Program Retail Mini Market Dengan Visual Basic

Document Sample
Program Retail Mini Market Dengan Visual Basic Powered By Docstoc
					                 LATIHAN DAN INDUSTRI
                    DEWAN RAKYAT
                 SIDANG 2 DARI 15 JUN 2009 - 30 JUN


1. SOALAN NO: 81 - Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID
   JAWAPAN

2. SOALAN TAMBAHAN 1
   JAWAPAN

3. SOALAN TAMBAHAN 2
   JAWAPAN

4. SOALAN TAMBAHAN 3
   JAWAPAN

5. MAKLUMAT TAMBAHAN

6. SOALAN NO: 104 - Y.B. DATO’ HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID
   JAWAPAN

7. SOALAN TAMBAHAN 1
   JAWAPAN

8. SOALAN TAMBAHAN 2
   JAWAPAN

9. MAKLUMAT TAMBAHAN



                                                          Kembali




                                                               1
                                                        SOALAN NO: 81 (S81)


        PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN:            LISAN

DARIPADA:              Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID

TARIKH:                30 JUN 2009

SOALAN:

Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID [ Kuala Langat ] minta
MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan setakat ini tindakan membantu pekerja
yang diberhentikan kerja menyertai Skim Latihan mendapat sambutan daripada rakyat
yang terlibat. Jika ada rakyat yang menyertai Skim Latihan tersebut berapakah
jumlahnya.



                                                                    PR-022-L18646

JAWAPAN (J81):



Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakan program “Latihan dan
Penempatan” bagi membantu pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja ekoran kesan
daripada krisis ekonomi global yang melanda negara. Sebanyak RM220 juta telah
diperuntukkan oleh Kerajaan bagi memberi latihan kemahiran dalam bidang-bidang yang
diperlukan oleh industri kepada pekerja-pekerja yang terjejas.



                                                                           Kembali




                                                                                 2
Program latihan tersebut dilaksanakan oleh penyelia-penyelia latihan yang dilantik oleh
KSM dan antara syarat lantikan ialah penyedia latihan dikehendaki membuat penempatan
kepada peserta yang dilatih setelah mereka menamatkan latihan dengan jayanya.


Tuan Yang Dipertua,


Mengikut rekod Kementerian Sumber Manusia (KSM) sehingga 24 Jun 2009, seramai
1,097 pekerja yang diberhentikan kerja sedang mengikuti program “Latihan dan
Penempatan” di seluruh negara. Antara bidang kursus yang ditawarkan adalah seperti
Petrochemical, Sales & Tele-Marketing, Retail Management, Business Process
Outsourcing, Web Design & Multimedia, Telecommunication Program Components,
Hospitality, Beauty Therapy dan Pengurus Operasi Kawalan Keselamatan.


Kementerian sentiasa berusaha untuk mempergiatkan promosi program ini di seluruh
negara melalui Program Penempatan Pekerjaan di peringkat negeri dan daerah.
Kementerian akan terus melaksanakan program ini dan berusaha untuk memastikan ianya
dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pekerja tempatan yang telah diberhentikan,
siswazah menganggur dan belia.

                                                                                Kembali




                                                                                     3
                            SOALAN TAMBAHAN 1 (ST81-1)


Apakah antara langkah yang diambil bagi mempertingkatkan penyertaan pelatih
dalam Program Train & Place.


Jawapan (J81-1):


Tuan Yang Dipertua,


Bagi mempertingkat penyertaan pelatih dalam Program Train & Place adalah seperti:
i.     Promosi berkaitan program melalui media cetak dan elektronik.
ii.    Menghubungi setiap pekerja yang diberhentikan bagi mengesan status
       pekerjaan mereka dan mempromosi program ini.
Iii.   Menggalakkan setiap penyedia latihan yang dilantik menyertai Program
       Penempatan Pekerjaan yang dianjurkan Jabatan Tenaga Kerja bagi membolehkan
       mereka mendapatkan calon.
iv.    Menyalurkan senarai nama pendaftar dikalangan pekerja yang diberhentikan,
       siswazah dan belia menganggur kepada penyedia latihan.


                                                                            Kembali




                                                                                    4
                                   SOALAN TAMBAHAN 2 (ST81-2)


Berapakah bilangan penyedia latihan yang telah dipilih untuk melaksanakan
program latihan Train and Place dan agihan mengikut negeri.


Jawapan (J81-2):

Tuan Yang Di Pertua,

Sehingga 24 Jun 2009, sebanyak 140 Penyedia Latihan telah diluluskan untuk menyertai
program ini. Pecahan Penyedia Latihan mengikut negeri adalah seperti berikut;

                                                          BIL PENYEDIA   BIL PESERTA /
                     NEGERI
                                                            LATIHAN        PELATIH

        JOHOR                                                  5                 600
        KEDAH                                                  2                 200
        KELANTAN                                               5                 650
        KUALA LUMPUR                                           37               5,890
        MELAKA                                                 2                 120
        NEGERI SEMBILAN                                        11               1,060
        PAHANG                                                 3                 220
        PENANG                                                 5                1,025
        PERAK                                                  3                 570
        PUTRAJAYA                                              2                 200
        SABAH                                                  4                 400
        SARAWAK                                                1                 40
        SELANGOR                                               53               11,965
        TERENGGANU                                             7                 475
       JUMLAH                                                 140           23,415*

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTK)
                                                                                 Kembali


                                                                                         5
KSM telah diperuntukkan sebanyak RM100 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi
untuk melaksanakan program Latihan dan Penempatan bagi pekerja yang diberhentikan
kerja berikutan kelembapan ekonomi dunia. Tujuan program ini antara lainnya adalah
bagi membantu pekerja yang diberhentikan melalui program latihan kemahiran baru,
meningkatkan tahap kebolehpekerjaan (employability) dan penempatan pekerjaan.



                                                                           Kembali




                                                                                6
                         SOALAN TAMBAHAN 3 (ST81-3)

Bagaimana pekerja yang diberhentikan kerja boleh menyertai program Train &
Place dan apakah ciri-ciri program berkenaan.

Jawapan (J81-3)


Tuan Yang Dipertua,


Pekerja yang diberhentikan kerja perlu mendaftar melalui sistem JobsMalaysia atau
mana-mana pejabat JTK yang berhampiran untuk menyertai program Train & Place.

Ciri-ciri Program Train & Place adalah seperti berikut:

   a) Latihan yang diberikan adalah dalam pelbagai bidang/sektor yang relevan supaya
       golongan berkenaan mendapat pekerjaan baru.

   b) Kandungan kursus yang ditawarkan adalah bagi melengkapkan golongan
       berkenaan dengan kemahiran baru supaya mereka juga boleh mendapat pekerjaan
       yang lebih baik (career advancement) selepas ekonomi kembali pulih.

   c) Tempoh latihan adalah antara 3 hingga 6 bulan.

   d) Peserta akan diberikan elaun sara diri bulanan antara RM500 sehingga RM800.

   e) KSM juga akan memberi latihan dalam bidang-bidang tertentu seperti penggredan
       kelapa sawit, mandur dan penyelia ladang bagi menggantikan pekerja asing di
       dalam sektor perladangan.

   f) Peserta kursus yang telah mengikuti latihan dengan jayanya akan dibuat
      penempatan.


                                                                             Kembali




                                                                                    7
                            Maklumat Tambahan (MT)


Faktor-faktor program Train and Place kurang mendapat sambutan
Antara faktor yang dikesan menjadi punca program ini kurang mendapat sambutan
adalah :


   •   Kebanyakan pekerja yang diberhentikan tidak bersedia untuk bekerja ditempat
       lain serta di industri yang berlainan
   •   Pekerja yang diberhentikan lebih berminat untuk terus bekerja daripada
       mengikuti program latihan kerana jumlah elaun yang dibayar adalah kecil
       berbanding gaji mereka terdahulu
   •   Ramai pekerja yang diberhentikan adalah dikalangan yang berusia dan mereka
       mengambil keputusan untuk bersara
   •   Pekerja yang diberhentikan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam
       bidang keusahawanan/bekerja sendiri.



                                                                          Kembali




                                                                                8
                                                    SOALAN NO: 104 (S104)


        PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN:            LISAN

DARIPADA:              Y.B. DATO’ HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID

TARIKH:                22 JUN 2009

SOALAN:

Y.B. DATO’ HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID [ Kuala Krau ] minta
MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan pelatih di bawah Kementerian
Sumber Manusia yang sedang mengikuti program latihan industri serta bidangnya bagi
mengatasi masalah pengangguran akibat krisis ekonomi.



                                                                   PR-022-L19685



JAWAPAN (J104):


Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan menyedari bahawa kelembapan ekonomi dunia telah memberi kesan terhadap
warga pekerja negara ini dimana bagi tempoh 1 Oktober 2008 sehingga 15 Jun 2009,
seramai 27,312 pekerja telah diberhentikan kerja.


Sehubungan itu, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah memperkenalkan
program ‘Train and Place’ yang bertujuan membantu pekerja yang diberhentikan,
graduan menganggur dan belia mendapatkan pekerjaan setelah mereka menjalani
program tersebut dengan jayanya.
                                                                          Kembali


                                                                                9
Sehingga 21 Jun 2009, sebanyak 137 penyedia latihan telah diluluskan untuk memberi
latihan kepada 18,627 calon pelatih bagi kategori pekerja yang diberhentikan, graduan
menganggur serta belia. Buat masa kini, seramai 471 (Jun 2009) pelatih yang sedang
mengikuti pelbagai latihan kemahiran.


Di antara bidang latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:


   g)Hospitaliti dan Perhotelan
   h)Peruncitan dan Keusahawanan
   i)Pelancongan
   j)Perladangan
   k)Pembuatan
   l)ICT
   m)Kecantikan dan Kosmetologi
   n)Perkhidmatan


                                                                            Kembali




                                                                                  10
                              SOALAN TAMBAHAN 1 (ST104-1)



Apakah dasar, strategi dan perancangan Kerajaan dalam mendepani masalah
kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia.


Jawapan (J104-1):


Dalam Negara Malaysia menuju ke arah menjadi negara maju menjelang tahun 2020,
masalah kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia adalah menjadi salah
satu fokus utama negara yang harus ditangani.


Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan
Kemahiran bertanggungjawab dalam merangka dasar serta merancang pelbagai usaha
bagi menghadapi cabaran tersebut serta strategi-strategi bagi memaksimakan pengeluaran
tenaga kerja mahir negara.


Dalam menyahut cabaran ini, Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran
Pekerjaan Malaysia 2008 – 2020 telah dibangunkan. Pelan ini bertindak sebagai asas dan
halatuju kepada penggalakan aktiviti pembangunan dan penyediaan program kemahiran
kepada belia di negara ini. Di dalam pelan induk ini, terdapat lima (5) teras strategi yang
telah dikenalpasti dalam usaha tangani kekurangn tenaga mahir iaitu :-


   •   Memperkukuhkan Sistem Latihan dan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan
   •   Mempertingkat Kualiti Latihan dan Pembangunan Kemahiran
   •   Memperluaskan Akses dan Peluang untuk Individu
   •   Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja Mahir oleh Industri
   •   Mempertingkatkan      Martabat    dan    Pengiktirafan   Kelayakan   dan    Kerjaya
       Berasaskan Kemahiran


                                                                                  Kembali



                                                                                        11
Disamping itu, kerajaan    telah memperkenalkan pelaksanaan Sistem Latihan Dual
Nasional (SLDN) bermula tahun 2005. SLDN diperkenalkan bertujuan menyediakan
tenaga mahir negara (k-Pekerja) melalui satu kaedah latihan komprehensif dan terkini
yang memenuhi kehendak industri semasa. Sehingga Julai 2008, sebanyak 646 buah
industri telah terlibat dengan program SLDN dimana melibatkan 4,594 orang pelatih.


                                                                              Kembali




                                                                                     12
                          SOALAN TAMBAHAN 2 (ST104-2)


Apakah usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah 'mis-match” antara
dunia akademi dan sektor industri serta keperluan pasaran.


JAWAPAN (J104-2) :


Pada 19 Mei 2004, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Sistem Latihan Dual
Nasional (SLDN). Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber
Manusia (KSM) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi perlaksana bagi sistem
tersebut. SLDN merupakan sistem latihan yang melibatkan pengendalian latihan di dua
tempat penyedia latihan, iaitu di tempat kerja (work place) serta di institusi latihan
kemahiran dan latihan yang dijalankan adalah dilaksanakan dalam bentuk teori dan
praktikal.


Latihan secara keseluruhannya adalah digerakkan oleh pihak industri bagi melatih
perantis baru atau meningkatkan kekompetenan pekerja sedia. SLDN dapat
mengurangkan jurang perbezaan teknologi dari segi kualiti dan kuantiti di antara latihan
di Institusi Latihan Kemahiran (ILK) dan pihak Industri. Pihak ILK akan melatih pekerja
mengikut keperluan industri, pihak industri pula mendapat tenaga mahir yang berkualiti
dan selari dengan teknologi terkini.


Perlaksanaan SLDN ini adalah bagi memperkukuhkan sistem penyampaian latihan
kemahiran negara dalam mengeluarkan sumber manusia mahir yang dapat memenuhi
keperluan industri. Sistem ini akan menyediakan platform kepada syarikat bagi melatih
bakal pekerja mereka. SLDN mempunyai kelebihan kerana penyediaan latihan yang
menekankan pada hands-on di tempat kerja dapat mengatasi masalah ketidaksepadanan
kemahiran dan mengurangkan kos latihan. Kelebihan ini serta keupayaan industri akan
meningkatkan produktiviti kerana mempunyai pekerja yang berkemahiran dan
berketerampilan. Program ini secara keseluruhannya akan dapat memperkukuhkan
                                                                               Kembali


                                                                                     13
pembangunan modal insan dan pembangunan tenaga kerja mahir negara dalam menjana
pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara.


                                                                       Kembali




                                                                            14
                               MAKLUMAT TAMBAHAN (MT)

Latihan Yang Ditawarkan

- OSH Professional Certificate
 i) Program for Plantation Industry
 ii) Program for Construction Industry.
 iii) Program for Petrochemical Industry.
- Latihan soft skills dan on job training untuk pekerja di industri;
 (i) Retail
 (ii) Cosmetology
 (iii) Call Centres
 (iv) Hospitality
- Latihan soft skills dan on job training untuk pekerja di industri;
 (i) Food & Beverage
 (ii) Cosmetology,
 (iii) Hotel Management
 (iv) Public Transport services(Taxi, Bus,Lorry),
 (v) Tailoring,
 (vi) Mini-Market(Kiosk Store Management)
- Usahawan
 (i)Agrikultur
 (ii)Usahawan Aquakultur
 (iii) Usahawan ICT
- 3D solid modeling in production design
- Accounting
- Animation Skills Programme
- Automation Maintenance
- Bakery – tahap 1,2
- Bakery Expertise
- Banking Skills Uptiering Programme
                                                                       Kembali



                                                                           15
- Building & Facilties Management (retrenched workers , unemployed youths and
 graduates)
- Business Administration
- Business English Certificates
- Business Management Executive
- Business Process Outsourcing
- Call centre
- Certificate in Accounting
- Certificate in Basic Accounting (CBA) – retrenched workers
- Certificate in Basic Restaurant Service, Front Desk Operations and Housekeeping
 service
- Certificate in Basic Security Personnel
- Certificate In English Language
- Certificate In Entreprenuership
- Certificate In Information & Communication Technology
- Certificate in Internet Security Using Site Protector - unemployed IT graduate
- Certificate in Manufacturing Operations
- Certificate in Manufacturing technology
- Certificate in Marketing and Communication Skills
- Certificate in Microsoft SharePoint Designer 2007
- Certificate In Office Administration
- Certificate in Office Administration and Practical Accounting
- Certificate in Office Technology
- Certificate in Pedagogical Skills – Unemployed graduate
- Certificate in Sales & Marketing - retrenched workers
- Certificate in Secretarial Administration (CSA) - retrenched female workers
- Certificate in Software Engineering using Visual Paradigm - unemployed IT Graduate
- Certificate in Virtualization using Vmware - unemployed IT graduate
- Certificate in Web Design and Multimedia
- Certificate is Sales and Marketing
- Certification in Beauty Therapy City & Guild



                                                                                    16
- Certification Of Attendance In Food Service & Restaurant Management
- Certification Of Attendance In Malay Cuisine
- Certification Of Attendance In Pastry & Bakery
- Certification Of Attendance In Western Cuisine
- Certified Welding Inspectors
- Certify Maintenance technian (Mekatronik,Elektrikal, Elektronik, Teknologi Maklumat,
  Jahitan & Mekanik Industri)
                                                                              Kembali
- Cetificate in Hospitality Operations
- Chargeman Certification
- Chauffeurs
- CNC Miling Programmer
- Comprehensive Program (Mekatronik, Elektrikal, Elektronik, Teknologi Maklumat,
  Automotive, Jahitan & Mekanik Industri)
- Consumer Goods (FMCG) & Kesihatan ( Healthcare), GLC, Teknologi Maklumat &
  Komunikasi (ICT), Logistik & Peruncitan & Industri Kecil & Sederhana (SME)
- Dandanan rambut dan kecantikan wajah
- Diploma in Beautician
- Diploma in Hairdressing
- Diploma in Professional Make-up Artist & Bridal
- Domestic and Industrial Wiring
- E-biz
- Engine Driver Competency Certification
- Engineering Maintenance and Service
- Executive Development Program
- Fashion Designer
- Fasilitator Cbt
- Flux-Cored Arc Welding
- Food & Baverage –tahap 1,2
- Food Preparation
- Food Services (F&B)



                                                                                   17
- Front Office (F/O)
- Frontdesk
- Frontline Customer Service for Retrenched Workers
- General Purpose Rating
- Graphic Design
- Hospitality Program for Retrenched Workers
- Housekeeping
- Industrial relations
- Instrumentation & Calibration Process
- Jahitan pakaian wanita
- Junior Florist
- Junior Hair Dressing
- Junior Photography
- Juru Kecantikan tahap 1,
- Jurukecantikan (Beutician) Tahap 1, Juruestetik (Aesthetician) Tahap 2,
- Jurukimpal Arka H-024 Tahap 1,2,3
- Jurukimpal Arka Logam Berperisai
- Juruteknik Sistem Komputer tahap
- Juruteknik Elektrik Tahap 1,2,3
- Juruteknik Motosikal
                                                                            Kembali


- Kimpalan (Welding)
- Kitchen Practice – tahap 1,2
- Kursus Asas Pengawal Keselamatan
- Kursus Fertigasi Cili, Fetigasi Rock Melon & Penternakan Kambing Jamnapari Susu
- Kursus Grafik & Pengiklanan
- Kursus Lotigasi Perbankan dan Coveyancing Perbankan
- Kursus Penyediaan Makanan
- Kursus Pramusaji
- Malaysia@Work (industri call centre)
- Manufacturing Operation Program for Retrenched Workers
- Marketing and Sales
- Mekanik Industri


                                                                                    18
- Mekanik Kenderaan Motor P-115 Tahap 1,2,3
- Mekanik Penyejuk Bekuan & Hawa Dingin Tahap1
- Membuat Bot nelayan Tradisional
- NDT - Quality Control and Assurance
- NDT Inspector
- Office Administration for Retrenched Workers
- Office Safety and Security D-060 Tahap 2,3
- Oil Rig Skills
- Painting and Corrosion Inspector
- PCN Welding Inspection
- Pemandu Lori/Trailer/bas ekspress & pelancongan/Eksekutif syarikat


                                                                       Kembali




                                                                           19

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:78
posted:7/12/2011
language:Malay
pages:19
Description: Program Retail Mini Market Dengan Visual Basic document sample