Docstoc

Manfaat Taufu Fa

Document Sample
Manfaat Taufu Fa Powered By Docstoc
					Banyaknya Manfaat Taufu Fa




Warnanya putih,isinya halus dan lembut.Enak dimakan bersama gula merah atau gula putih.Makan
sejuk ataupun panas,ikut citarasa anda.Bagi yang kreatif,pasti boleh dilihat taufu fa yang berperisa
pandan juga.Alangkah ruginya bagi yang tidak menggemari taufu fa.Bukan sahaja dapat menikmati
  keenakan rasanya,tetapi khasiat sebenarnya begitu banyak sekali.Maklum sahaja,ia dihasilkan
 secara sepenuhnya menggunakan kacang soya.Jadi,mengambilnya secara rutin juga sebenarnya
           dapat meningkatkan kesihatan dan mencegah bermacam-macam penyakit.

MENCEGAH KANSER
           Isoflavon adalah kandungan baik dalam kacang soya yang mampu mencegah penyakit
seperti kanser payudara,usus besar,kanser prostat,paru-paru,kanser perut,rahim dan rectal.




MERINGANKAN DIABETES
          Kacang soya mengandungi serat cepat larut sehingga dapat menurunkan kadar kolesterol
dalam darah dan menurunkan kadar gula dalam darah.Jadi secara automatiknya dapat membantu
mencegah diabetes daripada menyerang.




MENGURANGI GEJALA MENOPAUS
          Kandungan fitoestrogen dan isoflavon dapat membantu memberikan rasa selesa ketika
gejala menopaus datang.Menopaus terjadi kerana kadar estrogen dalam tubuh berkurang,sehingga
menyebabkan kulit kering,emosi tidak stabil dan depresi.Maka,perbanyakan mengambil kacang
soya setiap hari.




MENCEGAH OSTEOPOROSIS
           Peptida hasil yang diperolehi daripada kacang soya yang dicerna di dalam tubuh ternyata
mengandungi banyak kalsium.Bantuan penghasilan kalsium ini dapat membantu kita mencegah
osteoporosis.Kacang soya dapat membantu anak-anak manambah pengambilan kalsium selain dari
susu berkalsium.




MENCEGAH ATEROSKLEROSIS
          Aterosklerosis merupakan radang pada pembuluh darah manusia yang disebabkan oleh
pengumpulan plak ateromatus.Karbohidrat berupa serat kasar yang terdiri daripada zat-zat
pembakar lemak dalam tubuh,usus atau pembuluh darah.Karbohidrat jenis ini terkandung di dalam
kacang soya dapat membantu mencegah aterosklerosis




ANTI-PENUAAN
            Kandungan isoflavon di dalam kacang soya juga bersifat anti-penuaan.Sebatian ini akan
larut di dalam air dan ia amat baik untuk membantu menghalang radikal bebas yang menyebabkan
penuaan awal.




ZAT PEMBANGUN
          Kacang soya banyak mengandungi protein yang berfungsi sebagai pembangun tubuh.Ia
baik untuk perkembangan sel-sel otak pada anak-anak.Protein kacang soya juga menyihatkan
tubuh,meningkatkan stamina dan penghasilan sel tubuh yang baik.

Artikel 8 Cara Kekal Sihat part 1 sila klik http://www.mycomel.com/blog/9-cara-rawat-selulit/

Produk Kesihatan Suami Isteri klik http://www.mycomel.com/