Docstoc

psikologi pendidikan (DOC)

Document Sample
psikologi pendidikan (DOC) Powered By Docstoc
					(ASSIGNMENT TEMPLATE – ENGLISH VERSION)      (COVER PAGE)




             Faculty Of Education And Language



                          JANUARY 2011




                             HBEF2103


                 EDUCATIONAL PSYCHOLOGY
                                                                     COURSE> CODE>


                                       Prakata

       Psikologi Pendidikan merupakan salah satu subjek yang yang diperkenalkan

dalam program pensiswazahan guru sekolah rendah. Psikologi ditafsirkan sebagai satu

cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia. Subjek ini sangat

penting dikalangan guru untuk berhadapan dengan pelajar di sekolah. Penafsiran mental

dan tingkah laku murid sangat penting dalam menentukan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan di dalam bilik darjah.

       Teori perkembangan manusia dan teori pembelajaran adalah dua tajuk yang

terdapat dalam psikologi pendidikan. Teori perkembangan dan teori pembelajaran

merupakan tajuk tugasan yang telah diberikan oleh OUM. Teori ini adalah hasil kajian

tentang tingkah laku manusia oleh ahli-ahli psikologi yang terkenal seperti Pavlov,

Watson, Thorndike, Bandura dan sebagainya untuk digunakan di dalam bilik darjah.

       Dengan adanya tugasan seperti ini, saya perlulah        membuat kajian secara

terperinci setiap teori untuk dijadikan bahan tugasan. Secara tidak langsung, saya dapat

mendalami dan memahami fungsi setiap teori untuk dijadikan modal untuk diaplikasikan

dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar.

       Tugasan ini juga menyedarkan diri saya betapa pentingnya kajian seumpama ini

untuk mendalami ilmu pendidikan bagi meningkat prestasi akademik pelajar. Selain

daripada itu, ia juga dapat merangsang saya untuk berinteraksi dengan dunia luar bagi

menyiapkan tugasan ini.

       Akhir kata, saya merakam ribuan terima kasih kepada tutor, rakan serta keluarga

kerana memberi tunjuk ajar serta sokongan moral untuk menyiapkan tugasan ini.



                                                                                      1
                                                                        COURSE> CODE>


PENDAHULUAN
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,
menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
        Manakala secara umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu
pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition
of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang
yang    dapat   dikekalkan,   tidak   termasuk   perubahan   yang       disebabkan   proses
pertumbuhan”.Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers,
pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan
membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak
balas yang baru.
        Berdasarkan      definis yang dinyatakan diatas dapatlah disimpulan bahawa
pengajaran dan pembelajaran ialah satu proses penyampaian ilmu kepada pelajar untuk
membuat perubahan tingkahlaku         melalui tindak balas pelajar terhadap ilmu yang
disampaikan oleh guru.




BAHAGIAN 1 :
SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN.


a .    Situasi kelas yang memaparkan        masalah yang timbul semasa Pengajaran
pembelajaran.
Untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada pelajar,         tidaklah mudah kerana       untuk
mengujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokan di dalam bilik
darjah banyak cabaran yang harus dihadapi bukan sahaja melibatkan perancangan
pengajaran malahan daripada sikap atau tingkah laku pelajar tersebut.



                                                                                         2
                                                                     COURSE> CODE>
     Di dalam bilik darjah terdapat ramai pelajar yang berbeza-beza tingkah lakunya. Ini
disebabkan oleh setiap pelajar mempunyai pelbagai latar belakang, sahsiah, intelek,
jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Faktor kepelbagai inilah biasanya akan
mengujudkan masalah disiplin atau tingkahlaku bermasalah di dalam sekolah atau dalam
bilik darjah. Apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah,
secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.
     Suasana pengajaran pembelajaran yang bermasalah dapat digambarkan bahawa apa
yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana           ujudnya faktor
gangguan daripada tingkahlaku pelajar yang terdapat di dalam bilik darjah. Masalah
yang kerap berlaku semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung antaranya
ialah pelajar suka mengganggu pelajar lain, pelajar bergerak bebas di dalam bilik darjah,
pelajar tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, pelajar tidak melibatkan diri dalam
aktivit     perbincangan, dan   pelajar tidak   menumpukan perhatian terhadap aktiviti
pengajaran pembelajaran. Masalah seumpama ini akan merangsang situasi pengajaran
dan pembelajaran yang bercelaru. Di mana guru dan pelajar tidak lagi dapat memberi
fokus pada proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana sibuk menangani masalah
tersebut.


b. Contoh Masalah Pengajaran Pembelajaran
1.    Pelajar suka mengganggu pelajar lain.
Pelajar yang suka mengganggu pelajar yang lain secara tidak langsung akan mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Ini mungkin disebabkan
oleh pelajar itu sendiri di mana ia hilang minat untuk belajar, tidak berminat dengan
tajuk, tidak tahu apa yang dia perlu tahu atau tabiat yang sememangnya suka mengambil
kesempatan untuk menggangggu pelajar yang lain. Di samping itu, mungkin guru juga
kurang tegas dalam mengawal kelas, pemilihan kaedah yang kurang menarik minat
pelajar ataupun keadaan bilik darjah yang kurang kondusif. Keadaan ini mengakibatkan
bilik darjah menjadi bising dan proses pengajaran dan pembelajaran pun terganggu.




                                                                                       3
                                                                      COURSE> CODE>
2.    Pelajar bergerak bebas di dalam bilik darjah.
     Bagi pelajar yang suka bergerak bebas tanpa tujuan dalam bilik darjah juga akan
mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Ini akan mengganggu pelajar lain yang
sedang belajar. Faktor ketegasan guru mungkin kurang yang menyebabkan pelajar kurang
takut dengan guru. Selain daripada itu, mungkin disebabkan oleh kurangnya aktiviti yang
melibatkan pelajar. Jika pelajar tersebut dibiarkan bebas bergerak berterusan pelajar lain
akan terganggu malahan bilik darjah juga akan menjadi bising.


3.    Pelajar tidak membuat kerja seperti yang diarahkan.
     Pelajar yang tidak membuat kerja atau latihan merupakan satu masalah pembelajaran
juga. Ini mungkin disebabkan oleh pelajar yang malas, tidak faham arahan, tidak minat
belajar atau tidak mengambil perhatian semasa guru sedang mengajar menyebabkan tidak
tahu apa yang perlu dilakukan. Di samping itu juga mungkin pelajar tersebut terpengaruhi
dengan rakan-rakan sebayanya yang tidak mahu membuat kerja sekolah. Ketegasan guru
dalam mendisiplinkan tentang membuat kerja kurang maka pelajar tersebut merasa
seronok kerana guru tidak mengambil tindakan terhadapnya.
4.    Pelajar tidak melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan.
     Sikap pelajar yang pendiam atau penakut merupakan satu masalah dalam pengajaran
dan pembelajaran. Kebiasannya, pelajar ini tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran malahan ia akan terus menyendiri dengan membuat aktiviti yang
diminatinya seperti melukis, membaca buku tidak berkaitan dan sebagainya. Ini
mengakibatkan ia merasa tersisih daripada pelajar lain. Selain daripada itu, ia mungkin
kurang diberi perhatian oleh guru kerana sikap pendiamnya yang menyebabkan
keyakinan pelajar tersebut berkurang. Keadaan ini menyebabkan pelajar tersebut tidak
dapat mendalami atau memahami isi pelajaran yang disampaikan pada hari tersebut
sehingga tidak tahu membuat tugasan yang diberikan oleh guru.




                                                                                        4
                                                                     COURSE> CODE>
5.    Pelajar   tidak    menumpukan       perhatian    terhadap   aktiviti   pengajaran
      pembelajaran.
     Pelajar yang tidak menumpukan perhatiannya dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran merupakan salah satu masalah yang cukup besar. Sikap seumpama ini
secara tidak langsung dia tidak melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Ini mungkin
disebabkan pelajar tersebut melakukan aktiviti yang lain seperti membaca majalah,
bermain, tidur dan sebagainya. Faktor guru juga mungkin menjadi penyebab antaranya,
kaedah kurang menarik, suara tidak lantang dan tidak berintonasi, kurang tegas, atau
kurang alat bantu mengajar. Faktor luaran juga boleh menyebabkan pelajar hilang
tumpuan seperti kelas lain bising, pelajar di luar kelas berkeliaran, bunyi bising
kenderaan dan sebagainya.




BAHAGIAN 2 :
HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.


A. Masalah 1
Gangguan Pelajar Terhadap Rakan.
Pelajar yang suka mengganggu pelajar yang lain mungkin disebabkan proses pengajaran
pembelajaran pada masa tersebut kurang menarik perhatian serta membosankannya. Di
samping itu juga, pelajar tersebut kurang takut dengan guru kerana guru tersebut kurang
tegas atau tidak mengambil perhatian terhadapnya. Maka timbullah keinginannya untuk
mengusik pelajar yang lain untuk mengurangkan perasaan kebosanannya. Selain daripada
itu, pelajar tersebut pernah melihat atau mengalami gangguan-gangguan daripada pelajar
yang lain semasa dia sedang belajar. Daripada keadaan ini maka ujudlah keinginannya
untuk mencuba mengusik rakan yang lain pula. Bila berlakunya keadaan ini maka
ujudlah suasana bilik darjah tersebut akan menjadi bising kerana mungkin berlakunya
pergaduhan, pertengkaran, kejar-mengejar atau jerit-menjerit. Secara tidak langsung ini
akan menyebabkan berlakunya gangguan keseluruhan kelas yang mengakibatkan pelajar
lain tidak lagi dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran dan
pembelajaran.

                                                                                      5
                                                                     COURSE> CODE>


Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran.
Teori Pembelajaran Sosial
Dalam teori pembelajaran sosial yang di pelopori oleh Albert Bandura, faktor kognitif,
sosial dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Menurut ahli
psikologi sosial seperti Albert Bandura, Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman
dan lain-lain, mereka mengatakan bahawa manusia saling memerlukan dan pengaruh-
mempengaruhi antara satu sama lain. Terdapat tiga cara pembelajaran diperolehi yang
boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut yang pertama dengan cara melihat,
kedua melalui peniruan dan yang ketiga ialah memerhatikan tingkah laku oran lain.
Dalam situasi tersebut, pembelajaran peniruan tingkah laku telah berlaku di mana pelajar
tersebut pernah melihat dan mengalami gangguan daripada rakan-rakan sekelasnya.
Dengan keadaan pembelajaran yang membosankan dan ditambah dengan personaliti guru
yang kurang tegas, maka pelajar tersebut mengambil peluang untuk mengusik rakan-
rakan yang lain. Tindak balas yang diberikan oleh rakan-rakan yang diusiknya telah
menambahkan lagi keinginan dan kepuasannya untuk terus mengusik.


B. Masalah 2
Pelajar tidak membuat kerja sekolah seperti yang diarahkan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, terdapat pelbagai kaedah
digunakan untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar antaranya kaedah perbincangan,
soaljawab, simulasi dan sebaginya. Untuk menentukan adakah objektif pembelajaran itu
tercapai, latihan akan diberikan kepada pelajar untuk menguji pengetahuan pelajar.
Semasa pengujian diadakan ada di antara pelajar tidak membuat latihan sebaliknya
mereka suka bercakap, berjalan-jalan dan sebaginya. Bila ditanya oleh guru mengapa
tidak membuat tugasan, pelajar tersebut menyatakan bahawa dia tidak faham, tidak tahu,
dan sebaginya sedangkan pelajar tersebut seorang yang cerdik dan pandai. Tetapi jika
guru memberi syarat kepada pelajar sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan dia tidak
dibenarkan rehat, maka semua pelajar dapat menyempurnakan tugasan dengan cepat dan
betul.



                                                                                      6
                                                                      COURSE> CODE>
Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran.
Teori Pembelajaran Behaviorisme
Situasi yang dinyatakan di atas boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Behaviorisme
yang dipelopori oleh ahli psikologi behavioral yang terdiri daripada ahli-ahli pelaziman
klasik Pavlov dan Watson serta ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner. Teori ini
menyatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam
diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Dalam kes ini, pelajar yang
tidak akan membuat tugasan sekolah jika di beri dendaan dia akan menyiapkan tugasan
tersebut. Dendaan yang diberikan kepada pelajar supaya pelajar menyiapakan tugasan
tersebut merupakan konsep peneguhan negatif yang terdapat dalam Teori Pelaziman
Operan Skinner. Dalam Teori Pelaziman Operan ini, Skinner menyatakan bahawa gerak
balas boleh diperkuatkan jika diberi peneguhan sebaik gerak balas itu ditujukkan.
Dendaan ini    merupakan rangsangan serta merta yang tidak menyenangkan pelajar
supaya pelajar tersebut sentiasa menyiapkan tugasan tanpa syarat atau dendaan lagi.


C. Masalah 3
Keganasan dalam bilik darjah
Faktor keganasan juga kekadang berlaku di dalam kelas ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Bukan hanya pada pelajar yang sememangnya yang
mempunyai masalah disiplin tetapi pelajar yang baik juga boleh berlaku. Di mana, pelajar
tersebut bertindak kasar secara sepontan seperti membaling dengan objek, menumbuk,
menendang dan sebaginya terhadap rakan sekiranya diusik atau diganggu tanpa
menghiraukan kehadiran guru di dalam kelas tersebut.


Huraian Mengikut Teori Perkembangan Manusia.
1. Teori Perkembangan Robert Havighurst.
Menurut Teori Perkembangan Robert Havighurst, perkembangan seorang kanak-kanak
amat dipengaruhi oleh alam sekitarnya. Oleh itu, perkembangan personalitinya juga
dipengaruhi nilai, norma serta budaya masyarakat di persekitarannya. Bagi seorang
pelajar yang belajar di sekolah, dia menghabiskan masa lebih kurang enam jam setiap
hari bersama rakan sekelas dan sekolahnya. Di sini, pelajar tersebut terdedah dengan

                                                                                      7
                                                                     COURSE> CODE>
pelbagai tingkah laku rakan-rakan. Secara tidak langsung perkembangan personaliti
pelajar tersebut akan dipengaruhi oleh personaliti rakan-rakannya. Sebagai contoh, jika
rakan-rakannya rajin belajar maka pelajar tersebut akan menjadi rajin tetapi jika rakan-
rakannya malas belajar, suka mengganggu rakan lain, suka berjalan-jalan dalam kelas
maka pelajar tersebut akan menjadi seperti itu.


2. Teori Perkembangan Sosial.
Dalam teori kognitif sosial (Albert Bandura), kelakuan manusia saling bertindak antara
persekitaran dalam perkembangan manusia. Di mana, kelakuan manusia dipelajari
melalui pemerhatian terhadap permodelan untuk membentuk satu idea bagaimana
kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya. Sebagai contohnya jika seorang pelajar
sering melihat rakan-rakannya tidak membuat latihan yang diberikan oleh guru, maka
pelajar tersebut akan meniru perlakuan tersebut.


3. Teori Psikoanalisis Sigmund Freud.
Teori Psikoanalisis ini telah dipelopori oleh Sigmund Freud. Dalam teori ini, Sigmund
Freud menyatakan bahawa di dalam diri manusia terdapat tiga alam kesedaran iaitu alam
sedar, alam pra-sedar dan alam tidak sedar.        Di dalam peringkat alam tidak sedar,
Sigmund    Freud menyatakan bahawa terdapat pemikiran yang mendorong manusia
menunjukkan tingkah laku yang sukar diterima oleh manusia. Justeru itu tidak hairanlah
jika terdapat pelajar dalam sesebuah kelas tiba-tiba menunjukkan tingkah laku yang tidak
baik seperti bising, bergaduh, ponteng dan sebagainya.




                                                                                      8
                                                                      COURSE> CODE>
BAHAGIAN 3 :
PELAN          MENGATASI           MASALAH            BERLANDASKAN                  TEORI
PEMBELAJARAN.


A. Masalah 1
Gangguan Pelajar Terhadap Rakan.
1. Implikasi Teori Pembelajaran Sosial.
  Dalam Teori Pembelajaran Sosial, bahawa pelajar mengalami perubahan tingkah
  lakunya daripada pengaruh persekitaran melalui pemerhatian dan peniruan. Jika pelajar
  terdedah dengan tingkah laku positif maka pelajar tersebut memiliki tingkah laku
  positif tetapi jika sebaliknya pelajar tersebut mempunyai tingkah laku negatif.


2. Implikasi pengajaran.
  Dalam Teori Pembelajaran Sosial, pemerhatian dan peniruan merupakan satu cara
  pemerolehan tingkah laku yang baru. Maka untuk mengatasi masalah negatif yang
  sering ditimbulkan oleh pelajar, guru perlulah mengggunakan persekitaran untuk
  dijadikan model dalam mengujudkan kaedah peniruan dan pemerhatian pelajar.


3. Contoh.
  Apabila pelajar menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti mengusik rakan, bising,
  menconteng meja, tidak membuat kerja sekolah dan sebagainya, guru perlulah
  memberitahu pelajar tersebut bahawa perbuatan tersebut adalah salah. Jika pelajar
  tersebut mengulangi lagi perbuatan tersebut, guru mestilah memberi dendaan yang
  bersesuaian dengan kesalahan seperti jika pelajar menconteng dinding maka ia denda
  dengan membersihkannya. Selain daripada itu, guru boleh mengujudkan seorang
  pelajar untuk dijadikan model kepada pelajar yang lain sebagai motivasi seperti pelajar
  yang rajin hadir kesekolah, rajin membuat kerja sekolah, diam semasa guru mengajar
  dan sebagainya. Dengan cara ini, guru dapat mengujudkan situasi peniruan dan
  pemerhatian pelajar terhadap tingkah laku yang baik dan tidak baik di dalam kelas.
  Pelajar dapat membezakan apakah jenis tingkah laku yang boleh ditiru dan sebaliknya.



                                                                                        9
                                                                     COURSE> CODE>
  Pelajar juga memahami kesan terhadap mereka jika membuat peniruan perlakuaan
  yang negatif.
B. Masalah 2
Pelajar tidak membuat kerja sekolah seperti yang diarahkan.
1. Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme.
  Teori pelaziman operan yang dipelopori oleh Skinner lebih menekankan kepada
  peneguhan diberikan selepas pelajar berjaya dalam sesuatu usaha atau berlakunya
  peningkatan positif. Peneguhan positif menjurus kepada pemberian ganjaran setelah
  perlakuan diulang atau perkuatkan manakala peneguhan negatif pula dikaitkan dengan
  rangsangan serta merta yang kurang selesa terhadap sesuatu perlakuan. Selain daripada
  itu, dendaan juga digunakan untuk mengubah perlakuan yang tidak diingini.


2. Implikasi pengajaran.
  Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah,
  terdapat pelbagai perlakuan yang positif mahupun yang negatif yang ditunjukkan oleh
  pelajar. Guru haruslah memberi peneguhan positif terhadap perlakuan positif pelajar
  supaya sentiasa kekal dan meningkat. Manakala perlakuan negatif pelajar haruslah
  diatasi dengan peneguhan negatif supaya perlakuan yang diingini guru dapat di capai.
  Dendaan juga digunakan untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya
  perlakuan negatif yang tidak diingini.


3. Contoh.
  Di dalam bilik darjah terdapat pelbagai perlakuan pelajar, ada yang rajin dan ada juga
  yang malas membuat kerja sekolah. Bagi pelajar yang rajin, guru haruslah berusaha
  mengekalkan serta meningkatkan perlakuan pelajar tersebut melalui peneguhan positif
  dengan cara memberi pujian, hadiah, senyuman, motivasi, dan sebagainya. Manakala
  bagi pelajar yang malas pula, guru perlulah membuat peneguhan negatif dengan
  memberi teguran, nasihat, dan sebagainya supaya pelajar tersebut menyiapkan kerja
  sekolahnya. Jika perlakuan berulang lagi maka kaedah dendaan digunakan seperti tidak
  boleh rehat, larian padang, tugas tambahan dan sebaginya sehinggalah perlakuan
  negatif beransur-ansur berkurangan.

                                                                                     10
                                                                   COURSE> CODE>


(JUMLAH PERKATAAN : 2523 )
RUJUKAN / REFERENSI

1. Boon Pong Ying. Ragbir Kaur, (1998), Psikologi 11(Diploma Perguruan), Penerbit

  Fajar Bakti Sdn.Bhd, Shah Alam.

2. Lee Shok Mee, (1997), Psikologi Pendidikan 2: Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam

  Pengajaran dan Pembelajaran, Kumpulan Budiman SDN.BHD, Kuala Lumpur.

3. Murugiah Velayutham, (1997), Psikologi Pendidikan 1:Psikologi Perkembangan, \

 Kumpulan Budiman.SDN.BHD, Kuala Lumpur.

4. Prof Dr Khadijah Rohani. Mahani Razali.Ramlan Jantan., (2011), HBEF2103

  PSIKOLOGI PENDIDIKAN, Open University Malaysia (OUM).




                                                                                      11

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1495
posted:7/20/2011
language:English
pages:12