Docstoc

Maktab rendah Sains Mara Satu Kajian

Document Sample
Maktab rendah Sains Mara Satu Kajian Powered By Docstoc
					Tajuk KEBERKESANAN KAEDAH RUMUS PINTAR TERHADAP KEMAHIRAN MENGINGAT RUMUS-RUMUS ANALISIS NISBAH KEWANGAN PERAKAUNAN DIKALANGAN PELAJAR TINGKATAN 403 BAGI TAHUN 2007

Lokasi Kajian MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAIPING PERAK

ABSTRAK Kaedah atau gaya pengajaran yang berkesan akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang kepada pelajar. Namun begitu berlakunya kelemahan dalam kaedah pengajaran yang memberi kesan langsung kepada pencapaian pelajar. Antara masalah pelajar yang dikenalpasti adalah kesulitan pelajar mengingati rumus dalam subjek Perakaunan. 1.0 METODOLOGI KAJIAN

Berdasarkan laporan pencapaian calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kelas 403 yang kini berada di tingkatan 503 yang bakal mengambil subjek Perakaunan untuk tahun 2008 mendapati jawapan calon kurang memuaskan bagi soalan dibawah tajuk Bab 8: Analisis Nisbah Kewangan 1.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan buku kerja pelajar dan ujian Pra pada bulan 6 bagi tahun 2007 (Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun). Hasil ujian Pra menunjukkan pelajar sukar mengingati rumus-rumus ini. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar ini dalam menjawab soalan berbentuk rumus mata pelajaran Perakaunan dalam tajuk Analisis Nisbah Kewangan 2 semasa berada di tingkatan 5, set kad imbasan (flash card) digunakan sebagai

instrument kajian di samping penggunaan kaedah pneumonic (mnemonic). Statistik diskriptif menggunakan mod (kekerapan) dan peratus digunakan untuk mengolah data dan dapatan kajian.

Kajian dijalankan ke atas 20 orang pelajar bagi kelas 403 di MRSM Taiping pada tahun 2007. Keputusan ujian Post yang diadakan pada bulan 10 (Ujian Peperiksaan Akhir Tahun) telah mendapati dengan menggunakan kaedah pengajaran di atas (kad imbasan, dan kaedah pneumonik) dapat meningkatan pencapaian pelajar, justeru jelas menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan kemahiran mengingat rumus dalam bab tersebut. Kajian merumuskan bahawa kepelbagaian kaedah pengajaran secara berkesan adalah amat perlu dilaksanakan oleh setiap tenaga pengajar dari setiap peringkat pengajian.

2.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sewaktu menyemak tugasan pelajar bagi subjek Perakaunan 403 seramai 20 orang, pengkaji merasa sungguh terkejut kerana mendapati tahap ingatan mereka terhadap rumus-rumus di dalam Bab 8: Analisis Nisbah Kewangan 1 sungguh mendukacitakan. Mereka tidak dapat mengingat separuh daripada lima belas (15) rumus-rumus yang terdapat dalam topik tersebut. Pencapaian pelajar-pelajar ini amat mengecewakan walaupun topik ini telah didedahkan dalam kelas dan di dalam sukatan Perakaunan.

Terdapat pelbagai teknik dan kaedah untuk mengesan masalah pembelajaran pelajar. Teknik temubual ialah teknik yang paling kerap digunakan oleh penyelidik, ini diikuti dengan ujian bertulis aneka pilihan. Hasil daripada temubual dengan pelajar, mendapati 65% atau 13 orang pelajar dalam kelas tersebut menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mengingat rumus-rumus tersebut. Pengkaji melihat seolah-olah mereka telah patah semangat untuk menghafal rumus-rumus tersebut. Apabila pengkaji bertanya kepada mereka apakah masalah mereka, jawapan yang mereka berikan ialah “terlalu banyak rumus yang hendak dihafal”. Daripada masalah ini, pengkaji menyedari bahawa pelajar 403 mempunyai daya ingatan yang lemah.

Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal akan lupa 80% apa yang telah dibaca dalam masa 24 jam. Pengkaji juga melakukan proses penyelesaian masalah secara spontan di dalam kelas. Hasilnya 45% atau 9 orang tidak dapat memberikan rumus yang tepat.

Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera,. ianya boleh menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan akhir kerana topik ini seringkali ditanya sama ada dalam soalan esei atau struktur. Di Malaysia, guru-guru lebih cenderung menggunakan gaya pengajaran dan pembelajaran berorentasikan peperiksaan ( Mohd Majid Konting 1997). Oleh itu guru seharusnya lebih kreatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

3.0 ISU KEPERIHATINAN Setiap pelajar tidak dapat lari daripada kaedah pembelajaran yang memerlukan pelajar-pelajar memahami dan mengingati (menghafal) berkenaan topik yang diajar. Kadangkala prestasi seseorang pelajar dalam peperiksaan bergantung juga kepada kebolehan pelajar dalam memahami makna dan menghurai konsep-konsep dalam subjek berkenaan.

Biasanya pelajar yang menggunakan gaya belajar yang berkesan ( kaedah menghafal yang baik) akan memperolehi pencapaian akademik yang baik. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai kerana pelajar mungkin mempunyai pandangan masing-masing yang bercanggah dengan kerangka kefahaman sebenar. Tinjauan bacaan menunjukkan bahawa empat sebab utama mengapa berlakunya kefahaman alternatif atau miskonsepsi iaitu kerangka alternatif pelajar, bahasa harian, buku teks dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh yang demikian guru-guru seharusnya merancang satu strategi agar mampu mengatasi kelemahan ini. Dalam kajian ini, didapati pelajar-pelajar juga telah didedahkan dengan rumus-rumus ini melalui pendekatan yang berbeza dalam mata pelajaran Perakaunan.

Disamping itu perbezaan buku-buku rujukan pula seringkali memberikan definisi yang berbeza terhadap rumus-rumus ini. Analisis Nisbah Kewangan adalah kaedah yang digunakan untuk menilai kedudukan kewangan , kecekapan dan keberuntungan sesebuah perniagaan. Analisis ini termasuklah nisbah kecairan, nisbah hutang, nisbah aktiviti, nisbah keuntungan dan nisbah pelaburan (M.B.Muda, 2003), Buku rujukan yang lain pula mendefinisikan Analisis Nisbah Kewangan ialah hasil pembahagian dua angka yang didapati daripada penyata kewangan terutamanya penyata pendapatan dan kunci kira-kira (Asry Yusoff, 1996).

Manakala dalam mata pelajaran Perakaunan pula topik analisis nisbah ini digunakan untuk menganalisis penyata kewangan. Analisis ini menunjukkan hubungan satu amaun atau kuantiti dengan kuantiti yang lain. Hubungan ini ditunjukkan dalam bentuk peratus, kadar atau nisbah.

Dalam mata pelajaran Perakaunan tiga jenis nisbah yang biasa digunakan iaitu nisbah kecairan, nisbah keberuntungan dan nisbah mampu bayar (Wan Maznah Wan Ibrahim dan Zaleha Abdul Shukor, 2003).

4.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.1 Objektif Am Tujuan kajian ini untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah Rumus Pintar terhadap kemahiran mengingat rumus-rumus Nisbah Kewangan di kalangan pelajar

Perakaunan mata pelajaran Pengurusan Perniagaan. 4.2 Objektif Khusus 4.2.1. Pelajar pelajar dapat mengingat 6 daripada 15 rumus Analisis Nisbah

Kewangan

4.2.2.

Lebih 50% pelajar dapat menjawab semua latihan yang diberi dengan

betul.

5.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian ini ialah pelajar-pelajar Perakaunan bagi kelas 403 di MRSM Taiping yang bakal mengambil peperiksaan SPM bagi tahun 2008. Kumpulan pelajar ini adalah seramai 20 orang iaitu 17 pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki. Komposisi kaum pula terdiri daripada 19 orang pelajar Melayu dan seorang pelajar Cina.

6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN 6.1 Tinjauan Masalah Sebelum tindakan seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah dibuat bagi memahami dengan lebih mendalam akan permasalahan yang dihadapi.Tinjauan yang dilakukan adalah dengan mengadakan ujian Pra bagi melengkapkan rumus-rumus Analisis Nisbah Kewangan kepada kumpulan sasaran. 6.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Jadual di bawah menunjukkan keputusan pelajar melalui ujian Pra.

Jadual 1: KEPUTUSAN PELAJAR MELALUI UJIAN PRA

KATEGORI

BILANGAN SOALAN

BILANGAN PELAJAR

PERATUS

1 2 3

Menjawab 10 soalan dengan tepat 5 hingga 9 soalan dapat dijawab 0 hingga 4 soalan dapat dijawab JUMLAH

5 7 8 20

25% 35% 40% 100%

Melalui ujian Pra, pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori pertama dapat menjawab 10 soalan dengan tepat, kategori kedua iaitu 5 hingga 9 soalan dapat dijawab dengan tepat manakala kategori ketiga iaitu 0 hingga 4 soalan dapat dijawab. Keputusan daripada ujian Pra ini . 5 orang pelajar atau 25% adalah dalam kategori pertama, 7 orang pelajar atau 35% adalah dalam kategori kedua dan 8 orang pelajar atau 40% adalah dalam kategori ketiga. Keputusan ujian Pra, jelas membuktikan lebih separuh pelajar di kelas 403 iaitu 40% atau 8 orang mempunyai masalah dalam mengingat rumus-rumus Analisis Nisbah Kewangan. 6.3 Tindakan Yang Dijalankan Sebanyak dua kaedah dalam Program “Rumus Pintar” telah dirancang bagi mengatasi masalah pelajar-pelajar ini iaitu kaedah Pneumonik (mnemonic) dan kad imbasan (flash card). Kaedah pneumonik dan kad imbasan adalah beberapa pendekatan yang digunakan untuk mengingat sesuatu topik atau perkara.

Di Amerika Syarikat kedua-dua kaedah ini digunakan dengan meluas di sekolah sekolah tetapi di Malaysia penggunaan kedua-dua kaedah ini kerap digunakan diperingkat pra sekolah. Pneumonik amat sesuai dilaksanakan dalam mata pelajaran sains perubatan, kimia, biologi, kejuruteraan dan lain-lain manakala kad imbasan sesuai digunakan untuk mempelajari bahasa seperti bahasa Arab, Inggeris dan Melayu ( Dr Sharifah Maimunah Bt Syed Zin, 2003)

6.4 Perlaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian

6.4.1

Perlaksanaan Kaedah Pneumonik (Aktiviti 1)

Sesi pengajaran ini telah dirancang dan mengambil masa sejam. Pengkaji telah meminta para pelajar untuk mencipta rumus dalam bentuk perkataan menggunakan kaedah pneumonik yang mereka sukai. Pengkaji telah meminta pelajar memastikan rumus-rumus yang dicipta akan berada dalam ingatan jangka panjang mereka. Mereka juga boleh menggunakan rumus yang dicipta sewaktu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak. Bagi mengukuhkan lagi aktiviti ini, pengkaji telah mengedarkan kertas A4 kepada pelajar dan meminta mereka menulis rumus-rumus yang dicipta dalam perkataan yang menarik mengikut kemampuan mereka. 6.4.1.1 Pemerhatian Aktiviti 1

Sepanjang aktiviti ini berlangsung, pengkaji perhatikan pelajar-pelajar amat seronok merekacipta rumus mereka sendiri . Mereka menyebut-nyebut rumus tersebut kepada rakan-rakan dan pengkaji sendiri. Pujian diberikan kepada pelajar kelas 403 yang mencipta rumus paling kreatif.

6.4.1.2

Refleksi

Pengkaji merasa gembira dengan respon yang diberikan terutama apabila seronok para pelajar sangat asyik menyebut- nyebut rumus mereka. Ternyata kaedah ini telah berjaya memberikan satu impak pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang meninggalkan satu kesan yang positif. 6.4.2 Perlaksanaan Kad Imbasan ( Aktiviti 2 )

Dalam melaksanakan aktiviti ini, pengkaji mengambil masa sesi selama sejam. Pengkaji telah meminta pelajar untuk menggunting sekeping kad manila dan tulis rumus-rumus nisbah kewangan di atas kad tersebut. Kaedah ini dinamakan kad imbasan (flash card). Kad yang telah siap, pengkaji telah menunjukkan kepada para pelajar secara berulang-ulang kali selama lima minit sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Secara beramai-ramai pelajar akan menyebut-nyebut nisbah tersebut apabila kad imbasan ini ditunjukkan kepada mereka.

Pengkaji juga meminta para pelajar secara berpasangan menguji pasangan masingmasing dengan menggunakan kad tersebut. Pelajar yang gagal memberikan jawapan dikehendaki menulis semula rumus berkenaan di atas kertas A4.

6.4.2.1

Pemerhatian Aktiviti 2

Dalam melaksanakan aktiviti 2 ini, pengkaji telah memerhatikan tumpuan pelajar semakin meningkat. Mereka semakin seronok menguji pasangan masing-masing dengan menggunakan kad imbasan yang mereka cipta.

6.4.2.2 Pengkaji

Refleksi berasa begitu positif apabila melihat respons pelajar semakin

memberangsangkan. Daripada pemerhatian, pengkaji telah mendapati pelajar-pelajar telah dapat memahami kaedah “Rumus Pintar”.

Jadual 2 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

TEMPOH Mengenalpasti masalah Menulis proposal kajian Merancang tindakan Tinjauan masalah - Ujian Pra Membincangkan masalah yang timbul Melaksanakan tindakan (Aktiviti 1) – Pneumonik Mengenalpasti masalah yang timbul Melaksanakan tindakan (Aktiviti 2) – Kad Imbasan Mengenalpasti masalah Ujian mengesan pencapaian pelajar Refleksi kajian Menulis laporan Membentangkan dapatan kajian

PELAKSANAAN 2 minggu 1 minggu 2 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu 2 minggu 1 hari

Jadual 3 KOS KAJIAN

BI L 1 2 3

JENIS BAHAN

KUANTITI X HARGA SEUNIT

JUMLAH KOS

Kertas putih saiz A4 Manila kad Marker Pen Biru Merah Hitam

2 Reams X RM10 30 Keping X RM0.50

RM 20.00 RM 15.00

3 Kotak X RM15 3 Kotak X RM15 3 Kotak X RM15 1 Unit X RM120 1 Unit X RM5 1 Unit X RM5 1 Unit X RM20 20 Keping X RM1 RM 120.00 RM 5.00 RM 5.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 250.00 RM 45.00

4 5 6 7 8

Printer (Inkjet) Gunting Kaset Disket Plastik laminate

JUMLAH KOS

6.5 Refleksi Kajian Setelah pengkaji melakukan kedua-dua aktiviti Rumus Pintar iaitu kaedah Pneumonik dan Kad Imbasan, saya telah malakukan ujian Post untuk mengetahui keberkesanan Rumus Pintar tersebut. Jadual 4 dibawah menunjukkan keputusan ujian Post:

Jadual 4 KEPUTUSAN UJIAN POST KATEGORI BILANGAN SOALAN BILANGAN PELAJAR 1 2 3 Menjawab 10 soalan dengan tepat 5 hingga 9 soalan dapat dijawab 0 hingga 4 soalan dapat dijawab JUMLAH 5 7 8 20 60% 25% 10% 100% PERATUS

Berdasarkan jadual di atas, didapati bagi kategori pertama , pelajar yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat ialah 12 orang (60%), kategori kedua iaitu 5 hingga 9 soalan dapat dijawab dengan tepat ialah 5 orang (25%) dan kategori yang ketiga iaitu o hingga 4 soalan yang dapat dijawab adalah seramai 3 orang (15%).

Apabila pengkaji telah mendapat keputusan ujian Pra dan Post, maka pengkaji membuat perbandingan antara kedua-dua ujian tersebut. Jadual perbandingan seperti dibawah: Jadual 5 JADUAL PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN POST UJIAN PRA Kategori Bilangan Soalan Menjawab 10 soalan dengan tepat 5 hingga 9 soalan dapat dijawab 0 hingga 4 soalan dapat dijawab JUMLAH 20 100% 20 100% 8 40 3 15 7 35 5 25 Bilangan 5 Peratusan 25 UJIAN POST Bilangan 12 Peratusan 60

Berdasarkan jadual , murid yang dapat menjawab 10 soalan nisbah kewangan dengan

tepat dalam kategori 1 ujian Pra ialah 25% sementara pelajar yang dapat menjawab dalam kategori 1 ujian Post ialah 60% . Telah berlaku peningkatan sebanyak 12 orang pelajar daripada 5 orang pelajar dalam kategori 1. Pelajar yang dapat menjawab 5

hingga 9 soalan dalam kategori 2 ujian Pra ialah 35% manakala dalam kategori 2 ujian Post ialah 25%. Pelajar dapat jawab 0 hingga 4 soalan kategori 3 ujian Pra ialah 40% manakala dalam kategori yang sama untuk ujian Post ialah 15%. Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian pelajar telah meningkat selepas kaedah Rumus Pintar di ambil. Perbandingan kedua-dua keputusan ujian Pra dan Post juga boleh dilihat dalam bentuk histogram iaitu Rajah 1 dan Rajah 2.

Rajah 1 Perbandingan keputusan ujian Pra dan Post (dalam bentuk bilangan pelajar)

Berdasarkan rajah, bilangan pelajar dalam kategori 1 ujian Pra ialah 5 orang ,manakala dalam kategori yang sama ujian Post ialah 12 orang. Bilangan pelajar dalam kategori 2 ujian Pra ialah 7 orang telah menurun sebanyak 5 orang untuk ujian Post. Dalam kategori 3 ujian Pra ialah 8 orang menurun menjadi 3 orang dalam ujian Post. Perbandingan ujian Pra dan Post juga dibuat dalam bentuk peratus.

Rajah 2 Perbandingan keputusan ujian Pra dan Post (dalam bentuk peratus)

Berdasarkan rajah 2 diatas, peratusan pelajar dalam kategori 1 ujian Pra ialah 25% telah meningkat kepada 60% untuk ujian Post. Peratusan pelajar dalam kategori 2 ujian Pra ialah 35% menurun kepada 25% dalam ujian Post. Manakala dalam kategori 3 ujian Pra ialah 40% juga menurun kepada 15% pada ujian Post. Berdasarkan kepada kedua-dua rajah diatas jelas menunjukkan berlakunya peningkatan keatas kemahiran mengingat rumus-rumus nisbah kewangan ke atas pelajar-pelajar Perakaunan bagi kelas 403.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Melalui pemerhatian, pengkaji telah mendapati berlakunya perubahan tingkah laku pelajar iaitu setelah mereka berjaya mencipta kaedah pneumonik dan kad imbasan, mereka merasa seronok untuk memahami topik analisis nisbah kewangan dengan lebih lanjut lagi. Pengkaji telah bercadang untuk meneruskan kajian tindakan ini bagi sub-tajuk lain dibawah Bab 8: Analisis Nisbah Kewangan.

Kaedah Rumus Pintar ini diharap dapat membantu pelajar Perakaunan di kelas 403 dalam mengingat sekurang-kurangnya 6 daripada 15 rumus-rumus analisis nisbah kewangan. Ia juga dapat menarik minat pelajar-pelajar agar menyukai topik ini dan membantu pelajar menjawab semua soalan latihan yang diberi. dengan betul.

Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kepelbagaian kaedah pengajaran dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengingati rumus dan akhirnya kepelbagaian kaedah pengajaran juga dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh itu adalah dicadangkan pihak perkembangan pendidikan MARA merangka modul pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pihak guru juga perlu menguasai pelbagai kaedah pengajaran yang berkesan dan yang paling penting, pihak guru dalam menjadi pemudahcara berkesan kepada pelajar.

RUJUKAN Anthony W. Heath. The Proposal in Qualitative Research 1. The Qualitative Report, Volume 3, Number 1, atas talian di http://www.nova.edu/ssss/QR/QR3-1/heath.html. Diakses pada 12 Mac, 2008

Asry Yusoff. (1996). Memahami Asas Kewangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Borg, W.R & Gall, M.D (1983). Education Research an Introduction. New York: Longman

Majid Konting. (1997). Kaedah Penyelidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd

Morse, J. (1991). On The Evaluation of Qualitative Proposals. Qualitative Health Research, 1(2), 147-151.

M.B. Muda. (2003). Pengajian Perniagaan 1. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd

Wan Maznah Wan Ibrahim. (2003). Perakaunan Kewangan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:3295
posted:7/23/2009
language:Malay
pages:16