Docstoc

MANUSIA,MASYARAKAT DAN BUDAYA, DAN FAKTOR-FAKTOR MEMBENTUK BUDAYA GLOBAL

Document Sample
MANUSIA,MASYARAKAT DAN BUDAYA, DAN FAKTOR-FAKTOR MEMBENTUK BUDAYA GLOBAL Powered By Docstoc
					    MANUSIA, MASYARAKAT DAN BUDAYA, DAN FAKTOR-FAKTOR
                     PEMBENTUKAN BUDAYA GLOBAL




                     Prof. Dato Hj. Abdul Murad Ahmad JP


             EAST WEST COLLEGE, SEREMBAN MALAYSIA
                                    JULY 2011



PENDAHULUAN

   Budaya dapat didefinisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi
   anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi
   ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau
   apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat.


   Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai „The way of
   life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of
   perception and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are
   learned but are often too perceived to be readily noticed from within‟.


   Budaya boleh didefinisikan sebagai cara hidup manusia yang merupakan satu proses
   perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok.
   Koentjaraningrat (2002) telah mendefinisikan budaya sebagai seluruh dari fikiran,
   karya dan hasil karya manusia yang tidak berakal kepada nalurinya dan hanya
   dicetuskan oleh manusia sesudah proses belajar. Beliau telah memecahkannya kepada
   tujuh unsur:
i)     Sistem kepercayaan dan upacara
ii)    Sistem organisasi kemasyarakatan
iii)   Sistem pengetahuan
iv)    Bahasa
v)     Kesenian
vi)    Sistem pendapatan hidup
vii)   Sistem teknologi dan peralatan


Definisi Taylor pula merujuk kepada keseluruhan yang merangkumi pengetahuan,
kepercayaan, seni, tatasusila serta sebarang kemahiran dan tingkah laku yang
dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat.
Ratner (2000) telah menyusun empat prasyarat bagi sebuah konsep budaya iaitu:
i)     Mendefinisikan sebab musabab dari fenomena budaya
ii)    Mengidentifikasi subkategori dari fenomena- fenomena budaya.
iii)   Mengidentifikasi bagaimana fenomena-fonomena itu saling berhubungan.
iv)    Menerangkan hubungan budaya dengan fenomena lain seperti biologi dan
       ekologi.


Beliau telah menyatakan lima fenomena budaya utama iaitu:
i)     Aktiviti budaya (contohnya pengasuhan anak dan pendidikan anak)
ii)    Nilai-nilai skema, makna dan konsep budaya. (Contoh: waktu dan umur)
iii)   Unsur fizik yang digunakan seperti buku, rumah dan senjata
iv)    Fenomena budaya dibentuk dan terus diubah oleh manusia sehingga manusia
       berperanan sebagai agensi.
v)     Fenomena psikologis seperti emosi, motivasi dan memori.


Dipetik dari Raplh Linton (1947) dari buku The Cultural Background of Personality:
“budaya ialah susunan perlakuan yang dipelajari dan hasil daripada kelakuan ini
digunakan bersama dalam masyarakat”.


                                                                      Page 2 of 16
Budaya itu suatu hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai-nilai,
kepercayaan dan pantang-larang yang diperturunkan dalam sesebuah masyarakat
daripada suatu generasi ke generasi melalui proses pembudayaan. Budaya merupakan
perkongsian suatu masyarakat, tidak dapat berpisah dengan bahasa dan dapat
diperolehi melalui proses pembelajaran.


Globalisasi atau „dunia tanpa sempadan‟ merupakan satu fenomena sejagat yang telah
menggantikan sistem Perang Dingin. Ia banyak dikaitkan dengan proses integrasi
pasaran, teknologi, dan maklumat yang melangkaui sempadan negara dan budaya
yang berlaku dengan kadar yang pantas.


Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai
satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek
kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat
manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam
konsep dunia tanpa sempadan.


McGrew (1999:65) menyatakan globalisasi sebagai “intensification of global
interconnectedness”. Apa yang dimaksudkan adalah dengan peningkatan hubungan
jaringan global adalah pada waktu ini sempadan negaratidak lagi menjadi rintangan
dalam kehidupan kita. Hampir semua aktiviti sudah mula bergerak merentasi
sempadan negara sama ada dari segi barangan, modal, manusia, pengetahuan, imej,
jenayah, pencemaran alam, dadah, fesyen malah juga kepercayaan. Kaedah
pergerakan itu berlaku dalam pelbagai cara, sama ada melalui jaringan hubungan
antara peribadi, institusi, pengangkutan udara dan juga jaringan sistem komunikasi.




                                                                      Page 3 of 16
       Semua ini berlaku hampir di setiap negara terutamanya negara membangun
       termasuklah Malaysia sendiri.




Faktor-faktor Pembentukan Budaya Global

Ciri-ciri budaya yang telah disenaraikan oleh Ferraro (2006) adalah:
       i)      Budaya dikongsi
       ii)     Budaya dipelajari
       iii)    Budaya “tidak kelihatan”
       iv)     Budaya mempengaruhi proses-proses biologi
       v)      Budaya saling berubah
       vi)     Kesejagatan budaya
       vii)    Budaya adaptif dan maladaptif
       viii)   Budaya bersifat integratif


Sebagai insan sosial, kita tidak mampu lari daripada pengaruh budaya. Dalam interaksi sosial
harian, banyak yang kita pelajari dan amalkan tentang budaya kita sendiri. Budaya itu
merupakan lumrah kehidupan kita sebagai manusia.


Ciri-ciri budaya telah menunjukkan bahawa setiap masyarakat mempunyai budayanya sendiri
di mana ada sesetengah daripada budaya itu boleh dikongsi bersama masyarakat yang lain.


Faktor Pertama: Teknologi


       Globalisasi kerap disandarkan kepada perkembangan Teknologi Informasi dan
       komunikasi (ICT) yang mana telah menjadikan maklumat itu disampaikan dan
       dikongsi merentasi sempadan geografi global.




                                                                               Page 4 of 16
Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi memacu perkembangan globalisasi
dari semua aspek kehidupan bermasyarakat samada untuk negara mahupun peradaban
dunia. Kehidupan manusia di masa kini banyak bergantung kepada teknologi.
Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada hari ini
yang mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju. Era globalisasi yang
sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang lebih
ketara dalam bidang teknologi malah akan turut mempengaruhi budaya.


Dengan teknologi, manusia di seluruh dunia dapat berkongsi maklumat tidak kira
mereka berada dimana. Secara tidak langsung, pertukaran budaya akan berlaku
dengan lebih mudah dan pantas.


Satu perkara penting yang merealisasikan proses globalisasi ini adalah perkembangan
dalam teknologi komunikasi. Melalui jaringan sistem komunikasi seperti internet,
telefon, atau rangkaian televisyen global dunia telah „dikecilkan‟ dengan
memungkinkan hubungan yang merentasi sempadan Negara dilakukan dengan begtitu
mudah sekali.


Selain daripada itu, masyarakat dunia berkongsi teknologi yang sama. Contoh yang
paling hampir dengan kita adalah telefon bimbit. Syarikat-syarikat besar seperti
Nokia, Samsung, Motorola dan sebagainya mempunyai model-model telefon bimbit
di merata dunia. Arus teknologi seperti inilah yang mengembangkan lagi perkongsian
budaya antara benua.


Dunia semakin rapat kerana kita mempunyai peluang menggunakan teknologi
komunikasi untuk meluaskan sempadan ruang „dunia tempatan‟ kita kepada dunia
global.   Tomlinson    (1999)    menganggap    perkembangan      tersebut   sebagai
deterritorialization yang bermaskud kita sudah tidak boleh lagi mempertahankan
ruang dan masa kita sebagai hak kita tanpa boleh dicerobohi oleh orang lain. Dalam


                                                                       Page 5 of 16
     proses globalisasi, ruang dan masa sudah menjadi hak sepunya masyarakat sejagat.
     Sempadan negara bangsa bukan lagi menjadi sebab untuk mempertahankan
     kemasukan maklumat daripada luar. Ruang dunia sudah menjadi hak bersama.




Faktor Kedua: Media Massa


     Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi telah
     mempengaruhi sistem komunikasi global. Dalam bidang komunikasi pula, proses
     penglobalan dunia boleh terhasil dengan mewujudkan media global yang berperanan
     bukan sahaja menyebarkan maklumat malah mencorak dan mempengaruhi pendapat
     awam dunia.


     Peranan yang dimainkan oleh media massa secara umum adalah merupakan sumber
     primer dalam komunikasi massa. Hal ini dapat dilihat apabila media massa dijadikan
     sebagai salah satu wadah dalam mencari maklumat rujukan. Tanpa adanya media
     massa, masyarakat tidak akan mengetahui pelbagai maklumat yang baru termasuk
     dari dalam dan luar negara


     Media mempunyai pengaruh yang begitu luas tidak kira dimana. Medium ini bukan
     sahaja merupakan cermin kepada masyarakat malahan ia juga merupakan alat
     perubahan kepada sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii.). L. John
     Martin berpendapat bahawa media massa merujuk kepada alat yang mewujudkan
     interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden. Media massa
     pada masa kini telah melalui arus globalisasi yang mana media kini bersifat universal
     dan tiada sempadan. Teknologi baru dalam bidang penyebaran maklumat telah
     meningkatkan kuasa dan fungsi media massa.


                                                                             Page 6 of 16
Dengan adanya media massa, fungsi pengiklanan dapat disebarkan dengan mudah
dan pantas. Maka secara tidak langsung, pengaruh budaya globalisasi berkembang
lebih pantas. Mohd Helmi dan Mohd Nizam (2005), „dalam konteks pengiklanan,
globalisasi dipercayai mempunyai dampak yang signifikan dalam mempengaruhi dan
membentuk identiti nasional sesebuah negara, terutama melalui imej dan mesej yang
ditonjolkan oleh pengiklanan barat yang disampaikan oleh ICT , dan pelbagai bentuk
media elektronik dan media cetak‟.
Satu kajian terhadap 200 iklan televisyen tempatan telah dijalankan dan hasil
penemuan    menunjukkan     bahawa    iklan-iklan   televisyen   di   Malaysia   telah
menggunakan kebanyakannya identiti tempatan dan global di dalam perlaksanaan
kreatif pengiklanan mereka. Ini dapat dirumuskan bahawa globalisasi mempunyai
dampak terhadap pengiklanan dan identiti nasional di Malaysia namun lebih
menampilkan implikasi yang positif berdasarkan perspektif Malaysia iaitu
memperkukuhkan globalisasi tanpa mengabaikan identiti nasional.


Sebagai contoh yang dipetik dari artikel bertajuk „Globalisasi dan Media Global‟ oleh
Samsudin A. Rahim mengenai pengiklanan. Isu yang dikaitkan dengan agensi
pengiklanan ini bukan sahaja meminggirkan agensi pengiklanan tempatan tetapi
adalah adalah usaha untuk membentuk satu budaya konsumer global. Ada usaha
untuk menggunakan satu agensi pengiklanan untuk menghasilkan satu produk global.
McDonald telah memberikan khidmat pengiklanan kepada agensi pengiklanan
multinasional di Sweeden untuk menghasilkan satu iklan global yang sama untuk
semua pasarannya baik di negara utama atau pun negara Semi-Peripheral dan
Peripheral. Berdasarkan petikan tersebut, jelas terdapat bukti bagaimana pengaruh
iklan dapat meluaskan lagi budaya global di serata dunia dengan mudah dan pantas.


Mengambil kira situasi di Malaysia, perkhidmatan stesen televisyen satelit Astro
menggambarkan pertembungan antara industri media tempatan dengan media global.


                                                                         Page 7 of 16
      Astro tidak perlu memberi tumpuan kepada pembinaan isi kandungan seperti
      televisyen tempatan tempatan yang lain. Kebanyakan program Astro menyalurkan
      program daripada organisasi media global yang membekalkan isi kandungan untuk
      saluran-saluran khusus seperti ESPN, HBO, Star TV dan sebagainya.




Faktor Ketiga: Trend Global


      Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat
      atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup
      berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau
      dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah banyak
      berubah dan menuju globalisasi.


      Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telah pun berada dalam
      bentuk globalisasi:


      i)     Budaya Makan:
             Seperti yang kita dapat lihat sekarang, makanan pelbagai negara mudah
             didapati. Contohnya seperti makanan dari Jepun, negara asia barat dan negara
             dari Eropah. Restoran dan francais tumbuh bagaikan cendawan bagi
             membesarkan dan mengedarkan makanan-makanan ini yang semakin diminati
             masyarakat tempatan.




                                                                            Page 8 of 16
Makanan Amerika pula semakin popular di Jepun serta serata negara lain. Mc
Donald misalnya, mempunyai 10,500 buah restoran di 50 buah negara di
dunia manakala Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,750
restoran di 58 buah negara. Fenomena yang berlaku ini merupakan salah satu
daripada globalisasi yang melanda bidang pemakanan.


Malaysia juga tidak terkecuali sebagai salah sebuah negara penyumbang
kepada kemajuan francais makanan tersebut. Dengan kewujudan restoran
serta francais makanan tersebut, rakyat Malaysia boleh menikmati hidangan
yang enak serta tempat yang selesa yang disediakan pihak restoran walaupun
harganya sedikit mahal berbanding restoran biasa.


Di samping itu, untuk beradaptasi ke budaya tempatan, sesetengah pengusaha
restoran makanan segera akan mengeluarkan citarasa tempatan seperti rasa
pedas atau rasa tomyam yang menjadi kesukaan penduduk Malaysia. Factor
ini mempengaruhi kepantasan berleluasanya makanan segera di kalangan
kanak-kanak dan remaja.


Secara tidak langsung, pengusaha restoran makanan segera mempromosikan
budaya luar yang kurang sesuai dengan negara kita. Mereka menjual makanan
yang berkalori tinggi yang tidak sihat yang mungkin sesuai dengan negara
asal makanan tersebut yang sejuk, tetapi bukan di negara kita. Dengan ini
maka wujudla satu permasalahan baru iaitu obesiti di kalangan kanak-kanak.


Kajian telah menunjukkan bahawa iklan komersial mempunyai pengaruh yang
besar   dalam   pemilihan   makanan    di   kalangan   kanak-kanak.   Pihak
bertanggungjawab seharusnya melarang pengiklanan makanan segera terus
kepada kanak-kanak iaitu pada waktu tayangan program kanak-kanak. Ini




                                                               Page 9 of 16
       merupakan salah satu langkah pencegahan untuk menjaga kesihatan generasi
       akan datang.


ii)    Budaya fesyen dan pemakaian
       Sebelum berleluasanya budaya global, pemakaian budaya tempatan bagi
       masyarakat Melayu kebanyakannya adalah berbaju kurung dan berkebaya
       untuk wanita. Kini wanita-wanita Melayu masih mengekalkan pemakaian
       tradisional tetapi masih mengikut trend dengan beralih kepada pemakaian
       yang lebih moden dan terkini. Kebudayaan global beerti kebudayaan yang
       tidak hanya dirasakan pada skop tempatan tetapi juga pada skop antarabangsa.
       Kini budaya fesyen dapat dikongsi di seluruh negara. Sebagai contoh pakaian
       berjenama dari barat seperti Armani Exchange, Calvin Klein dan Top Shop
       boleh didapati di mana-mana pusat membeli-belah terkemuka negara-negara
       di barat mahupun timur.
iii)   Budaya Kerja
       Ekonomi menjadi faktor globalisasi kerana setiap negara memerlukan
       rakyatnya bekerjasama dalam memajukan ekonomi negara. Hal ini menjadi
       penyebab dimana ruangan waktu kerja yang berbeza terutamanya antara timur
       dan barat tidak lagi menjadi halangan dan penyebab. Kaedah penyelesaian
       dilakukan dengan mengadakan kerja secara bergilir-gilr atau „shift‟.


       Sebagai contoh yang lebih mudah, pada 8 Februari 1998 Tun Dr. Mahathir
       yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan
       „Dasar Pandang ke Timur‟. Dasar ini bermakna, pihak kerajaan membuat
       kajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang
       terbaik daripada Jepun dan Korea dengan membuat sedikit pengubahsuaian
       dengan keadaan-keadaan di Malaysia.




                                                                        Page 10 of 16
      Kejayaan-kejayaan dari kedua-dua buah negara ini menjadi contoh dan
      teladan   kepada     Malaysia    dan   seterusnya   bagi    mencapai    matlamat
      pembangunan negara        dengan meninggikan          prestasi   pengurusan   dan
      pembangunan sektor awam dan swasta serta mewujudkan masyarakat
      Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk
      memajukan negara.


      Dengan ini secara tidak langsung, budaya kerja dari Jepun dan Korea telah
      dipindahkan ke Malaysia. Dengan ini, globalisasi budaya dari segi kerja telah
      berjaya   diterapkan    kepada    rakyat   Malaysia     demi     memajukan    dan
      memantapkan ekonomi negara.


iv)   Budaya Muzik dan Hiburan
      Muzik pada masa kini dapat di dengar dan dikongsi bersama terutamanya
      muzik dan hiburan dari negara barat yang menjadi ikutan dan siulan. Media
      hiburan barat semakin membanjiri golongan muda di mana-mana negara.
      Sebagai contoh, MTV Show.


v)    Budaya Bahasa
      Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantara dunia. Sudah menjadi trend
      dan kewajipan setiap orang perlu mnengetahui sedikit sebanyak mengenai
      Bahasa Inggeris. Ini kerana kemana sahaja kita pergi, kita menggunakan
      bahasa ini sebagai bahasa penghantar dalam proses kominikasi berlainan
      bangsa dan negara.


vi)   Ilmu dan Pendidikan

      Kesan daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini menjadi lebih
      terbuka kepada dunia luar. Banyak peluang kita untuk menghantar pelajar ke



                                                                          Page 11 of 16
               luar negara, malah universiti terkemuka dari negara lain turut mengambil
               peluang untuk membuka cawangannya di Malaysia. Ini merupakan satu
               persaingan yang sihat antara IPT tempatan dengan IPTS dari luar.

               Apabila berlaku pertukaran seperti ini, ilmu dapat dikongsi bersama dan
               berkembang terutamanya dalam bidang penyelidikan.

KESIMPULAN

Natijah daripada perkembangan ini, kita bukan sahaja beruntung dalam penerokaan dunia
luar dengan mudah malahan mendapat faedah daripadanya. Walaubagaimanapun, dalam
masa yang sama kita juga akan lebih terdedah kepada unsur-unsur luar yang akan
mempengaruhi persekitaran dan budaya setempat.

Perkembangan globalisasi ini menunjukkan bahawa ianya bukan sahaja menyentuh tentang
hubungan antara pelbagai pelosok dunia, tetapi juga berkaitan dengan penyebaran budaya itu
sendiri. Walaupun kita tetap kekal di tempat tinggal kita, tetapi dengan globalisasi ini simbol
kepada budaya luar yang akan datang kepada kita melalui banyak perantara seperti media,
teknologi, pelancongan dan sebagainya.

Kita akan terdedah kepada proses intergrasi dan disintegrasi budaya di mana budaya luar
menyerap dan diterima dalam budaya kita disamping ia juga mengdisintegrasikan budaya
yang sedia ada. Kesannya, budaya tempatan yang telah tersedia ada akan dibayangi oleh
budaya baru yang diintegrasikan dari budaya luar. Hakikat ini diakui oleh Pieterse
(1995 :62), di mana beliau berpendapat bahawa dalam proses globalisasi kita akan dapat lihat
budaya tempatan yang telah wujud begitu lama dan membayangi budaya luar akan beransur-
ansur menonjol ke hadapan.

Kebudayaan global beerti berpindah menuju kebudayaan yang berbeza sedikit dari
kebudayaan asal. Terdapat kesan yang baik mahupun tidak baik untuk sesetengah negara dan
rakyatnya hasil daripada globalisasi budaya ini. Globalisasi sangat mempengaruhi dan boleh


                                                                                Page 12 of 16
terjadinya pemcemaran budaya. Ini kerana telekomonikasi begitu canggih sehingga
melampaui sempadan negara. Budaya liar dari barat sangat mudah untuk didapati
terutamanya melalui perkhidmatan Internet, televisyen dan majalah dimana kebanyakannya
tidak ditapis isi kandungannya sama ada sesuai untuk golongan yang tertentu. Akibatnya
budaya tempatan yang murni dan sesuai semakin ditinggalkan dan digantikan dengan budaya
yang meruntuhkan moral. Identiti tempatan akan semakin hilang akibat dikikis hasil daripda
globalisasi.

Globalisasi bukan sekadar mempengaruhi kebudayaan malahan mempengaruhi ekonomi dan
politik sesebuah negara. Pada dasarnya globalisasi adalah pembebasan ekonomi dunia
daripada sebarang sekatan dalam perdagangan antarabangsa. Globalisasi juga dimaksudkan
sebagai satu sistem kapitalisme atau laissez-faire globalism. Dalam globalisasi ekonomi,
telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Ini dapat
dilihat melalui perluasan perusahaan melampaui sempadan negara. Pandangan ini dapat
dilihat melalui beberapa tahap. Pertama, perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti
diluar sempadan nasional dan meliputi eksport, import dan penghasilan bahan mentah.
Kedua, perusahaan mulitinasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di pelbagai
negara. Ketiga, perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sebagai satu. Perusahaan
tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global.

Di bawah adalah 8 kebaikan globalisasi yang disenaraikan oleh Chandra Muzaffar (aktivis
hak asasi manusia dan Presiden International Movement for a Just World (JUST) :

   i)      Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan
           keniskinan di sebilangan negara.
   ii)     Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah
   iii)    Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu
           pengetahuan berkat teknologi baru kamonikasi dan makluamat.
   iv)     Komunikasi yang lebih mudah dan murah




                                                                             Page 13 of 16
   v)        Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik,
             budaya dan agama berinteraksi.
   vi)       Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka
             terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedy di seluruh
             dunia.
   vii)      Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti tanggungjawab
             awam, undang-undang dan hak asasi manusia.
   viii)     Penonjolan hak asasi wanita.

Proses globalisasi membawa manfaat dan juga permasalahan baru bagi negara dan
masyarakat, khususnya negara membangun. Di satu pihak, terdapat ledakan media internet
dan maklumat serta proses liberalisasi kewangan. Di pihak lain, globalisasi juga mencetuskan
cabaran yang tidak menentu ke atas anggota masyarakat, sehingga ada yang menjadi
pemenang dan ada menjadi pihak yang kalah.

Setiap perubahan yang berlaku mempunyai pros dan kontrasnya. Begitu juga dengan kesan
globalisasi terhadap individu, ahli masyarakat, dan negara. Cabaran globalisasi masa kini
memelukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan. Pendekatan yang lebih mudah
harus didedahkan lebih awal melalui pendidikan di rumah dan seterusnya sekolah.

Berdasarkan beberapa aspek globalisasi yang telah dibincangkan, dapat disimpulkan bahawa
di abad ini, kita sedang melalui satu cabaran dan perubahan yang besar. Cabaran globalisasi
dan implikasinya terhadap banyak pihak termasuklah dari segi ekonomi, budaya, politik dan
sebagainya mempunyai kesan positif dan negatifnya. . Penerimaan terhadap perubahan
haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri,keluarga,
agama, bangsa dan negara.


RUJUKAN

Adi Firansyah (2008, January 28). Budaya, pengertian dan definisi. Retrieved February 2,
          2011 from


                                                                              Page 14 of 16
       http://blogbudaya.wordpress.com/2008/01/28/budaya-pengertian-dan-definisi/


Chong, G.T (2009, September 27). Kesan globalisasi. Retrieved February 23, 2011 from
       http://goaypastpm.wordpress.com/2009/09/27/karangan-kesan-globalisasi/


Definisi budaya. Retrieved February 22011, from
       http://www.scribd.com/doc/19756481/BAB-2-Definisi-Budaya


Globalisasi kebudayaan. Retrieved February 2, 2011, from
       http://www.scribd.com/doc/36167948/Globalisasi-Kebudayaan


Homosophonicus (2008, April 15). Budaya global. Retrieved February 23, 2011 from
       http://homosophonicus.multiply.com/journal/item/20/Budaya_Global


Kesan globalisasi di Malaysia. Retrieved February 2, 2011, from
       http://www.scribd.com/doc/37012954/Kesan-Globalisasi-Di-Malaysia


Koentjaraningrat. (1974). Kebudayaan, mentalitas, dan pembangunan. Indonesia : Gramedia
       Pustaka utama.


Mohd Helmi Abd. Rahim & Mohd Nizam Osman. (2005). Advertsisng, globalization and
       national identity: a content study of advertisement in Malaysia. Malaysian Journal of
       Communication, vol 2. 29-41.
       http://pkukmweb.ukm.my/~jkom/journal/pdf_files/2005/V21_3.pdf


Samsudin A. Rahim (2010, January 22). Globalisasi dan media global. Retrieved February 2,
       2011 from http://my.opera.com/karanganbm/blog/show.dml/6783971




                                                                              Page 15 of 16
Sam Wong (2010, March 20). Makanan segera yang berleluasa. Retrieved February 2, 2011
             from http://www. Konsumerkini.net.my/index.php/berita-terkini/keselamatan-
             produk/168-makanan-segera-yang-berleluasa


Tooley, J. (2003). Dapatkah globalisasi pendidikan menguntungkan si miskin. Jakarta,
      Indonesia: Friedrich Naumann Stiftung Indonesia.




                                                                          Page 16 of 16

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:3857
posted:7/13/2011
language:Malay
pages:16