Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

Esei Lengkap by JoanaPeiShan

VIEWS: 2,932 PAGES: 15

									Pengenalan:

1.1 Konsep Perkahwinan


    Perkahwinan dianggap langkah permulaan kepada pembentukan keluarga. Secara

tradisinya, setiap pasangan individu yang ingin memulakan dan membina sebuah keluarga

bersama perlu melalui peringkat perkahwinan. Definisi klasik menggambarkan perkahwinan

sebagai satu ikatan antara individu lelaki dan perempuan yang sah dan diperakui dari segi

undang-undang, budaya, agama dan adat resam. Definisi perkahwinan boleh berubah dan

berbeza mengikut peredaran masa dan perspektif yang pelbagai.

    Dalam definisi umum perkahwinan adalah perikatan yang sah antara lelaki dan

perempuan sebagai pasangan suami dan isteri (Kamus Dewan, 1997). Dari perspektif agama

pula, perkahwinan merujuk kepada akad perjanjian untuk menyatukan lelaki dan perempuan

bagi menghalalkan hubungan kelamin, bertujuan mencapai kebahagiaan yang berkekalan

mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak. Islam juga menekankan faktor penerusan

zuriat yang halal sebagai tujuan utama perkahwinan (Wahbah, 1983). Jika dikaji dari

perspektif undang-undang pula, perkahwinan didefinisikan oleh undang-undang Inggeris

sebagai penyatuan secara sukarela dan bebas untuk seumur hidup antara seorang lelaki dan

seorang perempuan, untuk penerusan zuriat dan mengecualikan orang lain (monogami).

    Olson dan DeFrain (2000) mendefinisikan perkahwinan sebagai satu ikatan atau

komitmen emosi yang sah dari segi undang-undang antara dua individu untuk berkongsi

emosi, kemesraan fizikal, tugas dan juga sumber ekonomi. Brodericl (1984) ,menggambarkan

perkahwinan melalui sembilan ciri yang lazimnya ditemui di kalangan individu pelbagai

lapisan pendapatan, pendidikan dan kumpulan etnik:
   Perkahwinan adalah peristiwa sosial- Setiap perkahwinan mencipta satu unit sosial

    dalam masyarakat.

   Perkahwinan adalah perhubugnan antara dua keluarga dan jaringan sosial- Apabila

    dua individu berkahwin, mereka berkahwin bukan sahaja antara satu sama lain tetapi

    juga dengan ahli keluarga dan kawan pasangannya. Jaringan sosial merangkumi

    kawan kedua-dua pasangan, tapi hanya kawan yang disukai oleh kedua-dua

    pasangan akan kekal dalam jaringan sosial tersebut.

   Perkahwinan adalah perjanjian sah dari segi undang-undang antara individu dan

    negeri- Setiap negeri mengemukakan hak dan tanggungjawab yang berbeza untuk

    pasangan yang berkahwin.

   Perkahwinan adalah penyatuan ekonomi- Pasangan berkahwin menjadi satu unit

    kewangan yang tunggal dan pembuat keputusan yang penting dalam masyarakat

    terutamanya semasa pembelian, penjualan, peminjaman dan perkongsian.

   Perkahwinan adalah susunan yang paling biasa untuk orang dewasa.- Tidak ramai

    individu memilih untuk hidup bersendirian. Perkahwinan merupakan satu pilihan

    yang popular untuk orang dewasa.

   Perkahwinan adalah konteks untuk hubungan kelamin- Kebanyakan pasangan baru

    berkahwin mempersepsikan hubungan kelamin antara pasangan secara positif.

   Perkahwinan adalah unit reproduktif- Kebanyakan pasangan berkahwin akan

    menjadi ibu bapa dan melihat keibubapaan sebagai satu matlamat dan tujuan yang

    penting dalam kehidupan.

   Perkahwinan adalah unit untuk mensosialisasikan anak- Sebagai asas pembentukan
        keluarga, kelahiran anak ataupun mengambil anak angkat bagi pasangan berkahwin

        menuntut pasangan tersebut menjalankan fungsi mengasuh dan mendidik anak

        sebagai warga masyarakat yang berguna.

       Perkahwinan adalah peluang untuk membina perhubungan yang intim dan

        berkongsi- Perkahwinan boleh menjadi konteks sokongan di mana individu dapat

        membina dan mengekalkan hubungan yang intim antara satu sama lain.

    Perkahwinan lazim berlaku antara dua individu yang berlainan jantina. Namun peredaran

masa dan perubahan norma sesetengah masyarakat telah mempelbagaikan lagi jenis dan

definisi perkahwinan. Kini, perkahwinan antara individu yang sama jantina berlaku di

sesetengah tempat terutamanya di negara Eropah.
1.2 Konsep Keluarga

    Berdasarkan definisi yang telah dikemukakan untuk perkahwinan, keluarga boleh

digariskan sebagai hasil daripada hubungan perkahwinan yang dijalin antara dua individu

iaitu lelaki dan perempuan. Seperti perkahwinan, keluarga boleh didefinisikan melalui

pelbagai cara dan konteks. Definisi keluarga lazimnya merangkumi struktur , dinamik dan

fungsi keluarga. Secara umumnya, keluarga boleh didefinisikan sebagai dua atau lebih

individu yang komited antara satu sama lain dan berkongsi kemesraan, sumber, nilai dan

tanggungjawab untuk membuat keputusan.

    Secara umumnya, keluarga didefinisikan sebagai kumpulan sosial yang asas,

merangkumi lelaki dan perempuan dan juga zuriat mereka. Keluarga juga dikenali sebagai

sekumpulan individu yang mempunyai nenek moyang yang sama dan sekumpulan isi rumah

yang tinggal di bawah satu bumbung yang sama. (American Heritage Dictionary, 1985)

    Menurut perspektif agama, keluarga adalah sturktur istimewa yang ahlinya mempunyai

hubungan darah atau hubungan perkahwinan; hubungan ini merangkumi eleman saling

mengharap seperti yang digariskan dalam agama, undang-undang dan dihayati oleh setiap

ahlinya (Hammudah, 1977).

    Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang berkecimpung

dalam pelbagai program dan penyelidikan berkaitan pembangunan keluarga di Malaysia

mendefinisikan keluarga sebagai satu unit yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang

dihubungkan dengan ikatan perkahwinan yang sah dari segi agama, adat resam dan

undang-undang; keluarga juga termasuk ahli yang mempunyai hubungan darah atau diangkat

menjadi ahli.
    Pengkaji barat seperti Burgess dan Locke (1953) mendefinisikan keluarga sebagai

kumpulan orang yang mempunyai hubungan darah atau diangakat, mendiami satu isi rumah,

berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain menerusi peranan masing-masing

sebagai suami-isteri, ibu-anak, anak lelaki-anak perempuan, adik-beradik mereka cipta dan

mengekalkan budaya yang sama.

    Beberapa definisi keluarga yang dikemukakan di atas mungkin berbeza antara satu sama

lain. Tetapi secara asasnya definisi tersebut menekankan kepada perhubungan emosi,

komitmen dan perkongsian sumber. Kepelbagaian dan kompleksiti yang wujud dalam definisi

keluarga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti adat resam, geografi, budaya dalam

sesebuah masyarakat, nilai, agama dan arus perubahan masa. Sungguhpun keluarga

tradisional yang merangkumi suami, isteri dan anak masih dominan dalam masyarakat,

definisi mengenai keluarga telah dicabar oleh pengenalan institusi sosial baru seperti keluarga

induk tunggal, pasangan tanpa anak, keluarga angkat dan perkongsian rumah antara

adik-beradik. Selain itu, inovasi teknologi juga telah mempelbagaikan definisi untuk

keluarga.
1.3 Adat Resam

    Adat resam atau adat istiadat merujuk kepada acara yang dilakukan secara formal dalam

sesuatu upacara yang tertentu. Perlaksanaan sesuatu adat resam biasanya melibatkan lebih

daripada seorang individu. Orang yang menyaksikan perlaksanaan adat resam juga

melibatkan jumlah yang banyak.

    Adat resam juga dikaitkan dengan upacara amal atau ritual tetapi adat resam adalah lebih

daripada itu. Aspek upacara yang diamalkan terlingkung dalam aspek adat resam. Adat resam

lazimnya bukan satu tingkah laku keagamaan.

    Adat resam dalam perkataan lain adalah acara yang dilakukan mengikut susunannya

yang tertentu dalam konteks budaya, sosial dan upacara amalnya yang tersendiri. Contohnya,

istiadat pertabalan raja tidak melibatkan semua golongan raja tetapi melibatkan hanya raja

yang layak naik takhta. Selain itu, istiadat yang terlibat juga berbeza dari satu negeri ke satu

negeri yang lain.

   Perbezaan budaya, sosial dan ritual ini terdapat dalam semua istiadat seperti perkahwinan,

pertunangan, persandingan, perlantikan ketua dan yang sebagainya. Sebagai contoh, adat

resam perkahwinan orang Kedah berbeza daripada istiadat perkahwinan orang Melaka, begitu

juga dengan istiadat perkahwinan orang kelas atas dengan orang kelas rendah.
2.0 Adat Resam Perkahwinan Bangsa Melayu

       Sebelum membincangkan konteks adat resam perkahwinan bagi bangsa Malaysia, perlu

diterangkan dahulu terdapat tiga jenis garis keturunan, iaitu:-

i.       Garis Keturunan bapa (patrilineal)

ii.      Garis keturunan ibu (matrilineal)

iii.     Garis keturunan ibu-bapa (bilateral)

       Seseorang pada umumnya dianggap sebagai anak kepada kedua-dua ibu bapanya. Oleh

sebab itu, hubungan persanakannya boleh dikesan melalui kedua-dua ibu bapa tersebut.

Saudara-mara yang dikesan melalui sebelah bapa dikenali sebagai saudara-mara kebapaan

(patrilineal), sementara saudara-mara yang dikesan melalui sebelah ibu dikenali sebagai

saudara-mara keibuan (matrilineal). Apabila keturunan dikaji melalui kedua-dua jurai,

keturunan tersebut dikenali sebagai keturunan dwisisi (bilateral).

       Sebagai contoh, masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia, khususnya, masyarakat

Melayu Negeri Sembilan, beranggap bahawa adat Melayu terdiri daripada dua jenis. Pertama,

adat di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka yang dikenal sebagai Adat Perpatih, dan Adat

Temenggung iaitu adat yang diamalkan oleh orang Melayu di luar Negeri Sembilan, seperti

Melaka, Johor dan Selangor.

       Adat Perpatih, seperti yang sedia dimaklumi, adalah sistem kemasyarakatan yang

berdasarkan sistem nasab ibu (matrilineal), sedangkan sistem sosial Islam adalah berteraskan

nasab bapa (patrilineal).
2.2 Adat resam perkahwinan bangsa Cina
2.3 Adat resam Perkahwinan Bangasa India

    Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum

yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.

Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan

masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh

masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini

jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain,

masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya

memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.


    Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu

dijalankan terlebih dahulu. Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam

perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu.

Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar.

Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang

keharmonian.


    Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk

dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit,

kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan

sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk

diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang

akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.
    Seterusnya, Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang

dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih

yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat

India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan

terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan

tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas,

cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk

memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari

sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan

pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan

oleh pembuat thaali.


    Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.

Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk

pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini

kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri

orang.


    Adat Mukuurtta Kaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat

mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk

menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk

dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai

lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.
    Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan

dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit

dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya

perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta

dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair

dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu

diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak

sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut

sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta

lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan

lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar

sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta

kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.
2.4 Adat Resam Perkahwinan Bangsa Indonesia

    Bangsa Indonesia mempunyai adat resam yang agak mirip dengan bangsa Melayu

Malaysia. Sistem patrilineal dan matrilineal juga masih diamalkan oleh masyarakat bangsa

Indonesia.

    Di Indonesia, bangsa Minangkabau dan Korintji Semando mengikut garis keturunan ibu.

Adat perkahwinan mereka masih menunjukkan amalan-amalan dari garis keturunan ibu iaitu

suami harus tinggal di rumah isteri selepas berkahwin. Keadaan yang sebaliknya berlaku di

Batak, Nias, Gajo, Maluku, Timur dan Pubian. Penduduk di kawasa tersebut mengikut garis

keturunan bapa.




2.4.1 Peminangan
3.0 Kesimpulan

    Dalam kajian yang dijalankan, dapat diperhatikan bahawa asat resam begitu penting dan

mempunyai nilai yang tinggi sebagaimana yang diperlihatkan oleh bangsa-bangsa yang

tersenarai dalam perkahwinan mereka. Mereka bukan sahaja menilai tinggi terhadap adat

resam malah turut memandu sebahagian kehidupan harian mereka dengan pelbagai adat

resam. Mereka menganggap adat resam adalah sebahagian harta pusaka yang telah

ditinggalkan oleh nenek moyang mereka, yang tidak dapat dinilai dengan apa jua.

    Sesetengah adat resam masih dipertahankan sehingga masa kini. Wang ringgit tidak

menjadi nilaian bagi mereka yang mempertahankan adat resam kerana mereka berpegang

teguh kepada prinsip bahawa adat resam adalah pegangan hidup bermasyarakat dan adat

menggambarkan kebaikan. Identiti sesuatu bangsa dapat dimanifestasikan melalui adat

resam.

    Tingkah laku memburuk-burukkan adat sesuatu bangsa adalah satu pandangan yang

egocentric dan bersifat bias. Punca utama yang menjadikan seseorang itu berpandangan

egocentric adalah disebabkan dia tidak mengetahui motif yang tersirat di sebalik adat resam

yang diamalkan. Misalnya dalam adat perkahwinan orang Melayu di Malaysia, upacara yang

telah dilakukan adalah sebahagian daripada cara untuk mengukuhkan lagi sistem nilai

masyarakat berkenaan. Masalah pembaziran dalam perbelanjaan tidak menjadi masalah

utama yang diperhitungkan oleh mereka kerana yang lebih penting ialah nilaian anggota

masyarakat pada upacara yang telah dilaksanakan itu. Pada hakikatnya, upacara yang telah

dijalankan dalam adat perkahwinan pelbagai bangsa adalah sebagai satu pengisytiharan

bahawa ada anggota dalam masyarakat yang sedang menjalani upacara ‘peralihan taraf’ (rites
de passage). Bagi anggota masyarakat berkenaan, adanya majlis seperti itu menjadikan

mereka begitu terlibat (committed) iaitu sebagai individu yang hidup berjiran dan

bermasyarakat. Rasa kerterlibatan ini menjadi unsur yang terpenting dalam memelihara

keharmonian masyarakat kampung dan mukim.

    Jika sesuatu perkahwinan itu dijalankan dalam keadaan yang tidak beradat iaitu hanya

menjalankan ‘akad nikah’ yang melibatkan sebilangan orang anggota masyarakat sahaja akan

menimbulkan prsangka buruk daripada anggota masyarakat terhadap pasangan suami isteri

berkenaan kerana tiada pengisytiharan yang formal daripada keluarga mereka.

    Seperkara lagi yang dapat diperhatikan dalam adat resam perkahwinan bangsa-bangsa ini

adalah melalui upacara yang telah dijalankan, semangat kekitaan di kalangan anggota

masyarakatnya dapat diwujudkan dan diperkuatkan kerana mereka bekerjasama melibatkan

diri dalam proses-proses perkahwinan yang dilangsungkan. Hal sedemikian ini didorong oleh

semangat hidup bermukim, hubungan yang intimate, face to face encounter, mesra serta kenal

luar dan dalam. Oleh sebab itu, dapat dirumuskan bahawa perkahwinan itu bukan hanya

melibatkan keluarga pengantin tetapi juga keseluruhan anggota masyarakat berkenaan.
Bibliografi:

1. Norazit Selat: Konsep Asas Antropologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

   Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993.

2. William J. Goode, Penterjemah: Maso’od Abd. Rashid: Keluarga, Dewan Bahasa dan

   Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991.

3. (Edt) Cik Maimunah Bte. Mohd. Said: Upacara Perkahwinan Tradisional Di Malaysia,

   Kuala Lumpur: Vinlin Press, 1978.

4. Norhalim Hj. Ibrahim: Perbezaan dan Persamaan Adat Perpatih dengan Adat Temenggung,

   Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1993.

								
To top