Docstoc

Tadbir Urus Korporat Dari Perspektif Islam Dan Prestasi Kewangan

Document Sample
Tadbir Urus Korporat Dari Perspektif Islam Dan Prestasi Kewangan Powered By Docstoc
					Tadbir Urus Korporat Dari Perspektif Islam Dan Prestasi Kewangan

1.0      Pengenalan

Tadbir urus korporat bermaksud himpunan proses dan struktur yang digunakan sebagai
panduan untuk menjalankan dan menguruskan perniagaan dan segala aktiviti syarikat
dalam menghasilkan keuntungan dan juga merupakan tanggungjawab berdasarkan
keutamaan untuk memastikan nilai saham yang tinggi untuk jangka masa panjang
disamping menjaga kepentingan pemegang risiko yang lain. (Finance Committee on
Corporate Governance in Malaysia, 2002).

         Tadbir urus korporat selalunya dikaitkan dengan teori agensi. Teori agensi
bermaksud pemegang saham selaku prinsipal mengeluarkan modal untuk membiayai
aktiviti syarikat melantik pengurus iaitu selaku ejen untuk mewakili mereka untuk
mentadbir dan menguruskan syarikat untuk mendapatkan keuntungan. Teori ini boleh
melahirkan masalah agensi jika tiada pemantauan secara berterusan dilakukan oleh
pemegang saham terhadap segala aktiviti yang dilakukan oleh pengurus. Menurut
Tushke, Anja (2003), menyatakan bahawa akan timbulnya masalah yang bersangkut
paut dengan pengasingan pemilikan dan kawalan dalam syarikat disebabkan oleh
pengurus yang mementingkan kepentingan diri sendiri dan mengabaikan keuntungan
pemegang saham.

         Mengikut beberapa kajian yang lepas, tadbir korporat yang baik dikatakan
mampu untuk menghasilkan prestasi kewangan yang cemerlang kepada sesebuah
syarikat. Ini adalah kerana tadbir urus korporat yang baik dikatakan mampu untuk
menjadi mekanisme pemantauan terhadap segala aktiviti yang dilakukan oleh
pengurus. Tadbir urus korporat yang baik ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada
pengurus untuk menguruskan dan mentadbirkan syarikat serta mampu untuk
mengurangkan masalah yang timbul kesan daripada teori agensi (Abu Tapanjeh, A.M,
2009).

         Telah terbukti bahawa tadbir urus korporat yang baik mampu untuk
mengurangkan masalah agensi seterusnya menyumbang kepada prestasi kewangan
yang cemerlang. Penyerapan nilai-nilai Islam dalam tadbir urus korporat yang sedia ada

                                           1
yang diamalkan oleh syarikat-syarikat Islam, mampu menguatkan lagi fungsi tadbir urus
korporat sebagai mekanisme pemantauan yang dapat mengurang masalah agensi yang
timbul diantara ejen dan prinsipal serta mampu untuk mencapai prestasi kewangan
syarikat yang cemerlang.

      Tadbir urus korporat pada perspektif Islam adalah besandarkan kepada Shariah
iaitu undang-undang Islam yang merangkumi semua skop kehidupan berpandukan Al
Quran dan As Sunnah.

      Kesimpulannya, tadbir urus korporat sememangnya dapat mengurangkan
masalah agensi. Dengan penambahan nilai-nilai Islam dalam tadbir urus korporat dapat
memantapkan lagi fungsi tadbir urus syarikat yang menjadi panduan kepada pengurus
dalam menguruskan dan mentadbir syarikat dengan menjaga kepentingan pemegang
risiko. Sebagai alat untuk mengurangkan masalah agensi, tadbir urus korporat dari
perspektif Islam secara tidak langsung bukan sahaja dapat mengurangkan masalah
agensi malahan dapat meningkatkan prestasi kewangan syarikat.

      Seperti yang diketahui, tadbir urus syarikat adalah salah satu faktor yang
menyumbang kepada peningkatan prestasi sesebuah syarikat. Maka setiap syarikat
perlu mempunyai tadbir urus syarikat yang baik iaitu dari segi pemantauan perlulah
dilakukan oleh pemegang saham (prinsipal) atas segala tindak tanduk ahli lembaga
pengarah (ejen), untuk mengurangkan kesan teori agensi dan kepentingan semua
pemegang risiko termasuk pemegang saham minoriti terjaga. Selaras dengan
perkembangan ekonomi Islam telah mewujudkan banyak syarikat-syarikat Islam yang
menjalankan perniagaan berdasarkan Shari’ah atau undang-undang Islam.

      Pengharaman pengambilan Riba’ dalam Shari’ah menyebabkan penggunaan
tadbir urus syarikat secara konvensional tidak sesuai untuk dipraktikkan oleh syarikat
Islam. Maka tadbir urus syarikat dari perspektif Islam diperkenalkan untuk memenuhi
keperluan syarikat-syarikat Islam.




                                          2
          Sumbangan kajian saya ialah saya melihat kepada asas pembentukan prinsip-
prinsip tadbir urus korporat iaitu etika perniagaan dimana asas ini mampu untuk
menjadikan serta mengukuhkan tadbir urus korporat yang baik. Saya memberi
penumpuan kepada etika perniagaan kerana etika perniagaan sememangnya telah
membuktikan bahawa perniagaan yang mempunyai kod etika yang kukuh bermaksud
mempunyai tadbir urus syarikat yang baik dimana mampu menyumbangkan prestasi
yang cemerlang terhadap syarikat tersebut terutama prestasi dr segi kewangan. Kajian
saya melihat hubungan etika perniagaan dalam Islam dan juga prestasi kewangan
syarikat bagi syarikat-syarikat yang mematuhi Shariah di Malaysia.

          Kajian saya disusun berdasarkan bahagian 2 iaitu pernyataan masalah,
bahagian 3 iaitu bekaitan dengan soalan dan objektif penyelidikan, bahagian 4 pula
menerangkan tentang kepentingan penyelidikan ini, bahagian ke 5 pula menerang kan
tentang sumbangan kajian, bahagian 6 berkaitan dengan kajian-kajian lepas, bahagian
7 berkaitan dengan teori dan kerangka konsep dan bahagian 8 untuk hipotesis kajian,
bahagian 9 kaedah penyelidikan dan akhir sekali bahagian 10 kesimpulan kepada
kajian.




                                           3
2.0   Pernyataan Masalah

Di dalam sebuah syarikat, terdapat pengasingan pemilikan dan pengurusan, dimana
pemilik bertindak mengeluarkan dana bagi membiayai aktiviti syarikat dan menyerahkan
tugas kepada pengurus untuk menguruskan syarikat milik mereka untuk mendapatkan
keuntungan yang lumayan.

      Menurut Abdul Aziz,Norhaiza & et. al (2006), pemisahan diantara prinsipal dan
agen menimbulkan konflik yang didorong oleh insentif agen untuk memaksimumkan
kekayaan peribadinya dan bukan untuk memaksimumkan kekayaan pemilik. Kesannya
akan lahirlah masalah agensi yang mana akan menyebabkan pengabaian kepentingan
pemegang saham risiko oleh pengurus serta akan membebankan lagi pemegang risiko
dimana konflik yang berlaku tadi akan menghasilkan kos ataupun kerugian yang perlu
ditanggung oleh pemegang risiko, kos ini dipanggil sebagai agensi kos (Jensen &
Mecklin, 1976).

      Agensi kos ini boleh menyumbang kepada pelbagai masalah dalam syarikat.
Oleh itu, tadbir urus korporat yang baik adalah sangat diperlukan untuk mengurangkan
masalah agensi yang timbul daripada konflik kepentingan peribadi tadi dan sekaligus
meningkatkan lagi prestasi kewangan syarikat kerana setiap perkara yang dilakukan
oleh pengurus tadi dapat dipantau oleh tadbir urus korporat yang baik. Tadbir urus
korporat yang baik dikatakan mempunyai ciri pemantauan secara berterusan yang
dapat mengawal dan memantau tindak tanduk pengurus, hasilnya masalah agensi akan
berkurang ekoran daripada kelakuan pengurus yang selari dengan objektif syarikat. Hal
ini akan meningkatkan lagi prestasi syarikat terutama dari segi prestasi kewangan
mereka.

      Tadbir urus syarikat yang baik ialah sesuatu yang sangat penting dimana
perniagaan mempunyai keupayaan untuk menjaga kepentingan pemegang-pemegang
risiko. (Grais & Pellegrini,2006). Terdapat banyak kajian lepas yang menghubungkan
tadbir urus syarikat yang baik dengan peningkatan prestasi syarikat (Tapanjeh, 2007).




                                           4
      Sememangnya telah terbukti daripada kajian-kajian lepas bahawa tadbir urus
korporat yang baik mampu untuk mengurangkan masalah agensi yang boleh
menyumbang kepada pelbagai masalah yang membebankan bukan sahaja pemegang
saham malahan kepada semua pemegang risiko yang lain. Oleh itu kepentingan tadbir
urus korporat yang baik dalam menjadi alat pemantauan yang memantau tingkah laku
pengurus adalah terbukti.

      Seperti yang diketahui, Islam secara semulajadinya adalah satu cara hidup yang
memupuk dalam diri umatnya untuk memantau segala aktiivti yang dilakukan oleh diri
masing-masing sama ada perkara yang baik atau tidak baik berpandukan kepada
undang-undang Islam iaitu Shariah. Shariah adalah undang-undang Islam yang meliputi
semua skop kehidupan iaitu jenayah, politik, ekonomi dan sosial (Wikipedia, 2010).
Shariah dikeluarkan berpandukan sehala hukum hakam didalam Al Quran dan As
Sunnah.

      Keperluan kepada tadbir urus syarikat yang berlandaskan kepada Shari’ah
meningkat    sejajar   dengan   pertumbuhan     ekonomi    Islam.   Shari’ah   melarang
pengambilan riba’ atau pun faedah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan. Hal
ini disebabkan oleh ciri-ciri riba’ itu sendiri yang boleh membebankan pihak lain yang
terlibat dalam aktiviti perniagaan tadi. Menurut Abuznaid (2009), menyatakan bahawa
dalam Islam, terdapat dua dimensi etika. Yang pertama etika terhadap Allah, tuhan
sekalian alam. Seorang muslim perlu percaya pada Allah dan haruslah menyembah
serta mentaati kepada perintah dan menjauhi larangan Allah. Etika yang kedua ialah
terhadap pihak lain, dimana seorang peniaga Islam mestilah menjalankan perniagaan
secara beretika dengan pihak lain dengan cara mengekalkan layanan dan hubungan
yang baik sesama manusia. Selaras dengan konsep Shari’ah, tadbir urus syarikat
secara konvensional tidak sesuai untuk dipraktikkan bagi syarikat-syarikat Islam.

      Pengenalan konsep halal (perkara yang dibenarkan dalam Islam), haram
(perkara yang salah disisi Islam), pahala iaitu ganjaran untuk orang yang mengikut
Shariah dan dosa adalah balasan bagi orang yang mengingkari Shariah adalah bukti
bahawa Islam itu sendiri adalah salah satu mekanisma pemantauan segala kelakuan
umatnya.

                                           5
       Isu yang timbul disini ialah bagaimana kesan kepada prestasi kewangan syarikat
jika tadbir urus korporat diterapkan dengan nilai-nilai Islam yang sememangnya
bertindak sebagai pemantauan kepada aktiviti yang dilakukan oleh umat-umatnya.
Adakah semakin mengukuhkan fungsi tadbir urus korporat sebagai mekanisma
pemantauan yang berkesan atau pun sebaliknya berbanding tadbir urus korporat
secara konvensional yang telah terbukti mampu meningkatkan lagi prestasi kewangan
syarikat.




                                          6
3.0   Soalan dan objektif penyelidikan

3.1   Soalan Penyelidikan

Bagaimana tadbir urus korporat yang diterapkan dengan nilai-nilai Islam memberi kesan
kepada prestasi kewangan kepada syarikat-syarikat yang mematuhi Shariah di
Malaysia?

3.2   Objektif Penyelidikan

Untuk melihat bagaimana tadbir urus korporat yang diterapkan dengan nilai-nilai Islam
sama ada mampu memberi kesan dalam tadbir urus korporat yang sedia ada ataupun
sebaliknya dengan tujuan meningkatkan lagi prestasi kewangan bagi syarikat
pematuhan Shariah di Malaysia.




                                         7
4.0    Kepentingan Penyelidikan

Tadbir urus korporat yang baik adalah satu alat yang terbukti untuk memantau segala
tindakan yang dilakukan oleh pengurus yang mana akan mengurangkan jurang diantara
pengurus dan pemegang risiko.

       Sebagai definisi tentang tadbir urus syarikat menurut OECD, “merupakan satu
set perhubungan diantara pihak pengurusan syarikat, ahli lembaga pengarah,
pemegang-pemegang risiko dan pemegang risiko lain-lain” (OECD, 1999).

       Islam pula adalah satu cara hidup yang memberikan panduan kepada umat-
umatnya dalam setiap skop kehidupan. Dalam erti kata lain, Islam juga merupakan satu
mekanisma yang mendidik umatnya untuk memantau segala aktiviti yang dilakukan
oleh diri sendiri iaitu berdasarkan kepada konsep halal, haram, dosa dan pahala.

       Jurang pemisah yang wujud didalam teori agensi telah menggalakan penyelidik
mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan jurang tersebut. Dalton et. al (2003),
menyatakan bahawa teori agensi adalah satu asas teori pada kebanyakan penyelidik
berkaitan   dengan        tadbir   urus   korporat,   dimana      penyelidik-penyelidik   tadi
mepertimbangkan         teori   yang   lain   untuk   menyiasat    perhubungan     tadi   dan
mencadangkan kaedah teori pengganti yang merangkumi keseluruhan mekanisma
tadbir urus korporat.

       Keperluan untuk pemantauan secara berterusan terhadap hubungan yang wujud
sangat diperlukan dengan tujuan teori agensi ini dapat dikurangkan. Oleh itu, tadbir
urus syarikat dari perspektif Islam diperkenalkan sebagai langkah alternative untuk
megurangkan masalah agensi ini. Ini adalah kerana dalam perniagaan, Islam
menggalakkan untuk menjaga kepentingan bukan sahaja kepentingan pemegang
saham malahan semua pemegang risiko yang terlibat termasuklah para pekerja,
pelanggan, para pemiutang dan juga kepentingan masyarakat. Sebagai contoh, dalam
proses pembuatan keputusan memerlukan penglibatan kesemua pemegang risiko yang
bertepatan dengan konsep Shura, yang membawa maksud penglibatan bukan sahaja
pemegang saham syarikat tetapi turut melibatkan masyarakat dalam membuat sesuatu
keputusan dalam perniagaan. (Choudhury and Hoque, 2006).

                                                8
      Diharapkan dengan penerapan nilai-nilai Islam ini dalam tadbir urus korporat
mampu mengukuhkan lagi fungsi tadbir urus korporat sebagai alat pemantauan dalam
meningkatkan lagi prestasi syarikat Islam di Malaysia.




                                           9
5.0   Sumbangan Kajian

Sebelum ini terdapat banyak kajian yang menumpukan berkenaan dengan tadbir urus
syarikat dari perspektif konvensional contohnya seperti kajian yang dilakukan oleh
Tuschke, A. & Sanders, G. (2003). Penyelidikan tentang tadbir urus syarikat dari
perspektif Islam masih baru dan kurang penyelidikan yang telah dilakukan. Antara
kajian-kajian yang mengkaji tentang tadbir urus syarikat dari perspektif Islam seperti
Mohamed Ibrahim, Shahul Hameed & et. al (2002), Nathan, Samy & et. al (2007),
Ghayad, Racha (2008) dan banyak lagi.

      Terdapat kajian lepas (Mohamed Ibrahim, Shahul Hameed & et. al, 2002) yang
mengkaji berkaitan dengan hubungan diantara tadbir urus syarikat dengan pencapaian
syarikat berdasarkan kepada perbezaan diantara Shari’ah Approved dan Non-Shari’ah
Approved companies yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Kajian ini memberi
penumpuan kepada kesan agama Islam kepada Ahli Lembaga Pengarah yang
beragama Islam dalam Shari’ah Approved Companies sama ada memberi kesan
kepada syarikat dan juga prestasi syarikat. (Mohamed Ibrahim, Shahul Hameed & et. al,
2002). Perbezaan antara tadbir urus syarikat dan prestasi syarikat diantara Shari’ah
Approved Companies dimana majoriti pengarahnya adalah beragama Islam dan Non-
Shari’ah Approved companies dimana majoriti pengarahnya adalah bukan beragama
Islam. (Mohamed Ibrahim, Shahul Hameed & et. al, 2002).

      Terdapat juga kajian-kajian lepas yang mengkaji tentang hubungan tadbir urus
korporat dengan pengurusan perolehan yang menumpukan pada kualiti audit sebagai
pemboleh ubah tak bersandar dan pemboleh ubah penyederhana, ciri-ciri ahli lembaga
pengarah dan pengurusan perolehan, etika dan pengurusan perolehan, pendedahan
maklumat kewangan dan bukan kewangan dengan pengurusan perolehan.

      Berpandukan pada kajian yang lepas, saya telah membuat sedikit pembaharuan
dimana saya telah melihat kepada asas pembentukan prinsip-prinsip tadbir urus
syarikat iaitu terdapat empat asas. Yang pertama pada etika perniagaan, kedua pada
pembuatan keputusan, ketiga pada pendedahan secara telus dan keempat pada rekod
simpan kira dan laporan kewangan.


                                         10
      Kajian saya lebih menumpukan kepada asas yang pertama iaitu etika
perniagaan. Hal ini kerana, dalam keempat-empat asas diatas dapat dilihat bahawa
etika perniagaan konvensional dan juga etika perniagaan dalam Islam adalah berbeza
berbanding asas-asas yang lain. Ini kerana etika perniagaan dalam Islam adalah
berlandaskan kepada hukum shariah yang berasaskan kepada Al Quran dan Hadis.
Manakala untuk etika perniagaan secara konvensional pula adalah berlandaskan
kepada rasional pemikiran manusia iaitu kepada undang-undang yang dibuat oleh
manusia yang berasaskan akal fikiran yang terhad.

      Ini adalah kajian pertama yang melihat pada asas pembentukan prinsip-prinsip
tadbir urus niaga dengan memberi fokus pada etika perniagaan dengan penerapan
nilai-nilai Islam dalam meningkatkan lagi prestasi kewangan syarikat bagi syarikat
pematuhan Shariah di Malaysia.




                                         11
6.0   Kajian-kajian lepas

Menurut Ali Shah, Syed Zulfiqar & et. al (2009), menyatakan bahawa agensi teori wujud
daripada pengasingan perniagaan dengan pemilik dimana pemegang saham
mengeluarkan modal ataupun dana untuk membiayai syarikat manakala agen pula
dilantik untuk menguruskan dan mentadbir perniagaan milik pemegang saham.
Disinilah timbulnya masalah kerana pengurus bertanggungjawab kepada bukan sahaja
kepada pemegang saham tetapi juga kepada semua pemegang risiko yang lain. Dan
setiap pihak mempunyai kehendak diri masing-masing yang akan menyebabkan
pengurus akan memenuhi kehendak yang pelbagai tadi dengan menggunakan apa jua
cara termasuklah dengan melakukan pengurusan perolehan.

      Tadbir urus korporat yang baik adalah tadbir urus yang boleh membawa syarikat
kearah pencapaian prestasi yang baik tanpa mengabaikan kepentingan pemegang
saham dan memastikan setiap pembuatan keputusan yang dilakukan tadi adalah
terbaik untuk semua pihak. Pengabaian yang dimaksudkan ialah apabila terjadinya
pengurusan perolehan yang dilakukan oleh pengurus (Ali Shah, Syed Zulfiqar, 2009).

      Terdapat banyak kajian-kajian lepas yang melihat hubungan diantara tadbir urus
syarikat dan juga prestasi syarikat. Antara kajian-kajian lepas adalah seperti kajian yang
dilakukan oleh Tuschke, A. & Sanders, G. (2003), yang mendapati bahawa kesan
kepada konsentrasi pemilikan adalah berhubung secara songsang dengan pencapaian
syarikat. Mengguna pakai pelan insentif saham dan juga penggunaan amalan
perakaunan yang lebih telus berhubung secara positif dengan prestasi syarikat.

      Kajian yang dilakukan oleh Baliga & et. al (1996) mendapati bahawa terdapat
sedikit bukti yang melihat perubahan dalam prestasi operasi yang berubah mengikut
perubahan pada status dualiti dan juga menjumpai bukti yang agak sedikit berkaitan
dengan kesan status dualiti terhadap prestasi jangka panjang syarikat.

      Terdapat kajian lepas (Mohamed Ibrahim, Shahul Hameed & et. al, 2002) yang
mengkaji berkaitan dengan hubungan diantara tadbir urus syarikat dengan pencapaian
syarikat berdasarkan kepada perbezaan diantara Shari’ah Approved dan Non-Shari’ah
Approved companies yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Kajian ini memberi

                                           12
penumpuan kepada kesan agama Islam kepada Ahli Lembaga Pengarah yang
beragama Islam dalam Shari’ah Approved Companies sama ada memberi kesan
kepada syarikat dan juga prestasi syarikat. (Mohamed Ibrahim, Shahul Hameed & et. al,
2002). Perbezaan antara tadbir urus syarikat dan prestasi syarikat diantara Shari’ah
Approved Companies dimana majoriti pengarahnya adalah beragama Islam dan Non-
Shari’ah Approved companies dimana majoriti pengarahnya adalah bukan beragama
Islam. (Mohamed Ibrahim, Shahul Hameed & et. al, 2002).

         Kajian yang dilakukan oleh Ghayad R. (2008), mendapati bahawa prestasi bank
Islam mempunyai hubungan yang positif dengan tadbir urus syarikat dimana
pemantauan daripada Majlis Penasihat Shariah. Dan anggota-anggota yang terlibat
dalam Majlis Penasihat Shariah tadi mestilah yang berkelayakan bukan sahaja
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu agama malahan mempunyai ilmu dan
kepakaran dalam bidang kewangan.

         Seterusnya kajian yang tidak menyokong hubungan diantara tadbir urus syarikat
dan juga prestasi kewangan adalah kajian yang dilakukan oleh Dalton R. & et.al,
(1998), mereka tidak menemui sebarang bukti berkaitan dengan hubungan diantara
struktur kepimpinan dan juga prestasi kewangan disebabkan oleh masalah kekurangan
sampel kajian mereka.

         Menurut Abu Tapanjeh, A.M. (2009), menyatakan bahawa terdapat empat
perkara yang menjadi asas kepada pembentukan prinsip-prinsip OECD dalam tadbir
urus korporat iaitu etika dalam perniagaan, pembuatan keputusan, pendedahan secara
telus dan keseluruhan serta pada simpan rekod dan penyata kewangan. Kajian ini turut
membandingkan prinsip-prinsip OECD ini dengan prinsip-prinsip yang berlandaskan
Islam.

         Untuk tujuan kajian ini yang melihat perhubungan tadbir urus korporat dengan
prestasi kewangan syarikat, kajian ini memberi fokus kepada satu asas sahaja iaitu
etika dalam perniagaan. Hal ini kerana, dalam keempat-empat asas diatas dapat dilihat
bahawa etika perniagaan konvensional dan juga etika perniagaan dalam Islam adalah
berbeza berbanding asas-asas yang lain. Ini kerana etika perniagaan dalam Islam


                                           13
adalah berlandaskan kepada hukum shariah yang berasaskan kepada Al Quran dan
Hadis. Manakala untuk etika perniagaan secara konvensional pula adalah berlandaskan
kepada rasional pemikiran manusia iaitu kepada undang-undang yang dibuat oleh
manusia yang berasaskan akal fikiran yang terhad.

6.1 Etika Perniagaan dan prestasi syarikat

Ugoji & et. al (2007), menjumpai hubungan positif yang signifikan diantara “Corporate
Applied Ethics” dan juga prestasi kewangan syarikat. Kajian ini selari dengan jangkaan
bahawa syarikat yang mewujudkan persekitaran perniagaan yang beretikaakan
menanamkan kepercayaan dalam diri pemegang risiko. Dan dengan ini akan
mewujudkan reputasi syarikat yang baik dan seterusnya mewujudkan hubungan yang
baik dengan pihak bank dan juga pelabur, serta dapat membantu syarikat untuk
mendapatkan pekerja yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman serta membantu
syarikat dalam penyediaan untuk menghadapi krisis yang bakal menjelma.

      Sullivan & et. al (2009) menyatakan bahawa etika dan norma-norma moral pada
masa kini menjadi satu batu asas dalam membuat pilihan tentang bagaimana untuk
melakukan perkara yang benar dalam amalan perniagaan.

      Margolis & et. al (2002) telah membuat analisis terhadap 95 kajian yang
dihasilkan selama tempoh 30 tahun yang mengkaji hubungan diantara sosial dan
prestasi kewangan dan menemui hubungan positif yang signifikan diantara etika dan
prestasi kewangan.

      Berrone & et. al (2009) keputusan kajian mereka mendapati etika perniagaan
memberi pelbagai informasi kepada pemegang risiko dan sekaligus meningkatkan lagi
nilai pemegang saham. Etika juga ada hubungan positif dengan peningkatan kepuasan
pemegang risiko. Namun etika dengan sendirinya (iaitu dipisahkan dari inisiatif etika)
tidak cukup untuk meningkatkan prestasi ekonomi.




                                          14
6.2   Etika Perniagaan Islam

Perbezaan diantara etika perniagaan Islam dan konvensional adalah pada asas
pembentukan etika tersebut. Etika perniagaan konvensional adalah berlandaskan
kepada undang-undang yang dicipta oleh manusia berdasarkan akal fikiran, manakala
etika perniagaan Islam pula dibentuk berlandaskan kepada Shariah iaitu undang-
undang yang diambil dari Al Quran dan Hadis.

      Menurut Abdul Rahman, Unvar Muthhalib, (2005) menyatakan bahawa Islam
melarang umatnya mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain tetapi
mestilah taat kepada Shariah yang ditetapkan.

      Hal ini kerana shari’ah melarang pengambilan riba’ atau pun faedah dalam
menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan, disebabkan oleh ciri-ciri riba’ itu sendiri yang
boleh membebankan pihak lain yang terlibat dalam aktiviti perniagaan tadi. Seperti yang
dinyatakan oleh Hossain & et. al (2009) iaitu faedah atau riba’ adalah senjata yang
paling berbahaya untuk mengeksploitasi dan memerah golongan yang miskin dan
memerlukan. Dan hasilnya, kemanusiaan dalam sesuatu masyarakat dibahagikan
kepada kelas yang berbeza dan akan meningkatkan lagi sifat cemburu, dengki dan juga
sifat saling membunuh didalam kelas-kelas tersebut.

      Menurut Abuznaid (2009), menyatakan bahawa dalam Islam, terdapat dua
dimensi etika. Yang pertama etika terhadap Allah, tuhan sekalian alam. Seorang
muslim perlu percaya pada Allah dan haruslah menyembah serta mentaati kepada
perintah dan menjauhi larangan Allah. Etika yang kedua ialah terhadap pihak lain,
dimana seorang peniaga Islam mestilah menjalankan perniagaan secara beretika
dengan pihak lain dengan cara mengekalkan layanan dan hubungan yang baik sesama
manusia.

      Abuznaid (2009) menyatakan lagi bahawa Islam adalah suatu agama yang
bermoral tinggi kerana terdapat prinsip-prinsip yang memimpin pengurus untuk
melakukan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.




                                           15
          Terdapat pendapat dari kajian yang lepas yang menyatakan bahawa dalam
perniagaan Islam, semua pihak mestilah dilayan secara adil dan saksama, dengan tidak
mengambil kira faktor perbezaan bangsa, warna kulit, taraf kewarganegaraan, jantina
ataupun kepercyaan mereka.

          Kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada kajian-kajian lepas diatas dapatlah
disimpulkan bahawa etika perniagaan mampu meningkatkan lagi prestasi kewangan
bagi sesebuah syarikat. Syarikat yang mengamalkan etika perniagaan yang tinggi
dalam persekitaran pekerjaan mereka, mampu untuk melahirkan pengurus yang
beretika. Maka dengan ini masalah agensi yang timbul sebelum ini mampu dikurangkan
serta menambahkan lagi nilai pemegang saham dalam syarikat, meningkatkan lagi
reputasi syarikat di kalangan pemegang risiko serta mampu menarik minat daripada
pelabur-pelabur yang berpotensi dan akhirnya akan meningkatkan lagi prestasi syarikat.

          Dengan penambahan nilai-nilai Islam dalam etika perniagaan, dimana keadilan
dan kesaksamaan untuk setiap manusia adalah sangat dititik beratkan mampu
menjadikan etika perniagaan tersebut menjadi lebih kukuh. Pengharaman riba’ adalah
menjadi satu perlindungan kepada kepentingan pemegang risiko, supaya mereka tidak
diabaikan dan makin terbeban oleh pembayaran faedah tersebut. Sebagai satu agama
yang bermoral tinggi dapatlah dilihat bahawa etika perniagaan dalam Islam semakin
kukuh dan prinsip-prinsip yang diketengahkan dalam shariah mampu menjadi rujukan
kepada pengurus untuk bertindak dalam keadaan yang selari dengan kepenntingan
semua pihak yang terlibat. Dengan mengambil nilai-nilai yang dibincangkan tadi,
dapatlah dilihat bahawa dengan keadilan, kesaksamaan layanan pada setiap
pemegang risiko tadi mampu melahirkan kepuasan kepada pemegang-pemegang
risiko.




                                             16
      Hal ini akan menyebabkan pekerja-pekerja dalam syarikat yang berpuas hati
dengan layanan syarikat terhadap mereka, maka mereka akan berkerja dengan
bersungguh-sungguh dan akhirnya meningkatkan lagi prestasi syarikat terutamanya
prestasi kewangan syarikat.

Berdasarkan perbincangan tadi maka hipotesis seperti berikut dibentuk:

H1: Etika perniagaan dalam Islam mempunyai hubungan secara positif dengan prestasi
    kewangan syarikat




                                         17
7.0 Teori dan kerangka konsep

Penggunaan “stakeholder theory” digunakan dalam menerangkan hubungan yang
berlaku untuk setiap pemboleh ubah yang terlibat dalam kerangka konsep.




                                     H1
    Etika Perniagaan                                              Prestasi Kewangan
          Islam                                                        Syarikat




                                          18
8.0 Hipotesis

Hipotesis dibawah adalah hubungan yang berlaku dalam kerangka konsep pada kajian
ini:

H1: Etika perniagaan dalam Islam mempunyai hubungan secara positif dengan prestasi
       kewangan syarikat




                                        19
9.0 Metodologi Kajian

9.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini berbentuk rentas industri bagi syarikat-syarikat yang patuh kepada Shariah
dan tersenarai di Bursa Malaysia bagi tahun 2008 dan 2009.

9.2 Sampel

Sampel diambil daripada ssyarikat-syarikat patuh kepada Shariah dan syarikat yang
tidak patuh kepada Shariah sebagai kawalan kepada kajian ini yang tersenarai di Bursa
Malaysia bagi tahun 2009 dan 2010. Sampel ini diambil untuk melihat hubungan tadbir
urus korporat dengan prestasi kewangan bagi syarikat yang mematuhi Shariah di
Malaysia. Tahun 2009 dan 2010 dipilih kerana syarikat yang mematuhi Shariah dalam
Malaysia adalah masih baru kewujudannya.

9.3 Pengumpulan maklumat

Kajian ini menggunakan data sekunder untuk mendapatkan bukti. Contohnya Laporan
Kewangan Tahunan Syarikat digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan etika perniagaan dan juga untuk menganalisa prestasi kewangan syarikat.

      Untuk pemboleh ubah tak bersandar iaitu etika perniagaan diukur berdasarkan
kepada Ethical Identity Index (EII) yang diguna pakai dalam kajian yang dilakukan oleh
Haniffa & Hudaib, (2007)

      Untuk mengukur pemboleh ubah bersandar untuk prestasi kewangan syarikat
diambil daripada data sekunder iaitu laporan kewangan tahunan syarikat untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan Pulangan pelaburan (ROI) dan juga untuk
melihat kepada analisa Pulangan Pendapatan (ROE) mewakili prestasi kewangan
syarikat dan melihat kepada harga saham syarikat mewakili prestasi pasaran syarikat.




                                         20
10.0 Kesimpulan

Tadbir urus korporat yang baik dapat menjadi alat untuk mengurangkan masalah agensi
yang wujud. Kehadiran nilai-nilai Islam dalam hubungan tadbir urus korporat dan
prestasi syarikat bagi mengukuhkan lagi kedudukan tadbir urus korporat sebagai satu
mekanisme pemantauan yang dapat meningkatkan lagi prestasi syarikat.

     Hasil daripada hubungan ini akan melahirkan laporan kewangan yang berkualiti
yang boleh dipercayai dan digunakan sebagai satu maklumat untuk membuat
keputusan dalam mencapai kejayaan syarikat yang cemerlang.




                                        21
Rujukan

Abdussalam Mahmoud Abu Tapanjeh (2009), Corporate governance from the Islamic
perspective: A comparative analysis with OECD principles. Critical perspective in
accounting v.20 pp 556-567

Abdussalam Mahmoud Abu Tapanjeh (2009), Corporate governance from the Islamic
perspective: A comparative analysis with OECD principles. Critical perspective in
accounting v.20 pp 556-567

Ali shah, Syed Zulfiqar & et. al (2009), Corporate governance and earning management
an empirical evidence from Pakistani Listed Companies, European Journal of scientific
research v.26:624-638

Baliga R. & et. al (1996), CEO duality and firm performance: What’s the fuss., Strategic
Management Journal, Vol.17, 41-43.

Choudhury, Masudul Alam & et. al (2006), Corporate governance in Islamic
perspective.Emerald Group publishing limited vol. 2 pp 116-128

Dalton et. al (2003), Meta analysis of financial performance and equity: fusion or
confusion. Academy of Management Journal 2003;46(1):269-90

Dalton R. & et. al (1998), Meta analytics reviews of Board composition, leadership
structure and financial performance., Strategic Management Journal, vol. 19, 269-290.

Eric R. Gedajlovic1*A and et. al (1998), Management from ownership effects: Evidence
from five countries, Strategic management journal vol. 19: 533-553

Ghayad, Racha (2008), Corporate governance and the global performance of Islamic
banks. Emerald Insight Journal v.24 pp 207-216

Grais w. & Pellegrini, M.(2006),Corporate Governance in Institutions Offering Islamic
Financial Services: Issues and options, World Bank policy working research paper.

Healey, P. & et. al (1999), A review of earnings management literature and its
implication for standard setting, Accounting Horizons v.13:365-383

http://en.wikipedia.org/wiki/Corporate_governance#Definition

Kavousy & et. al (2010), The relationship between ethics and criteria and earning
management in accepted companies in Tehran stock exchange, European journal of
social science, v.14:3




                                          22
Labelle, Real & et. al (2010), Ethics, diversity management and financial reporting
quality, Journal of Business ethics v.93:335-353

Margolis, Joshua, James Walsh, and Dean Krehmeyer. 2006. Building the Business
Case for Ethics. Charlottesville, VA: Business Roundtable Institute for Corporate Ethics.

Mohamed Ibrahim, Shahul Hameed & et. al (2002), Corporate governance and
performance: A comparative study of shariah approved and non shariah approved
companies in Bursa Malaysia, Journal of financial reporting and accounting

Nathan, Samy & et. al (2007), From knowledge to wisdom: the case of corporate
governance in Islamic Banking. Emerald Insight journal v. 37 pp 471-483

Nor Haiza Abdul Aziz and et. al (2006), Pengurusan perolehan: Peranan kualiti audit
dan urus tadbir korporat, ijms v.13:163-188

Norman Mohd Saleh and et. al (2005), Earning management and Board Characteristics:
Evidence from Malaysia, Jurnal pengurusan v.24:77-103

OECD.       OECD               Principles        of      Corporate    Governance
(www.oecd.org/daf/governance/principles/html); 2004. p.12. OECD. OECD Principles of
Corporate Governance; 1999.

Samir Ahmad Abuznaid (2009), Business ethics in Islam: the glaring gap in practice.
Emerald Insight journal v. 2 pp 278-288

Sullivan & et. al (2009), The Moral compass of companies:Business ethics and
corporate governance as Anti-Corruption tools, International Finance Corporation.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (2010), Senarai sekuriti patuh syariah oleh majlis
penasihat Syariah Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Syed Agil, Syed Omar (2010), http:// Permai1.tripod.com/etika.html

Tuschke, A. & Sanders, G. (2003),Antecedents and consequences of corporate
governance reform: The case of Germany, Strategic management journal vol. 24:631-
649

Ugoji & et. al (2007), Does business ethics pay?, The Institute of Business Ethics.




                                           23
24

				
DOCUMENT INFO
rozyani rappa rozyani rappa government sector http://
About i am simple person and i like to be friend to anybody. peace