Docstoc

Sejarah SPM Kertas 1

Document Sample
Sejarah SPM Kertas 1 Powered By Docstoc
					 SULIT                                                         1                                                 1249/1


NAMA:............................................................         Tingkatan :..............................

SULIT
1249/1
Sejarah
Kertas 1
Mei
2011
1 jam



                   SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANTAI
                       WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


                               PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
                                       TINGKATAN 5 2011


                                                             SEJARAH
                                                               Kertas 1
                                                              Satu jam




                 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.    Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2.    Jawab semua soalan.
3.    Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
      soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif
      yang disediakan.
4.    Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
      hitamkan jawapan yang baru.


Disediakan oleh:                                  Disemak oleh:                   Disahkan oleh:
(PN. NORAZITA MD NOR )                            (PN. NORAZAH AHMAD)             (PN. ZAINA MOHAMAD)



Guru Sejarah Tingkatan 5                          Ketua Panitia Sejarah   Ketua Bidang Kemanusiaan

                                Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak
     1249/1@ Hak Cipta Panitia Sejarah SMK. Pantai                                       [Lihat halaman sebelah
                                                                                                        SULIT
SULIT                                           2                                          1249/1


1     Senarai di bawah menunjukkan tokoh sarjana yang mendefinisikan perkataan tamadun.

                                   Syed Naquib al-Attas
                                   Richard Sullivan

      Apakah persamaan pendapat tokoh tersebut?

      A      Pencapaian tatasusila
      B      Perkembangan bandar
      C      Pembangunan lahiriah
      D      Peningkatan ekonomi

2     Mengapakah kerajaan Assyria dalam Tamadun Mesopotamia memberikan penekanan
      dalam ilmu perubatan?

      A      Meningkatkan taraf kesihatan rakyat
      B      Mengatasi masalah wabak penyakit
      C      Menjaga kesihatan anggota tentera
      D      Melahirkan ramai pengamal perubatan

3     Apakah kaedah belajar yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda pada Zaman
      Vedik di India?

        A    Hafalan
        B    Pemahaman
        C    Menadah kitab
        D    Penerangan guru

4     Plato, Aristotle dan Socrates merupakah tokoh yang bergiat dalam bidang yang sama.
      Apakah sumbangan utama ketiga-tiga tokoh tersebut.

      A      Menyebarkan agama
      B      Memperkenalkan geometri
      C      Memajukan ilmu kaji bintang
      D      Mengembangkan ilmu falsafah

5     Apakah kesan Perang Kalinga terhadap Maharaja Asoka ?

      A      Penentangan masyarakat tempatan
      B      Penyingkiran golongan pendeta
      C      Penghapusan pentadbiran tradisional
      D      Penaklukan melalui penyebaran agama




    1249/1@ Hak Cipta Panitia Sejarah SMK. Pantai                        [Lihat halaman sebelah
                                                                                        SULIT
SULIT                                            3                                              1249/1

6      Apakah agama yang dikaitkan dengan pernyataan di bawah?

                        Diterima dengan baik di Tibet dan Sri Lanka
                        Kitab suci ialah Tripitaka yang menggunakan bahasa Pali

       A      Hindu
       B      Buddha
       C      Taoisme
       D      Confucianisme

7      Mengapakah kerajaan maritim dan agraria di Asia Tenggara menjalin hubungan
       yang baik?

       A      Sistem ekonomi yang sama
       B      Mengamalkan perluasan kuasa
       C      Saling melengkapi antara satu sama lain
       D      Menghormati kedaulatan masing-masing

8      Antara berikut , yang manakah berkaitan dengan kemahiran dan teknologi yang dimiliki
       oleh penduduk Angkor?

       A      Membina kota yang tersusun
       B      Menghasilkan sistem pengairan
       C      Mencipta kapal layar moden
       D      Mengukir tulisan pada batu

9      Masyarakat maritim mampu berdagang ke kawasan yang jauh.
       Bagaimanakah mereka melakukannya?

       A      Mengikut tiupan angin
       B      Merujuk peredaran matahari
       C      Memerhati bintang di langit
       D      Mengguna kepakaran jurumudi

10     Perkembangan bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa luar.

                               • dukkha
                               • dorhaka
                               • phala

       Perkataan-perkataan di atas berkaitan dengan pengaruh bahasa

       A      Sanskrit                               C   Arab
       B      Jawa                                   D   Pali


     1249/1@ Hak Cipta Panitia Sejarah SMK. Pantai                            [Lihat halaman sebelah
                                                                                             SULIT
SULIT                                            4                                            1249/1

11     Maklumat berikut menunjukkan reaksi masyarakat Arab Jahiliah semasa kelahiran bayi.

               “Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak
               perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah… ”
       Mengapakah timbul perasaan tersebut?

       A      Menjatuhkan maruah keluarga
       B      Menganggap wanita lemah
       C      Membebankan keluarga
       D      Merosakkan keturunan

12     Kebanyakan penganut Islam pada peringkat awal terdiri daripada golongan bawahan
       seperti hamba.
       Mengapakah golongan tersebut tertarik kepada agama Islam ?

       A      Nasib mereka sentiasa dibela
       B      Dimerdekakan oleh tuan mereka
       C      Nabi sentiasa bersikap baik terhadap mereka
       D      Layanan yang sama kepada semua manusia

13     Peristiwa berikut merupakan hijrah pertama orang Islam.

                                      Berhijrah ke Habsyah.

       Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. mengambil tindakan tersebut?
       A   Mematuhi perintah Allah
       B   Meneruskan penyebaran Islam
       C   Mengurangkan tekanan orang Quraisy
       D   Memenuhi jemputan penduduk tempatan


14     Apakah tujuan Rasulullah menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah?
       A   Menjamin keselamatan
       B   Menyebarkan ajaran Islam
       C   Menggubal perjanjian damai
       D   Membina kehidupan baru

15     Piagam Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi
       Muhammad s.a.w. Bagaimanakah kandungan Piagam Madinah mampu melahirkan
       masyarakat yang harmoni dan bersatu padu?

       A      Konsep perpaduan ummah
       B      Kebebasan mengamalkan adat resam
       C      Larangan terhadap amalan mengaut keuntungan
       D      Jaminan keselamatan kepada orang bukan Islam

     1249/1@ Hak Cipta Panitia Sejarah SMK. Pantai                          [Lihat halaman sebelah
                                                                                           SULIT
SULIT                                            5                                        1249/1

16     Apakah peristiwa yang menyebabkan orang Islam Madinah melakukan Baiah al-Ridwan?

       A      Kegagalan Quraisy mematuhi perjanjian
       B      Khabar angin tentang kematian Uthman
       C      Tawanan perang Quraisy dibunuh
       D      Penangkapan Suhail bin Amru

17     Antara berikut yang manakah kepentingan perjanjian Hudaibiyah?

       I      Tawaran jawatan terhadap Nabi Muhammad
       II     Strategik Arab Quraisy selamatkan Kota Makkah
       III    Kebebasan orang Islam memasuki Makkah
       IV     Orang Quraisy mengiktiraf kerajaan Madinah

       A      I dan II
       B      I dan IV
       C      II dan III
       D      III dan IV

18     Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. membuka semula Kota Makkah?

       A      Menonjolkan kehebatan Islam
       B      Peluang meningkatkan taraf hidup
       C      Mewujudkan pusat pemerintahan baru
       D      Arab Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah

19     Apakah kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Umaiyah dalam bidang pertanian?
       A      Memperkenalkan tanaman bergilir
       B      Membina terusan dan tali air
       C      Menghasilkan benih berkualiti
       D      Mencipta teknik pembajakan tanah

20     Apakah peranan utama kota Baghdad semasa pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah?

       A      Perdagangan antarabangsa
       B      Penulisan dan penterjemahan
       C      Perusahaan pembuatan barangan
       D      Perkembangan kesenian dan kesusasteraan

21     Apakah maksud imperialisme ?
       A      Pengenalan ekonomi moden
       B      Penjajahan wilayah lain
       C      Penyebaran budaya luar
       D      Pembebasan kuasa politik

     1249/1@ Hak Cipta Panitia Sejarah SMK. Pantai                      [Lihat halaman sebelah
                                                                                       SULIT
SULIT                                            6                                           1249/1

22     Mengapakah Sarekat Islam mendesak Belanda menubuhkan Volksraad?

       A      Merupakan langkah awal ke arah kemerdekaan
       B      Menyekat pengaruh luar dalam kalangan penduduk
       C      Menjadi penasihat dalam pentadbiran
       D      Memajukan ekonomi penduduk Islam

23     Sebelum kedatangan Perancis, sistem birokrasi Vietnam diketuai oleh golongan Mandarin
       yang dipilih melalui...

       A      perwarisan
       B      pilihan raya
       C      peperiksaan
       D      pungutan suara

24     Merujuk maklumat berikut, siapakah tokoh Y?

                                             Mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam
             Tokoh Y                         Menjadi Presiden Vietnam Utara
                                             Pemimpin Parti Komunis Vietnam

       A      Nguyen Thai Hoc
       B      Maharaja Bao Dai
       C      Phan Boi Chau
       D      Ho Chi Minh

25       Pernyataan di bawah menjelaskan bahawa berlaku gerakan nasionalisme di Thailand,
         walaupun negara tersebut tidak dijajah.

                    Parti Rakyat melancarkan revolusi pada tahun 1932

         Apakah kesan langsung daripada peristiwa itu?

         A    Pentadbiran bercorak birokrasi
         B    Kuasa mutlak raja bertambah kukuh
         C    Sistem raja berperlembagaan dibentuk
         D    Pemerintahan republik diperkenalkan

26     Apakah tujuan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-19 hingga awal
       abad ke-20?

       A      Menggulingkan kuasa raja
       B      Memajukan ekonomi negara
       C      Menentang penjajahan British
       D      Menyekat kemasukan imigran asing



     1249/1@ Hak Cipta Panitia Sejarah SMK. Pantai                         [Lihat halaman sebelah
                                                                                          SULIT
SULIT                                            7                                          1249/1

27       Apakah faktor yang mendorong masyarakat tempatan memberikan sokongan kepada
         pembesar untuk menentang British ?

       A      Sistem kerahan tenaga
       B      Menjadi adat turun-temurun
       C      Mendapat pengiktiran pemimpin
       D      Pelaksanaan undang-undang Barat

28     Kekalahan Dol Said dalam perang menentang British pada akhir tahun 1932 disebabkan
       tiadanya bantuan ketenteraan daripada pemimpin sekitar.

       Apakah kesan daripada kekalahan tersebut kepada Dol Said?

       A      Ditembak dengan senjata moden
       B      Dipaksa menyerah diri
       C      Digantung hingga mati
       D      Dilucutkan jawatan

29       Mengapakah pihak penjajah menganggap penerbitan akhbar sebagai ancaman terhadap
         mereka ?

       A      Menyebarkan idea nasionalis
       B      Memperjuangkan hal-hal agama
       C      Membincangkan sistem sosial orang tempatan
       D      Mendedahkan kepincangan sosial orang Barat

30     Apakah matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim
       Haji Yaakob?

       A      Menghalau British dari Tanah Melayu
       B      Memajukan sosioekonomi orang Melayu
       C      Meningkatkan pendidikan orang Melayu
       D      Menghapuskan semangat kenegerian

31     Senarai berikut merupakan persatuan yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
                            Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
                            Kesatuan Melayu Muda (KMM)

       Apakah persamaan kedua-dua persatuan tersebut ?

       A      Mempunyai unsur politik
       B      Memperjuangkan kemerdekaan
       C      Menggabungkan persatuan
       D      Menggalakkan perpaduan
     1249/1@ Hak Cipta Panitia Sejarah SMK. Pantai                      [Lihat halaman sebelah
                                                                                       SULIT
SULIT                                            8                                          1249/1

32     Sempadan sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu tradisional ditentukan oleh...

       A      kesetiaan rakyat
       B      keluasan taklukan
       C      kedudukan sungai
       D      kedaulatan raja

33     Peristiwa berikut berlaku di Eropah.
                              Revolusi Inggeris 1688
                              Revolusi Perancis 1789

       Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

       A      Pembentukan empayar
       B      Pengagihan kuasa pusat
       C      Pemantapan kuasa gereja
       D      Pembinaan negara bangsa moden

34     Bagaimanakah Undang-Undang Tubuh Terengganu dapat menghalang perluasan kuasa
       British?
       A     Pembesar tidak boleh mengkhianati negeri
       B     Pemerintah dipilih melalui musyawarah
       C     Pembesar mesti berpendidikan Islam
       D     Pemerintah memiliki kuasa mutlak

35     Apakah faktor yang menyebabkan British memperkenalkan Malayan Union di Tanah
       Melayu?

       A      Membanteras ancaman komunis
       B      Menyediakan asas berkerajaan sendiri
       C      Mendapat sokongan pembesar Melayu
       D      Memantapkan kuasa politik orang Melayu

36     Senarai berikut merupakan pertubuhan yang berhaluan kiri.
                     Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
                     Angkatan Pemuda Insaf (API)
                     Barisan Tani Malaya (BATAS)

       Apakah yang diperjuangkan oleh penubuhan tersebut?
       A   Menyokong penubuhan Malayan Union
       B   Merestui Persekutuan Tanah Melayu
       C   Menyebarkan fahaman komunis
       D   Melancarkan pemberontakan

     1249/1@ Hak Cipta Panitia Sejarah SMK. Pantai                        [Lihat halaman sebelah
                                                                                         SULIT
SULIT                                            9                                       1249/1


37     Apakah kesan penting penubuhan Rukun Tiga Belas di Sarawak pada tahun 1946?

       A      Peletakan jawatan kakitangan awam
       B      Pembunuhan Gabenor Sarawak
       C      Pemberontak dihukum gantung
       D      Pemimpin pelajar dipenjara

38     Apakah bukti yang menunjukkan Sistem Ahli adalah asas kepada perpaduan kaum di
       Tanah Melayu?

       A      Keputusan adalah melibatkan semua kaum
       B      Tolak ansur melalui rundingan semua kaum
       C      Idea penubuhannnya cadangan pelbagai kaum
       D      Ahlinya terdiri daripada pemimpin pelbagai kaum

39     Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dibentuk hasil perundingan UMNO dan
       Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada tahun 1949.

       Mengapakah RIDA ditubuhkan?

       A      Menggalakkan masyarakat luar bandar bersatu
       B      Memajukan ekonomi masyarakat luar bandar
       C      Mengekalkan orang Melayu sebagai petani
       D      Memasarkan hasil pertanian penduduk

40     Apakah kepentingan penubuhan Malaysia dari segi ekonomi?

       I      Menggalakkan kemasukan buruh
       II     Mewujudkan pasaran yang lebih luas
       III    Menjana perkembangan industri pertanian
       IV     Kemajuan perdagangan antarabangsa

       A      I dan II
       B      I dan IV
       C      II dan III
       D      III dan IV



                                      KERTAS SOALAN TAMAT




     1249/1@ Hak Cipta Panitia Sejarah SMK. Pantai                     [Lihat halaman sebelah
                                                                                      SULIT

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:428
posted:7/3/2011
language:Malay
pages:9