Docstoc

MENGGAMBAR

Document Sample
MENGGAMBAR Powered By Docstoc
					NOTA PADAT MENGGAMBAR

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR Ÿ satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Ÿ melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Ÿmenekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Ÿlukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. Ÿmeliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Ÿmembolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.. Ÿdapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. R Definisi Menggambar Ÿrepresentasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ÿmengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ÿ gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang ŸIlustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek Ÿ Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Ÿ Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi Ÿ Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek RPengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik Ÿpenting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Ÿdigunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut Ÿalatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar: Ÿ Berbagai jenis pensil Ÿ Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil Ÿ Kapur berwarna Ÿ Oil paste Ÿ Artline atau marker Ÿ Berbagai jenis pen Ÿ Gouche, akrilik, cat minyak Ÿ Stensil Ÿ Kolaj Ÿ Capan, cetakan Ÿ Lilin Ÿ Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah Ÿ Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, dan buah-buahan Ÿ Penyedut minuman Ÿ Gunting, pisau lipat, gam ŸBerbagai jenis berus lukisan Ÿ Palet/pembancuh warna TUJUAN MENGGAMBAR Berikut ialah hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap murid dalam kegiatan menggambar: Ÿ Asas menggambar Ÿ Menggambar Ÿ Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar

Ÿ Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Ÿ Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer Ÿ Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer Jika dilihat secara keseluruhannya, setiap hasil pembelajaran tersebut boleh dibahagikan mengikut arasaras yang tertentu seperti berikut: Rpengetahuan Rkefahaman Raplikasi Ranalisa Rsintesis Rpenilaian (a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman Ÿ Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Ÿ Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. 1. Apakah yang anda faham tentang definisi menggambar 2. Berikan teknik-teknik yang boleh digunakan dalam proses menggambar 3. Apakah alatan, media dan bahan yang sesuai untuk aktiviti menggambar Ÿ Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi Ÿ Meningkatkan pengetahuan Asas Senireka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan (b) Aras Aplikasi dan Analisa Setelah mengetahui dan memahami apa yang dipelajari murid akan beralih ke tahap atau aras aplikasi dan analisa seperti berikut: Ÿ Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan Ÿ Menggunakan bahan asas dan bahan gantian dalam kegiatan menggambar Ÿ Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira Ÿ Menggunakan dan meneroka beberapa teknik dan proses menghasilkan karya seni visual melalui penerokaan terhadap bahan alam dan bahan kutipan Ÿ Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif Ÿ Membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dan bantuan komputer dalam penghasilan karya Ÿ Meneroka dengan menggunakan perisian komputer dalam proses penghasilan karya Ÿ Mempelbagaikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya seni visual (c) Aras Sintesis dan Penilaian Aras sintesis dan penilaian ialah aras peringkat akhir yang perlu dicapai oleh murid apabila mereka melalui proses aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi dan analisa. Di antaranya ialah:
1 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Ÿ Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai Ÿ Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif Ÿ Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual Ÿ Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna untuk penghasilan Ÿ Mengenal dan menggunakan elemen Asas Senireka dalam penghasilan karya secara kreatif. Ÿ Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan Ÿ Meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam kegiatan seni visual Ÿ Mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan Ÿ Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja. Ÿ Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio (analisis) Ÿ Meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasi elemen Asas Senireka dalam penghasil karya Ÿ Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan matapelajaran lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif Ÿ Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif Ÿ Menghargai sumbangan pelukis tempatan dalam kegiatan menggambar Ÿ Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsurunsur budaya tanah air melalui kegiatan seni visual Ÿ Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman pembelajaran dalam portfolio. KEPENTINGAN MENGGAMBAR Menurut Gaitskell dan Huewitz, (1970), terdapat empat cara bagaimana guru dan murid-muridnya berbincang mengenai hasil kerja seni: 1. Apa yang kamu lihat? (penerangan) 2. Bagaimana objek/imej itu disatukan? ( analisis) 3. Apakah yang ingin disampaikan oleh seseorang artis itu? (Interpritasi) 4. Bagaimana kamu fikir tentang perkara itu? (Penilaian) Proses penerangan, analisis, interpretasi dan penilaian yang dilakukan sewaktunpengajaran dan pembelajaran diterangkan secara terperinci dari tahun satu hingga ke tahun enam seperti berikut: ŸPada tahun pertama di sekolah rendah peringkat permulaan murid-murid didedahkan dengan asas menggambar iaitu dengan cara memerhatikan kesan-kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti kesan laluan tapak kaki haiwan, tapak kaki manusia, kesan laluan kenderaan di atas permukaan tanah atau pasir. Pemerhatian tertumpu dari segi sifat dan

jenis garisan seperti tebal,nipis, panjang, pendek, bengkok, lurus, cetek, putus-putus. Dengan cara begini murid-murid akan dapat menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di persekitaran dan seterusnya dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara tidak terancang. Ÿ menggunakan bahan kutipan untuk menggambar secara mudah dan diaplikasikan dalam kegiatan menggambar seperti mengenal garisan, lukisan, gosokan dan kolaj. Teknik-teknik yang boleh dipelajari oleh mereka dalam proses menggambar di tahun satu ialah seperti menekap, memotong, menampal, mencantum, menyusun gambar dan gosokan. Akhirnya murid dapat menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan hasil kerja rakan. ŸDi tahun kedua pula murid sudah berada di peringkat menggambar. Di peringkat ini murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti alat, bahan, dan teknik dalam asas menggambar berdasarkan beberapa eksperimen. Murid menyedari wujudnya rupa asas geometri di persekitaran. Seterusnya murid dapat menghasilkan gambar dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak dan bahan kering. Akhirnya murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian. Di antara cadangan aktiviti murid-murid di peringkat ini ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj, gurisan, gosokan, resis dan cetakan. Di peringkat penilaian ini murid boleh menyatakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri sama ada di dalam bilik darjah atau di rumah. Semasa murid berada di tahun tiga, apa yang diharapkan murid sudah boleh meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Murid sudah boleh menggambar dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan. Seterusnya di peringkat analisis murid boleh memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar. Di antara teknik-teknik yang boleh dicadangkan ialah seperti stensilan, montaj, capan, catan, resis, kolaj, lukisan, gurisan, tekapan dan cetakan. Di peringkat interpretasi dan penilaian, murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan seterusnya dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Ditahap ini murid dijangka boleh membuat dokumentasi mudah dalam portfolio supaya dapat meluahkan perasaan dengan lebih jelas dan terperinci. Di sini murid dapat menghayati nilai-nilai estetik yang ada dalam sesuatu hasil kerja. ŸDi tahun empat, adalah diharapkan murid dapat menggunakan Asas Senireka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid. Peringkat penerangan dan analisia adalah satu peringkat di mana murid dapat mengenali
2 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

unsur senireka seperti warna, garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, imbangan, dan penegasan dalam aktiviti menggambar. Di samping itu murid sudah boleh mengenal pelukis tempatan dan hasil karya mereka. Di peringkat ini murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai serta dapat mengaplikasikan Asas Senireka dalam hasil kerja mereka. Selain dari itu mereka juga dapat menghasilkan gambar berdasarkan tema imaginasi mereka dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai. Di antara cadangan aktiviti yang sesuai dijalankan ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj, resis, mozek, gurisan, cetakan. Akhirnya murid dapat menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Dapat mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman menghasilkan portfolio. ŸAktiviti menggambar di tahun ke lima adalah berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer. Di peringkat ini murid dapat mengaplikasi elemen asas senireka (terdiri daripada unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan) yang sesuai dalam aktiviti menggambar mereka. Murid juga dapat mengetahui dan menggunakan bahasa seni visual (istilah) yang mudah untuk berinteraksi. Di aras dua murid dapat menggambar berdasarkan idea yang diperolehi dari pemerhatian dan penerokaan alat, bahan dan teknik dengan menggunakan komputer sebagai alat bantu dalam kegiatan menggambar. Di peringkat interpretasi dan penilaian, murid dapat menggambar dengan menggunakan gabungan pelbagai alat, bahan dan teknik yang lebih kreatif dan kemas. Cadangan aktiviti yang boleh dikemukakan ialah seperti kolaj, lukisan, resis, catan, capan, mozek, gurisan, cetakan, perisian komputer seperti photoshop, Microsoft word dan paintbrush. Pentingnya bidang menggambar di sini ialah supaya murid dapat membuat pemerhatian dan mengenalpasti wujudnya elemen Asas Senireka dalam alam ciptaan Tuhan. Selain dari itu mereka juga dapat membuat perbandingan dan berbincang tentang hasil kerja murid sendiri dan mengaitkan dengan karya pelukis tempatan yang dipamerkan. Secara tidak langsung murid dapat mengenali dengan lebih dekat lagi pelukis-pelukis dan hasil karya mereka. Murid juga dapat menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Dapat menghargai sumbangan pelukis tempatan dan akhir sekali dapat mengumpul dan merakam maklumat serta pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio. ŸPada tahun terakhir iaitu di tahun enam, proses menggambar adalah berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer. Pada permulaannya murid dapat menggambar dengan memberi penekanan kepada konsep perspektif dan kadar banding. Memilih, meniru, memadan dan menyusun gambar untuk menghasilkan satu komposisi Di aras kedua, murid dapat mencari sumber rujukan sebagai pencetus idea untuk menggambar serta

dapat mengaplikasikan elemen Asas Senireka dalam kegiatan menggambar dengan bantuan komputer. ŸDi peringkat akhir, murid sudah boleh menggambar dan menampakkan perspektif dan kadar banding serta mempelbagaikan alat, bahan (media) dan teknik untuk memberi kesan yang lebih kreatif dan kemas. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah seperti kolaj, catan, montaj, mozek, lukisan, cetakan sutera saring dan dapat menggunakan perisian komputer sendiri. Murid dapat menyatakan pendapat dan membuat perbandingan secara kritis dengan menggunakan bahasa seni visual. Di akhirnya murid dapat menghargai sumbangan pelukis tempatan, mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk penghasilan folio. Jika ditinjau semula peringkat pembelajaran murid bemula dari tahun satu sehingga ke tahun enam, sudah tentu kegiatan menggambar dianggap sangat penting dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual mereka samada di sekolah atau di rumah. Dari aktiviti menggambar bermulanya proses murid berkomunikasi dengan diri sendiri, rakan-rakan, guru, ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Secara tidak langsung murid dapat meluahkan perasaan yang berkaitan dengan pengalaman dan apa yang dilihat oleh mereka ke dalam bentuk visual. Apabila luahan perasaan dilakukan secara tak langsung atau secara langsung, maka murid sudah boleh menilai dan menghargai sesuatu dalam kehidupan mereka. Berikut ialah contoh-contoh bagaimana proses berkomunikasi, luahan perasaan, penilaian dan penghargaan dilakukan: Ÿ Demonstrasi pembelajaran oleh murid dan rakan mereka di kelas melalui aktiviti menggambar Ÿ Perbincangan di antara guru dan murid mengenai pengetahuan dan konsep asas senireka dalam menggambar Ÿ Berkongsi idea dengan rakan dan guru yang menunjukkan kreativiti dari apa yang dilukis atau dihasilkan. Ÿ Penggunaan strategi penyelesaian masalah yang kompleks dalam proses menggambar Ÿ Soal jawab berkaitan Unsur Seni dan Prinsip Rekaan sebelum, semasa dan selepas proses menggambar Ÿ Pameran memerhati dan membezakan alatan, media, bahan, teknik dan kegiatan Ÿ Lawatan ke muzium dan galeri menghayati hasil kerja orang lain Ÿ Pertunjukan slaid dan berinteraksi dengannya dari aspek asas senireka Ÿ Perbualan secara berimaginasi menjadikan murid berfikir seketika dan menghasilkan satu kerja seni spontan. Ÿ Soalan-soalan yang berimaginasi adalah berguna untuk murid bagi meluahkan perasaan dalam bentuk lukisan atau catan. Ÿ Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh imaginasi yang paling berkesan terhadap murid ialah mimpi kerana ia boleh menyentuh perasaan
3 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpi contohnya adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika dalam ketakutan atau kegembiraan. Ÿ Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi di antara guru dengan murid. Penjelasan mengenai alat, media, bahan, teknik, imej unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat berguna dalam proses menggambar. Dengan cara ini nilainilai estetik akan wujud dalam diri mereka. Dalam suasana pembelajaran di dalam kelas, masa untuk berkomunikasi amatlah berharga. Kadangkala setiap soalan yang dikemukakan tidak memerlukan jawapan spontan dan betul dari murid-murid tetapi boleh membuatkan seseorang murid berfikir secara kritis dan kreatif tentang apakah cara alternatif yang boleh dihasilkan oleh mereka pada pembelajaran akan datang. RUMUSAN Ÿmenegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Ÿmemperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Ÿmenekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid Ÿkegiatan membuat gambar ialah seperti lukisan, catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek. Ÿmemberi kesedaran terhadap Asas Senireka dalam hasil kerja Ÿ Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. Ÿ satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi Ÿ mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas permukaan rata Ÿ satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Ÿ Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Ÿ mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap umur murid Ÿ Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian. Ÿ Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui empat cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian. Ÿsatu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

Rhasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Rlanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Rkarya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata. RPenggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. RProses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan. RAplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan. R bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata. (b) Alat, Media dan Bahan Ÿsenarai bahan-bahan yang sering digunakan bagi menghasilkan sesebuah lukisan: Pensil H Adalah sejenis pensel jenis Keras Pensil B (2B 8B) Adalah sejenis pensel lembut Pensil warna Terdiri daripada berbagai jenis warna Arang Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan Pen dan dakwat Mempunyai kesan garisa yang lebih halus dan jelas Soft Pastel Didapati dalam pelbagai warna dan mempunyai kesan lembut Krayon Juga lembut dan mempunyai kesan lilin Pen marker Menghasilkan kesan garisan yang tebal Marker pelukisan (rendering marker) Kapur Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal Jenis-jenis Kertas Lukisan Ÿ Kertas lukisan biasa Ÿ mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut. Ÿ Kertas cat air Ÿ terdapat dalam pelbagai gred kelicinan. Kertasnya tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan. Ÿ Bod bristolŸmerupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Ÿ Kertas Ledger Bond kertas lukisan yang mempunyai beraneka jenis permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar. Ÿ Kertas Ingres kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah seperti kelabu, merah jambu, biru dan sebagainya. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel Ÿ Lain-lain kertas seperti Âbrown paperÊ, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar. (c) Teknik Teknik pelukisan biasanya bergantung pada jenis alat atau media yang digunakan. Kesemua alat/media boleh digunakan untuk menghasilkan berbagai teknik seperti berikut: APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
4 / 33

Topik2 Lukisan

PENGENALAN AKTIVITI LUKISAN (a) Definisi Lukisan

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

(a) perlu mengambil kira tema atau subjek yang ingin dilukis oleh murid-muridnya. Murid-murid biasanya mempunyai reaksi yang spontan terhadap alam persekitaran dan apa yang berlaku dalam situasi harian mereka. Tema atau subjek yang ingin dilukis terbahagi kepada tiga iaitu: (i) Lukisan figura Ÿ imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan (ii) Lukisan alam benda objek kaku atau tidak bernyawa (iii) Lukisan lanskap pemandangan di luar studio atau di dalam studio (b) Penerokaan Alat, Media dan Teknik Ÿjenis alat, media dan bahan yang digunakan untuk kegiatan membuat lukisan. Di antara contoh-contohnya ialah seperti berikut: (i) Pensil Ÿdibuat dari campuran tanah liat dan arang. Ÿ dihasilkan mengikut gred tertentu. Pensil yang Ÿjenis keras ialah dari jenis H. Ÿlembut dikategorikan dalam jenis B. Pensil jenis H adalah sesuai digunakan untuk menghasilkan lakaran ringkas kerana garisan yang dihasilkan adalah tajam. Manakala pensil jenis B pula sesuai digunakan untuk membuat lorekan atau menghasilkan ton. Perlu diingatkan semakin besar nilai H (H, HB, 2B), semakin keras kesan pensil iaitu garisan yang dilakar adalah tajam dan kurang gelap. Semakin besar nilai B (B 6B), semakin lembut dan gelap kesan pensil lorekan yang dihasilkan. Garisan yang dihasilkan dengan media pensil dipengaruhi 3 faktor iaitu: Ÿ gred Ÿ tekanan pensil Ÿ kelajuan pensil (ii) Arang Pensel arang dihasilkan dari batang kayu terbakar. Ia merupakan media melukis yang tertua sekali didunia. Ÿdigunakan oleh pelukis abad ke 17 dan ke 18 pada dinding gua. Keistimewaan arang berupaya untuk menunjukkan kesan tekstur permukaan yang dilukis. Kesan arang dapat menunjukkan jalinan dan ton dengan baik. Kelebihan arang dalam menghasilkan lukisan ialah Ÿ kelembutan yang tinggi. Ÿ kegelapan yang tinggi. Ÿ tekstur permukaan yang dilukis. Ÿ Menghasilkan garisan yang tajam dan tepat. Ÿ ton lorekan dengan cepat dan menarik. Ÿ Melukis kawasan yang luas dalam masa yang singkat. Ÿ Dihalusi dengan menyapu air diatasnya. Ÿ Roti segar bertindak sebagai pemadam. Ÿ Hasil perlu disembur dengan ÂfixertiveÊ (pemati). Ÿ Mudah digunakan, cepat dan spontan. (iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan (iv) Kesan cahaya pada imej (v) Pembentukan bayang-bayang (vi) Teknik (garisan selari, teknik conteng, teknik titik, teknik campuran dll)

(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan (viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding PERSEMBAHAN HASIL KARYA (a) Ekspresi Diri atau Kefahaman (i) Terdapat 3 jenis cara mengekspresi sesuatu karya seni iaitu secara natural, kreatif dan artistik. (ii) Ekspresi diri secara natural bermaksud murid menggunakan kepekaan personal dan hubungan visual semasa mereka melukis (iii) Ekspresi diri secara kreatif pula bermaksud murid lebih memfokus kepada penyelesaian masalah secara kreatif. Murid dapat mengaplikasi kemahiran dan teknik melukis dalam kerja seni mereka. Murid mula membuat refleksi terhadap ekspresi diri dan kerja seni orang lain. Disamping itu dapat mengaplikasi unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dengan lebih jelas dalam kerja seni. Analisa hasil kerja seni beberapa orang pelukis dari aspek alatan, media dan bahan yang mereka gunakan. (iv) Ekspresi diri secara artistik pula membuat murid peka terhadapkonteks sejarah dan budaya dan belajar membuat penilaian estetik. melahirkan naluri tentang apa penonton lihat dalam kerja seni mereka. Kerja seni menjadi lebih ke arah secara individ dan imaginasi. Dengan cara ini wujud kepakaran dalam kemahiran dan pendekatan yang digunakan. (v) Hasil lukisan dapat sedikit sebanyak menyerlahkan pemikiran dan pandangan seseorang. (vi) Dapat menyatakan persepsi mereka terhadap sesuatu yang dihasilkan melalui lakaran yang dibuat tanpa penerangan secara penulisan dan lisan. (vii) Merakamkan pengalaman dan pemerhatian mereka secara visual. (viii) Menjadi asas pembelajaran terhadap perkara lain yang selalunya lebih besar atau kompleks. (ix) Dihasilkan untuk meluahkan perasaan, berkomunikasi idea dengan orang lain atau keseronokan sahaja. (b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Media dan Teknik. (i) Dihasilkan melalui dua cara: Ÿ lukisan tanpa warna Ÿ lukisan berwarna (ii) Dihasilkan dengan menggunakan garisan-garisan atau ton atau kedua-dua sekali. (iii) Empat unsur penting yang menentukan mutu hasil karya lukisan: Ÿ komposisi objek (menepati asas seni reka) Ÿ ruang (susunan ruang yang sesuai dengan tema) Ÿ perspektif (1, 2, 3 titik lenyap) Ÿ Pencahayaan (arah sumber cahaya dikenalpasti sebelum menghasilkan ton untuk membentuk objek 3D (iv) Kesan Lutsinar (v) Potret (vi) Teknik melukis arang ada beberapa cara: Ÿlorekan (dihasilkan ton secara berlork seperti pensel) Ÿ basah (air disapu diatas permukaan arang untuk menghasilkan kegelapan yang halus) Ÿ gosokan (kesan digosok dengan hujung jari)
5 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Ÿ memadam (dengan pemadam atau roti kering) Berikut ialah langkah-langkah menghasilkan lukisan tidak berwarna: Langkah 1: Membuat lakaran asas tentang rupa dan bentuk objek di atas kertas lukisan dengan menggunakan media kering mengikut pilihan pelukis. Langkah 2: Membuat struktur objek dengan lebih jelas dengan mengaplikasikan rupa, bentuk dan jalinan. Langkah 3: Mengolah objek dengan lebih terperinci. Langkah 4: Menghasilkan objek dengan menggunakan pensel dan membuat jalinan pada objek dengan lebih jelas. RUMUSAN Ÿdidefinisikan sebagai lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran dengan menggunakan berbagai jenis media kering. dilakukan di atas permukaan yang rata. Ÿ menggunakan berbagai media kering. Ÿ mempunyai kesan garisan, ton yang tertentu. Ÿ Pemilihan menggunakan alatan, media dan bahan -perlu disesuaikan dengan jenis kertas sebelum menghasilkan sesebuah lukisan. Ÿ Unsur seni garisan adalah amat penting dan berguna untuk menghasilkan lukisan pelbagai teknik. Ÿ Berbagai-bagai teknik boleh dihasilkan dalam sesebuah lukisan Ÿ Mengenal pasti tema dan subjek sebelum mula melukis adalah amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran lebih teratur. Ÿ Teknik gabung jalin pelbagai aspek perlu diambil kira Ÿ Lukisan boleh dihasilkan sama ada dengan cara berwarna atau tidak berwarna. Ÿ Kemahiran mengaplikasikan berbagai alat, media, bahan dan teknik akan menghasilkan lukisan yang terbaik. Ÿ Aktiviti pemahaman dan penghargaan amat penting dijalankan setelah selesai mengadakan aktiviti lukisan. Ÿ Untuk menghasilkan sesebuah lukisan perlu dimulakan dengan langkahlangkah yang tertentu iaitu dari aras mudah ke aras sukar. AKTIVITI 2.2 Topik 3 Kegiatan Membuat Catan

PENGENALAN AKTIVITI CATAN
(a) Definisi Catan Ÿproses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ÿ mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak ŸDihasilkan melalui sapuan warnake atas permukaan rata dengan menggunakan berus Ÿ Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan Ÿ Satu ciptaan gambar yang berwarna Ÿ latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding.

Ÿ Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Ÿ Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain Ÿ Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna. (b) Alat, Media dan Bahan Ÿperlu dititik beratkan semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan. Ia dapat menentukan jenis dan kualiti sesuatu catan yang akan dihasilkan., pastikan pilihan yang dibuat adalah tepat dan betul. Berikut ialah di antara contoh alatan dan bahan yang sesuai digunakan untuk mencatan: 1. Pensel digunakan untuk membuat lakaran sebelum mewarna 2. Berbagai jenis berus 3. Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, akrilik, warna minyak, cat mural, warna tempera 4. Palet atau bekas membancuh warna 5. Botol untuk mengisi air 6. Kertas lukisan, kertas cat air, kain kanvas, permukaan dinding 7. Surat khabar. Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Bahanbahan pewarna seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik adalah warna-warna yang dapat membantu seseorang pelukis menghasilkan catan. Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas permukaan berbagai jenis kertas, kain atau kanvas. Dalam proses mencatan aspek yang paling penting ialah memahami berbagai jenis warna dan cara-cara mewarna kerana ia memerlukan kemahiran mewarna dengan betul. Tujuannya ialah untuk menghasilkan catan yang menarik. Berikut ialah contoh beberapa jenis warna yang digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan catan: Bahan Bahantara Penguat Sifat-sifat 1. Warna Poster Air Pengilat larut air Ÿ bersifat legap dan tebal Ÿ cepat kering Ÿ boleh lutsinar tetapi tidak seperti cat air Ÿ sesuai di permukaan kertas 2. Warna Air Air Gam arab bersifat lutsinar, lembut Ÿ bersifat tebal sekiranya disapu berlapis-lapis Ÿ sesuai di permukaan kertas 3. Cat AkrilikAir/Minyak Plastik cecair warna putih Ÿ bersifat lutsinar dan legap Ÿ cepat kering Ÿ kesan seperti cat air dan cat minyak
6 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Ÿ kalis air dan minyak Ÿ dihasilkan di permukaan kanvas 4. Cat Minyak Turpentine Minyak linsid Ÿ bersifat legap dan tebal Ÿ lambat kering Ÿ hanya sesuai untuk permukaan kanvas 5. Cat Tempera Air Kuning telur Ÿ bersifat lutsinar tetapi tidak seperti cat air Ÿ sesuai di permukaan kanvas dan kertas 6. Cat Gouache Air Gam arab Ÿ bersifat lutsinar dan legap Ÿ cepat kering Ÿ sesuai di permukaan kertas 7. Fresko Kapurplaster Air atau air kapur Ÿ bancuhan pewarna dan air disapukan ke atas lapisan kapur plaster yang masih lembap. Ÿ Ia sesuai untuk menghasilkan catan dinding atau mural (c) Teknik-teknik Mewarna Ÿfaktor utama yang menentukan kualiti hasil sesebuah catan. (i) Warna Air Ÿ Semasa mewarna dengan menggunakan warna air, berus yang paling sesuai ialah jenis lembut. Ÿ Caranya ialah dengan membasahkan bahagian kertas yang akan diwarnakan dahulu dengan air kosong. Contoh: seperti bahagian langit atau bumi Ÿ Kemudian warnakan dengan warna yang dikehendaki di atas permukaan basah tersebut. Ÿ Untuk mendapatkan ton warna, campurkan lebih air pada warna tersebut untuk mendapatkan warna yang cerah Ÿ Untuk mendapatkan ton warna gelap, campurkan warna atau pekatkan warna tersebut. Ÿ Jika tersilap warna, kita boleh memperbaiki kesalahan dengan menitiskan air kosong di permukaan berwarna tersebut kemudian serapkan warna air tersebut dengan berus. Lakukan beberapa kali sehingga warna tersebut hilang. Ÿ Warna air biasanya sesuai untuk catan jenis pemandangan, alam semulajadi, alam benda dan potret. (ii) Warna Poster Ÿ Warna poster berlainan dengan warna air. Ia bersifat legap dan tebal jika disapukan di atas permukaan kertas. Ÿ Berus yang sesuai digunakan ialah jenis keras Ÿ Untuk mendapat ton yang cerah, boleh dihasilkan dengan menggunakan warna putih atau warna terang yang lain Ÿ Untuk mendapatkan ton yang gelap pula, warna-warna gelap perlu dicampurkan Ÿ Pergerakan tangan akan menentukan halus atau kasar dalam catan tersebut. Ÿ Biasanya warna latar didahulukan semasa proses catan dilakukan Ÿ Jika terdapat kesilapan semasa mewarna, ia boleh diatasi dengan cara menyerap keluar dengan menggunakan tisu atau menutup warna lain di atas

permukaan warna yang salah. Pastikan warna tersebut kering dahulu. Ÿ Warna poster biasanya lambat kering, oleh itu berhatihati semasa mewarna. Ÿ Warna poster juga sesuai untuk gambar jenis pemandangan, alam semulajadi, potret, poster dan logo. (iii) Warna Minyak Ÿ Warna minyak juga bersifat legap seperti warna poster. Ÿ Warna minyak perlu dicampur dengan minyak linsid untuk mencairkan dan memudahkan kerja-kerja mewarna. ŸBerus yang paling sesuai juga adalah berus jenis keras atau pisau palet Ÿ Warna ini mengambil masa yang lebih lama untuk kering tetapi hasilnya tahan lama untuk disimpan. Ÿ Jika terdapat kesilapan mewarna semasa proses mewarna, kita perlu menindihkan warna yang salah tersebut dengan warna baru. Ÿ Warna minyak amat sesuai diwarnakan di permukaan kanvas, kadbod atau kepingan kayu yang keras. Terdapat berbagai teknik mencatan yang boleh dihasilkan semasa mewarna. Di peringkat sekolah rendah, kebanyakan teknik-teknik mencatan adalah secara spontan dan terus menerus. Berikut ialah beberapa konsep dan teknik mencatan yang boleh diajar kepada murid-murid: Ÿ Warna air adalah sejenis media basah. Ia berbentuk lutsinar. Kebanyakan pelukis menggunakan warna air bagi tujuan menjadikan catan mereka lebih hidup, realistik dan spontan. Ÿ Sebelum memulakan proses catan, perlu dapatkan idea keseluruhan tentang apa yang hendak dilukis. Rupa bentuk atau idea tersebut boleh dilukis dengan pensel terlebih dahulu. Cara kedua ialah dengan membuat garisan dengan menggunakan warna air secara cair atau lembut. Tujuannya ialah untuk mendapatkan idea keseluruhan catan. Ÿ Berus jenis besar dan leper adalah amat berguna untuk mewarna bahagian latar terlebih dahulu. Ÿ Berus jenis kecil dan bulat adalah amat berguna untuk menambahkan garisan pada objek atau imej tertentu. Ÿ Tambahan warna-warna ke atas warna latar menjadikan catan atau bahagian-bahagian yang dicat lebih menarik. Ÿ Jalinan-jalinan yang hendak dibuat perlu ditambah kemudian. Ÿ Berus yang berlainan saiz dan bentuk seperti berus minyak, berus varnish, berus gigi akan menghasilkan jalinan yang berlainan. Ÿ Hujung berus jenis leper boleh digunakan untuk menghasilkangarisan. Ÿ Hujung berus jenis bulat digunakan untuk mendapatkan kesan garisan tebal atau nipis seperti yang terdapat pada lukisan cina oriental. Ÿ Berus yang celup warna, dibuang lebihan warna tersebut dan dikembangkan berus tersebut akan mendapatkan kesan garisan halushalus yang banyak hanya dengan satu sapuan
7 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Ÿ Berus jenis lebar yang diletakkan warna dan sedikit air apabila disapu ke atas permukaan kasar akan mendapat kesan ”dry brush” Ÿ Berus perlu dibersihkan dengan air bersih untuk mendapatkan kesan yang cantik bukannya berlumut. Ÿ Warna seharusnya dicampur di atas palet atau pembancuh warna Ÿ Span, berus yang bersih dan lembap, kapas dan kain boleh digunakan untuk membuang warna semasa masih lembap. Ÿ Peluntur warna yang digunakan di rumah boleh juga digunakan untuk membuang warna pada bahagian catan yang tidak perlu. Bahan ini sesuai digunakan pada dakwat berwarna Ÿ Sapuan warna gelap ke atas permukaan kertas dan ditambah air pada setiap sapuan akan mendapatkan satu ton yang menarik iaitu dari gelap ke terang Ÿ Warna terang yang tidak dicampur dengan air akan memberikan kontras yang kuat. Ÿ Warna air apabila disapu lapisan demi lapisan akan menghasilkan kombinasi dan intensiti warna yang menarik. Sebelum menghasilkan lapisan baru pastikan lapisan awal kering dahulu. Teknik ini dinamakan ”glazing” Ÿ Nilai warna yang kontras dan kuat memberikan warna catan yang bermaya Ÿ Warna pada tiup botol apabila tidak dijaga akan menjadi keras tetapi tahukah anda bahawa warna yang keras boleh digunakan apabila dibasahkan semula Ÿ Penggunaan warna terus dari botol atau tiub akan menyebabkan kelihatan tidak natural dan dianggap masih belum mahir Ÿ Catan yang sudah siap boleh dibingkaikan TEKNIK CAT AIR Terdapat 4 jenis teknik cat air. Teknik-teknik ini diolah dan digunakan mengikut kesesuaian atau kesukaan pelukis. Di antaranya ialah: 1. Basah atas basah -- Warna dicairkan dahulu dan disapukan di atas permukaan yang basah. Hasilnya kesan lutsinar. 2. Basah atas kering -- Warna yang dicairkan dahulu disapukan di atas permukaan yang kering. 3. Kering atas basah -- Teknik yang melibatkan sapuan warna yang pekat disapu ke atas lapisan warna yang cair atas permukaan kertas yang telah dibasahkan 4. ”Was” -- Teknik yang melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan yang basah. Biasanya berus atau span digunakan. Sesuai untuk menghasilkan kesan air span awan. Antara kesan lain yang boleh terhasil daripada penggunaan alat yang berbeza. Antaranya adalah: (a) Kering bertindih -- Titikan warna untuk membentuk objek atau corak yang menarik (b) Renjisan -- Teknik yang menggunakan berus atau semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan warna cair ke atas permukaan untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.

(c) Tindihan -- Menghasilkan catan dengan menyapu warna selapis demi selapis ke atas kertas untuk menghasilkan kesan ton dan pencahayaan. Hasilnya tebal dan kering berlegap (d) Span -- Teknik ini menghasilkan jalinan kasar seperti daun pokok, tanah dan sebagainya dengan menggunakan span untuk menggantikan berus (e) Semburan berus -- Teknik ini menghasilkan jalinan kasar seperti jalinan padang rumput, pantai, pasir dan daun pokok. APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK (a) Menentukan Tema/Subjek Berikut ialah contoh tema-tema yang boleh dihasilkan: Diri sendiri -Fantasi Apa yang saya bayangkan -Pengalaman Sendiri Aktiviti Figura Manusia -Lanskap -Imej dan idea (b) Campuran Warna Warna memainkan peranan yang amat penting dalam proses mencatan. Ia menjadikan hasil kerja seseorang itu lebih menarik dan dapat menceriakan suasana. Warna boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian warna. Berikut ialah jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda warna: Ÿ Warna asas -- terdiri daripada tiga warna utama. Warnawarna ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampur warna-warna lain. Contoh: merah Biru kuning Ÿ Warna sekunder -- terhasil daripada dua campuran warna asas. Contoh: kuning + biru = hijau Merah + kuning = jingga Merah + biru = ungu Ÿ Warna tertier -- terhasil dari campuran warna asas dengan warna sekunder Contoh: kuning + hijau = kuning kehijauan Kuning + jingga = kuning kejinggaan Biru + hijau = biru kehijauan Biru + ungu = biru keungguan Merah + ungu = merah keungguan Merah + jingga = merah kejinggaan Warna-warna tersebut seperti yang dinyatakan tadi boleh digubah atau dihasilkan semula dengan tiga cara iaitu: ŸGubahan warna sewarna atau monokrom -- Ia dihasilkan dengan mencampurkan warna asal dengan warna hitam atau putih untuk mendapatkan ton warna gelap atau terang. Dengan cara ini akan menampakkan kesan timbul dan dimensi bagi sesuatu objek yang diwarnakan. Ÿ Warna penggenap -- Adalah warna yang terletak secara bertentangan dalam roda warna. Warna-warna ini akan menimbulkan kesan yang kontra dan banyak digunakan dalam iklan, poster, mural dan corak pada kain. Kombinasi
8 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

warna-warna utama yang bertentangan dengan warna sekunder adalah seperti berikut: Contoh: biru -- jingga Kuning -- ungu Merah -- hijau Ÿ Warna harmoni -- Ialah warna-warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Warna-warna ini juga dipanggil warna keluarga dan dapat menimbulkan rasa aman, tenteram, selesa, indah, lembut dan sebagainya. Contoh warna harmoni adalah seperti berikut: Contoh: merah -- ungu -- biru Ungu -- biru -- hijau Biru -- hijau -- kuning Kuning -- jingga -- merah Jingga -- merah -- ungu R warna panas ialah merah, jingga dan kuning. Ÿdikaitkan dengan objek / imej seperti api, cahaya dan matahari. Ÿdapat menimbulkan suasana riang, bersemangat, peperangan, kecemasan dan kemalangan. R warna-warna sejuk ialah seperti warna, ungu, biru dan hijau. Ÿ dikaitkan dengan alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan air. Warna-warna sejuk ini dikatakan dapat menimbulkan suasana sejuk, kedamaian, kelembutan dan nyaman. Ÿmempunyai nilai-nilai tertentu dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ton warna dan kroma warna. RTon warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau warna terang pada sesuatu objek. Biasanya warna putih dan kuning dapat memberikan cahaya yang terang manakala warna biru dan hitam dapat memberikan cahaya yang gelap. Campuran warna tersebut menjadikan catan akan kelihatan lebih menarik dan harmoni. Ia kelihatan menepati warna yang sebenar. Campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza nisbahnya disebut kroma warna. Sebagai contoh warna merah bercampur dengan warna hijau dengan nisbah yang berbeza akan mewujudkan kroma warna. Unsur seni jarak dan ruang amat penting dalam sesebuah catan. Biasanya warna-warna cair, pekat, terang atau gelap dalam sesebuah catan akan memberikan kesan kedalaman sesuatu ruang itu. Untuk mendapatkan kesan perspektif warna, nilai warna atau kroma warna digunakan dalam sesuatu catan. Sebagai contoh, warna yang cerah, gelap dan panas akan menampakkan ruang dekat dan warna yang kelabu, sejuk dan cair akan menampakkan ruang yang jauh. Warna natural pula adalah warna-warna yang bukan berada dalam warna warna asas/utama, warna sekunder dan warna tertier. Contoh warnawarnanatural yang terdapat di persekitaran kita ialah warna putih, hitam dan kelabu. Warna-warna ini juga disebut sebagai warna pastel atau warna yang lembut. PERSEMBAHAN HASIL KARYA (a) Ekspresi Diri

Setelah mengenali serba sedikit tentang jenis-jenis warna, kita sudah boleh menganggarkan warna-warna apakah yang sesuai digunakan dalam sesuatu tema atau tajuk catan yang hendak diwarnakan. Seringkali warna dikaitkan dengan apa saja imej atau objek yang berada di sekeliling kita. Manusia menggunakan pelbagai warna bagi sesuatu tujuan sama ada sebagai unsursimbol, untuk menarik perhatian, bagi tujuan keagamaan, untuk menggambarkan perasaan dan menunjukkan budaya masyarakat tertentu. Pernyataan berikut adalah contoh bagaimana warna-warna boleh diterjemahkan dalam sesuatu persembahan hasil karya seni: Ÿ Pengertian warna dalam budaya setempat -- Warna bendera Malaysia terdiri dari warna biru, kuning, merah dan putih. Warna biru dikaitkan dengan perpaduan, warna kuning dikaitkan dengan raja dan pemerintahan, warna merah lambang keberanian, warna putih menunjukkan bersih dan suci. Ÿ Pengertian warna dari segi psikologi -- Warna merah dianggap lambang keberanian dan membawa keuntungan dan kemewahan bagi masyarakat Cina. Warna hijau pula sering dikaitkan dengan keislaman, bersih dan suci bagi masyarakat Melayu. Ÿ Pengertian warna dalam aspek asas seni reka -- Warna boleh menimbulkan bentuk sesuatu imej/objek dengan mengaplikasikan ton/kroma warna dengan nisbah tertentu pada objek tersebut. Warna juga dapat menimbulkan ruang perspektif samada kelihatan dekat atau jauh dengan menggunakan warna pekat, cerah dan terang akan kelihatan dekat manakala penggunaan warna pudar, lembut dan cair akan kelihatan ruang yang jauh. Ÿ Pengertian warna dalam situasi tertentu -- Warna panas sesuai digunakan untuk tajuk-tajuk catan seperti kemalangan jalanraya, kebakaran, peperangan dan kecemasan. Warna-warna sejuk pula sesuai digunakan untuk tajuk-tajuk catan seperti suasana keindahan di air terjun, di tepi tasik dan suasana di dalam hutan. Ÿ Pengertian warna dalam simbol, lambang dan corak -Warna-warna yang sesuai digunakan ialah warna kontra, warna penggenap, warna asas dan warna sekunder. Warna-warna ini juga boleh digunakan dalam menghasilkan warna corak pada baju, kain, corak anyaman, label, simbol lalu lintas jalanraya dan perhiasan dinding. (b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Media dan Teknik ŸPemilihan tajuk atau tema penting sebelum memulakan catan supaya dapat menghasilkan catan yang baik. Perkara kedua yang perlu diambil kira ialah pemilihan peralatan, media,bahan, teknik mewarna dan campuran warna yang sesuai dengan situasi yang hendak dihasilkan pada catan tersebut. Perkara ketiga ialah aspek asas unsur-unsur seni yang terdiri daripada garisan,
9 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

warna, rupa, bentuk, jalinan, ruang perlu diaplikasikan dalam catan tersebut. Tidak lupa juga aspek prinsipprinsip rekaan seperti pergerakan, harmoni, imbangan, kontra, kesatuan, penegasan dan kepelbagaian juga diambilkira. campuran warna dan asas senireka dalam catan ini: Langkah 1: Melakar struktur asas figura dan khemah dengan pensel Langkah 2: Mengolah idea dengan memberikan penekanan pada bentuk figura, khemah dan persekitaran secara lebih tepat dan terperinci Langkah 3: Menghasilkan lukisan penuh Langkah 4: Menggunakan cat air untuk menggambarkan bentuk figura, khemah, dan persekitaran supaya lebih menarik serta memberikan penekanan pada kesan cahaya, bayang dan kepelbagaian warna. (c) Apresiasi Seni Apabila kita memperkatakan tentang apresiasi seni ia bermaksud penilaian atau mempunyai kepekaan terhadap sesuatu gambaran, objek atau imej dalam pembelajaran terpimpin. Terdapat dua kata-kata yang dikemukakan oleh Sir Herbert Read berkaitan teori perkembangan seni kanak-kanak. Di antaranya ialah: „Art is creative self-expressio n .. dan „Works of art express and communicate universal value Dari kata-kata Sir Herbert Read itu jelaslah bahawa menghargai sesuatu hasil karya seni adalah salah satu cara bagaimana seseorang itu boleh berinteraksi dengan diri sendiri dan orang lain. Selain dari itu ia dapat menyuarakan rasa hati seseorang apabila berhadapan dengan catan tersebut. Tak secara langsung nilai-nilai estetik akan wujud pada diri setiap murid dan akhirnya dapat menghargai dan menilai apa yang dilihat. Apresiasi seni melibatkan beberapa perkara: Ÿ Pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis Ÿ Cara pelukis menginterpretasi gambar Ÿ Alat, bahan, media yang digunakan Ÿ Teknik-teknik yang digunakan ŸPenilaian RUMUSAN CATAN Ÿ satu proses gambaran pemikiran secara nyata. Ÿ Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan rata. Ÿ hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D. Ÿ satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar Ÿ Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air Ÿ Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal Ÿ Warna air bersifat lutsinar dan lembut Ÿ Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas Ÿ Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di permukaan kanvas

Ÿ Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas Ÿ Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan dinding/mural Ÿ Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan Ÿ Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri Ÿ Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan Ÿ Warna asas terdiri daripada tiga warna Ÿ Warna sekunder ialah hasil campuran dua warna asas Ÿ Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder Ÿ Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam. Ÿ Warna penggenap - warna yang bertentangan dalam roda warna Ÿ Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna Ÿ Ton warna - nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada sesuatu objek Ÿ Kroma warna - campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza Ÿ Warna natural atau pastel - warna persekitaran yang tidak terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier. Ÿ Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol. Ÿ Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.

Definisi Kolaj 4

Ÿbermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan Ÿperancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D. Ÿsatu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih ŸTeknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Ÿ Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. Ÿ Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. ŸKolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Ÿ Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat dan di satukan di atas permukaan. ŸTeknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara ”superimpose” di antara satu sama lain
10 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

ŸSatu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Ÿ Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu. (b) Alat dan Media Ÿmenjadikan objek-objek di sekeliling mereka berharga untuk dijadikan bahan-bahan dalam hasil kerja kolaj mereka. ŸMereka bebas menggunakan apa sahaja peralatan, media, teknik . ŸBiasanya bahan-bahan yang digunakan adalah tahan dan boleh kekal ŸWarna-warna basah seperti cat, warna poster, warna air, akrilik, dan tempera juga digunakan untuk bahagian latarbelakang kolaj. Tujuannya ialah untuk mendapatkan ”mood” bagi sesuatu hasil kerja kolaj. ŸWarna minyak adalah tidak digalakkan untuk menghasilkan kolaj kerana bahan susah melekat pada permukaan. Warna yang paling baik digunakan dalam menghasilkan kolaj ialah warna akrilik dan warna air kerana berganding baik dengan berbagai jenis gam.. ŸPelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan pada kerja-kerja kolaj. Kadangkala kerja-kerja menghasilkan kolaj ini tidak menggunakan pelekat tetapi menggunakan skru, ikatan, dawai untuk melekatkan bahan ke atas kolaj. Berikut ialah contoh berbagai jenis pelekat atau gam yang dicadangkan untuk digunakan ke atas kerja-kerja menghasilkan kolaj: Media Jenis Ketelusan Kegunaan 1. Gam kilat Cair Lut sinar Pelekat untuk kertas, kain, bahan ringan. Boleh digunakan sebagai varnis pada akhir proses kolaj 2. Gam tidak kilat Cair Lut sinar pada lapisan pertama. Lapisan seterusnya lut cahaya Pelekat untuk kertas, kain, bahan ringan. Boleh digunakan sebagai varnish pada akhir proses kolaj. Terlalu banyak lapisan akan mengaburkan gambar di bawahnya 3. Gam gel Krim Lut sinar Pelekat untuk kertas, kain, kulit kayu pokok, logam. Media yang terdedah akan kelihatan kusam. 4. Gam model Pekat Legap Pelekat untuk batu. Boleh digunakan untuk 3D, dipotong, kikis, warna apabila kering. Kawasan yang tebal memerlukan berjam-jam untuk kering 5. Gesso Krim Legap Serupa dengan cat akrilik putih. Digunakan untuk menutup bahan berasid sebelum mengecat atau menghasilkan kolaj. Berikut pula peralatan yang boleh dicadangkan untuk digunakan dalam menghasilkan kolaj: Alat Kegunaan

1. Pisau kraf Memotong bahan nipis seperti kertas dan fabrik. Hujung mata pisau boleh digunakan untuk mengangkat cebisan kertas. Tukar mata pisau selalu untuk mendapatkan mata yang tajam dan pemotongan yang bersih dan licin. 2. Gunting Memotong bentuk bulat, kain 3. Plastik tiga segi Sudut rata dalam setiap potongan, menggunakan sudut empat segi untuk memeriksa bentuk empat segi yang diperlukan 4. Pembaris Membuat potongan yang panjang. 5. ”french curve” Melukis dan memotong kepingan kertas yang bengkok 6. Palet Untuk kegunaan warna air atau akrilik 7. Berus Digunakan untuk aplikasi warna dan pelekat pada kolaj. 8. Bekas air Membersihkan berus daripada kekotoran warna dan gam 9. Penggelek Menekankan kepingan bahan-bahan di atas tempatnya 10. Plastik pembungkus makanan Menutup kerja kolaj di kedudukan sebenar. Melindungi kolaj dari tangan yang kotor dan lebihan gam 11. Span Menekan warna untuk mendapatkan kesan jalinan 12. Kertas tekap Membuat lakaran 13. Pensel atau pen Membuat lakaran 14. Kompas Untuk melukis bulatan, atau memotong bulatan apabila pisau ”blade” digunakan bersamanya Ÿbahan-bahan sampingan yang boleh digunakan untuk menghasilkan kolaj seperti berbagai jenis papan pengalas, ”water colour Board”, illustration board, mat board, foam board, wood and hard board. ŸBerbagai jenis kertas juga boleh dicadangkan seperti kertas kolaj, kertas warna air, kertas lukisan, kertas pastel, kertas hiasan, kertas eksotik, kertas binaan, surat khabar, kertas majalah. (c) Teknik Ÿ Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema atau tajuk catan juga perlu diambil kira apabila menjalani proses kolaj. Berikut ialah contoh teknik yang paling mudah bagaimana seseorang itu boleh menghasilkan sebuah kolaj: Ÿtema atau tajuk yang hendak dihasilkan supaya mesejnya sampai ŸSediakan dan racik/koyak/gunting bahan-bahan seperti kertas atau fabrik yang diperlukan untuk kolaj tersebut. ŸDapatkan kertas pelbagai warna untuk menimbulkan kesan jalinan, harmoni, kontra pada kolaj anda. ŸBuat lakaran pada kertas lukisan untuk menyenangkan kerja-kerja menampal ŸSapukan gam pada permukaan kertas. ŸGam cebisan kertas atau fabrik mengikut gaya tersendiri untuk mendapatkan satu hasil kerja kolaj yang baik ŸApabila sudah kering sapukan pula gam di atas lapisan pertama untuk menampal kertas bagi menimbulkan kesan objek.
11 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Ÿ Teknik potong kertas dan fabrik Ÿ Teknik koyak kertas dan fabrik ŸTeknik menggunakan berbagai jenis kertas yang berjalinan Ÿ Teknik media campuran Ÿ Teknik kertas tisu ŸTeknik tisu dan kertas buangan Ÿ Teknik catan dalam kolaj Ÿ Teknik percikan dalam kolaj Ÿ Teknik span dalam kolaj Ÿ Teknik ÂskrapingÊ dalam kolaj Ÿ Teknik stensil dalam kolaj Ÿ Teknik jalinan dalam kolaj APLIKASI ALAT MEDIA DAN TEKNIK Tema boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian guru atau muridseperti tema: Ÿ Cerita, sajak, pantun dan nyanyian Ÿ Figura secara individu, keluarga, kawan, orang awam, jiran Ÿ Rumah, pondok, banglo, rumah teres, rumah flat, rumah kampong, calet Ÿ Haiwan seperti kucing, anjing, burung, ayam, itik, gajah, harimau, kuda Ÿ Pokok, bunga, daun, lalang, sayur-sayuran, buahbuahan, Ÿ Alam benda seperti meja, kerusi, basikal, cawan, piring, garpu, sudu Ÿ Fenomena alam dan sains, metafizik dan agama ŸPengenalan menggunakan fabrik dalam kolaj kepada murid-murid adalah supaya mereka peka terhadap berbagai jenis permukaan dan jalinan yang ada pada bahan tersebut. Terdapat dua cara menggunakan fabrik dalam kolaj iaitu secara menampal atau menjahit di atas sesuatu permukaan. Projek secara berkumpulan dalam menghasilkan sesuatu tema adalah lebih cepat dijalankan daripada individu. Bahan latar yang paling sesuai ialah seperti kain kanvas yang kasar supaya dapat menahan berat kolaj di atasnya. Berat kertas dan fabrik adalah berbeza. Lebihan kain perca boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai menjahit pakaian. Ia tidak memerlukan budget yang besar. Permukaannya lembut dan sesuai digunakan untuk murid-murid di sekolah rendah. Kain perca boleh digunting, dipotong, digulung, ditindih atau dilipat semasa proses menampal keatas permukaan. Setelah ditampal, kesan-kesan jalinan dan kesan permukaan tidak rata ke atas kolaj akan kelihatan menghasilkan satu kelainan. ŸTali juga adalah antara bahan yang popular digunakan dalam menghasilkankolaj. Bahan ini digunakan untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang jalinan dan bagaimana mengaplikasikan tali dalam kegiatan menggambar. Berbagai jenis tali terdapat di pasaran dan penggunaannya di dalam kolaj perlu disesuaikan dengan jenis pelekat. Tidak semua bahan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj sesuai dengan satu jenis pelekat sahaja. Cara meletakkan tali tersebut pada permukaan boleh dipelbagaikan seperti berkumpulan, dipiuhkan,

disimpulkan, berantai, bergulung atau bebas supaya mendapat permukaan jalinan yang berlainan. Permukaan yang paling sesuai adalah dari jenis strawboard dan kadbod ini boleh didapati secara percuma dari kotakkotak, papan kalender dan papan iklan. Pelekat jenis cepat kering sesuai digunakan pada tali. Pelekat diratakan di atas permukaan strawboard tersebutdan diratakan dengan spatula. Kemudian tali yang telah disusun tadi dilekatkan di atas permukaan bergam. Kadangkala tali yang berbagai jenis ketebalannya dan berbagai jenis warna boleh digunakan. Murid-murid lebih peka terhadap benda-benda baru dan pelik. Mereka mula meneroka dan guru mengambil peluang untuk bertanya. Mereka boleh menjadi pencipta, boleh bercerita, menjadi pelukis apabila berhadapan dengan berbagai alat, bahan dan media. Mereka juga boleh mengaitkan pengalaman lalu dengan benda-benda yang mereka lihat sekarang. Sebagai contoh murid boleh menghasilkan sebuah kolaj diatas Âillustration board atau mounting board ŸWarna latar adalah sangat penting kerana setiap warna yang digunakan untuk objek kemudian perlu berhubung kait atau bersesuaian dengannya. Gunakan pisau kraf dan pembaris untuk memotong rupa tanpa memikirkan bentuk sebenar. Ini adalah satu cara bagaimana menjalankan aktiviti menggambar secara lebih seronok dan gembira. Teknik menggunting banyak berlaku pembaziran kertas tetapi cebisan kertas tersebut boleh juga digunakan untuk menghasilkan kolaj di masa akan datang. ŸMemperkenalkan unsur ruang dan kedalaman dengan membuatkan kerusi lebih kecil daripada objek di hadapan. Satu cara memperkenalkan perasaan kedalaman atau menampakkan ruang dalam kolaj ialah dengan pertindihan objek. Dalam kolaj ini menindihkan epal dan jug air secara automatik memberitahu pemerhati bahawa jug air lebih jauh ke belakang daripada epal tersebut. PERSEMBAHAN HASIL KARYA Aktiviti kolaj boleh dikatakan agak rumit dan cerewet untuk disudahkan kerana ia banyak melibatkan koordinasi tangan, mata, ketekunan dan perasaan individu yang menghasilkannya. Tahap perkembangan murid-murid adalah berbeza dan banyak dipengaruhi oleh keupayaan dan sikap kanak-kanak itu sendiri. Ÿ pandai menyesuaikan tahap murid-murid yang hendak diajar dengan aktiviti yang hendak dijalankan di kelas. Tahap keupayaan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitu Ÿtahap manipulatif, Ÿtahap simbolik dan tahap realistik. Ÿ Tahap manipulatif ialah tahap di mana kanak-kanak suka meneroka apa saja yang dilihat dipersekitaran mereka dan berusaha mendapatkan bukti-bukti dari penerokaan mereka. Hasil kerja seni yang mereka buat adalah untuk tujuan bergembira dan mendapatkan keseronokan. Pada peringkat ini koordinasi tangan, mata dan perkaitan dengan persekitaran mereka sangat penting. Di peringkat simbolik pula kanak-kanak dikatakan
12 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

suka membuat eksperimen kerana dikatakan suka terhadap sesuatu benda itu. Imej atau objek yang dilukis bersifat tidak tepat. Korelasi visual dan membuat pemerhatian sangat penting di tahap ini. Unsur ruang masih kurang jelas. Imej-imej disusun mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan logik. ŸPada tahap ini seorang guru itu haruslah memperkenalkan berbagai jenis alat, bahan, media dan teknik dalam setiap kegiatan menggambar yang mereka jalani. ŸTujuannya adalah untuk menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dengan kawan-kawan dan guru, meluahkan perasaan dan isi hati, membuat kritikan yang membina dan membuat penilaian tentang persembahan ŸCONTOH 1 TAJUK: Kolaj dari tisu dan gambar majalah OBJEKTIF: Rancang dan hasilkan sebuah kolaj berbentuk 2D dari bahan kertas tisu dan gambar majalah untuk menerangkan konsep kesatuan dan keharmonian ALATAN DAN BAHAN: kertas lukisan, pensel, tisu berwarna-warni, kadbod, gunting, gam, berus lukisan, marker, krayon atau cat, gambar-gambar dari majalah. ARAHAN: 1. Cari satu idea yang boleh dikaitkan dengan sikap bekerjasama, tolong menolong, bersatu hati untuk melambangkan kesatuan dan keharmonian 2. Rancang beberapa komposisi dengan menggunakan lakaran-lakaran untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan. Pilih satu yang terbaik. 3. Lukis lakaran yang dipilih di atas kertas putih keras. 4. Sediakan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kolaj tersebut. 5. Cari dari majalah untuk mendapatkan kawasan dan menggunakan bahagian yang berwarna dan gambargambar yang boleh digunakan. ŸSebagai contoh: warna coklat pada kasut atau kek boleh digunakan untuk menghasilkan batang pokok atau warna biru air laut boleh digunakan pada pakaian pada imej atau gambar dalam kolaj. Susun gambar-gambar sebegitu rupa untuk menampakkan konsep kesatuan dan keharmonian Semasa menampal kertas berwarna dari majalah dan tisu-tisu berwarna, tak perlu hasilkan secara teliti sebaliknya boleh ditindih kertas-kertas tersebut supaya nampak lebih natural dan bebas. Tidak perlu berada dalam keadaan kemas dengan meletakkan kertas-kertas warna tersebut di dalam garisan lakaran semasa menghasilkan kolaj. 6. Teknik-teknik lain boleh diaplikasikan seperti menambahkan garisangarisan dengan menggunakan pen marker, krayon, warna-warna poster, gosokan dari objek yang berjalinan untuk menampakkan kesatuan dan keharmonian dalam hasil kerja tersebut. 7. Bingkaikan hasil kerja kolaj tersebut dengan kemas dan gantung di tempat yang sesuai supaya senang dilihat. Jalani satu sesi penilaian dan kritikan

(apresiasi seni) secara mudah. CARA-CARA MENILAI: 1. Apakah tema/tajuk yang boleh dipilih untuk menerangkan tentang konsep kesatuan dan keharmonian? 2. Apakah elemen-elemen yang perlu diambilkira semasa menghasilkan lakaran? 3. Lakaran yang mana satu dipilih dan kenapa? 4. Apakah jenis alat, bahan, media dan teknik yang anda gunakan dalam kolaj tersebut? 5. Bagaimana kamu membuat eksperimen dengan tindihan kertas-kertas warna dari majalah, kertas-kertas tisu dan imej-imej yang digunakan? 6. Apakah teknik tambahan yang anda gunakan untuk melengkapkan kolaj tersebut? 7. Terangkan bagaimana kamu membuat persembahan dan kemasan kolaj anda? 8. Apakah perasaan anda apabila melihat hasil kerja anda? 9. Apakah sebenarnya yang hendak anda sampaikan dalam kolaj tersebut? 10. Adakah anda bersihkan kawasan kerja anda? CONTOH 2 TAJUK: Kolaj media campuran OBJEKTIF: Hasilkan sebuah kolaj media campuran dengan menggabungkan simbol-simbol visual, bahan-bahan terbuang/jumpa dan sebahagian dari lagu/ sajak. ALAT DAN BAHAN: Kertas lakaran, pensel, kertas lukisan tebal, barangan jumpa atau bahan terbuang, majalah, gunting, gam, warna-warna kering, warnawarna basah dan kadbod poster. ARAHAN: 1. Lihat contoh media campuran oleh pelukis terdahulu. Perhatikanbagaimana mereka menghasilkannya. 2. Untuk menghasilkan kolaj yang bermakna, fikirkan bahagian atau barisbaris penting pada lirik lagu atau sajak. Tulis lirik yang dipilih dan fikir tentangnya untuk diaplikasikan ke dalam kolaj. 3. Fikirkan imej atau gambar-gambar yang bersesuaian dengan lirik/baris sajak yang dipilih. 4. Kumpul bahan-bahan lain untuk digunakan dalam menghasilkan kolaj. 5. Fikirkan tentang jalinan, rupa, bentuk, saiz dan warna bahan yang dikumpul. 6. Buat satu lakaran ringkas untuk mendapatkan idea keseluruhan kolaj. Fikirkan bagaimana anda dapat selitkan atau simpulkan ke dalam katakata yang dipilih sebagai salah satu elemen penting dalam kolaj. 7. Susun di permukaan kertas tebal bahan-bahan yang dipilih untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kolaj dan jangan digam.

Sarbinipani2009

13 / 33

NOTA PADAT MENGGAMBAR

8. Ambil masa untuk membuat pengubahsuaian sehingga anda berasa puas hati tentang cara susunan bahan-bahan tersebut barulah dilekat. 9. Tambah warna, jalinan, garisan, huruf ke atas kolaj anda supaya nampak lebih menarik. 10. Buat persembahan dan kemasan dan gantung ditempat yang sesuai. 11. Jalani sessi ekspresi diri, luahan perasaan, penghargaan, pujian dan kritikan seni bersama rakan dan guru. RUMUSAN KOLAJ Ÿsatu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej. Ÿ Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata. Ÿ Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. Ÿ Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang tersendiri. Ÿ Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan. Ÿ Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan. Ÿ Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. ŸTema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid. Ÿ Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema. Ÿ Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj. Ÿ Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar. Ÿ Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan individu. Ÿ Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan. Ÿ Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik. Ÿ Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan mendapatkan keseronokan. Ÿ Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan suka terhadap sesuatu benda. ŸTahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.

5 MONTAJ
Sarbinipani2009

Definisi: Montaj: Ÿ Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar Ÿ Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ÿ Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain ŸDalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi Ÿ imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan Ÿ hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Ÿkomposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. Ÿ Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. ŸTeknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto. Ÿ Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni Ÿ Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen. (b) Sejarah Ringkas ŸFoto montaj ialah satu proses menghasilkan komposit gambar dengan cara menggunting dan mencantum beberapa foto daripada berbagai sumber. ŸKomposit foto kadangkala dirakam supaya imej terakhir yang dihasilkan akan menjadi satu cetakan fotografi. Cara yang sama digunakan pada zaman sekarang menggunakan image editing software. Teknik ini digunakan oleh orang-orang professional sebagai compositing atau photoshopping. Contoh terdahulu Seni Halus dalam bidang fotomontaj mengandungi elemen-elemen fotografi superimpose digabungkan dengan warna-warna basah. Kombinasi seperti ini dihasilkan oleh George Grosz pada tahun 1915. Pergerakan Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan aktiviti montaj dalam seni rupa moden. Pelukis-pelukis dari aliran Dadaisme telah menggabungkan foto-foto mereka untuk menghasilkan subjek baru atau imej visual sebagai alat yang berkuasa untuk pergerakan Dadaisme menentang Perang Dunia Pertama. ŸTeknik foto montaj ini kemudiannya menjadi ikutan ramai dan digunakan oleh pelukis-pelukis aliran Surealisme seperti Salvador Dali. Retrospektif pameran pertama dunia dalam foto montaj diadakan di German pada 1931. Kemudian menular pula kepada orang-orang eropah lain dan menggelar
14 / 33

NOTA PADAT MENGGAMBAR

aktiviti seni ini sebagai photocollage yang bermakna hasil kerja yang bercita-cita besar atau mempunyai satu impian besar yang mencantumkan typografi, kerja-kerja menggunakan berus dan objek sebenar dilekat bersama foto montaj. Lama kelamaan teknik fotomontaj ini diaplikasikan ke dalam industri iklan pada tahun 1920 sehingga sekarang. (c) Alat dan Media Setiap pelukis mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila ingin menghasilkan kerja-kerja seni. Dalam penggunaan alatan dan media untuk menghasilkan satu hasil kerja seni, pelukis akan mengenalpasti bahan apakah yang sesuai dan senang untuk didapati supaya kerja-kerja yang hendak dijalankan tidak terganggu. Berikut ialah beberapa contoh alatan dan bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj: Ÿ Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam benda Ÿ Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura, lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi Ÿ Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam Ÿ Warna basah seperti warna tempera, warna air, warna poster, dakwat basah dan berus lukisan Ÿ Gambar-gambar atau imej yang telah diimbas dengan menggunakan pengimbas Ÿ Bahan-bahan terbuang seperti gambar-gambar yang dijumpai, cawan /pinggan kertas, imej kartun dari majalah, Ÿ Berbagai jenis tiket seperti tiket bas, tiket kereta sewa, tiket panggung wayang. (d) Teknik Aktiviti montaj bukan sahaja boleh dihasilkan secara manual tetapi ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan komputer melalui perisian-perisian yang telah dinyatakan. Ÿbeberapa teknik penghasilan montaj yang boleh dijalankan: R Montaj keluarga R Photomontaj (digital image) R Montaj dari bahan terbuang R Montaj campuran R Montaj tiket R Montaj berlainan tema R Montaj alam semulajadi R Montaj figura R Montaj alam benda R Montaj corak huruf R Montaj haiwan R Montaj tema serupa R Montaj tampalan (patchwork) APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK Kebiasaannya montaj memerlukan gambar foto sedia ada yang boleh didapati dari majalah, akhbar, pengambar menggunakan kamera digital, dapatan dari internet, gambar yang diimbas lalu ditampal dan digam gambar-

gambar tersebut untuk menimbulkan kesan kelucuan, pengajaran dan sindiran terhadap sesuatu tema atau tajuk yang hendak dibuat. ŸDi zaman yang serba moden ini, teknik montaj diperluaskan lagi dengan menggunakan bantuan komputer melalui perisian-perisian tertentu seperti photoshop, digital image, paintbrush dan banyak lagi. Walau bagaimana pun kesesuaian aktiviti montaj menggunakan bantuan komputer perlu dijalankan mengikut kemudahan sedia ada samada di rumah atau di sekolah. CONTOH 1 Tema: Montaj keluarga Alat dan Media: Foto keluarga yang diimbas dengan menggunakan pengimbas, gunting, gam akrilik lutsinar, warna tempera, bingkai gambar plastik, gam getah, butang, tali hiasan, kain tebal (felt cloth), berus lukisan, Cara-cara menghasilkannya: 1. Potong setiap gambar foto keluarga. 2. Guna berus lukisan untuk menyapu gam akrilik di atas bingkai plastik. Tampalkan kain tebal pada permukaan bingkai. 3. Letakkan gambar foto di atas bingkai plastik. Gosok setiap gambar foto yang dilekatkan dengan jari. Pastikan gambar foto dilekatkan dengan baik supaya tidak ada gelembung udara di bawahnya. 4. Setelah gam kering, sapukan pula gam akrilik di sekeliling gambar foto tersebut. 5. Setelah gam akrilik cukup kering, bancuhkan warna tempera (warna ikut suka) dengan satu sudu gam akrilik. Gunakan bancuhan warna tersebut untuk menyapu dibahagian keliling gambar. Keringkan 6. Bila cukup kering sapukan perekat simen di atas bingkai plastik tadi. 7. Letakkan tali hiasan di atas perekat simen tersebut. 8. Hiaskan montaj dengan menggunakan butang. CONTOH 2 Di peringkat sekolah rendah guru boleh mencadang kepada murid cara mudah menghasilkan aktiviti montaj dengan menggunakan teknik dari contoh dua ini. Tema atau tajuk perlu disesuaikan dengan gambar foto yang ada pada setiap individu. Murid boleh menghasilkan montaj ini dengan menggunting gambar tersebut dan menyesuaikan kedudukan gambar pada bahagian latar. Imej-imej yang digunakan boleh didapati dari surat khabar, majalah, gambar foto, gambar yang telah diimbas atau dapatan dari internet. Berlainan pula dengan contoh montaj yang dihasilkan dari tiket dan keratan tulisan dari akhbar. Montaj yang dihasilkan ini adalah bertemakan huruf huruf. Murid boleh mengumpulnya dari akhbar atau majalah.
15 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menampal berbagai jenis tulisan atau huruf yang berbagai font secara tindihan. Tak secara langsung murid telah menjalani proses kolaj dan montaj. Satu hasil kerja baru bertemakan huruf terhasil. Montaj ini dihasilkan dari tema: haiwan kesayangan saya. Imej-imej tersebut boleh dihasilkan dari kamera digital atau potongan gambar dari majalah. Imej-imej tersebut dipotong terlebih dahulu dengan ukuran yang sama saiz. Tujuannya ialah untuk mendapatkan saiz yang sama pada setiap bahagian. Gambar-gambar tersebut disusun dengan menggunakan teknik mozek iaitu tidak ditindih atau menggunakan teknik cut and paste dengan menggunakan microsoft word . Dengan tak secara langsung murid-murid telah menjalani aktiviti yang berbantukan komputer. Montaj ini dihasilkan dari cantuman gambargambar yang boleh diambil dari berbagai sumber. Pelukis telah menggabungkan teknik kolaj dan montaj dalam satu hasil kerja. Gambar-gambar tersebut disusun secara tindihan di antara satu sama lain. Penggunaan warna yang kontra dan pelbagai warna digunakan dalam hasil kerja ini. Rupa-rupa dan bentuk-bentuk geometri terutama sekali rupa bentuk bulat banyak digunakan untuk kelihatan seimbang. Prinsip penegasan ditunjukkan dalam hasil kerja ini untuk menampakkan kelainan. Kelihatan bentukbentuk yang sama diulang beberapa kali untuk menampakkan kesatuan dalam satu hasil kerja. Pelukis mempunyai mesej yang tersendiri dalam menghasilkan montaj ini. RUMUSAN MONTAJ Ÿsatu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama. Ÿmenggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Ÿ Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Ÿ Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru. Ÿ Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. Ÿ George Grosz (1915) menggabungkan warna-warna basah (seni halus) dan elemen-elemen fotografi superimpose dalam karya montajnya. Ÿ Pelukis dari pergerakan aliran Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan aktiviti montaj dalam seni rupa moden. Ÿ Pameran pertama dunia dalam foto montaj telah diadakan di German pada 1931. Ÿ Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada. Ÿboleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek.

Ÿ Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Ÿ Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsipprinsip rekaan dalam hasil kerja. Ÿ Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan keseragaman. Ÿ Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati. Ÿ Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan. Ÿ Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.

CETAKAN 6

(a) Definisi Cetakan Ÿsatu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi Ÿproses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain Ÿ Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Ÿ Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat Ÿ Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Ÿ Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Ÿ Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. ŸProses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat Ÿ Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Ÿ Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu. kertas (b) Alat dan Media Cetakan Cetakan adalah salah satu kegiatan dalam bidang menggambar. Aktiviti cetakan yang dilakukan dalam pembelajaran di kelas bergantung kepada tahap kecerdasan murid. Berbagai jenis cetakan dengan menggunakan berbagai jenis peralatan dan bahan boleh dihasilkan. Berikut ialah contoh beberapa peringkat cetakan dari mudah ke sukar yang boleh dijalankan di peringkat sekolah rendah: (i) Tahap Pengenalan Ÿ Cetakan jari Ÿ Cetakan tumbuh-tumbuhan Ÿ Cetakan dari renyukan kertas
16 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Ÿ Cetakan dakwat Ÿ Cetakan span Ÿ Cetakan krayon Alat dan media cetakan yang boleh dicadangkan untuk aktiviti cetakan di peringkat/tahap pengenalan seperti kertas lukisan, stamp pad berbagai jenis bunga-bungaan, batang pokok, daun, sayur-sayuran, kertas tisu, span, krayon, warna poster, warna mural, bahan-bahan terbuang yang mempunyai permukaan rata tetapi berjalinan, duit syiling, berus, pensel, sikat, kunci, klip kertas dan sebagainya. (ii) Tahap Pertengahan Ÿ Cetakan tanah liat Ÿ Cetakan plastisin Ÿ Cetakan kentang Ÿ Cetakan tali Ÿ Cetakan blok getah Ÿ Cetakan duo Ÿ Cetakan stensil Ÿ Cetakan mono Di peringkat pertengahan murid telah mempunyai pengalaman asas dalam kegiatan cetakan. Aktiviti boleh diteruskan dengan menjalani aktiviti cetakan yang lebih mencabar. Di antara alat dan bahan yang boleh dicadangkan adalah seperti tanah liat, plastisin, warnawarna mural, warna-warna poster, berus, kertas lukisan, jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh diukir, pisau, stamp pad, kadbod, gam, berbagai jenis tali, krayon, penggelek, dakwat/minyak lino, span, getah lino dan lainlain yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid. 6.1 Cetakan daun 6.2 Cetakan dari kentang (iii) Tahap Lanjutan Ÿ Cetakan lino Ÿ Cetakan skrin/stensil Ÿ Cetakan blok kayu Di tahap lanjutan aktiviti cetakan boleh diteruskan dengan penggunaan alat, media dan bahan seperti blok kayu, getah lino dan stensil. Peralatan yang dicadangkan ialah seperti foam polisterin, pisau untuk memotong, objek tajam untuk menoreh pada polisterin, penggelek, cermin untuk menggelek dakwat lino, dakwat pekat, kertas lukisan atau kertas beras, surat khabar, pad cetakan surat khabar, linoleum, blok kayu, silk skrin, sekuji, item stensil, pemotong stensil yang tajam, kadbod tebal, sudu dan lain-lain yang berkenaan.

(c) Media dan Teknik-teknik Cetakan Cetakan yang baik biasanya bergantung kepada jenis peralatan dan media yang digunakan, teknik-teknik cetakan yang dihasilkan dan kemahiran mencetak. Berikut adalah contoh beberapa teknik rekabentuk cetakan sebagai garis panduan bagaimana seseorang itu boleh menghasilkan cetakan yang baik dan bermutu:

1. Teknik bayangan gelap -- bahagian latar belakang objek tidak dicetak dan hanya objek sahaja yang di cetak 2. Teknik bayangan putih -- bahagian imej dibuang atau tidak dipakai dan hanya bahagian luar objek dikekalkan 3. Teknik garis luar gelap -- hanya garisan pada objek dikekalkan. Bahagian dalam dan luaran objek di buang 4. Teknik garisan luar putih -- bahagian latar belakang yang dicetak. Bahagian garisan pada objek tidak dicetak. TEKNIK CETAKAN MONO ŸTeknik cetakan mono adalah teknik yang sering digunakan di sekolah. Rembrandt dan Edgar Degas adalah pelukis barat yang terkenal pada suatu masa dahulu telah menggunakan teknik mono print dalam hasil karya mereka. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan cetakan mono ini ialah seperti sekeping cermin yang mana bahagian hujung cermin perlu ditampal untuk mengelakkan dari tercedera. Sekeping lino digunakan dan ditampal pada sekeping kayu supaya senang proses mencetak. Proses cetakan mono ini bermula dengan mengaplikasikan cat, warna atau dakwat cetakan diletakkan di atas cermin. cermin jenis tebal. Apabila gambar dihasilkan, kertas lukisan diletakkan di atas warna tersebut lalu ditekan kertas secara perlahanlahan dengan menggunakan tapak tangan. Tiga faktor yang mempengaruhi hasil kerja cetakan ini: Ÿ Kekentalan atau kepekatan (viscosity) warna, cat atau dakwat cetakan Ÿ Tekanan yang dilakukan ke atas kertas Ÿ Jenis kertas dan sejauh mana resapan warna itu berlaku Variasi lain bagaimana teknik cetakan mono dihasilkan ialah secara Âpaper stop out methodÊ. Murid meletakkan cebisan kertas di atas dakwat mengikut kreativiti sendiri. Kemudian kertas diletak di atas cebisan tadi lalu digelak dengan penggelek. Cebisan kertas bertindak sebagai stop out bagi dakwat yang ada di bawah dan kawasan tersebut menjadi kesan negatif dalam cetakan. Terdapat beberapa cara bagaimana dapat menghasilkan cetakan mono yang baik: Ÿ Menyusun peralatan dan bahan sebelum cetakan dijalankan. Ÿ Pastikan dakwat tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh murid. Ÿ Adakan demonstrasi sebelum cetakan dijalankan. Ÿ Sediakan tempat untuk menggantung sehingga kering cetakan yang dihasilkan. Ÿ Cetakan dibuat diatas tempat meja yang panjang. Ÿ Peralatan dan bahan mencetak diletak di hujung setiap meja supaya senang didapati. Ÿ Setiap proses yang hendak dijalankan (secara langkah demi langkah) dibimbing oleh guru terlebih dahulu. Ÿ Memilih cetakan yang terbaik daripada cetakan yang lain. Ÿ Setelah kering cetakan boleh diletakkan di dalam lipatan buku yang tebal untuk mendapatkan kesan yang lebih baik lagi. Ÿ Cetakan boleh di bingkaikan.
17 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Ÿ Sediakan bahan pencuci, pengelap supaya kerja tidak comot. Ÿ Pastikan semua warna/dakwat adalah serap air (water soluble). Walaupun teknik cetakan mono nampak mudah tetapi sebenarnya ianya susah/ cerewet untuk dijalankan kecuali guru sudah ada pengalaman cukup tentang tajuk tersebut. Cabaran yang dilalui oleh murid dalam proses mencetak setidaktidaknya memberi perangsang kepada mereka untuk mencuba lagi dan ingin menjalani proses tersebut itu lagi di masa akan datang. Pengalaman ini akan menjadi satu aktiviti yang berharga bagi mereka dan mendapat idea atau gambaran keseluruhan tentang proses cetakan mono dijalankan. Adalah amat digalakkan murid menjalani proses cetakan ini berada dalam kumpulan kecil terutama apabila pertama kali menghasilkannya Di peringkat sekolah rendah murid-murid banyak didedahkan dengan aktiviti melibat penggunaan bahanbahan dari alam semula jadi yang terdapat di persekitaran mereka seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daun, bunga batang dan ranting pokok. Selain dari itu bahan-bahan buangan yang masih boleh digunakan untuk aktivitiaktiviti seni juga digunakan. Di bawah ini disenaraikan beberapa tips dan teknik untuk menghasilkan cetakan dari alam semula jadi dan bahan buangan: Ÿ Pilih bahan-bahan yang berjalinan dan tahan untuk dicetak. Ÿ Pilih bahan-bahan yang senang untuk dipegang semasa mencetak. Ÿ Kawasan yang hendak dicetak perlu mempunyai permukaan yang rata untuk dicetak. Ÿ Untuk cetakan jenis umbisi corak diukir terlebih dahulu sebelum cetakan dilakukan. Ÿ Warna atau dakwat diratakan dipermukaan corak sebelum dicetak. Ÿ Adalah digalakkan menggunakan warna legap untuk mendapat kesan cetakan yang cantik. Ÿ Untuk mendapatkan kesan cetakan yang cantik pada permukaan kayu, kayu direndam terlebih dahulu supaya jalinannya kembang dan menghasilkan corak yang menarik. Ÿ Kemudian celup kayu berjalinan tersebut dalam warna dan aplikasikan pada permukaan cetakan di atas kertas. TEKNIK CETAKAN TIMBULAN LINO, KAYU Cetakan jenis ini melibatkan kemahiran yang tinggi dalam proses cetakan dan lebih sesuai digunakan untuk murid di tahap dua. Ia melibatkan proses mengukir secara lebih teliti dengan menggunakan alatan khas seperti carving Tools . Berikut ialah di antara teknik-teknik atau tips bagi menjalankan proses cetakan dengan menggunakan bahan seperti lino dan kayu: Ÿ Lino atau kayu diukir dengan pisau pengukir (carving tools) untuk mendapatkan corak atau gambar yang hendak dicetak Ÿ Dakwat digelekkan pada kepingan kayu atau lino

Ÿ Cetakan dilakukan di atas kertas yang sesuai seperti rice paper Ÿ Cetakan diulang beberapa kali untuk mendapatkan satu edisi cetakan bagix tajuk tertentu Ÿ Ciri-ciri keselamatan perlu diberitahu kepada murid sebelum memulakan cetakan. Ÿ Terdapat berbagai jenis pisau pengukir seperti pisau jenis rata, pisau jenis v, pisau jenis u, dan pisau jenis sendeng. Ia juga didapati dalam saiz yang berbeza. Ÿ Pisau jenis v digunakan untuk mendapatkan kesan garisan atau jalinan yang lebih halus manakala pisau jenis u pula digunakan untuk mendapatkan kesan lekukan. Ÿ Pastikan pisau pengukir sentiasa tajam supaya proses mengukir dapat dijalankan dengan baik Ÿ Pastikan kertas yang hendak digunakan adalah jenis kertas yang sesuai. Kertas yang terlalu nipis akan melekat ke atas blok apabila dicetak manakala kertas jenis tebal atau Âconstruction paperÊ tidak dapat mengangkat atau melekat dakwat sepenuhnya dengan sempurna pada permukaan blok yang dicetak. Ÿ Cetakan yang digunakan di atas permukaan kain perlu menggunakan warna jenis Âoil basedÊ atauÊPrinters inkÊ yang boleh kekal di permukaan kain tersebut. Penggelek dan kepingan cermin digunakan sebagai palet dan berus. Ÿ Penggunaan kertas-kertas selain daripada kertas lukisan biasa menampakkan kelainan dalam menghasilkan projek cetakan seperti (a) menggunakan kertas majalah dijadikan kolaj (b) helaian daripada buku telefon (c) kertas yang mempunyai corak pualaman (d) kertas buatan sendiri (e) kertas tisu atau kertas tandas (f) kertas komik (g) kertas suratkhabar APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK Mencetak atau menstensil merupakan kaedah yang baik apabila hendak menghasilkan lebih dari satu huruf diatas permukaan kertas. Bahan yang dicadangkan ialah seperti ubi kentang, getah pemadam yang dipotong huruf di atasnya supaya ia menjadi permukaan timbul yang boleh digunakan untuk mencetak Apa yang perlu dilakukan ialah mengecat warna pekat ke atas permukaan huruf yang diukir dengan pisau dan mencetak di atas permukaan kertas. Hasilkan cetakan ini berulang kali dengan menggunakan berbagai warna. Pasti hasil kerja yang anda lakukan itu memuaskan hati anda. Membuat corak dengan huruf juga merupakan satu lagi cara mengaplikasikan teknik cetakan yang baik. Cuba cetak huruf terbalik secara ke atas, kebawah, ke belakang dan kedepan atau lain kata cetak secara teknik cerminan. Cetak dengan menggunakan warna-warna harmoni, penggenap, kontra supaya anda boleh jadikan hasil cetakan ini sebagai pembalut hadiah yang menarik Teknik mengecap menggunakan jari juga
18 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

menarik dalam aktiviti cetakan. Caranya ialah dengan meletakkan warna pada jari tertentu atau menggunakan stamp pad untuk mendapatkan warna lalu dicetak di atas kertas. Murid boleh hasilkan berbagai gambar dari cetakan jari seperti corak bunga, pokok, muka,burung, ikan, kucing dan sebagainya. Murid juga boleh mencetak objekobjek yang berjalinan seperti duit syiling, kunci, kotak mancis, tutup botol, penyepit baju, garpu, sikat rambut dan lainlain. Hasilnya berbagai jenis jalinan didapati untuk menghasilkan sebuah pemandangan yang menarik. Sayursayuran dan buah-buahan jenis keras yang telah dipotong dua untuk mendapatkan permukaan rata boleh digunakan untuk mencetak. Antaranya adalah seperti kentang, karot, kobis bunga, bawang besar, kacang panjang, batang pisang, batang sawi, dan epal juga boleh diaplikasikan dalam pemandangan, alam benda atau corak pada baju, kain langsir, alas meja, dan sapu tangan. Cetakan dari renyukan kertas, tisu, aluminium foil, plastik, kain, menjadi seperti bola lalu mencetak di sesuatu permukaan boleh dijadikan corak pada hiasan dinding. Gabungan corak dari renyukan bahan dengan cetakan dari objek yang dinyatakan tadi boleh dijadikan corak pada bunga-bungaan. Cetakan span yang dipotong berbagai bentuk boleh menghasilkan corak-corak geometri seperti bulat, tiga segi, bujur dan empat segi. Daripada bentukbentuk cetakan itu boleh dijadikan jalinan di kawasan pantai atau di ladang Di peringkat pengenalan, murid sudah mendapat gambaran bagaimana teknik cetakan mudah boleh dihasilkan. Di peringkat pertengahan pula aktiviti-aktiviti cetakan boleh dihasilkan adalah berdasarkan pendekatan penyelesaian masalah untuk menghasilkan corak dan menghasilkan gambar. Pada peringkat ini murid digalakkan menghasilkan cetakan corak berdasarkan struktur rekaan dengan cara menyusun corak-corak tersebut seperti corak batu bata, corak turun separa, corak cerminan, corak dam, corak sendeng dan corak pusaran. Menghasilkan kertas pembalut hadiah untuk upacara tertentu seperti hari jadi, selamat hari ibu, selamat hari bapa, selamat hari valentine dan sebagainya. Cetakan duo juga adalah aktiviti cetakan yang menarik. Duo bermaksud dua dan cetakan duo akan menghasilkan dua cetakan dari imej yang sama. Lipat sekeping kertas menjadi dua bahagian. Buka kertas tersebut dan warnakan satu bahagian kertas dengan warna yang berbagai. Kemudian sapu warna hitam keatas warna tadi. Lipat semula kad tersebut dengan bahagian tidak berwarna di bahagian atas. Gunakan pensel atau pen dah lukis objek yang dikehendaki di atas permukaan kertas tersebut. Setelah berpuas hati buka dan anda akan mendapat imej yang sama. Satu imej berwarna gelap dan satu imej menampakkan warna yang berbagai seperti berikut: Di peringkat lanjutan murid-murid didedahkan dengan menghasilkan corak atau gambar dengan menggunakan pendekatan melalui open minded problem yang memerlukan penyelesaian masalah secara ÂdetailÊ dengan menerapkan unsurunsur

seni dalam proses cetakan. Sebagai contoh cetakan dihasilkan dengan menggunakan polistrin. Toreh polisterin dengan menggunakan bahan tajam seperti hujung pensel untuk menghasilkan corak atau gambar. Kemudian cetak seperti biasa dan elemen garisan dan rupa akan terhasil dari cetakan tersebut. Selain dari cetakan polisterin, murid di peringkat lanjutan boleh menghasilkan aktiviti cetakan kayu, lino dan silk skrin. AKTIVITI 6.2 PERSEMBAHAN HASIL KARYA Ÿdilengkapkan dengan meletakkan bingkai. Ÿdiletakkan tajuk cetakan dan bahagian bawah kanan diletakkan nama atau tanda tangan penulis dan tahun dicetak. ŸBerdialog dengan hasil kerja seni bermakna memasuki dan berinteraksi dengan hasil kerja tersebut, mengalaminya apabila melihat hasil cetakan tersebut, respon terhadap gambar. ŸDalam menilai sesuatu cetakan perkara-perkara yang boleh diambilkira apabila membuat kritikan dan penilaian tentang hasil karya ialah melihat dari sudut: 1. Diskripsi: tema, tajuk dan subjek Siapa artist tersebut? Apakah tajuk cetakan? Berapa saiz cetakan? Bila ianya dihasilkan? Apakah imej yang terdapat dalam cetakan tersebut? Apakah temanya? Apa yang berlaku? Apakah idea yang penting atau pengalaman yang dapat dilihat? 2. Diskripsi: alat, bahan, media dan teknik Apakah teknik, media, proses yang digunakan oleh artist tersebut? Jenis warna? Alatan dan bahan yang digunakan? Tanah liat, kayu, polisterin, sayur? 3. Analisa: unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan seni Apakah unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang digunakan? Garisan, rupa, bentuk, nilai, warna, corak, jalinan, ruang, imbangan, pergerakan, kontra, kesatuan, kepelbagaian. Bagaimana asas senireka tersebut di satukan dalam satu komposisi? 4. Analisa: historical significance Apakah kepentingan sejarah dalam hasil kerja seni tersebut? Bagaimana subjek dan stail yang digunakan? 5. Interpretasi: dari sudut estetik Bagaimana pemahaman anda tentang makna cetakan tersebut? Bagaimana mood atau perasaan kamu apabila melihat cetakan itu? 6. Penilaian: perbincangan lanjut
19 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Apakah fikiran anda tentang cetakan ini secara keseluruhannya? Bagaimana anda nilai hasil kerja ini? Biasa, sederhana, baik, cemerlang? RUMUSAN CETAKAN Ÿproses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat Ÿdicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan Ÿproses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat Ÿproses penerapan blok ke atas permukaan rata Ÿ Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan bahan terbuang Ÿ Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan, pertengahan dan tahap lanjutan. Ÿ Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan. Ÿ Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Ÿ Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu. Ÿ Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ÿ Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah dihasilkan. Ÿ Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan penyelesaian masalah. Ÿ Aktiviti cetakan di tahap lanjutan merujuk kepada pendekatan open minded problem . Ÿ Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa sudut iaitu sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.

7 GOSOKAN
(a) Definisi Gosokan Ÿproses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan Ÿproses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Ÿcara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Ÿ Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Ÿ Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Ÿ Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan denganmenggosok menggunakan bahan tertentu.

Ÿ dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton. Ÿ Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. ŸMenurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Ÿ Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Ÿdapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran. ŸKita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berjalinan boleh menghasilkan berbagai corak yang menarik. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan dan dapat menarik minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan. Walaupun terdapat beberapa permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis. (b) Alat dan Media Ÿterpulang kepada pengkarya itu sendiri. Walau bagaimana pun diperingkat sekolah rendah, peralatan, bahan dan jenis media adalah terhad kepada kemampuan dan keupayaan tahap murid itu sendiri. Ÿ Berbagai jenis pensil (jenis lembut dan keras), pensel berasaskan lilin dan berbagai jenis pensel warna yang terdapat di pasaran. Pensel dan pensel warna akan memberikan kesan yang halus. Kesan graphite pada mata pensel jenis lembut adalah paling sesuai untuk dibuat gosokan tetapi cepat rosak. Apa yang perlu dibuat ialah dengan menyembur fixer atau pemati warna pada bahagian berjalinan atau meletakkan satu lapisan plastik pada permukaan jalinan. Ÿ Kapur dan pastel yang berbagai warna. Jalinan yang dihasilkan tidak akan kekal lama kerana kapur dan pastel adalah bahan kering dan rapuh. Perlu menggunakan penyembur pemati warna atau fixatif untuk melindungi jalinan daripada rosak. ŸCara menghasilkan jalinan tersebut ialah dengan meletakkan kertas nipis di

Sarbinipani2009

20 / 33

NOTA PADAT MENGGAMBAR

atas permukaan yang berjalinan. Gosok kapur atau pensil di atas permukaan kertas tadi dengan memberikan sedikit tekanan pada tempat gosokan. ŸTekanan yang kuat dan rapat dengan permukaan jalinan akan menghasilkan jalinan yang lebih gelap. Manakala tekanan yang lemah dan jauh dari permukaan jalinan akan menghasilkan jalinan yang kurang gelap. Ÿ Berbagai jenis warna krayon dan krayon lilin. Memberikan kesan yang tebal dan dapat memberikan kesan gosokan yang lebih nyata. Penggunaan krayon digosok secara sisi atau dibaringkan akan menghasilkan kesan jalinan yang lebih baik daripada menggunakan mata krayon. Gosokan di atas permukaan yang berjalinan dengan menggunakan krayon lilin, kemudian disapukan warna air di atasnya akan menghasilkan satu teknik baru dalam aktiviti gosokan yang dipanggil resis. Ÿ Arang semulajadi dari pembakaran kayu atau arang pensel yang dijual di kedai menjual peralatan seni. Gosokan yang dihasilkan dengan menggunakan arang mudah rosak apabila disentuh kerana bahannya jenis rapuh. Semburan pemati warna yang disembur ke atas permukaan jalinan akan menyelamatkan keadaan lukisan atau corak daripada rosak. Ÿ Kertas surat khabar yang belum bercetak, kertas pengalas rak-rak dapur yang jenis nipis, kertas kartrij, kertas taip dan lain-lain kertas yang bersesuaian. Penggunaan berbagai jenis kertas ini adalah sebagai bahan untuk mencetak jalinan apabila digosok. Contohnya: kertas diletakkan di atas permukaan yang berjalinan dan digosok dengan krayon diatas permukaan kertas. Kawasan yang timbul adalah kawasan terkena gosokan manakala kawasan yang tenggelam tidak terkena gosokan dan kekal pada warna kertas itu sendiri. Apabila memilih jenis permukaan jalinan yang hendak digosok, murid harus menggunakan kreativitinya untuk mencari dan meneroka berbagai jenis permukaan yang terdapat dipersekitaran mereka. Secara keseluruhannya kita boleh melihat bahawa jalinan-jalinan yang hendak diaplikasikan pada aktiviti gosokan boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu jalinan yang terdapat di alam semulajadi atau ciptaan Tuhan dan jalinan buatan manusia. Hampir semua permukaan yang tidak rata akan respon terhadap gosokan. Ÿ Senarai di bawah adalah di antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan jalinan dalam aktiviti gosokan: R Permukaan pada kulit buah-buahan yang kasar seperti kulit buah nangka, cempedak, oren, nona, nanas. R Peralatan rumah dan dapur seperti pengayak tepung, penapis kelapa, bakul rotan, tikar, cermin tingkap, tikar buluh, alas meja yang bercorak, alas periuk, pasu bunga bercorak, ukiran hiasan dinding R Pakaian seperti tali pinggang, beg tangan yang berjalinan, topi anyaman, tapak kasut atau selipar

R Kenderaan seperti tayar kereta, tempat duduk kereta, alas kaki, bahagian-bahagian permukaan kereta yang berjalinan. R Aksesori wanita dan lelaki seperti rantai, gelang tangan, jam tangan. R Pokok seperti permukaan kulit pokok, daun-daun yang berjalinan, akar-akar. R Lain-lain seperti sikat, tali kasar, duit syiling, permukaan jalan, kertas pasir, cop getah dan sebagainya. (c) Penerokaan Pelbagai Teknik Gosokan Ÿdihasilkan dengan menggosok diatas permukaan kertas yang terdapat bahan berjalinan di bawahnya. Sebenarnya jika diteliti dengan lebih lanjut lagi teknik-teknik gosokan boleh dipelbagaikan seperti: Ÿ Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja Ÿ Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali Ÿ Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan Ÿ Gosokan secara pusingan Ÿ Gosokan menggunakan berbagaibagai warna Ÿ Gosokan monokrom Ÿ Gosokan potongan kertas Rmenghasilkan gosokan yang berkualiti. Ÿ Gosokan menggunakan kertas putih dengan krayon hitam akan meninggalkan kesan yang menarik. Ÿ Gosokan pada kertas yang dilipat, dikoyak atau dipotong akan menghasilkan corak yang menarik. Ÿ Gosokan dari berbagai jenis cop getah akan menghasilkan jalinan yang nyata. Ÿ Gosokan di atas kertas hitam dengan menggunakan krayon warna metalik akan menjadikan jalinan yang luarbiasa. Ÿ Bersihkan permukaan hasil gosokan dengan menggunakan stokin nylon untuk mendapatkan lebih kilauan dan membuang lebihan warna yang tidak diingini. Ÿ Kreatif terhadap tekanan yang anda buat pada sesuatu permukaan jalinan. Tambahkan ton yang berkualiti dengan gosokan yang tebal, lebihkan pada kawasankawasan tertentu dan kurangkan ton pada kawasankawasan yang lain. Ÿ Arah gosokan samada dari arah atas, bawah, kiri dan kanan yang dibuat akan menentukan hasil sesuatu gosokan. Ÿ Setiap gosokan akan menghasilkan ton yang berlainan terpulang kepada tekanan yang dikenakan apabila menggosok samada tekanan itu lemah atau kuat. Ÿ Lekatkan bahan berjalinan di atas permukaan dahulu sebelum memulakan gosokan. Ÿ Warnakan dengan warna air di atas kesan gosokan dari lilin. Lilin boleh dibuang dengan cara menseterika. Ÿ Buat blok lilin sendiri dengan mencairkan krayon lama dalam tin Ÿ Untuk mendapatkan kekemasan semasa mewarna, letak sekeping kadbod di sekeliling tempat yang hendak
21 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

digosok supaya lebihan warna yang tidak diingini tidak kelihatan dalam hasil kerja. Ÿ Dalam proses penilaian dan kekemasan, hasil gosokan hendaklah di potong dengan kemas di sekeliling corak tersebut lalu dibingkaikan pada mounting board. Pemilihan warna mounting board perlulah disesuaikan dengan warna corak pada hasil gosokan. APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK R tema atau subjek yang hendak dilukis akan ditentukan terlebih dahulu oleh guru. Tujuannya adalah untuk memberi kawalan dan disiplin dalam proses pengajaran yang dilaksanakan. RTujuannya supaya murid-murid boleh berbincang bersama rakan mereka tentang topik yang diberi. Dengan cara ini akan dapat melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tersebut. Tema atau subjek yang boleh dicadangkan ialah seperti figura, haiwan, corak, pemandangan, alam benda, gabungan dua atau lebih kegiatan (kolaj & gosokan). GOSOKAN POTONGAN KERTAS Lihat hasil kerja gosokan dari potongan kertas yang dijalankan secara turutan: 1. Alatan yang perlu disediakan ialah gunting, krayon, kertas lukisan, kertas binaan, gam simen. 2. Potong bentuk yang dikehendaki daripada kertas binaan/tebal. 3. Susun bentuk-bentuk di atas permukaan kertas hingga menjadi satu objek/imej. 4. Lekatkan bentuk-bentuk tadi dengan gam. 5. Letakkan kertas lain di atas imej tersebut 6. Gosok krayon di atas permukaan kertas menggunakan gosokan secara tindanan 7. Hasilnya jalinan dari gosokan akan terhasil. Rjalinan dihasilkan dari teknik gosokan 1. Buat lakaran pemandangan yang dikehendaki dengan pensel di atas kertas lukisan jenis nipis. 2. Letakkan kertas lukisan di atas permukaan berjalinan dan gosok dengan krayon di atas permukaan kertas lukisan tersebut. Jalinan tersebut akan menghasilkan corak pemandangan yang cantik. 3. Letakkan kertas tersebut pada permukaan jalinan yang lain pula. Kelihatan tiga jenis pokok mempunyai jalinan yang berlainan. 4. Jalinan boleh diulang atau ditindih dengan menggunakan permukaan jalinan yang sama atau permukaan jalinan yang lain. 5. Kesan yang menarik akan kelihatan apabila menggunakan krayon pelbagai warna. PERSEMBAHAN HASIL KARYA ŸKomen dan kritikan seni secara positif dan negatif juga disentuh. Ÿ Berkomunikasi terhadap sesuatu hasil kerja secara sistematik dari aspek diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian. CADANGAN POSITIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI

Ÿ Benarkan murid meluahkan perasaan dalam hasil kerja mereka dengan mengambil kira 1. perasaan yakin dalam mengawal bahan 2. penggunaan berbagai jenis media tidak terhad kepada satu jenis media sahaja 3. pemahaman jelas tentang alam yang terdapat di persekitaran mereka 4. kepuasan dalam menghasilkan kerja-kerja seni yang datang dari naluri dalaman secara kreatif. Ÿ Galakkan murid menggunakan peralatan seni dalam aktiviti pembelajaran harian mereka dalam subjek lain. Beri mereka peluang meluahkan perasaan hati dan keikhlasan hati dalam kerja-kerja yang mereka lakukan. Ÿ Fahami bahawa murid-murid mencipta secara emosional dan intelektual. Cara mereka mengilustrasikan perasaan dalaman mereka. Hargai apa yang mereka lakukkan bukannya kritikan secara negatif. Ÿ Murid-murid juga perlukan privacy dalam menghasilkan hasil kerja mereka. Ÿ Hargai hasil kerja mereka secara adil dan mengambil tahu tentang semua murid bukan sebahagiannya. Ÿ Beri peluang meneroka produk-produk seni dengan lebih dekat lagi. Beri mereka peluang menjalani sesi apresiasi seni secara berterusan berpandukan penilaian mereka. Ÿ Kaitkan arahan-arahan seni dengan pengalaman muridmurid di luar studio. Ÿ Galakkan murid menunjukkan dan menerangkan kerja mereka kepada murid lain supaya dapat mencipta suasana minat secara bersama. Ÿ Beri pendedahan cara menjaga dan membersihkan bengkel seni dan diri sendiri. Cara begini dapat memberikan kesedaran terhadap nilai-nilai murni pada diri masing-masing. Ÿ Galakkan kreativiti dan pemikiran secara individu dan berkumpulan selalu. Ÿ Galakkan murid menerapkan asas-asas senireka dalam hasil kerja mereka dan memberikan tumpuan terhadap konsep seni secara moden dan terkini. Ÿ Tunjukkan satu korelasi dan perhubungan dalam kerjakerja seni dengan lain-lain bidang. Jadikan seni sebagai sebahagian daripada proses pencetusan idea dalam memulakan segala aktiviti harian mereka. Ÿ Jujur terhadap diri sendiri. Akui bahawa hasil atau projek seni yang memuaskan boleh wujud secara tak langsung atau hasil daripada disiplindisiplin khas yang dilalui oleh murid-murid. Ÿ Benarkan murid meningkatkan diri mengikut kemampuan mereka. Ÿ Peruntukkan masa mengikuti kompleksiti aktiviti. Ÿ Guna semua kemudahan visual yang terdapat secara maximum untuk melihat hasil yang efektif. Ÿ Galakkan gambaran idea selalu dalam aktiviti personal harian mereka. Ÿ Hulurkan bantuan kepada murid yang lemah untuk meneruskan aktiviti sebagai motivasi supaya mereka juga boleh hasilkan seperti murid lain.
22 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Ÿ Rawat setiap murid secara berasingan dengan mengambilkira sikap dan keupayaan mereka. Cuba memahami masalah mereka lebih daripada memberikan komen-komen yang negatif tentang hasil kerja mereka. Ÿ Biarkan mereka hasilkan sendiri kerja-kerja seni dan beri mereka kepuasan dalam penggunaan alat dan media secara terkawal. Ÿ Galakkan pembelajaran secara tidak formal dalam kelas supaya dapat memberi keselesaan dalam menjalani aktiviti seni. Eksplorasi diri, elakkan tekanan dan saling bertukar idea yang membina. Ÿ Gunakan kritikan secara konstruktif daripada menyatakan bahasa yang negatif. CADANGAN NEGATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI Ÿ Elakkan dari memberikan idea kepada murid secara seratus peratus. Galakkan murid mencipta idea sendiri. Ÿ Kritikan hasil kerja seni murid sehingga memalukan murid perlu dielakkan. Galakkan murid membuat refleksi kepada pengalaman persekitaran mereka dan reaksi murid terhadap situasi harian. Ÿ Jangan risau tentang objek yang dilukis atau teknik yang digunakan tidak betul. Murid akan meminta bantuan sehingga pada satu tahap di mana mereka perlu membuat perubahan pada hasil kerja mereka. Ÿ Elakkan dari mematahkan semangat murid yang bersungguh-sungguh dalam menyiapkan hasil kerja mereka walaupun kerja mereka tidak memuaskan. Ÿ Jika menggunakan hasil kerja murid sebagai contoh dalam aktiviti apresiasi seni, elakkan memberikan pujian yang melambung dan mencari kesalahan. Ÿ Jangan hadkan teknik yang diguna, beri mereka kebebasan. Ÿ Jangan hampakan murid tentang tema atau subjek yang dilukis di luar bidang kemampuan mereka. Ÿ Jangan pisahkan murid dengan rakan lain, galakkan murid berkomunikasi dan berkongsi idea. Beri kebebasan cara berkomunikasi, ekspresi diri, meluahkah perasaan dan membuat refleksi seni dengan cara berdisiplin dan terpimpin. Ÿ Elakkan dari proses peniruan hasil kerja orang lain. Galakkan mereka menghasilkan kerja sendiri. Ÿ Elakkan dari menghasilkan ilustrasi yang bersifat negatif, tidak imaginatif, menggambar dengan cara lama dan asyik meminta bantuan orang lain. Ÿ Jangan kumpulkan murid-murid yang bermasalah dan murid-murid yang berbakat dalam acuan yang sama. Tubuhkan satu aktiviti khas bagi muridmurid tersebut. Ÿ Tidak digalakkan memberikan kritikan negatif yang keterlaluan apabila respon terhadap hasi kerja murid. Ÿ Jangan harapkan sepenuhnya murid dapat menghasilkan secara sempurna, tepat, jelas bersifat akademik dalam hasil kerja seni. Ÿ Elakkan penggunaan alatan dan teknik sedia ada seperti mengadakan buku mewarna untuk murid-murid. Tidak

ada sensitiviti dan originaliti dalam menghasilkan kerja yang kreatif. Ÿ Jangan harapkan hasil kerja yang sama dan baik pada semua murid. Ÿ Elakkan dari memberikan bantuan pada hasil kerja murid. Beri arahan yang jelas dengan menggunakan idea sendiri. Ÿ Jangan sekat kebebasan mereka berkomunikasi dan bergerak semasa aktiviti dijalankan. Guru hanya memberi pantauan dan kawalan jika perlu. RUMUSAN GOSOKAN Ÿproses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Ÿdapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. ŸAlatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu Ralatan dari alam semulajadi dan Ralatan dari benda buatan manusia. Ÿ Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus Ÿ Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama. Ÿ Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan. Ÿ Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak. Ÿ Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut. Ÿ Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik Ÿ Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik. Ÿ Gabungan beberapa kegiatan menggambar adalah satu hasil kerja yang unik.

8.RESIS

(a) Definisi Resis Ÿsatu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ÿ Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ÿ buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Ÿaktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Ÿ Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.
23 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Ÿteknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Ÿ Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal Ÿ Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihantindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. (b) Alat dan Media Teknik resis dalam proses menggambar adalah satu kegiatan yang sangat Ÿmeneroka dengan lebih jauh lagi alatan dan bahan yang digunakan dalam proses menggambar. Ÿ menghasilkan garisan dan lakaran sudah selalu digunakan. Ÿresis dianggap sebagai satu hasil kerja yang lain dari kebiasaannya. Dengan cara ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang Ÿmembosankan murid-murid kerana mereka amat sukakan kelainan dan pembaharuan dalam hasil kerja mereka. Ÿ Berbagai jeni bahan yang berasaskan lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin, krayon lilin Ÿ Berbagai jenis kertas seperti kertas lukisan, kertas tebal, kertas kadbod, kertas manila kad Ÿ Berbagai jenis kain putih seperti kain cotton poplin, cotton cambrich, rayon/fuji, cotton lawn kima, Ÿ Berbagai jenis pensel untuk membuat lakaran, kapur tulis, bekas air, pemadam Ÿ Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, warna tempera, cat rumah, Ÿ Berbagai jenis dakwat basah yang berbagai warna. (c) Teknik Ÿ TENTUKAN tajuk yang hendak dijalankan pada minggu tersebut. Kemudian Ÿkegiatan apakah yang hendak dijalankan dalam bidang menggambar. Ÿmencadangkan alat, media dan teknik apakah yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan Ÿteknik resis yang boleh dijalankan kepada murid-murid: R Krayon resis dengan warna air R Krayon resis dengan warna poster R Krayon resis dengan warna tempera R Krayon resis dengan dakwat basah R Krayon resis R Kertas lilin resis R Resis dengan kain R Krayon resis batik R Resis dari warna air dan perekat getah (campuran) R Resis dari warna air dan lilin biasa R Resis dari kapur dan lilin (cara positif) R Resis dari kapur dan lilin (cara negatif) APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK Tema/tajuk: Situasi harian

Alat dan bahan: krayon lilin, kertas lukisan, berus, warna air, bekas air Cara-cara: 1. Lukis atau lakar satu gambar situasi harian dengan menggunakan lilin biasa. Elakkan dari menutupi kesemua bahagian kertas lukisan tersebut dengan lilin. 2. Tutup semua permukaan kertas dengan warna air. Warna air akan menyerap pada permukaan yang tidak berwarna dan bahagian yang dilukis atau dilakar dengan krayon akan diresiskan. 3. Adalah lebih baik jika menggunakan lilin dari warnawarna lembut atau lilin putih, warna air yang gelap digunakan untuk mendapatkan kesan kontra. Cara ini akan kelihatan lebih menarik. 4. Teknik ini juga boleh dijalankan dengan menggunakan warna poster dan dakwat basah. CONTOH 2 Jenis resis: Resis dari kertas lilin Tema/tajuk: Pemandangan di kota Alat dan bahan: kertas lilin atau kertas stensil lilin, kertas lukisan, pensel, warna air, berus, bekas air. Cara-cara: 1. Letakkan kertas lilin di atas kertas lukisan. 2. Lukis secara kuat dengan memberikan tekanan pada permukaan kertas lilin tersebut menggunakan pensel atau hujung kayu. Tekanan kuat pada kertas lilin ketika melukis akan memindahkan lilin di atas kertas lukisan Mtersebut. 3. Alihkan kertas lilin tersebut dan warnakan permukaan lakaran yang terdapat di atas kertas lukisan dengan menggunakan warna-warna lembut. Kesan garisan lilin yang terdapat pada permukaan kertas lukisan tersebut akan timbul dalam keadaan warna putih dan lutsinar. 4. Melukis dengan menggunakan lilin paraffin atau lilin biasa akan menghasilkan kesan yang sama juga. CONTOH 3 Jenis resis: Resis dari warna tempera Tema/tajuk: Haiwan kegemaran saya Alat dan bahan: warna tempera, berus, kertas lukisan, Higgins India ink. Cara-cara: 1. Warnakan sebahagian kawasan kertas lukisan dengan warna tempera untuk membuat corak. Dengan kata lain tinggalkan sebahagian besar kertas tidak berwarna untuk membenarkan dakwat diserap ke bahagian tersebut. Warna perlulah pekat dan tebal. 2. Apabila warna kering, cat semua bahagian permukaan kertas tadi dengan dakwat basah. 3. Apabila dakwat kering, pegang kertas lukisan tersebut dan lalukan permukaan kertas dengan air paip yang mengalir sehingga dakwat tersebut tanggal. Jika susah untuk ditanggalkan, guna jari. Berhati-hati semasa menghakiskan dakwat daripada kertas lukisan tersebut. Terlalu banyak basuhan akan menyebabkan warna dan dakwat hilang. Lebihan warna yang hilang boleh digantikan dengan warna air dan dakwat
24 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

4. Jika warna hendak dikekalkan ia mesti di warna pada bahagian kertas bukan pada bahagian berwarna yang terdapat pada kertas tersebut. CONTOH 4 Jenis resis: Krayon resis batik Tema/tajuk: Corak alam semulajadi Alat dan bahan: Krayon, kertas manila, pensel, warna air, berus, kertas tisu Cara-cara: 1. Hasilkan satu lakaran dengan pensel di atas kertas manila atau pembungkus kertas makanan yang tebal. 2. Guna garisan pensel sebagai panduan, lukis garisan dan bentuk dengan krayon membenarkan kawasan kertas masih kelihatan. 3. Rendam kertas dalam air dan renyuk menjadi bola. 4. Luruskan kertas manila semula, ratakan dan buang lebihan air yang terdapat pada kertas manila dengan menggunakan tisu. 5. Warna keseluruhan permukaan dengan warna air atau warna tempera. Warna akan diserap oleh bahagian kertas yang tidak berwarna dan diresis oleh krayon lilin menjadikan seolah-olah seperti jaring sarang labah-labah atau corak batik. 6. Lihat contoh berikut. CONTOH 5 Jenis resis: Resis dari perekat getah dan warna air (campuran) Tema/tajuk: Alam benda (rumah saya) Alat dan bahan: warna air, kertas, perekat getah, berus, pemadam. Cara-cara: 1. Lukis atau buat lakaran ke atas kertas dengan perekat getah. 2. Guna berus untuk membuat lakaran atau dengan jari. 3. Biarkan perekat getah itu kering. 4. Warnakan di atas lakaran yang dibuat dari perekat getah dengan warna air. 5. Beberapa jenis warna boleh disapu di atas permukaan kertas lukisan. Perekat getah akan meresiskan warna tersebut. 6. Biarkan permukaan yang diwarnakan itu kering. 7. Bersihkan permukaan perekat getah dengan pemadam. 8. Perekat getah boleh diaplikasikan beberapa kali ke atas permukaan kertas lukisan yang telah diwarnakan tetapi pastikan warna tersebut kering dahulu. CONTOH 6 Jenis resis: Resis dari kapur dan lilin (cara positif dan negatif) Tema/tajuk: Haiwan kegemaran saya Alat dan bahan: kertas kartridge, kapur putih, krayon lilin Cara-cara: 1. Lipat kertas kartridge menjadi dua bahagian.

2. Bahagian dalam disapu dahulu dengan satu lapisan kapur putih kemudian disapu satu lapisan krayon lilin yang berwarna. 3. Perlu diingatkan bahawa kedua-dua bahan iaitu kapur dan krayon lilin disapu tebal sehingga menutupi kawasan kertas kartridge tersebut. 4. Kertas kartridge dilipat dan lukisan dipindahkan keatas permukaan luar lipatan. 5. Hasilnya lilin dialihkan dari permukaan dan melekat pada lipat kertas bersebelahan.

CONTOH 7 Jenis resis: Resis dengan kain Tema/ tajuk: flora Alat dan bahan: kain putih, lilin, warna batik, serbuk soda, sodium silikat, canting ikut saiz kesukaan, berus lembut pelbagai saiz, pemidang kayu untuk menegangkan kain. Cara-cara: 1. Kain putih diregangkan pada pemidang dengan menggunakanstapler untuk menegangkan danmeluruskan kain. 2. Buat lakaran corak dengan pensel pada permukaan kain tersebut. 3. Panaskan lilin dalam periuk dengan api yang perlahan. 4. Guna pen canting untuk menceduk lilin cair dan alirkan pada corak. 5. Gunakan berus lembut untuk mewarna corak yang dilukis tadi. 6. Setelah kering keluarkan dari pemidang dan rendam dalam sodium silikat untuk mematikan warna. 7. Rebus dalam air panas yang diletak soda ash untuk menanggal kesan lilin. 8. Jemur kain di bawah sinar matahari Ÿ cara membangunkan kemahiran sendiri dan yakin dalam membuat kritikan seni iaitu secara pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan empati dan pendekatan interaktif digariskan seperti berikut: (a) Pendekatan Induktif satu proses membuat kritikan seni dan menilai hasil kerja seni di peringkat awalan. Pendekatan induktif banyak mengumpul fakta-fakta tentang visual yang terdapat dalam sesuatu hasil kerja seni. Murid dapat mengumpul satu inventori terhadap hasil kerja, dapat menyatakan perhubungan di antara elemen-elemen visual dan yakin telah dapat menginterpretasi kerja-kerja seni tersebut. Murid juga boleh membuat rumusan terhadap luahan perasaan dari apa yang mereka telah lihat. Dalam pendekatan induktif ini, murid dielakkan dari membuat
25 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

reaksi emosi atau penilaian yang bersifat pra matang. Prosedur pendekatan induktif adalah seperti berikut: 1. Penerangan tentang ciri asas hasil kerja: Ÿ Bahagian elementary: seperti merah, kuning, tiga segi, gelap, terang, Ÿ Bahagian kompleks: corak yang terdapat pada sawah padi, deretan pokok 2. Penerangan tentang perhubungan antara bahagianbahagian lain: Ÿ Kawasan elementary: kawasan ini lebih terang daripada kawasan di belakang Ÿ Kawasan kompleks: Bahagian kanan lebih kasar daripada kawasan kiri 3. Penerangan beberapa kawasan dan kualiti keseluruhan: Ÿ Aspek bukan manusia: Satah-satah diulang-ulang Ÿ Aspek manusia: gembira, suka, marah, sedih 4. Interpretasi aspek-aspek yang berkaitan dengan pengalaman Ÿ Apa yang dipotretkan: bot, kuda, kereta, Ÿ Apa yang dicadangkan: tulang-tulang seperti dinosaur, garisangarisan seperti daun. 5. Interpretasi dan rumusan idea, tema, kualiti untuk mencirikan sesuatu makna ekspresif untuk memberi sokongan terhadap sesuatu penilaian. 6. Menilai kerja dengan menyusun ceritera dan bukti-bukti untuk sokongan penilaian. (b) Pendekatan Deduktif Ÿmelibatkan pemilihan criteria tertentu untuk menilai kerjakerja seni, memeriksa kerja seni yang dilihat melalui fakta-fakta visual. Pendekatan ini juga akan dapat menentukan kerja-kerja seni itu memuaskan atau tidak mengikut standard. Walau pun pendekatan deduktif ini bersifat tidak natural dan terhad, pendekatan ini boleh menggalakkan penglibatan murid terhadap sesuatu hasil kerja seni Ÿ dikatakan mengambil format perdebatan dalam menilai hasil kerja dan ia dianggap sesuatu yang menarik dan mencabar. Prosedur asas digariskan seperti berikut: 1. Memilih dan menentukan criteria apa yang hendak diguna. 2. Memeriksa sesuatu hasil kerja untuk mengenalpasti bukti-bukti tertentu yang dapat memenuhi atau tidak dapat memenuhi kriteria. 3. Menentukan tahap dimana kriteria itu telah dipenuhi. (c) Pendekatan Empati (Empathy) Ÿberasa empati terhadap sesuatu hasil kerja seni, kita telah meluahkan perasaan dan kapasiti terhadapnya seolah ianya hidup dan cergas. Kita boleh melihat garisan seolah-olah bergerak, aktif dan mempunyai ritma. Kita juga melihat seolah-olah pokok melambai-lambai, kesunyian. Analogi ini membantu kita mengalami seni membuat penilaian seperti lukisan itu buruk atau lukisan itu cantik. Apabila kita memeriksa hasil kerja seni, beberapa teknik seperti berikut dapat membantu untuk meningkatkan empati dan turut serta seseorang dalam menjalani kritikan seni:

Ÿ Lihat dan nyatakan perasaan hati yang sebenar dan jangan keterlaluan dalam menyatakan perasaan hati. Ÿ Guna analogi dan metafora untuk mengaitkan apa yang dilihat terhadap perasaan anda. Dapatkan mood dan perasaan terhadap kerja tersebut. Ÿ Guna pengalaman sendiri dan pengetahuan sendiri. Buat perbandingan apa yang dilihat dan nyatakan perasaan sendiri, tempat yang anda telah pergi dan pengalaman dari menghasilkan kerja sendiri. Ÿ Perkukuhkan diri dan keadaan dan jangan takut untuk menilai sesuatu hasil kerja seni. Ÿ Penglibatan secara fizikal dan imaginasi seolah-olah kita berada dalam suasana tersebut. Gunakan body language untuk menyatakan perasaan anda. Ÿ Buat penilaian hasil kerja jika anda mahu. (d) Pendekatan Interaktif Ÿsatu pendekatan melihat sesuatu hasil kerja melalui perbincangan dan perbahasan, perjanjian berkumpulan tentang makna-makna hasil kerja tersebut. Perbincangan berdasarkan langkah yang sama seperti pendekatan induktif, iaitu mengumpul formulasi satu hipotesis tentang makna hasil kerja tersebut. Kumpulan akan menjalankan kajian lanjut tentang hasil kerja tersebut. Walaupun pendekatan ini bersifat analitikal, pandangan setiap orang boleh meningkatkan pemahaman seseorang tentang sesuatu hasil kerja. Prosedur pendekatan ini digariskan seperti berikut: 1. Memilih seorang moderator dan menyatakan tugastugas 2. Galakkan seberapa ramai ahli dalam proses penerangan hasil kerja seni. Guna garis panduan induktif untuk membimbing memberi penerangan. 3. Apabila ahli kehabisan penerangan untuk dijelaskan wujud andaian dan hipotesis 4. Beralih kepada perbincangan secara berkumpulan, membuat hipotesis sehingga satu atau dua interpretasi wujud untuk menerangkan makna hasil kerja tersebut. Apa yang ingin kita lihat setelah melalui pendekatanpendekatan seperti yang telah dinyatakan terdahulu sekurang-kurangnya dapat memberikan panduan kepada guru untuk melihat perkembangan kemahiran dalam membuat penilaian secara kritikal. RUMUSAN RESIS Ÿaktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Ÿ Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Ÿ Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas Ÿ Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis Ÿ Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar
26 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Ÿ Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan. Ÿ Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis. Ÿ Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis Ÿ Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. Ÿ Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas Ÿ Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis Ÿ Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis Ÿ Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik. Ÿ Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. Ÿ Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut. Ÿ Terdapat empat cara pendekatan dalam membuat kritikan seni iaitu pendekatan induktif, deduktif, empati dan interaktif.

9 PERCIKAN

(a) Definisi Percikan Ÿ satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Ÿ satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite Ÿ style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Ÿ Percik-percik halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Ÿ teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata Ÿ kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan. Ÿ buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Ÿ kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Ÿ Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Ÿ Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. Ÿ percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain. Berbagai jenis berus boleh digunakan untuk menghasilkan percikan. (b) Alat, Media dan Teknik

Di antara alatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan percikan ialah seperti berikut: Ÿ Berbagai jenis berus lukisan yang berbagai saiz dan bentuk Ÿ Berbagai jenis berus gigi dari permukaan rata hingga permukaan beralun Ÿ Berbagai jenis berus cat dari permukaan lembut ke permukaan keras Ÿ Penggelek cetakan yang berbagai saiz Ÿ Berbagai jenis warna air seperti warna air, warna poster, warna tempera, warna minyak, cat dinding, warna plaka / mural, dakwat Ÿ Kertas yang berbagai jenis seperti kertas lukisan, kertas taip, kadbod, manila kad, kertas stensil Ÿ Warna semburan, pistol semburan Ÿ Pisau, pita pelekat, kain buruk, surat khabar. Ÿ Berbagai jenis tumbuh-tumbuhan kering, corak figura, bentuk-bentuk dari alam benda boleh digunakan untuk menghasilkan corak dalam aktiviti percikan. (c) Teknik Ÿdisesuaikan dengan peringkat umur murid dan keupayaannya. Berbagai jenis teknik boleh dicadangkan untuk diguna pakai semasa menjalani aktiviti percikan ini, di antaranya ialah: Ÿ Sebelum memulakan aktiviti percikan, warna latar pada permukaan kertas perlu ditentukan dahulu samada menggunakan warna asli kertas tersebut atau diwarnakan terlebih dahulu. Jika hendak menggunakan warna, warnawarna yang sesuai diaplikasikan pada permukaan kertas ialah seperti warna air, warna poster, warna minyak, warna tempera, warna batik, warna akrilik boleh digunakan. Apabila warna latar kering barulah dimulakan aktiviti percikan. Ÿ Teknik kedua ialah dengan menggunakan berus cat dinding rumah yang terpakai. Bahagian hujung berus yang keras dicecah warna, kemudian buang lebihan warna yang terdapat pada berus tersebut dengan menyapu pada tepi tin. Berus diketuk kuat di bahagian tepi tin cat. Ketukan yang kuat akan menyebabkan titikan cat terbang di permukaan kertas. ŸIni bermakna saiz percikan yang dihasilkan dengan satu ketukan akan menghasilkan saiz percikan lebih kurang sama. Ÿ Cara percikan dijalankan dengan menggunakan berbagai jenis warna boleh juga dihasilkan. Ianya boleh dijalankan beberapa kali dengan warna yang berlainan ke atas kawasan percikan yang sama. Hasil percikan ini akan menampakkan titik halus yang berbagai saiz dan berbagai warna. Ÿ Teknik menggunakan pistol semburan atau spray can berwarna boleh menghasilkan percikan yang halus dan seragam. Cara ini dikatakan lebih cepat menghasilkan percikan daripada cara menggunakan berus. Dengan menggunakan tekanan udara yang rendah, kesan percikan akan terjadi.
27 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

Satu lagi cara menghasilkan percikan ialah dengan menggunakan Roller atau berus penggelek. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mencelup berus penggelek ke dalam tin cat. Pastikan penggelek dipenuhi dengan cat, kemudian gelek pada satu permukaan lain seperti kertas dilekatkan pada dinding. Gelek secara cepat dan laju. Cara ini akan menyebabkan lebihan warna akan terpelanting keluar daripada berus penggelek dan akan menghasilkan percikan pada permukaan berdekatan. Ÿ Penggunaan warna yang pekat atau cair akan menghasilkan percikan yang berlainan saiz dan bentuk. Terpulanglah kepada kreativiti seseorang bagaimana hendak menghasilkannya. Ÿ Selain dari menggunakan berus, berus penggelek atau pistol semburan percikan boleh juga dilakukan dengan mengetuk berus yang mempunyai warna pada bahagian pemegang kayu berus yang lain. Ÿ Cara lain untuk menghasilkan percikan ialah dengan menggosokkan pisau kecil atau hujung jari pada berus lukisan yang telah dicelup warna. Dengan menggunakan teknik ini akan dapat corak yang serata. Guna kedua-dua teknik untuk menghasilkan pada satu permukaan yang sama. Ÿ Penggunaan berus gigi yang berbagai saiz juga boleh menghasilkan percikan. Celup berus gigi di dalam warna dan lalukan pada besi halus atau kayu halus. Percikan dengan menggunakan jari juga boleh dilakukan. Caranya ialah dengan mencelup kelima-lima jari pada warna dan menghayunkan jari lalu direnjis pada permukaan kertas lukisan. Percikan akan terjadi secara tidak langsung. Percikan cara ini akan menghasilkan percikan yang tidak sekata berbanding semburan. Ÿ Jika percikan dilakukan dengan menggunakan warna minyak, cuba menghasilkan percikan dengan mengaplikasikan warna minyak pada permukaan kayu atau kanvas. Semasa warna minyak masih basah percikkan turpentine atau ÂtinnerÊ dengan menggunakan berus. Proses ini agak rumit dilakukan dan dicadangkan secara berdua. Seorang menghasilkan warna di atas permukaan dan seorang membuat percikan ke atas warna basah tersebut. Ÿ Satu lagi cara menghasilkan percikan ialah dengan menggunakan seranting dedaun dari jenis halus dan nipis seperti daun pine. Celupkan satu ranting dedaun tersebut dalam warna basah dan renjis atau percikkan pada permukaan kertas. Cara ini akan menghasilkan percikan yang cepat. Ÿ Ingat bahawa sebelum memulakan aktiviti percikan alas dengan menggunakan surat khabar disekeliling kawasan yang hendak dijalankan. Tujuannya supaya percikan tidak terkena pada kawasan yang tidak dikehendaki. Ÿ Percikan menggunakan dakwat berwarna boleh digunakan sebagai alternatif kepada warna basah. Dakwat basah mempunyai kesan lutsinar, kilauan dan senang digunakan. Untuk seni halus adalah dicadangkan menggunakan dakwat jenis

lightfast kerana kebanyakkan dakwat berwarna akan cepat kabur. Penggunaan dakwat ke atas sesuatu permukaan biasanya bersifat kekal dan susah untuk dipadam. Ÿ Apabila telah membuat eksperimen dengan teknik-teknik tersebut baru mulakan aktiviti percikan secara kreatif. Cuba percik dengan menggunakan berbagai jenis warna, atau mencampurkan percikan dengan faux finishing techniques . Lain cara ialah dengan menggunakan pita pelekat untuk menutup permukaan kertas yang tidak hendak dikenakan warna untuk menghasilkan corak. APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK CONTOH 1 Tema: tumbuh-tumbuhan atau menghasilkan corak Alat dan Media: warna tempera atau dakwat berwarna, kertas lukisan, kepingan kecil skrin cermin, Âspray canÊ, berus keras seperti berus terpakai yang lama atau berus gigi, pita pelekat, kertas surat khabar atau kertas bungkusan. Cara mengaplikasikannya: 1. Guna pita pelekat untuk melekatkan kertas lukisan di bahagian tengah kertas surat khabar. 2. Berhati-hati semasa meletakkan warna pada berus. Warna yang terlalu banyak akan merosakkan proses atau kesan percikan. 3. Pegang skrin di atas kertas dan gosok berus (pergi dan balik) beberapa kali dengan menggunakan berus atau sembur dengan warna semburan. Jika susah untuk mendapatkan skrin cermin, gunakan kayu untuk menggosok permukaan berus. Gosokan tersebut akan menghasilkan percikan pada permukaan kertas lukisan. 4. Jika menggunakan cat semburan pastikan pintu dan tingkap ruang bengkel di buka untuk memberi laluan lebihan percikan keluar. 5. Eksperimen di atas kertas lain dahulu adalah amat digalakkan. 6. Untuk menampakkan kesan yang menarik selepas menghasilkan percikan pertama, tampal berbagai corak tumbuh-tumbuhan sebenar di atas permukaan kertas lukisan tersebut. 7. Hasilkan percikan sekali lagi ke atas kertas lukisan tersebut dengan menggunakan warna yang lain pula. Alihkan tumbuh-tumbuhan tersebut dan buat percikan kali ke tiga pula. Hasilnya sungguh memuaskan. Sila lihat contoh di Rajah 9.3 berikut: CONTOH 2 Tema: Menghasilkan corak organik Alat dan Media: kertas lukisan, warna air atau warna poster, penyedut minuman, berus Cara mengaplikasikannya: 1. Percikkan beberapa titikan warna basah ke atas permukaan kertas dengan menggunakan berus lukisan. 2. Tunjuk dan tumpukan hujung penyedut minuman pada setiap satu percikan yang ada dan tiup kuat.
28 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

3. Lebihan warna pada percikan tersebut akan bergerak berbagai arah menghasilkan satu corak yang menarik. 4. Tindihan berbagai warna pada percikan akan menghasilkan corak yang lebih cantik. 5. Lakukan berulang kali supaya mendapat corak yang berbagai warna. CONTOH 3 Tema: Percikan dalam aktiviti catan atau kolaj atau corak abstrak. Alat dan Media: kertas lukisan, dakwat atau warna poster, berus lukisan, ranting halus, kertas surat khabar, kain buruk. Cara mengaplikasikannya: 1. Basahkan atau percikkan dengan menggunakan berus/alat semburan baju di atas permukaan kertas lukisan dengan menggunakan air jernih. 2. Titikkan atau percikkan dakwat di atas permukaan yang basah tadi dan biarkan dakwat itu kembang. 3. Celupkan ranting dalam dakwat dan lukiskan garisangarisan sehingga ke hujung kertas untuk mendapatkan corak abstrak. 4. Jika tak secara langsung anda ternampak suatu imej terjadi, tambahkan garisan supaya imej tersebut nampak dengan lebih jelas lagi. 5. Percikan cara ini boleh dijalankan sewaktu anda menghasilkan catan (hasilan untuk awan) atau simpan untuk menghasilkan aktiviti kolaj. CONTOH 4 Tema: Menghasil kad ucapan Alat dan Media: berus gigi, kertas lukisan, warna air, palet, pen manuskrip, kertas suratkhabar Cara mengaplikasinya: 1. Alas permukaan sekeliling dengan menggunakan kertas lukisan untuk mengelakkan percikan yang tidak diingini. 2. Buat garisan dan tulis kata-kata dengan menggunakan pen kaligrafi dengan kemas di bahagian tengah kertas lukisan tersebut. 3. Celup berus lukisan dalam warna air dan percikkan dengan menggunakan hujung jari. 4. Semasa menghasilkan percikan, gerakkan tangan supaya percikan yang dihasilkan berada dalam garisan melengkung 5. Ulangi percikan dengan teknik yang sama tetapi menggunakan warna yang berlainan. 6. Pastikan berus berada dalam keadaan yang bersih semasa membuat percikan. CONTOH 5 Tema: Menghasilkan setem dengan teknik catan Alat dan Media: Kertas lukisan, pen dakwat, warna air, berus lukisan, pensel, kertas surat khabar. Cara mengaplikasinya: 1. Lakarkan satu pemandangan di atas kertas lukisan 2. Percikkan warna-warna lembut untuk menghasilkan warna latar pada catan yang hendak dihasilkan. 3. Warnakan lakaran tersebut mengikut teknik catan yang telah anda pelajari.

4. Kesan percikan pada bahagian latar belakang masih kelihatan dan menjadikan pemandangan lebih menarik 5. Teruskan dengan menulis kata-kata dan membuat corak tepi kertas lukisan untuk menampakkan rupa setem. PERSEMBAHAN HASIL KARYA ŸPerbincangan secara berkumpulan Ÿmembuat pameran di dalam bilik darjah penting dalam Ÿpengajaran dan pembelajaran Galakkan murid memberi komen-komen secara open endeddan guna positif reinforcement mereka dan menerangkan projek yang dibuat dan cara-cara menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam projek tersebut. Adalah lebih baik jika perbincangan dijalankan tanpa mengetahui siapa yang menghasilkan projek tersebut supaya komen boleh dibuat tanpa mengira berat sebelah pihak. Pameran hasil projek sebaik sahaja menghasilkannya adalah jalan terbaik untuk membina satu penghormatan diri, penerimaan dan sikap.. Sebagai guru, haruslah peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid seperti: Ÿ Adakah murid dari berbagai jenis budaya berkongsi idea yang sama tentang hasil kerja seni tersebut? Cantik? Buruk? Bermakna? Ÿ Adakah hasil kerja seni mempunyai fungsi dalam kehidupan pelajar? Ÿ Adakah murid boleh respon terhadap hasil kerja seni dari sudut perasaan? Ÿ Bagaimana murid respon terhadap keaslian hasil kerja tersebut? Ÿ Bagaimana murid respon terhadap kreativiti yang dihasilkan dalam kerja seni itu? Ÿ Adakah murid mengambil kira teknik-teknik yang digunakan seperti astrak, realistik, tema, sejarah, ekspresi idea, personal, perasaan, kesukaan, Isu sosial/politik? Ÿ Adakah murid mengambil kira tujuan dan objektif yang dihasilkan oleh pelukis tersebut? ŸBerikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil kira apabila menjalani proses menganalisa sesuatu kerja seni: R Siapakah pelukis yang melukis gambar ini? R Apakah tajuk atau tema yang digunakan serta bila ianya dihasilkan? R Apakah Âsubjek matterÊ yang digunakan dalam hasilkerja seni ini? R Apakah alatan, bahan, media dan teknik yang digunakan? R Bagaimana pelukis ini menggunakan garisan, warna, bentuk, ruang, jalinan, rupa dan corak dalam hasil kerja ini? R Adakah pelukis ini mengambilkira prinsip harmoni, kontra, penegasan, imbangan, kesatuan, kepelbagaian dalam hasil kerja seninya? R Adakah anda rasa lukisan ini realistik atau abstrak? R Bagaimanakah perasaan anda, mood, idea apabila melihat hasil kerja ini? R Adakah anda rasa hasil kerja ini asli atau diciplak dari mana-mana?
29 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

R Adakah hasilkerja seni ini mempunyai perhubungan sejarah? RApakah tujuan pelukis menghasilkan hasil kerja seni ini? R Apakah yang paling menarik dalam hasil kerja seni ini? R Adakah hasil kerja seni ini berjaya atau tidak? R Adakah anda ingin membuat perubahan dalam hasil kerja ini? Kenapa? R Bagaimana pelukis menunjukkan unsur ruang hadapan, tengah dan belakang dalam hasil kerja ini? R Adakah anda rasa pemilihan alat dan bahan bersesuaian dengan mood dan suasana yang terdapat dalam hasil kerja seni ini? R Adakah ia berjaya dalam menghasilkan konsep/idea tersendiri? R Elemen apakah yang diguna untuk menarik perhatian anda? R Bagaimana anda menilai hasil kerja ini dan berikan skala dari 1 hingga 10 (1 paling lemah hingga 10 paling baik). RUMUSAN PERCIKAN Ÿ sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Ÿdihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Ÿ Alatan - berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ÿmenghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Ÿ Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang kemas Ÿ Percikan dan titikan atau stippling adalah dua kaedah yang berlainan. Ÿ dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas. Ÿ Percikan boleh dihasilkan ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan warna basah terlebih dahulu. Ÿ dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna. Ÿ boleh diulang ke atas permukaan yang sama. Ÿ Percikan yang halus dan seragam boleh diaplikasikan dalam teknik semburan. Ÿ Percikan menggunakan penggelek adalah satu aktiviti yang rumit dan tidak terkawal. Ÿ Percikan dengan jari akan menghasilkan percikan yang tidak sekata. Ÿ Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga dijalankan. Ÿ Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk mengelakkan lebihan percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini. Ÿ Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. ŸPerbincangan secara berkumpulan dan membuat pameran di bilik darjah daripada hasil kerja yang dibuat adalah aktiviti yang sangat penting. Ÿ Guru patut menggalakkan murid memberi komen secara open ended

Ÿ Guru perlu menggunakan soalan-soalan yang positif kepada murid apabila membuat perbincangan. Ÿ Perbincangan dan pendedahan tentang sesuatu hasil karya seni dilihat dari sudut perspektif, cadangancadangan dan idea-idea dikatakan telah memahami nilai estetik. Ÿ Perbincangan secara berkumpulan dianggap pencetus kepada pemikiran kritikal dianggap sebagai satu teknik pembelajaran yang bermakna. Ÿ Pameran hasil kerja adalah satu cara membina penghormatan diri dan penerimaan sikap yang positif. Ÿ Guru harus peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid tentang sesuatu hasilkerja dari aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan objektif. Ÿ Guru memainkan peranan yang penting dalam menjalankan apresiasi seni. Ÿ Perkara-perkara yang perlu diambilkira apabila menjalani proses menganalisa kerja seni ialah dari aspek tokoh, tajuk/tema, masa, Âsubjek matterÊ, alatan, media, teknik, asas senireka, sejarah dan kejayaan sesuatu konsep atau idea. Ÿ Penilaian sesuatu hasil kerja boleh dinilai dalam bentuk skala dari satu (lemah) hingga sepuluh (terbaik). ŸPelukis barat yang banyak mengaplikasikan hasil karyanya dalam aktiviti percikan ialah Jackson Pollock.

10 MOZEK

(a) Definisi Mozek Ÿ Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Ÿ Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan /kilauan. Ÿ Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. Ÿ Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk. Ÿ Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar yang di plaster. Ÿ Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera. Ÿ Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai. Ÿ Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada
30 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. ŸOrang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni di sekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti yang dicadangkan dalam kegiatan menggambar. (b) Alat dan Media Ÿ Berbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip, kertas nota, kertas surat khabar, kertas binaan (construction paper). Ÿ Berbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu, gam simen. Ÿ Bekas untuk menyimpan carikan kertas, kadbod, syiling, bijirin Ÿ Playar, pembaris, Âclear sprayÊ Ÿ Bahan semula jadi seperti bunga-bunga kering, berbagai daun kering, rumput Ÿ Pelbagai jenis biji-bijian atau objek semula jadi Ÿ Pewarna makanan Ÿ Pensel, pen, tali, Ÿ Kertas berbagai warna, kertas majalah berwarna, gambar-gambar berwarna (c) Teknik Secara amnya terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu direct Method , indirect method dan double indirect method. Yang dikatakan dengan teknik secara langsung atau direct method itu, ialah denganmenggambar bahan di atau permukaan seperti kertas, kadbod, permukaanpasu, lantai dan sebagainya. Ianya sesuai dilaksanakan pada projekprojekkecil yang mudah alih.Kebaikan mozek cara ini ialah mozek yang dihasilkan jelas kelihatan.Keburukannya pula pelukis atau pembuat mozek perlu bekerja secara terus menerus di atas permukaan yang dipilih. Ianya dianggap sebagai satu hasil kerja yang tidak praktikal pada jangka masa yang lama, tidak sesuai pada projek berskala besar dan susah untuk mendapatkan kesamaan permukaan yang siap. Cara ini sesuai untuk permukaan kertas lukisan, lantai dan permukaan meja. Teknik secara tidak nyata atau indirect method pula berlaku semasa proses menghasilkan sesuatu kerja. Apabila mozek siap, media yang sama diletakkan di atasnya. Hasil mozek diterbalikkan dan bahagian aslidiasingkan dari bawah mozek tadi. Teknik indirect methoÊ dan double indirect method selalunya dibuat mengikut bahagian demi bahagiansesuatu gambar terlebih dahulu sebelum hasil mozek itu dihantar ketempat destinasi untuk ditampal. Ianya amat sesuai untuk projek besar seperti projek mural.Terdapat juga mozek yang boleh dihasilkan dalam digital imej. Imej yang dihasilkan tidak ditindih. Foto mozek pula adalah satu gambar yang dibuat

daripada beberapa cantuman gambar-gambar lain yang Ÿteknik menghasilkan mozek d R Mozek kertas R Mozek timbul R Mozek catan R Mozek campuran R Mozek potongan kertas R Mozek cebisan kertas R Mozek tebuk (ÂpuncherÊ) R Mozek koyakan kertas R Mozek fabrik R Mozek bijian R Mozek bahan buangan APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK Di peringkat sekolaH rendah,carikan/potongan/guntingan/cebisan kertas-kertas berwarna dan ditampal di atas permukaan rata seperti kertas lukisan, kadbod, kayu playwood dan sebagainya. Walaupun cara menampal kertas-kertas dalam aktiviti kolaj dan mozek boleh dikira ada persamaan tetapi masih terdapat perbezaan dalam melaksanakannya. Kolaj digubah dengan menampal keratan kertas secara tindihan manakala mozek pula digubah dengan menampal keratan kertas secara bersebelahan dan tidak ditindih. Kedua-dua hasil kerja ini boleh dianggap rumit juga tetapi menarik perhatian orang ramai apabila siap. Mari kita perhatikan contoh-contoh bagaimana aktiviti mozek itu dilaksanakan. Contoh 1 Jenis Mozek: Mozek dari kertas Tema: Haiwan/figura Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam atau gam simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas, pensel, kertas latar. Cara-cara: 1. Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas permukaan kertas. 2. Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang berlainan warna perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan. 3. Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan kertas supaya tindihan tidak berlaku. Potongan kertas boleh diangkat dengan menggunakan pin rambut atau pencungkil gigi yang diletak sedikit gam. 4. Teruskan kerja-kerja menghasilkan mozek sehingga habis. Tips: Cara memotong kertas berwarna ada berbagaibagai. Di antaranya ialah dengan cara carikan, koyakan, potongan bebas, potongan tiga segi, potongan
31 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

empat segi, menebuk dengan menggunakan penebuk kertas, potongan dengan pembaris dan sebagainya. Warna pada kertas perlu dipilih dengan betul dan sesuai dengan tema/tajuk/objek yang hendak dihasilkan. Contoh 2 Jenis Mozek: Mozek timbul (relief) dari biji-bijian Tema: Tumbuh-tumbuhan Alat dan bahan: kadbod, kertas binaan, gam putih, berbagai jenis biji-bijian dari alam semulajadi, pewarna makanan, pensel, tali atau benang, Âclear sprayÊ. Cara-cara: 1. Hasilkan lakaran di atas kertas binaan dengan memerhatikan tempat atau kawasan di mana bijian perlu diletak. 2. Lekat kertas binaan di atas kadbod keras, keduaduanya mempunyai saiz yang sama supaya kelihatan kukuh. 3. Letakkan gam di kawasan yang dilakar dan susun bijian, manik, objek semulajadi pada lakaran dan penuhkan lakaran tersebut. 4. Untuk kelihatan lebih kemas aturkan bijian di kawan rupa luar objek terlebih dahulu kemudian penuhkan bahagian dalam pula. 5. Bijian-bijian atau manik-manik bersaiz halus susah untuk diatur dan memakan masa yang lama untuk menyiapkan. Untuk mempercepatkan proses, guna pencungkil gigi yang diletakkan sedikit gam dihujungnya supaya senang proses mengangkat bijian tersebut. 6. Bila siap buang lebihan bijian dan sembur hasil kerja mozek dengan clear spray untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik. Tips: Tambahan bahan boleh digunakan seperti tali, benang, kulit kayu dan laiN lain yang bersesuaian untuk kelihatan lebih menarik. Lebih baik jika hasil kerja ini dibingkaikan dengan meletakkan cermin atau plastik keras supaya bijian kekal lama. Contoh 3: Terdapat juga mozek dari teknik catan. Mozek jenis ini lebih sesuai untuk muridmurid di tahap dua kerana ia memerlukan kawalan, disiplin dan ketekunan semasa menghasilkannya. Ia juga berguna sebagai latihan mewarna. Kejayaan mozek ini bergantung kepada latarbelakang pelukis itu sendiri. Lihat contoh mozek dari teknik catan: Jenis mozek: Mozek catan Tema: haiwan Alat dan bahan: pensil, pembaris, air, berus, kertas lukisan, warna air atau warna poster. Cara-cara: 1. Lakar rupa bentuk ikan di atas permukaan kertas lukisan. Tambahkan mata, sirip di bahagian dalam dan tumbuh-tumbuhan air supaya kelihatan lebih menarik. 2. Buat garisan dengan ukuran 2cm X 2cm di keseluruhan kertas lukisan termasuk lakaran. Garisan pensel perlu dibuat secara nipis sahaja.

3. Kotak-kotak tersebut diwarnakan dengan warna air atau warna poster dengan warna yang dikehendaki. Hadkan warna kepada tiga warna sahaja. 4. Proses mewarna mengambil masa yang agak lama juga untuk disiapkan. Satu warna dihasilkan sehingga siap barulah digunakan warna kedua dan warna ketiga. 5. Garisan yang memisahkan empat segi dalam beberapa bahagian perlu diwarnakan dengan warna yang berlainan. Dengan cara ini corak ikan akan kelihatan lebih menarik apabila siap nanti. 6. Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kumpulan kecil. Tips: Walaupun aktiviti mozek ini tidak menggunakan teknik menampal bahanbahan, konsep mozek masih boleh diperkenalkan. Dalam aktiviti ini adalah dicadangkan warna-warna yang hendak digunakan adalah warnawarna kontra supaya objek yang dilukis jelas kelihatan. PERSEMBAHAN HASIL KARYA Dalam mempersembahkan tentang sesuatu hasil karya, perkara-perkara seperti membuat penilaian, membuat kritikan, berkomunikasi, ekspresi diri, luahan perasaan, diskusi, dan bersoal jawab seringkali dikaitkan. Persembahan hasil karya sendiri atau orang lain diterima sebagai bahan penting untuk dirujuk semasa menjalani sesi apresiasi seni. Hasil kerja seni terutama murid-murid sekolah rendah dianggap satu kerja yang jujur, segar, berterus terang, penuh imaginatif dan intuitif. ŸPenilaian hasil kerja seni berdasarkan empat _nsure_a iaitu bahagian diskriptif, bahagian formal analisis, bahagian interpretasi dan bahagian penilaian. Menilai kerja seni di peringkat diskriptif memerlukan seseorang menggunakan deria lihat dan menyatakan apa yang mereka lihat dalam sesuatu hasil karya. Mereka akan menyatakan pandangan mereka buat pertama kali tentang apa yang mereka lihat pada sesebuah lukisan/catan misalnya. Biasanya mereka akan memperkatakan tentang sesuatu tema/tajuk hasil kerja itu termasuk objek/imej yang terdapat dalam hasil kerja itu. Menilai hasil kerja di peringkat formal analisis lebih terancang. Perkara-perkara yang perlu dibincangkan adalah seperti struktur komposisi yang terdapat dalam hasil kerja tersebut, perbezaan antara simetri dan asimetri, mengenal pasti alatan dan media yang digunakan dalam hasil kerja, teknik-teknik yang digunakan dalam penghasilan hasil kerja, unsur-unsur seni, prinsipprinsip rekaan yang diguna pakai. Manakala di peringkat interpretasi pula perbincangan lebih menjurus kepada tahap-tahap imaginasi seseorang murid itu, membuat spekulasi makna yang tersirat dalam hasil kerja tersebut dan membuat andaian tentang tujuan pelukis melukis hasil karyanya. Untuk menghasilkan perbincangan ini, seseorang murid ditanya bagaimana membuat perkaitan di antara struktur yang boleh diperhatikan dengan arah tujuan pelukis yang menghasilkan hasil karya tersebut. Di peringkat ini murid akan dapat mengetahui penggunaan komposisi elemen yang telah digunakan oleh pelukis. Mereka juga boleh mengaitkan elemenelemen
32 / 33

Sarbinipani2009

NOTA PADAT MENGGAMBAR

warna dengan perasaan pelukis, pandangan pelukis terhadap objek/imej yang dilukis. Perkara-perkara tersebut memerlukan perbincangan lanjut dalam tahap interpretasi ini. Pada peringkat ini cadangan yang dikemukakan oleh murid-murid terhadap sesuatu hasil karya adalah bersifat terbuka dan tanpa memikirkan jawapan yang diberi sama ada betul atau salah. Semua cadangan mereka boleh diterima. Di peringkat penilaian pula, perbincangan lebih tertumpu kepada melihat kejayaan seseorang pelukis sama ada berjaya dihasilkan atau pun tidak. Peringkat ini dipanggil peringkat kritikal kerana perlu menjalani satu rumusan terhadap kejayaan atau kegagalan hasil kerja tersebut. Hasil kerja tersebut boleh dibuat gredkan dan dibuat perbandingan dengan hasil kerja lain. Kritikan yang dijalankan di peringkat sekolah lebih ke arah kecenderungan sama ada suka atau tidak terhadap hasil karya tersebut, manakala kritikan yang dibuat oleh orang dewasa lebih ke arah tahap lebih matang dan profesional. Perbahasan tentang sama ada suka atau tidak dalam hasil kerja itu adalah hak seseorang murid itu. Reaksi tersebut sama ada suka, tidak, tidak menarik, tak ceria dan sebagainya adalah reaksi psikologi yang lahir dari perasaan mereka sendiri menyebabkan perbincangan ditamatkan. Apabila seseorang membuat pernyataan seperti „Mozek itu sangat lemah‰ atau „Mozek itu sangat menarik‰ maka seseorang akan menyatakan „Kenapa anda berkata begitu‰ dan memerlukan beberapa justifikasi dalam peringkat penilaian. Jika justifikasi itu lemah atau kontroversi, barulah dibuka untuk perbincangan dengan lebih lanjut. Tujuan diadakan aktiviti belajar secara kritis dan kreatif ini adalah untuk membuat anjakan paradigma dari minda yang tertutup kepada minda yang lebih terbuka. Selalunya dalam membuat penilaian hasil kerja, kebanyakannya akan memilih hasil kerja yang mempunyai kualiti yang tinggi daripada hasil kerja yang mempunyai kualiti yang rendah. Menjalankan sesi apresiasi seni tidak perlu menggunakan masa yang lama dan hasil kerja yang mempunyai tema yang kukuh, subject matter yang menarik dan struktur komposisi yang jelas akan mencetuskan respons yang baik. RUMUSAN MOZEK Ÿ Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata. Ÿ Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar. Ÿ Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar. Ÿ Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik mozek. Ÿ Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunanbangunan di luar sekolah.

Ÿ Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara direct method, indirect method dan double direct method. Ÿ Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaanalatan, bahan dan media. Ÿ Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja. Ÿ Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut. Ÿ Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan. Ÿ Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul. Ÿ Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih menarik. Ÿ Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur. Ÿ Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk menampal. Ÿ Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja seni. Ÿ Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni. Ÿ Guru boleh menjalankan hasil kerja murid secara studio aktiviti centred method. Ÿ Apresiasi seni pada zaman dahulu lebih tertumpu kepada teacher centred dan terhad kepada rujukan sedia ada, nilai sentimental, anecdotal accounts dan artis terkenal sahaja. Ÿ Apresiasi seni pada zaman sekarang lebih tertumpu kepada kajian,pemerhatian, cara berkomunikasi, persepsi, analisia, sintesis, penggunaan alatan dan media yang lebih meluas, perbincangan tentang isu-isu social dan kritikan membina. Ÿ Apresiasi seni boleh dijalankan berdasarkan empat peringkat iaitu diskriptif, analisa formal, interpretasi dan penilaian.

Sarbinipani2009 nuefail@hotmail.com

Sarbinipani2009

33 / 33


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:101990
posted:7/22/2009
language:Malay
pages:33
Description: Nota padat Menggambar HBAE