Informasi Kerjaya Lepasan SPM by plrebook

VIEWS: 162 PAGES: 9

Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM

More Info
									PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA


Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai kalangan remaja
lepasan SPM sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?

Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan,mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang
belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian yang lebih tinggi nanti.

Keputusan peperiksaan SPM akan keluar tidak lama lagi.Mesti para pelajar lepasan SPM sekarang
sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar. Jadi
apakata sebelum mereka mendapat keputusan SPM nanti, mereka semestinya dahulu perlu persiapkan
diri mereka dengan maklumat-maklumat terkini mengenai peluang kerjaya.

Mereka juga mesti tertanya-tanya bagaimana nak memohon kerjaya atau peluang pengajian? Prosedur
permohonan? Tidak mengapa, untuk permulaan apa kata anda baca sedikit mengenai pemilihan kursus
pengajian selepas SPM. Mana tahu maklumat yang bakal diberikan sedikit sebanyak dapat membantu
mereka utamanya pelajar lepasan SPM dalam membuat persiapan selepas menerima keputusan SPM
2010 kelak.



Setelah menerima keputusan SPM nanti, tibalah masanya untuk para lepasan SPM memilih jalan
kehidupan yang seterusnya. Hal ini akan memfokuskan kepada proses pemilihan kursus pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.

Objektif utama kepada proses membuat keputusan ini ialah satu keputusan untuk mengikuti kursus
yang diharap paling bersesuaian dengan pelajar, mendapat restu dan sokongan daripada penjaga pelajar
khasnya ibu bapa. Restu itu penting untuk para pelajar kerana mereka akan sentiasa mendapat
keberkatan dalam hidup.

Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia
perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah
berjaya dalam bidang berkaitan.

Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha mendapatkan maklumat
berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat
keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.
Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui laman
web rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus,
risalah, majalah,buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI serta sumber-sumber yang lain.

Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus atau kerjaya yang ingin diikuti?
Adakah ia kejuruteraan, perubatan, perakaunan, ekonomi, sains atau sebagainya? Secara umumnya
jawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang dimiliki oleh seseorang
pelajar itu.

Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalah
berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri
pelajar setelah berjaya melaksanakannya.

Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, pelajar boleh mengambil
ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun Internet serta buku-buku panduan kerjaya yang
TERKINI. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan
personaliti diri pelajar.

Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia
tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.

Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya
dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti. Namun, kursus pengajian yang bakal
diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang
bakal diceburi kelak.

Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus
dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.

Jadi untuk anda pelajar lepasan SPM khususnya,aspek ini perlu diberikan penekanan dahulu iaitu
mengenali dan memahami ciri-ciri utama dalam pemilihan kerjaya.



MENGENALI DAN MEMAHAMI CIRI-CIRI UTAMA DALAM PEMILIHAN KERJAYA

       Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH

       Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga

       Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
      Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan

      Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.

Berikut yang diterangkan adalah tips-tips dalam pemilihan kerjaya. Mungkin banyak tips lagi yang
terdapat, tetapi saya rasa ianya cukup untuk menerangkan keseluruhannya. Keputusan SPM bakal keluar
dan kita akan berjumpa lagi untuk bertanya mengenai keputusan SPM pelajar-pelajar kita nanti.



Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini? Dapatkan rujukannya di
LepasanSPM.Com



TIPS KERJAYA SELEPAS SPM
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat dan
perancangan kerjaya selepas SPM. Tips dan maklumat berikut insyallah akan terus membantu anda
dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.

Anda dapat mengikuti serba sedikit apa yang akan diterangkan seterusnya.

Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan
selepas tamat persekolahan peringkat menengah.

Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang
terpilih.

Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad.Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana
institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda.

Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan
kerjaya selepas SPM nanti.

Keputusan anda kelak akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan.Jadi sebelum mengisi
borang permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik,minat dan komitmen anda.
Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat
sesuatu keputusan.
Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir
kembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap
keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh.

Namun begitu,komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda. Jika anda
mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan serta
cara-cara untuk mencapai kejayaan hendaklah dibuat.

Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu anda adalah penggerak utama
kepada diri anda sendiri.

Pembiayaan pelajaran semasa di IPT atau mana-mana institusi pengajian kelak sangat penting kerana
hampir kesemua tempat pengajian mengenakan bayaran yuran pengajian. Jika anda memilih untuk ke
institusi swasta,bayaran yuran pengajian mungkin agak tinggi namun terdapat pelbagai kemudahan
untuk mendapatkan pembiayaan. Pembiayaan sara hidup untuk tempat tinggal,makanan,buku dan
kegiatan lain harus juga diambil kira.



Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar Lepasan
SPM. Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips dan
maklumat daripada saya, saya yakin anda semua akan berjaya!!



Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?

Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.com




Mengapa ramai pelajar cemerlang GAGAL mengikuti sebarang kursus kerjaya
selepas SPM?


Saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai satu topik yang membuatkan adik-adik kita
Lepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya. Kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk
mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?
Begitulah persoalan yang mungkin sedang menjadi tanda tanya kepada adik-adik sekalian. Ok, di sini
saya akan menyenaraikan 20 aspek mengapa kebanyakan bakal belia dan beliawanis lepasan SPM kita
sering GAGAL.

1)     Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibu bapa.

2)     Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.

3)     Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.

4)     Ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.

5)     Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.

6)     Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya
       selepas SPM.

7)     Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM.

8)     Ramai Pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.

9)     Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.

10)    Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.

11)    Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.

12)    Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas
       SPM.

13)    Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.

14)    Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.

15)    Semua perlu ingat!! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus.Rugi 1 tahun.

16)    Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

17)    Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.

18)    Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.

19)    Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu.

20)    Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.
Itu adalah antara beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas
SPM. Insyallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar
lepasan SPM akan berjaya!



Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?

Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.com




Destinasi Sebenar Anda Selepas SPM ?


Ramai di antara rakan - rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam
bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka
juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya.Mereka dahulupun sentiasa
tertanya-tanya ke mana ye saya nak pergi selepas SPM ni?

Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjaya
melalui media massa, buku panduan kerjaya yang TERKINI, surat khabar dan seumpamanya pelajar yang
berjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.



Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju masing-masing. Sukar untuk membuat
keputusan tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit
mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.

1. Universiti

Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi
mereka selepas SPM. Jika anda ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf
sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.
2. Kolej Matrikulasi

Sekiranya anda gagal mendapat program asasi melalui UPU, janganlah bersedih. Anda masih boleh
membuat program foundation atau pengajian asas di matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal
atau Perakaunan.

Sama saja dengan asasi. Selepas matrik, boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda
akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrik ada yang programnya setahun dan ada yang
dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda.

3. Luar Negara

Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, US, Australia,
New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-
negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia.


4. Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan.

Jangan berputus asa sekiranya anda gagal UPU dan matrik. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran di
politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup
tarikh permohonan.

Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik
taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan
ILJTM, MLPK dan sebagainya.

5. Kolej-kolej

Kalau beli newspaper sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana
yang bagus. Kalau nak sangat masuk kolej, saya rekemenkan anda masuk kolej-kolej yang ada nama sikit
seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah
nak dapat kerja.

Saya syorkan anda mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains
Kesihatan sebab banyak peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej yang menawarkan
program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra ada
ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak.
6. Tingkatan 6

Ramai pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM.
Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan?

Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di
universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.

Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-
pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan
matrikulasi.

7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni
boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya.

Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan ditawarkan
melanjutkan pengajian di kolej-kolej kejururawatan. Untuk kerja selain jururawat, saya tak berapa pasti.

8. ALAM

Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah
mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).

9. Kursus Ketenteraan

Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang
tinggi, bolehlah membuat permohonan ini. Terdapat banyak caranya dan anda boleh rujuk di laman web
atau buku panduan kerjaya yang TERKINI yang berdekatan dengan anda.

10. Kursus Penerbangan

Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang,
pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti
juruterbang, pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih
kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.
11. IPG

Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini
sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa kelak. Walaupun
agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal
biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan
negara kelak.



Akhir Kata

Dalam pada pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian, ayuh amalkan juga
solat istikharah serta sentiasa berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusan
terbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di dunia ini dan juga di
akhirat kelak.

Selain itu, tanamkan niat dalam diri untuk menjadikan kerjaya yang bakal dibina sebagai satu perjuangan
dalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah terhadap umat Islam. Umat Islam masa kini
sememangnya memerlukan ramai pakar dalam segenap bidang untuk maju ke hadapan demi mencapai
khaira ummah.

Insya-Allah, kita sebagai generasi belia Islam hari ini dapat memenuhi aspirasi ummah dengan mencipta
kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.



Konklusinya, berikut yang telah diterangkan adalah beberapa destinasi yang pelajar Lepasan SPM 2010
boleh pilih. Banyak lagi sebenarnya tetapi ini pun sudah mencukupi untuk merangkumkan segalanya.
Saya doakan anda berjaya kelak!!



Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?

Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.com

								
To top