Docstoc

Kaedah pengajaran Dan Pembelajaran

Document Sample
Kaedah pengajaran Dan Pembelajaran Powered By Docstoc
					NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



                       Nota Kaedah
 Pengajaran secara kuliah menggariskan beberapa kelebihan. Antaranya ialah cara ini
berkesan untuk mendapatkan maklumat. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana
semua maklumat boleh disampaikan kepada sekumpulan murid yang bsear dalam masa
yang singkat. Selain itu, cara ini dapat menyumbang bahan-bahan tambahan yang tidak
boleh diperoleh oleh murid-murid melalui buku teks. Kelas lebih mudah dikawal dan
sesetengah murid akan merasa lebih puas dengan bentuk penyampaian yang lebih
distrukturkan. Mereka lebih mudah menganalisa, menginterpretasi, dan mensintesis
bahan-bahan pembelajaran apabila disampaikan secara langsung.
 Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ia merupakan komunikasi satu hala. Interaksi
antara pendidik atau guru dengan murid terhad. Pengajaran cara ini tidak menggalakkan
murid-murid belajar secara aktif. Pembelajaran melalui penerimaan bahan-bahan kulih
biasanya tidak lengkap kerana apa yang didengar atau dicatat secara tergesa-gesa itu akan
mudah dilupai atau tidak difahami dengan sempurna. Oleh itu banyak masa diperlukan
untuk membuat telahan selepas menerima kuliah. Pengajaran secara kuliah kadangkala
tidak boleh mencapai sesetengah jenis objektif kerana ia tidak boleh menolong kita
mencapai objektif pemikiran kritikal atau kreatif atau penguasaan sesuatu kemahiran
psikomotor kognitif. Ia juga tidak berupaya mengubah nilai atau sikap dan tidak akan
boleh menghasilkan penganut baru. Cara ini biasanya memerlukan guru yang pandai
bercakap dan boleh bertutur dengan baik.



                        PENGAJARAN SECARA KUMPULAN

Pengajaran secara kumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid-murid
dalam satu-satu kumpulan tertentu. Lazimnya bahan-bahan yang digunakan adalah
berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan pengajaran
dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok.
 Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan
mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid yang lebih kurang sama taraf
kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau
lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid. Kedua, ialah kumpulan mengikut
pelbagai kebolehan dan kecenderungan.




                      KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN

a) Kumpulan jenis ini melibatkan murid-murid yang lebih kurang samam taraf kebolehan
mereka. Mereka ini diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan penialaian.
b) Pengumpulan murid-murid mengikut kebolehan biasanya digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran seperti lisan, membaca, dan menulis. Ini

Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my
NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

membolehkan guru memberi perhatian kepada satu-satu kumpulan murid yang hampir-
hampir sama kebolehannya dalam usaha menanamkan satu-satu kemahiran. Guru dapat
merancangkan jenis pemeringkatan bahan mengikut kebolehan murid-murid dalam
kumpulan berkenaan.
c) Kumpulan mengikut kebolehan harus dibentuk berdasarkan penilaian guru, sama ada
pemerhatian atau ujian. Kebolehan murid-murid berbeza-beza mengikut mata pelajaran
serta aspek-aspek tertentu dalam satu-satu mata pelajaran. Kebolehan mereka berubah-
ubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, ahli satu-satu kumpulan tidak semestinya sama
sepanjang masa. Perhatian diberi kepada individu-individu hendaklah juga dijalankan.
d) Pada amnya, guru bolehlah membentuk 3 kumpulan:
- kumpulan cerdas (2 kelompok)
- kumpulan sederhana (5 kelompok)
- kumpulan lemah (1 kelompok)

Guru harus menyediakan bahan-bahan yang sesuai dan sewajarnya mengikut kelompok
masing-masing.



                KUMPULAN MENGIKUT PELBAGAI KEBOLEHAN

a) Kumpulan mengikut pelbagai kebolehan boleh dilakukan setelah murid-murid dapat
menguasai kemahiran asas.
b) Melalui kumpulan mengikut pelbagai kebolehan, murid-murid yang cerdas diminta
membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi dan sosial yang sihat dapat
dibina melalui aktiviti-aktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan, simulasi, dan
sebagainya.
c) Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan mengembangkan bakat
kepimpinan. Perkembangan sahsiah yang sihat dapat juga dibina. Begitu juga halnya
dengan pemupukan semangat kerjasama, mengukuhkan sikap bertimbang rasa,
bertanggung jawab, bertolak ansur, dan sebagainya. Selain itu, semangat pertandingan
yang sihat antara kumpulan juga boleh diadakan.



                   PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN KUMPULAN

Berikut diperlihatkan beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian oleh guru
sewaktu hendak melaksanakan pengajaran secara berkumpulan :
a) Murid-murid harus dibiasakan dengan satu rutin atau tatakerja aktiviti kumpulan, iaitu
apabila satu-satu aktiviti kumpulan hendak dilaksanakan, murid harus tahu tugas mereka.
Misalnya, mengambil alat atau bahan, membahagikan bahan-bahan kepada setiap
kumpulan, menjalankan aktiviti, mempersembahkan hasil aktiviti, menyimpan bahan dan
alat, mengemas tempat, dan lain-lain.
b) Guru harus bersedia dan boleh menerima suasana pelajaran yang agak bising yang
ditimbulkan oleh murid-murid semasa mereka bersoal jawab.

Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my
NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

c) Guru harus dapat menentukan supaya tidak ada murid-murid yang merasa besar diri
atau rendah diri berada di dalam sesuatu kumpulan.
d) Perhatian juga hendaklah diberi kepada individu-individu tertentu walaupun mereka
telah ditempatkan dalam kumpulan.
e) Kerjasama dan pertandingan yang sihat hendaklah diwujudkan dalam kumpulan atau
diri setiap individu.
f) Sebelum menjalankan aktiviti kumpulan, guru hendaklah menyediakan murid-murid
dan beri arahan dengan jelas. Guru hendaklah juga menyediakan tajuk-tajuk
perbincangan. Setiap aktiviti yang hendak dijalankan hendaklah dirancangkan terlebih
dahulu. Pastikan alat-alat dan bahan-bahan yang diperlukan tersedia.
g) Semasa aktiviti-aktiviti dijalankan, guru hendaklah beredar daripada satu kumpulan ke
kumpulan yang lain untuk membimbing dan menggalakkan murid-murid mendapat
pengetahuan. Bagi melicinkan pengendalian gerak kerja kumpulan, guru bolehlah
melantik beberapa orang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang tugas-tugas
tertentu.
h) Di akhir pengajaran,guru hendaklah membincangkan hasil kerja murid bagi tiap-tiap
kumpulan. Ini memberi peluang setiap daripada mereka mengetahui tentang apa yang
telah diperoleh oleh kumpulan-kumpulan tersebut. Guru boleh juga mempamerkan hasil
kerja murid yang didapati baik. Ini dapat membantu meninggikan keyakinan murid. Di
samping itu, mereka juga dapat merasakan diri mereka diberi penghargaan. Kadangkala
cara ini dapat juga memberi panduan, galakan, dan dorongan kepada murid-murid lain.
i) Sebelum pelajaran ditamatkan, guru dan murid perlu membuat rumusan tentang apa
yang dipelajari. Selepas itu mereka diminta mengumpul, mengemas, dan menyimpan
barang-barang.



                         PENGAJARAN SECARA INDIVIDU

Pengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan
perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang
dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa seitap
murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-
kebolehan lain. Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira
perbezaan pencapaian serta kadar kepantasn murid. Pengajaran cara ini pada
keseluruhannya bertujuan supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan
sendiri.
 Pengajaran secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan
objektifnya. Pertama ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertujuan untuk
mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu.
Biasanya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan
cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk satu
pembelajaran yang lebih berkesan, pengajran bentuk ini tidak menggalakkan jumlah
bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan.
 Bentuk kedua yang boleh dilakukan ialah terhadap murid-murid yang maju dalam

Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my
NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

pembelajaran mereka. Pengajaran secara individu bukan bertujuan untuk memperkayakan
pengalaman pembelajaran mereka. Biasanya, murid-murid akan menggunakan
kebijaksanaan mereka sendiri untuk belajar tanpa bergantung sangat kepada guru.
Hubungan murid dengan guru adalah paling minimal. Segala sumber pembelajaran
dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji objektif pembelajarannya dan bertindak
sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini.
 Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai
kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing, dan untuk
membolehkan murid-murid mencapai objektif mereka pada lain-lain masa. sistem ini
menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan,
pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara
mempelajarinya. Dalam sistem yang lengkap, media seperti bahan-bahan bercetak,
bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video, dan lain-lain boleh
digunakan. Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat
penting.



         PENGAJARAN SECARA KUMPULAN SEBAYA (PEER GROUP)

Pengajaran secara kumpulan sebaya adalah satu lagi cara menyampaikan pelajaran yang
boleh dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Ini tidak banyak berbeza dengan cara-cara
kumpulan kaedah lain, cuma dalam kaedah ini seorang murid itu diperlukan mengajar
atau membimbing rakan-rakannya yang lain.
 Kelas yang dikendalikan melalui cara ini biasanya mengandungi pelajar-pelajar yang
hampir-hampir sama dari semua segi. Mungkin mereka berbeza dari segi kecerdasan.
Walau bagaimanapun, dalam banyak hal, seperti umur, minat, kecenderungan, dan
kepentingan, mereka adalah serupa. Sama seperti kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar-
pelajar dalam kumpulan sebaya digalakkan supaya memberi tunjuk ajar kepada rakan-
rakan dan ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Dalam pengajaran bahasa, galakan
perlu diberi kepada murid-murid pandai supaya membimbing rakan-rakan mereka yang
memerlukan pertolongan dalam membaca dan menulis.
 Pengajaran secara kumpulan sebaya, menggalakkan murid-murid berinteraksi sesama
sendiri secara bebas. Ia memberi peluang kepada mereka belajar, mengkaji, dan
menjalankan aktiviti bersama-sama. Cara ini biasanya menggalakkan perkembangan
kemahiran-kemahiran interpersonal. Murid-murid diberi peluang untuk mendapatkan
maklum balas daripada rakan-rakan mereka. Selain itu, melalui perbincangan atau
aktiviti-aktiviti yang diadakan, pelajar-pelajar belajar bekerjasama, bertolak ansur,
hormat-menghormati, rakan-rakan lain, dan sebagainya.
 Dari segi pengajaran, ia tidak banyak membebankan guru. Keadaan murid-murid yang
tidak banyak berbeza itu memudahkan guru-guru membuat persediaan. Murid-murid
yang pandai pula dapat membantu guru-guru menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
murid-murid lemah.




Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my
NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

                  PENGAJARAN SECARA KELAS BERCANTUM

Pengajaran secara kelas bercantum biasanya dilakukan dengan menggabungkan dua atau
beberapa kelas menjadi satu kumpulan kelas. Murid-murid dalam kelas tersebut tidak
mempunyai tahap pencapaian yang sama. Keadaan begini kerap berlaku di sekolah-
sekolah rendah yang murid-muridnya terhad kepada bilangan yang amat kecil.
Kemungkinan juga ia boleh berlaku jika sesebuah sekolah itu tidak mempunyai cukup
guru untuk ditugaskan mengajar kelas-kelas tertentu.
 Kadangkala pengumpulan murid-murid dalam kelas bercantum tidak perlu mengiktu
kumpulan kelas. Mereka boleh dikumpulkan mengikut minat, perbezaan pencapaian, dan
sebagianya. mereka diperlukan saling membantu seperti satu pasukan.
 Pengajaran secara kelas bercantum, biasanya menggunakan kaedah kumpulan, iaitu
murid-murid yang berkebolehan dan yang berada di tahap yang lebih kurang sama
dikumpulkan bersama. Setiap kumpulan akan diberi tugas dan mereka belajar serentak
dalam masa yang sama.
 Bahan-bahan pengajaran biasanya diperingkatkan mengikut kebolehan mereka. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan juga mungkin berbeza antara kumpulan-kumpulan tersebut. Oleh
yang demikian, pengajaran cara ini memerlukan guru-guru yang sanggup bekerja keras,
rajin, berdedikasi, dan bertanggung jawab. Mereka juga harus bijak dan boleh
menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keadaan sebenar di dalam kelas.



                 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN




Menurut Kementerian Pelajaran (1983 : 27), strategi pengajaran dan pembelajaran yang
disarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap
pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya
dan berupaya pula meneruskannya sendiri. Mengikut strategi ini, setiap murid akan
mengambil bahagian secara aktif di dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur
daripada komponen-komponen kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap,
kemanusiaan, dan persekitaran serta kesenian dan rekreasi.
 Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan
kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan
bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan
menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid.
 Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang
maksimum ialah penggabungjalinan. Strategi ini memainkan peranan penting dalam
proses pengajran dan pembelajaran. Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa
kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam
proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada
kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-

Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my
NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

kemahiran daripada satu mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain mata
pelajaran.
 Bahan-bahan program bahasa diambil daripada bidang Kemanusiaan dan Persekitaran.
Unsur-unsur daripada mata pelajaran seperti sains, geografi, sejarah, sivik, kesihatan, seni
lukis, dan lain-lain ilmu pengetahuan telah diserapkan menjadi satu mata pelajaran yang
diberi nama Alam dan Manusia.
 Dalam kurikulum baru sekolah rendah, perkara yang ditekankan adalah kepada
kemahiran asas. Untuk mencapai kemahiran asas dengan lebih berkesan dan untuk
mendapatkan isi ilmu pengetahuan secara tidak langsung melalui kemahiran-kemahiran
itu, maka sesuatu pelajaran itu haruslah disampaikan secara terpadu. Dengan berdasarkan
program terpadu ini satu pengajaran melalui aktiviti yang menarik dan bermakna dapat
diciptakan.
 Program terpadu mengandungi 2 strategi, iaitu penggabungjalinan dan penyerapan.
Program ini bertujuan :
i. membolehkan murid-murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan lebih
bermakna
ii. mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana yang lebih menarik
iii. menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan
iv. kemahiran-kemahiran saling memperkukuh.



                               PENGGABUNGJALINAN

Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Malaysia bukanlah suatu konsep
yang baru. Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhan
yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar, bertutur, membaca dan
menulis atau sebagainya. Dalam hal ini, guru-guru bahasa sebenarnya sama ada sengaja
atau tidak sengaja memang telah ada menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu. Tetapi
apa yang disarankan oleh sukatan pelajaran adalah supaya penggabungan itu dapat
dilakukan dengan dengan cara yang lebih sistematik, teratur, dan lebih luas lagi.
 Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan mengelakkan
compartmentalization iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar
sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau mengasing-asingkan
bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya, ia bertujuan untuk
mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu
pengajaran lebih berkesan.
 Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran
dibahagikan kepada 2 :
i. Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.

Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada 4 kemahiran yang sering dijalankan dalam
kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu
dalm sesuatu pengajaran.

Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my
NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perlu diingat bahawa susuanan atau cara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia
mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia
dirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui :
a) Apakah objektif yang hendak dicapai?
b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan?
c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan?

Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan
berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan.

Contohnya :

Lisan … membaca … menulis
Membaca … lisan … menulis
Lisan … membaca … lisan
Lisan … menulis … membaca
  |_____________________________________|
     |
    TATABAHASA

 Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran sampingan yang
mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya, jika bacaan dan kefahaman menjadi
kemahiran fokus maka kemahiran menulis sebagai kemahiran sampingan mengukuhkan
kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak ditumpukan kepada kemahiran membaca dan
kefahaman.

  (i) (ii) (iii)
Lisan 45% 10% 30%
Membaca 25% 40% 25%
Menulis 20% 30% 15%
Tatabahasa 10% 20% 30%

 Dalam model (i), kita dapati pengajaran itu menitikberatkan apsek lisan (45%), dalam
model (ii), ia menitikberatkan aspek membaca dan kefahaman (40%), dan model (iii)
menitikberatkan aspek lisan dan tatabahasa masing-masing diperuntukkan sebanyak 30%.
 Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada
beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran bahasa,
kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik.
Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni
dan muzik menjadi kemahiran sampingan.

CONTOH :

Tajuk : Kawan saya.
Kemahiran Bahasa : Membaca dan menulis tentang kawan saya.
Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya.

Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my
NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran Muzik : Menyanyi lagu ‘Kawan Saya’ untuk mengukuhkan
  perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan.

 Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam
beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran dalam beberapa mata
pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada
beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk
atau tema tertentu.

Bahasa : a) Kemahiran lisan (mendengar / bertutur)
  b) Kemahiran membaca
  c) Kemahiran menulis

Pendidikan Seni : a) Kemahiran melukis
  b) Kemahiran mewarna

Pendidikan Muzik : a) Kemahiran menyanyi




                                    PENYERAPAN

Penyerapan adalah strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran
dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata-mata pelajaran lain. Dalam tahap (1)
misalnya, isi daripada mata pelajaran Alam dan Manusia diserapkan ke dalam bidang
kemahiran bahasa. Penyerapa ini boleh dijalankan di dalam mana-mana kemahiran atau
aktiviti bahasa. Di samping itu, beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti
Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama, Matematik, Pendidikan Jasmani,
Muzik, boleh juga diserapkan ke dalam pelajaran bahasa.
 Biasanya di dalam sesuatu pelajaran bahasa, terutama pada tahap (1), penggabungjalinan
dan penyerapan berlaku serentak. Guru mengajar dengan menggunakan isi daripada
Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran Bahasa, Pendidikan
Seni, dan Muzik.
 Di dalam rajah di bawah, berlaku penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran
bahasa, pendidikan seni, dan muzik serta penerapan Alam dan Manusia.

  Mata pelajaran Alam dan Manusia meliputi unsur-unsur geografi, sains, sejarah, sivik,
 dan kesihatan, dan pengetahuan-pengetahuan lain tentang manusia dan alam sekitarnya.
 Mata pelajaran Alam dan Manusia tidak diajar secara bersendirian pada tahap (1), tetapi
   isi kandungan dan kemahiran-kemahiran diserapkan dan dipadukan dalam program
                                          bahasa.
     Pada tahap (2), barulah mata pelajaran itu diajar sebagai satu mata pelajaran yang
  tersendiri. Strategi penggabungjalinan dan penyerapan digunakan secara meluas bagi
               menyampaikan pengetahuan-pengetahuan Alam dan Manusia.



Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my
NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

          CONTOH PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERAPAN YANG
               BOLEH DILAKUKAN DENGAN KUMPULAN PSR
                    (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)




Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Bidang : Bacaan dan kefahaman
Tajuk : Udara dan angin
Rasional : Konsep Alam dan Manusia
i. Apakah keperluan-keperluan manusia
ii. Bagaimanakah manusia mengubah alam
iii. Bagaimana alam mengubah manusia

Objektif : i. Di akhir pelajaran murid-murid dapat menyatakan isi
    pelajaran dengan baik.
        ii. Murid dapat menjawab soalan-soalan yang diesdiakan
        iii. Murid dapat membaca dengan baik(intonasi dan sebutan)

Kemahiran Bahasa : i. Lisan (mendengar dan bertutur)
       ii. Membaca
      iii. Menulis

Bahasa Alat : i. Petikan ‘Udara dan Angin’
        ii. Kad perkataan, kad cantuman, dan lain-lain

Penggabungjalinan : i. Kemahiran bahasa
        ii. Kemahiran pendidikan seni
       iii. Kemahiran muzik

Penyerapan : i. Isi mata pelajaran sains
         ii. Isi mata pelajaran sejarah
       iii. Isi mata pelajaran geografi
       iv. Isi mata pelajaran kesihatan

Langkah-langkah penyampaian :
i. Set induksi
ii. Langkah-langkah perkembangan isi
iii. Aktiviti guru dan murid
iv. Pendekatan, kaedah, dan teknik
v. Penilaian

Huraian Petikan ‘Angin dan Udara’
i. Sains (konsep)
Udara ada di sekeliling kita

Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my
NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

- Bukti-bukti adanya udara
- Angin ialah udara yang bergerak
- Angin boleh :
? menyejukkan benda
? menggerakkan benda
? mengeringkan benda
? membesarkan api dan ombak
? merosakkan benda

ii. Manusia (keperluan)
? Ingin sejuk (kipas)
? Ingin bergerak (layar)
? Ingin mengeringkan (kipas)
? Ingin membesarkan api (kipas)
? Ingin terpelihara daripada ribut (lari atau berlindung)

iii. Geografi (cuaca)
? Dalam udara ada air
? Wap air jadi embun, kabus, awan
? Awan jadi hujan
? Angin bawa sejuk dan panas
? Angin kuat merbahaya
? Arah tiupan angin

iv. Sejarah
? Kenderaan dan layar
? Kipas
? Lawatan ke bulan
? Tenaga angin
? Alat-alat penyejuk, pengering, dan lain-lain yang digunakan dahulu dan sekarang

v. Kesihatan (bersih dan kotor)
? Udara bersih dan pernafasan
? Pencemaran udara (debu, kuman, dan bahn-bahan kimia)
? Udara barsih dan tumbuh-tumbuhan
? Kesan udara ke atas badan manusia

vi. Muzik (nyanyian)
? Menyanyikan lagu tentang udara dan angin

vii. Lukisan
? Melukis gambar yang menunjukkan manusia menggunakan kuasa angin untuk
memenuhi keperluannya (misalnya kipas, kapal terbang, kapal layar, dll)

viii. Drama
? Melakonkan cerita ‘Angin dan Udara’

Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my
NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGGABUNGJALINAN PADA PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
Penggabungjalinan bererti menggabungjalinkan beberapa aspek bahasa seperti lisan,
bacaan, dan penulisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pengagihan
gerak kerja yang menitikberatkan kemahiran tertentu itu, sama ada lisan, membaca, atau
menulis, bergantung kepada matlamat semerta. Guru boleh menggunakan
kebijaksanaannya, sesuai dengan masa dan sifat-sifat khusus pelajar-pelajar di dalam
kelas.
 Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malayisa, pengagihan kemahiran-
kemahiran di dalamnya boleh dibuat seperti berikut :

     I     II    III
Lisan    30%     10%     40%
Bacaan    20%      40%    15%
Penulisan    35%     20%    40%
Tatabahasa    15%     30%     5%
Jumlah 100%       100%     100%

Pada peringkat menengah atas, pengajaran bahasa haruslah menitikberatkan penggunaan
bahasa sejajar dengan matlamat sukatan pelajaran di mana bahasa Malaysia digunakan
sebagai alat komunikasi.latihan tatabahasa adalah melalui penggunaannya dalam situasi
atau konteks yang tertentu. Jika didapati penguasaan tatabahasa pelajar itu lemah, masa
yang dikhaskan bolehlah diuntukkan bagi pelajaran itu secara mendalam. Walau
bagaimanapun, pelajaran tatabahasa itu mestilah mentikberatkan penggunaannya dan
bukan semata-mata tentang pengetahuan dan fungsi tatabahasa itu sahaja. Dalam
pendekatan ini, tatabahasa diajar secara ‘incidental’ dan dikuasai oleh pelajar-pelajar
secara bersahaja, iaitu melalui penggunaannya.
Daripada penjelasa di atas tadi, dicadangkan pula beberapa model pelajaran bahasa
berdasarkan konsep penggabungjalinan. Penggabungjalinan ini boleh dijalankan dalam
satu waktu atau lebih.

Model (I) : Bacaan ? lisan ? penulisan
         |_______|
      |
 tatabahasa

Contohnya :
Bacaan Membaca senyap

Lisan Latihan kefahaman
  Latihan bahasa dan tatabahasa
  Memberi komen atau kritik

Gerak kerja bertulis Latihan kefahaman
 Latihan tatabahasa
 Latihan meringkas



Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my
NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Model (ii) Lisan ? penulisan
        |
   tatabahasa

Lisan Mendengar dan memahami sebahagian daripada petikan perbualan
  Murid berlakon

Penulisan Menuliskan karangan


Model (iii) Lisan ? bacaan ? penulisan
 |________|
      |
 tatabahasa

Contohnya :
Lisan Bersoal jawab atau berbincang tentang bacaan
  Mendengar petikan pita rakaman
  Mendengar bacaan murid dan guru

Bacaan Murid-murid membaca senyap petikan

Lisan Latihan kefahaman
  Latihan perbendaharaan kata dan tatabahasa

Penulisan Latihan menjawab soalan-soalan kefahaman berdasarkan isi,
 tatabahasa, dan latihan-latihan bahasa yang lain. Latihan menulis
 sama ada karangan, berita, laporan, dan sebagainya.


Model (iv) Bacaan ? lisan ? penulisan ? lisan
   |_________________|
       |
  tatabahasa

Contoh :
Bacaan Murid membaca senyap

Lisan Latihan kefahaman – tatabahasa dan latihan perbualan atau
  perbincangan. Latihan bahasa – bercerita dan mengkritik.

Penulisan Menyediakan isi untuk forum, ceramah, syarahan, wawancara,
 dan sebagainya

Lisan Berbahas, berceramah, bersyarah, dll.


Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my
NOTA KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Model (v) Lisan ? penulisan ? lisan
 |__________|
        |
 tatabahasa

Contoh :
Lisan Mendengar dan memahami melalui pita rakaman

Penulisan Mencatat isi-isi penting

Lisan Memberi ceramah dan bersoal jawab




Nuryn4698
zahra335@oum.edu.my

				
DOCUMENT INFO