Docstoc

cara meningkatkan trafik ke blog anda

Document Sample
cara meningkatkan trafik ke blog anda Powered By Docstoc
					Ebook cara-cara meningkatkan trafik ke blog anda - oleh JomPHP

Ditulis oleh EiNS Special credit Cyberfly Software: Windows live writer dan Microsoft Word 2007 Hakcipta JomPHP 2009. Jangan curik ya!

Anda seorang penulis blog yang bagus, mempunyai blog yang cantik, gempak, colourful dan sebagainya. Anda bangga dengan hasil tulisan tangan anda. Anda rajin menulis berpuluh2 dan beratus2 entri yang panjang berjela. Anda sanggup upload beribu2 gambar dan video ke dalam blog anda. Pendek kata anda seorang blogger yang berdedikasi dan bersemangat waja. Sayangnya, tiada orang pun yang ambil kisah pasal hasil dan penat lelah anda mengusahakan blog itu. Tiada komen, tiada feedback, tiada followers, tiada pembaca tetap, tiada silent readers, trafik tidak seberapa dan akhirnya anda give up, lalu berhenti blogging. Rugi lah macam tu kan? Trafik merupakan perkara terpenting bagi seseorang insan yang mengaku dirinya blogger. Tanpa trafik, tiadalah inspirasi anda untuk menulis blog. Jadi, di kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk meningkatkan traffik ke blog anda. Bukan untuk menjadi glamour atau mengejar populariti, tetapi lebih kearah membuat blog dan diri anda sendiri lebih dihargai. Saya bukanlah seorang pakar, tetapi saya berharap tips2 yang bakal diberikan oleh saya ini mampu meningkatkan traffik walaupun sedikit ke blog anda. Search Engine Optimization (SEO) Untuk pengetahuan anda, search engine seperti Google dan Yahoo bukanlah 100% tepat dan relevan. SEO adalah teknik manipulasi keyword, sitemap, permalink, tags dan pelbagai aspek dan komponen sesebuah blog dan website untuk mendapatkan ranking yang lebih tinggi di search engine result page (serp). Contohnya, walaupun jomphp bukan blog yang berkaitan dengan drama jepun tetapi ianya tetap ter-index di page2 utama carian Google Malaysia dengan keyword „drama jepun‟. Dengan teknik SEO, anda mampu memacu traffik melalui search engine ke blog anda, biarpun isi kandungan blog anda tidak ada kaitan langsung dengan keyword yang digunakan.

Teknik SEO blog sangat2 spesifik dan memerlukan penerangan yang panjang lebar. Jika saya ada masa insyaAllah saya akan ceritakan serba sedikit mengenai seo di masa akan datang. Social Networking

Anda ada facebook, myspace dan friendster, kenapa tidak gunakannya untuk mempromosi blog anda? Jika anda menggunakan facebook, anda boleh share link kepada post di website anda setiap kali anda post entri baru atau set status kepada url blog anda. Anda juga boleh membuat fan page bagi blog anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi NetworkedBlogs dan letakkan di bahagian sidebar blog anda. Jika anda menggunakan friendster, anda boleh design dan letak banner besar2 mempromosi blog anda dalam profile friendster anda. Boleh juga kalau minta kawan2 tolong promo banner blog anda di profile mereka. Selain itu, anda boleh set status kepada url blog anda dan post buletin dengan link kepada blog anda. Myspace…err sori tak biasa guna.

Twitter micro-blogging Twitter adalah laman micro-blogging yang sangat popular sekarang. Semua blogger amat digalakkan menggunakan twitter dan kalau guna tu hendaklah aktif. Kunci kejayaan promosi melalui twitter ialah mendapatkan jumlah followers yang ramai dan kekreatifan anda menggunakan bait2 kata yang manis untuk memikat followers untuk klik pada link yang anda post. Contohnya, selepas membuat satu post baru di JomPHP, saya tweet “Anda semua memang best kalau rajin baca updates terbaru aku di http://jomphp.com”.

Harap2lah ada rakan2 yang klik pada link tersebut dan singgah di JomPHP. Selama saya menggunakan twitter, jumlah traffic yang datang dari twitter sangatlah memuaskan. Anda pun harus gunakan twitter juga. Social Bookmarking

Jika anda menulis blog dalam bahasa Inggeris, anda amat digalakkan untuk submit post anda ke digg, stumbleupon, reddit etc. Ini kerana jika post yang anda tulis itu benar2 original, berkualiti dan unik, anda mungkin mendapat peluang muncul di muka depan laman2 social bookmarking tersebut. Laman2 social bookmarking terkenal mempunyai page rank yang tinggi dan boleh memacu traffik sehingga beribu2 dan berpuluh2 ribu hits ke blog anda. Negaraku.net juga boleh dijadikan sumber traffik yang bagus bagi blogger tempatan. Submit entri baru anda dan jika bernasib baik ramai yang akan fave it entri2 tersebut.

Blog Directories

Anda boleh submit blog anda ke blog directories, iaitu laman yang mengindex blog anda berdasarkan category dan keyword. Cadangan saya, anda boleh submit di mybloglog, blogcatalog dan technorati. Bagi blog tempatan anda boleh submit di Ntahla, BloggerMelayu dan BloggerMalaysia.info. Bersambung part 2. Technorati Tags: ntahla,bloggermelayu,bloggermalaysia,cara tingkat trafik,trafik blog,buat blog jadi popular,tingkatkan jumlan komen,cara seo blogspot,cara seo wordpress,teknik seo,belajar seo,trafik percuma,trafik tinggi ke blog,direktori blog,laman sosial,belajar twitter,apa itu twitter,apa itu facebook,jomphp,drama jepun

Entri ini adalah sambungan kepada entri cara meningkatkan trafik ke blog anda (part 1). Jika anda telah mengikuti semua langkah2 yang saya ceritakan di entri terdahulu, syabas saya ucapkan. Di bahagian 2 ini, saya akan terangkan mengenai beberapa cara untuk meningkatkan trafik blog. Jom tengok! Tingkatkan trafik menggunakan youtube

Tahukan anda bahawa Youtube merupakan laman web ketiga paling popular di dunia? Hanya ketinggalan sedikit berbanding Yahoo.com dan Google.com (sumber:alexa). Youtube mempunyai jutaan hits setiap hari dan jika anda kreatif anda mampu menjadikan youtube sebagai sumber trafik yang baik.

Teknik yang anda boleh gunakan ialah, upload video2 yang popular dan mampu menarik ramai penonton. Kemudian anda boleh letakkan watermark adress blog anda pada video, ataupun letak annotations seperti screenshots di atas. Pada bahagian description anda juga boleh letak url blog anda. Pada bahagian channel anda, jangan lupa letakkan banner atau url ke blog anda juga. Kuncinya di sini ialah, jadikan video yang anda upload itu sangat popular dan pastinya banyak trafik akan datang ke blog anda. Tingkatkan trafik dengan dengan Google Webmaster Tools Anda wajib menggunakan google webmaster tools seperti generate sitemap kemudian add di dalam dashboard google webmaster tools. Ini bertujuan untuk membuat segala content di blog anda di-index oleh googlebots dan dapat meningkatkan trafik melalui search engine. Tingkatkan trafik dengan yahoo answers

Yahoo answers boleh digunakan untuk anda bertanya dan menjawab soalan. Laman2 yahoo answers biasanya terindex di page2 utama di search engine. Oleh itu anda boleh memanfaatkan yahoo answers sebagai sumber trafik. Caranya ialah, dengan menggunakan multiple akaun, anda membuat soalan baru seperti “where is the best place to learn about wordpress?”. Kemudian dengan menggunakan akaun lain pula anda menjawab soalan tadi dengan jawapan seperti “You can learn about wordpress and blogger at http://jomphp.com”. Be creative. Tingkatkan trafik dengan menganjurkan pertandingan/contest Salah satu teknik yang sangat berkesan untuk menjana trafik dengan cepat ialah dengan menganjurkan pertandingan atau contest kepada pembaca. Jika hadiah yang anda tawarkan sangat lumayan tentulah ramai yang akan berminat. Tetapi anda harus mengeluarkan sedikit modal untuk menyediakan hadiah, atau lebih beruntung sekiranya ada pihak yang ingin sponsor hadiah kontest di blog anda. Anda juga boleh meletakkan syarat kepada peserta contest anda seperti wajib memberi link back kepada blog anda, atau wajib meletakkan banner. Anda juga boleh menggalakkan peserta contest untuk sebar kepada kawan2 di twitter dan facebook. Yang penting, kena kreatif lah!

Tingkatkan trafik dengan memberi perkhidmatan percuma atau bayaran murah Jika anda berbakat membuat blog, design menggunakan photshop, pandai melukis atau apa2 kemahiran, anda boleh membuat perkhidmatan secara percuma ataupun dengan bayaran yang sangat murah kepada pengunjung blog anda. Anda juga boleh memberi perisian percuma, games percuma, mp3 percuma dll kepada pengunjung blog anda. Bina jalinan antara admin blog dengan pengunjung, berikan yang terbaik untuk pengunjung blog, pastinya ramai orang akan suka berkunjung ke blog atau website anda. Tingkatkan trafik dengan ebook

Anda juga boleh menjana trafik menggunakan e-book. Samada anda menjual ebook atau memberi ebook tulisan anda sendiri secara percuma kepada pengunjung blog anda. Jika ebook anda bagus tentulah ramai yang download dan bacanya. Anda juga boleh meletakkan link kepada blog anda di dalam ebook tersebut. Letakkan iklan, banner, atau offer menarik di dalam kandungan ebook anda tersebut. Selain itu, ebook2 yang anda tulis juga boleh diupload di scribd dan docstoc untuk mencapai viewership yang tinggi. Tingatkan trafik dengan iklan Anda boleh meningkatkan trafik kepada blog anda dengan beriklan samada secara percuma atau berbayar di blog atau website yang mempunyai trafik yang tinggi dan pagerank yang tinggi. Pastikan link kepada blog anda itu dofollow. Jika anda mampu design iklan yang menarik dan cantik tentulah lebih ramai orang akan click pada iklan anda tersebut. Jika anda agak berada, anda boleh cuba beriklan melalui google adwords dan facebook ads. Lagi berbaloi, confirm tinggi trafik cuma anda haruslah mempunyai modal ya!

Tingkatkan tafik dengan membuat review blog Anda boleh membuat review blog dengan owner blog lain. Maksudnya anda menulis review mengenai blog si A dan si A akan menulis review mengenai blog anda pula. Dengan itu, anda akan mendapat faedah dari linkback yang diberikan si A. Blog review boleh dilakukan secara percuma (sukarela) ataupun berbayar.

Saya harap sedikit sebanyak tutorial yang saya tulis dapat menolong atau memberikan idea dan gambaran yang positif kepada anda. Perlukah tutorial ini disambung kepada part 3 pula ya? Technorati Tags: tingkat trafik blog,increase blog traffics,increase alexa rank,cara buat blog jadi popular,buat duit dari blog,belajar buat blog,teknik seo,teknik blog,perkhidmatan blog,wordpress blog,search engine optimization

Ada apa2 pertanyaan, pujian, sumbangan atau inginkan perkhidmatan kami? Mail to: eins@jomphp.com atau follow @einztrigger di twitter. Jangan lupa langgan artikel terbaru dari jomphp di sini. Peace! Tolong sebar kepada member2 ya! Dan tolong jangan curik idea2 kami (plagiarism). Ebook ini free jangan plak ada yang jual.


				
DOCUMENT INFO
Description: Cara meningkatkan trafik ke blog anda - ebook percuma dari EiNS, penulis JomPHP.com