Docstoc

My Resipi_ resepi Mee Rebus Udang

Document Sample
My Resipi_ resepi Mee Rebus Udang Powered By Docstoc
					My Resipi: resepi Mee Rebus Udang

http://www.myresipi.com/top/detail/974

Mee Rebus Udang

oleh: Mat Gebu

Mee rebus udang ala Singapura sesuai utk jamuan dan rumah terbuka
Created on : 27-01-2007 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 orang ) 500 g mee kuning 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua Limau kasturi secukupnya Taugeh, dibuang ekor dan dicelur 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus Hirisan cili hijau dan merah Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang 250 g udang sederhana besar BAHAN-BAHAN UTK KUAH:3 ulas bawang putih* 6 biji bawang merah kecil* 1/2 cm halia* 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan* 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus) 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air 1 batang serai, dititik 1 inci lengkuas, dititik 3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus 1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional) 1 biji tomato, dibelah empat Cara-cara 1. Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan 2. Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.

1 of 2

9/2/08 7:57 PM

My Resipi: resepi Mee Rebus Udang

http://www.myresipi.com/top/detail/974

3. Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2) 4. UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan

Muka depan my resipi | My Resipi | Senarai Resepi | Faq | Disclaimer © Copyright 2008 Fendi Family, ada apa-apa komen dan juga idea? Hantarkan kepada kami My Resipi : Tempat untuk berkongsi resepi My Recipe.org : A place to share recipes in english

2 of 2

9/2/08 7:57 PM


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:4154
posted:7/10/2009
language:Malay
pages:2