Di
              mana Rasulullah SAW menyatakan supaya mengambil harta daripada orang
              kaya dan dibahagikan kepada golongan fakir, sabdanya “dan jika mereka
              telah mentaati engkau, ketahuilah sesungguhnya Allah telah memfardukan
              zakat ke atas mereka dan ambillah daripada orang kaya bahagikanlah ia
              kepada mereka yang fakir…” pendapat ini dipersetujui oleh Muhammad
              Said, baginya walaupun al-Qur’an telah menyebut lapan golongan, tetapi
              ia tidak menjadi syarat untuk kita mengikuti apa yang diperkatakan oleh
              al-Qur’an tersebut. Kerana tidak sekali-kali kita mengetahui kesemua
              kelapan-lapan golongan dalam membuat pengagihan.
                   Pendapat yang dikemukakan oleh Ibrahim Nakha`ie agak sederhana,
              beliau telah mengemukakan fatwanya jika harta yang dizakatkan itu banyak
              dan boleh dibahagikan kepada semua golongan maka hendaklah dibahagikan,
              dan jika harta itu hanya sedikit, penguasa hendaklah mengkhususkan kepada
              salah satu golongan yang ada. Berlainan pula dengan fatwa imam Malik
              di mana beliau mengemukakan, kalau begitu keadaannya petugas [amil]
              yang membahagikan dana zakat itu hendaklah membuat penyelidikan
              golongan yang mana lebih memerlukannya, maka golongan itulah hendak
              didahulukan. Sementara pendapat Hanafi pembayar zakat hendaklah diberi
              kesempatan memilih untuk memberikan kepada golongan mana sahaja yang
              dikehendakinya. Pendapat ini disokong oleh Hasan al-Basri dan ‘Ata.


              Bentuk Agihan Zakat
              Terdapat beberapa bentuk agihan yang dilaksanakan oleh institusi zakat.
              Berikut adalah contoh senarai bentuk agihan zakat yang dilaksanakan;
              • Agihan saraan bulanan kepada fakir miskin
              •	 Agihan pelajaran kepada fakir miskin

                                                 329




Bab 23.indd 329                                                                      23/06/2011 16:35:33
              Fiqh Zakat Malaysia

              •		 Agihan Hari Raya kepada fakir miskin
              •		 Agihan membina dan membaiki tempat kediaman kepada fakir
                  miskin
              •		 Agihan berdikari kepada fakir miskin
              •		 Agihan terus kepada fakir miskin melalui pengeluar
              •		 Agihan rawatan kepada pasakit fakir miskin
              •		 Agihan/latihan kepada fakir miskin
              •		 Agihan serta-merta kepada miskin/fakir pelbagai
              •		 Agihan kepada pejuang-pejuang Islam
              •		 Agihan kepada pengembara dalam Malaysia
              •		 Agihan kepada pengembara luar Malaysia
              •		 Pelbagai termasuk orang yang terkandas dalam perjalanan
              •		 Agihan pelajaran dalam negeri
              •		 Agihan pelajaran luar negeri
              •		 Agihan tambang kepada para pelajar yang berjaya menyambung
                  pelajaran luar negeri
              •		 Agihan tambang kepada para pelajar yang berjaya menyambung
                  pelajaran dalam negeri
              •		 Agihan tambang kepada para pelajar untuk pulang kerana kecemasan
                  (kematian ibu/bapa)
              •		 Agihan kepada masjid dan surau
              •		 Agihan kerana menganjurkan projek kebajikan
              •	 Agihan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim
              •		 Agihan kepada pelajar Sekolah Agama Rakyat/Pondok
              •		 Majalah & kitab-kitab agama/Percetakan Khutbah dan Risalah dan
                  lain-lain
              •		 Imbuhan guru yang mengajar kelas saudara kita
              •		 Agihan/Sumbangan untuk mengadakan Majlis Keraian Saudara Kita
              •		 Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan
                  negara musuh Islam
              •		 Mereka yang bukan beragama Islam tetapi boleh dipujuk supaya
                  memeluk Islam
              •		 Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang-orang Islam
              •		 Agihan berdikari kepada saudara kita
              •		 Saguhati wang tunai kepada saudara kita
              •		 Cenderamata, buku agama, pakaian dan kelengkapan kepada saudara
                  kita


                                                330




Bab 23.indd 330                                                                    23/06/2011 16:35:33
                                                               Pengurusan agihan Zakat

              •		 Imbuhan menghadiri kelas saudara kita
              •		 Pusat pendidikan & latihan saudara kita
              •		 Agihan pelajaran (anak saudara kita yang maju dalam pelajaran dan
                  saudara yang belajar)
              •		 Sumbangan kepada Badan/Pertubuhan Kebajikan yang mengendalikan
                  saudara kita
              •		 Agihan Kecemasan/Kemalangan
              •		 Agihan Am (Berkhatan/Bantuan perkahwinan dan lain-lain)
              •		 Agihan membina/membaiki tempat kediaman
              •		 Agihan Hari Raya kepada saudara kita


              Prinsip-prinsip Agihan
              Menurut Majlis Agama Islam Negeri Johor, proses pengagihan mestilah
              mengambil kira perkara-perkara berikut:
              1. Isti’ab (menyeluruh)
                  a.   Fakir
                  b.   Miskin
                  c.   Amil             } Muqaddam (terawal)
                  d.   Mualaf
                  e.   Fisabilillah
                  f.   Ibnu Sabil
                  g.   Al-Riqab         } Muakhar (kemudian)
                  h.   Al-Gharimin
                  Harta zakat diagih mengikut keperluan asnaf berdasarkan keutamaan
                  Pemindahan peruntukan dari satu asnaf ke asnaf yang lain dibenarkan
              berdasarkan kepada keperluan dan lebihan yang ada.
              2. Ikhtisas (Ketetapan)
              Harta zakat hanya boleh diagihkan kepada lapan asnaf yang disebut Allah
              SWT di dalam surah al-Taubah ayat 60.
                  Tiada ijtihad lagi dalam masalah menentukan asnaf yang menerima
              zakat kecuali pada perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan agihan
              kepada asnaf.
                  Sebarang “QIAS” yang hendak dibuat mestilah tidak keluar dari asnaf
              yang lapan.

                                                 331




Bab 23.indd 331                                                                     23/06/2011 16:35:33
              Fiqh Zakat Malaysia

                 Pengagihan dibuat kepada mereka yang menetap di negeri Johor dalam
              tempoh yang ditetapkan oleh MAINJ.
              3. Hak
              Harta zakat mesti disalurkan kepada asnaf.
                  Polisi/prosedur agihan wajar dibuat bagi melicinkan proses agihan tetapi
              tidak boleh hingga menafikan hak asnaf.
                  Wang zakat diagih mengikut keperluan semasa asnaf.
              4. Muraqabah
              Semua agihan zakat hendaklah dilakukan dengan pengawasan dan kawalan
              rapi.
                   Sebarang pengagihan zakat yang meragukan perlu dirujuk kepada
              Jawatankuasa Fatwa Johor dan Jawatankuasa Zakat dan Fitrah.
                   Setiap peringkat kelulusan dan keputusan hendaklah dibuat dengan
              sifat-sifat:
              •	 Takut kepada Allah
              •		 Bertanggungjawab
              •		 Ikhlas – Amanah
              5. Al-Kifayah (Mencukupi had pemberian)
              Menepati keperluan asasi sebenar.
              Berdasarkan kepada hak yang ditentukan syarak.
              Pemohon diberi hak menerima zakat apabila tidak memenuhi had kifayah
              yang ditetapkan.
              Penentuan kelayakan berdasarkan had kifayah sesuatu kawasan.
              6. Fauran (serta-merta)
              Agihan dilakukan dengan segera selepas dikenal pasti layak menerima
              wang zakat.
                  Kakitangan yang terlibat memproses permohonan hendaklah menjalankan
              tugas dengan segera bersesuaian dengan prinsip Muraqabah.


              Tujuan
              Ada dua matlamat agihan zakat, pertama ketaatan ibadah kepada Allah dan
              kedua bermatlamatkan kepada pembangunan sosio ekonomi individu dan

                                                  332




Bab 23.indd 332                                                                        23/06/2011 16:35:33
                                                                  Pengurusan agihan Zakat

              masyarakat. Secara umumnya agihan zakat boleh diklasifikasikan kepada
              tiga matlamat, pertama untuk memenuhi keperluan hudup yang sederhana
              (sasarannya ialah fakir, miskin, hamba, berhutang dan ibn sabil), kedua
              memperkasakan urusan agama dan syariah (sasarannya ialah fi sabilillah
              dan mualaf) dan ketiga insentif kepada pegawai zakat (amil).
                   Prinsip agihan mempengaruhi pendekatan pengagihan dana zakat yang
              diambil oleh institusi zakat. Pendekatan yang diambil adalah sama ada ia
              sekadar kecukupan seharian atau sepanjang hayat atau pemberian sehingga
              menjadi manusia berkemampuan atau pemberian berupa modal atau
              barangan gunaan semata-mata. Dasar agihan zakat pada masa pemerintahan
              Umar al-Khatab adalah berkonsepkan “berilah zakat sehingga penerimanya
              boleh menjadi kaya”.


              Isu-isu

              Keberkesanan Kutipan dan Agihan Dana Zakat

              Pengenalan

              Kewajipan menunaikan ibadat zakat adalah merupakan perintah Allah SWT
              seperti yang telah dilaksanakan sejak tahun kedua hijrah lagi. Kewajipan
              berzakat sebagai salah satu rukun Islam yang lima telah menjadikan Islam
              sebagai suatu agama yang syumul. Berzakat merapatkan jurang pemisah
              antara golongan kaya dengan golongan miskin di kalangan anggota
              masyarakat (Al-Qur’an, 9: 60 dan 51: 19).
                   Pada umumnya kesedaran berzakat di kalangan umat Islam di Malaysia
              telah meningkat. Ini berdasarkan statistik kutipan institusi zakat seluruh
              negara yang mencatatkan pertambahan setiap tahun. Peningkatan kutipan
              ini juga adalah hasil daripada inisiatif kerajaan yang meletakkan penubuhan
              institusi zakat sebagai salah satu agenda negara. Secara umum, zakat bukan
              sahaja difahami sebagai satu kewajipan syarak malah ia merupakan satu
              cara yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat pembangunan
              sosial ekonomi ummah.
                   Terdapat perbezaan ketara dalam prestasi kutipan dan agihan zakat.
              Perbezaan ini juga dilihat di antara negeri-negeri di Malaysia. Terdapat negeri
              yang mencatitkan kadar kutipan yang tinggi berbanding negeri-negeri lain.
              Tidak dinafikan faktor tahap ekonomi mempengaruhi jumlah kutipan, walau


                                                   333




Bab 23.indd 333                                                                           23/06/2011 16:35:33
              Fiqh Zakat Malaysia

              bagaimanapun statistik menunjukkan terdapat negeri yang mencatitkan
              peningkatan yang memberangsangkan dalam kutipan zakat mereka.
                  Struktur organisasi zakat di Malaysia adalah tidak seragam sebagai
              contoh, terdapat negeri yang mengkorporatkan keseluruhan institusi zakat
              mereka manakala sebahagian negeri pula hanya mengkorporatkan untuk
              kutipan zakat sahaja. Perbezaan kaedah pengurusan ini adalah kerana
              Perlembagaan Malaysia fasal 3(4) memperuntukkan bahawa agama
              Islam adalah terletak di bawah kuasa Sultan atau Raja bagi negeri yang
              beraja dan di bawah Yang Dipertuan Agong bagi negeri yang tidak beraja
              seperti Wilayah Persekutuan. Segala urusan pentadbiran hal ehwal zakat
              di Malaysia adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Cara
              pengurusan organisasi seperti Baitulmal, Majlis Agama Negeri dan pusat
              zakat mempengaruhi keberkesanan agihan dana zakat.
                  Penyelesaian masalah ekonomi memerlukan pendekatan pelbagai dari
              agensi bertanggungjawab. Ini ketara dalam menyelesaikan permasalahan
              ekonomi yang dihadapi oleh asnaf fakir dan miskin. Pergantungan kepada
              pemberian zakat sahaja menyukarkan untuk menyelesaikan masalah yang
              dihadapi oleh asnaf. Pendekatan yang melibatkan agensi lain mampu
              meningkatkan keberkesanan agihan yang diberikan. Untuk agihan dana
              zakat mencapai objektif, program yang membantu asnaf untuk meningkatkan
              keupayaan ekonomi mereka adalah perlu. Program masa kini menunjukkan
              terdapat ruang untuk meningkatkan keupayaan para asnaf.

              Kutipan Zakat

              Pendapatan per kapita yang rendah, jumlah populasi yang kecil tetapi
              kawasan geografi yang luas juga mempengaruhi kutipan institusi zakat.
              Bagi negeri yang jumlah penduduknya kecil dan ekonominya tidak semaju
              negeri lain maka jumlah kutipan adalah kecil. Ini dengan sendirinya akan
              memungkinkan jumlah kecil pula untuk diagihkan. Jumlah kutipan kecil
              tidak mampu merangsang institusi zakat untuk melaksanakan pengurusan
              secara kreatif dan proaktif dalam meningkatkan peranan institusi zakat
              dalam masyarakat. Ini menyebabkan organisasi terperangkap dalam putaran
              ketidakcekapan yang bukan sahaja memberi kesan negatif kepada organisasi
              tetapi hilang keyakinan masyarakat kepada institusi zakat untuk membantu
              permasalahan yang mereka hadapi.
                  Gambar rajah 1 berikut menunjukkan statistik kutipan zakat yang
              berbeza mengikut negeri. Sebahagian besar kutipan tertumpu kepada

                                                334




Bab 23.indd 334                                                                    23/06/2011 16:35:33
                                                                  Pengurusan agihan Zakat

              Wilayah Persekutuan dan Selangor, manakala negeri lain merekodkan
              jumlah kutipan yang jauh lebih kecil. Secara keseluruhan kutipan zakat,
              walau bagaimana terus mencatatkan peningkatan untuk tahun tahun pasca
              pengkorporatan. Gambar rajah 2 menunjukkan statistik kutipan zakat di
              Malaysia untuk tempoh 1991-2010.




              Sumber: PPZ-MAIWP, 2010
                                             Gambar Rajah 1




              Sumber: Laporan Tahunan PPZ-MAIWP, pelbagai tahun
                                             Gambar Rajah 2

                                                   335




Bab 23.indd 335                                                                        23/06/2011 16:35:33
              Fiqh Zakat Malaysia

              Agihan Zakat

              Struktur Organisasi Institusi Zakat

              Pada awal tahun 90’an institusi zakat telah berubah corak pengurusannya
              dari sebuah organisasi di bawah Baitulmal kepada sebuah organisasi yang
              terasing dan mempunyai bidang kuasanya tersendiri khususnya dari aspek
              kutipan. Bermula dari Wilayah Persekutan Kuala Lumpur pada tahun
              1991. Di mana pengurusan Pusat Pungutan Zakat telah dikoporatkan dalam
              aspek kutipannya dengan melantik sebuah syarikat yang bertanggungjawab
              mengutip hasil yang dikategorikan sebagai amil. Tetapi persoalan agihan
              masih di bawah kuasa dan pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah yang
              dikendalikan oleh Baitulmal sehingga sekarang. Konsep pengkorporatan
              pengurusan zakat juga telah diperkembangkan ke negeri negeri lain seperti
              Selangor (1994), Pulau Pinang (1995), Melaka (1996), Pahang (1998) dan
              Negeri Sembilan (1998). Demikian juga apa yang berlaku di Pulau Pinang
              isu kutipan dan agihan zakat telah diserahkan kepada sebuah badan yang
              bertanggungjawab dalam masalah itu, sementara Baitulmal tidak lagi
              bertanggungjawab dalam soal yang dibangkitkan. Berbeza dengan Pahang,
              Negeri Sembilan dan Melaka yang hanya dikorporatkan dari aspek kutipan,
              sementara dari aspek agihan masih di bawah kelolaan Baitulmal. Walau
              bagaimanapun di negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu hak
              mengutip dan mengagih zakat masih di letak di bawah kelolaan Baitulmal
              (Abd Halim et al., 2004).
                    Manakala di Selangor, kutipan zakat dan agihan yang dahulunya
              diuruskan oleh Pusat Zakat Selangor kini telah diubah statusnya dari
              syarikat kepada lembaga. Ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah
              (Pemerbadanan) 1952, kini ia dikenali sebagai Lembaga Zakat Selangor
              (LZS) (Ahmad Shahir, 2007). Status baru memberi lebih autoriti kepada
              institusi zakat ini selain daripada LZS tidak perlu membayar cukai syarikat
              seperti sebelumnya semasa ia didaftarkan sebagai sebuah syarikat.
                    Pengkorporatan berupaya memangkin peningkatan prestasi institusi
              zakat melalui kuasa autonomi yang diperolehi. Melalui struktur organisasi
              ini, institusi zakat mampu membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat
              bersesuaian dengan keperluan sesuatu keadaan. Ia juga memberi ruang
              kepada inovasi dan kreativiti pihak pengurusan dalam meningkatkan kutipan
              dan agihan dana zakat.


                                                 336




Bab 23.indd 336                                                                       23/06/2011 16:35:33
                                                                          Pengurusan agihan Zakat

                  Manakala pihak yang tidak melaksanakan pengkorporatan juga
              telah mengadakan usaha untuk meningkatkan prestasi mereka. Walau
              bagaimanapun, pemerhatian mendapati usaha yang dilakukan adalah
              agak terbatas kerana birokrasi pentadbiran yang terpaksa dilalui. Berikut
              adalah jadual yang menunjukkan status pengkorporatan institusi zakat di
              Malaysia.

                         Bil.     Pengurusan Zakat yang Dikorporatkan / Lembaga
                         1.       Pusat Pungutan Zakat, MAIWP 1
                         2.       Lembaga Zakat Selangor, MAIS 2,
                         3.       Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, MAIPP 2
                         4.       Pusat Kutipan Zakat Pahang, MAIP 1
                         5.       Pusat Zakat Melaka, MAIM 1
                         6.       Pusat Zakat Negeri Sembilan, MAINS 2
                         1
                             Hanya Unit Kutipan dikorporatkan
                         2
                             Unit Kutipan dan Unit Agihan dikorporatkan


                    Bil.         Pengurusan Zakat yang Tidak Dikorporatkan
                    1.           Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman
                    2.           Majlis Agama Islam Sarawak
                    3.           Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu.
                    4.           Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.
                    5.           Majlis Ugama Islam Sabah 1
                    6.           Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
                    7.           Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak
                    8.           Majlis Agama Islam Negeri Johor. 2
                    1, 2
                         Majlis Ugama Islam Sabah dan Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah
                    dalam proses untuk mengkorporatkan pengurusan zakat.


              Amalan Agihan antara Negeri
              Pentadbiran zakat negeri-negeri adalah berdasarkan kepada enakmen
              pentadbiran agama Islam dan hukum syarak negeri-negeri. Walau
              bagaimanapun, enakmen hanyalah memperuntukkan hal berkaitan
              pentadbiran dan kutipan zakat, manakala isu agihan hanya menyentuh
              tafsiran asnaf fakir dan miskin. Justeru itu setiap negeri menggunakan


                                                          337




Bab 23.indd 337                                                                                23/06/2011 16:35:34
              Fiqh Zakat Malaysia

              pendekatan yang berbeza-beza dari segi pengagihan zakat. Sebagai contoh,
              terdapat terdapat perbezaan serta pemahaman yang berbeza tentang asnaf
              yang berhak menerima dana zakat. Sesetengah negeri meletakkan 7 asnaf,
              dan ada juga yang membahagikan zakat kepada 8 asnaf. Ini disebabkan
              terdapat pelbagai khilaf di kalangan ahli mazhab di mana sesetengah negeri
              menerima pakai mazhab yang berlainan dalam urusan pembahagian dana
              zakat tersebut (Mohd Saufi & Hasan, 2006).
                  Pembahagian zakat bersandarkan had kifayah bagi sesetengah negeri
              dan had kifayah bagi setiap negeri adalah berbeza-beza dan berubah
              mengikut dana zakat yang berjaya diperolehi oleh institusi zakat sesebuah
              negeri. Konsep Had Al-Kifayah dalam agihan zakat menurut Imam Al-
              Nawawi di dalam kitabnya al-Majmuk menyatakan; “Perkara-perkara yang
              ada hubungan dengan makan minum, tempat tinggal, pakaian dan perkara-
              perkara yang lazimnya menjadi keperluan harian secara sederhana bagi diri
              dan orang-orang yang wajib ditanggung”. Mengikut Wahbah Al-Zuhaili
              (1994) pula; “Keperluan itu ialah kemudahan-kemudahan yang diperlukan
              oleh manusia untuk kemudahan kehidupan mereka menghindarkan dari
              kepayahan hidup dan ketiadaannya akan menyebabkan hidup mereka
              ditimpa kesusahan dan kesulitan” (Mujaini, 2001).
                  Secara amnya, amalan agihan dana zakat adalah berbeza mengikut
              negeri. Pentadbiran zakat di setiap negeri masih merupakan perkara
              pentadbiran negeri dengan setiap negeri mempunyai kebebasan dalam
              menentukan perjalanan pentadbiran zakat masing-masing. Zakat termasuk
              di dalam hal ehwal Islam, maka pentadbirannya dijalankan di bawah
              Majlis Agama Islam Negeri di setiap negeri. Badan ini yang menjadi badan
              pentadbir dan penggubal dasar yang utama.

              Keberkesanan Agihan
              Keberkesanan merupakan satu konsep penting dalam sesebuah organisasi.
              Konsep ini sering dikaitkan dengan tahap profesionalisme dan kejayaan
              organisasi dalam mencapai matlamat dan visi yang telah disepakati.
              Organisasi yang berjaya biasanya dikaitkan dengan organisasi yang berkesan
              dan cekap. Kewujudan sesebuah organisasi bergantung kepada keupayaan
              nya mencapai matlamat ianya ditubuhkan. Antara matlamat penubuhan
              organisasi zakat ialah mengagihkan dana zakat dengan berkesan. Prestasi
              agihan zakat di Malaysia adalah tidak sekata. Terdapat negeri yang tinggi


                                                 338




Bab 23.indd 338                                                                      23/06/2011 16:35:34
                                                               Pengurusan agihan Zakat

              peratusan dana zakat yang telah diagihkan manakala pada masa yang sama
              terdapat juga yang mengagihkan kurang daripada ½ dana yang zakat yang
              telah dikutip. Secara purata, institusi zakat di Malaysia mengagihkan 80%
              kutipan dana zakat (Abd Halim et al., 2004). Jika berdasarkan statistik
              2008, 72.17% telah diagihkan manakala bakinya sebanyak 27.83% belum
              lagi diagihkan. Walau bagaimanapun agihan juga dipengaruhi oleh budaya
              masyarakat yang membayar zakat pada hujung tahun untuk mengambil
              kesempatan potongan pembayaran cukai pendapatan. Pembayaran lewat
              ini menyukarkan pihak berkaitan untuk mengagihkan dana zakat. Gambar
              rajah 3 berikut menunjukkan peratusan agihan berbanding kutipan zakat
              bagi tahun 2008.




              Sumber: PPZ-MAIWP
                                           Gambar Rajah 3

                  Agihan zakat bukan sahaja berbentuk wang kepada asnaf, tetapi
              ia berbentuk program memajukan asnaf seperti latihan, kesihatan dan
              pendidikan. Setelah penyelesaian keperluan asas asnaf dilaksanakan, program
              berbentuk latihan, bantuan modal dan pendidikan akan meningkatkan
              keupayaan ekonomi asnaf. Pemberian wang tanpa disusuli program yang
              mantap akan membuatkan asnaf fakir dan miskin, terutamanya bergantung
              kepada wang zakat dan kekal menjadi penerima zakat berbanding pembayar
              zakat.


                                                 339




Bab 23.indd 339                                                                       23/06/2011 16:35:34
              Fiqh Zakat Malaysia

                  Penyelesaian permasalahan sosioekonomi juga memerlukan kerjasama
              dari pelbagai pihak bertanggungjawab. Ini adalah kerana dimensi
              permasalahan yang pelbagai memerlukan sinergi dari agensi-agensi
              terbabit. Jaringan di antara agensi mampu menangani masalah dengan
              lebih berkesan berdasarkan kepakaran, kekuatan, kemampuan kewangan
              dan fokus organisasi (Mahmood Zuhdi et al., 2006).


              Penutup
              Zakat adalah merupakan instrumen utama untuk memperbaiki tahap
              sosioekonomi ummah. Pengagihan dana zakat yang berkesan adalah
              aspek penting dalam pengurusan institusi zakat. Peningkatan prestasi
              kutipan institusi zakat yang dialami oleh negara pada masa kini mestilah
              diikuti dengan peningkatan yang serupa dalam pengagihan dana zakat.
              Pengagihan dana zakat mestilah mencapai objektif menyelesaikan masalah
              sosioekonomi dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan asnaf zakat.
              Untuk mencapai objektif ini, kajian mendapati bentuk bantuan kepada asnaf
              perlu dimantapkan dan kerjasama di antara institusi perlu ditingkatkan untuk
              melahirkan asnaf yang berdikari dan seterusnya keluar dari senarai penerima
              zakat. Struktur organisasi institusi zakat yang mantap adalah penting untuk
              bukti meningkatkan tahap kutipan dan agihan zakat.


              Rujukan
              Al-Qur’an

              Abd Halim Mohd Noor, Musa Ahmad, Mujaini Tarimin, Hasan Bahrom &
                 Shawal Kaslam (2004). Prestasi Pengagihan Dana Zakat di Malaysia,
                 Conference on Scientific and Social Research 2004, Kuching, Sarawak,
                 Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC),
                 UiTM

              Ahmad Shahir Makhtar (2007). Paradigma Pengurusan Institusi Zakat:
                 Pengalaman Lembaga Zakat Selangor, Persidangan Zakat dan Cukai
                 Kebangsaan 2007, Kuala Lumpur.



                                                  340




Bab 23.indd 340                                                                        23/06/2011 16:35:34
                                                            Pengurusan agihan Zakat

              Mohd Saufi Ismail & Hasan Bahrom (2006). Kajian Terhadapa Corak
                Agihan dan Pembentukkan Modul Agihan Zakat di Kalangan Asnaf
                Fakir dan Miskin di Negeri Pantai Timur, Prosiding Seminar dan Ekspo
                Zakat Asia Tenggara 2006, Universitas Islam Negeri, Malang, Jawa
                Timur, Indonesia.

              Mahmood Zuhdi Hj Abd Majid, Musa Ahmad, Abd Halim Mohd Noor
                 & Syahbudin Senin (2006). Sinergi Zakat Asia Tenggara, Prosiding
                 Persidangan Zakat Asia Tenggara 2006, Kuala Lumpur.

              Mujaini Tarimin (2001). Prinsip dan Konsep Agihan Zakat dari Perspektif
                 Semasa, Prosiding Seminar Profesionalisme dalam Pengurusan Agihan
                 Zakat, Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ), UiTM Melaka.

              Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
                 (2005). Laporan Zakat Wilayah Persekutuan 2005, Kuala Lumpur.

              Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
                 (2006). Laporan Zakat Wilayah Persekutuan 2006, Kuala Lumpur.

              Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
                 (2011). Senarai Zakat Harta dan Fitrah Negeri-Negeri bagi Tahun
                 2010.




                                               341




Bab 23.indd 341                                                                    23/06/2011 16:35:34

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1666
posted:8/12/2011
language:Malay
pages:15