Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

47834554-MODUL-1-Pengenalan-Pendidikan-Khas

VIEWS: 1,251 PAGES: 21

  • pg 1
									              September 2007




       JABATAN PENDIDIKAN KHAS
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA




KURIKULUM LATIHAN PENDIDIKAN KHAS
    BERMASALAH PEMBELAJARAN




      PERI GKAT ASAS

             MODUL
                  1

  Amalan dan Prinsip Pendidikan Khas
      Bermasalah Pembelajaran
Modul 1




                AMALAN DAN PRINSIP PENDIDIKAN KHAS
                          BERMASALAH PEMBELAJARAN


1.0       Pengenalan:
          Kursus ini bertujuan memperkenalkan asas-asas Pendidikan Khas,
          konsep keperluan dan murid-murid              berkeperluan khas. Ia juga
          memberi pengenalan dan kemahiran asas kepada guru supaya dapat
          mengendalikan kelas-kelas khas bermasalah pembelajaran dengan
          berkesan. Kemahiran asas yang akan diperkenalkan ialah amalan dan
          prinsip pendidikan khas, struktur organisasi dan institusi-institusi yang
          terlibat.


2.0       Matlamat:
          Mewujudkan kesedaran dan pembina sikap yang positif terhadap
          perlaksanaan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.


3.0       Objektif :
          3.1     Guru-guru mendapat pendedahan dan pengetahuan terhadap
                  latar    belakang     Program     Pendidikan       Khas   Bermasalah
                  Pembelajaran di Malaysia.
          3.2     Memberi maklumat tentang prosedur kemasukan murid-murid
                  khas ke Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
4.0       Jangkamasa:             2 jam


5.0       Kandungan
          Bahagian 1 : Falsafah, Visi, Misi dan Sejarah Pendidikan Khas
          Bahagian 2 : Struktur Organisasi Pendidikan Khas di peringkat
                            Kementerian, Jabatan dan Sekolah
          Bahagian 3 : Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
          Bahagian 4       : Prosedur Kemasukan Kanak-kanak Berkeperluan Khas
                           ke Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
          Bahagian 5 : Pengenalan Akta Pendidikan Khas dalam negara
          Bahagian 6       : Arahan dan Pekeliling Pendidikan Khas


                                              2
Modul 1




                                  BAHAGIAN 1


 FALSAFAH DAN SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN                        KHAS


1.1       Falsafah Pendidikan Kebangsaan

          “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

          memperkembangkan       lagi potensi individu secara menyeluruh dan

          bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

          segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

          kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

          Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

          bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

          serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

          keluarga, masyarakat dan negara.”



1.2       Falsafah Pendidikan Khas

          “Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan

          untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,

          beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan

          serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli

          masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah

          pendidikan negara.”

           Refleksi :

           Huraikan perbezaan dan persamaan antara Falsafah Pendidikan
           Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas.




                                         3
Modul 1



1.3        Visi Pendidikan Khas

           Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid

           berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan

           hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



1.4        Misi Pendidikan Khas

           Menyediakan       pendidikan   yang   berkualiti   kepada   murid-murid

           berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang mampu

           berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti

           kepada masyarakat dan negara.



             Refleksi :

            Sejauhmanakah visi dan misi Pendidikan Khas tercapai selepas program
            PKBP dilaksanakan lebih dari satu dekad?




1.5       Sejarah     Perkembangan         Pendidikan         Khas     Bermasalah

Pembelajaran              (PKBP)

          Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan

          kepada keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan

          Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor & Wilayah Persekutuan pada 3

          Oktober 1987.

          1988 -          Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan menubuhkan

                          Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran           (KKBP)yang

                          pertama di SRK(L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur ( dua



                                          4
Modul 1



                 kelas dengan dua puluh orang murid, tiga orang guru

                 terlatih).

                 -       Jabatan Pelajaran Selangor membuka dua kelas di

                         SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam,

                         Selangor.

          1990   -       Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas        Khas

                 Bermasalah Pembelajaran (KKBP), di mana dua ratus

                 orang murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji.

                 -       Mesyuarat menganalisa data dari ujian percubaan

                         di Universiti Malaya.

          1991   -       Kursus satu tahun bermasalah pembelajaran

                 bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas.

          1992   -       Pembukaan         program   Pendidikan      Khas

                 Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di seluruh negara

                 secara berperingkat.

          1993   -       Pendidikan Khas di Falkuti Pendidikan, UKM.

                 Program ini merupakan program gabungan Prinsip

                 Pendidikan Am dan Prinsip Pendidikan Khas.

          1994   -       Pembukaan         program   Pendidikan      Khas

                 Bermasalah Pembelajaran perintis di peringkat sekolah

                 menengah di SMK Yaacob Latiff, Jalan Peel dan SMK

                 Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, SMK Seksyen 9,

                 Shah Alam.

          1995   - Pendidikan Inklusif bermula

                                                     (Sumber data: JPK)



                                     5
Modul 1




                           BAHAGIAN 2

 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN KHAS DI PERINGKAT
       KEMENTERIAN, JABATAN DAN SEKOLAH.



2.0    : Setiap badan mempunyai struktur organisasi masing-masing. Bagi
Pendidikan Khas pula, struktur organisasinya adalah sebagaimana rajah-
rajah berikut


      Struktur Organisasi Pendidikan Khas di Peringkat Kementerian



                           Timbalan Ketua
                          Pengarah Pelajaran




  Bahagian              Bahagian            Bahagian
Perancangan            Pengurusan          Latihan dan
     &                  Sekolah             Khidmat
Pembangunan                                   Bantu



                                                               Unit
                                                            Pengurusan




                                    6
Modul 1




2.2       : Struktur Organisasi Pentadbiran Pendidikan Khas Di
          Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Dan Di Peringkat
          Sekolah


                                PENGARAH PELAJARAN
                                      NEGERI




      Ketua             Ketua              Ketua               Ketua            Ketua
      Sektor            Sektor             Sektor              Sektor           Sektor
  Pengurusan          Pengurusan         Pengurusan         Pembangunan       Pendidikan
       &               Sekolah            Akademik            Manusia          Islam &
 Perkhidmatan                                                                   Moral




                 Unit Pendidikan Khas

                                                      Contoh kedudukan penyelaras di
                                                       sekolah (rendah & menengah)
                                  GURU BESAR/ PENGETUA
                                  SEK.




               Guru Penolong            Guru Penolong
                 Kanan Hal                 Kanan
                Ehwal Murid               Kurikulum



                                                                 Penyelaras
                                                                 Pendidikan
                                                                   Khas


                               Guru
                                                                 Guru-guru
                                                                 Pendidikan
                                                                   Khas
                               Murid

                                                                    Murid




                                            7
Modul 1




          Refleksi :

          Lakarkan struktur organisasi Program       Pendidikan   Khas
          Bermasalah Pembelajaran di sekolah anda.




Struktur Organisasi Program Pendidikan khas Bermasalah Pembelajaran

   Sekolah                                                               .




                                       8
Modul 1




                                   BAHAGIAN 3


      PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN


3.0       Definisi Pendidikan Khas ?

          Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk

          memenuhi      pelbagai   keperluan murid-murid khas. Ini    termasuk

          pengunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan

          pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.

          Ia bertujuan untuk MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui

          •   perkembangan mental

          •   kestabilan emosi

          •   integrasi sosial



3.1       Ciri-ciri Program Pendidikan Khas

          Antara beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum

          program pendidikan khas dapat dilaksanakan adalah seperti berikut :

          •   guru-guru terlatih khas

          •   pendekatan pelbagai disiplin

          •   rancangan pendidikan individu

          •   kurikulum khas

          •   objektif pengajaran yang nyata, bermakna dan berjangka pendek

          •   analisis tugasan

          •   penglibatan murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran

          •   penilaian berterusan, penyimpanan rekod dan RPI

          •   kaedah pengajaran khas


                                             9
Modul 1



          •   bimbingan dan kaunseling ibu bapa dan murid



3.2       Siapakah yang terlibat dalam Pendidikan Khas ?

          Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid-murid berkeperluan khas

          yang diajar oleh guru terlatih khas. Pendidikan Khas juga melibatkan

          pelbagai khidmat sokongan untuk membantu murid-murid khas belajar

          dengan lebih berkesan.



3.3       Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

          Murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan golongan murid-

          murid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional

          klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses

          pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut

          tahap kefungsian murid-murid dalam kemahiran-kemahiran berikut :

          •   kognitif

          •   tingkahlaku sosial/perkembangan sosial

          •   penguasaan bahasa lisan/pertuturan

          •   penguasaan membaca

          •   kemahiran perkembangan (development skills)

          •   kemahiran matematik

                         (sumber : Unit Pendidikan Khas,

                         Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)




                                             10
Modul 1



3.4       Program Integrasi Pendidikan Khas

          Selain     daripada     sekolah   khas,     Kementerian     Pelajaran    juga

          menjalankan       program     integrasi    pendidikan     khas   bermasalah

          penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

          Program integrasi ini dikendalikan dan menerima bantuan peruntukan

          daripada      Jabatan     Pendidikan      Negeri   yang     menjadi     Pusat

          Tanggungjawab.



3.5       Pendidikan Inklusif

          Pendidikan Inklusif         adalah program bagi menempatkan murid

          Pendidikan Khas yang telah menguasai sebahagian atau sebahagian

          besar mata pelajaran (akademik) ke kelas biasa untuk mengikuti

          suasana pembelajaran normal.



          Pendidikan inklusif boleh dijalankan dalam dua bentuk:

3.5.1 Separa Inklusif

          -        Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata

                   pelajaran tertentu sahaja.

          -        Waktu selebihnya mengikuti program di kelas khas.

          -        Senarai nama murid pada daftar program Pendidikan khas.

          -        Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru

                   pendamping.

          -        Mengambil ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid

                   biasa.




                                            11
Modul 1



          3.5.2 Inklusif Sepenuh Masa

          -        Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti

                   murid biasa.

          -        Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.

          -        Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan daripada guru

                   Pendidikan     Khas   (guru   pendamping)   sekiranya   terdapat

                   sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau

                   tingkahlaku.

          -        Pelajar pendidikan khas yang layak dari segi pencapaian

                   akademik boleh diberi peluang untuk mengambil peperiksaan

                   UPSR/PMR/SPM dsb.



          Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah

          dan menengah bergantung kepada laporan prestasi atau RPI oleh guru

          untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak                 atau

          sebaliknya.




          Refleksi :

               amakan tiga buah sekolah di kawasan anda yang mempunyai

          Pendidikan Inklusif bagi murid-murid PKBP.

          a)
          b)
          c)




                                            12
Modul 1




                        BAHAGIAN 4

      PROSEDUR KEMASUKAN MURID-MURID PENDIDIKAN

   KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN PERTAMA

                  DI PROGRAM INTEGRASI



                                  Mula



                 Ambil Borang Pendaftaran Kanak-Kanak
              Berkeperluan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri



                 Isi Borang dan Buat Pemeriksaan



                  Kembalikan Borang Yang Lengkap
                    ke Jabatan Pelajaran Negeri



                           Proses Penilaian



                           Temuduga Ibu bapa




                         Tawaran Penempatan



                          Tempoh Percubaan



                        Pengesahan Penempatan

                                13
            Modul 1



            4.1 Struktur Perkhidmatan Pendidikan Khas


                                Perkhidmatan Pendidikan Khas
        tahap                           (Deno, 1970)
    perkhidmatan




1

                                          sekolah
                                         berasrama
                                           penuh


2


                                          kelas khas
                                        sepenuh masa

3


                                 kelas biasa separuh masa
                                 kelas khas separuh masa




4


                               kelas biasa dengan perkhidmatan
                                     pendidikan sokongan




5


                               kelas biasa dengan perkhidmatan
                                           rundingan
                                       untuk guru normal


6



                                 kelas normal sepenuh masa




7
                                       bilangan murid




                                                14
Modul 1



4.2 Perkhidmatan dan Penempatan Murid Khas




                                                            Kurang
Teruk


                Tahap 6 : Pusat Penjagaan/ Latihan Harian



                Tahap 5 : Kelas Khas penuh masa

                          Program Khas dengan Guru Khas
Tahap Masalah




                                                            Bilangan murid
                Tahap 4 : Kelas Khas – Separuh Masa

                          Program Khas – Guru Biasa



                Tahap 3 : Kelas Biasa – Guru Biasa

                         Perkhidmatan Guru Khas



                Tahap 2 : Kelas biasa – Guru Biasa

                         Khidmat sokongan dan Guru Khas
Ringan




                                                            Ramai


                Tahap 1 : Kelas Biasa

                         Guru Biasa

                         Kurikulum Biasa




                                            15
Modul 1




                               BAHAGIAN 5

  PENGENALAN AKTA PENDIDIKAN KHAS DALAM NEGARA

 5.1       Akta Pendidikan Bagi Semua Jenis Kanak-Kanak Cacat 1975

 Public Law 94-142



 Komponen-komponen :

5.1.1 Mengenalpasti kanak-kanak khas

          Mengenalpasti kanak-kanak khas melalui ujian saringan.



5.1.2 Pendidikan Percuma

          Memastikan setiap murid khas diberi pendidikan percuma.



5.1.3     “Due Process”

          Ibu bapa/Penjaga   murid-murid khas berhak mendapat penerangan

          yang secukupnya. Ibu bapa murid-murid khas berhak mendengar “due

          process” yang tidak berat sebelah, jikalau mereka tidak bersetuju

          dengan keputusan pentadbiran sekolah.



5.1.4 Keizinan Ibu bapa

          Sebelum    murid-murid       dinilai,   ditempatkan   atau   dirancang

          pendidikannya, terlebih dahulu mesti mendapat keizinan daripada ibu

          bapa murid-murid tersebut.




                                           16
Modul 1



5.1.5     Persekitaran yang tidak terhad

          Murid-murid   khas   mesti   diberi   pendidikan   di   dalam   keadaan

          persekitaran yang tidak terhad, yang konsisten dengan keperluan

          pendidikannya dan seboleh-bolehnya       bersama dengan murid-murid

          biasa.



5.1.6 Rancangan Pendidikan Individu

          Setiap murid mesti disediakan RPI secara bertulis mengikut tahap

          pencapaian dan keperluannya.



5.1.7     Penilaian yang tidak berat sebelah

          Murid-murid khas perlu dinilai di dalam semua bidang yang berkaitan

          dengan ketidakupayaan mereka. Penilaian ini hendaklah adil dari segi

          bahasa, budaya dan ketidakupayaan murid-murid tersebut.



5.1.8 Rahsia

          Segala keputusan-keputusan perancangan, penilaian dan penempatan

          mesti dirahsiakan. Walaubagaimanapun ibu bapa dibenarkan meneliti

          rekod-rekod, perancangan, penilaian dan penempatan anak-anak

          mereka.



5.1.9     Kursus dalam Perkhidmatan

          Latihan mesti diberi kepada guru-guru khas dan para profesional yang

          berkaitan dengan pendidikan khas.




                                         17
Modul 1




5.1.10 Penglibatan Ibu bapa

          Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam program pendidikan khas.



5.2 Surat Pekeliling



        Surat Pekeliling Pendidikan Khas merujuk kepada arahan-arahan, dasar-

        dasar   atau peraturan-peraturan yang telah diputuskan oleh Jabatan

        Pendidikan Khas atau Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dipatuhi

        atau dilaksanakan.



5.3 Kepentingan Surat Pekeliling



    •     panduan tindakan

    •     rujukan

    •     menyampaikan maklumat terkini

    •     penyelarasan program

    •     melindungi kepentingan murid-murid khas

    •     memberi penjelasan atau pentafsiran maklumat




                                        18
Modul 1




                                         KUIZ


1. Apakah prinsip utama yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Khas?

   (A) pendidikan untuk semua

   (B) program berlandaskan kefungsian

   (C) pergaulan yang berterusan dengan murid biasa

   (D) keperluan kasih sayang dan penerimaan kumpulan



2. Berapa jenis penempatan pendidikan disediakan untuk murid-murid

    berkeperluan khas. Penempatan manakah yang merupakan penempatan

    yang paling terhad?

    (A) Kelas khas

    (B) Bilik resos

    (C) Sekolah khas harian

    (D) Sekolah khas berasrama



3. Salah satu         matlamat    pendidikan    khas    ialah   supaya   murid-murid

    berkeperluan       khas      dapat   berdikari     dan   menyumbang        kepada

    perkembangan negara. Yang manakah antara berikut merupakan usaha

    yang membantu mencapai matlamat ini?

    (A) penyediaan guru-guru yang bertauliah dan berkelayakan

    (B) pengajaran dilakukan mengikut tahap kebolehan murid

    (C) penekanan kepada penguasaan kemahiran pra-vokasional

    (D) kebenaran      untuk     mengubahsuaikan        kurikulum   mengikut    tahap

          kebolehan murid




                                           19
Modul 1



4. Bagi menjayakan pelaksanaan pendidikan inklusif, semua faktor yang

    berikut perlu diambil kira kecuali

    (A) khidmat sokongan perlu disediakan

    (B) guru khas perlu selalu berkerjasama dengan guru kelas biasa

    (C) guru kelas mesti terlatih dalam bidang pendidikan khas

    (D) beberapa pengubahsuaian perlu dijalankan untuk membantu murid

          dalam pembelajaran



5. Yang manakah antara berikut tidak termasuk dalam tugasan guru khas di

    sekolah?

   (A) mengawasi skim buku teks

   (B) mendapatan sokongan dan penglibatan komuniti

   (C) melaksanakan program yang diperlukan oleh murid khas

   (D) menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling untuk murid dan ibu

          bapa jika perlu




                                         20
Modul 1



Bahan rujukan/bacaan tambahan


Ashman, Adrian & Elkiar, John (1990) Educating Children with Special
Needs.
          Prentice Hall : New York.

Bachor, Dan G. & Crealock, Carol. (1986) Instructional Strategies for
Students with Special Needs.           .Prentice Hall : New York.

Cole, Peter & Chan Lorna. (1990) Methods and Strategies for Special
   Children.     .Prentice Hall : New York.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (1992)     Surat Pekeliling-Pekeliling
  Pendidikan Khas (1979 – 1991). Kuala Lumpur : Unit Pendidikan Khas,
  Bahagian Sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Buku Panduan Rancangan
  Pendidikan Individu (RPI) murid-murid berkeperluan khas.




                                 21

								
To top