Docstoc

muhasabah solat kita

Document Sample
muhasabah solat kita Powered By Docstoc
					muhasabah solat kite
Message: Lalai Dalam Solat

"Wahai yang empunya diri ,sudahkan selesai
mendirikan solat"
"Sudah ,alhamdulillah."
"Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir
ketika memulakan solatmu?"
"Ya".
"Apakah ketika kamu memasang niat dan
mengangkat takbir itu, kamu rasakan ia mungkin
solatmu yang terakhir, kerana mati boleh
menjemputmu bila-bila masa?"
"Tidak"
"Adakah ketika lidahmu menyebut Allahuakbar,
hatimu turut membesarkan Allah?"
"Tidak...."
"Kalau begitu ,kamu tidak benar-benar berniat dan
mengangkat takbir."
"..."
"Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah
hatimu mengiakan bahawa hidup dan matimu
hanya untuk Allah yang Esa?"
"Tidak"
"Ketika surah al-fatihah kamu baca ,adakah hatimu
bersyukur kepada Allah, Tuhan yg kamu sembah
dan tempat kamu minta pertolongan, lantas kamu
memohon di beri petunjuk ke jalan yang diredhai-
Nya dan dijauhkan dari jalan yang sesaat lagi di
murkaiNya?"
"Tidak.. "

"Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak membaca
apa-apaa dalam solatmu."
"..."
"Adakah kamu menyempurnakan rukuk dan sujud
serta menjaga pergerakanmu agar tidak
mendahului imam?"
"Ya"
"Dan ketika rukuk dan sujud itu adakah hatimu
tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah
dan benar-benar merasakan kebesaran-Nya dan
kamu merasakan Allah itu melihatmu dan menilai
solatmu yg sedang kamu kerjakan?"
"Tidak"
"Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak rukuk dan
sujud ."
"..."
"Dalam solatmu,adakah kamu berniat
mendekatkan diri kepada Allahdengan
mengerjakan suatu amal juga kebajikan yg paling
utama?"
"Tidak"
"Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan
salam, adakah hatimu merasa takut kalau-kalau
solatmu yang baru kamu kerjakan itu tidak diterima
oleh Allah lalu amalan itu di lemparkan kembali ke
mukamu , di samping berharap agar Dia mahu
menilai solatmu sebagai pengabdian darimu?"
"Tidak.."
"Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak mendirikan
solat tidakmengingati dan mendekatkan dirimu
dengan Allah melalui solatmu.Berwaspadalah
kerana Allah telah berfirman:'Neraka wail bagi
orang yang solat,yang mereka lalai dalam
solatnya'(surah Al-Maun:4-5)
"Astaghfirullahal azim... Ya Allah,berikan aku
kekuatan utkmemperbaiki solatku dan
menjadikannya wadah utk bertambah dekat dan
hampir dengan-Mu."

P/s Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi
yang diperolehinya hanya penat dan letih,kerana
mereka itu lalai dalam sembahyangnya"

Hadis tersebut menerangkan betapa banyak
sembahyang yang didirikan Oleh seseorang itu tapi
malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui
sembahyangnya itu. Sebaliknya oleh kerana lalai
ketika sembahyang maka Allah swt menjanjikan
balasan api neraka pula kepadanya.

Firman Allah yang bermaksud
"Maka kecelakaanlah bagi orang -orang solat, iaitu
orang-orang yang lalai dari solatnya"

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:11
posted:7/13/2011
language:Malay
pages:2