SDP_1 by amranaris

VIEWS: 584 PAGES: 22

									       TAJUK 1:
SENI DALAM PENDIDIKAN
        Disediakan oleh:
       AMRAN BIN ARIS
 Jabatan Kajian Sosial IPG KPM
KONSEP DAN LATAR BELAKANG
Pengenalan
• Merangkumi bidang-bidang seperti muzik,
  teater, puisi, tarian, seni visual, fotografi
  dan sebagainya.
• Subjek ini hanya menyentuh bidang Seni
  Visual, Muzik dan Pergerakan
• Konsep irama, warna dan ruang boleh
  dicapai melalui aktiviti penerokaan,
  pengalaman dan ekspresi
            Perbincangan
1. Apabila aktiviti-aktiviti Seni Dalam
   Pendidikan diintegrasikan dengan subjek
   lain, apakah yang boleh berlaku kepada
   proses pembelajaran?
2. Bagaimanakan integrasi ini memberi
   kesan kepada perkembangan
   menyeluruh kanak-kanak?
1.1 Konsep dan Latarbelakang
• SDP meningkatkan perkembangan insan
  dan minda secara holistik
• SDP membantu meningkatkan kreativiti
  dan ekspresi kendiri
• SDP membantu membina keupayaan
  untuk menangani perubahan pesat yang
  sedang berlaku.
• Menurut ahli kognitf dan ahli teori
  konstruktivisme – kanak-kanak membina
  pengetahuan secara aktif.
• Pembelajaran secara aktif dan interaksi
  sosial digalakkan dalam persekitaran yang
  selamat.
• Pembelajaran dicapai melalui aktiviti
  meneroka, eksperimen, dan mengolah
  bakat.
• Seni membolehkan pelajar meluahkan
  idea secara bebas dan kreatif.
                 Aktiviti
• Dengar lagu ini.
1. Hasilkan sebuah lukisan mengikut daya
   kreativiti dan imiginasi anda.
2. Fikirkan suatu gerak kreatif yang boleh
   dilakukan berpandukan iringan lagu.
Kepentingan SDP Untuk Sekolah
Rendah
•  Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan
   Pergerakan kanak-kanak:
1. menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri
   dan kecerdasan pelbagai.
2. Melibatkan diri dalam pembelajaran
   secara aktif dan menyeronokkan.
3. Integrasi SDP dengan m/pelajaran lain
   membantu imbangan perkembangan
   otak kiri dan kanan.
4. Aktiviti Seni Visual, Muzik dan
   Pergerakan menghubungkaitkan semua
   benda alam - membantu mengaktifkan
   pembelajaran dan pemindahan
   pembelajaran.
  Faedah Seni di Sekolah Rendah
1. Keyakinan diri dan kemahiran belajar.
2. Memperkembangkan kemahiran
   meneroka, pengalaman dan ekspresi.
3. Menggalakkan pembelajaran seumur
   hidup.
4. Belajar cara belajar
5. Hubungkait, gerak hati, celik akal dan
   kecerdasan “Lateral Leaps”
           Perbincangan
Mengapa Seni dalam pendidikan?
Bincangkan dari aspek:
• Teori pembelajaran
• Model pengajaran dan pembelajaran
• Asas-asas bidang seni
• Teori mengenai keperluan kanak-kanak
                Refleksi

•   Teori Konstruktivisme
•   Teori Kecerdasan Pelbagai
•   Teori Behaviorisme Sosial
•   Teori Perkembangan
•   Teori Otak Kiri Otak Kanan
•   Teori Pemperosesan Maklumat
        Teori Kontruktivisme
• Manusia belajar secara aktif dengan ilmu
  yang didapati bermakna kepada dirinya
  (actively construct knowledge that they
  find personaly meaningful).
  Aktiviti dan kandungan Seni yang
  melibatkan warna, bentuk, ruang, muzik,
  pergerakan memudahkan kanak-kanak:
• Menghubungkaitkan ilmu baru dengan
  pengetahuan sedia ada diri sendiri.
• Mengatur susun maklumat dan
  pengetahuan baru.
• Melibatkan diri dalam menghasilkan
  sesuatu mengenai ilmu baru dengan
  bentuk ekspresi sendiri
• Memberi gambaran mengenai
  pengetahuan baru dengan berbagai cara
  dan bentuk.
• Menyampaikan pengetahuan baru melalui
  repretasi dan persembahan.
• Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti
  lanjutan
    Aktiviti dan pendekatan Seni yang
    melibatkan penerokaan, manipulasi
    bahan, inkuiri penemuan, penghasilan dan
    ekspresi, membantu kanak-kanak:
•   Membina ilmu baru dan ilmu abstrak dari
    bahan konkrit.
•   Membuat pemerhatian.
•   Melibatkan deria mengikut keperluan
    kanak-kanak.
•   Menggunakan imaginasi dan fantasi diri.
  Aktiviti, kandungan dan pendekatan Seni
  melibatkan pembelajaran kecerdasan
  emotif dan pengalaman langsung juga
  mudah direka untuk memberi peluang
  kepada kanak-kanak:
• Berinteraksi dengan bahan, subjek dan
  hasil.
• Berinteraksi dengan orang lain dalam
  proses penghasilan/penyampaian
• Mendapat maklumbalas dari orang lain
• Bekerjasama dengan orang lain dalam
  proses penghasilan karya
• Mengelakkan perlakuan yang tidak
  diingini.
• Mengekalkan perlakuan yang diingini
       Percambahan Minda
   Fikirkan bagaimana aktiviti SDP di atas
   mempunyai kaitan dari segi:
1. Memudahkan proses untuk membina
   ilmu yang bermakna kepada kanak-
   kanak.
2. Memberi peluang untuk kanak-kanak
   melibatkan pelbagai kecerdasan.
3. Belajar dengan memerhati perlakuan
   orang lain.
4. Pembelajaran berlaku secara optima
   apabila melibatkan otak kiri dan otak
   kanan secara seimbang.
5. Pembelajaran secara koperatif
6. Pengetahuan disimpan dalam memori
   jangka panjang.
7. Perkembangan seimbang dan
   menyeluruh.
 Matlamat Seni dalam pendidikan:
• Membantu perkembangan menyeluruh
  dan seimbang dari segi JERI sejajar
  dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Mendatangkan kebaikan kepada
  masyarakat dengan cara mempelajari cara
  orang lain berfikir, bekerja dan ekspresi
  diri serta membuat keputusan dalam
  pelbagai situasi (kefahaman situasi)
• Merangsangkan kreativiti untuk melakukan
  sesuatu dan menyedari bahawa
  pembelajaran menyeronokkan.
• Integrasi Seni dengan subjek lain
  melengkapkan perkembangan otak kiri
  dan otak kanan.
• Menggerakkan kanak-kanak belajar
  secara aktif.
 Matlamat mata pelajaran SDP:
• Menyediakan guru permulaan sekolah
  rendah dengan pengetahuan dan
  kemahiran untuk mengintegrasikan
  aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
  dalam proses pengajaran dan
  pembelajaran pelbagai bidang mata
  pelajaran lain.

								
To top