Bab 3 Ting 4

Document Sample
Bab 3 Ting 4 Powered By Docstoc
					                                                                                Nota sejarah
                                                                                 Tingkatan 4
                                                                                       Bab 3
BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Pengenalan

          Asia Tenggara terbahagi kepada 2 iaitu Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan
           Asia Tenggara.
          Bukti kewujudan tamadun awal di Tanah Besar Asia Tenggara – Kerajaan Funan,
           Chenla, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia
          Bukti kewujudan tamadun awal Kepulauan Asia Tenggara – Kepulauan Melayu iaitu
           Tanah Melayu terbahagi kepad 2 iaitu Tanah Melayu ( Kedah Tua, Gangga Negara
           dan Langkasuka) dan Kepulauan Indonesia ( Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan
           Mataram)
          Kewujudan dibuktikan oleh Sejarawan dengan sumber bertulis & artifak arkeologi
          Sumber bertulis :
               - sumber dari China – kewujudan Funan pada abad ke-3 M. Buktikan
                   kewujudan Funan pada abad ke-2M
          Sumber arkeologi:
               - Funan muncul sejak abad ke-3 M
               - Bukti : seni arca berunsur Hindu dan Buddha yg langgamnya dipengaruhi oleh
                   seni arca Amaravati dari India
          Tamadun Asia Tenggara ada hubungan dgn :
               - China
               - hubungan kebudayaan dengan India.
               - Antara petempatan di kawasan Asia Tenggara (bukti gendang gangsa
                   Dongson dijumpai di Besut, Ss Tembeling, Sg Klang, Thailand, Indonesia &
                   Myammar.
               - Hubungan dengan Rom. Bukti : persamaan artifak manik yang di Kuala
                   Selinsing, Kota Tinggi, Muar, pantai Barat dan Selatan Thailand


KERAJAAN AGRARIA
 Kegiatan ekonomi : pertanian, penternakan, pemungutan hasil hutan dan sungai
 Kawasan : (1) lembah sungai (kawasan pertanian yang subur)
                      Cth : Dvaravati di Sungai Menam (Thailand) dan Sg Irrawaddy
                              (Myammar)
                              Kerajaan Sungai Merah (Vietnam)
                              Kerajaan Sungai Mekong (KEmboja Laos, Vietnam)
                (2) kawasan pedalaman (kawasan berbukit dan dilereng tanah gunung
                    berapi)
                    Cth : Sailendra (Jawa Tengah), Angkor (Kemboja) & Sukhotai (Thailand)
 Aktiviti kerajaan agraria :
   (i)   menjalankan aktiviti pertanian
   (ii) tanaman utama ialah padi (mendapat bekalan air yang mencukupi untuk penanaman
         padi sawah.
   (iii) Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi / bukit yg kurang dapat bekalan air dgn
         dibuat teres dan relung
   (iv) Mengusaha tanaman sampingan (jagung, pisang, keledek, dan sayur-sayuran)
   (v) Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam.
   (vi) Mengumpul hasil hutan spt kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu
         cendana & pelbagai jenis buah-buahan.
   (vii) Mengutip sarang burung dari gua untuk perdagangan.
Hasmahan                                      Page 1                                   7/12/2011
                                                                                  Nota sejarah
                                                                                   Tingkatan 4
                                                                                         Bab 3
    (viii) Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai.
    (ix) Berusaha mendapat kulit kura-kura
    (x) Menternak binatang (lembu, kerbau, kambing, ayam)
   Peringkat awal pertanian berasaskan sara diri.
   Lebihan hasil dipasarkan kepada penduduk yang tidak jalankan aktiviti pertanian (maritim)
   Perkembangan pertanian disebabkan oleh pembinaan sistem pengairan yang baik
   Sistem pengairan :
    - contoh di Funan dan Angkor disebabkan oleh sistem pengairan bersumber Sg
          Mekong dan Tasik Tonle Sap
    - system pengairan baik disebabkan raja turut terlibat dalam pembinaannya
    - cth : Raja Indravarman I membina system pengairan dan baray (mengairi tanah seluas
          12.5 juta ekar) – bekalan beras kepada kerajaan Angkor.
   Kerajaan Angkor :
    - kuat dan agung
    - terletak di Lembah Sungai Mekong
    - kedudukannya berhampiran dengan Tasik Tonle Sap*
    - bergantung kepada sumber ikan air tawar (dari Tasik Tonle Sap)
   Kepentingan Tasik Tonle Sap :
    - membekalkan sumber air minuman
    - pada musim banjir, limpahan air Sg Mekong mengaliri Tasik Tonle Sap
    - musim kemarau, kawasan sekitar tasik menjadi subur disebabkan mendapan Lumpur
          yang subur.
    - Membekalkan sumber protein (ikan) kepada penduduk
    - Air dari Tasik Tonle Sap dialir ke kawasan penanaman padi dgn menggunakan terusan
          dan system pengairan.
    - Sumber air dapat menampung keperluan penanaman padi dan menyediakan bekalan
          beras kpd penduduk Angkor.

KERAJAAN MARITIM

   Kawasan : lembah sungai di kawasan pesisir pantai dan kepulauan
   Contoh : Langkasuka (Sg Yarang), Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua (Sg Merbok dan Sg
    Muda), Chih Tu (sg Kelantan), Srivijaya (Sg Musi), Mo-lo-yu (Sg Batang Hari), Kalah (Sg
    Takuapa), Fo-lo-an (Sg Terengganu), Peng-Keng (Sg Pekan, Pahang), Tiumah (Pulau
    Tioman)
   Ekonomi : menangkap ikan dan memungut hasil laut, kawasan pengeluar bijih logam
    (emas/timah), perdagangan
   Jadi kawasan pelabuhan pembekal.
    Pelabuhan pembekal :
    - Pelabuhan terawal
    - Berperanan membekalkan bahan logam tempatan(timah, emas), bekalan makanan
        kpd pedagang yang singgah untuk mendapatnya.
    - mendapat bekalan hasil tempatan (logam, hasil hutan, hasil laut, makanan).
   Pelabuhan kerajaan :
    - asalnya pelabuhan pembekal
    - menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut berkembang menjadi
        sebuah negeri
    - berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang
    - cth : Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan Srivijaya
   Pelabuhan entreport:

Hasmahan                                     Page 2                                      7/12/2011
                                                                              Nota sejarah
                                                                               Tingkatan 4
                                                                                     Bab 3
    -    berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada
         pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.
    - Berperanan membeli barang dari pedagang antarabangsa dan mengedarkannya
         kepada pedagang yang dating dari pelabuhan sekitarnya dan kawasan takluknya.
   Logam( timah , emas) menyebabkan Semenanjung Tanah Melayu & Sumatera dikenali
    Suvarnadvipa (Semenanjung Emas) dan Suvarnabhumi (Bumi Emas). Ptolemy : Golden
    Khersonese. (menunjukkan hubungan STM dgn India dan Yunani.
   Penduduk : orang tempatan, orang laut, pedagang luar
   Bahasa : guna lebih dari satu bahasa
             : BM sebagai bahasa perhubungan (lingua franca) di Asia Tenggara
             : disebabkan orang Melayu pelaut, pedagang dan peneroka yang terunggul
   Semangat masyarakat didorong semangat meneroka dan berdagang dengan masyarakat
    luar.
   Kemahiran membuat perahu dan kapal layar.
   Perahu (perdagangan jarak dekat)
   Kapal layar ( perdagangan jarak jauh)
   Menggunakan kaedah menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit

   Kerajaan Srivijaya :
    - abad ke-7M -13M
    - kerajaan terulung di Asia Tenggara
    - mempunyai bala tentera laut yang besar yang dianggotai oleh pelbagai golongan
       rakyat termasuk orang laut.
    - Fungsi tentera laut : kawal perdagangan di Selat Melaka dan kawal keselamatan
       kerajaan
    - Punyai pelabuhan yang baik dan kedudukan yang strategic di Selat Melaka
    - Tempat persinggahan kapal yang berdagang antara India dan China
    - Terdapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa yang dibekal kawasan
       pemerintahannya dan wilayah takluknya.
    - Kuasa maritime utama AT
    - Mampu menghasil kapal besar (menurut catatan I Tsing)

   Kerajaan Kedah Tua / Chieh-cha / Kataha
    - terletak di Lembah Bujang
    - abad ke-5M – 13M.
    - menjadi pelabuhan entreport abad ke-5M
    - abad ke-5M – 11M (terletak di Sungai Mas)
    - abad ke-11 – 13M (terletak di lembah Sungai Bujang)
    - abad ke-10 M (menganut agama Buddha)
    - abad ke-11 M (menganut agama Hindu)
    - buktinya : tinggalan candi berunsur Hindu dan Buddha (9 buah), penuemuan arca
       Hindu-Buddha
    - sebelah utara adalah kerajaan Kalah (terletak di Sungai Takuapa)
    - pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu
    - pelabuhan entreport : Buktinya : jumpaan tembikar China (zaman Dinasti Tang abad
       ke-7M, zaman Dinasti Song abad ke-10M, zaman Dinasti Yuan abad ke-10-13M),
       pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah bertarikh sekitar abad ke-9 – 10M,
       pelbagai manik (barang dagangan dari India, Sri Lanka, Burma) ditemui.
    - Faktor perkembangan pelabuhan Kedah Tua :
       - Gunung Jerai menjadi panduan kapal pedagang yang keluar masuk terutama
            pada waktu malam melalui nyalaan api
Hasmahan                                   Page 3                                    7/12/2011
                                                                                    Nota sejarah
                                                                                     Tingkatan 4
                                                                                           Bab 3
            -   Kedudukannya yang strategik di laluan Selat Melaka yang terlindung daripada
                tiupan angin monsun barat daya dan timur laut.
            -   Kemudahan menyimpan barang dagangan (dari luar : kain kapas, sutera, teh,
                tembikar, kaca, manik)
            -   Kekayaan hasil hutan (damar, rotan) dan sumber ekonomi (emas)


   Kerajaan agraria dan maritim saling melengkapi antara satu sama lain:

    (i)         Kerajaan agraria membekalkan tenaga kerja yang mencukupi untuk kerajaan
                maritim. Contoh kerajaan Sailendra di Jawa Tengah.
    (ii)        Kerajaan agraria mempunyai sistem pertanian yang baik dan membekalkan
                makanan (beras) kepada kerajaan maritim. (beras dagangan utama)
    (iii)       Kerajaan agraria bergantung kepada maritim untuk mendapatkan barangan
                mewah dari luar Negara (China, India).
                - dijadikan sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agrarian.
                - Cth : tembikar asing khususnya tembikar China, tekstil (dr China dan India),
                    pelbagai jenis gelas dan manik
    (iv)        Kerajaan agraria membekalkan keperluan makanan dan hasil hutan kepada
                kerajaan maritim.
    (v)         Kerajaan agraria membekalkan bahan mentah seperti kayu yang baik untuk
                membuat kapal. (kerajaan Pegu di Burma)
    (vi)        Kerajaan agraria membekalkan gajah untuk kenderaan raja. (diperoleh dari Burma
                dan Siam)
    (vii)       Kerajaan agraria membekalkan tukang kayu dan tukang batu yang baik kepada
                kerajaan maritim.




Hasmahan                                        Page 4                                        7/12/2011
                                                                                   Nota sejarah
                                                                                    Tingkatan 4
                                                                                          Bab 3



PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL

Cara-cara Kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha

       Pendapat sejarawan :
        (i)   Pendapat pertama :
              - dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera
              - dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang membentuk
                   tanah jajahan takluk di Asia Tenggara.

        (ii)    Pendapat kedua :
                - dibawa oleh pedagang atau vaisya

        (iii)   Pendapat ketiga :
                - dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta

        (iv)    Pendapat keempat :
                - proses ini berlaku melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang
                    menarik sahaja dan disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan.
                - Para sejarawan bersetuju menerima pendapat ini.
                - Diperkuatkan dengan jumpaan seni arca yang kasar yang mempunyai
                    langgam bercirikan AT.
                - Cth : arca dgn ikatan tali kulit harimau yg hanya ditemui di Srivjaya.
       Proses pengambilan aspek dari India berbeza ikut pemerintah AT.
       Cth : abad ke-5M, Kedah Tua ialah Buddha, di Dieng (Indonesia) ialah Hindu
       Cth : abad ke-7M, kerajaan Takuapa di Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab
        Vishnu, Sumatera dan Jawa agama Buddha Mahayana.
       Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam penerimaan masyarakat peribumi
        AT terhadap beberapa aspek kebudayaan India.
        - perdagangan AT dengan India sejak abad ke-5M setelah Maharaja Vespian (Rom)
            menghentikan perdagangan logam emas dgn India untuk mengelakkan kekurangan
            sumber bahan tersebut di Rom


PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN

(i)        Guna gelaran raja (sistem beraja di India)
(ii)       Raja berada di puncak pemerintahan dan dibantu kerabat diraja, pembesar, ahli agama
           / Brahmin, rakyat dan hamba.
(iii)      Raja berkuasa mutlak (semua aspek meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan,
           khazanah negara)
(iv)       Perintah raja adalah undang-undang yang wajib dilaksanakan
           - langgar perintah raja dianggap derhaka tidak akan diampunkan
           - raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
(v)        Percaya kepada konsep dewa-raja (raja tuhan)
           - Raja dianggap bayangan tuhan
           - Rakyat takut menderhaka walaupun raja tidak adil
           - raja dipercayai mempunyai kesaktian
           - lahir unsur mitos dan lagenda tentang asal-usul raqja bagi memperkuatkan
              kedudukan dan status raja sebagai pemerintah
Hasmahan                                         Page 5                                   7/12/2011
                                                                                Nota sejarah
                                                                                 Tingkatan 4
                                                                                       Bab 3
(vi)  Wujud pelbagai adat istiadat untuk mengukuhkan kedaulatan raja
      - cth pertabalan raja : dipimpin oleh golongan brahmin tanpa mengira raja tersebut
        beragama Hindu atau Buddha.
      - Tujuan : adapt istiadat diwujudkan untuk membezakan kedudukan raja dari golongan
        yang diperintah.
(vii) Raja dianggap berkuasa terhadap seluruh alam semesta (orde kosmos)
      - raja di AT bercita-cita menjadi raja terulung (berkuasa terhadap alam semesta)
      - mendirikan kompleks kota yg melambangkan konsep alam semesta atau orde kosmos.
      - Cth Raja Suryavarman II pemerintah kerajaan Angkor telah membina Angkor Wat
      - Kerajaan Angkor :
        - Raja sebagai dewa raja
        - Kedudukannya di puncak system pemerintahan
        - Raja dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan hakim,
          golongan Brahmin dalam keagamaan.


SRIVIJAYA
 Agama Buddha Mahayana
 Raja dibantu oleh pentadbiran pusat dan daerah
 Pentadbiran pusat :
   - Ada 4 kumpulan anak raja (Yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara & raja putra)
   - 3 anak raja ini boleh gantikan raja kecuali putra raja sebab dia anak gundik.
    Parvanda / senapati :
       - ketua pentadbiran pusat.
       - Terdapat pegawai lain (spt hakim, temenggung & penghulu)
        Hamba raja : golongan paling bawah.

      Pentadbiran daerah :
       - ditadbir oleh Datu yang dilantik oleh raja
       - Datu terbahagi kepada 2 iaitu parvanda(keturunan raja) dan bhupati (orang-orang
          kaya)
      Wujud amalan berhubung dengan taat setia (upacara angkat sumpah) :
       - dilakukan oleh setiap orang yang dilantik sebagai Datu
       - dilaksanakan di tempat suci bernama Telaga Batu di Palembang
       - proses upacara :
          - datu akan meminum air yang disiram di kepala batu bersurat
          - air dikumpul di bahagian bawah batu bersurat tersebut supaya dapat diminum
          - tujuannya adalah untuk menetapkan pembesar supaya memberi taat setia kepada
              raja
          - upacara diketuai oleh Brahmin dan disertai doa yang akan menimpa sesiapa
              sahaja yang mengkhianati persetujuan / sumpah tersebut.
       - bukti : jumpaan batu bersurat bertarikh 683M dengan ular tedung berkepala tujuh
          melambangkan payung yang melindungi tulisan pada batu bersurat tersebut dan
          terdapat air yang mengalir di bawahnya.




Hasmahan                                     Page 6                                    7/12/2011
                                                                                Nota sejarah
                                                                                 Tingkatan 4
                                                                                       Bab 3
PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM KESENIAN DAN KESUSASTERAAN

☺ Seni bina / monumen
   - monumen : binaan atau bangunan yang diperbuat daripada batu dengan tujuan
       memperingati orang ternama atau peristiwa penting.
   - Cth monumen : candi, kuil, wat, stupa, arca dan patung

(i)    Candi
       - merupakan monument keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
       - peranan / fungsi candi :
          (a) sebagai rumah ibadat
          (b) tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
          (c) tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal
          (d) menjadi lambing keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni
              binanya.
       - Angkor Wat dan Candi Borobudur melambangkan orde kosmos
       - Thailand, Kemboja dan Vietnam : rumah ibadat dikenali wat
       - Burma : dikenali dengan stupa
       - Penggunaan nama candi untuk rumah ibadat agama Hindu dan Buddha
          diperkenalkan di Indonesia
       - Cth warisan candi terkenal AT:
          - Candi Dieng (abad ke-6M)
          - Candi Borobudur (abad ke-8M)              Indonesia
          - Candi Prambanan (abad ke-9M)
          - Angkor Wat ( abad ke-12M) – Kemboja
          - Candi di Chaiya dan Yarang (antara abad ke-7 hingga 13M) di Thailand
          - Candi di Lembah Bujang (antara abad ke-5 hingga 13M) di Kedah
       - Candi Dieng dan Prambanan (agama Hindu)
       - Candi di Thailand (hampir semua agama Buddha)

(ii)   Patung
       - Patung Avalokitesvara (patung agama Buddha)
       - Patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga (patung agama Hindu)
       - Patung spt Drawapala dan Nandiswara berperanan menjaga candi daripada
           dimasuki roh jahat

      Agama Hindu dan Buddha dating dari India tetapi gaya seni bina arca dan patung Asia
       Tenggara (langgam seni arca tempatan)
      Sebilangan besar patung agama Hindu dan Buddha menggabungkan elemen India dan
       tempatan.
      Contoh patung di Funan, Champa, Dvaravati, Srivijaya, Angkor dan Padang Lawas di
       Sumatera.


      Angkor Wat, Kemboja
       - untuk agama Hindu
       - terletak 6km ke utara Siem Reap
       - melambangkan orde kosmos
       - tinggi Angkor Wat 213 meter
       - keluasan 208 hektar
       - mempunyai tempat pemujaan di bahagian tengah yang tingginya sekitar 39m
          dengan teres bertingkat 4
Hasmahan                                     Page 7                                    7/12/2011
                                                                                          Nota sejarah
                                                                                           Tingkatan 4
                                                                                                 Bab 3
            -     setiap sudutnya mempunyai menara
            -     bahagian luar terdapat tembok yang dibina daripada batuan laterit dan batu pasir
                  dengan ukuran 850m lebar dan 1000 m panjang
            -     terdapat ukiran yang menggambarkan antara epik Ramayana dan Mahabharata

       Candi Borobudur, Jawa Tengah
         - mewakili agama Buddha Mahayana
         - terbahagi kepada 3 tingkat (setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan
             yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha) :
             - Tingkat pertama : ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
             - 3 tingkat melambangkan 3 tahap kehidupan (sila, Samadhi, Panna) :
                 - Panna :          Aspek kebijaksanaan
                                    Memahami dengan benar
                                    Berfikir dengan benar

                      -   Samadhi:      Aspek penumpuan
                                        Bertindak dengan benar
                                        Bercakap dengan benar
                                        Mengamal cara hidup yang benar

                      -   Sila :       Aspek moral
                                       Berusaha dengan benar
                                       Membuat pertimbangan dengan benar
                                       Memberi tumpuan dengan benar
            -     Dibina dalam tempoh 75 tahun.

       Candi di Lembah Bujang :
        - bersaiz kecil
        - dijumpai tinggal bahagian tapak sahaja
        - candi agama Hindu :
           - terbahagi kepada 2 bahagian utama :
                (i) vimana :
                    - bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan

                    (ii) Mandapa :
                         - bahagian luar candi

        -       candi agama Buddha : mnemiliki pelan jenis cruciform.

(iii)       Bahasa Sanskrit
            - meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat.
            - Cth batu bersurat di tapak-tapak sejarah di AT. Batu bersurat yang dijumpai di Kutei,
               Sungai Mas (kedah Tua) dan Palembang.
            - Batu bersurat Kutei : menjelaskan tentang keturunan raja
            - Batu bersurat Sungai Mas : berkaitan dengan agama Buddha.
            - Mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Sanskrit
            - Dipahat pada batu dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
            - Perlu kemahiran yang tinngi agar tulisan dapat dibaca dan tidak pecah sewaktu
               dipahat.
            - Digunakan sebagai arahan dan pemberitahuan oleh pemerintah kepada rakyat
            - Merupakan bahasa keagamaan (terdapat dalam kitab-kitab keagamaan)
            - Berkaitan dengan pemerintah dan ilmu
Hasmahan                                             Page 8                                      7/12/2011
                                                                              Nota sejarah
                                                                               Tingkatan 4
                                                                                     Bab 3
       -   Perkataannya digunakan / kekal dalam BM.
       -   Sesetengahnya mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu
       -   Cth : dosa (dosa), dukkha (duka), dorhaka (derhaka), manusa (manusia)
       -   Sebahagian besar inskripsi di Palembang menggunakan Bahasa Melayu kuno dan ia
           berkaitan pemerintahan dan amaran raja kepada pembesar dan rakyat supaya tidak
           menderhaka

(iv)   Kesusasteraan
       - pengaruh India di Asia Tenggara
       - melalui peranan bahasa Sanskrit (bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal AT.
       - Kesusasteraan India (Ramayana, Mahabharata, Puranas) penyumbang unsure
          mitos dalam kesusasteraan klasik AT.
       - Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa (Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha
          dan Kunjarkarna.
       - AT : terdedah dengan cerita epik Ramayana dan Mahabharata (kesusasteraan,
          lisan, teater spt wayang kulit)
       - Mahabharata : diadun dengan unsure tempatan : lahir Hikayat Pendawa Lima,
          Hikayat Pendawa Jaya, Hikayat Sang Samba.
       - Ramayana : lahir Hikayat Seri Rama.




Hasmahan                                    Page 9                                   7/12/2011

				
DOCUMENT INFO
Tags:
Stats:
views:771
posted:7/12/2011
language:Malay
pages:9