Docstoc

My Resipi_ resepi Laksa Kuala Perlis

Document Sample
My Resipi_ resepi Laksa Kuala Perlis Powered By Docstoc
					My Resipi: resepi Laksa Kuala Perlis

http://www.myresipi.com/top/detail/3253

Laksa Kuala Perlis Resepi asli Kuala Perlis...
Created on : 12-11-2007 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

oleh: Delila

Bahan-bahan ( 4 Org ) 1 Kg laksa beras 1 Kg ikan kembung 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas) 10 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 batang serai di ketuk 1/2 inci lengkuas (ketuk) Asam keping secukupnya 1 ketul gula 'Gherek' Daun kesum secukupnya 1 kuntum bunga kantan (belah 4) Garam, Gula dan MSG secukup rasa Air secukupnya 5 biji cili merah Belacan sebesar ibu jari BAHAN ULAM 1 biji timun (potong lidi) 2 labu bawang besar (potong bulat nipis) 10 biji cili api (potong bulat nipis) Daun selom secukupnya (racik halus) Cara-cara 1. Rebus ikan dengan gula 'Gherek', garam, asam keping dan lengkuas hingga masak.Sejukkan dan siat isi ikan.Asingkan isi dengan tulang.Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk.Kemudian

1 of 2

9/2/08 7:01 PM

My Resipi: resepi Laksa Kuala Perlis

http://www.myresipi.com/top/detail/3253

kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi. 2. Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.masukkan dalam periuk tadi.Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana.Tambahkan air jika terlalu pekat. 3. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan.Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garan, gula dan MSG secukup rasa.Masak hingga mendidih. 4. CARA MENGHIDANG ---> Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk.Letakkan segala ulam ulaman dan sendukkan kuah.Hidang ketika panas.

Muka depan my resipi | My Resipi | Senarai Resepi | Faq | Disclaimer © Copyright 2008 Fendi Family, ada apa-apa komen dan juga idea? Hantarkan kepada kami My Resipi : Tempat untuk berkongsi resepi My Recipe.org : A place to share recipes in english

2 of 2

9/2/08 7:01 PM


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1598
posted:7/10/2009
language:Malay
pages:2