Docstoc

Teknik Belajar Berkesan

Document Sample
Teknik Belajar Berkesan Powered By Docstoc
					Teknik Belajar Berkesan
Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon
Rabu, 13 Januari 2010 15:32
                       Panduan Teknik Belajar Secara Berkesan


KAEDAH-KAEDAH BELAJAR
JARANG-JARANG diketahui oleh sesetengah pelajar bagaimana kejayaan menyusuli
setiap usaha dan ketekunan mereka.

Tidak diketahui pula bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu
akan memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya ! setiap orang harus memikirkan
soal ini.

Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan
mengikut jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.

Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan
dan kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak
dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah
dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Tetapi
bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang lain.


Keterangan-keterangan berikut mengandungi punca-punca yang akan membantu
kejayaan seseorang itu :

(a) Kecerdikan dan kebolehan yang istimewa .............. 50 - 60 %
(b) Kesungguhan , minat dan cara-cara mentelaah yang memberi
kesan ............................ 30 -40 %
(c) Nasib dan faktor persekitaran .................................. 10 - 15 %


Kebolehan sebenarnya dapat menolong seseorang ke arah kejayaan itu tetapi
kebolehan sahaja tidaklah memadai. Ramai di antara pelajar yang bijak kecewa
terutama dalam subjek-subjek yang sukar seperti Matematik dan Sains. Sebab
utamanya para pelajar tidak merangkumi keseluruhan teknik yang diperlukan atau tidak
pernah memikirkan cara-cara untuk belajar dengan berkesan. Umpamanya rancangan
dengan jadual belajar .

JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS :

1. Adakah kamu mempunyai rancangan jadual melakukan sesuatu
setiap hari ? Ya / Tidak

2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ? Ya / Tidak

3. Adakah kamu menghadapi sebarang masalah apabila hendak
memulakan study kamu ? Ya / Tidak

4. Adakah kamu memulakan pelajaran tepat pada
waktunya ? Ya / Tidak

5. Adakah kamu berasa tugas anda menarik ? Ya / Tidak
6. Adakah kamu berbincang tentang sesuatu perkara yang telah
dibaca bersama-sama orang lain ? Ya / Tidak

7. Pernahkah kamu bertanya apa yang kamu kurang faham atau tidak
mengetahuinya ? Ya / Tidak

8. Pernahkah kamu membuat kajian sepintas lalu dahulu sebelum
membaca dengan teliti ? Ya / Tidak

9. Adakah kamu tidak memberi perhatian kepada jadual dan rajah
semasa membaca ? Ya / Tidak

10. Adakah kamu menyimpan nota-nota mengenai satu pelajaran di
tempat yang sama ? Ya / Tidak

11. Adakah kamu membuat catatan,rajah,jawapan dan sebagainya
daripada apa yang dibaca dalam
perkataan sendiri ? Ya / Tidak

12. Adakah kamu bersedia untuk peperiksaan sehingga
l arut malam ? Ya / Tidak

13. Adakah kamu mendapat tidur atau kerehatan
yang cukup ? Ya / Tidak

14. Adakah kamu dapat markah yang rendah jika ujian dibuat
secara tidak disangka-sangka ? Ya / Tidak

JAWAPAN :
1. Ya 8. Ya
2. Ya 9. Tidak
3. Tidak 10. Ya
4. Ya 11. Ya
5. Ya 12. Tidak
6. Ya 13. Ya
7. Ya 14. Tidak

Kamu dapat membuat kesimpulan yang tersendiri sejauh mana kemajuan yang telah
kamu perolehi. Atau adakah pertanyaan-pertanyaan di atas itu telah terjawab dan kamu
telahpun mengamalkannya?

Jika anda gagal dalam banyak ujian di atas maka fikirlah segera cara membaikinya.

Adakah hidup kamu benar-benar dirancang? Cuba analisis diri dengan berpandukan
jadual berikut :

Kegiatan / Lama Yang Sepatutnya
Tidur / 6 - 7 jam
Makan / 1 jam 15 minit
Mengikuti kelas@pejabat / 6 jam
Belajar / 4 jam
Kelab,persatuan,sukan / 2 jam
Aktiviti-aktiviti sosial /1 jam
Perjalanan / 1 jam
Lain-lain pekerjaan yang perlu / 1 jam
Jumlah / 24 jam

Masa belajar setiap hari mesti tidak kurang 4 jam. Jika tidak dapat dicapai maka kamu
mesti berfikir secara serius, kenapa? Munginkah kerana tidur dan berbaring-baring atas
katil melebihi 8 jam? Atau mungkin juga akiviti sosial dan lain-lain pekerjaan yang perlu
memakan masa lebih daripada 2 jam. Umpamanya berbual-bual kosong, menonton TV
atau mandi yang terlalu lama.

Ingatlah "masa itu emas". Sekiranya ia berlaku kamu tidak dapat memilikinya lagi.
Mengikut kata pujangga "Hari kelmarin sudah pun pergi, hari ini pasti ada ; hai esok
belum tentu bahagia". Jadi kita mesti gunakan masa yang pasti ada ini untuk
menyediakan hari esok yang akan tiba. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.
Setiap kesempatan mesti digunakan untuk belajar.

Biasakan diri dengan tabiat membaca umpamanya sementara menunggu bas, semasa
di kantin, semasa membuang air besar dan lain-lain.

Pendek kata dunia kamu adalah buku dan kamu mestilah menumpukan sepenuhnya
pada pelajaran.

Kelulusan kamu sama ada peringkat cemerlang (Distinction) kepujian (credit) atau lulus
(pass) bergantung kepada pemusatan fikiran dan perhatian yang diberikan. Kalau kamu
bertekad mendapat Pangkat A1 atau A2, kamu mestilah mencurahkan tenaga dan masa
seperti orang yang mahu mendapatkan pangkat lebih daripada A1. Dan kalau kamu
ingin mendapat kepujian (katakan C6) curahkan tenaga untuk mendapatkan A2.
Ringkasnya curahkan tenaga berkali-kali ganda lebih banyak atau tinggi daripada apa
yang dicita-citakan.

Anda harus mempunyai rasa tanggungjawab dan disiplin diri. Orang yang
bertanggungjawab akan berusaha besungguh-sungguh agar lulus dengan baik. Dia
sedar akan maruahnya .

Masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar ialah godaaan (ancaman)
pengaruh luar seperti kawan, permainan, kelab, hiburan dan seumpamanya . Semua ini
akan berjaya mematahkan semangat dan memesongkan haluan kamu jika azam kamu
tidak kuat , matlamat tidak bulat dan padu.

Segala usaha dan ikhtiar kan dibalas baik jika dilakukan dengan betul dan bersungguh-
sungguh. Ucapkan nama Tuhan sebelum memulakan sesuatu

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR
Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :

a.       Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara
duduk           tegak
         lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
b.       Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang
serius .       Semasa
         membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c.        Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya
secara        berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.
d.       Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan
yang dibaca.
         Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan
maknanya           dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan
atau nota ringkas       amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia
membolehkan ulang kaji dibuat             dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua
pelajaran yang dipelajari dalam masa 1        tahun.


TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS
BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh
diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :

    1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
    2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
    3. Baca dan garis fakta.
    4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
    5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
    6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
    7. Susun fakta ( jika perlu ).
    8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
    9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
    10. Ulang hingga kamu puas hati.
    11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
    12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
    13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis
        kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia
akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk
ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah :

      Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada
       karangan asal.
      Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting
       sahaja.
      Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan
       apabila membaca.
      Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
      Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang
       tambahan atau isi penting.
TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR
JADUAL belajar amat perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa. Ia adalah
satu ikatan atau disiplin diri, untuk memanfaatkan masa yang terluang. Setelah ditolak
masa di sekolah, masa tidur, masa bersukan, masa makan, masa tuisyen ( atau kelas
tambahan ) dan lain-lain.

Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang
perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran
dan juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran
berbeza-beza.

Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar.
Contohnya
Hari Ahad             : 9.00 pagi - 10.00 pagi
                      : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
                      : 2.00 petang - 3.30 petang
                      : 3.30 petang - 5.00 petang
                      : 8.30 malam - 10.00 malam
                      : 10.00 malam - 11.30 malam

Hari Isnin             : 2.30 petang - 4.00 petang
                      : 4.00 petang - 5.30 petang
                      : 8.30 petang - 10.00 malam
                      : 10.00 malam - 11.30 malam

Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan
keentingan dan kelemahan diri.

Contohnya :

    1.    Matematik - 4 kali seminggu
    2.    Bahasa Inggeris - 2 kali
    3.    Sejarah - 4 kali
    4.    dan seterusnya
Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan
agihan mata pelajaran yang disebut di atas.

PERINGATAN :

        Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari ,
         maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari.
        Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6
         .00 pagi.
        Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh
         dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya .
        Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin
         terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah
         atau keluarga.
TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN
SEBAGAI calon peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSr, kamu
tidak seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran. Persediaan awal perlu dibuat
sebaik sahaja sekolah dibuka. Kamu sepatutnya sudah mula membuat nota.

Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai sumber
untuk tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku teks, buku
rujukan, perbincangan berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah. Dari situ, kita
mengambil isi-isi penting untuk diingat atau difahami.

Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi? Bagaimana bentuk nota kamu?
Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota - yang kita tulis sendiri, kita
sediakan sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat nota sendiri
perlu dilakukan secara berterusan setiap hari, tidak semestinya menjelang peperiksaan
saja.

Cuba kamu ikut contoh Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM.
Dengan keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke
Victoria University, Welllington, New Zealand dalam bidang Perdagangan dan
Pentadbiran. Tentu kamu tertanya-tanya , bagaimana dia boleh skor A dalam setiap
mata pelajaran yang telah diambilnya. Fazley mula membuat nota kecil sejak di
Tingkatan Empat lagi. Jika kamu mahu mengikuti jejak langkahnya, ayuh ... jangan
bertangguh ... mulakan dari sekarang. Mari ikut teknik Fazley.

LANGKAH PERTAMA


Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang
highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, kamu boleh
menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada
kemampuan dan keselesaan kamu.

LANGKAH KEDUA


Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata
penting diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang
dibaca. Bacalah mengikut bab atau topik. Tidak perlu baca banyak perkara. Yang
penting kamu faham, kemudian baru buat nota.

LANGKAH KETIGA


Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum

LANGKAH KEEMPAT


Mula menulis nota mengikut kolum . Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua
bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum
itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain.
Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat
meningkatkan tahap ingatan.

LANGKAH KELIMA


Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang
penting. Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran
kamu tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan
warna yang sama untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh penting - warna merah,
nama tokoh - warna biru.

LANGKAH KEENAM


Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan
sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar.

LANGKAH KETUJUH


Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu
mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana . Jika ada masa terluang ,
silalah baca .

Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Fazley menasihatkan
pelajar agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan. Latihan
perlu dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Fazley berpendapat bahawa
subjek Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul secara
sistematik. Jalan penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan yang tepat dan
mendapat markah yang baik.

Menurut Fazley, dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Misalnya,
ketika menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal, tetapi hanya membaca
nota kecil itu. Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota yang dibuat
tanpa menunggu hari peperiksaan.

Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Fazley sendiri. Sebenarnya, ada banyak
lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Belajar awal dan membuat nota pada
peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin pada kebolehan diri dan kamu akan
merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan
ketika pelajar lain baru hendak membuat persediaan. Dengan cara ini kamu mempunyai
stamina untuk mengulang kaji semua mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut
kesesuaian kamu.

PETA MINDA


Kaedah membuat nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Kaedah
ini lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci. Kaedah ini lebih efektif berbanding
dengan kaedah biasa kerana kita dapat menyeimbangkan pengguanaan otak kiri dan
otak kanan. Di samping itu, peta minda merupakan kaedah yag berkesan untuk
mendapatkan semuala makluat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang
boleh dilihat.

Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman.
Melalui peta minda, kamuberhubung secara aktif dengan maklumat dalam ingatan
kamu seoalah-olah kamu berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri. Segala
maklumat yang kamu susun dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan secara
tepat dan mudah difahami.


PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA

   Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) ,
    duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul
   Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan
    yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar
   Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk ,
    kesimpulan , soalan / latihan , gambar rajah dan carta
   Baca keseluruhan teks dengan laju
   Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting
   Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta
    minda
   Bina peta minda

KAEDAH MEMBUaT PETA MINDA

   Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
   Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan
    berbeza supaya lebih menarik
   Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili
    tajuk utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih
    mudah mengingatinya
   Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah .
    Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi
   Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut .
    Gunakan simbol
   Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan
    warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
   Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu
    gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini
NOTA ISTILAH


Nota istilah digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar , difinisi , atau formula di atas
kad atau kertas . Nota istilah ini boleh digunakan sebagai bahan untuk mengulang kaji
tanpa mengira masa dan tempat .

KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH

   Baca topik dengan teliti
   Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting
   Catatkan istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras dan
    pen berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama
   Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan
    perkataan atau simbol seperti yg , dgn , cth , & . Lihat contoh

                       Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4)
                  Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1)
                                1 . Zaman Paleolitik

                 Manusia hidup berpindah-randah - dlm kelompok yg kecil
                               Mencari sumber makanan - tumbuhan liar
                                      Memburu binatang - dimkn
                                 Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat
       Tinggal - di dlm gua - di bwh ranting-ranting yg ditutup dgn rumput-rampai
                           Peralatan harian - diperbuat drp batu & tulang

NOTA GAMBAR RAJAH
Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu
topik yang dipelajari . Kaedah ini dapat membantu mengimbas kembali topik yang
sedang diulang kaji . Gambar rajah atau carta penting , bolehlah kamu salin daripada
nota , buku teks atau buku rujukan . Gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota
gambar rajah ini lebih menarik . Kamu bebas untuk memilih bentuk gambar rajah .




KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH

   Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) ,
    duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul
   Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan
    yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising
   Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk ,
    kesimpulan , soalan/latihan , gambar rajah dan carta .
Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu harus
bertanya kepada guru . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham
tentang sesuatu fakta . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota
yang tidak perlu atau tidak penting . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta
penting yang erlu diberi penekanan dalam proses pembelajaran . Guru yang prihatin
biasanya akan cuba memberikan seberapa banyak bahan yang boleh selain buku teks .

Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan
amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . Cuba ingat nota-
nota penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna
merupakan pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:83
posted:6/25/2011
language:Malay
pages:9