Docstoc

Sawit Penawar Kanser Hati

Document Sample
Sawit Penawar Kanser Hati Powered By Docstoc
					Sawit Penawar Kanser Hati




            Ketua Jabatan Biokimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Wan Zurinah Wan Ngah.


Kanser hati atau kanser hepar merupakan salah satu kanser yang paling sering ditemui dengan kadar

250,000 hingga sejuta pesakit setahun.

Berbanding negara Barat dan negara maju yang lain, Asia Timur serta Asia Tenggara mencatatkan jumlah

pesakit tertinggi.
Situasi itu menjadikan usaha untuk mencari penawar kepada penyakit kanser hati ini agak lesu kerana

kajian lebih tertumpu ke arah mencari penyelesaian penyakit kanser yang lain seperti kanser payu dara,

kanser tulang dan kanser kulit.

Bagaimanapun faktor itu memberikan kesedaran kepada Ketua Jabatan Biokimia Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM), Prof. Wan Zurinah Wan Ngah untuk ‘bertapa’ dalam makmalnya selama lapan tahun bagi
mencari penawar kepada penyakit kanser hati yang menjadi masalah besar kepada masyarakat Asia.
Hasil usaha keras selama lapan tahun itu akhirnya membuahkan kejayaan apabila beliau berjaya

membuktikan sigma tokotrienol yang terdapat dalam vitamin E dalam minyak kelapa sawit (‘palm vitee)

mampu mengurangkan proses keterukan kanser hati.

Ia merupakan pertemuan pertama seumpamanya di negara ini.




Kanser Hati




Pertemuan ini dibentangkan semasa menyampaikan syarahan perdana sempena pelantikan ke jawatan
profesor bertajuk ‘Kesan Perlindungan Vitamin E Kelapa Sawit Ke Atas Kanser Hati‘ di Kuala Lumpur, baru-

baru ini.
Tokotrienol merupakan satu daripada lapan jenis vitamin E. Jenis vitamin E ini mempunyai taburan yang

luas dalam tumbuhan umum, tetapi kurang dalam minyak sayuran kecuali minyak kelapa sawit.
Justeru itulah, kajian di makmal ini ditumpukan kepada sigma tokotrienol (sejenis tokotrienol yang
terbanyak dalam kelapa sawit) dan perbandingan juga dilakukan dengan sejenis lagi vitamin E yang

dikenali sebagai alfa tokoferol.
Kajian ke atas vitamin E dan kanser telah banyak dilakukan dengan menggunakan model haiwan dan

kajian epidemiologi.

Dalam konteks ini, pelbagai jenis kanser telah dikaji termasuk kanser oral, gaster, kolon, pankreas, hati,

kulit dan payu dara.
Bagaimanapun, sebelum ini, kajian yang dilakukan adalah menggunakan alfa tokoferol sebagai sumber

vitamin E.

Di Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) sigma tokotrienol dikenal pasti sebagai
sumber vitamin E untuk menghalang pembentukan sel barah payu dara.
Dalam melengkapkan kajian, Prof. Wan Zurinah menggunakan dua kaedah kajian praklinikal digunakan

iaitu ‘in vitro’ dan ‘in vivo’.

Kajian ‘in vitro’ melibatkan kajian luaran di mana keberkesanan sigma tokotrienol terhadap sel kanser hati
diuji dalam bekas kultur.




Kanser Hati
Kaedah ‘in vivo’ pula melibatkan penyuntikan sel barah ke dalam haiwan kajian iaitu tikus dan

kemudiannya diberikan suplimen sigma tokotrienol.

Hasil kajian mendapati dengan dos rendah 30 mg/kg diet, alfa tokotrienol dapat mengurangkan
keterukan proses keterukan barah hati dan lebih berkesan lagi jika suplimentasi dimulakan awal iaitu

serentak atau empat minggu selepas barah dikesan.
Jika pembentukan kanser telah berkembang, pengambilan vitamin E ini kurang memberi kesan

perlindungan. Bagaimanapun kesan perlindungan akan lebih ketara apabila pengambilan vitamin
diteruskan sehingga sembilan bulan.

Menurut Prof. Wan Zurinah, hasil daripada penemuan ini telah membuahkan kepada penyelidikan-
penyelidikan lain yang berkaitan.

Antaranya menurut beliau ialah melihat kesan Vitamin E ini ke atas manusia terutama mereka yang

mempunyai risiko tinggi untuk menghadapi penyakit kanser hati seperti pesakit hepitatis B kronik.
Katanya, ini akan melibatkan kajian ‘Nutrition intervention trials’ yang selalunya melibatkan perbelanjaan

yang sangat besar dan masa yang lama.
Di samping itu katanya, kajian lain yang boleh dilakukan ialah untuk melihat keperluan harian (RDA)

vitamin E untuk orang normal dan pesakit.


http://bit.ly/qTjJ2Y
Klik disini untuk membaca tajuk artikel yang berkaitan dengan sawit penawar kanser hati.




Source: http://usahawanhovid.com

Source: http://usahawanhovid.com/sawit-penawar-kanser-hati/

				
DOCUMENT INFO
Description: KANSER hati atau kanser hepar merupakan salah satu kanser yang paling sering ditemui dengan kadar 250,000 hingga sejuta pesakit setahun.