Docstoc

teori kuasaan dan tambatan

Document Sample
teori kuasaan dan tambatan Powered By Docstoc
					SINTAKSIS BAHASA MELAYU : PENERAPAN TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN

RAMLI MD. SALLEH

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1994

KANDUNGAN

muka surat Latarbelakang Penyelidikan BAB 1: TEORI TRANSFORMASI GENERATIF 1.0 Pengenalan 2.0 Transformasi Pasif 2.1 Tahap Pertama 2.2 Tahap Kedua 2.3 Tahap Ketiga 2.4 Tahap Keempat Penutup BAB 2: KOMPONEN TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN 1.0 Pengenalan 2.0 Komponen Dasar 2.1.1 Leksikon 2.1.2 Subkategorisasi 2.1.3 Rumus X-berpalang 2.2 Komponen Transformasi 2.2.1 Transformasi 3.0 Penutup BAB 3: TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN 3.0 Pengenalan 3.1 Latar Belakang Model Teori Kuasaan dan Tambatan 3.2 Teori Kuasaan dan Tambatan 3.2.1 Struktur-D 3.2.2 Struktur-L 3.2.3 Ubah-oc 3.2.4 PerubahanX0 3.2.5 PerubahanFX 3.2.6 Subjacency 3.3 Modul-Modul 3.3.1 Teori Kasus 3.3.2 Teori Theta 3.3.3 Teori Kawalan 3.3.4 Teori Tambatan 3.4 Penutup

1 2 2 5 10 13 3.0 15

15 15 15 16 17 22 22 23

24 24 27 27 28 28 32 35 35 36 36 39 40 42
43

muka

BAB 4: URUTAN DASAR BAHASA MELAYU
4.0 Pengenalan 4.1 Urutan Perkataan 4.2 Kategori-Kategori Frasa FN, FP, FA 4.2.1 Penjodoh Bilangan 4.2.2 Frasa Nama (FN) 4.2.3 SendiNama 4.2.4 Frasa Adjektif 4.3 Struktur Ayat 4.4 Struktur Internal Fleksi 4.4.1 Fleksi 4.4.2 Fleksi dan AGR 4.5 ADA Sebagai Kata Kerja Biasa 4.6 Komplemen Finit dan Tak Finit BAB 5: KATA KERJA BANTU 5.0 Pengenalan 5.1 Kata Kerja Bantu Dalam Bahasa Melayu 5.1.1 Kata Kerja Bantu Aspek dan Modal 5.2 Struktur Ayat Dasar Bahasa Melayu 5.3 Kategori Frasa 5.3.1 Frasa Nama (FN) 5.3.2 Frasa Preposisi (FP) 5.3.3 Frasa Adjektif (FA) 5.3.4 Frasa Kerja (FK) 5.4 Kata Kerja Bantu Bahasa-Bahasa Serumpun 5.4.1 Bahasa Tagalog 5.4.2 Kata Kerja Bantu Bahasa Tagalog 5.4.3 Kata Bantu Ragam (Modal) 5.4.4 Soalan Ya-Tidak 5.5 Penutup BAB 6: KESIMPULAN BIBLIOGRAFI 44 44 46 46 49 51 55 56 61 62 64 67 72

78 78 79 85 87 88 89 91 91 92 92 95 96 96 97 98 102

» 7 * > ■"■ '"\ i >■-'

Latarbelakang Penyelidikan

1.0. Pengenalan

Laporan ini ialah laporan cuti sabatikal saya yang berjalan antara 1 Januari - 30 September, 1994. Cuti sabatikal ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu cuti dalam negeri dan cuti luar negara. Cuti dalam negeri dihabiskan di kampus induk di Bangi selama tiga bulan dan cuti luar negara dihabiskan di Department of Indo-Pacific Languages, University of Hawaii at Manoa, Hawaii selama enam bulan. Selaras dengan tujuan cuti sabatikal saya, semasa di Hawaii, saya telah mengikuti beberapa kuliah peringkat sarjana, iaitu Graduate Seminar, Topic in Syntax, dan Seminar on the Government and Binding Theory untuk mengetahui perkembangan terkini teori Kuasaan dan Tambatan, iaitu teori yang saya gunakan dalam penulisan buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan. Di samping itu, saya juga memungut maklumat tentang aspek sintaksis bahasa Tagalog dan Indonesia, khususnya aspek kata kerja bantu, yang diajarkan di University of Hawaii.

2.0. Manuskrip Buku

Laporan yang dikemukakan ini berupa manuskrip buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan. Manuskrip ini mengandungi lima bab: i. Tahap-Tahap Perkembangan Teori Transformasi Generatif, (ii) Komponen Teori Kuasaan dan Tambatan, (iii) Teori Kuasaan dan Tambatan, (iv) Binaan Dasar Bahasa Melayu, (iv) Kata Kerja Bantu, dan (v) Penutup. Bab pertama

i

membincangkan perkembangan teori TG, iaitu teori yang mendasari teori Kuasaan dan Tambatan. Sebenarnya, teori Kuasaan ini merupakan versi terkini teori TG dengan beberapa pembaharuan dan pembetulan dari teori TG lama. Dalam bab ini dibicarakan bagaimana teori ini berkembang dari tahap awalnya hinggalah tahap terkini. Beberapa konsep telah berubah, misalnya konsep transformasi. Dalam versi awal transformasi merupakan rumus opsional yang terdiri dari berbagai-bagai rumus berdasarkan struktur ayat yang dilahirkan. Contohnya, jikalau ayat pasif yang dihasilkan, rumus transformasi dinamakan rumus pasif. Satu lagi pembaharuan yang dibicarakan ialah tentang makna ayat. Dalam versi awal makna ayat itu diberikan interpretasi pada struktur dasar ayat, tetapai dalam versi terkini interpretasi makna dibuat pada peringkat struktur lahir.

Bab dua membicangkan tentang komponen dasar yang terdapat dalam teori Kuasaan dan Tambatan. Komponen-komponen ini termasuklah Leksikon, iaitu set atau senarai kata beserta maklumat yang dipunyai oleh penutur asli satu-satu bahasa itu, Subkategorisasi, iaitu maklumat sintaksis satu-satu kata dalam senarai kata bahasa. Di samping itu disentuh juga tentang rumus struktur frasa yang berbentuk rumus xberpalang, iaitu rumus sintaksis yang digunakan untuk membentuk ayat dalam suatu bahasa itu.

Bab tiga pula membicarakan khusus tentang teori Kuasaan dan Tambatan. Dalam bab ini diterangkan bahawa teori ini terdiri dari modul-modul yang atonomi tetapi masih berkaitan dengan modul-modul lain. Fakta ini menjelaskan sifat teori ini yang

-*'

modular. Oleh kerana itu, andainya satu pembaharuan dibuat pada satu modul, ini akan mengakibatkan modul-modul lain. Jadi setiap implikasi mesti diambil kira. Di samping itu, diperkenalkan dibincangkan juga tentang konsep-konsep baru dan subbidang-subbidang teori ini. Antara subbidang yang dibincangkan ialah Ubah-alfa, Kasus, Kuasaan, Kawalan, dan Tambatan. Perbincangan ini juga cuba menerapkan data-data dari bahasa Melayu di mana sesuai untuk menerangkan fenomena sintaksis yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Perbincangan dalam bab empat pula menerang dan menghuraikan tentang urutan kata dan binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat terbitan atau ayat struktur lahir tidak dibincangkan di sini kerana aspek itu memerlukan satu kajian lain. Perbincangan ini penting untuk pembaca mengetahui urutan kata dasar dan binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu dan jenis-jenis frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Di samping itu beberapa saranan dibuat bagaimana untuk menganalisis bahasa Melayu itu dan bab ini membuat beberapa andaian.

Bab kelima membincangkan kata kerja bantu dalam bahasa Melayu dan bahasa Tagalog, iaitu satu bahasa serumpun dengan bahasa Melayu yang tergolong ke dalam rumpun Austronesia. Perbandingan dibuat antara kata kerja bantu kedua-dua bahasa ini. Kesimpulan yang didapati ialah sistem kala kata kerja bantu bahasa Tagalog itu lebih rencam daripada sistem kala kata kerja bantu bahasa Melayu. Sehubung dengan itu didapati juga sistem kala bahasa Tagalog itu bersifat fleksi, walaupun bahasa tersebut tidak tergolong ke dalam bahasa berfleksi seperti bahasa Perancis atau Arab.

iii

Bahagian seterusnya melihat struktur ayat dasar kedua-dua bahasa ini dan didapati bahasa Melayu itu mempunyai struktur dasar subjek - predikat, sementara bahasa Tagalog mempunyai struktur dasar predikat - subjek.

Bab keenam merupakan kesimpulan kajian ini dan dihuraikan segala dapatan dan andaian yang dibuat tentang bahasa Melayu.

3.0. Penghargaan

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia kerana membiayai cuti sabatikal saya ini. Seterusnya ucapan terima kasih juga untuk Department of Indo-Pacific Languages, University of Hawaii at Manoa kerana memberi kesempatan kepada saya menghadiri kuliah dan juga kerana memberikan kemudahan bilik pejabat, perpustakaan, dan Iain-lain semasa saya di sana.

IV

BAB 1

TEORI TRANSFORMASI GENERATIF (TG)

1.0. Pengenalan

Bab ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan teori Transformasi Generatif (TG) dengan melihat perubahan dalam transformasi Pasif. Selari dengan itu, diharapkan perbincangan ini dapat memaparkan gambaran keseluruhan teori Transformasi Generatif dari penelitian transformasi Pasif. Perbincangan ini membahagikan sejarah perkembangan teori ini kepada empat tahap, iaitu semenjak penerbitan Syntactic Structures oleh Chomsky pada 1957 sehigga kini.

Tahap yang pertama merujuk pada tahap primer tatabahasa tranformasi, dari 1957 ke awal 1960an. Tahap kedua merangkumi Teori Standard, atau model Aspects dari penerbitan Chomsky 1965, iaitu Aspects of the Theory of Syntax. Tahap ketiga ialah awal 1970an di mana beberapa perubahan dibuat ke atas teori tersebut. Tahap ini, yang juga dikenali sebagai Teori Standard Tambahan (Extended Standard Theory) diwakili oleh artikel Chomsky, "Remarks on Nominalization" (1970) dan disertasi Ph.D dari MIT, "The Root and Structure-Preserving Transformations" oleh Joseph Emonds (1970). Tahap keempat adalah sama dengan teori terkini iaitu Teori Standard Tambahan Semakan (Revized Extended Standard Theory), sama dengan Teori Tikas (Trace Theory) atau Teori

1

Kuasaan dan Tambatan (Government and Binding). Tahap ini bermula dari akhir 70an hingga kini. Walau bagaimanapun, Chomsky (1987) menyatakan bahawa konsep Kuasaan dan Tambatan hanyalah merupakan dua di antara konsep penting teori ini. Beliau mencadangkan istilah Teori Prinsip dan Parameter (TPP) adalah lebih sesuai untuk menggantikan istilah Kuasaan dan Tambatan.

2.0. Transformasi Pasif 2.1. Tahap Pertama

Transformasi Pasif, seperti yang dihuraikan dalam Syntactic Structures merupakan satu transformasi opsional yang beroperasi ke atas satu ayat bertipe FN-|_ + KKB + KK + FN2 (di mana KK adalah transitif) . Di dalam bahasa Inggeris, transformasi ini mengandungi tiga operasi yang berjalan serentak; (1) pertukaran FN-, subjek dengan FN2 objek, (2) penyelitan elemen Kata Auxiliari be + EN, dan (3) penyelitan elemen by. di sebelah kiri subjek baru. Jadi, transformasi ini diaplikasikan secara opsional ke atas satu urutan terminal yang berbentuk (1) untuk menerbitkan (2) . (1) (2) Russia-Past-defeat-Persia Persia-Past-be + EN-defeat-by + Russia

Di dalam bahasa Melayu pula, transformasi ini juga mengandungi tiga operasi yang berjalan serentak; (1) pertukaran di antara FN-|_ subjek dengan FN2 objek, (2) penyelitan elemen "oleh" di sebelah

2

kiri subjek baru, dan (3) penggantian imbuhan aktif "me" oleh imbuhan pasif "di" pada kata kerja.

Sila lihat contoh-contoh (3) untuk bahasa Inggeris dan (4) untuk bahasa Malaysia.

(3)a.

Persia was defeated

by

Russia

(4)a.

Ahmad membaca

buku

1

Dalam bahasa Melayu terdapat satu lagi bentuk pasif seperti dalam (1) di bawah. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk di dalam hujah utama perbincangan. sila lihat Chung (1975), Nik Safiah Karim (1978) untuk perbincangan lanjut. (l)a. Buku saya baca. (l)b. Buku engkau baca. 3

b. X FN, Buku

A FK

I

dibaca oleh

1

KP

FNn
J-

Ahmad

Masalah mengenai membuat satu rumus transformasi dapat digambarkan pada setiap tahap sejarah tatabahasa Transformasi melalui transformasi Pasif. Dalam banyak hal, transformasi pasif itu sendiri sangat menarik dari segi teorinya. Salah satu masalah awal yang dialami dalam kerja-kerja mengaplikasikan teori tatabahasa transformasi kepada data-data linguistik yang tertentu ialah untuk mendapatkan huraian struktur konstituen pasif yang betul di dalam bahasa Inggeris. Konsep vrumus transformasi' pada tahap pertama didefinisikan sebagai

"an optional or obligatory rule which effects a simple or generalised structural change on a structural description, potentially also changing the meaning (Chomsky, 1957:44) .

Secara spesifik, domain satu-satu rumus transformasi ialah rentetan terminal satu struktur frasa, dan menjalankan beberapa operasi asas ke atas rentetan tersebut, seperti permutasi, gantian, cantuman dan pengguguran. Dalam memberi definisi kepada domain ini, syarat-syarat struktural yang boleh dikenakan ke atas rententan terminal hanya merupakan syarat-syarat yang diizinkan oleh satu set Booklean iaitu syarat-syarat mengenai

4

kebolehanalisaan. Selanjutnya, struktur konstituen yang lahir, berbanding dengan struktur ayat kernel (dasar atau mudah) ditandakan kepada output suatu transformasi oleh "rumus-rumus khas" yang berkait dengan setiap operasi elementari yang boleh dilakukan dalam suatu analisis rentetan terminal itu. Jadi, terdapat satu set rumus untuk operasi permutasi, satu set untuk operasi gantian, dan satu set lagi untuk operasi pengguguran, dan sebagainya. Oleh kerana satu transformasi itu beroperasi ke atas satu rententan terminal dan bukannya ke atas suatu rajah pohon, transformasi pasif dalam tahap pertama kelihatan seperti mewujudkan keadaan yang tidak konsisten. Bowers (1981) khasnya mengatakan bahawa rumus ini akan melahirkan struktur pasif dengan frasa oleh (by) yang salah, yang sepatutnya merupakan satu Frasa Preposisi (FP) dalam struktur lahir. Ini terjadi akibat daripada kenyataan (1) transformasi dalam tahap pertama tidak berdaya atau tidak boleh menerbitkan nodus baru (dalam kes ini, FP) , dan (2) elemen oleh (by) merupakan satu item yang diselitkan secara transformasi. Mengadakan satu "rumus khas" untuk satu struktur konstituen lahir merupakan suatu yang ad hoc, kerana ia dimotivasikan sematamata oleh transformasi pasif. (Chomsky, 1957, hal. 73-74)

2.2. Tahap Kedua

Buku Chomsky Aspects of the Theory of syntax merupakan satu usaha untuk menyelesaikan masalah ini, berikutan dari satu cadangan dalam The Integrated Theory of Linguistic Descriptions (Katz dan Postal, 1964). Transformasi pasif ini diubahsuai 5

dengan cara berikut. Rumus permutasi eka (dengan penyelitan by dan be+EN) yang dicadangkan terdahulu sekarang digantikan oleh satu urutan yang terdiri daripada dua operasi. Yang pertama ialah menggantikan FN subjek untuk elemen kosong "dummy" PASIF, yang digeneratkan dalam struktur dasar bersama-sama dengan preposisi by di bawah naungan satu nodus FP yang sebaliknya pula dinaungi oleh nodus adverba "gaya". Operasi kedua kemudiannya mencantumkan FN objek ke sebelah kiri elemen kata kerja auxiliari. Kata kerja, yang disubkategorisasikan sebagai [FN+Gaya] boleh merupakan sama ada transitif atau tak transitif; yang terdahulu itu merupakan pasif-pseudo, seperti dalam (5). (5) Huck was looked up to by Tom (dari Chomsky, 1965, m.s. 104-105) . Perhatikan bahawa proses pasif itu hanya terhad pada kata kerja yang boleh menerima kata adverba gaya. Juga perhatikan bahawa pasif tidak terbit daripada aktif seperti yang terjadi dalam tahap pertama, tetapi dari satu struktur dasar yang abstrak, yang waj ib berlaku berdasarkan kehadiran elemen kosong (dummy) "PASIF". Satu transformasi dari model Aspects ini merupakan satu rumus wajib yang mengkibatkan satu perubahan struktur dalam satu rajah pohon atau struktur frasa, selain daripada pemajmukan dan penyambungan, tanpa mengubah makna (Chomsky, 1965, m.s. 142-143).

Sekarang, oleh kerana struktur di mana rumus transformasi diaplikasikan, merupakan satu representasi abstrak, yang tidak perlu dikaitkan dengan apa cara pun kepada struktur lahir ayat,

6

bolehlah dxsimpulkan bahawa kita boleh dengan sewenang-wenangnya mengeneratkan elemenelemen kosong (dummy) seperti "oleh PASIF, Soalan, IMP, NEG" dan Iain-lain dalam struktur dasar ayat. Dari satu segi, ini menimbulkan masalah untuk memberi justifikasi bagi bentuk dasar yang mendasari konstruksi lahir seperti bentuk pasif, kerana tidak terdapat apa-apa bukti sintaksis atau semantik tersendiri untuk menyokong bentuk dasar frasa "oleh PASIF" yang diperlukan untuk melahirkan transformasi tersebut. Di samping itu, satu masalah lain ialah agak sukar untuk melihat dalam keadaan mana elemen "oleh PASIF" itu boleh dianggap sebagai adverba gaya. Sebagai contoh, kata kerja yang tidak boleh dipasifkan yang disubkategorisasikan dengan fitur [- __________________________ gaya], dapat meramalkan dengan betul ketidakgramatisan (3) tetapi tidak dapat meramalkan ketidakgramatisan (4) .
(3) (4) *John resembles Mary happily. John resembles Mary uncannily.

Dorongan utama penggunaan struktur dasar yang abstrak ini terbitnya daripada Hipotesis Katz - Postal yang mengandaikan bahawa transformasi tidak menukar makna. Mengikut hipotesis ini, struktur dasar merupakan tahap yang hanya relevan pada interpretasi semantik. Tahun-tahun 60an merupakaan tumbuhnya teori Semantik Generatif. Andainya hipotesis ini betul, setiap ketaksaan struktur mesti diterangkan oleh perbezaan pada struktur dasar. Oleh itu, setiap elemen mesti berada pada struktur dasar. Disebaliknya, struktur dasar dan transformasi hanya boleh diadakan dengan menggunakan pendekatan makna. Dan semua

7

persamaan makna mesti direpresentasikan oleh persamaan pada struktur dasar. Walau bagaimanapun, seterusnya, konsep "struktur dasar" telah dimansuhkan memandangkan tidak terdapatnya keperluan teori untuk membezakannya daripada representasi semantik (Lihat Newmeyer 19 8 0 untuk keterangan lanjut).

Kesahan hipotesis Katz - Postal ini telah dipersoalkan oleh ahli-ahli semantik interpretasi (atau "Lexicilists", termasuk Chomsky), iaitu pihak penentang aliran semantik generatif. Dokumen terpenting penentangan ini ialah artikel Chomsky (1970) "Remarks on Nominalization" . Di sini dibahaskan bahawa jikalau hendak dipertahankan pendapat iaitu transformasi tidak menukar makna, terpaksalah dibuat andaian bahawa semua makna itu tidak ditentukan sebelum diaplikasikan rumus transformasi. Ayat-ayat berikut, (5) dan (6) dengan terang menunjukkan perbezaan makna, yang menyarankan bahawa pasif merupakan satu transformasi yang mengubah makna (seperti yang disarankan di dalam Syntactic Structure). (5) (6) Many arrows did not hit the target. The target was not hit by many arrows.

Juga, di dalam (7) dan (8), di mana (7) memberi implikasi bahawa Einstein masih hidup, tetapi praandaian ini tidak terdapat dalam (8) . (7) Einstein has visited Princeton. (8) Princeton has been visited by Einstein.

Jadi, praandaian tidak boleh terdapat dalam pasif, atau praandaian itu mesti ditentukan pada tahap struktur lahir. Selanjutnya, j ika diandaikan bahawa (10) itu satu bentuk pasif daripada (9) , jadi skop adverba mesti diberi interpretasi pada tahap struktur lahir.
(9) The doctor cleverly has examined John.

(10) John cleverly has been examined by the doctor. (semua contoh adalah dari Newmeyer 19 80).

Seterusnya dua lagi analisis telah dikemukakan. Bolinger (1978) memperkenalkan satu analisis yang dipanggil analisis performatif dan analisis ke atas struktur ayat deklaratif oleh Ross, tetapi analisisanalisis ini juga tidak boleh mempertahankan konsep struktur dasar seperti yang digambarkan dan dibahaskan di dalam model Semantik Generatif.

Kejatuhan model Semantik Generatif berkaitan dengan dapatan Peter-Ritchie di mana mereka menunjukkan bahawa transformasi tidak dikonstrain. Ini menjadikan teori transformasi generatif seperti yang diformulasikan tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai bahasa manusia. la hanya menyatakan bahawa ayat dalam suatu bahasa itu boleh diterbitkan oleh beberapa set rumus. Khususnya, satu rumus transformasi, yang secara tidak langsung boleh disamakan dengan fungsi mesen "Turing", yang hanya melukiskan set rajah pohon yang tidak terhad kepada rajah pohon lain, boleh disalahaplikasikan atau mengelirukan. Ini adalah kerana ia boleh diaplikasikan bila sahaja deskripsi strukturnya 9

diperolehi. Jadi, transformasi pasif boleh "overgenerate" seperti yang terlihat dalam (11) dan (12) di bawah. (11) The man that saw John likes the dog. (12)a. The man that saw the dog is liked by John. b. The dog is liked by the man that saw John.

2.3. Tahap Ketiga

Untuk mengawal rumus-rumus transformasi, di samping mendapatkan motivasi teoretikal yang lebih baik dan mencabar tentang penggunaan simbol-simbol "dummy" dalam model Asects, Joseph Edmonds telah memperkenalkan satu hipotesis yang dinamakan
9

hipotesis "Structure-Preserving" . Rumus transformasi pasif boleh dianggap sebagai "structure-preserving" dalam erti kata bahawa struktur sintaksis yang diterbitkannya mempunyai ciriciri yang dimotivasikan secara tersendiri oleh rumus-rumus dasar. (Untuk perbincangan lanjut, sila lihat Emonds (1978).

Rumus transformasi tahap ketiga mengandungi dua operasi; (1) komponen pertama transformasi pasif ialah "agent postposing"; iaitu proses mengalih ke belakang Frasa Nama pelaku, dan (2) komponan kedua, "NP preposing",- iaitu proses mengalih ke hadapan

(2) Rumus transformasi "Structure Preserving" mengalih satu konstituen dari nodus A ke satu nodus B yang sama jenis dengan nodus A. Dengan kata lain, transformasi ini menggantikan satu jenis nodus dengan satu nodus lain yang sama jenisnya. (misalnya, ganti FN dengan FN) . 10

Frasa Nama yang kedua. Struktur dasar ini boleh digambarkan seperti dalam (13), dan rumus "Agent Postposing" sebagai rumus "structure-preserving diaplikasikan untuk menerbitkan struktur (14) .

(13:

Russia

(14)

H

defeat

Persia by

Russia

Kemudian, "NP Preposing" diaplikasikan ke atas (14), dan nodus FN yang kosong dalam posisi subjek akan secara wajib digantikan oleh FN objek Persia, menerbitkan satu struktur yang betul dan baik dalam (15) ; (gambaran ini tidak mengambil kira pembentukan "passive auxiliary" dalam bahasa Inggeris).

11

(15:

Persia was defeated

Teori "Structure-Preserving" Emonds ini merupakan satu kelebihan berbanding dengan analisis yang ad hoc tentang rumus pasif yang dibincangkan dalam Aspects. Walau bagaimanapun, teori ini tidak berjaya untuk menyelesaikan beberapa masalah yang fundamental. Pertamanya, dengan ketiadaan kekangan yang kuat tentang adanya nodus-nodus kosong dalam struktur dasar, adalah tidak jelas dalam keadaan bagaimana nodus-nodus kosong ini boleh diterbitkan atau dibenarkan.

Kedua, juga tidak jelas tentang adanya motivasi sintaksis yang tersendiri untuk mengadakan frasa FP "by + 0" yang membolehkan rumus pasif beraplikasi. Namun, memang tidak boleh dinafikan bahawa rumus transformasi tnesti diubah mengikut garis panduan yang diperkenalkan dalam teori Emonds ini. Teori Emonds ini masih diterima sekarang memandangkan tidak adanya satu cara yang tidak ad hoc yang boleh menerbitkan satu struktur konstituen yang betul untuk ayat pasif.

12

2.4. Tahap Keempat

Sehingga tahap ketiga, memang menjadi andaian umum bahawa setiap satu konstruksi lahir yang berbeza daripada struktur dasarnya, terdapat satu rumus transformasi untuk menerbitkan struktur lahir tersebut. Chomsky di dalam artikelnya "Condition on rule of Grammar (1976) menimbulkan dan membahaskan konsep "Construction-Specific

Transformation Grammar" ini. Oleh kerana itulah di dalam perkembangan teori Transformasi Generatif tahap keempat membicarakan tentang kemungkinanya satu program penyelidikan untuk menyelidik satu konsep di mana rumus seperti "Alih FN" dan "Alih WH" boleh menerbitkan beberapa konstruksi lain. Jadi, dengan ini konstruksi yang mempunyai nama yang "tertentu" dalam teori tradisional itu hanyalah oleh kerana (1) rumus yang tertentu untuk interpretasi semantik ke atas output kepada transformasi, (2) ciri-ciri penyebaran morfemmorfem tertentu, dan (3) konfigurasi dasar yang berbeza yang terdapat dalam bahasa yang berbeza, dan bukannya transformasi yang berbeza.

Rumus Alih X, yang pada anggapan umum merupakan satu transformasi tunggal sekarang, tidak boleh disamakan dengan transformasi dalam teori tradisional. Ini adalah kerana rumus ini tidak melibatkan Deskripsi Struktural atau Perubahan Struktural. Rumus ini juga tidak boleh diinterpretasikan sebagai rumus yang mengaitkan satu set rajah pohon yang berkaitan. Pada prinsipnya, sekarang konstituen X boleh dialih oleh rumus ini kepada mana-mana kedudukan yang bertipe X yang kosong. Isi 13

kepada nodus yang dialih itu berada pada satu kedudukan yang baru, dan diikat dengan nodus X pada kedudukan asalnya, yang sekarang kosong. Di mana X merupakan satu FN, Alih X adalah satu rumus gantian. Jikalau X merupakan satu WH (iaitu Frasa tanya), nodus yang beralih yang menaungi satu elemen WH akan dicantumkan kepada KOMP . Rumus mi adalah satu rumus yang bebas, yang boleh menerbitkan struktur yang tidak dikehendaki dan tidak gramatis. Tetapi untuk menghindarkan ini daripada berlaku beberapa prinsip bebas akan menilai struktur-struktur terbitan ini. Prinsip-prinsip yang merupakan sub-sistem teori ini termasuklah; (1) teori Kawalan, (2) teori - Theta, (3) teori Tambatan, (4) teori Kasus, dan (5) teori Kawalan. (lihat Chomsky 1981) . Dari segi ini, iaitu pendapat tentang Alih X, transformasi pasif seperti di dalam (16) boleh disatukan atau dikelompokkan dengan satu lagi transformasi iaitu "menaikkan subjek ke subjek" (atau Raising subject to subject) seperti dalam (17). (16)a. [e] was punched [John] (struktur dasar) NP b. John> was punched [tj] (struktur lahir) NP (17)a. [e] seems [ [John] to be happy] (struktur NP S NP b. John^ seems [ [t^] to be happy (struktur S NP dasar) lahir)

(elemen t adalah satu tikas yang ditinggalkan oleh Alih X). Emonds (1985) menganggap bahawa satu elemen tanya (WH element) dicantum ala-Chomsky (Chomsky-adjoin) pada A, sementara Chomsky (1986) menyarankan supaya elemen tanya ini dialik ke kedudukan "specifier"; iaitu "specifier" kepada Frasa Komplemen, FK=A). 14

3.0. Penutup

Bab ini telah membincangkan dengan ringkas sejarah teori 'transormasi', khasnya transformasi pasif. rumus transformasi pasif ini merupakan salah satu daripada rumus-rumus yang mencabar dan kontroversial. Sehingga sekarang pun masih belum ada satu analisis tentang sturktur pasif ini yang betul-betul canggih dan dapat menghuraikannya dengan cara yang natural.

15

BAB 2

KOMPONEN TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN

1.0

Pcngenalan

Bab ini membicarakan tentang komponen-komponen yang terdapat dalam teori Kuasaan dan Tambatan. Pemaparan konsep ini dibuat secara ringkas sahaja kerana pengaplikasiannya ke atas data bahasa Melayu akan dibuat dalam bab-bab seterusnya.

2.1. Komponen Dasar 2.1.1 Leksikon

Setiap penutur natif suatu bahasa itu memahami bahasanya kerana ia mempunyai pengetahuan tentang perbendaharaan kata atau senarai kata yang terdapat dalam bahasanya. Senarai kata ini dipanggil leksikon yang mengandungi satu set kemasukan kata bagi setiap kata. Kemasukan kata ini mengandungi semua maklumat tentang suatu kata tersebut. Maklumat pertama ialah maklumat fonologi, iaitu bagaimana suatu kata itu disebut. Kedua, ialah maklumat morfologi, iaitu maklumat yang menerangkan sama ada suatu kata itu berbentuk dasar atau terbitan. Maklumat ketiga merupakan maklumat semantik, iaitu tentang makna suatu kata itu. Akhirnya, kemasukan kata juga memberikan maklumat tentang golongan kata tersebut, iaitu

15

sama ada kata tersebut tergolong ke dalam kategori Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif, atau Kata Preposisi. Maklumat terakhir ini merupakan maklumat sintaksis.

2.1.2. Subkategorisasi

Chomsky (1965) menyarankan bahawa maklumat sintaksis dalam suatu kemasukan kata adalah seperti berikut.

(l)kirim: +KK < +objek langsung animat>

[+ ___ FN FP]

< + subjek animat >

Maklumat pertama menyatakan bahawa kata tersebut adalah suatu kata kerja. Semua fakta yang terdapat di dalam braket di atas dipanggil kerangka subkategorisasi. Tanda garis bawah menunjukkan kedudukan kata kerja kirim berbanding dengan elemen lain dalam kerangka tersebut. Misalnya, kata kerja kirim menerima satu objek langsung yang merupakan satu Frasa Nama dan satu Prasa Preposisi. Sementara itu, maklumat di dalam braket bersiku menunjukkan had pilihan yang boleh di ambil oleh kata kerja kirim. Maklumat yang terdapat di dalam kerangka subkategorisasi iaitu maklumat di dalam braket hanyalah maklumat sintaksis. Sementara itu, maklumat di dalam braket bersiku adalah maklumat semantik yang diperlukan oleh elemen-element tersebut dalam konteks tertentu. Walau bagaimanapun, dalam perkembangan terakhir

16

teori ini, had pilihan, iaitu maklumat di dalam braket bersiku itu telah dihapuskan. Ini berkaitan dengan konsep peranan theta yang tidak akan dibincangkan di sini.

2.1.3. Rumus X-berpalang

Terdapat pertindihan maklumat antara kerangka subkategorisasi dengan rumus struktur frasa, iaitu kedua-duanya memberi maklumat tentang jenis struktur kategori suatu bahasa itu. MIsalnya, rumus struktur frasa seperti dalam (2) menunjukkan bahawa Frasa Kerja mengandungi kata kerja, frasa nama dan frasa preposisi.

(2) FK —> KK (FN) (FP)

Seperti tertera di atas maklumat yang sama terdapat dalam (1), iaitu kemasukan kata suatu kata kerja seperti kirim menyatakan bahawa kirim hadir di dalam satu konstituen yang mengandudngi kata kerja, frasa nama dan frasa preposisi. Oleh kerana segala maklumat yang terdapat dalam rumus struktur frasa juga terdapat dalam kerangka subkategorisasi, ada cadangan untuk menggugurkan salah satu.

Chomsky (1970) mencadangkan satu teori yang lebih umum untuk menangani pertindihan antara rumus struktur frasa dengan kerangka subkategorisasi ini, yang dipanggil teori X-berpalang. Teori ini dikembangkan dalam Jakendoff (1977). Dengan adanya teori ini, rumus struktur frasa tidak diperlukan lagi. Semua kategori leksikal,

17

iaitu Nama, Kerja, Adjektif, dan Preposisi menjadi kepala kepada peluasan frasa. Secara abstraknya, dari kategori kepala ini boleh dikembangkan secara skema saperti di bawah.

(3)

X"

I
X'

X

X boleh diinterpretasikan sebagai N,K,A atau P dan (3) boleh diberikan dalam rumus di bawah.

(4)a. X" —-> ... X'... b. X'—>...X'... c. X' —> ... X ...

(4) boleh dimudahkan lagi dengan hanya menggunakan satu skema seperti dalam (5).

(5)Xn—->...Xn"! ... di mana 1 n 3, dan "..." mengandungi sama ada kategori formatif, atau peluasan maksimum

'Untuk perbincangan lanjut tentang aplikasi teori X-berpalang dalam bahasa Melayu, sila lihat Mashudi Kader (1989).

18

Berdasarkan teori X-berpalang ini, semua frasa dikepalai oleh kategori leksikal. Dengan kata lain, semua frasa adalah endosentrik. Kepala setiap peluasan adalah peluasan kosong (X). Teori X-berpalang membezakan dua tahap peluasan X" dan X'. Gabungan kata "specifier" yang semuanya merupakan kategori formatif dengan X' dalam (4a) membentuk X", iaitu peluasan maksimum. Gabungan adjung dengan X' dalam (4b) membentuk peluasan pertengahan X', sementara gabungan komplemen dengan X juga membentuk peluasan X' seperti dalam (4c). (4a) boleh digambarkan seperti dalam (6a), (4b) seperti dalam (6b) dan (4c) seperti dalam (6c).

(6)a. SP(N) seorang ramai tiga tiada

N" N' N

A" SP(A) A'

I
sangat terlalu kurang tidak

I
A

19

K"

1
K

SP(K)

I

sudah belum akan sedang

P" SP(P) P'

betul

dekat

(6)b.

N' N N" Ahmad

I
kedatangan A' A

I

P"

I
gembira

I
tentang keputusan itu

20

di K! K

Kuala Lumpur

N" buku

I
baca

Kesimpulannya, "..." mengandungi hanya Yma^, atau kategori formatif; iaitu kata "specifier" bagi kategori formatif dan komplemen dan adjung bagi Yma^.

Walau pun skema peluasan bertahap dalam (4) diandaikan sebagai sejagat, tetapi kedudukan konstituen berbanding dengan kepala peluasan tidaklah sejagat. Andainya peluasan maksimum mengikuti kepala seperti dalam bahasa Melayu (Ramli Md.Salleh 1987) bahasa Inggeris (Travis 1984) dan Iain-lain, bahasa sedemikian dinamai bahasa berkepala awal. Sebaliknya, jika peluasan maksimum mendahului kepala seperti bahasa Cina (Huang 1982) bahasa Vata, Gbadi (Koopman 1984) dan Iain-lain, bahasa sedemikian dinamai bahasa berkepala akhir.

21

2.2. KOMPONEN TRANSFORMASI 2.2.1. Transformasi

Dalam perbincangan seterusnya andaian yang dibuat ialahayat mempunyai dua tahap representasi sintaksis, iaitu Struktur Dalam (Struktur-D) dan Struktur Lahir (Struktur-L). Struktur-D adalah tahap yang peka dengan syarat-syarat teori Xberpalang, iaitu setiap kategori adalah peluasan daripada kepala yang merapakan kategori leksikal, dan Xn menaungi terns Xn"l. Struktur-L pula merapakan tahap yang lebih superfisal yang menggambarkan kedudukan elemen-elemen dalam ayat.

Kedua-dua tahap sintaksis ini berhubungan antara satu sama lain menerusi transformasi, biasanya transformasi peralihan di mana elemen yang berasal pada suatu kedudukan pada Struktur-D dialhi ke kedudukan lain pada tahap Struktur-L. Di antara contoh transformasi peralihan ini ialah transformasi Pasif, Peralihan Kata Kerja, Peralihan Fleksi, dan Iain-lain. Secara umumnya model teori ini kelihatan seperti di bawah.

(7)

Struktur-D

I
Transformasi

I
Struktur-L

22

Penjelasan dan perbincangan tentang Struktur-D, Struktur-L, dan Transformasi akan dibuat dalam bab 3.

3.0

PENUTUP

Bab ini telah menyentuh konsep-konsep Leksikon, Subkategorisari dan rumus x-berpalang yang terdapat pada bahagian dasar teori. Dalam bahagian transformasi pula telah dihuraikan konsep-konsep Struktur-D, Struktur-L dan transformasi. Konsep-konsep ini penting untuk mengikuti perbicangan dalam bab-bab seterusnya.

23

BAB 3 Teori Kuasaan Dan

Tambatan

3.0.

Pengenalan

Tujuan bab ini adalah untuk menyoroti konsep-konsep dan prinsip-prinsip asas Teori Kuasaan dan Tambatan (KT) sebagai panduan untuk memahami teori tersebut. Di mana sesuai contoh-contoh akan diberikan dalam bahasa Melayu, manakala contoh-contoh lain adalah dalam bahasa Inggeris memandangkan bahawa bahasa ini telah lebih banyak diterokai, sekurangkurangnya oleh teori KT ini.

3.1.

LATAR BELAKANG MODEL TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN

Perkembangan Teori Transformasi Generatif (TG) boleh dibahagikan kepada 4 tahap. la bermula dengan terbitnya buku Syntactic Structures (Chomsky, 1957). Ini diperkuat lagi dengan terbitnya buku Aspect of the Theory of Syntax (Chomsky, 1965.) . Tahap ini sering dikenali dalam penulisan linguistik sebagai Teori Standard Tambahan (TST) (Extended Standard Theory) diwakili oleh beberapa penerbitan penting terutamanya makalah yang ditulis oleh Chomsky (1970) bertajuk "Remarks on Nominalization". Satu lagi penerbitan penting ialah disertasi Ph.D bertajuk "The Root and Structure Preserving Constraint" yang ditulis oleh Joseph Emonds, seorang penuntut Massachusetts Institute of Technology (MIT). Tahap keempat TG yang juga dikenali dengan Teori Standard 24

bermula pada akhir tahun 70-an hingga sekarang. Tahap ini juga dikenali dengan Teori Kuasaan dan Tambatan (Government and Binding - GB) bersempena dengan buku utama yang mewakilinya, iaitu Lectures on Government and Binding (Chomsky, 1981) .

Dua perubahan dariapda Teori Standard (1) kepada Teori Standard Tambahan (2) ialah pengenalan teori X berpalang dan kesedaran bahawa struktur-L memberi sumbangan yang signifikan kepada interpretasi semantik.

Seterusnya satu lagi pembaharuan diperkenalkan, iaitu dengan pengenalan tikas (trace). Dengan ini juga interpretasi semantik dibuat pada struktur-L dan komponen transformasi diperkecil kepada bentuk yang paling minimum dengan pengenalan ubah-' . Pembaharuan ini juga dikenali sebagai Teori Standard Tambahan Semakan (3).

(1) Model Teori Standard

Rumus Struktur Frasa

Leksikon Struktur-D rumus semantik Represe semanti transformasi v Struktur-L rumus fonologi Representasi fonetik

25

(2) Model Teori Standard Tambahan
Rumus Struktur Frasa Teori X Leksikon Struktur-D

I
Struktur-L rumus fonologi Representasi Fonetik

Representasi semantik

(3) Model Teori Standard Tambahan Semakan (Model-T)
Rumus Struktur Frasa Teori X Leksikon

Struktur-D Ubah-Alfa Struktur-L (a) (b) (c) (d) rumus pengguguran rumus fonologikal tapisan (filters stilistik Representasi fonetik (bentuk fonetik) a) b) rumus quantif rumus kawalan

Representasi Seman (bentuk ligikal)

26

3.2.

TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN

Struktur asas teori KT mengandungi beberapa tahap representasi seperti yang tergambar dalam ( 3 ) di atas. Sifat dan hubungan antara tahap-tahap ini berikutan daripada interaksi beberapa subkomponen yang mudah dengan prinsip yang tersendiri terlihat dalam bawah. (4) (i)
(ii) (iii) (iv) (v) (vi)

(4)

di

Teori X (X-bar)
Teori Kuasaan (Government) Teori Theta Teori Kasus (Case) Teori Tambatan (Binding) Teori Kawalan (Control)

Salah satu ciri penting teori KT ini ialah sifat modularnya. Ini bermaksud bahawa komponen-komponen teori ini berinteraksi antara satu sama lain. Output satu-satu komponen itu menjadi input kepada komponen-komponen lain.

3.2.1 Struktur-D

Struktur Dasar (Struktur-D) yang ditentukan oleh teori X berpalang dan teori theta menerbitkan Struktur Lahir (Struktur-L) melalui rumus transformasi Ubah- (lihat 2.2.3. untuk perbincangan tentang teori theta dan Mashudi Kader dalam keluaran yang sama untuk teori X).

27

3.2.2.

Struktur-L

Representasi Struktur-L diubah kepada representasi Bentuk Fonotik (BF) melalui beberapa rumus yang berbeza, termasuk beberapa tapisan (filter), rumus perubahan stilistik dan rumus fonologikal; dan ke dalam representasi Bentuk Logikal (BL) yang merupakan rumus yang memberi interpretasi kepada kata-kata bilangan; rumus Wh-Raising (Aoun, Hornstein dan sportiche (1981) dan Huang (1984) yang merupakan rumus untuk menginterpretasikan frasafrasa in situ" (iaitu frasa-frasa soalan Wh yang tidak malalui rumus sintaksis Perubahan- Wh) .

Biasanya perubahan daripada Struktur-L ke dalam BF dikenali sebagai "bahagian kiri" tatabahasa dan perubahan Struktur-L ke dalam BL sebagai "bahagian kanan" tatabasa. (Lihat rajah3).

3.2.3.

Ubah-<*

Dalam Teori Standard dan Teori Standard Tambahan terdapat berbagai-bagai rumus transformasi. (Lihat Chung 1975, 1976), Nik Safiah Karim (1978) dan Mashudi Kader (1981) untuk bahasa Malaysia dan Ross (1967) dan Emonds (1976) untuk bahasa Inggeris. Rumus-rumus ini yang berupa "construction-specific" adalah seperti pasif, klausa relatif, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dalam KT, komponen transformasi adalah lebih mudah dan umum. Operasi Ubah-o(, dengan boleh merupakan apa-apa kategori sahaja, dikawal atau "constrained" oleh satu prinsip, iaitu subjacency. 28 Ini bertujuan supaya ayat-ayat yang

dibina tidak merupakan ayat-ayat yang tidak gramatis. Kategori-kategori yang dirangkumi oleh alpha boleh bertaraf maksimal atau minimal. Contoh kategori maksimal ialah kategori frasa seperti FN, FK, Fp dan Fs (X dalam teori X berpalang). Kategori minimal pula ialah kategori leksikal atau kata seperti KK, KN, KP dan KS (X° dalam X-berpalang). Kategori pertengahan iaitu X (iaitu X-satu palang) tidak boleh berubah dalam bahasa. Walau bagaimanapun, Rouveret dan Vergnaud (1980) menunjukkan bahawa X boleh mengalami perubahan dalam bahasa Perancis.

Representasi struktur ayat dalam bentuk sistem struktur frasa ditinggalkan dengan digantikan dengan sistem X berpalang (Chomsky 1970, Jackendoff 1977) . Kepala kepada satu frasa menggambarkan satu frasa maksimal FX, dengan X merangkumi kumpulan fitur [+N, ±K], dan [+N, -K] merupakan Kata Nama. [-N, -K] satu adjektif. Selanjutnya, dalam keadaan "unmarked" (biasa) semua kategori leksikal mempunyai struktur komplemen yang sama, dan, dalam satu-satu bahasa itu komplemen biasanya nadir pada posisi atau kedudukan yang sama berbanding dengan kepala. ini menerbitkan bahasa-bahasa yang berkepala awal (hed-initial languages), iaitu bahasa-bahasa yang komplemennya mengikuti kepala, dan bahasa-bahasa yang berkepala akhir (head-final languages), iaitu bahasa-bahasa yang komplemennya mendahului kepada. spesifikasi ini, sama ada kedudukan awal atau akhir satu-satu kepala itu, biasanya dikenali sebagai parameter kepala awal/kepala akhir dalam teori X berpalang (head-initial/headfinal parameter). Contoh bahasa-bahasa berkepala awal adalah

29

seperti bahasa Malaysia (Ramli Md. Salleh, 1987), bahasa Inggeris (Emonds, 1985) dan bahasabahasa berkepala akhir adalah seperti bahasa Cina (Huang 1982), Jepun, Vata dan Gbadi (Koopman 1984) .

Apabila Ubah-Alfa berlaku, iaitu perubahan satu konstituen daripada satu posisi kepada posisi lain, ini meninggalkan tikas (t) atau "trace" di tempat asalnya. Tikas diperlukan kerana dalam Teori Standard Tambahan Semakan, interpretasi semantik dilakukan pada Sturktur-L. Dengan perkataan lain, tujuannya untuk mengetahui dari mana satu item itu diubah dalam Struktur-D. Contohnya, apabila satu FN diubah, ini akan meninggalkan satu tikas (t) pada posisi asalnya.
(5) a. Ali jumpa ap di dalam bilik itu. (Struktur-D) b. Apakah Ali jumpa t di dalam bilik itu? (Struktur-L)

Kedudukan di mana satu-satu kategori itu diubah dipanggil "landing position." Chomsky (1986) mencadangkan satu teori perubahan seperti yang terlihat dalam (6) di bawah. (6) Teori Perubahan (Chomsky 1986)

a. b. c.

Tidak ada perubahan ke posisi komplemen. Hanya X° boleh berubah ke posisi kepala . Hanya projeksi maksimal sahaja boleh berubah ke posisi specifier

d.

Hanya projeksi maksimal dan minimal (X° dan X") sahaja boleh menjalani rumus Ubah-

30

Penyataan (6) boelh dijelaskan lagi melalui rajah (7) di bawah yang merupakan pengembangan struktur ayat (A) . Mengikut (7), setipa ayat mengandungi nodus Komplementizer yang opsional. Untuk pe yelaras, Chomsky (1986) telah memasukkan ayat ke dalam teori X berpalang. Jadi sekarang kategori yang

secara konvensional dikenali sebagai A dilabelkan sebagai Frasa Infleksi (FI) dan A' dilebel sebagai Frasa Komplementizer (FK). FI dan FK sekarang dianggap sebagai salah satu projeksi maksimal selain FN, FK dan FA. Sebagai satu projeksi maksimal, FI mempunyai INFL (I) sebagai kepada dan FK mempunyai Komplementizer (K) sebgai kepala.

C (K) NP (FN)

IP (FI = A) I ' "T^""^ VP(FK) v (KK) LIP (FN)

Berdasarkan (6a), tidak boleh berubah ke kanan. Dengan perkataan lain tidak ada transformasi ke kanan dalan bahasa yang natural. Seterusnya mengikut (6b) satu kategori leksikal hanya boleh berubah ke posisi kepala sahaja (lihat 3.4 untuk perbincangan lanjut). Sementara itu syarat (6c) pula menyatakan bahawa hanya projeksi maksimal seperti FN, FK, FP, dan FA sahaja boleh berubah ke posisi "specifier". Sebagai contoh, posisi "specifier" dalam (7) ialah posisi FN (lihat 3.5). akhir sekali,

31

syarat (6d) pula menyatakan bahawa hanya kategori kepala (=X°) dan kategori maksimal (=X") sahaja berubah dalam bahasa.1

3.2.4 Perubahan X°

Perubahan X° ialah perubahan satu kategori kepala seperti KK dan INFL Perubahan X° dikawal oleh satu prinsip yang dikenali dengan Generalized Head Movement Constraint. Sebenarnya prinsip ini tleah diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Travis (1984) dan telah diubah suai oleh emonds (1985) dan Lobeck (1986).

(8) The Generalized Head Movement Constraint suatu kepala hanya boleh diubah ke dalam atau dicantumkan kepada suatu kepala lain yang menguasainya.

Contoh perubahan X° boleh digambarkan seperti dalam (9a-c).

(9)

a,

FK

I
KKJ
I = (X) KK = (X°)

I
ti

Walau bagaimanapun Rouvert dan Vergnaud (1980) mengatakan dalam bahasa Perancis, kategori pertengahan ( = X ' ) boleh berubah. Dengan perkataan lain, boleh merupakan X'.
32

(9) b.

FI

leksikal

KK = (X°)

FK

(9) c. K = (X°)

K = (X o,

(9a,b) menunjukkan KK yang merupakan kepala kepada FK telah berubah ke satu posisi kepala lain, iaitu INFL, kepala kepada FI. Perbezaan antara (9a) dan (9b) adalah dalam (9a) KK yang berubah itu masuk ke dalam nodus INFL yang kosong. Perubahan ini merupakan satu penggantian (subtitution). Sementara itu dalam (9b) KK dicantumkan dengan cantuman-Chomsky kepada nodus INFL yang berisi dengan leksikal. Perubahan ini merupakan satu cantuman (adjunction). (9c) pula menggambarkan perubahan KK ke INFL dan ke KOMP. sila lihat contoh-contoh (10). Contoh-contoh dalam (11) menunjukkan perubahan INFL ke KOMP. 33

(10) a. b.c.

Ali pergi ke sekolah. Pergikah Ali ke sekolah? [ pergikah, [ Ali [ ti [ t>ke sekolah]]]] K' FI I' FK

(11) a. b.c.

Ali sudah pergi ke sekolah. Sudahkan Ali pergi ke sekolah? [sudahkahi[ Ali[ ti[pergi ke sekolah]]]] K' FI I' FK

Dalam perubahan X°, X° yang berubah itu mestilah berubah ke satu psosis X° yang terdekat dan tidak boleh terus melompat ke satu posisi X° yang lebih tinggi seperti yang tergambar dalam (12) di bawah. Jikalau ini berlaku ia akan melahirkan ayat-ayat yang tidak gramatis seperti dalam (13). (Lihat Ramli Md. Salleh, 1987 untuk perbincangan yang lebih terperinci).

(12)

K

KK. X

leksikal

34

(13)

a. *Masukkah aminah sudah ke dalam bolik itu? b. *Berjalankah dia akan boleh selepas kemalangan itu?

3.2.5 Perubahan FX

Contoh-contoh Perubahan FX adalah seperti berikut: (14) a. Dengan siapakah dia tinggal di rumah? b. Bilakah awak akan datang? (15) a. [ Dengan siapakah^ [ dia [ [tinggal di rumah tH]] ] ] CP IP I' FK b. [ Bilakah^ [ awak [ akan [ datang tj]]]] CP IP I' FK

Struktur-L dalam (15) menunjukkan bahawa dua frasa-wh yang sebenarnya FN, iaitu dengan siapa dalam (15b) telah berubah tempat dari tempat asal ke pangkal ayat dengan

meninggalkan tikas masing-masing.

3.2.6 SUBJACENCY

Subjacency merupakan syarat kepada Ubah- yang berupa syarat universal.

(16) Syarat Subjacency (dari Van Riemsdijk & William, 1986) Tiada ada
rumus yang menghubungkan X, Y dalam struktur...X... [ ...[ ,..Y...(atau...Y... ]... ]... X) di mana dan merupakan nodus-nodus nodes). 35 yang mengikat (bounding

Dalam bahasa yang lebih mudah, apa yang dimaksudkan oleh (16) ialah satu konstituen atau kategori yang menjalani Ubahtidak boleh diubah melangkaui lebih daripada satu nodus yang mengikat (bounding nodes) dalam tiap-tiap satu rumus yang diaplikasikan.

Teori universal menentukan bahawa nodus yang mengikat ini ialah FN, A dan A. Walau bagaimanapun ada bahasa-bahasa yang mempunyai nodus mengikat (bounding nodes) sama ada terdiri daripada A atau A. contohnya ayat (17) di bawah tidak gramatis kerana telah melanggar subjacency. (17) +Which books did you ask John where Bill bought. (18) *[ [you ask John[ [Bill bought [which book] [Where]]]] Ki IP X K2 IP

Dengan ringkas subjacency menentukan bahawa setiap satu perubahan itu mestilah bersifat "successive cyclic movement." Dengan cara ini ayat tidak "over-generate."

3.3. MODUL-MODUL 3.3.1. Teori Kasus

Kasus mula-mula diperkenalkan oleh Rouveret dan Vergnaud (1980). Kasus merupakan bentuk namaan suatu FN untuk menyatakan hubungan FN itu dengan kata-kata lain dalam ayat. Chomsky (1981) menyatakan bahawa Kasus adalah untuk menentukan sama ada suatu 36

ayat itu gramatis atau tidak. Semua FN yang nyata (overt), iaitu yang mempunyai pewujudan fonetik mesti mempunyai kasus. syarat ini nyata dalam Tapisan Kasus. (19) Tapisan Kasus (Chomsky, 1981) *FN, jika FN tidak mempunyai Kasus.

Sebagai contoh, dalam bahasa Inggeris kata ganti nama mempunyai kedudukan yang berbeza - lihat paradigma dalam (20). (20) he - him - his

Ketiga-tiga bentuk ini dikenali sebagai mempunyai kasus yang berbeza, he mempunyai kasus nominatif, him kasus objektif, dan his kasus genitif. Bentuk kasus yang berbeza ini digunakan pada kedudukan yang berbeza dalam ayat. (21) a. He lives here (= nominatif). b. c. I can't stand him ( = objektif). His car has broken down (= genitif).

(22)

Kedudukan

Kasus

Pemberi Kasus

objek KK

objektif

KK KP nominatif INFL

objek preposisi objektif subjek

Seperti yang tergambar dlam (22), kasus (sama ada nyata atau abstrak) diberi kepada FN dalam lingkungan sintaksis yang tertentu. contohnya, aobjek kepada KK mendapat kasusnya daripada KK, dan objek kepada KP mendapat kasusnya daripada KP tersebut. 37

Penanda kasus mempunyai sifat yang sama. Pertama, semuanya adalah daripada kategori leksikal. Keuda, penanda kasus ini sama ada leksikal (KK dan P) atau INFL yang bukan kategori leksikal, tetapi bukan frasa. Ketiga, kesemua ialah kepala kepada frasa yang mengandungi FN yang mendapat kasus. contohnya KK ialah kepada kepada FK, KP kepala kepada FP dean INFL kepala kepada ayat (A). Walau bagaimanapun tidak semua kepala frasa merupakan penanda kasus - contohnya (N dan A).

Penandaan kasus hanya boleh dilakaukan apabila penanda kasus dan FN yang akan menerima kasus mempunyai hubungan struktur -dikenali sebagai "kuasaan" atau "government". Secara umumnya, kuasaan merupakan satu perhubungan antara kepala dengan komplemennya. Ada dua syarat penting dalam penadaan satu-satu kasus itu: (i) satu Fn yang akan ditandakan kasusnya mestilah dikuasai oleh penanda kasus tersebut. (ii) Penanda dan penerima kasus mestilah berada dalam projeksi maksimal yang sama.

Sebagai panduan, lihat paradigma dalam (23) di bawah: (23) a. [ KK FN] FK b. i. [KK[ PFN]] FK FP ii. [ KK [ FN FK]] FK A'

38

ixi. [ KK FN-,[ PFN2] ] FK iv. [ FN [ KK]] A FK

FP

Contohnya, KK menguasai FN dalam (23a) dan seterusnya menandakan kasusnya, tapi dalam (23i), (23-ii) dan (23-iv). Dalam (23-iii) kk menguasai FN-^ tidan FN2 .

3.3.2. Teori Theta

Teori Theta dalam teori KT bertujuan untuk menghuraikan hubungan antara KK dengan "argument". Contohnya, KK dalam (24) mempunyai dua "argument", FN Ahmad dan buku. (24) Ahmad membaca buku.

Seterusnya, Teori Theta menentukan keadaan bila satu FN itu boleh menjadi "argument" satu KK. Untuk membezakan jenis-jenis "argument" istilah seperti "agen", "patient" dan "goal" digunakan.

Peranan theta sebagai agen, "patient", "goal" dan Iain-lain ditandakan oleh KK. Seperti juga dengan penandaan kasus, penandaan theta (theta marking dilakukan di bawah "government". Maksudnya, KK tidak dapat menandakan theta kepada FN yang kedudukannya dalam klausa yang lebih atas atau lebih bawah pada struktur-D. Dengan perkataan lain penanda dan penerima theta mestilah berada dalam projeksi maksimal yang sama.

39

(25) FN...[ ..KK [ FN...]...] IP

IP

Contohnya, kedua-dua FN dalam (25) di atas tidak boleh menjadi argumen kepada KK dan KK tidak boleh menandakan theta kepada keuda-dua FN tersebut kerana kedua-dua penanda dan penerima theta tidak berada dalam projeksi maksimal yang sama. Walau bagaimanapun ada kecualinya; iaitu penandaan theta kepada subjek. Jika FK merupakan satu projeksi maksimal, jadi subjek adalah di luar projeksi maksimal tersebut dan KK tidak menguasai subjek. Tetapi secara amnya, subjek ialah subjek kepada FK, jadi dikatakan bahawa penadaan theta kepada subjek dibuat oleh FK. Ini dipanggil "indirect theta marking" dan subjek itu dikenali sebagai "external argument".
(26) [ Ahmad [ membaca buku]] A FK

Argument yang lain adalah "internal" kerana dikuasai oleh KK. (27) [ FN [ KK FN FN FP ................................] IP FK

Semua FN internal" dalam (27) dikausai dan ditandai thetanya oleh KK.

3.3.3. Teori Kawalan

Teori Kawalan ini memperkatakan tentang satu kategori kosong, iaitu bentuk pronominal (PRO) yang tidak mempunyai pewujudan fonetik. 40

(28)

a. Ahmad duduk berdoa. b. Ahmad duduk PRO berdoa.

PRO berbeza darikada tikas (trace) walaupun kedua-duanya merupakan kategori kosong. PRO dianggap seperti FN leksikal dan PRO terbit pada Strukur-D, sementara tikas wujud daripada perubahan dan terbit pada Struktur-L. PRO ditandakan antesedennya, iaitu satu FN yang hadir sebelumnya di tahap Bentuk Logikal untuk tujuan interpretasi. Dengan kata lain PRO di "co-indexed" dengan sesuatu FN. (29) Ahmad-i_ duduk PRO.^ berdoa.

Dalam Teori Standard dengan interpretasi semantik dibuat pada tahap Struktur-D, hubungan kawalan ditentukan oleh satu transformasi pengguguran, "Equi Deletion": iaitu subjek ayat (kalau dalam bahasa Inggeris - ayat infinitif) digugurkan jika ia identikal dengan sesuatu FN sebelumnya. Tetapi dalam teori KT, oleh sebab interpretasi semantik dibuat pada tahap Struktur L, PRO digunakan. Dalam teori KT didapati bahawa gagasan identiti tidak mencukupi. Contohnya, Struktur-D ayat (30A) tidak mempunyai makna yang sama seperti Struktur-L (30b); malah (30b) bermakna seperti dalam (30c), dan (30a) mempunyai interpretasi (30d). (30) a. Everyone, wants everyone to win. b. c. Everyone^ wants PROj_ to win. For all X, X wants X to win. d. For all X, X wants that for all Y to win. 41

2.3.4 Teori Tambatan

Dalam Teori KT, oleh sebab interpretasi dilakukan keseluruhannya pada tahap Struktur-L, harus ada hubungan tikasnya setelah melalui Ubah . Tikas ini mesti ditambatkan (bind) kepada konstituen yang dipindahkan itu. (31) Siapakah^ awak suka t^

Juga untuk tujuan interpretasi semantik kata-kata anafora seperti himself dan Iain-lain, pronominal seperti his, him dan Iain-lain mestilah dihubungkan dengan antesedennya. Teori Tambatan mengandungi beberapa syarat atau prinsip (32) dan contoh-contoh seperti dalam (33) di bawah. (32) Syarat Tambatan a. Anafora, resiprokal, tikas mesti diikat pada tempat-tempat tertentu. b. c. (33) Pronomina adalah bebas pada tempat-tempat tertentu. FN biasa adalah bebas.

a. Who^ does h e + ^ / - think e^ left. b. He*.j/ thinks John^ left.

(34)

a. John^ cut himself^ b. c. They^ shot the arrows.: at each other.: They.: shot the arrows ■ at each other.:

42

Misalnya dalam (33a) tikas dihubungkan melalui ikatan dengan antesedennya yang mempunyai indeks yang sama, iaitu who, (33b) pula menunjukkan bahawa pronomina adalah bebas,

iaitu tidak perlu diikat dengan antesedennya apabila ia berada pada satu posisi tertentu. Sementara itu John dalam (33b) adalah bebas dan tidak perlu diikat. (34-c) ialah contohcontoh kata anfora himself, iaitu (34a) dan kata resiprokal each other iaitu (34b,c). Mengikut syarat (32a) anafora dan resiprokal mesti diikat kepada antesedennya.

3.4. PENUTUP

Bab ini cuba memaparkan dengan secara ringkas konsep-konsep teori Kuasaan dan Tambatan. Seperti yang dinyatakan pada bahagian awal, sebahagian besar contoh-contoh adalah daripada bahasa Inggeris. Ini kerana konsep-konsep yang bersangkutan masih belum diterokai dalam bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Melayu dan bahasa serumpun yang lain. Di harapkan lebih ramai ahli bahasa berminat untuk menerokai konsep-konsep tersebut untuk melihat kesesuaiannya dalam bahasa Malaysia.

43

BAB 4 Urutan Dasar Bahasa

Melayu

4.0

Pengenalan

Bab ini mengandungi satu huraian tentang binaan dasar bahasa Melayu. Untuk memudahkan pembaca mengikuti perkara-perkara yang akan dibincangkan di dalam bab-bab berikutnya, bab ini mengandungi binaan dasar bahasa Melayu. Bahasa Melayu mengandungi beberapa dialek: dialek daerah, sebagai contoh, dialek daerah Utara, Selatan, Timur dan Barat. ; dan dialek sosial seperti dialek bazar, kolokuil dan bahasa Melayu standard. Di dalam bab ini, perbincangan berdasarkan bahasa Melayu standard (selepas ini, bahasa Melayu). Ini adalah kelainan yang digunakan di dalam situasi formal seperti di radio, televisyen, sekolah dan Iain-lain.

4.1

Urutan Perkataan

Bahasa Melayu adalah satu bahasa "konfigurational" dengan kedudukan yang tetap bagi subjek FN [FN,A], FLEKSI dan FK. Urutan perkataan adalah sangat penting dalam bahasa Melayu kerana bahasa ini tidak menggunakan sistem deklensi atau konjugasi. Tidak terdapat penandaan kasus yang nyata ke at as FN, dan juga tidak kedapatan fenomena penyesuaian di antara FN subjek [FN,A] dan kata kerja. Kata kerjanya tidak ditandai dengan apa-apa fleksi.

44

Kala biasanya ditandai oleh keadaan, adverba masa atau kata kerja bantu. Persoalan ini akan dibincangkan dalam bahagian 1.5.

Urutan kata dasar dalam satu ayat penyata ialah Subjek-FLEKSI-Kata Kerja-Objek. Objek langsung biasanya terdapat selepas kata kerja. Objek tak langsung dan FN oblik biasanya terdapat bersama preposisi (lihat Chung [1975] dan Mashudi Kader [1981] ,-konstruksi yang tidak mengikuti pola yang tersebut di atas akan dibincangkan di dalam bahagian seterusnya.

(1)

a. Ali telah membeli buku itu di kedai semalam. b. c. d. e. Siti membeli sebuah jam untuk Ali. Ayah telah menyembelih lembu dengan pisau. Ali mengambil buku dari para. Ali memberi sepuluh ringgit kepada dana itu.

Di antara kata kerja dan objek langsung preposisi dan FNnya tidak boleh diselitkan kategori. Dengan perkataan lain, objek kepada atau preposisi mesti terus mengikuti kepalanya.

atau di antara dengan apa-apa satu kata kerja

(2)

a. *Ali telah membeli semalam buku itu di kedai. b. c. d. e. *Ali telah membeli di kedai buku itu semalam. *Siti membeli sebuah jam untuk semalam Ali. *?Ayah telah menyembelih dengan pisau lembu itu. *?Ali mengambil dari para buku itu.

45

f. g.

*?Ali memberi kepada dana itu sepuluh ringgit. *?Siti membeli untuk Ali sebuah jam.

Perhatikan bahawa di dalam (2a,d) tiap-tiap ayat mengandungi satu argumen menyelit di antara kata kerja dan objek langsungnya, sementara di dalam (2b) satu adverba menyelit di antara kata kerja dan objek langsungnya dan di dalam (2c) satu adverba menyelit di antara preposisi dan objeknya. Ayat-ayat di dalam (2d,e,f,g) ditandai dengan " + ?" untuk menunjukkan bahawa ayatayat tersebut diterima secara marginal sebagai konstruksi "Heavy NP Shift". Ketidakgramatisan ayat-ayat di dalam (2) boleh diterangkan dengan teori Kasus, khasnya, syarat ke atas "adjacency" yang berhubung dengan penandaan Kasus (Chomsky [1981], Stowell [1981]), satu persoalan yang akan dibincangkan di dalam bab 3.

4.2 Kategori-Kategori Frasa FN,FP,FA

Bahagian berikutnya membincangkan mengenai projeksi kategori leksikal (N,P,A) dan penyebarannya:kepala-akhir lawan kepala-awal.Di bawah akan ditunjukkan bahawa kategori leksikal mempunyai projeksi maksimal, dan semuanya adalah berkepala-awal.

4.2.1 Penjodoh Bilangan

Sebelum perbincangan selanjutnya akan dibincangkan terlebih dahulu secara ringkas sistem penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu, yang merupakan saatu-satunya elemen yang mendahului kata 46

nama kepala dalam struktur permukaan. Sistem nombor ditandai dengan wujudnya satu kategori yang dipanggil penjodoh bilangan namaan.l Penjodoh bilangan merupakan sejenis "grammatical formatives" yang mengikuti kata nombor dan kata bilangan dan bertindak sebagai penerang kepada kata nama kepala. Walau bagaimanapun, perlu disebut bahawa di dalam perkembangan semasa bahasa Melayu, pemakaian sesetengah daripada penjodoh bilangan ini adalah wajib sementara sesetengahnya pula adalah opsional. Sebagai contoh, penjodoh bilangan bagi kata nama animate adalah wajib, tetapi bagi kata nama tak animate, wajib atau opsionalnya kehadiran satu-satu penjodoh bilangan itu ditentukan oleh kata nama yang wujud bersama.

(3)

a. Dua orang budak b. c. Dua batang kayu Dua (batang) pensel

Penjodoh bilangan boleh dibahagikan kepada dua kategori sintaksis: (i) yang berfungsi sebagai kata nama dan (ii) yang berfungsi hanya sebagai penjodoh bilangan. Di bawah diberikan contoh-contoh daripada kedua-dua kategori:

(4)

i. orang; penjodoh bilangan bagi manusia. ekor,- penjodoh bilangan bagi binatang. biji; penjodoh bilangan bagi benda bulat dan kecil. batang; penjodoh bagi benda yang panjang. kuntum,- penjodoh bilangan bagi bunga.

47

ii. utas; penjodoh bilangan bagi benda seperti benang. helai; penjodoh bilangan bagi benda yang nipis (seperti kertas, baju, dll.)

Seterusnya, penjodoh bilangan hanya wujud bersama kata nama yang boleh dibilang dan ditandai oleh sejenis fitur semantik (contohnya, ± animate, ± manusia).

Persoalan yang timbul sekarang ialah kedudukan dasar penjodoh bilang ini. Sperti yang disebutkan awal tadi, penjodoh bilangan merupakan "grammatical formatives", dan sebagai "grammatical formatives" seperti kata "determiner", kata kerja bantu, kata nafi dan sebagainya, kata-kata ini mestilah mempunyai kedudukan dasar di dalam "Specifier" yang dikenali sebagai FS (X) di dalam sistem X-berpalang. Oleh kerana itu, kata-kata ini mempunyai kedudukan dasar di dalam FS(N) bersama-sama dengan kata nombor dan kata bilangan yang boleh wujud bersama. Bahawa FS (N) menaungi lebih daripada satu morfem bukanlah merupakan satu keadaan yang luar biasa kerana terdapat bukti-bukti di mana INFL, yang dianggap sebagai FS(K) di dalam Emonds (1985), di dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain boleh menaungi satu kumpulan morfem seperti morfem kala, nafi dan modal di dalam struktur dasar. Lihat sebagai contoh bahagian 1.4. untuk bahasa Melayu, Koopman (1984) untuk bahasabahasa Kru, dan Lobeck (1986) untuk bahasa Inggeris.

48

4.2.2. FRASA NAMA (FN)

Struktur internal FN di dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan ke dalam dua jenis berdasarkan urutan perkataan kata "specifier" yang menerangkan kata nama kepala. Jenis pertama boleh ditunjukkan dengan baiu itu dan jenis kedua dengan tiga helai baju. ramai orang dan sebagainya. Di dalam contoh yang terdahulu itu, kata penentu itu mengikuti kata nama kepala, sementara di dalam contoh yang terkemudian, kata nombor dan kata bilangan bersama dengan kata bilangan mendahului kata nama kepala dalam satu urutan yang tetap: KATA NOMBOR/KATA BILANGAN-PENJODOH BILANGAN-KATA NAMA.

Kedudukan kata penentu yang mengikuti kata nama ini merupakan satu keadaan yang tidak selari kerana lain-lain ahli FS(N) seperti kata nombor dan kata bilangan biasa mendahului kata nama kepala. Keadaan sedemikian juga terdapat dengan kata kerja, kata preposisi, dan kata adjektif. Sebagai contoh, seperti yang akan ditunjukkan kemudian, kata kerja di dalam bahasa Melayu di dahului oleh kata kerja bantu dan kata nafi, kata preposisi didahului oleh kata betulbetul dan kata adjektif didahului oleh kata sangat. Dengan perkataan lain, semua ahli FS(X) mengikut prinsip "Head Placement of non-phrasal Modifiers" yang diutarakan oleh Emonds (1985) kecuali kata penentu. Prinsip ini secara kasarnya mengatakan bahawa semua kata penerang yang bukan frasa mendahului kepala di dalam struktur dasar. Untuk mengikut prinsip ini, dicadangkan bahawa kata penerang yang mengikuti kata nama

49

kepala di dalam struktur lahir timbul daripada posisi pra-kepala di dalam struktur batin. Jadi, semua kata "specifier" mendahului kata nama kepala di dalam struktur batin.

Sejauh ini, kita hanya memperkatakan posisi kata "specifier" berbanding dengan kata leksikal kepala. Telah ditunjukkan bahawa kata "specifier" namun terdapat di dalam dua posisi di dalam struktur lahirnya, iaitu mendahului dan mengikuti kata nama kepala. Sekarang, bagaimana pula dengan posisi komplemen? Di dalam bahasa Melayu,, semua komplemen kepada kata nama mesti mengikuti kata nama kepala.

(5)a. b. c. d.

Pembangunan ke atas bandar itu telah bermula. Ayam yang dibeli oleh ayah itu telah dimasak. Baju merah itu telah dicuri. Baju Ahmad telah dicuri.

Kesimpulannya, satu FN di dalam bahasa Melayu itu mengandungi satu kata nama kepala dan satu atau lebih daripada satu kata penerang. Kata penerang bukan frasa seperti kata bilangan dan kata bilangan yang opsional sentiasa mendahului kata nama kepala, sementara kata penentu mengikuti kepala di dalam struktur lahir. Semua penerang berbentuk frasa seperti FN genetif, frasa adjektif, dan komplemen-komplemen lain mengikuti kata nama kepala. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa FN di dalam bahasa Melayu bersifat seperti FN di dalam bahasa Inggeris, kecuali FN kepunyaan yang dikedepankan - satu anomali di dalam bahasa Inggeris tidak wujud. 50

4.2.3. Sendi Nama

Di dalam bahasa Melayu, terdapat dua kelas kata sendi nama: (i) kata sendi nama biasa seperti dari, kepada, dengan. untuk. dll., dan (ii) "kata adverba tempat dan arah" seperti di bawah, di sana. di luar, ke dalam, dll. Kata preposisi biasa mengandungi morfem bebas seperti terlihat di dalam (6a) dan (7a-c) dan partikel yang diimbuhkan kepada objeknya seperti terlihat di dalam (6b) dan (7d-e).

(6)a. dekat untuk dari selama dengan kepada dll. b. dike-

(7)a. b. c. d. e.

Dia belajar selama tiga jam. Ahmad memberi $10.00 kepada budak itu. Ahmad membeli bunga untuk Mary. Saya tinggal di Kuala Lumpur. Dia pergi ke Kuala Lumpur semalam.

"Kata adverba tempat dan arah" mengandungi satu kombinasi kata partikel arah ke atau kata partikel tempat di dan satu kata

51

adverba. Kata-kata partikel ini adalah sama secara fonologisnya dengan kata-kata sendi nama biasa yang terdapat di dalam (6b).

(8)a. di bawah di atas di sini ke dalam ke luar ke bawah

Kata-kata adverba ini boleh di anggap sebagai kata-kata sendi nama tak transitif (lihat Klima yang disebut di dalam Emonds (1973)), iaitu kata-kata sendi nama yang tidak memerlukan apa-apa objek, yang berlainan daripada kata-kata sendi nama biasa dalam (6) yang mesti memerlukan objek. Selanjutnya, sesetengah daripada kata-kata adverba di dalam konstruksi partikel-adverba mempunyai sifat yang seakan sama dengan partikel di dalam konstruksi kata kerja-partikel dalam bahasa Inggeris (up, out, in, dll), yang telah dibincangkan di dalam Emonds (1973, 1976) sebagai kata-kata preposisi tak transitif. Sebagai kata preposisi tak transitif, kata-kata ini boleh diaplikasikan rumus Perubahan Partikel (Particle Movement). Kita akan kembali membincangkan rumus ini di dalam bab 2.

(9)a. Dia melempar ke luar buku itu. b. Dia melempar buku itu ke luar. (10)a. Ahmad membawa ke bawah lampu itu. b. Ahmad membawa lampu itu ke bawah. 52

(11)a. Dia membayar balik hutangnya. b. Dia membayar hutangnya balik.

Satu lagi ciri kata preposisi biasa dan kata sendi nama tak transitif ialah kebolehannya untuk qwujud bersama "specifier" atau kata penerang betul-betul. Keadaan ini sama dengan kata sendi nama dalam bahasa Inggeris (lihat Jackendoff (1973) , Emonds (1973,1976)). Kata "specifier" atau penerang ini biasanya mendahului kata sendi nama sementara komplemen yang berbentuk frasa biasanya mengikutinya.

(12)a. John berdiri betul-betul dekat pejabat itu. b. c. Dia berjalan betul-betul di bawah jambatan. Aminah jatuh betul-betul di sini.

Sekali lagi, bahasa Melayu menunjukkan sifat yang sangat sama dengan sifat bahasa Inggeris, iaitu berhubung FP. Seperti yang telah kita lihat, seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu mempunyai kedua-dua kata preposisi transitif dan tak transitif. Sebagai satu kata leksikal kepala, satu kata preposisi boleh didahului oleh satu kata "specifier" atau penerang. Dalam bab 3, akan dibahas bahawa kata preposisi tersebut tidak boleh dipisahkan daripada objeknya. Di sini akan diperkatakan tentang penandaan Kasus.

Seperti yang telah ditunjukkan di atas, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang mempunyai kata preposisi, dan kata

53

preposisi bersama dengan komplemennya merupakan satu konstituen yang boleh melalui rumus Perubahan-Wh, Topikalisasi dan Pendepanan Fokus di dalam konstruksi soalan ia-tidak. Kesemua konstruksi ini akan dibincangkan di dalam bahagian lain. Walau bagimanapun, harus disebutkan di sini bahawa kata preposisi di dalam bahasa Melayu tidak boleh dipisahkan daripada objeknya (lihat Chung (1975) dan Mashudi Kader (1981)). Di bawah diberikan beberapa contoh.

(13)a. Kepada siapakah awah beri buku itu? b. c. d. e. f. (14)a. b. c. d. e. f. Dengan apakah Ahmad pukul pencuri itu? Di manakah dia peregi ke sekolah? Di Kuala Lumpurkah awak beli buku itu? Dengan Abukah awak pergi ke Kuala Lumpur? Ke Kuala Lumpur, dia pergi semalam. *Siapakah awak beri buku tiu kepada? *Apakah Ahmad pukul pencuri itu dengan? *Manakah dia pergi ke sekolah di? *Kuala Lumpurkah awak beli buku itu di? *Abukah awak pergi ke Kuala Lumpur dengan? *Kuala Lumpur dia pergi ke semalam.

Kata sendi nama boleh digulungkan bersama dengan kata kerja yang mempunyai fitur [N] dan seperti kata kerja, kata-kata ini dianggap sebagai penanda Kasus. Sebagai satu penanda Kasus, kata ini tidak boleh dipisahkan daripada penerima Kasus kerana bahasa Melayu mematuhi syarat "strict adjacency" di dalam proses

54

penandaan Kasus (lihat Chomsky (1981), Stowell (1981)). ini dalam bab 3.

Kita akan membahaskan perkara

Sebagai kesimpulannya, kita telah menunjukkan bahawa terdapat satu kategori leksikal P yang mengepalakan satu peluasan maksikum FP. Selanjutnya, P sebagai kepala boleh diterangkan oleh satu kata "specifier" atau penerang, dan terdapat dua jenis kata preposisi: transitif dan tak transitif.

4.2.4 Frasa Adjektif

Di dalam bahasa Melayu, kata adjektif wujud selepas kata nama. Kata ini boleh diterangkan oleh elemen darjat seperti kata perbandingan dan Iain-lain ekspresi penerang (seperti sangat), dan kata adjektif boleh menerima komplemen yang berbentuk frasa. Kata "specifier" atau penerang mesti mendahului kata kepala sementara komplemen frasa mesti mengikuti kepala.

(15)a. Baju merah. b. c. Baju sangat merah. Sangat gembira tentang keputusan itu.

Jadi, seperti kata nama, kata sendi nama, dan kata kerja, satu kata adjektif juga merupakan satu kategori leksikal major dalam bahasa Melayu dan boleh diluaskan kepada satu peluasan maksimal FA. FA akan dibincangkan lagi di dalam 1.6.

55

Sebagai kesimpulan, perbincangan di atas menunjukkan beberapa persamaan di antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Contohnya, di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, kata nama kepala didahului dalam struktur dasar oleh kata penegas, nombor dan kata bilangan. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu berbeza daripada bahasa Inggeris di mana kata kepunyaan yang dikedepankan, iaitu satu anomali di dalam bahasa Inggeris, tidak wujud. Begitu juga, seperti kata kerja dalam bahasa Inggeris, kata kerja dalam bahasa Melayu didahului oleh kata kerja bantu dan kata nafi.

Perbincangan ini juga menunjukkan bahawa semua kategori leksikal mempunyai peluasan maksimal, dan kesemuanya adalah berkepala-awal. Dalam struktur dasar semua kata penerang yang bukan frasa mendahului kata leksikal kepala. Seterusnya, perbincangan ini juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu secara kasarnya mempunyai sifat sama dengan bahasa Inggeris berhubung dengan parameter kepala-awal/kepala-akhir dalam teori X-berpalang. Ini bermaksud kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mempunyai struktur komplemen yang sama. Di dalam kedua-dua bahasa komplemen mengikuti kepala, dan ini menjadikan bahasabahasa ini bahasa-bahasa berkepala-awal.

4.3. Struktur Ayat

Dalam bahagian ini, kita akan melihat konstituen di dalam ayat. Tipologi Subjek-Kata Kerja-Objek (SKO) menunjukkan bahawa

56

konstituen yang relevan dalam ayat ialah subjek dan predikat (lihat Travis (1984)). Ini adalah ruraus perluasan ayat Chomsky yang original: (17) A---------- > FN FK

Dengan andaian bahawa sesuatu elemen sintaksis iaitu INFL merupakan elemen yang menyatakan kala dan aspek di samping menyatakan kewujudan dan kadangkala ketidakwujudan "judgement in a preposition" (lihat Emonds (1985, bab 3)), berdasarkan pendapat Emonds dan Travis, kita masukkan INFL ke dalam sistem jenis SKO. Konstituen yang relevan sekarang ialah S,K,0 dan INFL, dan konstituen yang relevan bagi ayat ialah (i) FN subjek, (ii) INFL, dan (iii) FK. Sekarang kita ada rumus (18) untuk perluasan ayat: (18) A----------> FN INFL FK

Berbalik kepada bahasa Melayu, berdasarkan INFL berada di antara FN subjek dan FK di dalam ayat biasa, kita mengenalpasti kedudukan yang betul konstituen INFL ini. (Kita akan berbalik di dalam bahagian 1.4. untuk melihat justifikasi nodus sintaksis ini) . Dengan perkataan lain, kita harus melihat sama ada INFL dalam bahasa Melayu dikuasai terus oleh ayat atau oleh FK (iaitu predikat dalam istilah tradisional). Dalam bahagian ini, kita akan mengatakan bahawa INFL bukannya dikuasai terus oleh ayat, tetapi dianalisis sebagai dikuasai terus oleh Predikat (= INFL'). Dengan lain perkataan, kita akan menyangkal pendapat bahawa struktur ayat itu merupakan satu struktur yang "flat" seperti dalam (18), tetapi seharusnya seperti dalam (19), yang sama 57

dengan pendapat Huang (1982), Pesetsky (1982), dan Chomsky (1986b). (19) a. A -------------- > F N INFL' b. INFL' --------------> INFL FK

Di bawah diberi beberapa justifikasi untuk mempertahankan (19) . Argumen pertama berkait dengan sifat INFL dan FK dalam bahasa Melayu. Terdapat beberapa bukti seperti yang terdapat di dalam konstruksi soalan ya-tidak yang menunjukkan INFL dan FK merupakan satu konstituen (rujuk Freeman, Hetzron & Schwartz (1970) dan Mashudi Kader (1981)). Di sebelah pihak lain pula, terdapat juga bukti seperti Pengguguran FK dan Inversi Subjek-KKB yang menunjukkan bahawa INFL dan FK bukan merupakan satu konstituen yang sama (rujuk Nik Safiah Karim (1978)) .

Sekarang kita lihat data, yang dimulai dengan konstruksi soalan ya-tidak. (Kita akan memperkatakan konstruksi ini secara terperinci dalam bab 3 dan 4 ). Secara kasarnya, rumus soalan ya-tidak ini dilakukan bila suatu bahagian ayat hendak disoal, bahagian itu akan dibawa kekedudukan awal ayat. Lazimnya, penanda soalan KAH diletakan di hadapan konstituen atau bahagian tersebut. Jadi, dari satu ayat penyata (20a) akan terdapat (20b,c) . 3 (20) a. Aminah pergi ke sekolah b. c. Pergikah Aminah ke sekolah? Ke sekolahkah Aminah pergi?

58

Bila kata kerja didahului oleh sesuatu elemen dalam Fleksi seperti kata nafi atau KKB (rujuk 1.4.) elemen ini boleh disoal seperti terlihat dalam contoh di bawah. (21) a. Aminah sudah pergi ke pasar. b. Sudahkah Aminah pergi ke pasar? (22) a. Aminah tidak pergi ke pasar. b. Tidakkah Aminah pergi ke pasar?

Perhatikan bahawa secara tidak langsung, ayat-ayat di dalam (b) juga merupakan contoh Inversi Subjek-KKB dalam bahasa Melayu. Kita akan memperkatakan persoalan ini di bawah dan juga dalam bab 2 dan 3. Elemen Fleksi dan FK boleh juga diubah bersama dan disoal. Walau bagaimanapun, membawa ke hadapan FK secara tersendiri dan meninggalkan fleksi di belakang tidak dibenarkan.

(23) a. Sudah pergi ke pasarkah Aminah? b. c. *Pergi ke pasarkah Aminah sudah? *Pergikah ke pasar sudah Aminah?

(24) a. Tidak pergi ke pasarkah Aminah? b. c. *Pergi kepasarkah Aminah tidak? *Pergi ke pasarkah tidak Aminah?

Ketidakgramatisan (23b,c) dan (24b,c) menunjukkan bahawa Fleksi menubuhkan satu konstituen dengan FK, dan dengan Konstrain Pemindahan Unit Schwartz (1972), memanglah Fleksi dan FK terpaksa diletakkan di bawah satu noda yang sama, iaitu Fleksi'.

59

Terakhir sekali diberikan bukti dari contoh adverba ayat seperti "mungkin", "sesungguhnya", "sebenarnya", dll. Adverba jenis ini boleh hadir pada tiga kedudukan iaitu, sebagai anak kepada Ayat (awal, sebelum Fleksi dan akhir). Biasanya, kedudukan akhir yang dinaungi oleh A merupakan kedudukan dengan intonasi koma (rujuk Jackendoff (1972)). Kita akan memperkatakan lagi tentang adverba ini di bahagian lain. Kedudukan terhad adverba ayat ini memberi bukti tambahan yang menunjukkan Fleksi dalam bahasa Melayu dinaungi oleh Fleksi' dan bukannya sebagai anak kepada A.

(25)

a. Mungkin Ali terlalu letih untuk belajar. b. c. d. Ali mungkin telah terlalu letih untuk belajar. Ali telah terlalu letih untuk belajar, mungkin. *Ali telah mungkin terlalu letih untuk belajar.

Pada sebelah pihak lain, seperti diperkatakan terdahulu, terdapat juga bukti menunjukkan bahawa Fleksi dalam bahasa Melayu kadang-kadang tidak merupakan unit bersama dengan kata kerja dan pelengkapnya. Sebahagian dari bukti ini ialah adanya Pengguguran FK dalam bahasa Melayu (rujuk Nik Safiah Karim (1978)) . (26) a. Ahmad boleh berenang dan Ali juga boleh.

Bukti selanjutnya ialah Fleksi boleh berpindah melangkahi FN subjek ke kedudukan awal ayat, meninggalkan FK di belakang dalam konstruksi Inversi Subjek-KKB. (27) a. Dapatkah Ahmad pergi ke sekolah? 60

Sebagai kesimpulannya, bukti yang nyata bercanggah tentang sifat konstituen ini boleh diatasi jika diandaikan bahawa Fleksi dalam bahasa Melayu bukannya anak (iaitu dinaungi terus ) oleh A, tetapi anak kepada Fleksi'. Jadi, A dalam bahasa Melayu itu berstruktur seperti dalam (19).

4.4. STRUKTUR INTERNAL FLEKSI

Struktur internal noda Fleksi dalam bahasa Melayu boleh digambarkan seperti dalam (28):

(28)

FLEKSI

NAFI

ASPEK

MODAL

Seperti disebutkan di atas, kata kerja dalam bahasa Melayu tidak difleksikan dari segi kala. Kala ditentukan dengan cara konteks, adverba masa atau kata kerja bantu, iaitu kata aspek. secara spesifiknya, kala masa kini dan masa lampau ditentukan oleh kontek atau adverba masa. Keadaan ini boleh dijelaskan dalam ayat-ayat di bawah:

(29) a. Petani itu menuai padi. i. Petani itu menuai padi. ii. Petani itu sudah menuai padi. b. c. Petani itu menuai padi semalam. Petani itu akan menuai padi. 61

Interpretasi yang paling digemari bagi (a) ialah dalam kala masa kini. Lain-lain interpretasi didapati dari kontek di mana ayat itu hadir. Sebagai contoh, dalam satu wacana tentang kala lampau, interpretasi yang diberikan ialah kala lampau. Interpretasi yang tidak boleh didapati dari (a) ialah kala masa hadapan, kala masa perfect, dan kala masa lampau perfect. Ini adalah kerana kala bahasa Inggeris yang sama terpaksa ditentukan dengan menggunakan katakata aspek seperti AKAN seperti dalam (29c), SUDAH atau PERNAH atau kedua-duanya sekali seperti dalam contoh (30a), (30b) dan (30c).

(30)

a. Ali telah pergi ke Seattle. b. c. Ali pernah pergi ke Seattle. Ali sudah pernah pergi ke Seattle.

Kehadiran kata nafi TIDAK terga\mbar dalam (28)4.

(31)

a. Dia tidak membaca buku itu. b. c. Dia tidak akan pergi ke Kuala Lumpur. Aminah tidak boleh bercakap Ingeris.

4.4.1. Fleksi

Setelah membicarakan struktur internal noda Fleksi, sekarang dibicarakan properti noda ini dan diberikan justifikasi untuk menaikkannya ke status sebagai satu konstituen sintaksis. Satu soalan yang mungkin dikemukakan ialah, mengapa elemen-elemen di dalam (28) dimasukkan di bawah Fleksi, dan tidak di bawah 62

noda-noda lain seperti A atau FK. Ahli tatabahasa seperti Winstedt (1939), Asmah Haji Omar (1971), Lutfi Abas (1972), Nik Safiah Karim (1978) dan Mashudi Kader (1981) mempunyai analisis yang berbeza di mana elemen-elemen dalam (28) dimasukkan di bawah noda FK. Dengan kata lain, dalam analisis mereka, mereka tidak mengiktiraf adanya noda sintaksis Fleksi. Elemenelemen dalam (28) dianggap sebagai kata kerja biasa. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini kita mengandaikan satu noda sintaksis Fleksi. Di bawah diberikan beberapa sebab:

(i) Dalam bahasa Melayu, elemen-elemen (iaitu, Nafi, KKB) di bawah noda Fleksi lazimnya direalisasikan sebagai perkataan dan sentiasa hadir di antara FN subjek dan FK dalam ayat biasa.

(32)

a. Ali belum pernah pergi ke Amerika. b. Dia akan pergi bercuti ke Eropah.

(ii) Elemen dalam (28) boleh diikuti terus oleh FK kosong. (33) a. Saya tidak pernah menunggang kuda, tetapi John telah pernah. (iii) Bukti ketiga untuk menyokong bahawa Fleksi adalah satu konstituen sintaksis ialah Inversi Subjek-KKB. (iv) Justifikasi terakhir ialah elemen aspek dalam (28) dihadkan hanya kepada klausa yang mengandungi interpretasi kala. Klausa yang tidak mengandungi

63

interpretasi kala tidak boleh mengandungi elemen aspek. Hal ini akan dibincangkan lagi dalam 1.7.

(34) a. Saya mahu supaya Ahmad pergi. b.*Saya mahu supaya Ahmad akan pergi.

Sebagai kesimpulannya, kita telah member! beberapa justifikasi tentang perlunya satu konstituen sintaksis Fleksi dalam bahasa Melayu dan kedudukannya dalam struktur ayat Melayu seperti yang digambarkan dalam (19) . Juga, telah dibincangkan kesamaan dengan bahasa Inggeris seperti Inversi Subjek-KKB dan Pengguguran FK, dan juga perbezaan seperti Pendepanan dalam Soalan ya-tidak, Kala, dll.

4.4.2. Fleksi dan AGR

Chomsky (1981) mengandaikan bahawa Fleksi mengandungi satu kumpulan fitur [+ Kala, (AGR)]. Jika FleksiL [+Kala] , ia akan mengandungi AGR, iaitu satu noda yang membawa interpretasi terdapatnya penyesuaian antara subjek-kata kerja dalam bahasa-bahasa fleksi. Noda ini mengandungi fitur-fitur orang, gender dan nombor. Dari perbincangan dalam bahagian 1.1. dan 1.4. telah ditunjukkan bahawa kata kerja dalam bahasa Melayu tidak mempunyai apa-apa tanda morfologi yang nyata seperti fleksi dan penyesuaian subjek-kata kerja. Oleh kerana itu memang betullah andaian bahawa noda Fleksi yang berkala mempunyai AGR, dan noda Fleksi yang tidak berkala tidak mempunyai AGR.

64

Perbincangan ini sekarang membawa kita untuk membincangkan tentang persoalan teoretikal iaitu, penandaan Kasus. Sejak Chomsky (1981), AGR adalah faktor atau elemen yang menentukan penandaan Kasus Nominatif untuk bahasa-bahasa berkasus seperti Ingeris. Dalam Stowell (1981), penandaan Kasus ini pula ditentukan atau ditandai oleh Kala kepada frasa FN subjek. Persoalan yang timbul sekarang ialah, oleh kerana Fleksi tidak mempunyai sama ada Kala atau AGR dalam bahasa Melayu,pada perinsipnya bagaimankah Kasus Nominatif itu ditandakan pada FN subjek? Untuk sementara waktu diandaikan bahawa dalam bahasa Melayu, Kasus Nominatif itu ditandakan pada FN subjek secara struktur. Perbincangan ini akan diteruskan apabila kita membicarakan tentang teori Kasus dalam bab 3.

Akhirnya, KKB jenis aspek dihadkan hanya untuk klausa berkala seperti terlihat dalam (34) dan contoh di bawah. (35) a. Ali berharap supaya John pergi. b. *Ali berharap supaya John telah pergi. (3 6) a. Ali berharap bahawa John akan pergi. b. *Ali berharap bahawa John pergi.

Sebagai kesimpulan, telah ditunjukkan bahawa KKB dalam bahasa Melayu memperlihatkan ciri-ciri sintaksis seperti berikut:-

65

(i) KKB aspek dihadkan kepada klausa berkala sahaja. (ii) KKB menduduki tempat kedua dalam ayat biasa and aspek dan modal boleh wujud dalam urutan seperti tergambar dalam (28). (iii) Tidak ada benda boleh menganggu antara aspek dan modal. (iv) KKB perlu diikuti oleh FK; dan KKB tidak menandakan peranan theta kepada FN subjek. Peranan theta untuk FN subjek ditentukan oleh kata kerja dalam FK (lihat Chomsky (19 81)) .

KKB dalam bahasa Melayu berkongsi dua ciri umum dengan modal dalam bahasa Inggeris: (i) secara morfologi, KKB dalam bahasa Melayu dan modal dalam bahasa Inggeris sentiasa direalisasikan dalam bentuk kelas kata; (ii) KKB dalam bahasa Melayu berkongsi properti sintaksis dasar dengan modal dalam bahasa Inggeris, yang merupakan satu topik yang banyak diperkatakan dalam kesusasteraan (lihat Chomsky (1957), Emonds (1976, 1985), Jackendoff (1977)). Salah satu isu penting ialah status modal, iaitu sama ada ia boleh dianggap sebagai kata kerja biasa atau tidak. Bagi bahasa Melayu, Freeman, Hetzron & Schwartz (1970), Nik Safiah Karim (1978) dan Mashudi Kader (1981) menganggap KKB sebagai kata kerja biasa. Dalam perbincangan ini, walau bagaimanapun, KKB tidak dianggap sebagai kata kerja biasa tetapi sebagai elemen yang berbeza di bawah FLEKSI.

66

4.5. ADA sebagai Kata Kerja Biasa

Bahagian ini akan membincangkan idea bahawa kata pemeri ada ialah kata kerja biasa dalam bahasa Melayu. Idea ini dapat diperakukan j ika rumus untuk pengembangan ayat seperti dalam (19), yang diulang sebagai (37) dapat diterima.

(37)

a. A---------- > FN FLEKSI' b. FLEKSI -----------> FLEKSI FK

Di antara kesan yang timbul daripada idea ini ialah kesimpulan bahawa (37) adalah struktur yang betul bagi ayat dalam bahasa Melayu, dan bukannya (38) seperti yang dicadangkan oleh ahli bahasa, bahasa Melayu seperti Nik Safiah Karim (1978) dan Asmah Hj. Omar (1980).

(38)

a. A---------- > F N

FN FK

Kesan lain berkaitan dengan penandaan Kasus, satu persoalan yang akan dibincangkan dalam bab S.

Di bawah akan diberikan beberapa justifikasi untuk memilih (37) dan bukannya (38). Walau bagaimanapun, sebelum berbuat demikian, akan dibuat satu review ringkas mengapa penyokong (38) menganggapnya sebagai rukus yang betul untuk mengembangakan ayat dalam bahasa Melayu. Perhatikan ayat-ayat berikut.

67

(39)

a. Ahmad guru. b. c. Ahmad pandai. Ahmad pergi ke sekolah.

Berdasarkan (38), ayat dalam (3 9) akan ditandakan struktur (40a), (40b) dan (40c).

(40)

a. FN I Ahmad

A FN I guru

b. FN

A FK I A

I
Ahmad

I
pandai

FN
| 1

FK KK
1

Ahmad

""""FP
KP FN

1
pergi

I

1

sekolah

Rumus (38) mengatakan bahawa sesetengah ayat tidak mempunyai kata kerja tetapi mungkin mempunyai kata nama atau kata adjektif sebagai predikat seperti yang tergambar dalam (40a) dan (40b). Adjektif diandaikan sebagai elemen karyaan dan didefinisikan mengikut ciri sintaksis [+N, +K]. Ini adalah kerana adjektif dan kata kerja wujud secara menyaling (lihat Mashudi Kader (1981)). Di bawah ditunjukkan bahawa ini adalah tidak benar. Mula-mula perbincangan tentang kata pemeri ada dibuat dahulu. 68

Mashudi Kader (1981) menunjukkan bahawa kata ada mempunyai tiga makna: (i) sebagai kata kerja punya, yang secara dasarnya sama dengan kata Inggeris has, have; (ii) sebagai kata kopula; dan 9iii) sebagai satu morfem yang menunjukkan kewujudan. Semuanya ini terdapat dalam (41), (42) dan (43). Di dalam perbincangan ini, kata ada di dalam (ii) dan (iii) dianggap sebagai kopula. (41) (42) a. Mary ada sebuah rumah besar. a. Mary adalah seorang murid. b. Mary adalah pandai. (43) a. Mary ada di rumah. b. Mary ada.

Dalam perbincangan ini, pengkhususan kita adalah tentahg kata ada. Kata kopula ada lazimnya digugurkan pada struktur-L dalam struktur seperti FN - FN dan struktur FN - FA. Dengan demikian, kita akan dapat (44a) dan (44b). (44) a. Mary seorang murid. b. Mary pandai.

Andaian adanya kata kerja dalam setiap ayat dalam (44) dapat dirumuskan dari kenyataan bahawa kata kerja itu mesti wujud pada posisi awal ayat dalam soalan ya-tidak. (45) a. Adakah Mary seorang murid? b. *Mary seorang murid? 69

(46)

a. Adakah Mary pandai? b. *Mary pandai?

Kata kopula ada bersifat lebih seperti satu kata kerja daripada kata kerja bantu dalam erti kata bahawa, seperti satu kata kerja ia boleh didabului oleh kata kerja bantu.

(47)

a. Mary sudah ada di perpustakaan bila saya tiba. b. c. d. Dia akan ada di rumahnya minggu depan. Awak mesti ada di sana pada pukul satu. Ahmad tidak ada di pejabatnya.

Dan juga, ada boleh digugurkan dalam struktur Pengguguran FK. (48) a. John sudah ada di rumah, dan Mary juga sudah.

Kesimpulannya, dari bukti yang tergambar di atas, boleh diandaikan bahawa ada merupakan kata kerja biasa yang serupa dengan kata kerja Inggeris be.

Selanjutnya, dibincangkan tentang kebaikan-kebaikan untuk menerima rumus (37) dan menolak rumus (38). Pertama, j ika kita menerima (38), kata adjektif tidak dapat dimasukkan ke dalam teori X -berpalang dalam erti kata bahawa kata adjektif tidak dapat menjadi kepala kepada satu projeksi maksimal FA seperti yang tergambar dalam (40b). Sebaliknya, jika (37) diterima sebagai pengembangan A yang betul dalam bahasa Melayu dan ada 70

sebagai kata kerja biasa, kita dapat mengandaikan satu struktur FA dalam kerangka X-berpalang. Satu projeksi maksimal FA mesti diandaikan jika kata adjektif boleh menerima satu komplemen sebagai satu properti leksikal, atau suatu kata penerang boleh menerangkan satu kata leksikal kepala (contohnya, sangat) . Sebenarnya, ini merupakan satu andaian yang betul kerana kata adjektif dalam bahasa Melayu boleh diterangkan oleh suatu kata penerang dan juga boleh menerima satu komplemen.

49 a. Saya sangat marah dengan kenyataan yang dibuatnya itu.

Satu sebab lain untuk menerima (37) dan tidak (3 8) ialah sekiranya (38) diterima, kita akan kehilangan satu generalisasi melintang-kategori, khususnya ayat-ayat di dalam (42) dan (43) akan mempunyai struktur yang berbeza. Sebaliknya, jika (37) diterima, ayat-ayat tersebut akan mempunyai struktur yang sejajar.

(50) a. FN kopula FN b. c. FN kopula FA FN kopula FP

Bukti tambahan untuk menyokong (37) berkaitan dengan isu teori, khususnya penandaan peranan theta. Sebagai contoh, kata kerja ada diperlukan untuk tujmuan penandaan peranan theta.

71

Sebagai kesimpulan perbincangan mengenai ada, telah dibincangkan dalan analisis yang diutarakan di sini, yang disokong secara tersendiri oleh beberapa konstruksi, ada lebih baik dan wajar dianggap sebagai kata kerja biasa. Selari dengan analisis ini, ayat dalam (39) sekarang hanya mempunyai satu struktur dasar. Selanjutnya, jika ayat dalam bahasa Melayu dikembangkan seperti dalam (37) dan mengandungi satu nodus sintaksis yang tersendiri, iaitu Felksi, dalam bahagian yang beruratan akan dibincangkan kesan nodus ini terhadap klausa, iaitu klausa finit lawan klausa tak finit.

♦■• 6 Komplemen Finit dan Tak Finit

Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang mempunyai (KOMP)LEMEN di awal ayat. Menurut Emonds (1985) wujudnya KOMP, ini dalam suatu bahasa itu menandakan terdapatnya transformasi pendepan frasa soalan. Pemandangan ini benar kerana terdapat transformasi tersebut dalam bahasa Melayu, yang akan dibincangkan secara terperinci dalam bab-bab mendatang. rumus dasar bagi KOMP ialah seperti tergambar dalam (51). (51) A' --------- > KOMP A

Perhatikan ayat-ayat di bawah:(52) a. Orang itu berharap bahawa John akan pergi. b. Saya percaya bahawa Ahmad telah pergi. c. d. Bahawa John telah pergi adalah ketara. Adalah ketara bahawa John telah pergi.

72

(53)

a. b.

Orang itu berharap supaya John pergi. Bagi John untuk pergi adalah susah. c. Saya beli sebuah buku supaya awak baca.

d.

Adalah susah bagi John untuk pergi.

Posisi KOMP boleh juga kosong. Ertinya, dalam klausa finit, kata komplemen bahawa boleh digugurkan. Walau bagaimanapun, dalam klausa tak finit, kata komplemen supaya atau bagi tidak boleh digugurkan. (54) a. Orang itu berharap John akan pergi. b. Saya percaya Ahmad telah pergi. (55) a. *Orang itu berharap John pergi b. *Saya beli sebuah buku awak baca

Biar diandaikan buat seketika bahawa (54) diterbitkan oleh suatu rumus pengguguran kata komplemen dalam erti kata Chomsky dan Lasnik (1977) .

Sehingga kini, terdapat tiga kajian tentang komplemen dalam bahasa Melayu, wong (1970) , dan Nik Safiah Karim (1978) mengutarakan satu analisis di mana Kata penerang seperti bahawa, supaya, bagi, dan sama ada adalah diwujudkan secara transformasi. Mengikut Wong dan Nik Safiah Karim setiap kata kerja dalam bahasa Melayu yang boleh menerima satu Komplemen telah disubkategarosasikan dalam leksikan dengan spesifikasi fitur yang mengatakan jenis kata komplemen yang akan hadir dalam bentuk lahirnya. Kemudian, satu rumus Penempatan Kataa Komplemen yang 73

sensitif dengan specifikasi fitur kata kerja dalam ayat metrik akan memasukkan Kata Komplemen yang sesuai. (Untuk perbincangan lanjut, sila lihat Wong (1970)) .

Pada satu pihak lain, Mashudi Kader (1981) mengemukakan satu analisis lain yang menyatakan bahawa KOMP (LEMEN) itu digeneratkan pada base. Kajian ini mengandaikan bersama dengan Mashudi Kader bahawa KOMP digeneratkan di dalam base melalui rumus (51).

Klausa sama ada berbentuk penyata atau soalan dan berbentuk fimit atau tak fimit (lihat Chomsky & Lasmik (1977)) dan Chomsky (1981). Dalam bahagian ini, perbincangan akan berkisar tentang Klausa penyata finit dan tak finit. Klausa soalan akan dibincangkan dalam bab lain. Perhatikan ayat-ayat dalam (52) dan (53) mengandungi satu klausa tak finit yang diperkenalkan oleh Kata Komplemen supaya atau bagi. Perhatian perlu diberikan kepada contoh (53a, c) kerana contoh-contoh ini adalah bave infinitives. Persoalannya sekarang ialah, bagaimana kita tahu bahawa komplemen dalam (52) merupakan klausa finit dan komplemen dalam (53) adalah klausa tak finit? Satu cara untuk menentukan ini ialah dengan melihat kehadiran kata kerja bantu, khususnya kata kerja bantu aspek. (56) a. b. C. d. *Orang itu berharap bahawa John pergi *Saya percaya bahawa Ahmaad pergi *Bahawa John pergi adalah ketara *Adalah ketara bahawa John pergi 74

(57) a. b. c.

*Orang itu berharap supaya John sudah pergi *Bagi John untuk pergi akan pergi adalah susah *Saya beli sebuah buku syapaya awak akan baca d. *Adalah susah bagi John untuk akan pergi

Ketidakhadiran kata kerja bantu aspek dalam (56) menjawab soalan mengapa ayat-ayat tersebut tidak gramatis. Perhatikan bahawa kesemua klausa komplemen diperkenalkan oleh kata komplemen bahawa yang dikhaskan hanya untuk klausa finit, dan zaman klausa finit mesti mempunyai kalata. Sebaliknya, ayat-ayat dalam (57) tidak gramatis kerana hadirnya kata kerja bantu aspek. Klausa komplemen diperkenalkan oleh Kata Komplemen supaya dan bagi, yang dikhaskan hanya untuk klausa tak finit, dan klausa tak finit tidak semestinya mengandungi kala. Walau bagaimanapun, implikasi yang penting dari ayat-ayat dalam (56) dan (57) ialah menyokong andaian bahawa ayat dalam bahasa Melayu memerlukan nodus Fleksi.

Sehingga kini, kenyataan yang dibuat hanyalah merupakan kenyataan yang tidak rasmi tentang andaian bahawa Kata Komplemen bahawa dikhususkan hanya untuk klausa finit, sementara supaya dan bagi dikhaskan untuk Klausa tak finit. Jikalau diteliti dengan mendalam terdapat satu penyebaran kata komplemen yang berkaitan dengan fitur [+ Finit] dan [- Finit]. Terdapat penyesuaian antara kata komplemen dengan fitur yang tergambar dalam (58) di bawah .-

75

(58) a. b. c. d.

bahawa supaya, bagi *bahawa * supaya, bagi

---------------------------------------------

+ ASPEK - ASPEK - ASPEK + ASPEK

Para digma (58) raenunjukkan bahawa kata komplemen mes'ti sesuai dengan fitur kata kerja bantu yang menentukan sama ada satu klausa komplemen itu finit atau tidak. Jadi, kata komplemen bahawa ditentukan oleh fitur dalaman [+ Finit, + Aspek], dan secara inherent adalah fimit. Sementara itu kata komplemen supaya atau bagi ditentukan dengan fitur inherent [- finit, Aspek], dan secara inherent adalah tak finit. Berdasarkan (58) perhatikan perbezaan antara (52) dan (53) di mana klausa komplemen dalam (52) mengandungi elemen aspek, sementara klausa komplemen dalam (53) tidak mengandungi apa-apa elemen aspek. Jadi, klausa komplemen dalam (52) mengandungi kala dan sepadan dengan klausa komplemen dalam (53) tidak mengandungi apa-apa elemen kala dan sepadan dengan klausa tak finit dalam bahasa Inggeris (58) juga menunjukkan bahawa jenis klausa komplemen yang dibenarkan adalah ditentukan oleh kata komplemen dalam KOMP. Kata komplemen bahawa menerima klausa finit, sementara kata komplemen supaya atau bagi menerima klausa tak finit. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa syarat dalam (58c,d) meramalkan ketidakgramatisan (56) dan (57) .

Memandang kepada perbincangan ini, kelikatannya bahawa nodus KOMP dalam bahasa Melayu tidak banyak berbeza daripada KOMP dalam

76

bahasa Inggeris. Jadi, sebagai tambahan kepada rumus (51) yang diulang di sini sebagai (59), dan ditambah seperti yang tergarabar dalam (60). (59) (60) A' --------- > KOMP A KOMP ------ > [+ Kala] [+ Kala] ------------ > bahawa [- Kala] ------------- > supaya, bagi.

Sebagai langkah kesimpulan kepada perbincangan tentang klausa finit dan tak finit, jelas di sini bahawa bahasa Melayu akibat satu lagi persamaan dengan bahasa Inggeris, khususnya yang berkaitan dengan nodus. Ini bermakna, jenis klausa komplemen yang dibenarkan ditentukan oleh kata komplemen dalam KOMP. Kata komplemen bahawa menerima klausa finit, sementara kata komplemen supaya atau bagi menerima klausa komplemen tak finit.

77

BAB 5 KATA

KERJA BANTU

5.0.

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang kata kerja bantu (KKB) dalam bahasa Melayu dan juga bahasa-bahasa Austronesia yang lain seperti bahasa Tagalog, Indonesia, dan Iain-lain. Perbincangan akan juga menyentuh proses sintaksis yang dilalui oleh kata kerja bantu.

5.1.

Kata Kerja Bantu Dalam Bahasa Melayu

Kata kerja bantu adalah sekumpulan kata atau leksikal yang tertutup, iaitu kata yang jumlahnya terhad dan berkemungkinan tidak produktif. Dalam bahasa Melayu, kata ini berjumlah kira-kira lima belas kata sahaja. Dari segi struktur, kata kerja bantu wujud sebelum kata kerja dalam suatu ayat. Dari segi fungsi pula, kata ini mengembangkan lagi makna suatu kata kerja itu. Struktur dan fungsi kata kerja bantu akan dibincangkana dengan lebih Ianjut di bawah. Dalam bahasa Melayu, kata kerja bantu boleh dibahagikan ke dalam dua kumpulan, iaitu kata kerja bantu aspek dan kata kerja bantu modal.

78

5.1.1. Kata Kerja Bantu Aspek dan Modal.

Kata kerja bantu aspek adalah seperti berikut:

(1)

pernah sudah telah sedang akan belum tidak

Kata kerja aspek yang ditempatkan sebelum kata kerja dalam bahasa Melayu menentukan sama ada perbuatan itu sudah atau belum berlaku (sudah, telah, pernah, tidak, belum) atau pun dalam proses berlakunya (sedang) atau kemungkinan berlakunya perbuatan itu (akan).

Kata kerja bantu modal adalah seperti berikut: (2) hendak mahu ingin harus mesti boleh dapat

79

Kata kerja bantu aspek dan modal boleh wujud secara tersendiri atau wujud bersama dalam satu ayat seperti dalam (3). (3)a. Dia akan ingin pergi memancing bila cuaca baik. b. Ali telah boleh balik kerumah setelah berada di rumah sakit selama tiga hari.

tetapi jikalau urutan ini diterbalikkan, ayat akan menjadi tidak gramatis.

(4)a. *Dia ingin akan pergi memanccing bila cuaca baik. b. *Ali boleh telah balik kerumah setelah berada di rumah sakit selama tiga hari.

Selanjutnya, setiap satu elemen (iaitu aspek dan modal) boleh wujud berulang. Nik Safiah Karim (1978) menyatakan bahawa modal kelas "kewajipan" boleh wujud hanya sebagai unsur pertama dalam urutan modal-modal, dan kelas yang dua lagi, iaitu "tujuan" dan "kemampuan" boleh wujud secara bebas, iaitu, sebelum atau selepas masing-masing. Walau bagaimanapun, pengulangan kata kerja bantu aspek adalah lebih terkawal. Mengikut Soemarmo (1976) kewujudan pengulangan dalam kata kerja aspek menunjukkan satu "Progressivization". Contoh boleh didapati di bawah. (5)a. Mereka akan sedang tidur bila kita tiba. b. Dia akan sudah tidur ketika itu. proses

Bila aspek dan modal wujud bersama, urutannya ialah aspek mendahului modal. Urutan ini tidak boleh dxganggu oleh apa-apa 80

konstituen. Keadaan sama seperti kata Adjektif yang tidak boleh dipisahkan daripada kata Nama yang diterangkannya. (6)a. *Penduduk kampung sudah semalam boleh menuai padi. b. Penduduk kampung sudah boleh menuai padi semalam.

(7)a. *Akankah dapat mereka membajak sawah dalam hujan ini? b. Akan dapatkah mereka membajak sawah dalam hujan ini?

(8)a. *Sudahkahpernah dia membaca buku setebal ini? b. Sudah pernahkah dia membaca buku setebal ini?

Perhatikan dalam contoh (6a), urutan ini telah dipisahkan oleh satu kata adverba dan dalam (7a) dan (8a) urutan ini telah dipisahkan oleh partikel soalah kah. Ini menyebabkan ayatayat di atas tidak gramatis.

Sebagai kesimpulan bahagian ini, urutan kata kerja bantu dalam bahasa Melayu ialah kata kerja bantu aspek mendahului kata kerja bantu modal. Urutan ini boleh digambarkan seperti dalam rajah di bawah. (9) pernah sudah telah akan sedang tidak belum hendak mahu ingin harus mesti boleh dapat 81 Aspek KKB Modal

Secara umumnya, perkataan di bawah dianggap sebagai kata kerja bantu dalam bahasa Melayu. (10) a. Aspek pernah sudah telah sedang akan b. Modal hendak mahu ingin harus mesti boleh dapat

Kata aspek dan modal boleh hadir secara bersendiri atau bersama dalam satu ayat dalam susunan seperti tergambar dalam (28).5

(11)

a. Dia akan ingin pergi memancing bila cuaca baik.

b. Ali telah boleh balik ke rumah setelah berada di rumah sakit selama tiga hari. Jika susunan ini diubah, ayat yang terhasil tidak gramatis. (12) a. *Dia ingin akan pergi memancing bila cuaca baik. b. *Ali boleh telah balik ke rumah setelah berada di rumah sakit selama tiga hari. 82

Seterusnya, setiap elemen (iaitu kata aspek dan modal) boleh hadir secara berulangan. Nik Safiah Karim (1978) megatakan bahawa kumpulan kata modal yang membawa maksud "obligation" boleh hadir hanya sebagai elemen pertama dalam urutan modal-modal. Sementara itu, kumpulan "intention dan ability" boleh hadir secara bebas, iaitu selepas atau sebelum masing-masing. Walau bagaimanapun, kata aspek pengulangannya adalah lebih terhad. Soemarmo (1976) mengakui tentang kehadiran pengulangan kata aspek dan menamakannya sebagai proses "progressivization". Contoh terdapat dalam (13) di bawah: (13) a. Mereka akan sedang tidur bila kita tiba. b. Dia akan sudah tidur ketika itu.

Susunan elemen di bawah Kata Kerja Bantu atau Fleksi seperti dalam (28) tidak boleh diganggu oleh apa-apa konstituen seperti juga kata nama dan kata adjektif yang menerangkannya tidak boleh diganggu.

(14)

a. *Penduduk kampung sudah semalam boleh menuai padi b. Penduduk kampung sudah boleh menuai padi semalam.

(14)

a. *Akankah dapat mereka membajak sawah itu? b. Akan dapatkah mereka membajak sawah itu?

(15)

a. *Sudahkah pernah Ali pergi ke Seattle? b. Sudah pernahkah ali pergi ke Seattle?

83

Perhatikan bahawa dalam (13a), urutannya telah diganggu oleh adverba dan di dalam kedua-dua (14a dan 15a) urutannya telah diganggu oleh kata partikel soalan KAH. Oleh kerana itu ayat-ayat tersebut tidak gramatis.

Akhirnya, KKB jenis aspek dihadkan hanya untuk klausa berkala seperti terlihat dalam (34) dan contoh di bawah. (35) a. Ali berharap supaya John pergi. b. *Ali berharap supaya John telah pergi (36) a. Ali berharap bahawa John akan pergi b. *Ali berharap bahawa John pergi

Sebagai kesimpulan, telah ditunjukkan bahawa KKB dalam bahasa Melayu memperlihatkan ciri-ciri sintaksis seperti berikut:(i) KKB aspek dihadkan kepada klausa berkala sahaja (ii) KKB menduduki tempat

kedua dalam ayat biasa dan aspek dan modal boleh wujud dalam urutan seperti tergambar dalam (28). (iii) aspek dan modal (iv) KKB perlu diikuti oleh FK; dan KKB tidak menandakan peranan theta kepada FN subjek. Peranan theta untuk FN subjek ditentukan oleh kata kerja dalam FK (lihat Chomsky (1981). Tidak ada benda boleh mengganggu antara

84

KKB dalam bahasa Melayu berkongsi dua ciri umum dengan modal dalam bahasa Inggeris: (i) secara morfologi, KKB dalam bahasa Melayu dan modal dalam bahasa Inggeris sentiasa direalisasikan dalam bentuk kelas kata; (ii) KKB dalam bahasa Melayu berkongsi properti sintaksis dasar dengan modal dalam bahasa Inggeris, yang merupakan satu topik yang banyak diperkatakan dalam kesusasteraan (lihat Chomsky (1957), Emonds (1976, 1985), Jackendoff (1977)). Salah satu isu penting ialah status modal, iaitu sama ada ia boleh dianggap sebagai kata kerja biasa atau tidak. Bagi bahasa Melayu, Freeman, Hetzron & Schwartz (1970), Nik Safiah Karim (1978) dan Mashudi Kader (1981) menganggap KKB sebagai kata kerja biasa. Dalam perbincangan ini, walau bagaimanapun, KKB tidak dianggap sebagai kata kerja biasa tetapi sebagai elemen yang berbeza di bawah FLEKSI.

5.2. Struktur Ayat Dasar Bahasa Melayu

Bahasa Melayu adalah satu bahasa "konfigurational" dengan kedudukan yang tetap bagi subjek FN, Fleksi dan FK. Urutan perkataan adalah sangat penting kerana bahasa Melayu tidak menggunakan sistem deklensi atau konjugasi. Tidak terdapat penandaan Kasus yang nyata ke atas FN, dan juga tidak terdapaat fenomena penyesuaian antara subjek FN dengan kata kerja. Kata kerjanya tidak ditandai oleh apa-apa fleksi. Kala biasanya ditandai oleh keadaan, adverba masa atau dengan menggunakan kata kerja bantu aspek.

85

Urutan kata dasar dalam satu ayat penyata ialah SubjekFleksi-Kata Kerja-Objek. Objek langsung biasanya terdapat selepas kata kerja. Objek tak langsung dan FN oblik biasanya terdapat bersama kata preposisi (lihat Chung (1976) dan Mashudi Kader (1981). (16)a. b. c. d. e. Ali telah membeli jam itu di kedai semalam. Saya membeli sebuah jam tangan untuk adik saya. Pak Imam telah menyembelih lembu itu dengan pisau. Pelajar itu mengambil buku dari para. Emak memberi sepuluh ringgit kepada dana itu.

Di antara kata kerja dan objek langsung atau di antara kata preposisi dan objeknya tidak boleh diselitkan dengan apa-apa kategori. Dengan perkataan lain, objek kepada satu kata kerja atau kata preposisi mesti mengikuti terus kepalanya, iaitu kata kerja atau kata preposisi. (17)a. *Ali telah membeli semalam jam itu di kedai. b. c. *Ali telah membeli di kedai semalam jam itu. *Saya telah membeli sebuah jam tangan untuk semalam Ali. d. e. f. g. *?Pak Imama telah menyembelih dengan pisau lembu itu. *?Pelajar itu mengambil dari pada buku itu. *?Emak memberi kepada dana itu sepuluh ringgit. *?Saya membeli untuk Ali semalam sebuah jam tangan.

86

Perhatikan bahawa di dalam (lla,d) tiap-tiap ayat mengandungi satu argumen menyelit di antara kata kerja dengan objek langsungnya, sementara di dalam (lib) satu kata adverba menyelit di antara kata kerja dengan objek langsungnya dan di dalam (lie) satu kata adverba menyelit di antara kata preposisi dengan objeknya. Ayat-ayat di dalam (lld,e,f,g) ditandai dengan "*?" untuk menunjukkan bahawa ayat-ayat tersebut diterima secara marginal. Ketidakgramatisan ayat-ayat di dalam (11) adalah disebabkan kata-kata di dalam ayat tersebut tidak mengikut urutan dasar ayat bahasa Melayu. Struktur ayat dasar bahasa Melayu boleh digambarkan dengan rajah di bawah.

(18)

5.3. Kategori Frasa

Bahagian berikutnya membincangkan tentang peluasan kategori kata atau leksikal Nama ( N ) , Kerja ( K ) , Adjektif (A), dan Preposisi (P) dan penyebarannya. Setiap kategori kata atau leksikal mempunyai peluasan maksimum.

87

5.3.1. Frasa Nama (FN)

Struktur internal FN dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan ke dalam dua jenis berdasarkan urutan perkataan kata "specifier" seperti itu, tiga, ramai, beberapa yang menerangkan kata nama. Jenis pertama boleh ditunjukkan dengan contohbaju itu dan jenis kedua dengan contoh tiga helai baju, ramai orang. Dalam contoh pertama, kata penentu itu mengikuti kata nama sementara dalam contoh kedua, kata nombor dan kata bilangan mendahului kata nama.

Kedudukan kata penentu yang mengikuti kata nama ini merupakan satu keadaan yang tidak selari kerana lain-lain ahli tempat ini seperti kata nombor dan kata bilangan biasanya mendahului kata nama.. Keadaan sedemikian juga terdapaat pada kata kerja, kata preposisi, dan kata adjektif. Sebagai contoh, seperti yang ditunjukkan di atas, kata kerja dalam bahasa Melayu didahului oleh kata kerja bantu. Sementara itu, kata preposisi didahului oleh kata betul-betul dan kata adjektif didahului oleh kata penguat seperti sangat, amat, terlalu. (lihat Ramli Md.Salleh (1992) untuk perbincangan lanjut dan terperinci tentang masaalah ini).

Sejauh ini telah diperkatakan tentang kedudukan kumpulan kata "specifier" berbandding dengan kata leksikal. Telah ditunjukkan bahawa kata "specifier" namaan terdapat dalam dua kedudukan dalam struktur lahir FN. Bagaimana pula dengan

88

kedudukan komplemen atau pelengkap? Dalam bahasa Melayu, semua komplemen kepada kata nama mesti mengikuti kata nama.

(19)a. b. c. d.

Pembangunan ke atas bandar itu telah bermula. Ayam yang dibeli oleh ayah itu telah dimasak. Baju merah itu sudah dibasuh. Baju Ahmad belum dibasuh lagi.

Sebagai kesimpulan, satu FN dalam bahasa Melayu mengandungi satu kata nama yang berfungsi sebagai kepala dan satu atau lebih kata penerang. Kata penerang bukan frasa seperti kata bilangan sentiasa mendahului kata nama kepala, sementara kata penerang itu mengikuti kepada pada tahap struktur lahir. Semua penerang berbentuk frasa seperti FN genetif, frasa adjektif, dan komplemen-komplemen lain mengikuti kata nama kepala.

5.3.2. Frasa Preposisi (FP)

Dalam bahasa Melayu, terdapat dua kelas kata preposisi, iaitu (i) kata preposisi biasa seperti dar, kepada, dengan, untuk dan (ii) kata adverba tempat dan arah seperti di bawah, di sana, di luar, ke dalam. Kata preposisi biasa mengandungi morfem bebas seperti yang tergambar dalam (14a) dan (I5a-c) dan partikel yang diimbuhkan kepada objeknya seperti dalam cosntoh (14b) dan (15d-e) .

89

(20)a. dekat untuk dari selama dengan kepada dll. b. di ke (21)a. b. c. d. e. Dia belajar selama tiga jam. Ahmad memberi RM10.00 kepada budak itu. Ahmad membeli buinga untuk Mary. Saya tinggal di Kuala Lumpur. Dia pergi ke Kuala Lumpur semalam.

Kata adverba tempat dan arah mengandungi satu kombinasi kata partikel arah ke atau kata partikel tempat di dan satu kata adverba. Kata-kata partikel ini adalah sama secara fonologinya dengan kata-kata preposisi biasa yang terdapat dalam (14b). (22)a. di bawah di atas di sini ke dalam ke luar ke bawah

90

5.3.3. Frasa Adjektif (FA)

Dalam bahasa Melayu, kata adjektif wujud selepas kata nama. Kata ini boleh diterangkan oleh elemen darjat saperti kata perbandingan dan lain-lain ekspresi penerang seperti sangat, dan kata adjektif boleh menerima komplemen yang berbentuk frasa. Kata "specifier" atau penerang mesti mendahului kata kepala sementara frasa komplemen mesti mengikuti kepala. (23)a. Baju merah b. c. Baju sangat merah Sangat gembira tentang keputusan itu

Seperti kata nama, kata preposisi, dan kata kerja, kata adjektif juga merupakan kategori leksikal yang utama dalam bahasa Melayu dan boleh diluaskan kepada satu peluasan maksimum Frasa Adjektif.

5.3.4. Frasa Kerja (FK)

Dalam bahasa Melayu, FK mengandungi kata kerja sebagai kepala dan diikuti oleh objek langsung dan objek tak langsung yang berada dalam FP. Kehadiran objek langsung dan objek tak langsung ini beergantung kepada jenis kata kerja, iaitu sama ada kata kerja tersebut transitif atau tak transitif. Kata kerja transitif seperti baca, tebang adalah kata kerja transitif satu objek, iaitu kata kerja ini hanya menerima satu objek sahaja, berbanding dengan kata kerja transitif seperti kirim, beri yang menerima dua objek, iaitu objek langsung dan objek tak langsung. 91

(24)a. Adik perempuan saya sedang membaca buku. b. Ahmad menebang pokok. (25)a. Ahmad menulis sepucuk surat kepada gurunya. b. Emak memberi RM10.00 kepada pelajar itu.

Sementara itu, kata kerja tak transitif pula ialah kataa kerja yang tidak memerlukan apa-apa objek sebagai penyambutnya. Kata kerja sedemikian ialah seperti mandi, tidur. (26)a. Adik sedang tidur. b. Orang kampung mandi di perigi.

Sebagai kesimpulannya, perbincangan ini menunjukkan bahawa semua kategori leksikal, iaitu Nama, Karja, Adjektif, dan Preposisi berfungsi sebagai kepala dan boleh diluaskan kepada frasa seperti Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Preposisi. Dalam struktur dasar, semua kata penerang yang bukan frasa mendahului kata leksikal kepala.

5.4 Kata Kerja Bantu Bahasa-Bahasa Serumpun 5.4.1 Bahasa Tagalog

Bahasa Tagalog ialah bahasa rasmi negara Filipina. Secara umumnya, terdapat dua jenis ayat dalam bahasa Tagalog, iaitu ayat Predikat dan ayat Identifikasi. Ayat Predikat berstruktur komen (predikat) dan diikuti oleh topik (subjek) , semantara ayat Identifikasi berstruktur topik (subjek) diikuti oleh komen (predikat). 92

(27)a. Ayat Predikat:

Tumakbo ang bata (komen) (topik) 'lari' 'itu budak'

b. Ayat Identifikasi: Ang bata ang tumakbo (topik) (komen) 'Budak itu yang berlari'

Di antara dua jenis ayat ini, ayat jenis (1) adalah lebih biasa dalam bahasa Tagalog. Dalam bahasa Tagalog, ayat jenis Predikat ini mengandungi dua konstituen utama, iaitu Topik yang dikenali sebagai subjek dalam ayat bahasa Melayu, dan Komen yang serupa dengan predikat dalam ayat bahasa Melayu.

Urutan biasa dua konstituen dasar ini adalah seperti berikut; komen + Topik

Dalam bahasa Melayu, urutan biasa konstituen utama ini adalah sebaliknya. Subjek + Predikat

Contoh-contoh ayat dasar dalam bahasa Tagalog adalah seperti berikut:

(28)a. Tumakbo ang bata 'Budak itu berlari'

93

b.

Tumakbo siya 'Dia berlari'

c.

Nasa bayan si Pedro 'Pedro berada di bandar'

d.

Doktor ang lalake 'Orang itu doktor'

e.

Payat ang bata 'Budak itu kurus'

Bahasa Tagalog mempunyai Kasus yang nyata berbanding dengan bahasa Melayu yang tidak menunjukkan penanda Kasus yang nyata.

(29) Penanda Kasus NOM nama diri: nama umum: sx ang GEN
ni

DAT kay sa

ng

(30) Ganti nama: NOM ako ka/ikaw siya kami .nk. tayo kayo sila GEN ko mo niya namin natin ninya nila DAT akin iyo kaniya amin atin inyo kanila

1 .mufrad . 2 .mufrad 3 .mufrad . 1 .j amak.eks. 1 .jamak,i 2 .jamak . 3 .jamak

94

5.4.2 Kata Kerja Bantu Bahasa Tagalog

Kata kerja dalam bahasa Tagalog mempunyai fleksi untuk aspek. Aspek menyatakan sama ada suatu aktiviti itu sudah bermula atau belum, dan jikalau sudah bermula, sama ada sudah siap berlaku atau masih sedang berlaku. Tiga aspek ini adalah (1) sudah berlaku, bagi aktiviti yang sudah bermula, (2) akan berlaku, bagi aktiviti yang belum bermula, dan (3) belum siap bagi aktiviti yang sudah bermula tetapi belum berakhir.

Imbuhan mag- menunjukkan aspek neutral. Biasanya, m-digantikan oleh n- untuk menunjukkan aktiviti sudah bermula.

(31)a. Aspek

neutral: maglaba naglaba

basuh (pakaian) sudah basuh (pakaian) membasuh

Aspek sudah:

Aspek berterusan: naglalaba Aspek sedang: maglalaba

Seterusnya, imbuhan urn- juga menunjukkan aspek neutral. (32)a. b. c. d. Aspek neutral: Aspek sudah: Aspek akan: Aspek sedang: bumasa bumasa babasa bumabasa 'baca' 'sudah baca' 'akan baca' 'sedang baca'

Aspek yang menggunakan imbuhan ma- sama dengan imbuhan aspek mag- .

95

(33)a.

Aspek Aspek Aspek Aspek Aspek Aspek Aspek Aspek

neutral: sudah: akan: sedang: neutral: sudah .akan: sedang:

matulog natulog matutulog natutulog maupo naupo mauupo nauupo

'tidur' 'sudah tidur' 'akan tidur' 'sedang tidur' 'duduk' 'sudah duduk' 'akan duduk' 'sedang duduk'

b.
c.

d.
(34)a.

b.
c.

d.

3 Kata Banbu Ragam (Modal) (35)a. gusto kaya ugali hindi mahu boleh biasa tidak/bukan

(36)b. Gusto-ng pumunta sa-tindahan ang-Nanay hendak pergi DAT-kedai NOM-emak 'emak hendak pergi ke kedai'

Soalan Ya-Tidak Komen + ba + Topik Amerikano ba si Jorge 'adakah George seorang Amerika?'

96

5.5 Penutup

Perbincangan dalam bab ini menunjukkan bahawa sistem kata kerja bantu dalam bahasa Melayu adalah berbeza daripada sistem kata kerja bantu bahasa Tagalog. Sistem kata kerja bantu bahasa Melayu, khususnya aspek adalah ringkas dan tidak rencam berbanding sistem aspek bahasa Tagalog. Sistem aspek bahasa Melayu hanya menunjukkan tiga waktu, iaitu sudah, akan dan sedang, sementara sistem aspek bahasa Tagalog, selain yang tiga tersebut, juga menunjukkan masa berpanjangan dan neutral.

Kenyataan ini menarik kerana kedua-dua bahasa ini, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Tagalog ke dalam bahasa yang serumpun, iaitu rumpun Austronesia.

97

Bab 6. KESIMPULAN

Ini ialah kesimpulan tentang kajian sintaksis bahasa Melayu dan bahasa Tagalog, khususnya mengenai kata kerja bantu. Kajian ini telah menunjukkan bahawa keduadua bahasa ini mempunyai urutan dasar yang berbeza. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang berurutan subjek - kata kerja - objek (SKO), sementara bahasa Tagalog merupakan bahasa yang berurutan kata kerja - objek - subjek (KOS). Dengan lain kata, dalam bahasa Melayu, subjek diikuti oleh predikat, sementara bahasa Tagalog adalah sebaliknya, iaitu predikat mendahului subjek. Dalam bahasa Tagalog, predikat dikenali dengan nama komen, dan subjek dikenali dengan nama topik. Walaupun, kedua-dua bahasa ini tergolong ke dalam bahasa serumpun, iaitu rumpun bahasa Austronesia, tetapi struktur dasarnya adalah berbeza. Sehubung dengan itu, pada struktur lahir kedua-dua bahasa ini, subjek/topik boleh dengan bebas bertukar tempat, contohnya, kalau dalam bahasa Melayu ialah pada ay at pas if, ay at soalan, dan sebagainya, sementara dalam bahasa Tagalog ialah dalam ayat topik.

Di samping perbezaan yang disebutkan di atas, kedua-dua bahasa serumpun ini juga berbeza dari segi kata kerja bantu. Dalam bahasa Melayu, kata kerja bantu hanya menunjukkan konsep kala/masa yang paling ringkas. Contohnya, kata aspek sudah, sedang, akan, dan telah menunjukkan masa satu-satu aktiviti atau perkara itu dilakukan. Aktiviti yang sedang dilakukan, menggunakan kata kerja bantu aspek sedang, Aktiviti yang sudah dilakukan menggunakan kata kerja bantu sudah atau

98

telah, dan aktiviti yang akan dilakukan, menggunakan kata kerja bantu aspek akan. Selain itu, bahasa Melayu menggunakan kata adverba seperti semalam, kelmarin, esok, hah Rabu, dan sebagainya untuk menunjukkan masa. Bagi bahasa Tagalog pula, konsep kala adalah lebih rencam, contohnya perkara yang neutral, perkara yang sudah dilakukan, perkara yang sedang dilakukan , dan perkara yang berterusan. Tidak seperti bahasa Melayu yang kesemua penanda masa ini berupa kata bebas, bahasa Tagalog pula mempunyai penanda kala/masa ini yang berbentuk imbuhan fleksi. Ini juga merupakan satu lagi perbezaan antara bahasa Melayu dan bahasa Tagalog, iaitu imbuhan dalam bahasa Melayu merupakan imbuhan terbitan (derivatives), sementara imbuhan dalam bahasa Tagalog merupakan imbuhan fleksi (inflection).

Satu lagi kesimpulan yang dapat dibuat dari kajian ini ialah perbezaan tentang konsep Kasus dari kedua-dua bahasa tersebut. Sekali lagi, kedua-dua bahasa yang serumpun ini berbeza dari segi kata namanya. Kata nama dalam bahasa Melayu tidak menunjukkan apa-apa Kasus dalam ayat. Misalnya, kata nama Ahmad dan kata ganti nama dia, mereka, engkau, dan sebaginya tidak berubah sifat atau ciri apabila ditempat pada kedudukan yang berlainan dalam ayat. Bentuk Ahmad, dia, mereka, engkau digunakan walau di manapun kata nama- kata nama ini ditempatkan dalam ayat, iaitu tempat subjek, tempat objek, atau tempat kepunyaan. Keadaan ini berbeza dengan bahasa Tagalog yang kata namanya berubah bentuk bila kata nama yang sama ditempatkan pada tempat atau kedudukan yang berbeza dalam ayat.

99

Seperti yang tertera dalam tajuk manuskrip ini, teori atau kerangka yang digunkan untuk menganalisis struktur bahasa Melayu ialah teori Kuasaan dan Tambatan, iaitu satu teori terkini bidang Linguistik yang telah banyak diaplikasikan kepada bahasabahasa Indo-Eropah. Walaupun, setengah-setengah daripada konsep teori ini tidak terdapat pada bahasa Melayu, konsep ini boleh diterapkan kepada bahasa Melayu untuk menganalisis sintaksis bahasa tersebut. Contohnya, konsep Kasus boleh digunakan untuk menerangkan sifat sesetengah kata dalam bahasa Melayu, khususnya kata kerja bantu. Penggunaan konsep Kasus ini telah dapat membezakan antara kata kerja tulen seperti tidor, makan, baca, tulis, dan sebaginya dengan kata kerja bantu seperti sudah, sedang, telah, dan sebagainya.dan sebagainya.

Kajian ini juga telah menggunakan konsep Fleksi yang terdapat dalam bahasa-bahasa Indo-Eropah kepada bahasa Melayu. Perbincangan di sini menunjukkan bahawa unsur-unsur dalam nodus Fleksi adalah sama dengan konsep kata kerja bantu dalam bahasa Melayu. Walaupun seperti yang disebutkan di atas, kata kerja bantu dalam bahasa Melayu itu tidak serencam sistem fleksi bahasa Tagalog ataupun bahasa berfleksi, kajian ini mendapati bahawa kata kerja bantu dalam bahasa Melayu itu boleh menjadi ahli kepada nodus tersendiri yang dipanggil Fleksi ini. Ini berkaitan dengan sifat kata kerja bantu dalam bahasa Melayu itu sama dengan sifat unsur-unsur dalam nodus Fleksi. Dengan menerima kesimpulan ini, kata kerja bantu dalam bahasa Melayu boleh dijanakan di bawah nodus Fleksi, dan bukannya di bawah nodus Frasa Kerja.

100

Kajian ini juga menunjukkan bahawa teori Kuasaan dan Tambatan yang setakat ini banyak diterapkan kepada bahasa-bahasa Indo-Eropah, boleh juga diterapkan kepada bahasa Melayu dan dapat menerangkan dan menghuraikan fenomena bahasa Melayu itu. Walau bagaimanapun, seperti juga dengan teori-teori lain, tidak kesemua konsep teori ini boleh diterapkan kepada bahasa Melayu, tetapi hanya sebahagian sahaja. Sebagai contoh, walaupun bahasa Melayu tidak mempunyai konsep Kasus secara nyata, tetapi konsep ini dapat menerang beberapa gejala dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan konsep fleksi yang dipunyai oleh bahasa-bahasa berfleksi dapat menerangkan sistem kata kerja bantu dalam bahasa Melayu. Kesemua ini adalah berdasarkan andaian teori Transformasi Generatif, khususnya teori Kuasaan dan Tambatan bahawa semua bahasa itu sama dari pada struktur dasarnya. Ini semua terangkum dalam konsep kesejagatan bahasa.

101

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Akmajian, A., S. Steele dan T. Wasow 1979. "The category AUX in universal grammar", Linguistic Inquiry 10.1. Aoun, J & D. Sportiche 1983. "On the formal theory of government". Linguistic Review 2.3. Asmah Haji Omar 1971. Bahasa Malaysia Kini. Kuala Lumpur: Federal Publication. Asmah Haji Omar 1973. "Noun phrase in Malay". Language Sciences 8. Asmah Haji Omar 1975. Essays on Malaysian Linguistics. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Balitn, M. 1982. "A landing site theory of movement rules". Linguistic Inquiry 13.1. Bergvall, V. 1985. "X' theory and the analysis of topicalization, leftdislocation, and questions". Kertas dibentangkan pada Persidangan LSA, Seattle, Washington. Bresnan, J. 1972. "Theory of complementation in English syntax". Disertasi Ph.D., MIT. Chomsky, N. 1957. Syntactic Structures. Tha Hague: Mouton. Chomsky, N. 1970. "Remarks on nominalization" dim. R. Jacobs & P. Rosenbaum (peny.) Readings in English Transformational Grammar. Massachusetts: Ginn Waltham. Chomsky, N. 1973. "Conditions on transformations" dim. S. Anderson dan P. Kiparsky (peny.) A Festschrift for Morris Halle. New York: Holt, Rinehart dan Winston. Chomsky, N. 1977. "On wh-movement" dim. P. Culicover, A. Akmajian, & T. Wasow (peny.) Formal Syntax. New York: Academic Press. Chomsky, N. 1980. "On binding". Linguistic Inquiry 11.1 Chomsky, N. 1981. Lectures on Government and Binding. Dordercht: Foris Publication.

102

Chomsky, N. 1982. Some Concepts and Consequences of the Theory of Government and Binding. Cambridge, Massachusetts: MIT Press. Chomsky, N. 1986a. Knowledge of Language. Its Nature, Origin, and Use. New York: Praeger. Chomsky, N. 1986b. Barriers. Cambridge, Massachusetts: MIT Press. Chomsky, N. Dan H. Lasnik 1977. "Filters and control". Linguistic Inquiry 8.3. Emonds, J. 1973. "Evidence that indirect object movement is a sturcture preserving rule" dim. M. Gross, M. Hale dan M.P. Schutzenberger (peny.) The Formal Analysis of Natural Languages. The Hague: Mouton. Emonds, J. 1976. A Transformational Approach To English Syntax. New York: Academic Press. Emonds, J. 1978. "The verbal complex VC V in French". Linguistic Inquiry 9.2. Emonds. J. 1980. "Word order in generative grammar". Journal of Linguistic Research 1.1. Emonds, J. 1985. A Unified Theory of Syntactic Categories. Dordrecht: Foris Publications. Emonds, J. 1986. "Generalized NP-oc inversion: hallmark of English". Indiana University Linguistics Club Twentieth Anniversary Volume. Greenberg, J. 1966. Universals of Languages. Cambridge, Massachusetts: MIT Press. Huang, C.T.J. 1982. "Logical relations in Chinese and the theory of grammar". Disertasi Ph.D., MIT. Iwakura, K. 1977. "The auxiliary system in English". Linguistic Analysis 3.2 Iwakura, K. 1980. "On wh-movement and constraints on rules". Linguistic Analysis 6.1 Jackendoff, R. 1972. Semantic Interpretation in Generative Grammar. Cambridge, Massachusetts: MIT Press. Jackendoff, R. 1973. "The base rules for prepositional phrases" dim. S. Anderson & P. Kiparsky (peny.) A Festschrift for Morris Halle. New York: Holt, Rinehart and Winston.

103

Jackendoff, R. 1977. X-bar Syntax. Cambridge, Massachusetts: MIT Press. Kluender, R. 1986. "Extended X' theory, structure preserving, and topicalization in German". Kertas dibentangkan di West Coast conference on Formal Linguistics 5, Seattle, Washington. Koopman, H. 1984. The Syntax of Verbs. Dordrecht: Foris Publications. Koopman, H. Dan D. Sportiche 1986. "A note on long extraction in Vata and the ECP". Natural Language and Linguistic Theory 4.3. Lasnik, H. Dan M. Saito. 1984. "On the nature of proper government". Linguistic Inquiry 15.2. Mashudi Kader 1981. The Syntax of Malay Interrogatives. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Newmeyer, F. 1984. "Minor movement rules" dim. C. Duncan-Rose, J. Fisiak & T. Vennemann (peny.) A Festchriftfor Robert Stockwell. London: Croom-Helm. Nik Safiah Karim 1978. Bahasa Malaysia Syntax. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pesetsky, D. 1982. "Paths and categories". Disertasi Ph.D., MIT. Poser, W. 1982. "Lexical rules may exchange internal arguments". Linguistic Review 2.1 Radford, A, 1981. Transformational Syntax. Cambridge: Cambridge University Press. Rizzi, L, 1982. Issues in Italian Syntax. Dordrecht: Foris Publications. Roberts, I. 1985. "Agreement parameters and the development of English modal auxiliaries". Natural Language and Linguistic Theory 3.1. Ross, J. 1967. "Constraints on variables in syntax". Disertasi Ph.D., MIT. Ross, J. 1969. "Auxiliaries as main verbs" dim. W. Todd (peny). Studies in Philosophical Linguistics. Evanston, Illinois: Great Expectation Press. Rouveret, A. & J.R. Vergnaud 1980. "Specifying reference to the subject". Linguistic Inquiry 11.1

104

Safir, K. 1981. "Infleciton govenrment and inversion". Linguistic Review 1.4. Soemarmo, Marmo 1976. "The Semantics of proximity time relations". Foundation of Language 14. Sportiche, D. 1981. "Bounding nodes in French". Linguistic Review 1.2. Stowell, T. 1981. "The origin of phrase structure". Disertasi Ph.D., MIT. Travis, L. 1984. "Parameters and effects on word order variation". Disertasi Ph.D., MIT. Winstedt, R. 1939. Malay Grammar. London: Oxford University Press. Wong, I. 1970. "Object complement in Malay". Alberta. Disertasi Ph.D., University of

Zagona, K. 1982. "Government and proper government of verbal projections". Disertasi Ph.D., University of Washington.

105


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:3969
posted:7/13/2009
language:Malay
pages:113
Description: teori kuasaan dan tambatan