REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN MORAL by 1965nasirin3

VIEWS: 3,537 PAGES: 4

									                                                                   ELM3102        1


           REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN MORAL ,
                PEMERHATIAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS
                                        Oleh
                              NASIRIN BIN KANAN
                                    650403015245


Pendahuluan
Sumber dan bahan bantu mengajar yang digunakan dengan baik akan dapat
membantu menambahkan lagi keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah..
Bahan pengajaran ialah bahan yang gunakan untuk membantu dalam aktiviti
pengajaran seperti gambar, spesimen, perakam pita, dan radio maupun papan
tulis. Bahan pembelajaran pula ialah bahan yang digunakan oleh murid dalam
aktiviti pembelajaran seperti radas, buku teks, bahan bercetak dan kad kerja.
Bahan pengajaran dan pembelajaran saling berkait rapat                 semasa proses
pembelajaran dan pembelajaran.


Papan Unjuran
Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh
guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran
terdapat   dalam   setiap   bilik    darjah    secara   kekal   atau     mudah   alih.
Terdapat beberapa jenis papan unjuran,antaranya ialah papan tulis. Papan tulis
adalah alat bantu mengajar di dalam bilik darjah yang masih releven digunakan
di zaman moden ini.
Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta
digunakan sejak lama dahulu.Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada
dalam bilik dajah.Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan
istimewa.Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan
mudah.Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan
                                                               ELM3102    2


Pelaksanaan pengajaran mikro
Saya, Jasmi bin Sam, Kamarudin bin Taslim serta Azmi bin Sharif ,dari kumpulan
2,   telah ditugaskan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk pengajaran ialah KeluargaKu Sayang. Bidang
yang diberi ialah bidang 2, nilainya pula berkaitan dengan disiplin diri dan
keluarga.
Manakala nilai yang perlu diterapkan ialah kasih sayang terhadap keluarga,
perasaan cinta dan sayang yang mandalam, serta berkekalan terhadap keluarga
demi melahirkan keluarga bahagia. Kaedah yang digunakan ialah bermain dan
bercerita. Disamping itu, kami juga mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai
serta kemahiran pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint.


Pemerhatian penggunaan papan tulis
Berikut ialah hasil pemerhatian penggunaan papan tulis semasa pengajaran mikro
yang pertama.
Komponen Kemahiran
A     Kejelasan
Kekuatannya ialah huruf yang saya tulis jelas dan tidak bersambung. Saiz
tulisannya pula boleh dibaca oleh semua murid-murid termasuk yang duduk di
bahagian belakang bilik darjah. Selain itu lakaran grafik juga telah membantu
murid lebih mudah memahami mesej yang hendak saya sampaikan.


B     Susunan
Saya juga telah menggunakan ruang yang sesuai untuk menulis nota, rajah dan
ilustrasi. Selain itu, ilustrasi dan rajah yang dilukis pula, menarik serta
menggunakan warna yang sesuai. Nota dan maklumat yang saya catat juga saling
berkait dan mudah difahami. Namun begitu,masih ada beberapa orang murid yang
duduk di bahagian tepi kurang jelas melihat rajah dan gambar yang dipaparkan..
Masalah ini berlaku kerana gambar yang dipaparkan warnanya kurang jelas dan
lakarannya pula menggunakan kapur tulis warna biru dan hijau. Murid yang duduk
di bahagian tepi kelas ,sukar membezakan warna-warna tersebut.
                                                                     ELM3102      3




C     Penekanan/penonjolan
Saya juga menyusun gambar-gambar secara teratur pada papan tulis. Disamping
itu susunan gambar juga telah dapat memperjelas idea-idea yang masih kabur.
Penyusunan gambar pada papan tulis juga telah menarik minat murid-murid..
Selain itu, maklumat yang dipaparkan juga dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh
sebahagian besar murid.


D     Teknik persembahan
Saya juga telah menggunakan papan tulis untuk membina carta alir agar murid
mudah memahami perkaitan antara sesuatu idea yang disampaikan oleh guru.
Sebilangan besar murid telah mengambil bahagian semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Namun begitu,kelemahan yang ketara ialah lakaran rajah ada
yang sukar menepati konsep yang hendak saya disampaikan. Kesan yang timbul
ialah mungkin setiap murid mempunyai tanggapan yang berlainan antara satu
sama lain, dan mungkin juga berbeza dengan konsep yang hendak disampaikan
oleh saya.


Penambahbaikan semasa pengajaran mikro yang kedua
Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam
pencapaian kompetensi hasil belajar murid. Media ini perlu digunakan untuk
menyajikan maklumat secara sistematik dan memberikan penerangan kontektual
terhadap isi pelajaran murid.
Oleh itu, saya juga telah memastikan penggunaan papan tulis dapat dimanfaatkan
secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid. Saya juga telah
mengubah strategi penggunaan papan tulis semasa pengajaran, dengan
membahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian tersebut komposisinya adalah
20%    di    sebelah   kiri,   60%   di   tengah,   dan   20%   di   sebelah   kanan.
Bahagian kiri saya gunakan untuk menulis fokus pembelajaran, dan sering juga
dikenal sebagai tujuan pembelajaran. Bahagian ini saya pertahankan dan tidak
dihapus sebelum pelajaran diakhiri.
                                                                ELM3102    4




Bahagian tengah pula saya gunakan untuk menampal gambar rangsangan dan
juga digunakan sebagai tempat untuk maklum balas murid ketika memberikan
jawapan soalan lisan yang saya ajukan.Di bahagian tengah ,maklumat boleh
ditulis dan dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran berlangsung.


Bahagian kanan dari papan tulis pula saya gunakan untuk menuliskan kesimpulan
hasil proses pembelajaran. Kesimpulan tersebut saya tulis secara sistematik dan
dapat dibandingkan dengan hasil pembelajaran. Di samping itu, sumber dan
bahan bantu mengajar juga saya sesuaikan dari segi saiz,minat, keupayaan dan
umur murid. Saya juga telah memastikan semua tulisan dan label yang
dipaparkan dalam carta dan gambar rajah boleh dilihat dan dibaca dengan jelas
oleh semua murid dalam kelas. Saya juga telah memastikan bahan tersebut
saiznya sesuai dengan papan tulis.


Dari segi warna, saya juga memilih warna-warna yang terang agar murid mudah
membuat perbandingan. Begitu juga dengan lakaran rajah, saya telah
menggunakan kad-kad perkataan dan kad gambar untuk membantu murid
memahami idea yang hendak saya sampaikan.


RUMUSAN
Setiap guru hendaklah kreatif dan menggunakan bahan sumber yang ada di
dalam kelas. Selain itu, guru juga hendaklah mengambil kira sosio budaya dan
ekonomi setempat agar penggunaan bahan pengajaran dapat dimanfaatkan
sepenuhnya. Guru juga boleh menggunakan bahan di sekeliling murid sebagai
sumber pembelajaran .

								
To top