Nota Mikrekonomi STPM by Lanmiow

VIEWS: 10,882 PAGES: 49

									                          NOTA MIKROEKONOMI STPM
                            KONSEP PEMAHAMAN
                                AZLAN LAMIT
BAB 1
PENGENALAN

EKONOMI
Kajian tentang perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukkan dan
mengagihkan faktor pengeluaran yang terhad bagi menghasilkan barang dan
memenuhi kehendak yang tidak terhad

FAKTOR PENGELUARAN / SUMBER EKONOMI
Tanah; pulangan modal
Buruh; pulangan upah
Pengusaha; pulangan keuntungan
Modal (wang dan alatan; kilang dan mesin); pulangan bunga

JENIS BARANG
Barang Ekonomi
Penawaranya terhad; melibatkan kos lepas dan harga; barang pengguna dan barang
modal.
[Barang pengunna atau akhir: barang yang memberi kepuasan langsung kepada
pengguna. Barang modal: benda yang diguna untuk menghasilkan barang lain
macam kilang atau mesin]

Barang Percuma
Anugerah alam (tidak melibatkan kos); penawaran tak terhad (tak ada harga dan
kos lepas); pencemaran menjadikan barang ini tidak percuma.

Barang Awam Dan Barang Persendirian
Barang awam: tiada pengecualian (semua orang boleh guna); dibiayai oleh kerajaan
melalui cukai;
Barang persendirian: dibiayai oleh individu; orang ramai boleh guna tapi mesti bayar
atau minta kebenaran.

MASALAH KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS
Kekurangan: disebabkan oleh kehendak manusia yang tak terhad

Pilihan: manusia membuat pilihan yang memusakan kehendak dan pengeluar
memilih untuk mengelurakan barang yang memuaskan kehendak untuk
meningkatkan keuntungan.

Kos lepas: barangan kedua yang terbaik terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan
barang yang terbaik. Kos lepas disebabkan oleh masalah kekurangan (faktor).

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)
KKP: rajah yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluran barangan yang
dapat dicapai oleh sesebuah masyarakat merujuk kepada faktor pengeluran atau
sumber yang ada dan pada tingkat teknologi tertentu.
Keluk KKP:




    A
                         H

             B

                 C
        F

                 D

                     E

GUNA TENAGA PENUH
Titik A, B, C, D, & E: semua faktor pengeluaran telah digunakan pada tahap
maksimum dan tambahan untuk makanan hanya boleh berlaku jika pakaian
dilepaskan. (berada di sepanjang garisan keluk)

PEMBAZIRAN DAN PENGANGGURAN
Titik F: faktor pengeluaran/ sumber tak digunakan sepenuhnya. Pengeluaran yang
tak cekap. (berada di dalam lingkungan KKP)

KEKURANGAN
Titik H: tidak dapat dicapai sebab sumber/faktor pengeluaran tidak cukup. (berada di
luar lingkungan KKP)

PILIHAN
Ditujukkan oleh sebarang pergerakan di atas KKP. Penting untuk menentukan corak
ekonomi pada masa depan. Kombinasi barangan di atas KKP dikatakan telah
mencapai kecekapan teknologi dan ekonomi.

KOS LEPAS
Ditunjukkan oleh kecerunan KKP. KKP berbentuk cembung kerana kos lepas yang
semakin meningkat dan KKP berbentuk garis lurus kerana kos lepas adalah malar.
Pergerakan titik di atas KKP akan melibatkan kos lepas.

PERTUMBUHAN EKONOMI
Perkembangan Teknologi




 Perkembangan                Perkembangan                     Perkembangan
 teknologi makanan           teknologi pakaian                teknologi kedua-dua
Pertambahan Faktor Pengeluaran




   Pertambahan factor
   pengeluaran



MASALAH ASAS EKONOMI
Apa jenis barangan yang hendak dikeluarkan?
<barangan yang dapat memberi kepuasan kepada pengguna dan merupakan
kehendak manusia>

Berapa barang yang hendak dikeluarkan?
<bergantung kepada jumlah permintaan; berapa banyak orang mahu barangan itu>

Bagaimana barangan itu hendak dikelurakan?
<merujuk kepada teknik pengeluran; teknik berintensifkan modal atau teknik
berintensifkan buruh>

Untuk siapakah baranagn itu dikeluarkan?
<untuk masyarakat yang mampu mendapatkanya. Bergantung kepada pendapatan,
kemampuan dan kuasa beli pengguna>

PELAKU KEGIATAN EKONOMI DAN ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN
Pelaku Ekonomi: isi rumah (IR), firma, kerajaan (G)

Aliran Pusingan Pendapatan
Rajah yang menunujukan saling kait antara pelaku ekonomi melalui aliran fizikal dan
aliran wang dalam pasaran faktor dan pasaran brang di sesebuah ekonomi.
Aliran fizikal: pergerakan barangan dan faktor pengeluaran antara pelaku ekonomi.
Aliran wang: pergerakan pendapatan dan perbelanjaan antara pelaku ekonomi.
BAB 2
SISTEM EKONOMI DAN PERANAN KERAJAAN

SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS
Juga dikenali sebagai sistem ekonomi kapitalis. Tiada campur tangan kerajaan dalam
sistem ini. semua keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta melalui mekanisme
harga. Amerika syarikat mengamalkan sistem ini.

Ciri-Ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
Tiada campur tangan kerajaan: keputusan ekonomi dibuat oleh pengguna dan
pengeluar, kerajaan berperanan untuk menjaga keselamtan negara.

Pemilikan persendirian: individu bebas memiliki harta, bebas mengguna dan
mengagih harta, bebas untuk mencari kekayaan untuk kepuasan.

Peranan mekanisme harga: Main peranan penting. Kuasa permintaan dan penawaran
akan menentukan harga dan kuantiti barangan.

Wujud persaingan: individu bebas bersaing untuk mendapatkan barangan yang
sangup dibayar. Pengeluar bebas bersaing untuk mengeluarkan barang dengan
cekap pada kos yang minimum. Dengan persaingan, barangan menjadi berkualiti
dan berharga.

Keagungan pengguna dalam pasaran: Pengguna adalah raja. Kerana pengguna
penting dalam mewujudkan permintaan.

Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Dalam Pasaran Bebas
Apa – mengeluarkan barang yang ada permintaan dan memberi kepuasan
Berapa – ditentukan oleh mekanisme harga
Bagaimana – teknik yang meminimumkan kos pengeluran dan beroperasi cekap
Untuk siapa – pengguna yang mampu dan kuasa beli untuk membeli.

Kebaikan Sistem Pasaran Bebas
Kebajikan individu dan masyarakat dimaksimumkan
Individu jadi rasional; mereka cuba memuaskan kehendak diri.

Kebebasan yang luas untuk melakukan kegiatan ekonomi.
Individu bebas menjual faktor pengeluaran dan membeli barangan, begitu juga
sebaliknya pengeluar.

Menggalakkan penggunaan barangan dan faktor pengeluaran secara cekap
Mekanisme harga dikawal oleh kuasa DD dan SS. Pengeluar akan mengguna faktor
secara cekap dan mengelakkan pembaziran

Mendorong kemajuan teknologi dan inovasi
Persaingan menyebabkan inovasi dan perkembangan teknologi. Tujuan ialah untuk
megurangkan kos dan mengguna faktor secara cekap dan dapat untung banyak.

Pasaran memberi maklumat tepat kepada pengeluar
Maklumat tentang DD dan mekanisme harga tepat. Pengeluar boleh pilih barangan
apa yang hendak dikeluarkan.
Kelemahan Sistem Pasaran Bebas
Ketidakstabilan ekonomi
DD dan SS yang kerap berubah, harga barangan tak stabil. Ekonomi meleset dan
melambung; inflasi, pengangguran dan imbangan bayaran berlaku.

Agihan pendapatan yang tak saksama
Jurang antara kaya dan miskin meluas. Keadaan jadi tak harmoni dan ekonomi
mudah terancam.

Kegagalan mengeluarkan barangan awam
Sektor swasta tak sedia keluarkan barangan awam, ada yang tak sedia
membayarnya, pengeluar takut rugi.

Mengalakkan amalan monopoli
Persaingan membuat individu dan firma buat kajian terhadap barangan mereka. Ini
mewujudkan persaingan yang kuat. Firma kecil tak dapat bersaing, lahirlah hanya
satu dua firma dalam sesuatu industri itu.

Kos sosial dan dan kesan luaran
Pengeluar selalu abaikannya untuk mengurangkan kos, maka pencemaran air dan
udara berlaku. Beban ini terpaksa ditanggung orang awam



SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
Sistem ekonomi yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Pihak ini yang memainkan
peranan utama dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi dan juga mengawal
tingkat harga pasaran. Sistem ekonomi sosialis. China guna sistem ini.

Ciri-Ciri Sistem Perancangan Pusat
Campur tangan kerajaan dalam ekonomi
G campur tangan penuh melalui badan perancang ekonomi. Badan ini menyelesaikan
masalah asas ekonomi

Hak milik negara
Faktor pengeluaran dimiliki oleh G. Individu dan firma tak bebas memiliki harta
persendirian. Individu tak bebas dalam ekonomi. Mereka kerja dengan G untuk
keluarkan barang. G agihkan barang yang tak dikeluarkan oleh firma dan rakyat tak
boleh pilih dan memenuhi kehendak.

Tiada motif keuntungan
Sistem ini utamakan kebajikan rakyat. G megurus ekonomi secara adil dan saksama
dan menentukan projek yang perlu dijalankan. Projek ini untuk kepentingan rakyat.

Penyelesaian Masalah Dalam Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Apa – barang yang meningkatkan kebajikan dan taraf hidup rakyat
Berapa – bergantung kepada keperluan dan permintaan masyarakat
Bagaimana – teknik yang berlandaskan matlamat ekonomi negara
Untuk siapa – kepada rakyat dengan sistem catuan
Kebaikan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Pengeluaran secara skel besar-besaran
G sebagai pemonopoli mengeluarkan barangan yang banyak, maka kos pengeluaran
jadi rendah begitu juga dengan harga.

Ketidaksamaan agihan pendaptan
Pendapatan diagihkan saksama dengan adanya hak asasi manusia dan sekatan
pembolotan harta.

Pengeluaran tanpa persaingan
G sebagai pemonopoli menghalang persaingan, maka kos pengeluaran jadi rendah
begitu juga harga

Kestabilan ekonomi
Dengan adanya rancangan dan campur tangan kerajaan, ekonomi jadi lebih stabil.
Inflasi, pengangguran dan imbangan pembayaran terkawal.

Kelemahan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Kesilapan dalam membuat keputusan
Ekonomi negara dirancang oleh sekumpulan pemerintah, maka membuat keputusan
yang salah adalah berisiko menjejaskan kabajikan rakyat

Kurang motivasi dan insentif
Keperluan asas diberi tapi kekayaan tak boleh dikumpul. Individu jadi tak
bersemagat bekerja dan berusaha.

Teknologi dan inovasi tak berkembang
Persaingan tiada, inovasi dan teknologi tak diperlukan untuk berkembang. Teknologi
mereka ketinggalan zaman.



SISTEM EKONOMI CAMPURAN
Gabungan sistem ekonomi bebas dan perancangan pusat. Mekanisme pasaran dan
campur tangan kerajaan dibenarkan. G mengatasi kelemahan mekanisme pasaran.
Masalah asas ekonomi diselesaikan secara bersama.

Individu dan firma bebas kumpul harta. Firma mengutamakan keuntungan dan G
memastikan kegiatan firma tak jejaskan rakyat. Kuasa DD dan SS dipengaruhi oleh
mekanisme pasaran.

Tujuan Campur Tangan Kerajaan Dalam Sistem Ekonomi
Mewujudkan kestabilan ekonomi
Kestabilan ekonomi dicapai melalui dasar fiskal dan kewangan. Untuk mencapai guna
tenaga penuh, tingkat harga yang stabil dan keseimbangan imbangan bayaran.

Menyediakan barang awam
G sediakan barangan awam kerana ia tak membawa keuntungan dan kos yang tinggi
kepada firma. Kebajikan rakyat dan pembangunan negara meningkat.

Mengelakkan amalan monopoli
G tingkatkan kebajikan rakyat dan politik distabilkan, menyukarkan firma untuk
memonopoli pasaran dan mengawal harga barangan.
Merapatkan jurang pendapatan masyarakat
Sistem percukaian dan subsidi menyeimbangkan agihan pendapatan. Kekayaan
negara dapat dinikmati bersama.

Menghapuskan kesan eksternaliti negatif
Undang-undang menghapuskan eksternaliti negatif seperti pencemaran dan
kesesakan lalu lintas

Mengawal akitiviti pengeluaran yang bertentangan dengan undang-undang
G akan menyekat aktiviti pengeluaran dadah dan aktiviti pelacuran walaupun
produktiviti kepada ekonomi demi kepentingan masyarakat


Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Campuran
Apa:
Swasta – keluarkan barang yang ada DD
Kerajaan – keluarkan barang awam dan barang yang juga dikeluar oleh swasta

Berapa:
Swasta – bergantung kepada mekanisme harga dan DD
Kerajaan – mengeluarkan barang yang tak cukup dari permintaan

Bagaimana:
Swasta – teknik berintensifkan modal atau buruh
Kerajaan – teknik berdasarkan kos kebajikan yang berintensifkan buruh

Untuk siapa:
Swasta – bergantung kepada kemampuan dan kuasa beli rakyat
Kerajaan – untuk semua rakyat demi kebajikan rakyat


Bentuk Campur Tangan Kerajaan Dalam Ekonomi
Peraturan dan undang-undang
Undang-undang untuk eksternaliti negatif, mengishtihar barang kawalan (harga),
arahan melabel bahan dan lain-lain pada produk, melesenkan perniagaan.

Penentuan tingkat harga
Dasar harga maksimum: tetapkan harga yang lebih rendah dari harga keseimbangan
Dasar harga minimum: tetapkan harga yang lebih tinggi dari harga keseimbangan
Kuota: pengenalan had penawaran suatu barang pada suatu tingkat kuantiti.

Percukaian
Cukai tak langsung: menambah pendapatan kerajaan dan mengurangkan C
pengguna.
Cukai menambah kos pengeluaran firma, maka had penawaran wujud pada tingkat
harga tertentu.
Beban cukai perlu ditanggung oleh pembeli dan pengeluar bergantung kepada
keanjalan DD dan SS.

Subsidi
Ini mengurangkan kos pengeluaran firma, harga dapat diturunkan. Subsidi
berdasarkan keanjalan DD dan SS
Pemilikan kerajaan
Menubuhkan dan memilinegarakan syarikat tertentu demi kepentingan kebajikan
rakyat



SISTEM EKONOMI ISLAM
Suatu sistem yang menggunakan sumber alam cipataan Allah dengan cekap dan
berlandaskan hukum syarak. Al-Quran dan Hadis jadi sumber rujukan utama. Arab
saudi dan mesir guna sistem ini.

Ciri-Ciri Sistem Ekonomi Islam
Pemilikan sumber ekonomi
Individu bebas miliki sumber ekonomi kerana individu hanya pemegang amanah
kepada sumber ekonomi ciptaan Allah.

Motif ekonomi
Indvidu tak hanya mementingkan keuntungan, tapi juga kebajikan masyarakat.
Matlamat sistem ini ialah unruk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Persaingan yang sihat dibenarkan
Persaingan yang adil dan saksama dibenar. Penindasan, riba, sorokan dan semua
yang dilarang tak dibenarkan.

Kebebasan membuat keputusan ekonomi
Individu bebas membuat keputusan asalkan tak melanggar hukum Islam.
(keputusan ekonomi = Apa, berapa, bagaimana, dan untuk siapa)

Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Dalam Sistem Ekonomi Islam
Apa:
Barang yang berfaedah kepada manusia. Barang yang dibenarkan Islam. Barang
yang halal dan memberi kebajikan kepada masyarakt.

Berapa:
Bergantung kepada kuasa DD. Kuantiti barang bergantung kepada mekanisme
harga. G tolong stabilkan ekonomi.

Bagaimana:
Cara yang cekap; dapat mengurangkan kos dan meningkatkan pengeluaran.
Berintensif buruh atau modal. G tolong pastikan tiada kesan eksternaliti negatif.

Untuk siapa:
Bergantung kepada agihan pendapatan dan kemampuan masyarakat. G tolong orang
berpendapatan rendah mendapat barangan. Orang kaya bayar zakat untuk tolong
orang miskin. Pengagihan pendapatan adalah adil.

Keunikan Ciri-Ciri Ekonomi Islam
Sistem yang bukan ciptaan manusia
Berdasarkan syariat Allah dalam Al-Quran dan sunnah. Hukum yang ditetapkan oleh
syarak tak boleh diubah dan sistem ini lebih mementingkan kebajikan daripada
keuntungan.
Tujuan kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi dianggap sebagai ibadah dan individu akan dapat balasan di
akhirat nanti. Tujuannya ialah memenuhi tuntutan ibadah.

Pemilikan harta
Individu cuma pemegang amanah sumber. Orang kaya bayar zakat, maka kekayaan
dibahagi secara adil. Sumber penting macam air tak boleh dimiliki agar orang lain
boleh nikmati.

Kebebasan persaingan
Persaingan sihat dibenar dalam Islam. Monopoli tak digalakan untuk barangan
keperluan asas. Bunga atau riba yang membebankan diharamkan.

Peranan pengguna dan pengeluar
Pegguna bebas memenuhi kehendak asalkan tak membazir dan melampau.
Pengeluar keluarkan barang yang diutamakan dan keluaran mestilah tak membazir
atau melampau. Kegiatan ekonomi yang merosakkan alam adalah diharamkan. G
tolong keluarkan barang yang tak dikeluarkan oleh firma.
BAB 3
PERMINTAAN, PENAWARAN, DAN KESEIMBANGAN PASARAN

PERMINTAAN
Definisi
Kesanggupan, keingginan, dan kemampuan pengguna untuk membeli suatu kuantiti
barangan pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu.

Hukum permintaan
Semakin rendah tingkat harga suatu barangan, semakin tinggi kuantiti diminta.
Begitu juga sebaliknya.

Hubungan songsang hukum permintaan disebabkan
Faktor barang pengganti
Contoh – mentega dan keju, barang pengganti antara satu sama lain. Jika harga
mentega naik, orang ramai akan mengurangkan penggunaan mentega dan
mengganti penggunaan mentega dengan keju kerana harga keju yang relatfinya
lebih murah dari mentega. Begitu juga sebaliknya.

Faktor pendapatan benar
Contoh – sekiranya harga suatu barangan turun, maka pendapatan benar pengguna
bertambah. Maksudnya, bila harga turun, lebih banyak barang itu dan barang lain
dapat dibeli dengan pendapatan yang sama. Kuasa beli pengguna meningkat. Dan
begitu juga sebaliknya.

Faktor utiliti sut berkurangan
Contoh- bila penggunaan suatu barangan yang mahal ditambah, kepuasan pengguna
berkurang. Jadi, pengeluar akan menurunkan harga untuk meningkatkan kepuasan
pengguna.

Keluk permintaan dan jadual permintaan
Contoh jadual permintaan

                                  Titik     Harga   Kuantiti          Hubungan songsang:
                               permintaan    (Px)    (Qx)             Bila harga turun kuantiti
                                    A          5       3              meningkat. Kalau
                                    B          4       5              hubungan selari: bila
                                                                      harga turun kuantiti
                                    C          3       7              pun turun
                                    D          2       9
                                    E          1      11

Contoh keluk permintaan
P

5    A

4        B                                           Keluk mencerun ke
                                                     bawah dari kiri ke
3             C                                      kanan.
                                                     Menunjukkan kuantiti
2                     D                              dan harga mempunyai
                                                     hubungan yang
1                          E                         sosngsang.

0
     3   5   7    9       11       Q
Permintaan Individu Dan Permintaan Pasaran
Permintaan individu
Permintaan yang dilakukan oleh seorang pengguna pada suatu tingkat harga
tertentu dalam jangka masa tertentu

Permintaan pasaran
Jumlah barangan yang diminta oleh pengguna-pengguna dalam pasaran pada suatu
tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu

Untuk dapatkan jumlah permintaan pasaran, setiap permintaan individu perlu
ditambah.

Fungsi Persamaan Permintaan Individu dan pasaran
Bermula dengan sebutan harga, P

                                    P = R – SQ
R = pemotong paksi harga, iaitu nilai P apabila Qd=0 dan R>0
S = kecerunan keluk permintaan
Contoh: P=25-1/2Q

Bermula dengan sebutan kuantiti diminta, Q

                                      Q = a – bP
a = pemotong paksi kuantiti, iaitu nilai Q apabila P=0 dan a>0
1/b = kecerunan keluk permintaan
contoh: Q=50-2P

Fungsi P sama dengan fungsi Q
Bukti: P=25-½Q
½Q=25-p
Q=2(25-P)
Q=50-2P

Tanda negatif
Menunujukkan hubungan songsang hukum permintaan.

Contoh pengiraan fungsi permintaan individu
P=4&Q=5
P=2&Q=9

Q = a – bP
5 = a – b(4) --- 1
9 = a – b(2) --- 2 (-)
-4 = -2b
b= -4 ÷ -2
 = 2  (1)

5   =   a – 4b
5   =   a – 4(2)
5   =   a–8
a   =   5+8
a   =   13                    Q = 13-2P (fungsi untuk individu A)
Contoh pengiraan fungsi permintaan pasaran
Q = 13 – 2P -- fungsi individu A
Q = 15 – 2P -- fungsi individu B

Fungsi permintaan pasaran
Qd = (13 – 2P) + (15 – 2P)
   = 28 – 5P


Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan permintaan
Perubahan kuantiti diminta
Akibat perubahan harga barang itu sendiri. Ia ditunjuk oleh pergerakan di sepanjang
keluk. Perubahan kuantiti diminta yang disebabkan oleh faktor lain ditunjukkan oleh
peralihan keluk.

 P                                              P

      D
                                                     D2   D        D1
 P2       C

 P0            A                                P0

 P1                  B
                                                              D2    D   D1
 0                         D
        Q2 Q0 Q1                                          Q2      Q     Q1
 Perubahan dalam kuantiti diminta               Peralihan keluk permintaan



Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan individu
Harga barang itu sendiri
Semakin tinggi harga barang itu, semakin kurang kuantiti diminta, begitu juga
sebaliknya: Andaian ceteris paribus. Hubungan sonsgang antara P dan Qd

Harga barang lain
Bergantung kepada hubungan barang itu dengan barang lain. 3 jenis barang lain:

Barang pengganti: milo dan vico. Bila harga milo naik, harga milo secara relatif lebih
mahal dari harga vico. Maka orang ramai akan mengurangkan C milo dan
permintaan milo akan menurun. Begitu juga sebaliknya.

Barang penggenap: petrol dan kereta. Apabila harga kereta naik, orang ramai
mengurangkan pembelian kereta. Jumlah kereta digunakan jadi sikit, maka
permintaan terhadap petrol akan mengurang dan harga petrol pun turun. Begitu
juga sebaliknya.

Barang tiada kaitan: tiada hubungan

Cita rasa pengguna
Cita rasa yang positif ke atas barang A akan meningkatkan permintaannya. Begitu
juga sebaliknya. Cita rasa pengguna berasaskan pengiklanan
Pendapatan pengguna
Menentukan kuasa beli pengguna. Tiga jenis barang yang diminta yang memberi
kesan terhadap pendapatan pengguna:

Barang normal: hubungan positif dengan Y pengguna. Apabila Y pengguna
meningkat, permintaan barang normal akan naik. Keluk ke kanan. Begitu juga
sebaliknya. Barang normal adalah pakaian, perabot, kasut, televisyen...

Barang bawahan: hubungan negatif dengan Y. Apabila Y naik, permintaan barang
bawahan akan turun. Keluk ke kiri. Barang bawahan ialah beras hancur atau barang
murah.

Barang mesti: hubungan adalah kosong. Peningkatan Y tak akan mengurang atau
menambah permintaan barang mesti. Barang mesti adalah seperti garam, gula, air
dan beras

Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Pasaran
Jangkaan harga masa depan
Apabila harga pada masa akan datang dijangka naik, orang ramai akan membeli
barang dengan banyak pada hari ini untuk jimat perbelanjaan. keluk ke kanan.
Sebaliknya.

Jumlah dan struktur penduduk
Jumlah: semakin ramai penduduk, semakin meningkat permintaan barangan. Keluk
ke kanan. Struktur: semakin ramai remaja di sesebuah negara, semakin menigkat
permintaan barangan remaja. Begitu juga sebaliknya.

Dasar kerajaan
Cukai: terhadap kereta import meninggikan harga kereta itu dan mengurangkan
kuasa beli pengguna. Permintaan kereta itu akan turun. Keluk ke kiri

Subsidi: terhadap barang kawalan, menurunkan harga barang itu dan menaikkan
permintaan barang itu. Keluk ke kanan.

Dasar kewangan: meggalakkan penggunaan barangan tempatan dan ini akan
meningkatkan permintaan barangan tempatan. Keluk ke kanan.

Agihan pendapatan
Orang miskin akan guna sebahagian besar pendapatan mereka untuk barangan
harian seperti makanan. Manakala orang kaya hanya guna sebahagian kecil
pendapatan mereka ke atas barangan harian dan lebih kepada barang mewah. Jika
ramai orang kaya, maka barang mewah sahaja yang akan dikeluarkan. Oleh sebab
itu, pendapatan perlu diagihkan secara adil

Musim
Sesetengah barang itu hanya akan meningkat permintaannya bila musim perayaan
datang seperti daging dan kain.
PENAWARAN
Difinisi
Jumlah kuantiti barangan yang sedia dikeluarkan oleh pengeluar pada pelbagai
tingkat harga dan satu jangka masa tertentu.

Hukum penawaran
Semakin tinggi harga suatu barang, semakin banyak kuantiti barang yang
ditawarkan dan sebaliknya.

Keluk Penawaran Dan Jadual Penawaran
Contoh jadual penawaran

                             Titik           Harga        Kuantiti
                          penawaran           (Px)       penawaran
                                                            (Qx)
                                 A               5           11
                                 B               4            9
                                 C               3            7
                                 D               2            5
                                 E               1            3

Contoh keluk penawaran

                      P
                                                         S
                      5                              E

                      4                      D

                      3                  C

                      2              B

                      1     A

                      0     S
                             3       5   7   9   11          Q

                      Keluk penawaran barang X




Penawaran Firma dan Penawaran Pasaran
Penawaran firma
Kuantiti barang dikeluarkan oleh pengeluar individu pada tingkat harga dan jangka
masa tertentu. Keluk penawaran firma menunjukkan kuantiti yang ditawar terhadap
suatu barangan oleh satu firma pada pelbagai tingkat harga.

Penawaran pasaran
Hasil keluaran oleh semua firma dalam satu industri itu. Dikenali penawaran industri.
Keluk penawaran pasaran dibentu dengan mencampurkan keluk penawaran semua
firma secara mendatar pada pelbagai tingkat harga.
Fungsi penawaran firma dan pasaran
Bermula dengan sebuatan harga, P
                                 P = c + dQ

d = kecerunan keluk penawaran
c = nilai P apabila Q=0
Nilai c mungkin positif, negatif atau kosong

Bermula dengan sebuatan kuantiti, Q
                                  Q = n + mP

1/m = kecerunan
n = nilai Q apabila P = 0
nilai mungkin positif, negatif atau kosong


Tanda positif
Menunjukkan hubungan positif antara P dan Q.

Contoh pengiraan fungsi penawaran firma
P = 5 & Q = 11
P=4&Q=9

Q = n + mP
11 = n + m(5)
9 = n + m(4) (-)
2=m

11 = n + 2(5)
11 = n + 10
11 – 10 = n
n=1

Q = 1 + 2P -- fungsi penawaran firma A

Contoh pengiraan fungsi penawaran pasaran
Q = 1 + 2P ---- Firma A
Q = -3 + 3P --- Firma B

Qs = (1+2p) + (-3+3P)
Qs = -2 + 5P ----------- fungsi penawaran pasaran

Perubahan Kuantiti Ditawarkan dan Perubahan penawaran
Perubahan kuantiti ditawarkan
Akibat perubahan harga barang itu sendiri. Ditunjuk oleh pergerakan di sepanjang
keluk.

Perubahan penawaran
Ditunjuk oleh peralihan keluk. Disebabkan oleh faktor selain harga barang itu sendiri.
 P                                         P

                               S0
 P1                       B                                S2       S       S1


 P0              A                         P0


 P2      C                                       S2        S        S1

 0      S0                          Q      0                                   Q
         Q2      Q        Q1                          Q2        Q        Q1

 Perubahan penawaran                       Peralihan keluk penawaran




Faktor Yang Mempengaruhi Penawaran
Harga barang itu sendiri
Ceteris paribus. Semakin tinggi harga barang itu, semakin banyak kuantiti yang
ditawar dan juga sebaliknya. Hubungan positif. Berlaku kepada barang normal.

Harga barang lain
Barang pengganti:
Milo dan vico. Apabila harga vico turun, penawarannya akan turun kerana potensi
keuntungan yang rendah. Maka, penawaran milo akan meningkat dan potensi
keuntungan milo juga akan menigkat. Keluk beralih ke kanan. Sebaliknya juga
berlaku. Keluk akan beralih ke kiri.

Barang penggenap:
Apabila harga barang penggenap naik, harga barang lain yang diguna bersama juga
naik. Maka, penawaran kedua-dua barang itu akan naik. Keluk kedua-dua barang itu
beralih ke kanan. Dan juga sebaliknya. Contoh; minyak dan kereta.

Harga faktor pengeluaran
Jika harga faktor pengeluaran naik, kos pengeluaran akan naik juga. Maka,
pengeluar akan menurunkan pengeluaran. Keluk beralih ke kiri. Begitu juga
sebaliknya.

Matlamat pengeluaran
Ada pengeluar bermatlamat untuk memaksimumkan keutungan, maka penawaranya
adalah sedikit. Pengeluar bermatlamat memaksimumkan jualan akan meningkatkan
penawaran. Kerajaan mengeluarkan barang yang memenuhi kebajikan masyarakat.

Teknologi pengeluaran
Teknologi yang tinggi akan mengurangkan kos pengeluaran dan masa. Lebih banyak
barangan boleh ditawarkan dengan kos yang sama. Keluk ke kanan. Sebalikanya.

Dasar kerajaan
Cukai: yang tinggi akan meningkatkan harga barang, dan mengurangkan
permintaanya, pengeluar akan turunkan pengeluaran keluk ke kiri. sebaliknya.
Subsidi: yang tinggi akan menurukan harga barang, dan meningkatkan
permintaannya. Maka pengeluar akan tingkatkan penawaran, keluk ke kanan.

Faktor luar jangka
Seperti bencana alam dan perperangan. Menjejaskan penawaran firma dan negara.



KESEIMBANGAN PASARAN
Pasaran
Tempat pertukaran atau urus niaga berlaku antara penjual dengan pembeli. Pasaran:
pasaran barangan dan pasaran faktor pengeluaran. Keseimbangan dicapai apabila
jumlah permintaan adalah sama dengan jumlah penawaran pada suatu tingkat
harga. Keseimnbangan dalam bentuk bersilang dalam keluk.

Contoh jadual permintaan dan penawaran barang X

             Harga, P      Kuantiti         Kuantiti        Situasi
                         permintaan,      penawaran,        pasaran
                             Qd               Qs
                 5            3               23            Lebihan
                 4            8               18          penawaran
                 3           13               13         Keseimbangan
                 2           18                8            Lebihan
                 1           23                3          permintaan


Contoh keluk keseimbangan pasaran




Lebihan penawaran
Pada harga RM 4, kuantiti yang diminta adalah 8 unit. Tetapi, pengeluar
menawarkan kuantiti barangan sebayak 18 unit. Berlaku lebihan penawaran.

Lebihan permintaan
Pada harga RM 2, kuantiti yang diminta adalah 18 unit, tetapi, pengeluar
menawarkan hanya 8 unit. Berlaku lebihan permintaan
Apabila lebihan permintaan berlaku harga akan naik dan apabila lebihan penawaran
berlaku harga akan turun.

Keseimbangan diperolehi dengan menggunakan fungsi penawaran dan permintaan
Contoh:

                                                            Qs = Qd
                                                        -2 + 5P = 28 – 5P
                                                        5P + 5P = 28 + 2
                                                            10P = 30
                                                              P = 30/10
                                                               P= RM 3.00

                                                       Apabila P = RM 3.00
                                                             Qd = -2 + 5P
                                                              Qd = -2 + 5(3.00)
                                                                 = -2 + 15
                                                                 = 13

Harga keseimbangan ialah RM 3.00 denagn kuantiti keseimbangan sebanyak 13 unit.


Perubahan keseimbangan pasaran
Faktor seperti harga barang itu sendiri, harga barang lain, cita rasa pengguna dan
pendapatan pengguna boleh mengubah keseimbangan pasaran. Faktor lain selain
harga barang itu sendiri akn mengalihkan keluk permintaan atau penawaran beralih
ke kiri atau ke kanan.

Analisis perubahan keseimbangn pasaran; 3 kategori; perubahan permintaan sahaja,
perubahan penawaran sahaja dan perubahan permintaan dan penawaran secara
serentak.

Rumusan
Kesan perubahan permintaan dan penawaran terhadap keseimbangan pasaran

                                                         Perubahan permintaan
                                                   Bertambah             berkurang
                                    Bertambah




                                                  Kuantiti: pasti     Harga: pasti turun
              Perubahan penawaran




                                                    bertambah.         Kuantiti: : tidak
                                                Harga: tidak pasti,  pasti, mungkin naik,
                                                mungkin naik, turun     turun atau tak
                                                 atau tak berubah           berubah

                                                   Harga: pasti            Kuantiti: pasti
                                    berkurang




                                                    meningkat                berkurang
                                                Kuantiti: tidak pasti,   Harga: : tidak pasti,
                                                mungkin naik, turun      mungkin naik, turun
                                                 atau tak berubah         atau tak berubah
Peranan Kerajaan Dalam Penentuan Tingkat Harga
Dasar harga maksimum
Penetapan tingkat harga yang lebih rendah dari harga keseimbangannya. Juga
dikenali sebagi harga siling.

 P        D                  S          Kerajaan merasa harga P1 itu
                                        terlalu tinggi. Maka harga baru
                                        ditetapkan.

 P1                E                    Pada P2, kuantiti yang diminta
                                        lebih banyak daripada kuantiti
                                        yang ditawarkan.
 P2           A         B

      S                      D
 0                                Q
              Q2   Q1   Q3




Dasar harga minimum
Penetapan harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangannya. Juga dikenali
sebagai harga lantai.

 P        D                  S          Kerajaan merasa harga P1 itu
                                        terlalu rendah. Maka harga baru
 P2                                     ditetapkan.

 P1                E                    Pada P2, kuantiti yang diminta
                                        lebih sikit daripada kuantiti yang
                                        ditawarkan.

                                        Wujudnya lebihan penawaran
      S                      D          atau kurangan permintaan
 0                                Q
              Q2   Q1   Q3


Dasar ini bertujuan mensatbilkan tingkat pendapatan pengeluar. Kerajaan perlu
membeli lebihan penawaran agar harga P2 dapat dikekalkan. Lebihan itu akan
dijadikan stok oleh kerajaan atau dieksport.
Kuota
Pengehadan penawaran seseuatu barang pada suatu tingkat kuantiti tertentu.
Keseimbangan perlu dicapai terlebih dahulu. Jika barang bersifat tak anjal, kerajaan
akan meningkatkan harga barang itu agar dapat meningkatkan pendapatan
pengeluar. Maka kuota akan mengehadkan keluaran sebanyak Q2. keseimbangan
baru dicapai di E2.


 P     D    S2             S

 P2         E2

 P1              E1




       S                    D
 0                                 Q
            Q2   Q1




Cukai
Dikenakan oleh kerajaan secara tak langsung kepada pengeluar untuk menambah
pendapatn kerajaan dan mengurang penggunaan pengguna. Ia menambah kos
pengeluar dan menurunkan penawaran pada pelbagai harga.


 P     D                  S1

 P2         E2

 P1              E1
            A
      S2
 C

       S1                      D
 0                                 Q
            Q2   Q1
BAB 4
KEANJALAN PERMINTAAN DAN KEANJALAN PENAWARAN

KEANJALAN PERMINTAAN
Definisi
Keanjalan permintaan merupakan satu ukuran kuantitatif tentang magnitud
penambahan atau pengurangan permintaan.

Keanjalan Permintaan Harga
Nisbah antara peratusan perubahan Qd dengan peratusan perubahan P. Ia mengukur
darjah tindak balas dalam Qd akibat perubahan P.
Formula keanjalan permintaan: ξd atau Ed.




Kaedah Pengiraan Keanjalan Permintaan Harga
Keanjalan titik
Merupakan keanjalan pada satu titik di atas satru keluk permintaan. Ia mengukur
perubahan harga yang sangat kecil.

 P
      Ed= α

 A
                  Ed>1
       C
                         Ed=1
 P            E

                                Ed<1
                         D

 0                               B     Ed=0   Q
               Q
 Keanjalan titik
Keanjalan lengkuk
Digunakan untuk dua titik yang berasingan di atas keluk permintaan atau untuk satu
perubahan harga yang besar.
    P
         D

                      A
    4
    3                          B


                                                 D

    0               10        18                      Q

                    Keanjalan lengkuk


Perubahan harga dari A ke B, harga turun dari RM 4.00 kepada RM 3.00 dan kuantiti
naik dari 10 ke 18 unit. Nilai keanjalannya ialah -3.2, apabila harga turun 1%
kuantiti diminta naik sebanyak 3.2%.

Jika sebaliknya berlaku. Nilai keanjalannya ialah -1.33. Bermakna, bila harga naik
1%, kuantiti diminta turun sebanyak 1.33%.


Darjah/Jenis Keanjalan Perminataan Harga

    Nilai           Jenis                  Implikasi
                                                                  Bentuk keluk
  keanjalan

Ed=0              Tak anjal        Kuantiti diminta tak
                  sempurna         berubah walaup
                                   un harga berubah

1>Ed>0            Tak anjal        Peratus perubahan kuantiti
                                   diminta lebih kecil daripada
                                   peratus perubahan harga

Ed=1              Anjal            Peratus perubahan kuantiti
                  satu             diminta sama dengan
                                   peratus perubahan harga

∂>Ed>1            Anjal            Peratus perubahan kuantiti
                                   diminta lebih besar
                                   daripada peratusan
                                   perubahan harga
Ed=∂              Anjal            Perubahan harga lebih
                  sempurna         daripada yang ditetapkan
                                   menyebabkan tiada
                                   kuantiti diminta
Faktor/Penentuan Keanjalan Permintaan
Barang pengganti
Semakin banyak barang pengganti, semakin anjal permintaan barang itu dan juga
sebaliknya.
Mi segera X; jika mi ini banyak penggantinya, sebarang perubahan harga mi X akan
mengubah permintaan mi jenama X. Barang pengganti yang relatifnya lebih muarh
dari mi X akan meningkat permintaannya. Pengguna senang cari barang ganti lain.

Nisbah perbelanjaan daripada pendapatan pengguna
Semakin besar bahagian pendapatan dibelanjakan atas 1 barang, semakin anjal
permintaannya.
Kereta; sedikit perubahan harga kereta itu akan membawa pengaruh yang besar ke
atas permintaannya.

Kegunaan barang tersebut
Jika kegunaan barang itu terhad, permintaannya adalah tak anjal.
Komputer dan kalkulator; permintaan komputer adalah lebih anjal kerana
kegunaannya yang lebih banyak dari kalkulator. Orang ramai tak akan beli kalkulator
kerana boleh diguna untuk tujuan yang terhad saja.

Kepentingan barang
Semakin penting barang itu, semakin tak anjal permintaannya.
Jika harga garam atau air naik, permintaannya tak akan berubah kerana orang ramai
terpaksa beli atau guna barang itu kerana ia penting.

Jangka masa
Dalam jangka masa pendek, permintaan bersifat tak anjal.
Seseorang mendapati harga tepung di kedai itu lebih mahal dari biasa, oleh kerana
kesuntukan masa, beliau tak sempat untuk memilih tepung di kedai lain dan
terpaksa membeli tepung itu. Jika beliau mempunyai masa, beliau akan mencari
tepung di kedai lain yang lebih murah.

Penangguhan penggunaan seseuatu barang
Jika barang itu boleh ditangguh penggunaannya, barang itu anjal.
Susu cair; jika harganya naik, orang boleh kurangkan atau tangguh penggunaannya.

Jenama
Jika seseorang itu taksub dengan barang berjenama, maka barang itu tak anjal.
Bagi orang yang gila jenama, peningkatan harga barang itu tak akan mengurangkan
penggunaannya oleh orang yang gila itu.
Hubungan Keanjalan Permintaan Harga dengan Jumlah Hasil atau Jumlah
Perbelanjaan Pengguna
Anjal
Apabila barang itu anjal permintaannya, suatu penurunan harga barang itu akan
meningkatkan hasil pengeluar (kuantiti dibeli). Begitu juga sebaliknya.
Contoh:

       Px
                D                                             Ed= (250-100 ÷ 100) ÷ (6-8 ÷ 8)
                                                                = (150 ÷100) ÷ (-2 ÷ 8)
    P0=8                    E                                   = -6



    P1=6                C                    B
                                                 D
           0
                Q0=100               Q1=250               Q   Permintaan yang anjal




Tak anjal
Apabila barang itu tak anjal permintaannya, suatu penurunan harga itu akan
menurunkan hasil pengeluar (kuantiti dibeli) dan juga sebaliknya.
Contoh:

       Px
                    D                                         Ed= (120-100 ÷ 100) ÷ (6-8 ÷ 8)
                                                                = (20 ÷100) ÷ (-2 ÷ 8)
    P0=8                        R                               = -0.8


                                     T
    P1=6                S
                                         D
           0
                Q0=100              Q1=120               Qx   Permintaan yang tak anjal




Anjal satu / anjal uniti
Apabila barang itu anjal satu, suatu perubahan harga tak akan menyebabkan hasil
pengeluar (kuantiti dibeli) berubah.
Contoh:

       Px
                    D

      P0                E


                        F           G
      P1                                             D


            0       Q0              Q1                   Qx
Keanjalan Permintaan Silang
Mengukur perubahan kuantiti yang diminta bagi suatu barang, contoh barang x,
akibat daripada perubahan dalam tingkat harga, contoh barang y.

Menentukan hubungan antara dua barang sama ada barang itu barang pengganti,
barang penggenap atau barang tiada kaitan.




Barang pengganti
Koefisien keanjalan silang ialah positif. Permintaan ke atas suatu barang berubah ke
arah yang sama dengan barang penggantinya. Apabila harga barang A naik, Qd
barang B akan bertambah.

Barang penggenap
Koefisien keanjalan silang ialah negatif. Permintaan ke atas suatu barang ke arah
yang bertentangan dengan barang penggenapnya

Barang tiada kaitan
Koefisien keanjalan silang bernilai sifar.

Keanjalan Permintaan Pendapatan
Mengukur perubahan dalam kuantiti diminta akibat perubahan dalam tingkat
pendapatan dalam tingkat pendapatan. Menentukan jenis barang samada barang
biasa, barang mesti, barang mewah, barang bawahan.

Barang biasa
Apabila pendapatan pengguna naik, permintaan terhadap barang ini juga naik.
Hubungan positif

Barang mesti
Apabila pendapatan pengguna naik, permintaan terhadap barang ini tak berubah.

Barang bawahan
Apabila pendapatan pengguna naik, permintaan terhadap barang ini turun.
Hubungan negatif.
Y             B                             Keluk AA adalah barang biasa
        C                A
                                            Keluk BB adalah barang mesti

                                            Keluk CC adalah barang bawahan




        A                C
                B
0              Y                    Q



  Nilai             Implikasi           Contoh barang        Hubungan antara Y
koefisien                                                       dengan Qd
 EY = 0      Kuantiti diminta            Barang mesti
             tidak berubah
             walaupun
             pendapatan berubah

1 > EY > 0   Kadar kenaikan              Barang biasa
             kuantiti diminta
             kurang daripada
             kadar kenaikan
             pendapatan

    EY = 1   Kadar kenaikan             Barang normal
             kuantiti diminta
             sama dengan kadar
             kenaikan
             pendapatan

    EY > 1   Kadar kenaikan             Barang mewah
             kuantiti diminta
             lebih besar daripada
             kadar kenaikan
             pendapatan

    EY < 0   Apabila pendapatan         Barang bawahan
             meningkat,
             permintaan
             terhadap barang
             menurun
KEANJALAN PENAWARAN
Definisi
Mengukur darjah tindak balas atau respon kuantiti ditawarkan akibat daripada
perubahan harga barangan itu.

Darjah Keanjalan Penawaran
Anjal (∂ > Es > 1)
Peratus perubahan Qs lebih daripada peratus perubahan P. Nilai keanjalan melebihi
satu tapi kurang dari infiniti. (1,2,3,4,5... ∂)

Tidak anjal (1 > Es > 0)
Peratus perubahan Qs kurang daripada peratus perubahan P. Nilai keanjalan lebih
dari kosong tapi kurang dari 1. (0.1,0.2....0.9)

Anjal satu (Es = 1)
Peratus perubahan Qs sama dengan peratus perubahan P.

Anjal sempurna/infiniti (Es = ∂)
Perubahan P sedikit menyebabkan perubahan kuantiti ditawarkan dengan tidak
terhingga.

Tidak anjal sempurna (Es = 0)
Perubahan harga tidak meyebabkan perubahan dalam kuantiti ditawarkan.


Keluk Jenis Keanjalan Penawaran
 P                            P                             P
                   Sa                         Sb                               Sc




      Sa                           Sb
  0                     Q      0                    Q        0                      Q

           Anjal                        Tak Anjal                  Anjal Satu


 P                            P
                                         Se

                     Sd



  0                     Q      0                    Q

       Anjal Sempurna             Tak Anjal Sempurna
Faktor/Penentu Keanjalan Penawaran
Kos pengeluaran tambahan
Apabila barang memerlukan kos pengeluaran tambahan yang besar, penawaran
barang itu jadi tak anjal dan juga sebaliknya. Kilang mencetak A hanya mencetak
media hitam putih, apabila mereka ingin mencetak media berwarna kos tambahan
besar itu akan mengurangkan penawaran (untuk jimat) mereka walaupun harga
pasaran media warna itu naik.

Corak penggunaan faktor pengeluaran
Pengeluaran barang yang memerlukan faktor pengeluaran khusus, penawarannya
jadi tak anjal. Kilang membuat biskut ingin membuat kek; mereka memerlukan
mesin khas dan bahan khas ia sukar untuk ditambah atau didapati. Maka,
penawaran turun walaupun harga di pasaran tinggi.

Faktor masa
Pengeluaran dalam jangka masa singkat dan pendek adalah tak anjal. Pengeluaran
jangka masa singkat adalah tak anjal sempurna dan pengeluaran jangka masa
pendek adalah tak anjal.

Kilang biskut; apabila mereka terpaksa mengeluarkan dalam masa singkat,
pengeluaran jadi terhad kerana tiada masa untuk tambah atau guna sepenuhnya
faktor pengeluaran walaupun permintaan adalah tinggi. Dalam jangka masa pendek,
faktor tidak boleh ditambah tapi pengeluaran boleh dengan menggunakan
sepenuhnya faktor yang ada.


HUBUNGAN ANTARA PERCUKAIAN DAN SUBSIDI DENGAN KEANJALAN
Percukaian
CTL untuk menambah Y kerajaan dan mengurangkan C pengguna. Cukai tambah kos
pengeluaran pengeluar dan penawaran turun. Beban cukai yang perlu ditanggung
oleh pengguna dan pengeluar bergantung kepada keanjalan permintaan dan
penawaran. Keluk penawaran ke kiri.

Permintaan anjal
Semakin anjal permintaan, maka semakin besar beban cukai pengeluar

Permintaan tak anjal
Semakin tak anjal permintaan, maka semakin banyak beban cukai pengguna

Permintaan anjal sempurna
Apabila permintaan anjal sempurna, semua beban cukai ditanggung oleh penjual

Permintaan tidak anjal sempurna
Apabila permintaan tak anjal sempurna, semua beban cukai ditanggung oleh pembeli

Penawaran anjal
Semakin anjal penawaran, maka semakin besar beban cukai pembeli

Penawaran tak anjal
Semakin tak anjal penawaran, maka semakin besar beban cukai penjual
Penawaran anjal sempurna
Apabila penawaran anjal sempurna, semua beban cukai ditanggung oleh pembeli

Penawaran tak anjal sempurna
Apabila penawaran tak anjal sempurna, semua beban cukai ditanggung oleh
pengeluar


Subsidi
Mengurangkan kos pengeluaran pengeluar. Jumlah subsidi yang dinikmati oleh
pengguna dan pengeluar adalah bergantung kepada keanjalan permintaan dan
penawaran. Keluk penawaran ke kanan.

Keanjalan permintaan dan subsidi
Semakin anjal keluk permintaan, maka semakin besar subsidi yang dinikmati oleh
pengeluar.

Apabila keluk permintaan anjal sempurna, maka semua subsidi dinikmati oleh
pengeluar

Semakin anjal keluk penawaran, maka semakin besar subsidi yang dinikmati oleh
pembeli

Apabila keluk penawaran anjal sempurna, maka semua subsidi dinikmati oleh
pembeli.
BAB 5
TEORI PERMINTAAN DAN PERLAKUAN PENGGUNA

    TEORI UTILITI KARDINAL
Utiliti
Kepuasan yang diperoleh seseorang individu hasil daripada penggunaan sesuatu
barangan.

Jumlah utiliti
Jumlah kepuasan yang diperoleh seseorang individu daripada penggunaan sejumlah
barangan tertentu

Utiliti sut/Marginal (MU)
Penambahan/pengurangan kepuasan akibat daripada penambahan/pengurangan
penggunaan satu unit barangan tertentu pada jangka masa tertentu.


   HUKUM UTILITI SUT BERKURANG
Definisi; tambahan kepuasan atau util yang diperolehi daripada penggunaan sesuatu
barang akan berkurang apabila penggunaan barang tersebut terus bertambah.
Semakin ↑ penggunaan barang, semakin kurang utiliti sut yang diperoleh.

Utiliti sut dapat dicari menggunakan formula berikut;
MUx = ∆TU ÷ ∆Q
      = TU1 – TU0 ÷ Q1 – Q0

MU: utiliti sut
TU: jumlah utiliti
Q: kuantiti penggunaan
Daripada jadual di bawah dapatlah dicari utiliti sut nya dengan menggunakan
formula utiliti sut.

   Kuantiti           Jumlah              Utiliti Sut
   Barang X            Utiliti              (MU)
      0                  0                     0
      1                 20                    20
      2                 34                    14
      3                 43                     9
      4                 49                     6
      5                 54                     5

Pengiraan:

Mux 1 = 34 – 20 ÷ 2 – 1
     = 14 ÷ 1
     = 14

Mux 2 = 43 – 34 ÷ 3 – 2
     =9÷1
     =9
Berdasarkan jadual diatas, keluk berikut dapat dibina;

   Jum Utility
                                Jumlah utility

     60                                                    Keluk mesti dibina secara atas
                                                           dan bawah agar mudah
                                                           dibandingkan.

     40


          0
                 3      7        9               Qx
   utility sut

     20

     14


      5
      4

          0      2      5   6        9
   Qx


Keluk jumlah utiliti mencerun ke atas dari kiri ke kanan dan keluk utiliti sut pula
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Pada kuantiti ke 9, utiliti sut adalah 0 dan
jumlah utiliti mencapai tingkat maksimum.


   PEMAKSIMUM UTILITI DAN KESEIMBANGAN PENGGUNAAN

Andaian Pemaksimuman Dan Keseimbangan Pengguna
Kes Memilih Satu Barang Saja
Pengguna hanya beli 1 barang saja untuk memaksimumkan kepuasannya. Maka,
utiliti sut barang itu akan sama dengan harganya.

Pengguna beli barang sampai dia puas iaitu utiliti sutnya sama dengan harga barang
itu. Apabila P naik, Q akan turun dan util pun turun.

Kes Memilih Dua Barang Saja
Pengguna membeli 2 atau lebih barang. Maka, utiliti sut barang itu dari ringgit
terakhir dibelanjakan untuk barang tersebut adalah sama.

Andaian memilih 2 barang.
Harga barang sama; jika harga barang adalah sama namun mempunyai util yang
berbeza, maka pengguna akan menyamakan jumlah util itu untuk mencapai
kepuasan maksimum namun pembelian barangan masih dalam bajet.

Harga barang berbeza; jika harga barang tak sama dan juga mempunyai util yang
berbeza, pengguna perlu mengguna dua syarat berikut bagi menyamakan
belanjawan dengan perbelanjaan yang mengikut jumlah utiliti barang itu.
Syarat 1: MUx / Px = Muy / Py = .... = MUz / Pz
Syarat 2: Y ≥ C (PxQx + PyQy +... PzQz = C)
Dua-dua syarat mesti dipenuhi baru keseimbangan pengguna.

Syarat 1:
 kuantiti   Jumlah utiliti   Utiliti sut     Utiliti sut per ringgit
             X       Y      MUx      MYy     MUx / Px      Muy / Py
    1        33      28      33       28        11             14
    2        57      52      24       24         8             12
    3        75      72      18       20         6             10
    4        87      88      12       16         4             8
    5        93     100       6       12         2             6
    6        96     108       3       8          1             4
X = RM3 / Y = RM2 / Bajet = RM19

Syarat 2:
Kombinasi A (8)
PxQx + PyQy
3(2) + 4(2) = RM14
banding dengan bajet: RM14 < RM19

kmobinasi B (6)
PxQx + PyQy
3(3) + 2(5) = RM 19
banding dengan bajet: RM19 = RM19

kombinasi C (4)
PxQx + PyQy
3(4) + 2(6) = RM24
banding dengan bajet: RM24 > RM19

Maka, kombinasi B dengan kuantiti barang X, 3 dan kuantiti barang Y, 5 adalah
kombinasi yang memberi kepuasan maksimum kepada pengguna dan mencapai
keseimbangan bajet. Kombinasi B berutiliti sebanyak 175 util.

Kes Tingkat Pendapatan Berubah
Pendapatan boleh juga dimaksudkan sebagai bajet. Kalau bajet mereka naik, maka
mereka bolehlah memaksimumkan lagi kepuasan mereka. Contoh; jika bajet naik ke
RM 24, maka kombinasi C bolehlah dipakai untuk memaksiumkan kepuasan mereka.
Jumlah util mereka bertambah dengan ketara iaitu kepada 195 util.

Kes Harga Berubah
Kalau harga barang X dan Y naik, maka jumlah util yang mereka dapat akan
berkurang keran pembelian barangan berutiliti tinggi tepaksa dikurangkan. Jumlah
perbelanjaan akan melebihi jumlah bajet.
   TERBITAN KELUK PERMINTAAN INDIVIDU

Sama macam keluk DD Cuma keluk ini berasaskan teori utiliti kardinal. Teori;
perubahan harga akan mengubah utiliti sut bagi setiap ringgit barang itu. Apabili P
barang X naik, MU nya untuk ringgit terakhir akan turun dan juga sebaliknya.

Contoh:
Py: 2 dan Px: 2

       Utiliti sut bagi kedua barang adalah tinggi. Apabila harga barang X naik dan
harga barang X tak berubah, utiliti sut akan bekurang. Pengguna akan kurangkan
pembelian barang X dan tambahkan belian barang Y. Jelas menunjukan teori apabila
harga naik, permintaan akan turun. Begitu juga berlaku sebaliknya.

Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan kerana hukum utiliti sut
berkurangan.
                Harga


                   3        D
                                          A
                   2
                                                   B
                   1                                   D


                   0    1       2     3   4   5   6        kuantiti

                                    Keluk Permintaan



   KONSEP LEBIHAN PENGGUNA

Lebihan pengguna
Perbezaan antara harga yang sedia dibayar atau mampu dibayar oleh pengguna
terhadap sesuatu barangan dengan harga sebenar yang dibayar dalam pasaran.

Contoh:

     Kuanitit     Harga yang mampu            Harga sebenar di           Lebihan
       Qx            dibayar (RM)              pasaran (RM)             Pengguna
       (1)                (2)                       (3)               (4) = (2) – (3)
        1                 30                         10                     20
        2                 25                         10                     15
        3                 20                         10                     10
        4                 15                         10                      5
        5                 10                         10                      0
        6                  5                         10                      -

Huraian;
Pada kuantiti belian 1 dan harga tetap pasaran, pengguna mampu dan sanggup
membayar RM 30 untuk dapatkan 1 unit barang itu. Tapi, bila kuantiti belian
ditambah dengan harga yang sama, pengguna semakin kurang sanggup untuk
mendapatkan unit barang itu kerana penawarannya yang banyak.

Keluk Lebihan Pengguna

                             P
                                     D
     Lebihan
     pengguna
                                                    E         Harga
                             10                               Pasaran

                                                              D


                                 0                                 Qx
                                                     5
                                           Keluk Permintaan

Semakin anjal keluk permintaan, semakin kurang lebihan pengguna

   PERUBAHAN JUMLAH LEBIHAN PENGGUNA
Berlaku pabila berlaku perubahan dalam permintaan dan penawaran.
BAB 6
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

    KONSEP DALAM TEORI PENGELUARAN
Loji; unit pengeluaran yang berbentuk fizikal yang digunakan dalam pengeluaran
barang dan perkhidmatan oleh sesebuah firma.
Firma; organisasi yang memiliki loji untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Industri; gabungan semua firma yang menghasilkan barang yang sama atau hampir
sama.

Jangka Masa Pendek
Tempoh dimana firma tidak dapat menyesuaikan tingkat pengeluaran atau
mengubah kapasiti loginya mengikut pasaran kerana wujudnya sekurang-kurangnya
satu faktor tetap. Dalam jangka masa pendek, firma tak dapat bertindak balas.

Jangka Masa Panjang
Tempoh masa cukup bagi firma mengubah kuantiti semua faktor pengeluaran yang
digunakan atau beruapaya menyelaraskan tingkat pengeluarannya mengikut pasaran
kerana ketiadaan input tetap.



    FUNGSI PENGELUARAN
Hubungan antara jumlah input atau faktor pengeluaran dengan jumlah output.
Fungsi pengeluaran bertujuan menerangkan input yang perlu digunakan pada suatu
tingkat teknologi tertentu. Ini membantu pengusaha menentukan faktor yang paling
cekap.

Fungsi Pengeluaran Jangka Panjang
Qx = f (T, B, M, P)

Qx: Jumlah keluaran barang X
T: Tanah, B: Buruh, M: Modal, dan P: Pengusaha. T, B, M, P ini adalah input berubah

Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
Qx = f ([T], B)
T adalah input tetap atau faktor tetap.


    FUNGSI PENGELUARAN JANGKA PENDEK
Andaian fungsi pengeluaran jangka pendek:
a. 2 faktor pengeluaran sahaja iaitu T dan B.
b. semua buruh adalah sama (homogen) dan cekap
c. teknologi tetap.
Jumlah Keluaran (TP)
Jumlah barang yang dapat dihasilkan dengan menggunakan suatu tingkat input
berubah (Buruh) tertentu.

Keluk Jumlah Keluaran

      Keluaran
      (unit)



                                     TP




          0             2   3   7         Buruh



Keluaran Purata (AP)
Keluaran per unit input.

AP = Jumlah Keluaran (TP) ÷ Jumlah Input Berubah (TVF)

Keluaran Sut (MP)
Perubahan jumlah keluaran akibat perubahan satu unit faktor berubah.

MP = ∆TP ÷ ∆TVF

Keluk Keluaran Purata dan Keluk Keluaran Sut


        AP/MP




                                     AP

           0        1       3   7         Buruh
                                    MP
   HUBUNGAN ANTARA KELUARAN PURATA DENGAN KELUARAN SUT
> Apabila MP > AP, MP sedang meningkat.
> Apabila MP < AP, MP sedang menurun.
> Apabila MP = AP, MP mencapai tahap maksimum


    HUKUM PULANGAN BERKURANGAN
Secara ringkas, hukum pulangan berkurangan ialah apabila faktor atau input
berubah ditambah secara terus menerus ke atas input atau faktor tetap, jumlah
keluaran akan bertambah dengan cepat, kemudian semakin perlahan, dan akhirnya
merosot.

Huraian...
   Keluaran
   (unit)



                                 TP




       0           2   3   7          Buruh



     AP/MP




                                 AP

       0       1       3   7          Buruh
                                MP



Pada tenaga buruh yang kedua, MP mula merosot kerana sebelum mencapai tahap
maksimum faktor buruh masih kekurangan berbanding faktor tanah dan ini
bermakna pekerja perlu buat pengkhususan kerja.

Selepas tahap maksimum, iaitu semakin banyak pekerja diambil bekerja, MP
menurun dan jumlah keluaran meningkat serta mencapai had maksimum di TP. Ini
bermakna jumlah ini optimum dalam menghasilkan TP.
    KOS PENGELUARAN
Menentukan harga dan jumlah pengeluaran selain DD.
Definisi: bayaran atau perbelanjaan (kos) firma atas faktor pengeluaran yang diguna
utk pengeluaran barangan. Melibatkan kos lepas kerana faktor pengeluaran yang
terhad. Ada 2 kos terlibat iaitu Kos Eksplisit dan Kos Implisit.


     KOS EKSPLISIT DAN IMPLISIT
Kos Eksplisit
Perbelanjaan sebenar/nampak/langsung firma terhadap faktor pengeluaran yang
digunakan dalam proses pengeluaran dan bukan milik firma. Cth: bil air, upah dan
dll.

Kos Implisit
Bayaran atas pengunaan faktor pengeluaran yang dimiliki oleh firma atau nilai
alternatif yang dilepaskan dalam proses pengeluaran. Dikenali juga kos tak nampak
dan kos lepas. Cth: kemahiran yang dimiliki pekerja, kalau dijual kepada firma ia
akan menjadi kos lepas kepadanya kerana kehilangan kemahiran itu.

Untung normal adalah kos implisit kerana ia keuntungan minimal yang harus
diperolehi oleh firma untuk meneruskan operasinya.


   KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK
Jumlah Kos Tetap (TFC) Total Fixed Costs
Perbelanjaan atas faktor (input) tetap. Wujud dalam jangka pendek ja sebab ia akan
berubah kepada faktor berubah dalam jangka masa panjang. Ia tak ambil kira
pendapatan dan output firma kos ini tetap dibayar. Walaupun firma tidak
mengeluarkan barang kos ini tetap dibayar. Cth: sewa kilang.

               Kos (RM)




                    20                        Kos Tetap
                                              (TFC)



                    0        2       8         Keluaran
                                               (Unit)
                            Keluk Kos Tetap
        Jumlah Kos Berubah (TVC) Total Variable Costs
        Perbelanjaan untuk memperoleh input berubah. Berkadar langsung dengan tingkat
        keluaran yang bermaksud semakin banyak pengeluaran semakin banyak kos
        berubah. Pengeluaran 0, TVC pun 0. Semakin banyak keluaran firma, semakin tinggi
        kos.


                          Kos (RM)
                                                         Kos Berubah
                                                         (TVC)
                              29


                              24



                              17


                               0
                                     1    2          3     keluaran
                                                           (unit)
                                     Keluk Kos Berubah



        Jumlah Kos (TC)
        Terdiri daripada kos berubah dan kos tetap dalam jangka masa pendek kerana faktor
        pengeluaran terdiri daripada kedua-dua kos.

        Jumlah Kos = jumlah kos tetap + jumlah kos berubah
               TC = TFC + TVC


                      Kos (RM)
TC mesti bermula                                          TC
dari TFC kerana
TFC adalah kos                                   A
tetap di mana
firma mesti bayar                                              TVC
dulu. Ini berlaku
kerana apabila
TVC=Q0 dicampur                                  B
dengan TFC=Q0,
kos adalah RM 20         20                          D                 TFC




                          0                                              Keluaran
                                                   Q                     (unit)
                               Keluk kos tetap, kos berubah, dan jumlah kos
TC bermula dari titik kos RM 20 kerana ada kos tetap yang mana ia sentiasa ada dan
sentiasa mempunyai nilai.


Kos Tetap Purata (AFC) Average Fixed Costs
Kos tetap bagi seunit keluaran barangan.

Kos tetap purata = jumlah kos tetap ÷ jumlah keluaran
           AFC = TFC ÷ Q


                 Kos tetap purata
                 (RM)

                 20




                 2.5


                       0       1          8      keluaran
                                                  (Unit)
                                   Keluk AFC


Kos tetap purata akan semakin kecil apabila output ditambahkan ini kerana kos tetap
adalah tetap. Sentiasa bernilai positif.

Kos Berubah Purata (AVC) Average Variable Costs
Kos berubah per unit keluaran.

Kos berubah purata = jumlah kos berubah ÷ jumlah keluaran
              AVC = TVC ÷ Q

                  Kos berubah purata
                  (RM)



                                                AVC

                       6.8




                           0         5            keluaran
                                                   (Unit)
                                    Keluk AVC

Kos berubah purata pada mulanya akan menurun dan kemudian akan menaik
semula selepas capai titik minimum output di 5 unit. Ini berlaku bila keluaran
bertambah. Pada unit 5, kos berubah 1unit keluaran ada pada nilai yang terendah.
Kos Purata (AC) Average Costs
Kos purata adalah kos untuk satu unit keluaran. AC diperoleh dengan
mencampurkan AFC dan AVC. Keluk sama macam keluk AVC.

Kos purata = jumlah kos ÷ jumlah keluaran
       AC = TC ÷ Q


                     Kos purata
                     (RM)



                                                   AC

                     10.5




                        0           6                   keluaran
                                                         (Unit)
                                    Keluk AC


Pada keluaran ke 6 kos purata mencapai nilai minimum. Apabila tingkat pengeluaran
meningkat, kos purata akan menurun dan kemudian akan meningkat semula.

Kos Sut (MC) Marginal Costs
Nilai perubahan jumlah kos akibat perubahan satu unit keluaran.

Kos sut = perubahan jumlah kos ÷ perubahan jumlah keluaran
    MC = ∆TC ÷ ∆Q



                        Kos sut
                        (RM)                                MC




                            2




                            0           4                  keluaran
                                                            (Unit)
                                        Keluk MC

Apabila keluaran meningkat, kos sut menurun apabila mencapai unit ke 4 dan
meningkat semula. Keluk bentuk U.
   KELUK KOS TETAP PURATA (AFC), KOS BERUBAH PURATA (AVC),
   DAN KOS PURATA (AC)
        Kos
        (RM)                                           AC


                                                       AVC
                              B




                      A                          AFC



            0        Q1       Q2                            Keluaran (unit)
                              Keluk AFC, AVC, dan AC



Keluk AC adalah hasil campur AFC dan AVC. Keluk AFC akan semakin menurun
apabila keluaran meningkat dan nilai tidak akan jadi negatif. Keluk AVC pula akan
menurun sebelum naik semula apabila keluaran meningkat begitu juga dengan AC.

Keluk AVC akan mencapai titik minimum dulu sebelum keluk AC kerana tarikan yang
kuat oleh keluk AFC.

Keluk AC akan semakin hampir dengan keluk AVC di penghujungnya akibat tarikan
yang semakin lemah oleh AFC.


   HUBUNGAN ANTARA KOS PURATA DAN KOS BERUBAH PURATA DENGAN KOS
   SUT


          Kos
                                                 AC     AVC
                                      MC



                                  B


                          A



                0
                          Q1 Q2                                   kuantiti

                    Hubungan antara MC dengan AC dan AVC
Apabila AC sama dengan MC maka AC mencapai nilai minimumnya. Begitu juga
dengan AVC. Dari keluk, apabila keluk MC memintas keluk AC atau AVC, maka keluk
AC dan AVC akan mencapai titik minimumnya.

Bila MC kurang daripada AC dan AVC, maka AC dan AVC sedang menurun nilainya
dan setelah melepasi nilai MC, barulah AC dan AVC menaik semula nilainya. Ini akan
berlaku dalam keluk.



   KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG
Dalam jangka masa panjang, hanya wujud faktor berubah kerana faktor tetap dalam
jangka pendek akan berubah kepada faktor berubah dalam jangka panjang. Oleh itu,
semua kos pengeluaran dalam jangka panjang adalah kos berubah.

Firma dapat menyesuaikan pengeluaranya dalam jangka masa panjang kerana tiada
faktor tetap. Firma dapat meminimumkan kos kerana dapat membuat perancangan
dalam jangka masa panjang.


   PEMBENTUKAN KELUK KOS DAN PURATA JANGKA PANJANG


              Kos
              (RM)



                                              SAC1        SAC2
                C3              A                                SAC3
                                     C
                C2                                    E
                                                 D
                C1                                    F
                C0
                                                                   LAC

                 0             Q1    Q2         Q3 Q4            Keluaran

                                    Pemilihan saiz loji

Sekiranya firma ingin mengeluarkan barangan sebanyak Q1 maka firma akan
memilih loji SAC1 kerana kosnya yang lebih rendah berbanding titik A yang berada
lebih tinggi iaitu pada C3 berbanding titik B yang Cuma ada pada C2. Perkara yang
sama juga akan berlaku sekiranya firma ingin mengeluarkan pada kuantiti Q2, Q3,
dan Q4.

Firma akan pilih loji atau SAC yang menggunakan kos yang lebih rendah. Pilihan
sentiasa ada.

Perancagan firma akan menentukan saiz lojinya yang dapat membawa kos yang
lebih rendah pada pelbagai tingkat output. Loji bagi pelbagai output akan dipilih dan
titik ini akan disambungkan dan garis ini dikenali sebagai kos purata jangka panjang
(LAC) Long Average Costs.
Keluk LAC terdiri daripada bahagian keluk SAC yang dapat meminimumkan kos pada
pelbagai tingkat output.


   KELUK KOS PURATA JANGKA PANJANG (LAC) LONG AVERAGE COST

 Kos

              Ekonomi                     Disekonomi
              Bidangan                    bidangan
              Dalaman                     dalaman

                                                            SAC
                                                                  LAC




   0
                                     Q                                   Output
                                                                         (Unit)
                                     Keluk LAC


Keluk LAC dihasilkan daripada sambungan titik kos minimum keluk SAC yang juga
dikenali sebagai loji. Dalam jangka panjang firma boleh menentukan saiz lojinya
yang bererti firma boleh pilih sama ada saiz keluaran SAC 1,2,3,4.... yang dapat
meminimumkan kosnya.

Jika firma memilih loji yang berada dalam ekonomi bidangan makan firma mendapat
faedah daripada peningkatan pengeluarannya. Firma dapat jimat kos dengan
peningkatan pengeluaran. Sebaliknya berlaku di disekonomi bidangan.

SAC minimum saja yang menyentuh keluk LAC
   EKONOMI BIDANGAN DAN DISEKONOMI BIDANGAN

   EKONOMI BIDANGAN
Faedah-faedah yang dapat dinikmati oleh sesebuah firma apabila perkembangan
output oleh firma itu sendiri dan perkembangan industri keseluruhanya. Terbahagi
kepada ekonomi bidangan dalaman dan ekonomi bidangan luaran.

Ekonomi Bidangan Dalaman
Kecekapan/faedah yang dinikmati oleh sesebuah firma yang boleh menurunkan kos
purata jangka panjang apabila tingkat output meningkat dalam firma itu sendiri.

Peningkatan dalam pengeluaran dapat menjimatkan kos pengeluaran firma kerana
kecekapan firma.

Ekonomi Bidangan Luaran
Kecekapan/faedah yang dinikmati oleh firma akibat perkembangan industri
keseluruhannya.


   DISEKONOMI BIDANGAN
Kemerosotan kecekapan firma atau kekangan yang berpunca di dalam firma itu
sendiri apabila outputnya berkembang atau perkembangan industri keseluruhanya.
Kos meningkat apabila output meningkat.

Disekonomi Bidangan Dalaman
Kemerosotan kecekpan yang berpunca di dalam firma yang meningkatkan kos
purata jangka panjang apabila tingkat output meningkat dalam firma itu.

Disekonomi Bidangan Luaran
Kemerosotan kecekapan atau kekangan yang berlaku di luar firma atau industri yang
menyebabkan kenaikan kos pengeluaran di seluruh industri.


   KESAN EKONOMI BIDANGAN DAN DISEKONOMI BIDANGAN KEPADA KELUK KOS
   PURATA JANGKA PANJANG
   Kos

                                                LAC3

                                                LAC1

                 a                       f      LAC2
                     b               e
                         c       d




    0                        Q                    Output
                                                   (Unit)

Kesan ekonomi bidangan dalaman dan disekonomi bidangan dalaman ditunjukkan
oleh pergerakan dalan keluk LAC.
Ekonomi bidangan dalaman akan ditunjukkan oleh pergerakan a,b, dan c.
Disekonomi bidangan dalaman pula ditunjukkan oleh pergerakan d, e, dan f.

Manakala, kesan ekonomi bidangan luaran pula ditunjukkan oleh peralihan keluk
LAC1 ke LAC2 yang bermakna kos purata telah merosot pada pelbagai tingkat
pengeluaran.

Kesan disekonomi bidangan luaran ditunjukkan oleh peralihan keluk LAC1 ke LAC3
dan ini bermakna kos purata telah meningkat.


    PUNCA EKONOMI BIDANGAN DALAMAN
1. Ekonomi Pengkhususan
Firma dapat mengkhususkan kerja apabila firma mengeluarkan output secara besar-
besran. Pengkhususan kerja meningkatkan kecekapan pekerja yang meningkatkan
pengeluaran, maka kos purata semakin rendah apabila output bertambah.

2. Ekonomi Pengurusan
Apabila firma berkembang, kecekapan pengurus akan meningkat dalam melicinkan
pentadbiran. Akhirnya, seorang pengurus dapat mengurus perkara yang banyak. Ini
dapat jimat kos.

3. Ekonomi Kewangan
Firma yang berkembang lebih mudah dapat pinjaman daripada firma yang kecil serta
mendapat kadar bunga yang rendah dan masa pinjaman yang lebih panjang. Maka
kos membuat pinjman dapat dikurangkan supaya dapat menambah modal untuk
menambah output.

4. Ekonomi Pemasaran
Firma dapat membeli bahan mentah secara pukal yang dijual murah dan mampu
mengiklankan produk mereka. Output naik.

5. Ekonomi Teknikal
Firma dapat guna mesin yang efisen bila mengeluarkan output besar-besaran. Firma
mampu beli mesin yang lebih canggih dan efisen yang dapat menjimatkan kos.


   PUNCA DISEKONOMI BIDANGAN DALAMAN
Punca disekonomi bidangan dalaman adalah sama seperti diatas suma berlawanan
maksud.


    PUNCA EKONOMI BIDANGAN LUARAN
1. Ekonomi Penempatan
Firma yang mengeluarkan barang yang sama atau berbeza secara besar-besaran
akan menjadikan kawasannya sebagai kawasan perindustrian. Firma senang dapat
bahan mentah, tenaga kerja dan kemudahan infrastruktur. Maka firma dapat jimat
kos.

2. Ekonomi Teknologi Dan Maklumat
Firma yang melakukan R&D dan mencipta teknologi baru akan mengedarkan
teknologi barunya kepada seluruh inidustri dan akhirnya seluruh industri
membangun.
    PUNCA DISEKONOMI BIDANGAN LUARAN
1. Kekurangan Faktor Pengeluaran
Kemasukan terlalu banyak firma dalam kawasan perindustrian akan menyukarkan
firma mendapat faktor pengeluaran yang mencukupi. Kos firma meningkat.

2. Kos Sosial
Pencemaran, kesesakan tempat tinggal, dan masalah sosial akan meningkatkan kos
pengeluaran.
BAB 7
PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA (PPS)

PPS: Pasaran yang mengandungi ramai penjual dan pembeli yang sedang menjual
beli satu barang yang homogen pada satu tingkat harga yang ditetapkan oleh
pasaran.



   CIRI-CIRI PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
1. Ramai Penjual Dan Pembeli
Satu firma hanya sebahagian dalam pasaran dan seorang pembeli juga hanya
sebahagian kecil dalam pasaran. Firma dan pembeli tiada kuasa mengusai pasaran.

2. Kebebasan Firma Keluar Masuk Pasaran
Kebebasan keluar masuk ini memastikan bilangan firma sentiasa banyak dan firma
hanya akan mengalami untung normal dalam jangka panjang.

3. Keluaran Yang Homogen
Barangan dikeluarkan sama jenis (fungsi atau rupa) dan menjadi pengganti antara
satu sama lain. Perbelanjaan persaingan bukan harga (iklan) tidak ada.

4. Firma Adalah Penerima Harga
Firma menerima harga yang ditentukan oleh pasaran dan bukan mereka yang
tentukan harga. Mereka akan keluarkan barang tanpa mengambil kira harga
pasaran.

5. Pengetahuan Sempurna Tentang Pasaran
Firma tahu harga faktor pengeluaran dan pembeli tahu harga barang. Maka, harga
barang tidak berubah dan hanya wujud satu tingkat harga dalam pasaran.

6. Mobiliti Faktor
semua faktor pengeluaran bebas bergerak keluar masuk firma. Maka firma senang
dapat faktor pengeluaran yang cekap.



    KONSEP UMUM
1. Jangka Masa Pendek
Masa dimana firma tak dapat menyesuaikan tingkat pengeluarannya mengikut
perubahan pasaran kerana wujudnya input tetap. Maka, jumlah kos dalam masa ini
terdiri daripada kos berubah dan kos tetap.

2. Jangka Masa Panjang
Masa dimana firma dapat menyesuaikan sepenuhnya tingkat keluaranya selaras
dengan pasaran kerana tiada faktor tetap. Semua faktor pengeluaran adalah faktor
berubah.
        PERMINTAAN FIRMA DAN HASIL

 Penerima/Pengambil harga; firma dalam pasaran hanya menerima harga pasaran
 yang ditetapkan oleh mekanisme harga, iaitu melalui kuasa permintaan dan
 penawaran pasaran. Firma tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pasaran
 kerana firma berkenaan hanya merupakan satu daripada bilangan firma yang sangat
 banyak.

Harga                                                  Harga
                                S3

            D1                       S1
  P3             E3                       E2          P3               D3

  P1                  E1                              P1               D2
                           E2
  P2                                                  P2               D1




  0                                        Kuantiti    0                      Kuantiti

                  Industri                                     Firma

								
To top