Docstoc

Rayuan Untuk Mengurangkan Pinjaman Bank FELDA HOLDINGS BHD

Document Sample
Rayuan Untuk Mengurangkan Pinjaman Bank FELDA HOLDINGS BHD Powered By Docstoc
					           FELDA HOLDINGS BHD
                          (Company No. 358158-V)




   KOD ETIKA DAN TATALAKU
          PETUGAS

 SYARIKAT KUMPULAN FELDA




       BERKUAT KUASA MULAI
          1 JANUARI 2007


Disediakan oleh:
Bahagian Sumber Manusia
                                      KOD ETIKA DAN TATALAKU
                                        MULAI JANUARI 2007



Seksyen                                                 Tajuk                                                    Muka Surat



 1.       Pendahuluan ..................................................................................             3


 2.       Objektif .........................................................................................         3


 3.       Nilai ..............................................................................................      4–5


 4.       Konflik Kepentingan .......................................................................               5–7


 5.       Keaiban Kedudukan Kewangan .......................................................                        7–8


 6.       Taraf Kehidupan Yang Melebihi Pendapatan Rasmi Dan Punca
          Pendapatan Sendiri Yang Sah .........................................................                      8


 7.       Peminjaman Wang .........................................................................                 8–9


 8.       Penerbitan Buku/Artikel ..................................................................                 9


 9.       Penyertaan Di Media ......................................................................                 9


 10.      Membuat Kenyataan Awam ............................................................                      9 – 10


 11.      Mematuhi Masa Bertugas ...............................................................                     10


 12.      Tidak Hadir Bertugas ......................................................................                10


 13.      Tanggungjawab                Melaporkan                 Pelanggaran                 Tatatertib
          Petugas ..........................................................................................         10


 14.      Layanan Adil Dan Saksama .............................................................                     11



 15.      Memelihara Harta Benda Syarikat ....................................................                       11


 16.      Kerahsiaan Maklumat ......................................................................               11 – 12

                                                             -1-
Seksyen                                               Tajuk                                                     Muka Surat




 17.      Penglibatan Dalam Aktiviti Khidmat Masyarakat, Rekreasi                                      Dan
          Sukan ............................................................................................        12


 18.      Penglibatan Dalam Aktiviti Politik .....................................................                  12


 19.      Melakukan Perbuatan Terlarang .......................................................                   13 – 14


 20.      Terlibat Dengan Rasuah ..................................................................                 14


 21.      Ingkar     Mematuhi            Arahan          Bertukar          Dan/Atau            Menerima
          Tugas .............................................................................................       15


 22.      Gangguan Seksual ..........................................................................             15 – 16


 23.      Etika Berpakaian .............................................................................            16


 24.      Saluran Petugas Menyatakan Pandangan Atau Aduan ........................                                  17


 25.      Alasan Mengambil Tindakan Tatatertib .............................................                      17 – 20


 26.      Hak Bela Diri ...................................................................................       20 – 21


 27.      Hak Rayuan ....................................................................................           21



                                                   …ooo000ooo…
                                                        10/02/2007




                                                            -2-
                    FELDA HOLDINGS BHD
                                    (358158-V)


             KOD ETIKA DAN TATALAKU PETUGAS



SEKSYEN 1 -        PENDAHULUAN

1.1   Adalah menjadi dasar syarikat mengekalkan imej yang baik menerusi
      warga kerja yang cekap, produktif dan bertatatertib.

1.2   Kod Etika Dan Tatalaku (selepas ini dipanggil ‘Kod’) merupakan peraturan
      yang disusun khas untuk dipatuhi oleh petugas dan pengurusan dalam
      melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

1.3   Kod ini dibuat selari dengan kehendak undang-undang dan peradaban
      masyarakat Malaysia dengan dibaca selari dengan arahan dan polisi yang
      dikeluarkan oleh syarikat dari masa ke semasa.

1.4   Syarikat ingin menjadi organisasi yang beretika. Dengan ini syarikat tidak
      akan bertolak ansor dengan petugas yang melanggar kod ini yang
      membawanya kepada tindakan tatatertib.


SEKSYEN 2 -        OBJEKTIF

2.1   Kod ini disediakan untuk membantu petugas menyedari tanggungjawab dan
      kewajipan mereka terhadap syarikat. Petugas dikehendaki memahami dan
      mematuhi perkara-perkara yang terkandung dalam kod etika ini.

2.2   Objektif Kod Etika Dan Tatalaku Petugas ini ialah :-

      2.2.1 Menerangkan bentuk-bentuk perlakuan yang patut diamalkan dan
            dielakkan pada setiap masa sama ada dalam waktu kerja atau luar
            waktu kerja dan di mana-mana saja oleh petugas.

      2.2.2 Membantu mengingatkan dan menggalakkan petugas mengamalkan
            tatalaku dan prestasi yang baik seperti yang dikehendaki oleh syarikat.

      2.2.3 Memelihara, menaikkan dan menjaga nama baik syarikat.

      2.2.4 Menjaga dan mengekalkan              taraf   integriti   dan profesionalisme
            petugas ditahap yang tinggi.




                                       -3-
2.3   Peruntukan yang terkandung di dalam kod ini juga merupakan sebahagian
      dari peraturan dan syarat-syarat perkhidmatan yang perlu dipatuhi oleh
      petugas.


SEKSYEN 3 -       NILAI

3.1   Syarikat menghendaki semua petugas :-

      3.1.1 Berusaha mencapai tahap profesionalisme yang tinggi.

      3.1.2 Menunjukkan kesetiaan, dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah
            bagi kepada syarikat.

      3.1.3 Berkhidmat dengan penuh kejujuran, integriti, ikhlas, beramanah,
            berbudi bahasa, bersopan santun, berdisiplin dan bermoral.

      3.1.4 Bertindak dan berkelakuan adil, saksama dan bertanggung jawab
            dalam menjalankan tugas.

      3.1.5 Memaparkan semangat          setiakawan,      bekerjasama   dan   kerja
            berpasukan yang tinggi.

      3.1.6 Mempunyai daya usaha yang inovatif dan kreatif dalam melaksanakan
            tugas.

      3.1.7 Mengamalkan ketelitian dan ketekunan dalam melaksanakan tugas.

      3.1.8 Menunjukkan tahap prestasi kerja yang baik.

3.2   Petugas adalah ditegah dari:-

      3.2.1 Mengurangkan       atau   menghadkan tugas          dan masa kerjanya
            untuk syarikat kerana kepentingan peribadinya.

      3.2.2 Bertindak    dengan     cara yang boleh menimbulkan situasi konflik
            atau membiarkan kepentingan peribadinya bertentangan dengan
            kerjanya di syarikat atau tidak memberi faedah sepenuhnya kepada
            syarikat atau bertentangan dengan kepentingan syarikat.

      3.2.3 Berkelakuan atau menggunakan kedudukannya di syarikat untuk
            kepentingan peribadi.

      3.2.4 Berkelakuan tidak bertanggungjawab, keji atau memalukan yang
            menjejaskan reputasi / nama baik syarikat atau petugas lain.

      3.2.5 Berkelakuan yang boleh ditafsirkan sebagai kurang cekap.

      3.2.6 Berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
                                      -4-
            perintah atau melawan arahan ketua.

      3.2.7 Bertindak dengan apa-apa cara yang melampaui kuasa yang diberikan
            oleh syarikat dalam menjalankan tugas.

      3.2.8 Menggunakan bahasa kesat dan tidak bersopan terhadap pegawai
            atasan atau kakitangan lain.

3.3   Petugas dikehendaki menjalankan dan menyempurnakan tugas-tugas
      mengikut jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan
      perhatian tugas tersebut atau lain-lain tugas yang diarahkan kepadanya.
      Petugas hendaklah sepanjang masa mematuhi perintah dan arahan Syarikat
      yang sah, perintah dan arahan ketuanya atau sesiapa juga yang diwakilkan
      kuasa untuk mengeluarkan perintah dan arahan.

3.4   Pengabaian terhadap nilai, arahan dan peraturan            di   atas   akan
      mengakibatkan tindakan tatatertib diambil ke atasnya.


SEKSYEN 4 -       KONFLIK KEPENTINGAN

4.1   Terlibat Dalam Pengurusan/Aktiviti Syarikat Luar

      4.1.1 Petugas tidak boleh membabitkan diri secara langsung atau tidak
            langsung atau mempunyai kepentingan dalam pengurusan atau aktiviti
            perniagaan mana-mana syarikat, firma sama ada miliknya atau tidak
            atau aktiviti-aktiviti lain sama ada bertujuan mendapatkan keuntungan
            atau tidak, kecuali mendapat kebenaran bertulis dari syarikat.

      4.1.2 Petugas yang mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara
            langsung atau tidak langsung melalui ‘nominees’ atau pemegang
            amanah dimana-mana syarikat, firma atau perniagaan hendaklah
            memberitahu kepentingan tersebut kepada syarikat dengan segera
            secara bertulis.

      4.1.3 Memegang Jawatan Badan Korporat

            a) Petugas hanya dibenarkan memegang jawatan Pengarah di
               sesebuah badan korporat setelah mendapat kebenaran bertulis dari
               syarikat. Mereka yang sedang memegang jawatan berkenaan
               hendaklah segera memohon kelulusan syarikat sekiranya ingin terus
               mengekalkan jawatan tersebut.

            b) Walau bagaimanapun petugas boleh menjadi Pengarah di Agensi
               atau Institusi Awam yang tidak berorientasikan keuntungan seperti
               keagamaan, pendidikan, kebudayaan, sosial, kebajikan atau amal
               tertakluk kepada garis panduan atau polisi syarikat.

      4.1.4 Petugas tidak boleh bekerja, sama ada dengan bergaji atau tidak
                                      -5-
            dengan majikan lain.


4.2   Berurus Niaga/Memiliki Saham Dalam Syarikat Luar

      4.2.1 Petugas tidak dibenarkan mempunyai atau memiliki saham atau
            sebarang kepentingan yang menguntungkan dalam entiti perniagaan
            milik persendirian:-

            a) Yang memperolehi kebanyakan pendapatannya dari kontrak atau
               pun lain-lain urusan perniagaan dengan syarikat.

            b) Yang membekalkan barangan, peralatan dan / atau perkhidmatan
               kepada syarikat.

            Sekiranya petugas menjadi pemilik ekuiti di entiti tersebut secara
            langsung atau tidak langsung (seperti melalui ahli keluarga terdekat)
            yang mempunyai hubungan dengan syarikat, petugas berkenaan perlu
            memberitahu syarikat dengan segera secara bertulis.

      4.2.2 Petugas tidak dibenarkan berurusniaga/ berdagang bagi pihak syarikat
            dengan mana-mana syarikat / firma yang petugas atau mana-mana
            yang anggota keluarganya mempunyai kepentingan secara langsung
            atau tidak langsung.

      4.2.3 Petugas tidak dibenarkan terlibat secara langsung atau tidak langsung
            dalam apa-apa urusan, urusniaga atau perniagaan atau perkhidmatan
            syarikat luar yang bersaing dengan atau bercanggah dengan
            kepentingan syarikat.

      4.2.4 Petugas      tidak dibenarkan   mengguna      atau memperolehi
            kemudahan berurusniaga dengan syarikat berkait dengan apa-apa
            urusan perniagaan/ perkhidmatan yang petugas tersebut atau
            keluarganya mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak
            langsung sama ada menerusi dirinya atau mana-mana anggota
            keluarganya.

      4.2.5 Petugas perlu menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap
            tugasnya di syarikat sepanjang masa pejabat.

4.3   Kebenaran Syarikat

      4.3.1 Walau bagaimanapun petugas boleh memohon kebenaran bertulis
            daripada syarikat untuk menjalankan apa-apa kegiatan yang ditetapkan
            dalam perkara 4.1 dan 4.2 di atas. Dalam mempertimbangkan sama
            ada kebenaran tersebut harus diberikan atau tidak (yang terletak pada
            budi bicara mutlak syarikat) syarikat akan mengambil kira mana-mana
            faktor berikut:-


                                      -6-
            a) Tidak boleh dengan apa cara sekalipun bertentangan dengan tata
               kelakuan yang dinyatakan dalam Kod ini.


            b) Tidak boleh berlaku semasa waktu pejabat dan/atau semasa
               petugas dikehendaki melaksanakan tugas rasminya.

            c) Tidak boleh dengan apa cara sekalipun mengurangkan
               keupayaannya untuk melaksanakan tugas sebagai petugas syarikat.

            d) Tidak boleh dengan apa cara sekalipun bertentangan dengan
               kepentingan syarikat.

      4.3.2 Walau apa pun kebenaran yang diberikan itu syarikat boleh menarik
            balik pada bila-bila masa tanpa diberi alasan mengenainya.

4.4   Mengisytiharkan Harta/Kepentingan

      Petugas diwajibkan membuat pengisytiharan harta/kepentingan diri kepada
      syarikat apabila dikehendaki berbuat demikian. Kepentingan tersebut adalah
      meliputi perkara berikut:-

      4.4.1 Melibatkan diri dalam perniagaan syarikat/entiti perniagaan luar seperti
            memegang jawatan pengarah, penasihat dan lain-lain jawatan atau
            memiliki saham sama ada secara langsung atau melalui nominee.

      4.4.2 Memiliki lesen atau permit perniagaan atau perdagangan.

      4.4.3 Memliki harta seperti tanah, tempat/rumah kediaman, bangunan
            perniagaan, kenderaan bermotor.

      4.4.4 Memiliki saham, bon dan wang tunai di bank.

      4.4.5 Memiliki lain-lain harta yang ditentukan oleh syarikat dan masa ke
            semasa

      Petugas yang tidak mematuhi polisi dan peraturan ini dianggap melakukan
      kesalahan atau ingkar perintah syarikat dan boleh dikenakan tindakan
      tatatertib.


SEKSYEN 5 -        KEAIBAN KEDUDUKAN KEWANGAN

5.1   Petugas tidak dibenarkan meletakkan atau menyebabkan dirinya berada
      dalam kesesakan wang yang serius atau mendatangkan keaiban dalam
      kedudukan kewangan. Kesesakan wang yang serious bermaksud kedudukan
      hutang yang ditanggung oleh petugas telah benar-benar menyebabkannya
      menghadapi kesusahan kewangan.


                                       -7-
5.2   Petugas dianggap mengalami keaiban kedudukan kewangan:-

      5.2.1 Apabila disahkan sebagai penghutang oleh mahkamah dan sepanjang
            tempoh hutang itu tidak dijelaskan tanpa mengira amaun yang terlibat;
            atau

      5.2.2 Apabila distiharkan     muflis dan sepanjang tempoh kemuflisannya
            tidak dibatalkan tanpa mengira amaun yang terlibat; atau

      5.2.3 Tanpa memudaratkan perkara (5.2.1) atau (5.2.2) di atas, apabila
            dibuktikan amaun hutangnya melebihi enam bulan pendapatannya
            (tidak termasuk hutang melibatkan sewa beli kenderaan, pinjaman
            rumah yang bersandarkan hartanah dan pinjaman-pinjaman bercagar
            yang lain).

5.3   Keaiban kedudukan kewangan adalah dikira menjejaskan keberkesanan
      perkhidmatan petugas dan/ atau menjejaskan nama baik syarikat sehingga
      membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadapnya.

5.4   Petugas dikehendaki dengan segera memberitahu syarikat sepenuhnya
      tentang kedudukan keaiban kewangan yang dialaminya. Petugas yang gagal
      atau lengah melaporkan keaiban kedudukan kewangan atau yang membuat
      laporan tetapi gagal memberitahu sepenuhnya kedudukan hutangnya atau
      memberi keterangan palsu dan mengelirukan, adalah dikira melanggar
      peraturan seksyen ini dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.


SEKSYEN 6 -       TARAF KEHIDUPAN YANG MELEBIHI PENDAPATAN
                  RASMI DAN PUNCA PENDAPATAN SENDIRI YANG SAH

6.1   Apabila syarikat berpendapat bahawa seorang petugas itu mempunyai :-

      6.1.1 Taraf   kehidupan yang melebihi pendapatan rasmi dan punca
            pendapatan sendiri yang sah, sekiranya ada, atau

      6.1.2 Kawalan atau memiliki punca kewangan atau harta yang nilainya tidak
            seimbang dengan, atau tidak mungkin diperolehi dari pendapatan
            sendiri yang sah.

      maka syarikat boleh meminta petugas berkenaan memberi penjelasan bertulis
      bagaimana ia mampu mengadakan taraf kehidupan sedemikian atau
      bagaimana punca-punca kewangan dan harta berkenaan diperolehi.



SEKSYEN 7 -       PEMINJAMAN WANG

7.1   Petugas    tidak digalakkan meminjam wang dari mana-mana orang
      perseorangan atau bertindak sebagai seorang penjamin kepada mana-mana

                                      -8-
      peminjam, atau meletakkan dirinya berobligasi   kepada seseorang / badan
      korporat:-

      7.1.1 Yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk di bawah kuasa
            rasminya.

      7.1.2 Yang mana petugas mempunyai atau berkemungkinan berurusan rasmi
            dengannya.

      7.1.3 Yang menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang.

7.2   Petugas, bagaimanapun boleh meminjam dari bank, syarikat insurans,
      koperasi atau syarikat pinjaman yang sah dan berlesen atau berhutang
      melalui perolehan barangan secara perjanjian sewa beli dengan syarat :-

      7.2.1 Bank, syarikat insurans, koperasi atau syarikat pinjaman yang mana
            petugas itu tidak tertakluk secara langsung dibawah kuasa rasminya.

      7.2.2 Pinjaman-pinjaman berkenaan tidak mendatangkan skandal atau
            disalahtakrifkan sebagai menyalahgunakan kedudukannya untuk
            keuntungan peribadi, atau

      7.2.3 Jumlah hutangnya tidak atau tiada berkemungkinan mengakibatkan
            keaiban kedudukan kewangan kepadanya sebagaimana didefinasikan
            dibawah Seksyen 5.


SEKSYEN 8 -        PENERBITAN BUKU/ARTIKEL

Petugas tidak dibenarkan menerbit atau menulis buku, rencana, artikel yang
mengupas dan / atau mendedahkan aktiviti dan rahsia perniagaan syarikat
melainkan dengan kebenaran bertulis dari syarikat.


SEKSYEN 9 -        PENYERTAAN DI MEDIA

Petugas tidak dibenarkan menggunakan lambang syarikat/kepala surat rasmi
syarikat atau menyertai dalam apa jua bentuk iklan atau penyiaran di media cetak
atau elektronik melainkan dengan kebenaran bertulis dari syarikat, melainkan
penerbitan-penerbitan syarikat.


SEKSYEN 10 -       MEMBUAT KENYATAAN AWAM

10.1 Petugas tidak dibenarkan melainkan setelah diluluskan oleh syarikat
     mengeluar, membuat atau mengedar apa-apa kenyataan awam sama ada
     secara lisan atau bertulis mengenai dasar, program atau keputusan-keputusan
     syarikat.


                                      -9-
10.2 Petugas tidak dibenarkan melainkan setelah diluluskan oleh syarikat
     membuat apa-apa kenyataan awam secara lisan atau bertulis berhubung
     dengan urusan jabatan atau subsidiari dimana ia sedang atau pernah
     bertugas.

10.3 Petugas    tidak dibenarkan, melainkan setelah diluluskan oleh syarikat
     membincang sama ada secara lisan atau bertulis atau memberi apa-apa
     penerangan yang berkait dengan apa-apa tindakan yang diambil oleh syarikat
     berhubung dengan mana-mana perkara rasmi yang melibatkan petugas
     berkenaan.


10.4   Petugas tidak dibenarkan memberi maklumat rujukan berkaitan dengan tugas
       hariannya. Bagaimanapun peraturan ini tidak menghalang petugas memberi
       rujukan hanya secara maklumat peribadi dikeluarkan kepada institusi tertentu
       bagi tujuan yang dibenarkan oleh syarikat.

10.5 Walau apapun peruntukan perkara 10.1 hingga 10.4 di atas petugas tidak
     boleh sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan cara lain yang boleh
     menjejaskan reputasi syarikat atau mungkin memalukan syarikat.


SEKSYEN 11 -        MEMATUHI MASA BERTUGAS

11.1 Petugas tidak boleh datang lewat dan balik awal bekerja dari masa yang
     ditetapkan dengan tanpa kebenaran. Kekerapan mengulangi kesalahan ini
     petugas juga dikira tidak berdisiplin dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

11.2 Petugas tidak dibenar meninggalkan pejabat dalam tempuh waktu kerja
     kecuali atas urusan menjalankan tugas di luar pejabat setelah mendapat
     kebenaran dari syarikat.

11.3 Pelanggaran peraturan berhubung dengan masa bekerja syarikat boleh
     mengenakan tindakan tatatertib kepada petugas yang terlibat.


SEKSYEN 12 -        TIDAK HADIR BERTUGAS

12.1 Petugas yang tidak hadir bertugas selama empat (4) hari bekerja atau lebih
     secara berturut-turut bagi petugas bergaji bulan dan lebih daripada dua (2)
     hari bekerja berturut-turut bagi petugas bergaji hari adalah dikira telah
     melakukan kesalahan ketidakhadiran bertugas dan memecah syarat asas
     kontrak perkhidmatan yang boleh disifatkan telah meletakan jawatan tanpa
     notis dan menamatkan perkhidmatannya melainkan dia mempunyai alasan
     munasabah yang boleh diterima oleh syarikat untuk berbuat demikian dan dia
     telah memberitahu atau cuba memberitahu syarikat tentang alasan tersebut
     sebelum atau seawal yang boleh semasa ketidakhadiran tersebut. Akibat
     pelanggaran kontrak perkhidmatan tersebut petugas berkenaan dikehendaki
     membayar notis perletakan jawatan kepada syarikat.
                                     - 10 -
12.2 Petugas yang melakukan kesalahan seperti di para 12.1 di atas tidak berhak
     menerima gaji atau elaun bagi tempoh tersebut.




SEKSYEN 13 -       TANGGUNGJAWAB               MELAPOR          PELANGGARAN
                   TATATERTIB PETUGAS

13.1 Sekiranya seseorang petugas didapati tidak efisyen atau telah melanggar
     peraturan atau Syarat-Syarat Perkhidmatan atau apa-apa peraturan yang
     ditetapkan oleh syarikat, ketuanya atau petugas yang menyelianya
     dikehendaki melaporkan segera secara lisan atau bertulis kepada pengurusan
     mengenai pelanggaran tersebut. Laporan yang dibuat secara lisan hendaklah
     disahkan secara bertulis. Ketua atau petugas menyelia tersebut hendaklah
     bekerjasama dengan pengurusan menjalankan penyiasatan ke atas perkara
     tersebut. Perkara ini dijelaskan dalam Polisi Pemberian Maklumat.

13.2 Petugas menyelia yang gagal mematuhi peruntukan diatas dikira melakukan
     kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib terhadapnya.


SEKSYEN 14 -       LAYANAN ADIL DAN SAKSAMA

Segala urusan perniagaan bagi pihak syarikat hendaklah dijalankan dengan adil dan
saksama. Petugas tidak boleh dipengaruhi oleh persahabatan atau perhubungan
sama ada dalam memenuhi kehendak pelanggan atau mengesyorkan kehendak
pelanggan dipenuhi. Sebarang keputusan hendaklah dibuat semata-mata atas dasar
perniagaan yang ketat dan berkecuali serta memberi faedah kepada syarikat.


SEKSYEN 15 -       MEMELIHARA HARTA BENDA SYARIKAT

Petugas tidak dibenarkan terlibat atau melakukan sesuatu secara langsung atau
tidak langsung yang bertentangan dengan peraturan kerja atau cuai sehingga
mendatangkan bencana atau kerosakan ke atas harta benda syarikat.


SEKSYEN 16 -       KERAHSIAAN MAKLUMAT

16.1 Petugas hendaklah mengambil langkah agar semua maklumat dan dokumen
     sulit tidak terdedah kepada pihak yang tidak berkenaan.

16.2 Petugas tidak dibenarkan mendedah, memberitahu, meminda atau
     menggunakan apa-apa maklumat sulit kepunyaan syarikat, dan ia hendaklah
     semasa dan selepas berkhidmat dengan syarikat mengambil langkah-langkah
     sewajarnya untuk menyimpan maklumat-maklumat itu secara sulit.
                                      - 11 -
16.3 Petugas yang dipertanggungjawabkan mengendalikan maklumat sulit/rahsia
     tidak dibenarkan mendedah atau membincangkan mengenainya kepada pihak
     yang tidak berkenaan.


16.4 Petugas tidak dibenarkan menyimpan salinan asal atau membuat salinan-
     salinan telegram, surat, peta, laporan, lukisan, perkiraan, spesifikasi, formula,
     borang, lesen, perjanjian atau dokumen-dokumen lain kepunyaan syarikat,
     menyimpan contoh-contoh spesimen dimana syarikat mungkin atau pernah
     menunjukkan minat melainkan dengan kebenaran syarikat atau dengan
     tujuan melaksanakan tugasnya. Sekiranya perkara-perkara tersebut berada
     dalam simpanan petugas berkenaan selepas tamat perkhidmatannya dengan
     syarikat, ia hendaklah menyerahkannya kembali kepada syarikat walaupun
     tanpa diminta berbuat demikian.


SEKSYEN 17 -        PENGLIBATAN     DALAM     AKTIVITI                    KHIDMAT
                    MASYARAKAT, REKREASI DAN SUKAN

Syarikat tidak menghalang petugas untuk menyertai khidmat sukarela awam,
rekreasi, sukan dan aktiviti kemasyarakatan di luar waktu bertugas selagi
perkhidmatan di syarikat tidak diabaikan dan dilaksanakan dengan sempurna.
Petugas yang menyertai aktiviti tersebut bukan anjuran syarikat hendaklah
menggunakan peruntukan cuti tahunan.


SEKSYEN 18 -        PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI POLITIK

18.1 Syarikat akur bahawa sebagai warga negara, petugas ingin melibatkan diri
     dalam kegiatan parti politik yang sah. Syarikat tidak berniat melarang
     petugas berbuat demikian dan untuk mengelakkan syarikat terlibat atau
     dianggap menyokong mana-mana parti politik, petugas dikehendaki
     menggunakan masa di luar waktu bertugas mereka atau mengambil cuti
     tahun untuk menyertai kegiatan parti politik sebagai ahli biasa. Tiada cuti
     khas sama ada bergaji atau tanpa gaji akan diberi untuk tujuan ini.

18.2 Petugas dilarang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik. Petugas
     dikira menamatkan kontrak perkhidmatan dengan syarikat sebaik sahaja
     mereka menerima jawatan tersebut.

18.3 Petugas dikehendaki meletakkan jawatan apabila mereka menawarkan diri
     untuk menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya yang dijalankan oleh
     Suruhanjaya Pilihan Raya dan sekiranya tidak berbuat demikian, mereka akan
     dianggap telah menamatkan kontrak perkhidmatan dengan syarikat sebaik
     sahaja kertas pencalonnya difailkan.




                                        - 12 -
SEKSYEN 19 -        MELAKUKAN PERBUATAN TERLARANG

19.1   Umum

       Petugas adalah dilarang dari terlibat dengan sebarang salahlaku dan aktiviti
       tidak bermoral didalam atau diluar waktu bertugas dimana-mana tempat yang
       tidak sewajarnya. Sekiranya petugas disabitkan oleh pihak berkuasa atau
       dibuktikan terlibat dengan aktiviti tersebut oleh syarikat yang boleh
       menjatuhkan nama baik syarikat, maka petugas dikira melakukan kesalahan
       dan tertakluk kepada tindakan tatatertib. Kesalahan-kesalahan itu antara lain
       dijelaskan seperti perkara-perkara berikut di dalam seksyen ini.

19.2   Mengambil Minuman Keras

       Petugas adalah dilarang menyimpan, membawa, mengambil atau berada di
       bawah pengaruh minuman keras semasa menjalankan tugas rasmi syarikat
       sama ada didalam atau diluar premis syarikat.

19.3   Menyalahgunakan Dadah

       Petugas adalah dilarang terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti
       menagih, menyimpan, mengedar, memproses dan lain-lain perbuatan yang
       menyalahi undang-undang negara (kecuali untuk tujuan perubatan yang
       ditetapkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dibawah Akta Perubatan
       1971).

19.4   Merokok

       Petugas adalah dilarang merokok di dalam mana-mana kawasan syarikat
       melainkan di kawasan yang dibenarkan sebagai kawasan merokok.

19.5   Berjudi

       Petugas adalah ditegah melibatkan diri dalam sebarang bentuk perjudian
       sewaktu bertugas sama ada di dalam atau diluar kawasan syarikat. Larangan
       ini termasuk menggunakan peralatan dan alat perhubungan syarikat untuk
       tujuan perjudian

19.6   Membawa Senjata Merbahaya

       Petugas adalah dilarang membawa senjata merbahaya atau bahan yang boleh
       mendatangkan kecederaan atau mengancam keselamatan sesiapa tanpa
       kebenaran syarikat atau dibenarkan oleh undang-undang ke tempat kerja dan
       premis syarikat.




                                       - 13 -
19.7   Penglibatan Dalam Jenayah

       Petugas adalah dilarang terlibat di dalam sebarang aktiviti berbentuk jenayah.
       Jika didapati sabit atau disahkan oleh mahkamah, Syarikat boleh mengambil
       tindakan menamatkan perkhidmatan.


SEKSYEN 20 -        TERLIBAT DENGAN RASUAH

20.1   Petugas (termasuk waris atau saudara mara) adalah dilarang terlibat dengan
       rasuah iaitu:-

       20.1.1 Meminta, menerima, menawar, memberi atau bersetuju memberi atau
              menerima suapan rasuah dalam bentuk hadiah atau cenderahati
              seperti wang, benda bernilai untuk faedah dan kebaikan peribadinya
              sendiri (atau anggota keluarganya) atau perkhidmatan (termasuk
              permintaan untuk dihiburkan) sebagai dorongan atau upah untuk
              melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan
              transaksi atau berkenaan dengan urusan rasmi syarikat daripada
              pelanggan      atau     rakan      perniagaan     atau      pembekal
              barangan/perkhidmatan atau mana-mana orang yang boleh ditafsirkan
              sebagai balasan terhadap permasalahan perkhidmatan, pembekalan
              barangan, kerja kontrak atau perkhidmatan daripada syarikat.

       20.1.2 Mengemukakan dokumen tuntutan      yang diketahui atau disedari
              palsu kepada syarikat dengan tujuan untuk mengelirukan atau
              memperdayakan syarikat.

       20.1.3 Menyalahgunakan     jawatan     atau    kedudukan untuk mendapat
              suapan, membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan
              berhubung dengan apa-apa perkara di mana dianya, saudara maranya
              atau sekutunya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung

20.2   Walau bagaimana pun petugas (termasuk waris atau saudara mara) boleh
       menerima:-

       20.2.1 Sebarang bentuk hiburan perniagaan yang rasmi seperti jamuan
              makan yang melibatkan kemudahan biasa.

       20.2.2 Sebarang manfaat peribadi hasil daripada persaudaraa/perkahwinan.

       20.2.3 Hadiah atau cenderahati yang tidak mempunyai nilai komersial ketika
              hari-hari perayaan.

       dengan syarat penerimaan cenderahati, hadiah atau hiburan tersebut tidak
       meletakkan petugas dalam keadaan serba salah atau menimbulkan
       kecurigaan dan jika penolakan pemberian tersebut boleh menjejaskan
       hubungan dengan pelanggan.
                                        - 14 -
SEKSYEN 21 -       INGKAR MEMATUHI ARAHAN BERTUKAR DAN/ATAU
                   MENERIMA TUGAS

21.1   Petugas dianggap mengingkari perintah syarikat apabila enggan bertukar
       tempat kerja apabila diarahkan kepadanya.

21.2   Petugas boleh diberi sebarang tugas dan tanggungjawab yang bersesuaian
       mengikut jawatannya. Petugas hendaklah menurut perintah arahan ketuanya
       atau sesiapa jua yang diwakilkan kuasa.


SEKSYEN 22 -       GANGGUAN SEKSUAL

22.1   Petugas perlu memberi contoh yang baik dengan menjalin hubungan kerja
       yang betul dan sesuai dengan rakan setugas dan ketua mereka dan petugas
       sama ada lelaki atau perempuan. Petugas yang terlibat dalam sebarang
       perilaku yang tidak sihat dan tidak diingini adalah bertentangan dengan
       peraturan syarikat dan kod ini.

22.2   Petugas ditegah dalam setiap masa dari melibatkan diri dalam sebarang
       tingkah laku yang mengganggu, mengaib atau mengancam yang bersifat
       seksual.

22.3   Gangguan seksual ditakrifkan sebagai sebarang tingkah laku seksual yang
       tidak diingini sama ada berbentuk lisan, isyarat, visual, psikologi atau
       sentuhan fizikal termasuk apa-apa catatan yang dihantar melalui media
       elektronik yang memaparkan unsur-unsur seks atau gambar-gambar lucah
       yang tidak sepatutnya dihantar, atas sebab munasabah dianggap oleh
       penerima sebagai :-

       22.3.1 Mengenakan satu syarat berbentuk seksual di dalam pekerjaannya.

       22.3.2 Satu pencabulan maruah, penghinaan atau ugutan terhadap dirinya
              yang tiada kaitan secara langsung dengan pekerjaannya.

22.4   Gangguan seksual dibahagikan kepada dua kategori iaitu berbentuk ugutan
       dan berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi iaitu:-

       22.4.1 Gangguan     seksual berbentuk ugutan dilakukan oleh petugas
              kanan yang mempunyai kuasa ke atas faedah-faedah pekerjaan dan
              kebajikan petugas mengugut petugas di bawah seliaannya supaya
              memberi layanan seksual. Jika akur dengan ugutan tersebut, petugas
              berkenaan akan mendapat faedah berkaitan pekerjaannya dan jika
              menolak, faedah-faedah yang berkaitan dengan pekerjaannya
              dinafikan.




                                      - 15 -
       22.4.2 Gangguan seksual berbentuk ancaman melibatkan perlakuan yang
              dianggap oleh penerima sebagai penghinaan, ugutan atau ancaman
              tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah-faedah
              pekerjaan.    Bagaimanapun perlakuan ini menimbulkan gangguan
              dalam suasana pekerjaan yang mana penerima terpaksa menanggung
              gangguan itu bagi meneruskan pekerjaannya. Gangguan seksual oleh
              petugas kepada petugas lain tergolong dalam kategori ini.

22.5 Gangguan seksual      merangkumi    pelbagai   tingkah   laku seksual seperti
     berikut:-

       22.5.1 Gangguan secara lisan – kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan
              soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

       22.5.2 Gangguan secara isyarat / bukan lisan – pandangan atau kerlingan
              yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau
              memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat
              tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks,
              tingkah laku mengurat yang berterusan.

       22.5.3 Gangguan visual – menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar
              lucah, menulis surat berunsur seksual mendedahkan bahagian badan
              yang sulit yang tidak sepatutnya didedahkan.

       22.5.4 Gangguan psikologi – mengulangi jemputan social yang telah tidak
              diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk
              bercumbuan.

       22.5.5 Gangguan fizikal – sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit,
              mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual
              dan seumpamanya.

22.6   Petugas yang disyaki melakukan perilaku gangguan seksual akan diminta
       memberi penjelasan dan jika didapati benar, tindakan tatatertib akan
       dikenakan ke atasnya.


SEKSYEN 23 -       ETIKA BERPAKAIAN

23.1   Petugas yang bertugas hendaklah sentiasa berpakaian sesuai seperti yang
       ditetapkan oleh syarikat dari masa kesemasa.

23.2   Petugas yang menghadiri majlis rasmi syarikat hendaklah berpakaian seperti
       yang ditetapkan untuk majlis berkenaan. Jika tatapakaian untuk majlis itu
       tidak ditetapkan petugas boleh memakai pakaian yang bersesuaian dengan
       majlis tersebut.




                                      - 16 -
SEKSYEN 24 -       SALURAN PETUGAS MENYATAKAN PANDANGAN ATAU
                   ADUAN

Petugas boleh menyatakan pandangan atau aduan mereka mengenai apa jua
perkara dengan tujuan menjaga kepentingan syarikat, secara bertulis kepada Ketua
Eksekutif. Perkara ini selari dengan ‘Polisi Pemberian Maklumat’ (Whistle Blowing).


SEKSYEN 25 -       ALASAN MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB

25.1   Sebagai tambahan kepada seksyen-seksyen di atas, syarikat boleh mengambil
       tindakan tatatertib terhadap mana-mana petugas yang terlibat dalam
       perkara-perkara berikut:-

       25.1.1 Salah Laku Ringan

             Kesalahan-kesalahan berikut adalah contoh kesalahan ringan.

             a)    Lewat datang bertugas tanpa kebenaran.

             b)    Keluar tugas awal sebelum tamat waktu bertugas tanpa
                   kebenaran.

             c)    Meninggalkan tempat kerja tanpa kebenaran.

             d)    Berbual-bual kosong sehingga menyebabkan gangguan kepada
                   kelancaran kerja diri dan petugas lain.

             e)    Mensia-siakan masa tanpa membuat sebarang kerja.

             f)    Sengaja melewatkan penyelesaian tugas.

             g)    Menghentikan kerja sebelum waktu yang ditetapkan atau secara
                   yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran.

             h)    Menjawab telefon dengan cara tidak sopan, nada suara yang
                   tinggi atau menggunakan kata-kata kasar atau secara yang
                   tidak sepatutnya tanpa kebenaran

             i)    Menumpangkan orang awam/ petugas yang tidak berkenaan
                   menaiki kenderaan syarikat.

             j)    Cuai membuat catatan yang betul dalam dokumen dan buku-
                   buku rekod.

             k)    Berlagak samseng (nuisance) di premis syarikat.

             l)    Tidak memakai pakaian seragam yang disediakan oleh syarikat.

                                       - 17 -
     m)    Menjual atau mengiklankan barangan bukan hak syarikat dalam
           waktu kerja kepada petugas lain.

     n)    Enggan melaporkan kepada syarikat tentang kecacatan,
           kelemahan, masalah mesin dan peralatan di tempat kerja.

25.1.2 Salah Laku Berat

     Kesalahan-kesalahan berikut adalah contoh kesalahan berat/ serius
     dan boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja/
     singkir dari perkhidmatan apabila petugas disabitkan.

     a)    Melakukan perbuatan yang bertentangan atau mengingkari
           perintah/ arahan yang ditetapkan oleh syarikat atau bersubahat
           dengannya.

     b)    Berulang kali meninggalkan tempat bertugas atau keluar tugas
           awal sebelum tamat waktu bertugas tanpa kebenaran

     c)    Berulang kali memberitahu tidak dapat bertugas atas sesuatu
           sebab dalam tempoh yang singkat sebelum masuk waktu
           bertugas.

     d)    Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau kebenaran dan tanpa
           usaha untuk memberitahu atau cuba memberitahu/
           menghubungi      Pegawai   Penyelia/   Pejabat/   tempat
           bertugas.

     e)    Melakukan sendiri atau membantu petugas lain dalam apa jua
           bentuk untuk memalsukan catatan kedatangan bertugas.

     f)    Lalai/ tidak cekap atau tidak berpasukan kepada petugas
           menyebabkan gagal menunjukkan prestasi kerja yang
           memuaskan dan mencapai standard yang ditetapkan.

     g)    Mempengaruhi petugas lain atau melakukan sendiri dengan
           melengah-lengahkan kerja atau tidak berusaha untuk
           mengendalikan sesuatu urusan supaya selesai pada tarikh yang
           ditetapkan atau sampai ke destinasi mengikut jadual.

     h)    Membuat tuntutan palsu atau membuat pernyataan yang salah
           dalam apa-apa borang untuk perbelanjaan syarikat.

     i)    Menggelapkan wang syarikat, tidak meremitkan wang
           pendapatan syarikat dalam masa sepatutnya, tidak membuat
           catatan yang benar atau betul dalam buku-buku rekod, cuai
           atau dengan sengaja menyebabkan kerugian kepada syarikat,
           atau bersubahat dalam perlakuan seumpamanya.
                             - 18 -
j)   Membawa pengaruh luar dengan         tujuan buruk terhadap
     syarikat ataupun petugas syarikat.

k)   Disabitkan dengan kesalahan jenayah menyebabkan reputasinya
     sebagai petugas terjejas.

l)   Menyalahgunakan harta benda syarikat untuk kepentingan
     peribadi tanpa kebenaran dari syarikat.

m)   Menggunakan nama syarikat untuk kepentingan peribadi.

n)   Mengadakan sesuatu mesyuarat atau perhimpunan tanpa
     kebenaran dalam kawasan syarikat.

o)   Melakukan kehilangan atau kerosakan atau kerugian ke atas
     peralatan/ harta benda / perkhidmatan syarikat atau petugas
     lain.

p)   Membenarkan orang-orang tertentu yang bukan petugas
     menggunakan harta dan kemudahan yang diperuntukan
     kepadanya tanpa kebenaran.

q)   Mencuri, menipu dan mengamalkan perbuatan tidak jujur
     termasuk percubaan melakukan yang berkaitan dengan urus
     niaga, produk, perkhidmatan atau harta benda syarikat.

r)   Menghadirkan diri, melakukan atau melibatkan diri dalam
     sesuatu perbuatan yang tidak bermoral ditempat-tempat yang
     bertentangan atau dilarang oleh undang-undang kerajaan atau
     peraturan syarikat boleh menjatuhkan nama baik diri dan
     syarikat.

s)   Memalsukan atau mengubah sesuatu yang terkandung dalam
     sesuatu dokumen dengan tujuan menipu.

t)   Tidak melaporkan kemalangan yang           berkaitan dengan
     syarikat atau cuba menutup sesuatu kesalahan yang dilakukan
     oleh petugas di bawah seliaan.

u)   Menimbulkan gangguan atau kekacauan dalam kawasan syarikat.

v)   Melakukan kekerasan, kekejaman, menyerang, bergaduh,
     sama ada menggunakan sebarang tindakan fizikal atau tidak
     terhadap petugas lain atau pelanggan dalam kawasan syarikat.

w)   Menjalankan piket, mogok haram, atau menghasut atau
     mengumpat petugas lain supaya melancarkan mogok haram
                       - 19 -
                    yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang.



             x)     Melakukan sabotaj atau ‘tampering’ terhadap alat jentera atau
                    lain perkakasan untuk mendatangkan masalah kepada syarikat.

             y)     Tidur dalam waktu kerja.

             z)     Memusnahkan      atau   menyorok    dokumen     syarikat   tanpa
                    kebenaran.

             aa)    Dihukum oleh mahkamah atas kesalahan jenayah.

             bb)    Terlibat dengan kes yang memalukan dan menjatuhkan
                    imej syarikat dan diri sendiri sama ada di dalam atau di luar
                    kawasan syarikat tidak kira di dalam waktu kerja atau tidak.

             cc)    Terlibat dengan kes dan kesalahan yang dianggap serius.

             dd)    Memungut wang atau menyebarkan poster di dalam kawasan
                    syarikat dengan tanpa kebenaran.

             ee)    Enggan atau gagal menyerahkan laporan perubatan / kesihatan
                    dirinya yang diminta oleh syarikat.

             ff)    Merakamkan waktu keluar masuk kerja petugas lain.


       25.1.3 Kelakuan lain yang disifatkan oleh syarikat sebagai tidak sesuai atau
              tidak wajar bagi seseorang petugas.

       25.1.4 Pelanggaran mana-mana terma dalam Kontrak Perkhidmatan atau
              Terma dan Syarat Perkhidmatan atau Tatakelakuan, polisi dan
              prosedur, garis panduan atau memorandum/ pekeliling atau mana-
              mana kaedah dan peraturan syarikat ini.

25.2   Salah laku kecil berulang-ulang akan disifatkan sebagai salah laku berat atau
       melampau ;

25.3   Petugas    yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman tatatertib
       menurut peraturan tindakan tatatertib berasaskan kepada prinsip keadilan
       asasi.


SEKSYEN 26 -        HAK BELA DIRI

26.1   Walau apapun perkara 25.3 tiada petugas akan dikenakan tindakan
       tatatertib di bawah perkara ini, melainkan jika dia telah diberitahu secara
                                       - 20 -
       bertulis tentang alasan tindakan yang hendak diambil terhadapnya dan dia
       telah diberi peluang untuk membela diri.


26.2   Perkara 26.1 tidak boleh dipakai dalam hal-hal berikut:-

       26.2.1 Apabila petugas dipecat atau diturunkan pangkat atas alasan dia
              disabitkan kesalahan jenayah; atau

       26.2.2 Apabila syarikat berpuas hati bahawa beberapa alasan (yang akan
              dirakamkan secara bertulis) adalah tidak praktikal untuk melaksanakan
              kehendak perkara 26.1.


SEKSYEN 27 -        HAK RAYUAN

Jika petugas yang tindakan tatatertib telah diambil keatasnya tidak berpuas hati
dengan keputusan yang dibuat itu, dianya boleh membuat rayuan kepada syarikat
dalam tempoh masa 14 hari selepas keputusan tatatertib diambil .




                                   ...ooo000ooo...
                                      10/02/2007




                                        - 21 -

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1209
posted:7/28/2011
language:Malay
pages:22
Description: Rayuan Untuk Mengurangkan Pinjaman Bank document sample