Docstoc

My Resipi_ resepi Roti Boy _Mexican Bun_

Document Sample
My Resipi_ resepi Roti Boy _Mexican Bun_ Powered By Docstoc
					My Resipi: resepi Roti Boy (Mexican Bun)

http://www.myresipi.com/top/detail/1460

Roti Boy (Mexican Bun)

oleh: DianaA

Resipi Roti Boy ini D dapat dari Recipezaar, kemudian D buat sedikit perubahan dari resipi asal. Ini resipi yang telah D ubahsuai untuk mendapat rasa dan juga texture roti yang sempurna. Sekiranya tidak suka dengan perasa kopi pada toppingnya boleh gantikan dengan chocolate emulco untuk mendapatkan rasa coklat. Marbelousss....
Created on : 04-04-2007 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 17 biji ) # Bahan untuk Inti # 100 gram mentega bergaram, dilembutkan 1/4 sudu teh esen vanilla 35 gram gula perang # Bahan untuk Topping # 100 gram mentega, dilembutkan 80 gram gula aising, diayak 2 biji telur, dipukul sedikit 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi 100 gram tepung serbaguna, diayak # Bahan untuk Doh Manis # 500 gram tepung roti, diayak 20 gram tepung susu, diayak 75 gram gula kaster 1 sudu teh) garam 1 1/2 sudu teh yis segera 1 biji telur, dipukul sedikit 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air) 60 gram mentega, dilembutkan Cara-cara 1. Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan. 2. Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit.

1 of 2

9/2/08 6:48 PM

My Resipi: resepi Roti Boy (Mexican Bun)

http://www.myresipi.com/top/detail/1460

Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan. 3. Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit. 4. Cara untuk membuat Roti Boy Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

Muka depan my resipi | My Resipi | Senarai Resepi | Faq | Disclaimer © Copyright 2008 Fendi Family, ada apa-apa komen dan juga idea? Hantarkan kepada kami My Resipi : Tempat untuk berkongsi resepi My Recipe.org : A place to share recipes in english

2 of 2

9/2/08 6:48 PM


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:4157
posted:7/10/2009
language:Malay
pages:2